Isnin, 19 Mei 2014

YANG LAGI BAHAYA HATI SENTIASA PANAS DENGAN PANAS BARAN...IA MELIBATKAN ORANG LAIN

Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais Yang Kita Tak Tahu!
Posted on Sunday, May 18 @ 16:06:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais Yang Kita Tak Tahu!
Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais Yang Kita Tak Tahu!
Mesti ada yang tertanya, kenapakah ? Semua benda yang ada dalam dunia ni mesti ada kebaikkan dan keburukkan untuk kita. Sama macam Teh Panas Dan Teh Ais  , ada kebaikkan dan ada keburukkan. Jom baca apakah Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais.

Bahaya Teh Panas

Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong.


Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.

Bahaya Minum Teh Ais
Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.

Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi.

Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing .

Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut. 

 terbakor


 Jutaan rakyat boikot pilihan raya Mesir
Posted on Monday, May 19 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






KAHERAH - MESIR. Jutaan rakyat mula memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir yang mula mengundi bagi ekspatriat negara itu, kelmarin.

Media melaporkan, gerakan Ikhwanul Muslimin mengesahkan, sebanyak 63 peratus daripada rakyat negara itu tidak akan keluar mengundi.

Pilihan raya kali ini menyaksikan bekas ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa, Abdel Fatah Al-Sisi disaingi Hamdeen Sabahi.

Jurucakap Ikhwanul berkata, jika jumlah keluar mengundi adalah 16.7 juta daripada 52 juta pengundi berdaftar sama seperti pilihan raya era Presiden Mohammed Mursi, Al-Sisi berkemungkinan akan tewas.

“Jika separuh daripada 16.7 juta memboikot pilihan raya itu maka Al-Sisi dijangka kalah teruk kerana 50 peratus daripadanya adalah ahli Ikhwanul,” katanya.

Menurutnya, ketika pilihan raya 2012, sebanyak 6 juta pengundi mengesahkan kemenangan Mursi dalam pusingan pertama diikuti oleh Salafi Al-Nour dan Pergerakan Revolusi April 6.

“Jika ada kalangan kami (Ikwanul) keluar mengundi, sudah pasti kami memilih Hamdeen,” katanya dipetik Agensi

Sementara itu, jurucakap parti Salafi Al-Nour  Nader Bakkar berkata, pihaknya juga akan memboikot pilihan raya itu.

“Kami tidak akan sokong Al-Sisi. Beliau bunuh 1,400 penyokong kami ketika penggulingan Mursi Julai lalu. Kami mahukan pemerintahan undang-undang Islam di Mesir bukan undang-undang sekular seperti dirancang Al-Sisi,” katanya.



http://duniakinionline.blogspot.com

  Potong Kaki Sendiri Kerana Tidak Mampu Ke Hospital
Posted on Monday, May 19 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Seorang lelaki memotong kaki sendiri hanya menggunakan gergaji besi dan pisau kecil dan penggaru belakang dibalut dengan tuala kerana dia tidak mampu membayar bil hospital.

Menurut Shanghaiist.com, Zheng Yanliang, 4, dari Boading bandar, China, mula mengalami serangan sakit di bahagian perut beliau kemudian ke kedua-dua kakinya. Beliau telah disahkan menghidap trombosis arteri besar dalam kedua-dua kaki.

Akibat kesakitan teruk, dia membuat keputusan untuk mengambil langkah ngeri memisahkan anggota yang dijangkiti sendiri untuk mengelakkan bil hospital yang mahal.




Itu cerita dulu, kemarin pula Seorang petani di China sanggup memotong kedua kakinya dengan kaca tajam kerana tidak mampu membayar kos pembedahan sebanyak AS$1,600 (RM5,175), lapor akhbar Daily News kelmarin.
 

Kaki Liu Dunhe sebelum ini mereput akibat terdedah pada suhu dingin ketika dia bekerja di ladangnya pada musim sejuk.

Petani yang berusia 44 tahun berkenaan kemudian menggunakan serpihan kaca untuk memotong kedua-dua kakinya.

Namun, dia terpaksa dirawat di hospital apabila luka pada kedua-dua kakinya dijangkiti kuman yang kemudian merebak ke seluruh badannya.

“Saya menggunakan serpihan-serpihan kaca tajam untuk memotong kaki saya. Ia sangat menyakitkan,” kata Dunhe.

“Saya terpaksa meminum alkohol untuk membius diri sendiri apabila tidak dapat menahan rasa sakit,” tambahnya.

Petani itu menyimpan rahsia dia memotong kakinya sendiri sehingga lukanya dijangkiti kuman.
Bagaimanapun, penduduk kampungnya yang mendapat tahu tentang penderitaan Dunhe mengumpul derma sebanyak AS$3,700 (RM11,645) bagi membiayai kos rawatan lelaki itu.

Lelaki itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital tempat dia dirawat dalam masa dua minggu lagi.

- Agensi


..x0x..

EDITOR
http://penjualcendol.blospot.com/

  Sultan Mizan titah Terengganu sedia perancangan strategik daulatkan syariah
Posted on Monday, May 19 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (gambar) menyarankan kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa. 
"Beta menyeru semua umat Islam di negeri ini bersatu padu kerana hanya dengan perpaduan sahaja akan mampu mengekalkan kekuasaan Islam di Terengganu," titah baginda ketika merasmikan sambutan tiga abad pentadbiran Islam di Kuala Terengganu, hari ini.


Baginda bertitah, institusi pentadbiran hal ehwal Islam sedang melalui proses penyusunan semula ke arah memperkasa pelaksanaan ajaran Islam dan maslahat ummah di negeri Terengganu.

Keberangkatan tiba Sultan Mizan bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah disambut Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh.
Program selama lima hari itu adalah inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dalam menyambut ulang tahun ke-300 pentadbiran Islam dengan kewujudan institusi kesultanan Terengganu yang bermula pada tahun 1708.
"Beta berharap sambutan ini dapat memaparkan sejarah perkembangan syiar Islam di Terengganu kepada seluruh rakyat jelata dan orang luar Terengganu," titah baginda. – Bernama, 18 Mei, 2014.

 PRK Teluk Intan: Premis Sekolah Disalahguna Hanya Nak Perjuangkan Calon Gerakan
Posted on Monday, May 19 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Sebelum ini bukan main lagi Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan agar premis sekolah tidak diizinkan sama sekali untuk dijadikan medan berpolitik.

Tapi kerana bersungguh-sungguh dan bermati-matian nak kasi calon sanjungan yang dijulang habis dari Gerakan di PRK Parlimen 076 Teluk Intan, maka Sekolah Kebangsaan Kpg Selabak, Teluk Intan akan dijadikan pentas untuk beberapa pemimpin UMNO menyampaikan ceramah perdananya.

Antara pemimpin UMNO yang akan menyampaikan ceramah demi mempertahankan Ketuanan Melayu di Teluk Intan ialah Ahmad Maslan, Alwi Ahmad dan Ketua Dewan Ulama Muda UMNO Sedunia Ust Fathul Bari.

Nampaknya UMNO cukup "konsisten dan tegas" dalam mempertahankan Ketuanan Melayu .... UMNO adalah parti yang tidak akan "menjual maruah dan mengadaikan" Hak Melayu walaupun sesaat dan seinci pun.

Contoh terbaik di PRK Parlimen 076 Teluk Intan .. UMNO sebagai taiko komponen Barisan Nasional telah mengumumkan calonnya ialah seorang anak muda "Melayu" jati Mah Siew Keong berbanding dengan DAP parti cauvanis Cina yang masih menamakan calon veteran bangsa "Cina" bernama Dyana Sofya Mohd Daud.-omakkau


 Ceramah Israk dan Mikraj 27 Mei 2014 di Rembau
Posted on Monday, May 19 @ 11:56:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ

Penceramah : Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin (Ex Radio IKIM)

Tempat : Madrasah Islamiah Hj Ibrahim, Bongek, Rembau

Tarikh : 27 Mei 2014, Selasa

Masa : Selepas Maghrib

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Monday, May 19 @ 11:56:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Rupanya Pengurus Nigeria Ke Piala Dunia Pernah Bermain Di Perlis
Posted on Monday, May 19 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Stephen Keshi juga pernah beraksi untuk pasukan Perlis F.A sekitar tahun 1998.

Stephen Keshi menguruskan pasukan berdasarkan pengalaman dan semangat cintakan tanah air.

PIALA Dunia 2014 membuka lembaran atau peluang cukup besar bagi benua Afrika kerana diwakili pasukan seperti Cameroon, Ivory Coast, Ghana dan Nigeria.

Perkiraan tentang lambakan pemain-pemain ini di persada liga-liga dunia jelas menggambarkan keutuhan jentera pasukan-pasukan benua Afrika ini.


Barisan kesebelasan utama Super Eagles yang bakal bertandang ke Brazil untuk Piala Dunia 2014.

Nigeria merupakan salah sebuah negara dari benua ini yang layak bertandang ke Brazil pada bulan Jun ini. Diundi dalam kumpulan F bersama Argentina, Bosnia dan Iran, peluang untuk ke peringkat kalah mati mungkin perkara mudah buat mereka.

Menduduki tangga ke-44 dalam ranking FIFA, menjuarai Piala Negara Afrika 2013 dan memiliki sekelompok pemain bertaraf dunia jelas menggambarkan pasukan ini bukan mudah untuk diduga kemampuan mereka.

Biarpun di tangga yang agak kebelakang berbanding pasukan lain tetapi prestasi semasa yang cemerlang jelas menebus keraguan terhadap mereka.

Gelaran Sang Helang Hijau dan Super Eagles menitipkan corak agresif pemain-pemain dalam pasukan ini ketika beraksi. Sebagai contoh penghulu pertahanan mereka Joseph Yobo pemain pertahanan tengah yang mempunyai struktur tubuh tinggi dan sasa, cukup agresif dalam body contact juga perebutan bola di udara dek kerana kematangan permainannya beliau dijadikan penghadang tengah utama untuk kelab liga Perdana Barclays, Norwich City.

Selain Joseph Yobo terdapat juga beberapa pemain berprofil tinggi yang mewakili Super Eagles antaranya Vincent Enyeama (Lille/GK), Peter Odemwingie (Stoke City/CF), Elderson (AS Monaco/CB), Kenneth Emeruo(Middlesbrough/RB&LB), John Obi Mikel (Chelsea/DMF), Vitor Moses (Liverpool loan/RWM&LWM), Shola Ameobi (Newcastle United/ CF) dan ramai lagi.


Yobo (2) dan Odemwingie (11) jentera serangan dan pertahanan penting Nigeria.

Kedudukan tertinggi yang pernah diduduki oleh Nigeria dalam ranking FIFA adalah tempat ke-4 manakala kedudukan terburuk adalah di tempat ke-82.

Mungkin peningkatan permainan pasukan ini dipengaruhi asas pembangunan bola sepak mereka yang semakin di pertingkatkan. Lambakan pemain-pemain yang merantau sepelosok dunia untuk menyerlahkan bakat disamping kualiti NPFL (Nigerian Premier Football League) yang tinggi dengan saingan yang cukup rancak saban tahun.

Sandaran seratus peratus terhadap pemain bukan jaminan kejayaan kerana segalanya akan dirancang oleh pengendali terpenting dalam sesebuah pasukan bola sepak iaitu pengurus pasukan.

Stephen Keshi merupakan bekas pemain pertahanan pasukan Super Eagles of Nigeria ini yang sekarang meneruskan karier sebagai pengurus utama pasukan.

Mungkin diselitkan pengalaman beliau bermain di kelab-kelab serata dunia dan semangat patriotik untuk membangunkan pasukan bola sepak negaranya sendiri mendatangkan hasil dengan banyakkejayaan yang dikecapi sepanjang kariernya.

Perlantikan beliau sebagai pengurus jelas memberikan contoh terbaik terhadap negara lain meskipun negara kita Malaysia sendiri yang berlumba mengambil jurulatih luar dengan bayaran yang tinggi tetapi tiada pulangan yang memuaskan.

Kita mungkin perlu seberani Arab Saudi yang memecat bekas jurulatih Barcelona, Frank Riijkard kerana gagal mengangkat prestasi pasukan bola sepak negara itu.

Stephen Keshi juga pernah beraksi untuk pasukan Perlis F.A sekitar tahun 1998.

Stephen Keshi menguruskan pasukan berdasarkan pengalaman dan semangat cintakan tanah air.

Kesimpulan terhadap pasukan bejersi hijau dan putih ini kekuatan mereka ditakrifkan atas kekuatan fizikal barisan pemain mereka dan kebolehan luar jangkaan mereka.

Super Eagles of Nigeria ini menyasarkan tempat kedua dalam kumpulan berdasarkan kenyataan pemain penyerang sandaran mereka Peter Osaze Odemwingier ketika mengulas kemampuan mereka bersaing bersama Iran, Bosnia dan Argentina.

Semoga pasukan Nigeria menyajikan permainan bertenaga juga diharapkan agar Sang Helang Hijau tetap gagah melebarkan sayap untuk terbang membelah angkasa-kedahkini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan