Selasa, 13 Mei 2014

TAK KENA BATANG HIDUNG....BOLEHLAH MACAM2 CAKAP

Surat Keluar Umno Belum Diterima, BN Kekal Kerajaan
Posted on Tuesday, May 13 @ 14:36:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Umno masih belum menerima sebarang surat daripada tiga anggota dewan undangan negeri (ADUN) yang dilapor keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, kata penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Justeru katanya, BN masih mempunyai kuasa eksekutif dan menduduki pejabat menteri besar.

"Sebarang tindakan menjadi bebas dengan keluar BN atau Umno oleh wakila rakyat BN hanya berkuatkuasa apabila surat mereka diterima oleh setiausaha agung BN atau Umno.

"Sehingga ke hari ini, tiada sebarang surat diterima," katanya.

sumber


 Berita Terkini Senarai Adun Umno Terengganu Yang Telah Dan Akan Keluar Didedahkn
Posted on Tuesday, May 13 @ 14:31:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Jika mengikut dari Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang telah dan akan Keluar Meninggalkan Umno bermkna kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berjumlah 32 Kerusi DUN adalah seperti berikut:-

PR 15- (14 PAS) (1 PKR)

BN 11- (11 UMNO)

BEBAS- 6

Senarai ADUN yang telah keluar UMNO :-

1. YB Dato Seri Ahmad Said Bekas Menteri Besar (MB) Adun Kijal

2. YB Ghazali  Adun Ajil

3. YB Roslee Daud Adun Bukit Besi


Senarai ADUN Menunggu untuk keluar dari Umno:-

1. YB Dato Mat Jidin Adun Permasuri

2. YB ir Rosli Adun Kemasik

3. YB Nawi Adun Hulu Besut

sumber klik sini

hemmmmm..... tak kan tak faham-faham lagi umno oiiii... patut berundur-berundur aje le... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Tuesday, May 13 @ 14:31:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Kad Jemputan Kahwin: Punca Datuk Seri Ahmad Said Keluar UMNO
Posted on Tuesday, May 13 @ 14:03:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu




Inilah kad jemputan kahwin sebagai bukti betapa pada penilaian Mantan MB Terengganu, Ahmad Said, Najib Razak langsung tidak bertimbang rasa???

Hati siapa tidak remuk... jiwa siapa tidak sedih... kalau diperlakukan sebegini rupa... macamlah tidak boleh tangguh untuk seminggu dua lagi... dia nakkan anak perempuannya bersanding dan mengadakan majlis perkahwinan di rumah kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu.

Omak Kau tidak pernah menyanjung dan menyokong UMNO dari dulu kini dan selamanya... tapi bab ini nampak sangat mantan Menteri Besar Terengganu diperlakukan cukup hina dan zalim sekali.

Bayangkan... semua persiapan sudah diatur dan hampir tunggu waktu upacara perkhawinan sahaja... kad kahwin sudah beribu dicetak... kain rentang dan bunting sudah siap ditempah... minta tangguh seminggu pun ditolak mentah-mentah... macamlah kalau ditangguhkan akan bverlaku huru hara kacau bilau negara dan negeri Terengganu.

Lagi menyedihkan sampai angkat sumpah dilakukan di waktu malam macamlah tidak boleh ditunggu esok harinya diadakan waktu siang... segi peruntukan tidak menyalahi tubuh badan undang-undang dan perlembagaan negeri Terengganu tetapi ianya dilihat macam tindakan gelojoh gopoh gapah sahaja.

Cuba bayangkan... seorang Menteri Besar selama 6 tahun minta tangguh seminggu pun tidak dibenarkan... apalah sangat 7 hari.

Kalau ini boleh berlaku keatas seorang pemimpin UMNO bertaraf Menteri Besar... apa jaminan pada yang ahli-ahli UMNO biasa yang tiada jawatan dan status ini?... Ikut hukum akal logik sudah pasti lebih teruk diperlakukan.

"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai. Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan"

MOHON SANGAT-SANGAT KEPADA SEMUA AHLI UMNO TIDAK KIRA APA KEDUDUKAN DALAM PARTI... CUITKAN MINDA... AJAK AKAL DAN OTAK BERFIKIR... DIMANA NILAI KAMU DIHATI DAN JIWA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO????



sumber


  PAS Timbang Semua Pilihan Termasuk Sidang Khas DUN
Posted on Tuesday, May 13 @ 12:56:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



PAS Terengganu mempertimbang semua pilihan termasuklah mengadakan sidang khas dewan undangan negeri (DUN) berdasarkan situasti terkini yang menyaksikan BN menjadi kerajaan minoriti di Terengganu.

Perkara itu dinyatakan ADUN Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi sewaktu ditanya tentang langkah PAS yang mempunyai 14 kerusi di DUN Terengganu selepas bekas menteri besar dan dua ADUN bertindak keluar Umno.

"Ya, semua aspek kita ambil kira. Itu kita sedang perhalusi semuanya. Kita berhati-hati dan tidak mahu gopoh dalam sikap kita," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, PAS akan bermesyuarat untuk membincangkan hal itu dan sentiasa meneliti perkembangan semasa.

"PAS sendiri akan bermesyuarat dengan segera demi 'menyelamatkan' Terengganu," katanya.

Menurutnya, PAS Terengganu juga sedia maklum dengan kenyataan penasihat undang-undang negeri yang mengumumkan bahawa kerajaan BN masih berkuasa di negeri itu.

Sementara itu, pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat memaklumkan yang PAS Terengganu akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa berhubung perkembangan di negeri itu.

"Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan di luar daripada keputusan pemimpin," kata ADUN Paka itu.

BN kini menguasai hanya 14 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

Situasi itu tercetus apabila tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar daripada Umno lewat malam semalam.

Mereka ialah bekas menteri besar dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

sumber


Politik Terengganu : Pas Bertindak Dengan Cermat
Posted on Tuesday, May 13 @ 12:40:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Badan Perhubungan PAS Terengganu sedang mengadakan mesyuarat khas berhubung krisi politik yang sedang berlaku sekarang. Bagi pihak pemimpin PAS, saya berharap semua pihak bertenang dan bersabar.

InsyaAllah, atas kepentingan seluruh rakyat, kita akan memutuskan perkara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan diluar dari keputusan pemimpin.

Pemimpin PAS Terengganu mengikuti dengan teliti perkembangn yang berlaku ini dari awal dan tindakan yang perlu sedang di ambil.

Sekian dimaklumkan

YB Hj Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Jam 11.35 pagi
13 Rejab,1435/ 13 Mei 2014
 

"Mat said cuba selamatkan duit petroleum Terengganu daripada diambil Jibby lalu dipecat"- Sumber
*Owh yeke.. tak pelik tak hairan.. sebab puak Lemvuno semua perompak duit rakyat! Apa lagi.. BUBAR DUN kalau berani! Kahkahkah
Like · · · 10573

Tuesday, 13 May 2014


KRISIS TERENGGANU .. RIBUAN AHLI UMNO KUTUK KERAS MANTAN MENTERI BESAR TERENGGANU KERANA KELUAR PARTI????


" AJIL XBOH PENGKHIANAT PARTI UMNO!!!! .. UMNO TETAP SETIA!!! " ... SILA LETAK JAWATAN SBG YB ... PERJUANGAN MESTI IKHLAS ... TIDAK SETIA PADA PARTI UMNO .... YB TIADA PRINSIP .... YB TIDAK IKHLAS ..

Begitulah sebahagian dari ayat yang ditulis di kain rentang dan plakad oleh beberapa penyokong UMNO marah kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said kerana keluar UMNO menjadi ADUN Bebas.

Kalau ya pun nak buat demo bantahan .. angkutlah ramai sikit boh .. kalau setakat tidak sampai 15 orang apa barang punya demo ni.

Cuba ikut contoh teladan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat .. buat demo puluhan ribu turun .. kalau setakat 12-13 orang bikin malu betullah.

Dia tinggal UMNO jadi ADUN Bebas dah kira untung dan nasib baik .. kalau dia letak jawatan sepertimana yang dijeritkan .. apa UMNO ingat boleh senag menang ke? .. Ingat Ahmad said tidak ada pengaruh peribadi di DUN Ajil ke?

Janganlah sampai begitu sekali beliau dilayan ... semasa menjadi MB Terengganu cium tangan sampai ke siku.

Inilah salah satu sebab mengapa rakyat meluat menyampah benci pekat kepada UMNO .. perangai dari pemimpin sampailah ketukang salak angkat kain rentang dan plakad .. teruk dan hina sekali... langsung tidak boleh buat kawan setia.
Kerana kenduri anak, Ahmad Said jadi ADUN Bebas
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Saidkeluar dari UMNOdibuat kerana permintaannya untuk meletak jawatan selepas melangsungkan majlis kenduri anaknya 17 Mei ini tidak dibenarkan.
Ahmad Said ketika dihubungi Astro AWANI berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.
"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar?
"Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai" katanya dalam nada tersekat-sekat.
Tambah Ahmad Said lagi pertukaran jawatan beliau telah diarahkan oleh Najib sendiri.
"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan" katanya.
Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Menurut Ahmad Said dia tidak pasti adakah akan ada lagi ADUN mengikut jejak langkahnya bertindak keluar parti.
Ditanya adakah sudah ada mana-mana pihak yang menghimpit beliau untuk menyokong sama ada BN atau PR memandangkan beliau kini ADUN Bebas,
"Belum ada lagi mana-mana pihak yang datang jumpa saya menyertai mereka".
Like · · · 4
Pesanan kepada macai yang masih diperdayakan oleh UMNO.

Selasa, 13 Mei 2014


Pilihanraya Negeri: DUN Terengganu dibubar esok?

Kini BN mempunyai 14 kerusi sama banyak dengan PAS. Bebas 3 orang dan PKR 1 orang.
Datuk RazifKUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka dibubar esok berikutan tiga ADUN telah keluar dari Umno.
Menurut sumber, Menteri Besar, Datuk Razif Abdul Rahman dijangka menasihati istana untuk membubarkan DUN berikutan perkembangan politik terkini.
Malam tadi tiga ADUN telah mengumumkan keluar dari Umno iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.
Kini BN mempunyai 14 kerusi sama banyak dengan PAS. Bebas 3 orang dan PKR 1 orang.
“Menteri Besar sedang menunggu arahan darti Putrajaya untuk membubarkan DUN,” kata sumber itu kepada FMT.
Sementara itu ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman telah menafikan akan keluar dari Umno.
Menurut Ahmad Said, tiga orang ADUN lagi akan menyebelahi beliau dan jika ia berlaku kerajaan BN akan tumbang.
PAS pula sedang mengadakan mesyuarat berikutan perkembangan terkini di Terengganu.
“Justru itu pilihan terbaik bagi Razif ialah menasihati istana untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya lagi.

Pengunjung Pasti ‘Insaf’ Bila Masuk Ke Kedai Ini


Sekeping gambar resit yang dikeluarkan oleh Restoran Insaf tersebar di media sosial berikutan dengan caj harga makanannya yang tidak masuk akal.
Menurut pemilik resit berkenaan, dia telah dikenakan caj sebanyak RM10.00 untuk sekeping murtabak kecil dan RM10.00 untuk sepotong ayam goreng.
Pengunjung Pasti 'Insaf' Bila Masuk Ke Kedai Ini
Pengunjung Pasti ‘Insaf’ Bila Masuk Ke Kedai Ini
Pengunjung Pasti 'Insaf' Bila Masuk Ke Kedai Ini
Pengunjung Pasti ‘Insaf’ Bila Masuk Ke Kedai Ini
Pengunjung Pasti 'Insaf' Bila Masuk Ke Kedai Ini
Pengunjung Pasti ‘Insaf’ Bila Masuk Ke Kedai Ini
Kalau beginilah harganya, sememangnya sesiapa yang memasuki restoran tersebut memang akan insaf buat selama-lamanya.
Apa yang menarik di sini, susulan dari pendedahan resit berkenaan, ramai yang tampil mendedahkan ketidakrelevanan restoran berkenaan dalam soal mengenakan harga makanan yang dianggap tidak munasabah.
Menurut mereka, Restoran Insaf ini sememangnya mengenakan harga yang mahal kepada pengunjungnya. Dan rata-rata orang Kuala Lumpur tahu akan sikap restoran tersebut yang suka mencekik darah pelanggannya.
Dedah mereka lagi, jika pelanggan mengambil seekor udang bersaiz sebesar ibu jari, harga yang akan dikenakan ialah RM12. Tetapi itu harga 5 tahun yang lepas. 
Dari pemerhatian di media sosial, ini bukanlah pertama kali pengunjung menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Restoran Insaf. 
Justeru, ramai yang memohon pihak KPDNKK tampil mengambil tindakan terhadap restoran berkenaan, bukannya hanya berani mengambil tindakan terhadap pengusaha kedai makanan bumiputera.
Sumber: My Media Hub Online

[TERKINI] PAS Akan Usul Undi Tak Percaya Hanya Di Dalam Sidang DUN

PAS tidak akan mengikut kaedah yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) ketika krisis politik di Perak lima tahun dahulu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata PAS akan menggunakan kaedah yang betul dengan cara usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.

"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Politik Terengganu mula bergolak pada Isnin selepas bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sementara itu, menurut laporan portal berita The Malaysian Insider, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Yahaya Ali berpendapat, cara terbaik untuk menilai sama ada parti itu akan mendapat sokongan majoriti adalah melalui undi tidak percaya atau pilihan raya.

“Cara terbaik adalah menilainya melalui satu undi tidak percaya atau pilihan raya semula dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu,”
kata Yahaya.

Menurut beliau, jalan paling mudah adalah mengadakan kerjasama dengan bekas Adun UMNO yang telah meletak jawatan dan menjadi Adun Bebas untuk membentuk kerajaan bersama seperti yang berlaku di Perak.

"Jika BN tidak cukup sokongan maka bolehlah kerajaan negeri bertukar tangan. Atau kita buat melalui pilihan raya semula," kata Yahaya.

Namun, katanya , beliau sendiri masih belum yakin dengan "angkanya" untuk membolehkan PAS mendapat sokongan majoriti dalam DUN Terengganu.

Dalam pada itu, ADUN Batu Buruk daripada PAS, Dr Syed Azman berkata, rakyat Terengganu perlu diberi mandat semula untuk menentukan siapa yang patut mentadbir kerajaan negeri itu.

Beliau yang juga merupakan AJK PAS Pusat itu berkata, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud menyertai bekas Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas berikutan rasa tidak puas hati dengan tindakan Putrajaya memaksa Ahmad meletakkan jawatan.

Tindakan Roslee itu akan menjadikan Pakatan Rakyat memegang kerusi paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu iaitu 15 (14 PAS, 1 PKR) manakala BN pula, 14 dan Bebas 3.

Menurut Syed Azman, beliau yakin Roslee akan kelaur daripada UMNO dan seterusnya menjadi ADUN bebas.

“Langkah terbaik bukannya menukar kerajaan begitu sahaja seperti di Perak kerana tindakan sedemikian akan menyebabkan ketidakstabilan di Terengganu dan adalah terlebih baik memberikan mandat semula kepada rakyat Terengganu,” tambah Syed Azman.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali walau bagaimanapun enggan mengulas situasi politik di Terengganu.

"Saya tidak akan buat sebarang kenyataan setakat ini. Saya mengikuti perkembangan di Terengganu," katanya kepada Astro AWANI.

SEMENTARA ITU, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, satu sidang media khas “Isu Politik Terengganu” akan diadakan pada jam 5 petang ini, Selasa 13 Mei, demikian lapor Buletin Online.

Menurutnya, sidang media tersebut akan diadakan di Pejabat Perhubugan PAS Terengganu di Taman Seri Intan Jalan Sultan Omar, dekat sini.

Ditanya tetang butiran sidang media tersebut, beliau berkata, PAS akan mengemukakan langkah-langkah tidakan yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang bermula sejak jam 10.00 pagi tadi.

Oleh itu, Jabatan Penerangan PAS Teregganu menjemput semua wartawan dan penggiat media untuk hadir membuat liputan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan