Isnin, 30 Jun 2014

JIKA INI BENAR....APA JABATAN AGAMA NAK BUAT....APA PULA TINDAKAN MAHKAMAH SYARIAH ....DAH MENGAKU BERZINA DAN MENGANDUNG


Monday, 30 June 2014


LIMA PANEL HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DIKETUAI HAKIM BESAR MALAYA SEBULAT SUARA MENGESAHKAN DATUK SERI LAJIM UKIN SEBAGAI ADUN KLIAS YANG SAH.



PUTRAJAYA: Ketua pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mengekalkan kemenangannya bagi kerusi negeri, Klias selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan oleh calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih.

Lima panel yang dipengerusikan oleh Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan pada Isnin bahawa Isnin, yang merupakan perayu, telah gagal untuk menghasilkan fakta yang cukup bahawa Wong Kui En @Norliah adalah ejen untuk Lajim.

"Kami bersetuju bahawa tidak ada bukti yang sama sekali dapat menyokong pandangan ini. Oleh itu, kita menolak rayuan itu dengan kos RM20,000," katanya.

Hakim-hakim lain dalam kes itu adalah Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Hakim Tan Sri Ahmad Maaarof, Hakim Tan Sri Apandi Ali dan Hakim Datuk Ramly Ali.

Pada 6 Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Yew Jen Kie memutuskan bahawa tidak ada bukti yang mengaitkan Lajim dengan mana-mana amalan rasuah seperti yang didakwa dalam petisyen yang dibawa oleh calon BN yang tewas, Isnin Aliasnih Umno.

Peguam Isnin, Jaafar Esteban sebelum ini berkata Norliah telah dilantik sebagai ejen di tempat mengundi Lajim dan dia (Lajim) bertanggungjawab terhadap tindakan beliau di pusat pengundian pada hari mengundi.

"Apa-apa yang dikatakan sebagai perbuatan rasuah oleh Norliah sebelum itu dan di luar pusat mengundi adalah permainannya sendiri," kata Hakim Yew.

Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa kempen yang dijalankan adalah di bawah skop dan tanggungjawab Norlia sebagai ejen tempat mengundi Lajim.

Mengenai testimoni beberapa saksi bahawa mereka telah menerima sampul surat yang mengandungi wang, kupon dan nota serta janji pemberian wang RM100 daripada Norliah pada 4 Mei, Hakim Yew berkata tidak ada bukti yang menunjukkan Lajim menyedari atau telah bersetuju dengan pengagihan item-item tersebut.

Lajim memenangi kerusi Klias atas tiket PKR dengan majoriti 342 undi dengan memperoleh 6,324 undi berbanding 6,182 undi yang diperolehi Isnin pada pilihan raya umum 5 Mei.

Isnin, 30 Jun 2014


Tanah Pulau Pinang: Zaman BN perintah jual 35 kali lebih banyak, tapi hasil lebih kecil









lge jalan


GEORGE TOWN, 30 JUN: Melalui sistem tender terbuka yang berdaya saing, kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini.
Malah, hampir separuh daripada hasil tersebut pula disalurkan bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Kepada pihak yang mendakwa kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada penjualan tanah bagi mendapatkan hasil, ia tidak benar memandangkan kerajaan BN telah menjual tanah dengan keluasan 35 kali ganda namun mendapat pulangan lebih kecil.
“BN sebelum ini menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dan mendapat RM1.0586 bilion. Manakala kami menjual hanya 106.1 ekar dengan hasil RM1.1102 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, perbezaan itu adalah kerana kerajaan Pakatan sentiasa mengamalkan sistem tender terbuka bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak untuk dipulangkan kepada rakyat.
“Isu ini sering dimainkan BN melalui media kawalan mereka. Mujurlah rakyat Pulau Pinang tidak mudah ditipu. Malah Pakatan mendapat mandat terbesar dalam sejarah negeri pada Pilihanraya Umum lalu dengan 68% undi popular,” katanya lagi.

Dengan hasil yang diperolehi itu, katanya lagi, kerajaan Negeri memperuntukkan RM500 juta untuk Skim Perumahan Awam Mampu Milik bagi membina 20,000 unit rumah di lima daerah di Pulau Pinang.
“Jumlah ini adalah yang terbesar yang disalurkan kerajaan negeri di Malaysia, dan kami sanggup menambahkan lagi peruntukan jika perlu.
Katanya lagi, kerajaan negeri juga menjadi perintis Skim Pemilikan Bersama untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapat pinjaman bank memiliki rumah, dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak 30 peratus bagi membayar harga belian rumah tersebut.

Respon & Komen Pelakon Amanda Misbun Tentang Isu Awie Pukul Kakaknya


Pelakon Amanda Misbun merupakan adik kepada Rozana Misbun iaitu isteri kepada penyanyi Wings, Awie.


Kini kecoh di laman sosial gambar seorang wanita dikatakan kakaknya cedera akbiat dipukul Awie. Lihat gambar di : (GAMBAR SINI)

Ini kata dari Amanda Misbun:
“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.

“Saya harap semua orang boleh tunggu, sebab ada orang yang boleh menjelaskan keadaan sebenar," 

“Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi. Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok,"

“Setelah sembilan tahun mereka berkahwin kenapa baru timbul kisah-kisah begini. Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja,"

Amanda Misbun berharap semua peminat mendoakan keselematan dan kebahagiaan keluarga Awie dan kakaknya.

Amanda tidak mahu mengesahkan gambar tersebut dan memberitahu kakaknya bahagia dengan Awie.

Amanda juga berkata ada pihak akan menjelaskan keadaan sebenar tidak lama lagi.

Monday, 30 June 2014


ADAKAH BATAL PUASA MENGGUNAKAN "INHALER" SEMASA BERPUASA?



Boleh tak kita menggunakan “inhaler” semasa berpuasa?

Ini lah pandangan Sheikh Ibn ‘Uthaymeen di dalam kitabnya Fataawa Ramadan – Jilid 2, m.s 531, Fatwa No.502 Fataawa Ibn ‘Uthaymeen - Jilid 1, m.s 169-170. Al-marhum Sheikh ‘Uthaymeen ialah ulama’ besar di Makkah yang seangkatan dengan Sheikh Baz. Setakat yang boleh terjemahkan.

“Penggunaan “inhaler” oleh orang yang berpuasa adalah dibenarkan sama ada puasanya adalah di bulan Ramadhan atau selain dari bulan Ramadhan.

Ini kerana zarah dalam “inhaler” tidak sampai perut, sebaliknya mereka sampai ke paru-paru dan menyebabkan/membantu ia untuk terbuka dengan itu membolehkan orang/pesakit bernafas seperti sediakala.

Ringkas, ia tidak dianggap sebagai makanan atau minuman, dan apa yang diketahui ialah bahawa prinsip asas adalah kesahihan puasa (dikekalkan) sehingga (yang sahih) bukti daripada Kitab, atau Sunnah, atau ijma’ atau pertimbangan perundangan fiqah sah (qiyas) menunjukkan sebaliknya”.

Harap dapat membantu.

Hilang rasa malu, remaja kongsi aksi lepas berzina di Instagram

6/29/2014

Kalau pun agama dicampak ke tepi, kita masih terikat dengan budaya Melayu yang mementingkan adab kesopanan.

Tapi kalau dah selamba kongsi gambar di ranjang dengan orang ramai, nak cerita pasal kesopanan apa lagi kan?

Kalau ditengok gambar di atas bentuk hidung dan kulit saja rasanya dah tahu apa bangsa mereka.

Namun mungkin atas niat mahu menunjukkan kebahagiaan agaknya maka budak dua ekor ini tak ada rasa malu langsung untuk jadikan gambar ini tatapan umum di laman Instagram.

Apakah mereka tidak terfikir kalau gambar ini ditatap oleh keluarga atau ibu bapa mereka?

Malah kalau pasangan suami isteri sekali pun, perkongsian gambar begini amat memalukan.

Apa pun mengambil berkat Ramadan yang bermula esok, marilah kita doakan semoga kedua-dua budak ini diberikan hidayah oleh Tuhan agar punya rasa malu. #mynewshub

Awek Mengandung 2 Bulan Cari Pak Sanggup Di Facebook


 
Awek Mengandung 2 Bulan Cari Pak Sanggup Di Facebook

Awek Mengandung 2 Bulan Cari Pak Sanggup Di Facebook | Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Intan Shafina F telah menggunakan laman sosial miliknya bagi mencari calon suami gara-gara sudah mengandung dua bulan.
Namun, status tersebut tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya. Ada kemungkinan akaun wanita ini telah digodam oleh pihak yang mahu mengenakan dirinya.

Jika Rasa Malu Hilang Pada Wanita
Iman bisa bertambah dan bisa berkurang. Bertambahnya karena ketaatan dan berkurangnya karena kemaksiatan. Semakin banyak seseorang melakukan ketaatan maka semakin bertambah pula keimanannya. Ketika keimanan seseorang semakin bertambah maka ia akan mendapatkan banyak kebaikan.

Tak sedikit wanita di masa sekarang ini yang telah menanggalkan rasa malunya dari cara dia berbusana, bergaul, dan bergaya hidup modern lainnya inilah gambaran fenomena kehidupan saat ini."

Sifat malu itu adalah bagian dan akhlak mulia, bahkan merupakan cabang dari keimanan. Sifat malu memang identik dengan wanita karena merekalah yang dominan memilikinya. Namun sifat malu tidak mutlak milik kaum hawa, laki-laki pun memilikinya. Adanya sifat malu pada diri seseorang akan mendorongnya kepada kebaikan dan mencegahnya kepada kejahatan. Bila rasa malu itu telah hilang, ia akan jatuh dalam perbuatan maksiat dan dosa. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:

"Termasuk yang diperoleh manusia dari ucapan kenabiannya yang pertama adalah: jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu". (HR. Bukhari)

Merebaknya kejahatan seksual kian memprihatinkan. Namun sedikit yang menyadari bahwa semua itu bersumber dari tersebarnya kerusakan sebagai akibat dari diumbarnya aurat wanita di tempat-tempat umum. Bocah yang masih ingusan/bahkan kakek yang tua renta pun bisa menjadi pelaku kejahatan karena mereka secara terus menerus disuguhi pemandangan yang bukan haknya ironisnya sebagian kor-ban adalah anak perempuan dibawah umur.

Sebagian orangtua seoleh begitu leluasa membiarkan putra-putri mereka bercampur baur dengan laki-laki baik di sekolah, di rumah, atau di tempat lainnya. Mereka membiarkan anak gadis mereka pergi keluar rumah sendirian tanpa ditemani siapapun. Demikian kenyataan ini benar-benar terjadi.

Bila rasa malu telah hilang dari seorang insan, ia akan melangkah dari satu kejelekan kepada hal yang lebih jelek lagi. Dan satu kerendahan kepada hal yang lebih jelek lagi. Dari satu kerendahan kepada hal yang lebih rendah lagi.

Sungguh wajib bagi kita untuk terus merasakan pengasan Allah dan malu kepada-Nya di setiap waktu dan tempat seseorang yang jujur dalam keimanannya akan merasa malu kepada Allah jika melanggar kehormatan orang lain dan mengambil hak orang lain. Sedangkan orang yang telah dicabut rasa malu dari wajahnya, ia akan berani melanggar larangan Allah. Nauudzu billah.

Bila kita telah mengetahui pentingnya sifat malu, maka berupayalah untuk menumbuhkannya didalam keluarga. Karena ketika rasa malu itu maish ada, kebaikan akan senantiasa mereka agungkan.

Agama Islam datang dengan memberikan kemuliaan kepada wanita, memelihara dan menjaganya dari terkaman serigala dari kalangan manusia, sebagaimana Islam menjaga hak-hak wanita, mengangkat hakikat dan martabatnya.

Islam mewajibkan bagi wanita untuk menghijabi (menutup) dirinya dari pandangan laki-laki yang bukan mahramnya agar ia tidak menjadi barang dagangan murahan yang bisa dinikmati setiap orang kapanpun dan dimanapun. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

"Katakanlah kepada wanita-wanita mukminah: Hendaklah mereka menundukkan pandangan mata mereka dan menjaga kemaluan mereka serta jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa tampak darinya (tidak mungkin di tutupi)". (QS. An Nur: 30)

Pada zaman sekarang ini, banyak wanita yang mengaku seorang muslimah akan tetapi dengan ikhlas menjual kehormatannya. Dan tidak sedikit wanita muslimah yang tidak segan-segan mereka terjun dalam dunia musik dan acting. Mereka begitu bebas berinteraksi dengan orang lain tanpa menghiraukan keberadaan sang suami. Maka jangan heran jika kehidupan rumah tangga mereka tidak berjalan sesuai harapan.

Oleh karena itu, tidak sepantasnya bagi wanita muslimah untuk melakukan hal-hal seperti itu, karena tidak akan memberikan manfaat baik bagi dirinya ataupun orang lain.

Alangkah baik bagi seorang wanita muslimah untuk tidak banyak keluar rumah kecuali memang terdapat keperluan yang penting. Itupun mereka apabila keluar harus menutup aurat agar terhindar dari berbagai fitnah. Namun apabila tidak ada keperluan, sebaiknya seorang wanita muslimah tinggal di rumah. Dengan begitu, dia akan lebih terjaga kehormatannya. Sebagaimana Allah berfirman:

"Dan tetaplah kalian tinggal di rumah-rumah kalian dan jangan bertabarruj (berhias) seabgaimana tabarruj orang-orang jahiliyyah yang dahulu". (QS. Al Ahzab:33). Wallahu alam.

RAHSIA KENAPA SANGAT MUSTAJAB DOA RAMADAN




Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).


SUMBER : Dr. MAZA

“Syukur suami saya tidak berzina”

BongkarALOR SETAR – Tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan salah suami, seorang wanita mendedahkan suaminya bernikah dengan isteri kedua menggunakan khidmat sindiket di Alor Setar.
Lelaki berumur sekitar 40-an itu dikatakan bernikah dengan isteri keduanya pada 25 Oktober 2010, di Thailand.
Perkahwinannya itu bagaimanapun terbongkar selepas beberapa bulan mereka melangsungkan pernikahan bukannya di Thailand, sebaliknya negeri ini.
Difahamkan, si suami yang merupakan seorang kontraktor di negeri ini  mengenali wanita terbabit sebagai rakan kongsi perniagaan.
Namun, selepas sekian lama berkenalan, mereka kemudiannya bersetuju untuk berkahwin menerusi sindiket nikah poligami ekspres sebagai langkah mudah.
Isteri pertamanya, Sarah (bukan nama sebenar), 40, berkata, dia tidak menghalang sekiranya suaminya ingin berpoligami tetapi bukan dengan cara seperti itu.
“Saya bukan menghalang mereka untuk berpoligami, tetapi suami saya tidak mampu. Dia lebih banyak bergantung kepada saya dan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia mula mengetahui suaminya berkahwin dengan wanita itu pada 2011.
“Saya dimaklumkan bahawa mereka berkahwin di Thailand. Syukur suami saya tidak berzina dan mereka berkahwin.
“Kemudian, saya hubungi Pejabat Agama Kuala Nerang untuk menyemak sama ada mereka  mendaftar perkahwinan itu di Malaysia, tetapi jawapan yang diterima adalah mengecewakan,” katanya.



Sarah berkata, dia dimaklumkan bahawa suaminya tidak berkahwin di negara jiran sebaliknya melakukan pernikahan itu di Alor Setar.
“Saya betul-betul terkejut dengan perkara ini. Bagaimana mereka boleh nikah poligami di Malaysia tanpa pengetahuan saya.
“Selepas itu, saya cuba dapatkan salinan sijil nikah dan pergi ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk menyemak. Mereka kemudiannya mengesahkan bahawa sijil nikah itu adalah palsu,” katanya.
Jelasnya, sebaik pasangan itu mengetahui bahawa sijil nikah adalah palsu, maka berlakulah pertikaman lidah sehingga terbongkarnya kegiatan sindiket nikah poligami ekspres.
“Suami saya mengakui bahawa mereka berkahwin di sebuah bilik hotel sekitar Alor Setar dan memang mengenali sindiket berkenaan.
“Saya tidak tahu berapa yang dibayar untuk berkahwin melalui sindiket itu, tetapi pada sijil nikah  tertulis belanja sebanyak RM7,000 dan mas kahwin RM80,” katanya.
Sebagai bukti pernikahan itu, suaminya pernah menunjukkan gambar pernikahan mereka dalam sebuah bilik dipercayai di sebuah hotel mewah.
“Dalam gambar itu saya nampak katil dan kerusi hotel tetapi  tidak pula kelihatan tok kadi (penolong pendaftar nikah) atau saksi lain,” katanya.
Sarah memberitahu suaminya pernah menggambarkan wajah tok kadi yang menikahkan mereka adalah seorang lelaki tua, berjanggut panjang dan memakai serban putih.
Menurutnya, lelaki itu mungkin  imam masjid di Alor Setar.
Sementara itu, berdasarkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar mengesahkan bahawa sijil nikah poligami terbabit adalah palsu.
Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan khidmat sindiket nikah poligami ekspres yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) boleh dilakukan tanpa kehadiran wali dengan bayaran serendah RM3,000, lapor Sinar Harian.

 

Keputusan ujian coklat Cadbury oleh Jabatan Kimia diketahui Rabu

KUALA LUMPUR 1 Jun - Umat Islam di negara ini dinasihati bersabar menanti keputusan sama ada dua produk coklat Cadbury mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) atau sebaliknya, yang akan diketahui selewat-lewatnya Rabu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu akan diketahui selepas makmal di Ibu Pejabat Jabatan Kimia, Petaling Jaya, dekat sini menjalankan kajian terhadap sampel coklat berkenaan yang diserahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini.
Menurut beliau, langkah tersebut dijalankan memandangkan makmal tersebut mempunyai akreditasi dan infrastruktur dalam menentukan kesahihan dakwaan kandungan DNA babi berkenaan berbanding makmal-makmal lain.
Jelasnya, kajian di makmal tersebut akan memfokuskan terhadap penggunaan sampel berwibawa yang diambil terus dari kilang syarikat berkenaan yang tidak tercemar dari mana-mana sudut.
"Sampel ini telah dihantar dan kita tunggu dalam tempoh tujuh hari bekerja. Jadi kalau ikutkan, hari Rabu ini adalah hari terakhir untuk dapat keputusan daripada Jabatan Kimia bagi menentukan kesahihan dakwaan DNA babi berkenaan.
"Kuasa mengeluarkan keputusan adalah melalui mesin ataupun makmal yang telah diberi akreditasi iaitu hanya makmal kimia di Petaling Jaya. Yang menjadi perbincangan kini adalah kita kena mengambil sampel-sampel yang dibawa, adakah sampel itu dibawa dari kilang, kedai atau orang perseorangan.
"Kedua, dalam mengambil kira makmal (selain di Petaling Jaya) untuk memberi keputusan, apakah makmal itu mempunyai kuasa iaitu akreditasi yang boleh menjadikannya badan berkredibiliti dan mampu mengaku perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ijtimak Ahlul Sunnah Wal Jamaah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Bangi dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Yang Dipertua Yadim, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Jamil Khir mengulas laporan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi DNA babi.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, memang terdapat banyak makmal yang dibina di negara ini bagi mendapatkan pencerahan berhubung status halal daging-daging tertentu tetapi bukan untuk peranan spesifik seperti menentukan DNA sesuatu sampel.
Bahkan, katanya, dalam konteks perundangan sekalipun, hanya sampel dari makmal di Petaling Jaya sahaja akan digunapakai untuk tindakan mahkamah kerana makmal-makmal lain tidak mempunyai akreditasi atau mencapai tahap-tahap yang dibenarkan.
"Kalau sampel itu diambil di pertengahan jalan, mungkin boleh berlaku pencemaran dan sebagainya.
"Jadi, makmal kimia ini menjadi makmal rujukan kita. Kenapa kita panggil rujukan? Sebab terdapat banyak makmal tetapi ia tidak dibina di atas kekuatan hakikinya untuk mencari campuran-campuran atau ramuan yang dimasukkan bukan dari bahan halal," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jamil Khir menyeru umat Islam agar bersabar menantikan keputusan makmal terbabit dan mempercayai kewibawaannya dalam menjalankan kajian tersebut.
"Kita faham bahawa di Malaysia, umat Islamnya amat berhati-hati dan begitu sensitif dalam soal makanan mereka. Apatah lagi ia berkaitan dengan unsur haram yang berkaitan baik dalam bentuk babi atau minuman arak dan sebagainya," katanya.

Sijil halal dua produk coklat keluaran syarikat terkenal digantung serta-merta

Oleh Suraya Roslan
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan itu berikutan selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan terdapat pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam kedua-dua produk itu.
"Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenalpasti punca pencemaran.

"Dalam hal ini pemeriksaan secara berkala terhadap pengeluar produk berkenaan dibuat dan pemeriksaan terakhir pada 20 Februari lalu didapati mematuhi piawaian pensijilan halal.

"Bagaimanapun, kami mengesahkan mana-mana produk yang mempunyai logo halal selamat digunakan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

CONTOH YANG BIJAK....MANTIK
Citer ni panjang gak,tp serius mmg bg pgjran,Kisah di dalam sebuah bilik darjah:
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
Ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah
"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi
kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang
haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar
bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.
"Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana sudah tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan
anda.
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak
terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran
masing-masing di kepalanya...
Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.
SHARE2 YE,
LikeLike · ·

Siapa pencermah bikin onar jimak tiga isteri serentak?

KUALA LUMPUR : Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.

Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya.

Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

Ustaz ni bersetubuh dengan tiga isterinya serentak... kononnya sunnah Nabi

KUALA LUMPUR : Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.
Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami. Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya. Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

“Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak. Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.

“Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya,” katanya.

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami.

Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya. “Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu ‘nabi pun lakukan perkara sama’. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.“Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu.

Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami,” katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.“Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan