Jumaat, 6 Jun 2014

BILA DIRASA GURU TAK PERNAH AJARNYA...SYUKURNYA KURANG...IA PANDAI DENGAN SENDIRI...ORANG PERNAH BERJASA DIRAGUI...KALAU RASA NAK SORANG AJE MEMERINTAH BATALKAN SEMUA PARTI...TAK PAYAH PILIHANRAYA


KUTTY DAH MARAH SANGAT..
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.
"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.
"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Dr Mahathir: Lepaskan kuasa, elak Umno dipenuhi ‘orang bodoh


Dr Mahathir menjawab soalan wartawan selepas majlis di Pusat Belia Antarabangsa. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 September, 2013.Dr Mahathir menjawab soalan wartawan selepas majlis di Pusat Belia Antarabangsa. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 September, 2013.Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.
Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.
"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa.
"Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini.
Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas.
"Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," katanya.
Dr Mahathir menegaskan sekiranya seseorang pemimpin tersebut memberikan laluan bukan bermakna beliau lemah sebaliknya orang ramai akan lebih menghargainya.
"Setiap orang perlu menghormati masa mereka, tiba masanya untuk memberi laluan kepada orang lain.
"Sekiranya kamu bersara lebih awal, orang ramai akan lebih menghargai kamu," katanya lagi.
Menyentuh mengenai penamaan calon pemilihan Umno baru-baru ini, Dr Mahathir menyifatkan ia suatu petanda sihat berlaku dalam parti tersebut.
"Saya jangka ramai yang akan bertanding tapi ramai juga yang menarik diri.
"Tapi saya lihat ini sebagai satu petanda sihat, jika tidak ia pasti buruk untuk parti kerana orang akan mempersoalkan transformasi yang diperkatakan," ujarnya lagi.
Dr Mahathir juga menegaskan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tiada pertandingan adalah suatu yang baik bagi mengelakkan perpecahan berlaku.
Dalam pemilihan parti kali ini, Dr Mahathir juga mengesyorkan perwakilan Umno supaya memilih pemimpin yang mempunyai bakat dan potensi, bukannya kerana pengaruhnya.
"Saya harap pada pemilihan kali ini, perwakilan memilih pemimpin yang mempunyai potensi dan berbakat, bukan kerana pengaruhnya," tegas beliau lagi.
Bekas presiden Umno itu sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Umno sebagai “sudah tua dan bakal mati”.
Katanya, dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasinya memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri.
Katanya, Umno dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.
Ketika penggal kepimpinannya dari 1981 sehingga 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara "Harimau Ekonomi Asia". - 25 September, 2013.
 

Dr Mahathir bayangkan hanya orang bodoh dalam Umno



SEMALAM sekeping gambar "photoshop failed" memaparkan gambar Tuan Guru Nik Aziz kononnya tersenyum gembira bersalaman dengan wanita bukan muhrim (Ambiga) disebarkan oleh cybertrooper upahan Umno.

Gambar itu dilihat sengaja direkacipta untuk menjatuhkan maruah Tuan Guru Nik Aziz, rujuk sini [Nik Aziz salam wanita bukan muhrim]

Ramai pembaca yang terkejut melihat gambar yang begitu jelas diedit atau dengan kata lainnya superimpose tahap budak sekolah tadika. Kalau difikirkan, kenapa agaknya cybertrooper upahan Umno ini begitu bodoh?

Sebenarnya tidak ada apa yang menghairankan, sebelum ini Tun Mahathir pernah membayangkan bahawa hanya orang-orang kurang bijak dan takut kedudukannya tergugat sahaja yang tinggal di dalam Umno.

Berikut petikan berita (screenshot) dari akhbar online milik The Star, rujuk sini [mStar]

Rabu, 28 Mac 2012

Orang pandai masuk PAS, orang bodoh masuk UMNO -Tun Dr Mahathir


Mahathir kutuk UMNO enggan terima orang pandai sertai UMNO...


MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS"-Tun Mahathir

Apa maksud Tun Mahathir bila beliau gesa Umno buka pintu pada cendiakwan dan profesional?Adakah Umno selama ini dikuasai oleh golongan yang tak cerdik, kaki samseng , kaki pukul dan jadi pak turut semata-mata?Tun juga dilihat semakin bimbang dengan kemaraan PR dalam politik negara.

Memang betul dalam Umno kalau lebih cerdik dan bijak akan ditolak ketepi takut cantas pemimpin sedia ada.Ini dah lama berlaku sejak sekian lama.Di Kelantan gelagat cantas mencantas dalam Umno ini tiada kesudahan.Seorang pensyarah yang dulunya pernah menyelinap masuk dalam politik Umno di Kelantan menceritakan kepada saya bahawa betapa teruknya politik cantas mencantas dalam Umno hingga beliau berkata ,"Pas menang di Kelantan bukan kerana Pas kuat tapi kerana politik Umno Kelantan yang suka cantas mencantas sesama sendiri untuk jadi ketua cawangan dan ketua bahagian dalam Umno."

Seorang bekas pesara kerajaan  berkata kepada saya ,"Apa yang berlaku sebenarnya dalam Umno samalah macam kisah Hikayat Hang Nadim seorang anak muda Melayu yang cerdik tapi akhirnya dibunuh kerana kebijakan Hang Nadim jejaskan puak-puak yang iri hati dengan Hang Nadim." Beliau juga berkata kepada saya semasa Bank Bumiputera masih wujud dulu beliau cuba buat pinjaman dengan Bank Bumiputera untuk beli sebuah lot kedai dua tingkat di seksyen 10, Shah Alam.Pegawai bank tu kata kepada beliau tak layak buat loan! Kini Bank Bumiputera dah lenyap akibat dilingkupkan pemimpin Umno yang berkuasa.Yang ada kini hanya CIMB bukan lagi Bank Bumiputera.Kata beliau mereka pandang rendah kepada kita tapi kalau kroni pinjam duit Bank Bumiputera sampai lingkup pun tak pa.

Kini dah ramai pemimpin Umno keluar Umno masuk parti lain atau berada di luar parti.Kritikan dalam Umno untuk cari kebenaran atau dedahkan politik wang dan rasuah duit dalam pilihanraya merupakan satu bala kepada pemimpin Umno yang berbuat demikian.Mereka ditunjuk jalan keluar supaya meninggalkan Umno.Yang pandai makan rasuah dan bijak bodek pemimpin di atas terus diangkat dan dijulang dalam Umno.Contoh macam Isa Samad yang terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno tapi kini jadi Pengerusi Felda.Khairy Jamaludin diangkat jadi Pengerusi PUNB.

Tun Mahathir juga lupa zaman beliau juga orang lain tak boleh lebih daripada beliau akan disumbat dalam penjara.

Dr Mahathir gesa Umno buka pintu kepada cendiakawan , profesional

Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
    
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
    
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.
  
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
  
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
  
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
  
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
  
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
  
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.
   
- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan