Rabu, 25 Jun 2014

HIDUP NI BAGAI LAMPU DINDING YANG DINYALA DIMALAM HARI






Pembesar Melalaikan Solat
Riwayat: (Muslim)
Hadith:
Dari Abu Dzar r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.
Huraian Hadith:
Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat. Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran dan jiwanya tidak tertumpu kepada Allah S.W.T. Contohnya orang yang merasa sayang untuk meninggalkan kerja-kerjanya. Orang begini tentu berat dan susah mengerjakan solat kerana terlalu sibuk hingga mereka menjadi lalai. Bahkan dalam masa mengerjakan solat sekalipun ia tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas dan khusyuk tetapi dalam keadaan terpaksa dan terseksa. Apa yang diingatinya ialah perkara yang dijiwainya dan yang diutamakannya. Oleh itu solatnya dilakukan dengan cepat sekali demi menyelesaikan tugasannya itu. Maka terasalah olehnya akan kepenatan dan kejemuan dalam mengerjakan solat hingga sampai kepada tahap sanggup meninggalkan solat. Orang seperti ini sebenarnya tidak sabar dalam mengerjakan solat dan mendirikan solat tanpa roh lantaran kegagalan mereka menghayati atau memahami setiap ungkapan yang dibacanya di dalam solat. Sesungguhnya sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaannya tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang lama. Hanya sekitar 10 - 15 minit sahaja. Bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Bahkan merupakan satu latihan jasmani yang baik untuk tubuh badan. Namun begitu mengapa Allah menyebut solat itu besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk? Jawapannya, khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam dan rasa kehambaannya kuat. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa. Mereka mudah mengerjakan solat bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat melepaskan perasaan rindu pada Tuhan. Waktu solat sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak cukup dengan mengerjakan solat yang wajib, mereka mendirikan pula solat sunat.
LikeLike · ·
SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.
Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam. 

Apabila gambar MB berbasikal viral
Posted on Wednesday, June 25 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Gambar “simple” ini telah “viral” dan dimuat turun dengan begitu meluas terutama di media sosial dan menerima banyak reaksi dari pelbagai pihak. Sekali imbas ia sekadar menunjukkan seorang yang berusia lengkap berpakaian Melayu dan kain pelikat, berkopian putih sedang sedia menaiki basikal di perkarangan sebuah masjid.

Lihat lebih teliti, individu berkenaan sebenarnya adalah YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Ahmad Yakob atau Ustaz Mat.


Salah seorang yang telah memberi reaksi positif terhadap gambar berkenaan adalah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Melalui facebook nya DrMAZA.com beliau menyebut:
Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan. Secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat.
Setakat saya menulis ini posting Dr Maza di atas telah menerima 37,876 likes dan 1,130 komen.

Antara komen yang menarik perhatian saya adalah dari Tan Tar yang menyebut: “Ini orang banyak baik, jujur dan sabar. Personal experience. Lim Xilvre pula memberi komen: “dia layak mendapat segala kemudahan sebagai seorang Menteri Besar tetapi memilih untuk sederhana, syabas role model untuk dirujuk kepada yang seangkatan”, Dan Jay Ace pula “Kualiti yang macam ni patut ada pada semua pemimpin terutamanya yang nak jadi calon PM”.
Ternyata rakyat dewasa ini kagum bukan apabila melihat pemimpin mereka menaiki kereta mewah dan mahal, atau berpakaian berjenama atau dikelilingi pengawal dan seumpamanya. Rakyat dewasa ini sesungguhnya lebih kagum apabila melihat pemimpin mereka macam biasa-biasa, ringkasnya macam mereka. Macam gambar Ustaz Mat di atas.

Rata-rata Ustaz Mat semakin menonjol keperibadiannya kebelakangan ini. Bermula dengan mengambil-alih tempat Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai MB Kelantan sehinggalah kesungguhannya mahu membawa ketengah sehingga ke peringkat Parlimen, undang-undang Hudud di Kelantan dan kini dengan gambar ini yang menyingkap kepada rakyat kesederhanaan beliau.
Bagi saya Ustaz Mat semakin mendapat tempat dan semakin dihormati pada pandangan masyarakat.

Kerana itu saya hairan apabila diberitahu baru-baru ini UMCEDEL atau University Malaya Centre of Democracy and Elections telah mengeluarkan satu kajian iaitu selepas 12 bulan PRU 13 bertajuk “Isu dan kecenderungan rakyat” yang sangat negatif terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kononnya setelah 12 bulan kepimpinan baru di Kelantan seakan sudah tidak ada aura sebagaimana kepimpinan yang lalu. Seolah selepas Tok Guru Nik Abd Aziz, Kelantan sudah tawar dan besar kemungkinan akan mengikuti jejak Kedah iaitu jatuh ke tangan BN!
Ternyata kajian berkenaan tidak mencerminkan keadaan sebenar persepsi rakyat kini terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kalau UMCEDEL boleh cungkil contohnya reaksi komen yang diberi dalam FB Dr Maza sahaja, mereka akan dapati betapa melesetnya kajian mereka itu.

Walaubagaimanapun, bairlah UMCEDEL dengan kajian mereka. Apa pun saya melihat Tok Guru Nik Abd Aziz telah berjaya menyusun kabinet penggantinya dengan baik. Rakyat Kelantan kini tidak merasakan vakum setelah Tok Guru melepaskan jawatannya sebaliknya merasakan suatu kesinambungan sedang berlangsung, Tok Guru diganti dengan kepimpinan yang setaraf dengannnya malah tidak mustahil lebih baik dengan izin Allah swt.
Bertuahlah rakyat Kelantan, semoga mereka terus membangun bersama Islam sampai bila-bila.


.....

http://n32.blogspot.com

Mapim, Teras sifatkan Ustaz Bakar sukar dicari ganti

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Gerakan Islam dan umat Islam kehilangan seorang tokoh dakwah dan pejuang Islam yang sukar dicari ganti dengan pemergian Almarhum Datuk Ustaz Abu Bakar Chik pagi semalam, kata Presiden Majlis Perunding Islam (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sehubungan itu, beliau mewakili seluruh warga Mapim dan Teras menyampaikan takziah kepada ahli keluarga Almarhum berdoa agar roh beliau tergolong dalam kalangan syuhada, salehin dan siddiqin.

"Kami sangat terasa kehilangan beliau lantaran beliau bukan sekadar seorang aktivis Islam malah beliau adalah pemimpin umat.

"Ribuan kader muda yang lahir dari sentuhan asuhan beliau. Beliau telah menunjukkan erti kemurnian pejuangan Islam yang tulen melalui pengalaman pahit manis melalui pelbagai tahap perjuangan," ujar Cikgu Azmi dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, sepanjang berinteraksi dengan Almarhum Ustaz Abu Bakar, wataknya sebagai seorang pejuang senior Islam dalam pelbagai situasi sangat terrserlah.

Ustaz Abu Bakar, tambah beliau tidak putus-putus berkongsi pemikiran dan idea meneroka pendekatan Islam dalam pelbagai medan dan bidang dakwah.

"Wawasannya melihat pergolakan Islam di seluruh dunia sangat dinamik dan jelas pembacaannya," jelas Cikgu Azmi.

Beliau menambah, gerakan Islam, medan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tanah air kini kehilangan seorang tokoh yang telah menjadi aset umat.

Cikgu Azmi menyifatkan inisiatif Almarhum untuk melahirkan pelbagai lembaga dan wadah Islam khususnya dalam bidang pendidikan sebagai tidak ada tolok bandingnya.

"Kecerdasan beliau menumpu persoalan pendidkan Islam untuk umat sangat cemerlang. Umat kehilangan aktivis pendidikan Islam yang sangat besar.

"Keghairahannya terhadap pelbagai aspek pembangunan pendidikan Islam menjadi pencetus dan inspirasi mengusahakan pembaikan dan pengukuhan martabat pendidikan umat," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY, 24/6/2014

Jemaah umrah M'sia mati dalam pesawat

ROZALINA AYOB | .
KUALA LUMPUR: Seorang jemaah umrah Malaysia meninggal dunia dalam pesawat Flynas milik Arab Saudi ketika dalam penerbangan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur pagi semalam.
  
Ekoran kejadian itu, pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Colombo, Sri Lanka dan mengakibatkan penerbangan pulang ke Malaysia tertangguh selama 12 jam.
  
Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn Bhd, Harun Ahmmu berkata jemaah umrah syarikatnya itu dikenali sebagai Zaleha Salleh, 46, dari Kuala Berang, Terengganu dan disahkan meninggal sekitar pukul 8 pagi waktu Colombo akibat sesak nafas ketika berada dalam pesawat.
  
"Berikutan kematian jemaah itu, penerbangan terpaksa berpatah balik dan mendarat di Colombo bagi memberi rawatan dan menguruskan jenazah Zaleha.
  
"Pihak kami telah menghubungi Konsulat Malaysia di Colombo dan Islamic Jemaah untuk pengurusan jenazah sehingga selesai sebelum dihantar pulang ke tanah air dalam masa empat hari lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Harun berkata pengurusan jenazah mengambil masa yang panjang kerana perlu mematuhi beberapa prosedur sesebuah negara apabila berlaku kematian penumpang di dalam penerbangan dan kapal terbang harus mendarat di lapangan terbang berhampiran untuk pengesahan.
  
Beliau berkata syarikatnya menanggung semua kos pengurusan jenazah sebelum diserahkan kepada waris.
  
Susulan kejadian itu, 350 penumpang termasuk 36 jemaah daripada Rayhar Travels Sdn Bhd yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 10.30 pagi semalam ditangguh sehingga 10.15 malam tadi.
  
Jemaah umrah berkenaan berlepas ke tanah suci sejak 13 Jun lepas.
  
Sementara itu, seorang jemaah umrah ketika dihubungi Bernama, Rozaini Omar, 46, berkata beliau mengenali arwah kerana menyertai jemaah umrah syarikat yang sama.
  
"Arwah dikatakan sesak nafas dalam pesawat dan diberi rawatan oleh seorang doktor dan seorang jururawat dalam kapal terbang dan sebaik mendarat di Colombo Zaleha disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan negara itu," katanya.
  
Rozaini berkata beliau bersama jemaah lain terpaksa berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo sekitar 6.25 petang, waktu Malaysia bagi penerbangan pulang ke KLIA. - Bernama

Kampung Chubadak wujud sebelum 1800

NAZLI IBRAHIM | .

WALAUPUN tidak dicatat tarikh sebenar pembukaan Kampung Chubadak tetapi berdasarkan sejarah lisan, ia dipercayai wujud sebelum 1800 lagi.

Ia dikatakan diteroka sekumpulan masyarakat keturunan Minang Chubadak dari Sumatera sejak bergenerasi lamanya.

Perkampungan yang sebahagiannya bekas tanah lombong terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Selepas lombong ditutup sekitar tahun 40-an, semakin ramai  menduduki Kampung Chubadak dengan membina rumah di tanah yang mereka terokai.

Penerokaan untuk dijadikan penempatan baru yang ketika itu Wilayah Persekutuan belum wujud, asalnya mendapat restu dan  galakan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Selangor ketika itu berjanji mengambil segala langkah perlu bagi memastikan penduduk kampung itu mendapat hak milik tanah yang diduduki.

Walaupun selepas status tanah rezab Melayu Kampung Chubadak dibatal melalui Pengistiharan Rezab pada 22 Jun 1932, Pegawai  Daerah Kuala Lumpur pada 1960-an menyediakan pelan lakar bagi memecah tanah itu kepada lot-lot yang dibahagi-bahagi kepada penduduk kampung.

Ini diperkuat dengan kewujudan pelbagai kemudahan yang dibangunkan pihak berkuasa seperti dua balai raya, tiga masjid, bekalan air dan eletrik, perkhidmatan telefon, klinik, jalan berturap, pusat aktiviti wanita dan beberapa sekolah agama antara 1960 hingga 1990.

Malah ada bukti menunjukkan sebelum pembentukan Wilayah Persekutuan, Kerajaan Selangor telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Committee of Village Development and Security (CVDS).

Peranan CVDS yang diketuai ketua kampung itu menyamai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada masa ini.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Draf Pelan Bandar Kuala Lumpur (KLCP) 2020 mengkategori Kampung Chubadak sebagai penempatan setinggan bersama lima kampung.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

Tindakan DBKL yang mungkin didalangi Kerajaan Persekutuan itu mengkhianati generasi awal penduduk Kampung Chubadak, selain turut mengkhianati Kerajaan Selangor.

Lebih mengecewakan, tanah itu dijual pula kepada sektor swasta, STLR Sdn Bhd pada 26 Oktober 1985 yang kemudian dijual kepada Sentul Murni Sdn Bhd (SMSB).

Mujur penduduk Kampung Chubadak Tambahan memperoleh perintah Mahkamah Rayuan bahawa mereka boleh mendiami kawasan itu dan kampung itu diiktiraf sebagai bukan setinggan.

Sungguhpun begitu, DBKL tidak mengendahkan fakta itu sebaliknya tergamak meroboh rumah penduduk yang akhirnya menghadirkan perlawanan rakyat. - Selangor Kini

Prof Musdah: Halal Menikah Sesama Jenis (Homoseksual)

Written By canang on Rabu, 25 Jun 2014 | 6/25/2014 09:00:00 PG

Siti Musdah Mulia (baca biografinya) dikenal sebagai feminis pejuang paham kesetaraan gender. Umat Islam sempat dihebohkan ketikan Prof.Musdah dan timnya meluncurkan  Counter Legal Draft (CLD) Kompilasi Hukum Islam. Banyak ide-ide “aneh” yang tercantum dalam CLD-KHI tersebut. Misalnya, ide untuk mengharamkan poligami, memberi masa iddah bagi laki-laki; menghilangkan peran wali nikah bagi mempelai wanita, dan sebagainya. Sejumlah profesor di UIN Jakarta sudah menjawab secara tuntas gagasan Musdah dkk. Puluhan bahkan ratusan diskusi, debat, seminar, dan sebagainya sudah digelar di berbagai tempat.
Toh, semua itu dianggap sebagai angin lalu. Prof Musdah tetap bertahan dengan pendapatnya. Biar orang ngomong apa saja, tidak perlu dipedulikan. Jalan terus! bahkan, makin banyak ide-ide barunya yang membuat orang-terbengong-bengong. Pendapatnya terakhir yang menyengat telinga banyak orang adalah dukungannya secara terbuka terhadap perkawinan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Apakah tulisan dalam blog saya ini fitnah atau salah paham? mari kita simak pernyataan Musdah dari berbagai sumber. Dan biarkan anda sendiri yang menilainya. Dalam sebuah makalah ringkasnya yang berjudul “Islam Agama Rahmat bagi Alam Semesta”, dosen Pascasarjana UIN Jakarta ini menulis:
“Menurut hemat saya, yang dilarang dalam teks-teks suci tersebut lebih tertuju kepada perilaku seksualnya, bukan pada orientasi seksualnya. Mengapa? sebab, menjadi heteroseksual, homoseksual (gay dan lesbi), dan biseksual adalah kodrati, sesuatu yang “given” atau dalam bahasa fikih disebut sunnatullah. Sementara perilaku seksual bersifat kontruksi manusia. Jika hubungan sejenis atau homo, baik gay atau lesbi sungguh-sungguh menjamin kepada pencapaian-pencapaian tujuan dasar tadi maka hubungan demikian dapat diterima” Sumber: Majalah Tabligh DTDK PP Muhammadiyah (2008)
Musdah memang sangat berani dalam menyuarakan pendapatnya, meskipun sangat kontroversial dan mengejutkan banyak orang. Dia tentu paham bahwa isu homoseksual dan lesbian adalah hal yang sangat kontroversial, bahkan dilingkungan aktivis liberal sendiri. Banyak orang yang berpendapat agenda pengesahan perkawinan sejenis ini ditunda dulu, karena waktunya masih belum tepat. Tapi, Musdah tampaknya berpendapat lain. Dia maju tak gentar, bersuara tentang kehalalan dan keabsahan perkawinan sesama jenis. Tidak heran jika pada 7 Maret 2007 pemerintah Amerika Serikat menganugerahinya sebuah penghargaan “International Women of Courage Award”.sumber

Tanpa YTL, laksana tender terbuka

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bidaan pembinaan loji janakuasa Track A4 perlu dibuat semula menerusi tender terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga selepas YTL Corporation mengambil keputusan menarik diri daripada projek itu.

Pengarah Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan (gambar) berkata, pengunduran YTL itu tidak seharusnya menyebabkan projek itu dianugerahkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti dicadangkan sesetengah pihak.

“Pengunduran (YTL) itu tidak sepatutnya mendorong projek itu diberikan kepada TNB. Monopoli seperti itu tidak akan memberi faedah kepada pengguna,” katanya.

Menurut beliau, pengunduran YTL itu membuka peluang untuk Suruhanjaya Tenaga mematuhi janjinya untuk melaksanakan proses tender terbuka bagi projek janakuasa demi kebaikan rakyat.

Wan Saiful memetik kajian Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) awal tahun ini bertajuk ‘Reforming Peninsular Malaysia’s Electricity Sector’ yang menunjukkan bahawa persaingan pembidaan projek tarif loji gas telah membawa kepada penurunan tarif yang sepatutnya memanfaatkan pengguna elektrik di rumah.

“Desakan agar projek janakuasa diberikan kepada satu syarikat sahaja bertentangan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) dan hanya mengembalikan kita kepada amalan monopoli masa lalu. Kita tidak boleh membiarkan tadbir urus dijalankan secara samar kerana ia akan menyebabkan kronisme terus berlaku,” katanya lagi.

Pada 18 Jun lalu, YTL menarik diri daripada projek kontroversi itu dengan alasan "mengelak kesangsian terhadap komitmen tadbir urus dan ketelusan kerajaan".

Suruhanjaya Tenaga menganugerahkan projek itu kepada konsortium yang dianggotai YTL, TNB dan SIPP Energy secara rundingan terus.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengecam Suruhanjaya Tenaga yang tidak memberikan projek itu secara tender terbuka, dan menyifatkan badan itu memanipulasi proses penganugerahan agar memihak kepada syarikat tertentu.

“Projek 4A bukan saja dirunding secara terus, malah termanya juga samar-samar, tidak spesifik dan disediakan secara tergesa-gesa. Lebih buruk lagi, perjanjian konsortium antara YTL, TNB dan SIPP Energy – syarikat yang dikaitkan dengan Sultan Johor – masih belum selesai.

“Ini menunjukkan Suruhanjaya Tenaga memanipulasi proses penganugerahan keseluruhan untuk memihak kepada syarikat konsesi tertentu dengan tidak mengambil kira prinsip ketelusan, tadbir urus yang baik dan tender berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat pada 20 Jun lalu. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan