Isnin, 9 Jun 2014

TAK ADA DALAM RUKUN ISLAM PERGI HAJI DAN UMRAH 2 ATAU 3 KALI BAGILAH PELUANG YANG BELUM PERGI HAJI....DAH BANYAK DUIT SANGAT BELANJA ORANG TAK MAMPU PERGI ATAU ORANG MISKIN

Apa hikmah sukar dapat visa Umrah sekarang?
Posted on Sunday, June 08 @ 11:35:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"


Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Terpulang kepada kita nak ambil yang positif atau sebaliknya. Jiran saya dengan isteri telah 3 kali tertangguh nak pergi umrah ketika cuti sekolah ini. Akhirnya beliau batalkan hasrat untuk pergi umrah kerana sering tertangguh, sedangkan ayah dan ibu mertuanya sudah lepas pergi.


Apa hikmah disebalik kejadian ini? Adakah umat Islam di Malaysia ini mempunyai simpanan yang banyak untuk menunaikan umrah? Jika tidak dapat pergi umrah untuk ziarah kekasih kita yang dicintai Nabi Muhammad SAW dan ziarah Rumah ALLAH, tidak adakah amal ibadah lain yang dapat mengubat cinta kita tersebut?

Apa amal ibadah lain dengan kos RM6,000 atau mungkin RM10,000 yang dapat mengubat kerinduan kita ke Mekah dan Madinah?
Apakah ALLAH minta kita fikir sejenak, perhatikan saudara mara sekeliling kita, perhatikan jiran tetangga kita, perhatikan ibu dan ayah kita sendiri di kampung yang lama tidak dijenguk, perhatikan saudara mara kita di kampung yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang yang sentiasa mengharapkan bantuan JKM dan BR1M sedangkan ada saudara mara mereka , orang sekampung yang mampu membantu mereka?
Ketahuilah sedangkan Sultan yang paling hebat iaitu Sultan Salahuddin Al Ayubi yang membebaskan bumi Palestin, yang duduk hampir dengan Mekah dan Madinah pun tidak berkesempatan untuk menunaikan haji kerana kesibukan Baginda memikirkan masalah umat serta membebaskan bumi Palestin dari cengkaman tentera salib yang zalim.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Sunday, June 08 @ 11:35:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

MH370: Tubuhkan segera RCI - Tian Chua

LYN NASIR | .
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua (gambar) berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) perlu ditubuhkan segera walaupun kotak hitam pesawat MH370 masih belum ditemui.
Jelasnya lagi, penubuhan Jawatankuasa tersebut tidak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam kerana ia melibatkan isu keselamatan rakyat dan perlu disiasat segera.
“Kita tak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam, baru nak tubuhkan RCI, sebab RCI itu adalah Jawatankuasa Khas yang penting untuk membuat siasatan terhadap MH370.
“Isu ini melibatkan keselamatan rakyat, pemantauan dan sistem radar juga perlu disiasat, sebab itu kita kata RCI ini penting dan perlu ditubuhkan segera,
“Jangan tunggu jumpa kotak hitam baru nak tubuhkan RCI, itu tindakan yang sangat tidak betul,” katanya ketika dihubungi.
Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya akan mempertimbangkan penuubuhan RCI dan PSC untuk menyiasat kehilangan MH370, hanya selepas kotak hitam dijumpai.
Menurutnya lagi, fokus kerajaan kini adalah mencari kotak hitam pesawat yang merekodkan segala insiden berlaku dalam kokpit kapal terbang itu untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
“Saya tak faham kenapa kerajaan mengambil tindakan untuk berdiam diri bila kita desak untuk segera tubuhkan RCI dan PSC.
“Dalam isu sebegini, kita perlu tolak fahaman politik masing-masing dan sama-sama selesaikan isu yang berkaitan dengan keselamatan rakyat, kerana baik Umno BN mahupun Pakatan Rakyat, kita semua adalah pemimpin kepada mereka,
“Jangan pentingkan diri dalam isu ini, sama-sama cari jalan untuk selesaikan masalah, itu lebih baik.” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (gambar) percaya pesawat MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi, sebaliknya menggesa pencarian dilakukan di Laut China Selatan.
Menurut Imran, maklumat awal pada malam 8 Mac lalu menyatakan pesawat itu terbang ke Beijing sebelum hilang daripada radar awam di Laut China Selatan.
Tambah beliau, andaian bahawa pesawat itu berpatah balik hanya dibuat berdasarkan radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Jadi ini bermakna pesawat itu hilang di kawasan tersebut (Laut China Selatan). Kalau pesawat itu berpusing balik atau apa sekalipun seperti yang dikatakan, ia mesti ditunjukkan dalam radar yang pesawat itu berpusing kembali atau sebagainya, tapi ia lenyap di situ,” ujarnya.
“Bagaimana kerajaan boleh dengar apa yang dikatakan oleh Air Force (TUDM) selepas 3 hari perkara tersebut berlaku daripada maklumat pada malam kejadian tersebut?,” soalnya yang juga Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.
Pada 9 Mac, media melaporkan radar utama milik TUDM mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar awam.
Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan dan ditumpu ke kawasan barat.
Pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data satelit Inmarsat yang berpengkalan di Britain.
Bagaimanapun, syarikat satelit itu pada 29 Mac berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat itu “berakhir di Lautan Hindi”.
Terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengiystiharkan bahawa pencarian di selatan Lautan Hindi adalah sia-sia.
Namun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata pencarian pesawat itu akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada.
Dalam pada itu, Imran turut mengulas keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat MH370.
ATSB menyebut pencarian dalam air bagi pesawat jenis Boeing 777-200ER akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan.
Menurut Imran, keputusan meneruskan carian di Lautan Hindi hanya akan membazirkan wang rakyat bagi menampung kos pencarian sekiranya ia berakhir dengan sia-sia.
“Tolonglah jangan bazirkan duit rakyat, kenapa sibuk nak mencari di kawasan yang semenangnya tidak ada MH370? Kenapa tak percaya dengan teknologi yang kita sendiri ada?” soalnya.- KeadilanDaily

788 guru dan pegawai pendidikan JAIS terima durian runtuh

LIZAWATI MADFA | .
SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Rabu lalu meluluskan kenaikan pangkat 788 guru dan pegawai pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, untuk itu Kerajaan Negeri akan membuat pembayaran tunggakan berjumlah RM5.7 juta dengan perbezaan daripada Januari hingga Disember sebanyak RM2.4 juta.
Katanya, kenaikan pangkat itu akan dibuat secara ‘time based promotion’ kepada guru dan pegawai pendidikan melibatkan tangga gaji DG 29, DG 32, DG 41, DG 44, DG 48 dan DG 52.
“Hari ini ada berita gembira apabila MMKN luluskan pelaksanaan kenaikan pangkat kepada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan JAIS.
“Kita harap Kerajaan Negeri akan terus menghargai sumbangan guru-guru yang berkhidmat cemerlang dalam JAIS.
“Harap kelulusan ini juga akan mendorong semua untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam usaha melahirkan insan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyuarat MMKN, 4 Mei lalu.
Kenaikan kali ini melibatkan seramai 399 orang bagi penjawat pegawai perkhidmatan pendidikan, 353 orang bagi pegawai di tangga gaji DG 29, 37, orang pegawai (DG 32), tiga orang (DG 41), seorang (DG 44), empat orang (DG 48) dan seorang (DG 52).- Selangor Kini

Pembinaan Rumah Selangorku jana perolehan RM3 bilion

NAZLI IBRAHIM | .
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dalam menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat Selangor memiliki kediaman.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu dapat dilihat apabila PKNS dijangka membina 31,086 unit rumah mampu milik dengan sumbangan hampir RM3 bilion kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2008 hingga 2030.
“PKNS dikenali dengan usahanya membangunkan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perniagaan, pelaburan dan pembangunan usahawan.
“Beralih ke fasa baru, PKNS kini menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik melalui program pemilikan Rumah Idaman PKNS atau di peringkat negeri dikenali sebagai Rumah Selangorku.
“Sehubungan ini, patik amat menggalakkan PKNS supaya menjalani perniagaan lebih bebas tanpa dibayangi Kerajaan Negeri,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika mempersembahkan ucapan alu-aluannya kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Majlis Perasmian Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang di sini, malam Khamis lalu.
Katanya, usaha itu membolehkan PKNS berkembang sebagai perbadanan lebih berdaya maju dan mampu bersaing dengan syarikat swasta lain, sekali gus menjana keuntungan lebih besar dan menyalurkan kembali kepada rakyat Selangor.
Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS turut berbangga terhadap kejayaan demi kejayaan yang ditempa perbadanan yang bakal berusia genap 50 tahun pada 1 Ogos ini.- Selangor Kini
 Jualan Amal Biskut Sempena Ramadhan
Posted on Saturday, June 07 @ 23:31:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"Jualan Amal “Biskut Segar Emping Jagung Dengan Kismis” (Fresh Homemade Cornflake With Raisins Biscuit) untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sempena Ramadhan untuk juadah ringan berbuka puasa atau moreh.

Dengan RM20 biskut akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan, rumah kebajikan, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan sebagainya.

30 peratus hasil jualan pula akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan PAS Rembau untuk agihan bantuan kepada keluarga yang memerlukan sempena Ramadhan dan Syawal.
Untuk sumbangan, tempahan, belian atau maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Rozmal bin Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau) tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
atau ke akaun Maybank, No Akaun 155126945930
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Saturday, June 07 @ 23:31:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Farmasi cina salah guna kalimah zakat
Posted on Saturday, June 07 @ 23:30:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"Perkataan zakat telah disalahgunakan oleh farmasi lalu membawa fitnah terhadap zakat dan instituisi zakat.Ia sangat mengelirukan seolah2 farmasi itu adalah cawangan zakat. Ini mencemarkan imej islam. Mengapa farmasi kaitkan zakat dgn bantuan kebajikan mereka? Apa niat? Kenapa tidak berterus terang saja dgn bantuan kebajikan mereka yg memang tiada sikit pun kaitan dgn zakat. Farmasi kat mana ni, kita nak buat lapuran.

Cina buat iklan ‘Boleh mohon bantuan zakat di sini’ – Muhammad Ooi

Published: 7 June 2014 | Updated: 7 June 2014 1:49 PM

Semalam saya pergi farmasi bersama isteri. Di kaunter bayaran itu terpampang sekeping kertas A4 dengan tulisan tangan bersaiz besar: "Boleh mohon bantuan zakat di sini".

Staf di kaunter adalah Melayu. Ahli farmasi adalah Cina. Saya tengok pintu office mereka, mencari petunjuk kemungkinan taukeh farmasi adalah umat Islam.

Yang kelihatan adalah tulisan (jampi barangkali) yang bukan berasal daripada Islam. Maka saya rasa ianya kedai kepunyaan bukan Islam.

Saya tanya apa maksud "Boleh mohon bantuan zakat di sini". Staff Melayu itu menjawab, farmasi mereka memberi bantuan perubatan kepada mereka yang dalam kesusahan.

Mereka perlu isi borang, dan bantuan perubatan akan diberikan kepada mereka. Ahli farmasi itu sibuk membuat penerangan produk kepada pelanggan lain.

Jika bukan Islam boleh tawarkan khidmat kebajikan begitu kepada umum, maka kita juga tidak harus sempitkan bantuan kebajikan daripada masjid atau zakat hanya kepada umat Islam sahaja. Luaskan erti kebajikan. Sebarkan kebaikan untuk semua.

Ini suatu inisiatif yang baik.

Saya tak pasti, adakah program mereka itu adalah inisiatif mereka sendiri atau inisiatif mana organisai. InsyaAllah, saya akan pergi tanya mereka lagi.

Sempena Ramadan ini, saya cadangkan masjid buat tambah baik program, seperti menghantar bantuan wang atau keperluan kepada mereka yang memerlukan.

Bukannya suruh mereka datang beratur, dengar ceramah berjam-jam di majlis barulah beratur naik pentas ambil bantuan.

Hantarkan bantuan terus ke rumah atau individu yang dikenalpasti memerlukan.

Mereka yang lemah dan dhaif, janganlah kita bebankan mereka untuk datang dari jauh lagi. Tak perlu fikirkan bab nak mereka bersyahadah, cukup dengan sebarkan kebaikan atau rahmat Islam yang sepatutnya bermula daripada kita. – 7 Jun, 2014.

* Muhammad Ooi ialah pembaca The Malaysian Insider.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/cina-buat-iklan-boleh-mohon-bantuan-zakat-di-sini-muhammad-ooi 
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
irama
Posted on Saturday, June 07 @ 23:30:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

RUU Perumahan: Campur tangan dalam eksekutif cemar institusi raja

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS berpendapat sebarang campur tangan institusi raja ke dalam eksekutif hanya akan mencemarkan institusi raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, PAS konsisten bahawa sistem raja berpelembagaan harus dipertahankan.

PAS terus menyokong raja berpelembagaan dan sebarang (tindakan) mengheret instusi raja ke dalam eksekutif akan merendahkan martabat dan mencemarkan institusi raja berpelembagaan itu sendiri.

"Kami berpendirian raja berpelembagaan perlu terus dipertahankan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat PAS Pusat di Pejabat Agung PAS hari ini.
[LIHAT VIDEO SIDANG MEDIA]

Pendirian itu dinyatakan beliau sebagai mengulas cadangan pembentangan Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) esok, yang didakwa akan memberikan kuasa eksekutif kepada sultan.

Menurut Mohamad, kuasa eksekutif dalam menentukan hal berkaitan tanah dan perumahan perlu dikekalkan.

"Sekarang tanah bawah kuasa eksekutif yang boleh dikritik, diperbaiki, dihentam oleh pembangkang dan sebagainya.

"(Keadaan) itu perlu kekalkan," katanya. - HARAKAHDAILY 8/6/2014

Terima kasih atas bantuan, doa kepada Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan dan sokongan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika beliau dirawat ke hospital di Istanbul baru-baru ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS menyanjungi keprihatinan yang ditunjukkan kerajaan Turki dan parti Saadat kepada Tuan Guru Abdul Hadi serta semua rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan beliau.

“Presiden Turki Abdullah Gul telah menghantar setiausaha dan beliau telah menelefon presiden sendiri. Terima kasih kepada perhatian baik yang diberikan oleh kerajaan Turki,” katanya pada sidang media di Pejaba Agung hari ini.

PAS juga berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan dutanya di Turki yang telah melawat Tuan Guru Abdul Hadi dua kali ketika dirawat di sana.

“Ucapan terima kasih juga kepada badan-badan antarabangsa dari Turki, Mesir dan London yang membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS.

Begitu juga dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang berkunjung ke sana dan mesej-mesej yang dihantar kepada beliau yang berada di Istanbul memberi sokongan yang begitu tinggi kepada beliau,” tambahnya.

Tuan Guru Abdul Hadi yang menerima rawatan di hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul sejak seminggu lalu dibenar keluar wad semalam.

Doktor menasihatkan beliau berehat beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia. - HARAKAHDAILY 8/6/2014

Nazri Raihan cadang dana khas untuk artis hijrah

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU:  Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat khususnya Kelantan dan Selangor, dicadang menyediakan dana khas untuk artis-artis hijrah bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Bekas vokalis Kumpulan Nasyid Raihan, Nazrey Johani berkata artis-artis yang berhijrah seringkali menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya ekoran perubahan ke arah kebaikan yang mereka lakukan.
Antara risiko yang dihadapi sebilangan mereka, jelasnya adalah  ‘digam’ daripada program televisyen atau pun radio.
Ini, katanya sedikit sebanyak menjejaskan mata pencarian artis-artis hijrah.
“Akibatnya mereka yang cuba berjinak dengan perjuangan Islam tidak berani untuk berbuat demikian dan tidak hairan ada yang terpaksa berpatah balik kerana  dibimbangi periuk nasi mereka akan terjejas.
“Kerana itu penafian atau menyepi diri dari jemaah Islam sering berlaku kerana tidak sangup berhadapan dengan situasi itu,”ujarnya.
Nazrey  mengulas kecenderungan artis khususnya artis wanita yang semakin ramai mengambil keputusan untuk menutup aurat.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk geran yang perlu diperuntukkan kerajaan negeri kepada artis hijrah.
Beliau turut berharap agar pihak penganjur tidak melupakan artis-artis lama yang telah menyuburkan industri nasyid selama ini.
“Terus terang saya nyatakan ada yang  terasa apabila golongan artis yang baru berhijrah lebih diutamakan,” ujarnya.
Berhubung artis wanita yang semakin ramai menutup aurat, beliau melahirkan rasa syukur dengan keadaan itu.
Bagaimanapun, Nazrey menyarankan agar mereka didampingi golongan beragama.
“Ajak mereka ke kelas agama atau sediakan kelas agama yang khusus untuk mereka dengan mengumpulkan beberapa orang artis baru dan lama yang telah berhijrah.
“Insya Allah  mereka tidak akan mudah mengalah dengan ujian dan mehnah dunia yang sering mengganggu keimanan mereka,”ujarnya lagi.
Beliau juga menyarankan penganjur program membabitkan artis, sama ada di pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan, agar kreatif dalam mencipta program.
Selain program hiburan, artis hijrah juga boleh dilibatkan dalam program sosial dan agama di masjid atau surau.
Nazrey berada selama seminggu di Kelantan untuk memenuhi jemputan beberapa program peringkat Dewan Undangan Negeri.
Pada masa yang sama beliau turut mempromosikan pembinaan Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah.
Nazrey yang pernah menjulang kegemilangan Kumpulan Raihan turut diundang untuk menyampaikan tazkirah Maghrib dan ceramah motivasi kepada para pelajar sepanjang seminggu berada di Kelantan. – HARAKAHDAILY, 8/6/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan