Ahad, 29 Jun 2014

YANG MENANGKAP PUN TAHAP IKAN BILIS JADI MANA BOLEH TANGKAP JERUNG

Ahad, 29 Jun 2014


DBKL: Hanya periksa bilis, jerung dibiarkan lepas?


Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memeriksa sebuah van yang menjual jajan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bintang Utara.
Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memeriksa sebuah van yang menjual jajan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bintang Utara.
Baru-baru ini, sebuah kenderaan milik penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terdiri daripada enam hingga lapan orang penguatkuasa berhenti dan menyerbu sebuah van yang menjual jajan di tepi Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bintang Utara.
Peniaga jajan itu kemudian dilihat mengeluarkan pelbagai dokumen untuk diteliti oleh beberapa penguatkuasa yang ada. Seorang penguatkuasa lagi sibuk membuat catatan. Yang lain-lain sekadar memerhati. Dua orang penguatkuasa lagi berada di dalam kenderaan mereka.
Peniaga wanita itu hanya menjual makanan ringan dan air. Pelanggannya pun kanak-kanak sekolah, ibu bapa, penjaga atau pemandu bas sekolah.
Harga barang-barang yang dijual tidak mahal - sesuai dengan status pelanggan utamanya - kanak-kanak sekolah.
Beberapa ibu bapa yang berada di luar perkarangan sekolah yang melihat gelagat beberapa penguatkuasa DBKL itu ada yang menggelengkan kepala dan ada yang bercakap-cakap sesama sendiri.
Seorang lelaki warga emas menarik perhatian penulis apabila beliau dengan nada kuat berkata: "Penjaja kecil sibuk dicari, diperiksa, tak berperikemanusiaan langsung. Macam sudah tidak ada peniaga besar yang membuat salah".
Seorang lelaki lain pula menyampuk:"Kalau penjaja Melayu beranilah datang, kalau bangsa lain berniaga sampai tutup jalan pun DBKL tutup mata".
Tidak tahulah apa perasaan Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib jika beliau berada di situ. Adakah malu, bangga, sedih atau mungkin tidak ada perasaan langsung.
Tindak tanduk para penguatkuasa DBKL atau mana-mana penguatkuasa pihak berkuasa tempatan yang melihat para penjaja kecil sebagai 'mangsa' sudah banyak kali diperkatakan oleh rakyat.
Namun, siapa pun yang ambil kisah, oleh sebab itu para penguatkuasa seringkali dilihat hanya berani berhadapan dengan penjaja-penjaja kecil sedangkan 'jerung-jerung' besar dibiarkan.
Jika tidak, mustahil Laporan Ketua Audit Negara merungkaikan kerugian yang dialami oleh DBKL kerana gagal mengutip caj lesen dan papan tanda daripada peniaga-peniaga yang mempunyai bangunan.
Penulis juga musykil kerana dua bulan lalu, di hadapan sekolah yang sama empat orang penguatkuasa beria-ia memeriksa dua orang peniaga aiskrim Melayu dan seorang lelaki yang menjual sate ikan.
Hasil pemeriksaan itu motosikal dan barangan lelaki yang menjual sate ikan ditarik. Mungkin tidak ada lesen.
Secara logik akal apalah sangat kesalahan penjaja-penjaja yang mencari rezeki dengan duit poket kanak-kanak sekolah kerana aiskrim yang paling mahal pun dijual pada harga RM2.50. Kebanyakan aiskrim yang dijual pada harga 60 sen.
Berbanding dengan penjaja aiskrim yang menjadi sasaran penguatkuasa DBKL, mengapa mereka tidak ke Jalan Dua di Jalan Chan Sow Lin. 
Di situ banyak gerai-gerai tetap dibina oleh peniaga, sedangkan kawasan itu bukan lokasi berniaga. Akibatnya kawasan itu menjadi kotor dan berbau busuk.
Mengapa DBKL tidak memeriksa penjaja di Jalan Peel yang berniaga di atas bahu-bahu jalan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu tengah hari dan waktu petang?
Tidak jauh dari sekolah itu, di Jalan Shamelin terdapat banyak gerai-gerai yang menganggu lalu lintas, mengapa kawasan itu tidak pernah dilawati oleh DBKL?
Banyak juga kenderaan kilang-kilang yang memakir di sepanjang jalan di sekitar Shamelin menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Sebab itu, seorang wanita yang melihat tindak tanduk beberapa penguatkuasa yang memeriksa van menjual jajan itu berkata, penguatkuasa DBKL hanya tunjuk berani kepada penjaja kecil Melayu sahaja.
"Kalau dengan peniaga bangsa lain, semua tidak apa. Nampak kesalahan pun tutup mata sahaja," tambahnya.
Betul atau tidak dakwaan itu - wajarlah DBKL menjawabnya. Ini kerana persepsi orang ramai terhadap penguatkuasa DBKL bukan bersandarkan kepada ilusi tetapi realiti di depan mata.

APA ITU NIAT?
Kata al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi:
"Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was” (http//:qaradawi.net).
Ilmu yang mudah

Sunday, 29 June 2014


TINJAUAN DAPATI RAKYAT SELANGOR MAU TSKI TERUS MENJADI MB SELANGOR!!!



Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu.

Dalam lama sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar ekoran kecemerlangan beliau menerajui tampuk pentadbiran negeri.

Malah, bukan itu sahaja, penduduk dari negeri lain juga turut menyatakan sokongan yang sama kerana Abdul Khalid dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membantu golongan berpendapatan rendah.

.Saiden Mannat Mohd Nasir, berkata kemajuan Selangor semakin meningkat ekoran kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan semua pihak harus melihat kejayaan itu bukan kepada politiknya.

“Selangor maju dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tengoklah kemajuan Selangor bukan kekuatan politiknya,” katanya.

Bagi Nina Karina pula, dia berpendapat Abdul Khalid adalah seorang pemimpin yang layak memegang jawatan itu.

“Beliau adalah yang terbaik dan sewajarnya menjadi Menteri Besar. Mengapa ada pihak yang tidak mahu dikekalkan.

“Jika salah memilih penganti, ia boleh mengakibatkan masalah besar di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Zokry Daud pula menganggap Abdul Khalid seorang pemimpin yang telus dalam pentadbirannya dan dengan sikapnya itu dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah.

“Tan Sri sudah bagus mentadbir negeri, banyak pembangunan. Telus dan tiada rasuah. Rizab negeri dapat dipertingkatkan, jika ada masalah perbaikinya,” katanya.

Ahmad Zulkifli pula berkata, jika jawatan itu ditukar maka sewajarnya semua pihak mengenang jasa Abdul Khalid sebagai pemimpin terbaik.

“Beliau adalah yang terbaik, orang terbaik tidak akan kekal lama, jadi wajar kita mengenang jasa beliau,” katanya.
4:50PM - 29 Jun 2014

DAP: Zahid tak layak jadi menteri dalam negeri

DAP menggesa perdana menteri segera menggugurkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Jemaah Menteri atau menukar portfolio menteri dalam negeri itu, yang dianggap sebagai pemimpin paling tidak sesuai untuk jawatan tersebut.

Naib pengerusi DAP Teresa Kok berkata, Najib tidak menunjukkan sikap yang serius untuk melaksana transformasi kerana tidak menukar portfolio para menteri, termasuk Zahid.

Beliau merujuk kepada tindakan Zahid semalam yang menyalahkan RSN Rayer dalam kejadian kepala lembu yang dicampakkany ke luar rumah ADUN DAP tersebut.

Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini,

"Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini.

"Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu juga merujuk pada kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Oktober tahun lalu, Malaysiakini melaporkan Zahid memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek kes jenayah ditembak terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan.

Awal tahun ini, Zahid berkata ugutan sebuah NGO yang menawarkan wang untuk menampar Teresa bukan satu jenayah.

Semalam satu portal berita melaporkan, Zahid menasihati Rayer supaya sedar bahawa kenyataan ADUN tersebut – yang menggelar Umno sebagai parti "celaka" – menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.

“Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar,” kata Zahid seperti dipetik dalam laporan portal berita tersebut.

Kenyataan Zahid itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak, termasuk dari komponen BN sendiri yang menyifatkan beliau sebagai menteri yang gagal memahami sensitiviti penganut agama Hindu.

Ketua Biro Undang-undang dan hak asasi parti itu, Baljit Singh semalam berkata sebagai menteri dalam negeri, Zahid perlu memupuk keamanan dan keharmonian dan bukannya menggalakkan keganasan.

PANAS!!!! gadis melayu kantoi sehari sebelum puasa


seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sanggup membahayakan dirinya untuk terjun dari tingkat empat hotel di Melaka Raya, Bandar Hilir, meningalkan kekasihnya untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa awal pagi semalam.

Seorang lelaki remaja yg berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sembilan jam kemudian selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat tinjauan semula di hotel sama pagi tadi.Lelaki berkenaan berasal dari Johor manakala kekasihnya ini berasal dari Selangor datang ke Melaka semata-mata untuk melepaskan nafsu sehari sebelum puasa.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat empat ke tingkat dua bangunan hotel sebelum menghilangkan diri. Pintu bilik tersebut dibuka selepas setengah jam pihak berkuasa mengarah mereka berbuat sedemikian dan mereka ditahan .

[VIDEO] Peragut Dibelasah Orangramai Rayu Dihantar Ke Balai Pol

Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial.

Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita,

"Berapa umur kau? Berapa lama kau dah buat kerja ini (meragut)?," demikian suara-suara yang dapat didengar dalam video itu.

Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

Lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang.

"Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu.

Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang merayu untuk dihantar ke balai polis.

"Hantar saya ke balai, bang," katanya berulang kali.

Pengguna laman sosial yang melihat video itu tidak bersimpati terhadap lelaki yang melakukan perbuatan seperti itu dan dilaporkan tidak membangkang tindakan kumpulan yang berkenaan. -mstar

6:00PM - 29 Jun 2014

Suspek tak dikenali tembak dua individu


Dua orang warga tempatan termasuk seorang wanita daripada sekumpulan lapan sahabat, cedera ditembak suspek tidak dikenali di Puchong Gateway, berhampiran Km30.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi ini.

Dalam kejadian 5.10 pagi itu, enam lelaki dan dua wanita itu yang  menaiki tiga buah kereta, sebelum itu dipercayai berada di sebuah rumah rakan mereka di Kampung Baru, Batu 14, Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata, kesemua mereka yang ketika itu dalam perjalanan pulang, telah didatangi sebuah motosikal Honda EX5 hitam yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Tiba-tiba pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakan sebelum melarikan diri.

"Pengadu (mangsa) lelaki mengalami kecederaan di paha kanannya manakala mangsa wanita pula cedera pada tangan kanan dan kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau berikutan hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihaknya menemui enam kelongsong peluru jenis 9mm dan sepucuk pistol serta satu kesan das tembakan pada bahagian pintu kereta mangsa.

Katanya, kesemua mereka (lapan sahabat) kini disoal siasat bagi membantu dan mengenal pasti motif kejadian itu.

- Bernama















Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam penjawat awam : Suka atau tidak, bersedia atau tidak GST Malaysia tetap dilaksanakan bermula 1 April 2014. Melihatkan kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah  yang mengatakan kenaikan harga barang, kos sara hidup seklaigus inflasi negara bakal berlaku, Datuk Seri Najib tampil dengan idea dan cadangan bagi meringankan beban kos sara hidup sebilangan rakyat Malaysia daripada 9 juta pembayar cukai GST kelak. Seperti…
Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!
Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam?

  1. Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan elaun naik 2015 bagi 1.4 juta kakitangan awam
  2. Syaratnya, 9 rakyat Malaysia perlu berikan duit kepada kerajaan Malaysia melalui kutipan cukai GST Malaysia yang bakal dilaksanakan
  3. Kerajaan Malaysia memerlukan bajet, hasil dan dana tambahan bagi membolehkan hasrat 1.4 juta kakitangan awam bagi menikmati kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam bakal menjadi realiti tidak lama sahaja lagi selepas “tergantung” sekian lamanya
  4. Dengan menggunakan sebahagian kutipan dana GST yang bernilai RM27 bilion setahun membolehkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan elaun naik 2015 kakitangan kerajaan tanpa meminjam daripada mana-mana institusi kewangan termausklah Bank Dunia yang bakal membawa negara ke arah bencana ekonomi. Siapa kata? Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak. Sekian.
Penantian satu penyiksaan. Adakah ini bermakna permintaan 1.4 kakitangan awam selama ini termasuk kenaikan elaun COLA dan rumah akan dipermudahkan dan kakitangan awam akan dihidangkan dengan pengumuman rasmi kenaikan elaun 2015 penjawat awam selepas ini?



Sumber : Berita Semasa







Tiada ulasan:

Catat Ulasan