Rabu, 21 Mei 2014

RIADAH BERBASIKAL DLL ITU UNTUK KESIHATAN JASMANI....HADIR KE MAJLIS2 ILMU DISURAU2 DAN MASJID2 ADALAH RIADAH UNTUK ROHANI SERTA UNTUK PERIUK NASI DIAKHIRAT



Bukan salah Dyana, tapi silap orang dulu-dulu

MUHAMMAD FAIZAL | .

Gambar Dyana ketika kecil yang dikongsikan ibunya kepada Harakahdaily

Siapa sangka, seorang ibu yang memendam derita selama lebih 27 tahun akibat dari penghinaan oleh parti sendiri, buat pertama kali mampu mengukir senyum kegembiraan.

Dalam keadaan suasana gembira penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menyambut pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Isnin lalu, Harakahdaily tertarik pada perwatakan seorang wanita yang sedang duduk di bangku di satu sudut.

Beliau yang bertudung hitam berbaju ungu, duduk sambil memerhati anak gadisnya yang menjadi perbualan ramai sejak kebelakangan ini.

Terkadang dapat dilihat tangannya mengesat mata yang terlindung disebalik kaca mata hitam yang dipakainya.

"Assalamualaikum makcik," sapaku ketika menghampirinya.

Mahathir perlu terima hakikat Dyana macam Marina

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

TELUK INTAN: DAP hari ini menggesa Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belajar dengan anaknya Marina Mahathir supaya berfikiran lebih terbuka dalam mengeluarkan pandangannya.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, kenyataan Marina itu mencerminkan calon yang dikemukakan oleh DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana SofyaMohd Daud berkaliber dan berkemampuan.

Ianya juga kata beliau membuktikan tokoh muda DAP berumur 27 tahun itu berkualiti besar untuk menjadi sebagai ahli parlimen yang baik.

"Saya dengan rendah hari ingin memohon Tun Dr Mahathir dapat belajar daripada anaknya supaya punyai fikiran terbuka.

"Beliau harus beri pujian dan sokongan kepada Dyana seperti anaknya," katanya dalam sidang media di Bilik Operasi Induk DAP, dekat sini.

Marina dalam facebook sebelum ini berkata, Dyana lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada di negara ini.

Calon DAP itu disifatkannya sebagai sangat bijak, boleh berfikir, petah berkata-kata serta berkemahiran dalam penulisan.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping itu menjelaskan, terbukti Dyana bukan hanya mempunyai kelebihan dari segi luaran, sebaliknya Setiausaha Politik Lim Kit Siang itu sememangnya mempunyai bakat besar untuk berkhidmat kepada rakyat.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya pimpinan DAP antaranya, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham. - HARAKAHDAILY 21/5/2014

"Walaikummussalam," jawab beliau sambil memandang atas bawah kepadaku.

"Makcik ni Yammy Samad, ibu kepada Dyana Sofya kan? Boleh saya duduk?, " soalku sambil memperkenalkan diri.

Dia hanya mengangguk.

"27 tahun akhirnya doa makcik dimakbul olehNya, terubat derita hati ini," katanya secara tiba-tiba sambil matanya memerhati anak gadisnya di atas pentas yang menjadi sasaran lensa kamera.

"Derita 27 tahun, kenapa makcik," soalku mahukan kepastian.

"Makcik melahirkan Dyana Sofya pada 29 Disember 1987, waktu tu makcik aktif dan memegang jawatan di dalam Umno," jelasnya.

"Makcik dulu orang kuat Umno, bertugas di Pejabat Perhubungan Umno Perak dari 1974 hingga 1987. Jawatan tertinggi yang makcik pegang adalah Setiausaha Umno Bahagian Ipoh Barat.

"Waktu itu siapa yang tak kenal makcik, kalau orang-orang lama Umno Perak mahupun pusat pasti kenal siapa makcik, namun segalanya berubah selepas makcik melahirkan Dyana," jelasnya membuatkan aku lebih teruja untuk bertanya.

"Apa yang berlaku makcik, apa kaitannya dengan Dyana dan sekarang,"soalku.

"Selepas melahirkan Dyana, makcik bercuti pantang 60 hari. Penghinaan berlaku terhadap makcik ketika makcik ingin mula bertugas selepas bercuti pantang.

"Makcik tidak akan lupa, penghujung Februari 1988 ketika makcik ingin memulakan tugas dan waktu menaiki pejabat Umno Bahagian makcik telah dihalang dan dimaklumkan bahawa khidmat makcik dihentikan serta merta.

"Makcik sendiri tidak tahu apa sebabnya dan kenapa Umno ketika itu mengambil tindakan sedemikian, makcik dihina sedemikian rupa sedangkan sudah banyak tenaga yang makcik curahkan kepada Umno bagi memastikan parti itu terus kukuh.

"Memang betul bukan makcik seorang yang menaikkan Umno di Perak ketika itu, semua membantu tetapi setidak-tidaknya kita sama-sama membantu," jelas beliau.

Menarik, rupanya ada peristiwa pahit disebalik kegembiraan hari ini, bisik hati ku..

"Ketika itu Allah sahaja yang tahu betapa malu dan hinanya makcik. Mereka kata sebab makcik menyokong Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pada saat dan ketika itulah, makcik berdoa dan tekad bahawa anak (Dyana) yang baru berumur lebih kurang 70 hari itulah akan menentang parti yang menghina makcik.

"Alhamdullilah hari ini doa makcik dimakbulkan, bukan makcik anggap ini dendam tetapi makcik nak ingatkan apa yang berlaku ini bukan disebabkan Dyana tetapi kesilapan orang-orang dulu yang lama di dalam Umno," katanya sambil mengesat air mata.

Dyana adalah anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau merupakan anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat .

Gadis ini juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan menerima ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 2010.

Nama Dyana buat masa ini mungkin bukan asing lagi kepada penduduk negara ini khususnya warga Teluk Intan.

Beliau merupakan gadis Melayu berumur 27 tahun diangkat oleh sebuah parti yang dikatakan rasis, DAP bagi mewakili Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil itu.

Setiap hari, hampir semua media memaparkan foto beliau yang tidak lekang dengan senyuman, malah turut menjadi perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut berpesan agar tidak terlalu obses dengan calon DAP itu dengan pesanan pilihan raya kecil 'bukan pertandingan ratu cantik'. - HARAKAHDAILY 21/5/2014

Abu Backer 'terjatuh' sebagai cara berkempen

BERNAMA | .
GEORGE TOWN: Tindakan calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang semalam tidak melanggar peraturan dalam Akta Pilihan Raya 1954.
  
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh menyifatkan tindakan calon Bebas itu sebagai sebahagian daripada caranya berkempen dan tidak melakukan sebarang pelanggaran undang-undang.
  
Ditanya sama ada SPR akan menarik pencalonan Abu Backer Sidek dalam pilihan raya kecil itu, Abdul Ghani berkata: "Setakat ini kami tidak menarik pencalonannya...sebab dia dah bayar deposit, sebaik dah jadi calon, calon itu tidak boleh tarik diri".
  
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Balai Polis Air Itam, di sini hari ini.
  
Semalam, Abu Backer Sidek, 46, tiba di hadapan pintu pagar DUN Pulau Pinang pada 1 tengah hari untuk menghantar surat jemputan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi menghadiri ceramah penerangan anjurannya tentang hukum Hudud di Farlim, Air Itam pada 23 Mei ini.   
 
Abu Backer Sidek dihalang sekumpulan pengawal keselamatan yang bertugas di Dun berkenaan daripada bertemu ketua menteri, ekoran itu beliau bertindak menahan kereta dinaiki Lim bersama-sama pembantunya yang ketika itu mahu meninggalkan dewan.
  
Berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta Lim yang tidak mahu berhenti, beliau nekad meluru ke arah kereta itu dan 'terjatuh' di atas jalan raya.
  
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.
  
"Setakat ini tidak terima apa-apa laporan," katanya. - Bernama

Riadah berbasikal dari Kota Darulnaim ke Pantai Sri Tujuh

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Bagi memastikan penjawat awam di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas, kerajaan negeri menganjurkan program riadah berbasikal membabitkan kakitangan awam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, program itu diadakan bertujuan bagi melahirkan penjawat awam mempunyai fikiran bernas dan aktif.

“Program ini juga bagi menggalakkan penjawat awam dan rakyat Kelantan beriadah, di samping itu dapat merapatkan lagi hubungan kakitangan awam dengan masyarakat,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Program Riadah Penjawat Awam Negeri Kelantan 2014 akan diadakan pada 31 Mei ini bermula di Kompleks Kota Darulnaim sehingga Pantai Sri Tujuh, sejauh 25 km.

Pelepasan program berkenaan dijangka dilakukan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. 

Mohd Faudzi berkata, program tersebut turut terbuka kepada semua pihak termasuk wanita dengan syarat wajib menutup aurat.

“Bagi 500 peserta terawal mendaftar akan diberi T-shirt percuma. Jamuan ringan akan diadakan di hentian rehat Kota Warisan, Kampung Berangan dan jamuan tengahari di Pantai Sri Tujuh,” ujarnya.

Katanya juga pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk cabutan nombor bertuah, pameran, dikir barat, rebana dan permainan interaktif.

Borang penyertaan boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan pintu masuk Kota Darulnaim, atau maklumat lanjut boleh hubungi Abdul Razak Deraman di talian 019-980 7788 atau Mohd Hanis (019-9067000).

Sebelum ini Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Pusat Penerangan Pelancongan menganjurkan program berbasikal sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. - HARAKAHDAILY 21/5/2014

PAS Kedah rakam takziah atas kemangkatan Tunku Annuar

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Kedah merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Negeri Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

"Ucapan takziah khusus kami zahirkan kepada ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah kehilangan adinda tercinta. Ahli-ahli PAS berkongsi kedukaan dengan kaum kerabat dan keluarga Almarhum," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah ingin merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Negeri Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Ucapan takziah khusus kami zahirkan kepada ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah kehilangan adinda tercinta. Ahli-ahli PAS berkongsi kedukaan dengan kaum kerabat dan keluarga Almarhum.

Pemergian Almarhum Tunku Anuar adalah berita yang sangat mengejutkan seluruh rakyat jelata. Lebih-lebih lagi bagi kami, kepimpinan dan ahli-ahli PAS Kedah yang merasai sentuhan jasa bakti baginda sewaktu menaungi kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dahulu. Baginda sangat mengambil berat setiap pelaksanaan program anjuran kerajaan negeri dan pro aktif dalam memberi cadangan membina.

Kami menyifatkan Almarhum Tunku Anuar adalah pemimpin yang sangat istimewa di mata dan hati rakyat. Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada negeri Kedah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tunku Anuar serta ditempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan mendapat kesejahteraan berkekalan.

Perhubungan PAS Kedah akan mengadakan satu majlis tahlil khas untuk Almarhum pada 23 Mei 2014, selepas solat Maghrib di Madrasah Islahiah Diniah, Memali, Baling. - HARAKAHDAILY 21/5/2014

Hudud: Adakah Mah setuju kenyataan Shabery?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Adakah calon BN pada PRK Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong bersetuju dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung pelaksanaan hudud?

Ini berikutan kenyataan Shabery di Putrajaya semalam yang berkata jika DAP menang jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak hudud.

"Kalau begitu, kita tanya Shabery adakah dengan menyokong calon BN daripada Gerakan bererti menyokong atau bersetuju dengan pelaksanaan hudud?

"Adakah Mah yang juga Presiden Gerakan setuju dengan kenyataan Shabery itu?" tanya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, rakyat umumnya mengetahui bahawa Gerakan menentang keras pelaksanaan hukum hudud.

Pada 24 April lalu, sekumpulan Pemuda Gerakan menyerahkan notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993) melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersama 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob di Pejabat Agung PAS.

Justeru, Mustafa mengingatkan Shabery selaku menteri agar tidak membuat kenyataan seperti itu lagi.

"Tak kanlah taraf menteri membuat kenyataan serendah itu," ujarnya kepada Harakahdaily.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRK yang berlangsung 31 Mei ini, Mah menentang calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. - HARAKAHDAILY 21/5/2014

Kesatuan ummah syarat untuk bebaskan al-Aqsa

HARAKAHDAILY | .
PERSIDANGAN Pembebasan Masjid al-Aqsa  dan Umat Tertindas menegaskan jika Masjid al-Aqsa mahu dibebaskan, maka kesatuan umat adalah prasyarat terpenting yang mesti dilakukan. Persidangan yang dianjur oleh Sekretariat Himpunan Ulama Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Kesatuan Ulama Muslimin SeDunia cawangan Malaysia serta ABIM dan SALIMAH itu bersetuju bahawa perbezaan ideologi politik dan aliran mahzah tidak harus menjadi penghalang untuk umat bersatu mencapai cita-ciata membebaskan tanah Palestin sekaligus Masjid al-Aqsa.

Seramai 200 orang delegasi dari negara luar dan dari dalam negara yang bersidang dua hari iaitu 17-18 hb Rejab/ Mei  2014 di sebuah hotel di Shah Alam itu telah mendengar perbahasan dan pembentangan 18 buah kertas kerja mengenai isu pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin sekali mengenai umat tertindas di seluruh dunia sempena peringatan 66 tahun Hari Nakbah 2014.

Delegasi dan pembicara terdiri dari negara Mesir, Lubnan, Turki, Palestin, Indonesia, Kemboja, Iran, Qatar, Syria, Thailand, India, dan Myanmar telah turut hadir dan menyumbang kepada persidangan yang julung kali diadakan.

Persidangan itu menegaskan semula pendirian bahawa seluruh komuniti antarabangsa yang mahukan keamanan dan kestabilan di Asia Barat, menuntut pencerobohan ke atas tanah Palestin secara berterusan sehingga kini adalah haram dan warga Palestin mesti dikembalikan hak mereka untuk pulang ke tanah asal milik mereka, jika keamanan mahu dicapai di rantau tersebut.

Ucapatama yang disampaikan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang, Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syeikh Muhammad Hassan Tibroiyyan (Penolong Setiausaha Agong dan Bahagian Antarabangsa  Majma' Alami Li Taqrib Baina Mazahib Islamiah), masing-masing menegaskan supaya dalam soal Masjid al-Aqsa dan membebaskan Palestin, umat Islam perlu bersatu dan mengenepikan perbezaan.

Isu yang asasi iaitu keadilan dan membela hak rakyat Palestin yang ternafi, harus merentas kepentingan kelompok. Sesungguhnya kesengsaraan umat Palestin yang merupakan hasil dari komplot kuasa imperialis Amerika, Britain dan Zionis memperalatkan pemimpin negara-negara Arab menyebabkan isu ini berlanjutan lebih 66 tahun.

Ustaz Abdul Ghani Samsudin selaku Pengerusi SHURA dalam ucapan pembukaannya menegaskan, "Perlunya mendokong gagasan rekonsialisasi berbaik-baik antara sesama kaum, bangsa dan negara yang berdaulat. Khasnya rancangan rekonsialisasi dan musalahah antara kumpulan dan pejuang Palestin atas andaian itu adalah anak tangga pertama ke arah matlamat perpaduan, pengukuhan kekuatan dan seterusnya meningkatkan kekebalan mereka. Bahkan ini merupakan langkah pertama untuk merampas  kembali hak mereka dan pulang ke tanah air dan ke kampung halaman dengan jaya."

Beliau mengatakan, "Oleh sebab isu Aqsa dan Palestin adalah isu umat Islam sejagat, maka ia memerlukan daya usaha daripada semua pihak; sama ada individu mahupun kumpulan. Pada hemat saya, umat Islam semuanya perlu kembali komited; beriltizam mematuhi sumber-sumber asli ajaran Islam yang murni; iaitu Quran dan Sunnah. Berpegang kepada asas yang thabit dan mengutamakan kepentingan tertinggi umat. Menjauhkan diri daripada sebarang tindakan yang membawa kepada kesesatan, perpecahan dan kemusnahan."

Persidangan itu telah menghasilkan Resolusi 20 Perkara yang telah dibentang oleh Ustaz Ahmad Awang, selaku Timbalan Pengerusi Persidangan dan Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia.

Beliau bermula dengan mengingatkan masyarakat antarabangsa perlu faham bahawa mandat Britain kepada  Zionis untuk membentuk secara haram negara Israel berasaskan Deklarasi  Balfour 1917 membuktikan BritIsh memainkan peranan aktif dan menjadi kuasa penting melahirkan Israel.

Oleh itu, usaha membebaskan Palestin dan al-Quds, perlu diiringi dengan usaha melebarkan penyebaran maklumat mengenai latar belakang isu Palestin yang sebenar. usaha ini perlu diutamakan kerana massa awam perlu memhami konteks sejarah yang berlaku dan mengenal pasti bahawa setiap generasi akan terus menuntut pembebasan al-Aqsa, al-Quds dan Palestine.

Oleh hal yang demikian agensi antarabangsa seperti OIC perlu menjalinkan kerjasama dengan organisasi, institusi dan pergerakkan sivil yang beriltizam untuk membebaskan Palestin.

Persidangan juga mengusulkan bahawa penyelesaian dua negara tidak akan berjaya. Malah penyelesaian yang sepatutnya diusahakan ialah supaya Israel dibubar supaya negara Palestin ditegakkan semula dan rakyat Palestin dan Yahudi boleh tinggal dalam satu negara iaitu Palestin.

Segala pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel keatas rakyat Palestin hendaklah diadili. Oleh itu, persidangan ini mendesak supaya pihak berkuasa Palestin hendaklah menandatangani  Rome Treaty supaya ia boleh merujuk semua aduan rakyat Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat dan mendakwa pemimpin-pemimpin dan pegawai Israel yang bertanggungjawab ke atas perlakuan jenayah terhadap kemanusian dihukum.

Resolusi persidangan juga bersepakat menegaskan bahawa Israel adalah negara apartheid. Lantaran itu kempen antarabangsa yang serupa sebagaimana dilakukan keatas Afrika Selatan perlu dilancarkan keatas Israel  sehingga ia boleh memberi kesan yang sama iaitu membubarkan negara rasis itu. Oleh sebab itu persidangan ini memperakui pelancaran kempen Boikot , Divestment dan Sanksi (BDS) untuk menyokong kempen yang telah dimulakan oleh gerakan boikot rakyat Palestin sejak 1945 lagi.

Kini ternyata perlanggaran perjanjian antara Mesir dan Israel dan antara pihak Berkuasa Palestin dan Israel  telah berlaku, maka digesa supaya Mesir dan pihak berkuasa Palestin menraik diri daripada perjanjian tersebut.

Dalam Resolusi 20 poin itu, mengesa peranan media Islam supaya mempromosi secara agresif isu kesatuan umat Islam daripada pelbagai aliran dalam Islam berdasarkan Deklarasi Amman dan mengusahakan organisasi Taqrib di negara-negara yang bersesuaian.

Untuk mengukuhkan usaha ini suatu front ulama dan cedikiawan Untuk Pembebasan Palestin diwujudkan dan ia diwakili oleh anggota yang boleh memonilisasi masyarakat awam mengenai isu Palestin.

Juga sangat penting ditubuh forum dan wadah serta NGO yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang prihatin terhadap isu keadilan untuk rakyat Palestin serta menangani penindasan yang berlaku ke atas seluruh umat Islam yang tertindas di negara-negara lain. Gabungan suara menentang kezaliman perlu diketengahkan sebagai suatu gelombang di seluruh dunia.

Perbahasan berbangkit juga meliputi saranan menubuhkan sebuah Institusi untuk Palestin dan Kajian Palestin bertujuan menghasilkan bahan dan penyebaran maklumat kepada awam untuk mendidik masyarakat awam terutama generasi muda mengenai isu Palestin. Institusi ini juga berfungsi untuk melatih seramai mungkin aktivis untuk berkempen mengenai isu Palestin berasaskan kepakaran dan kemahiran masing-masing. Segala maklumat perlu disalurkan kepada institusi Masjid dan musolla.

Resolusi persidangan menggagaskan persiapan menghasilkan blueprint untuk merangka silibus sejarah Palestin dan hal ehwal Palestin untuk diperkenalkan dalam pembelajaran di sekolah dan juga di peringkat pengajian tinggi. Generasi muda perlu dididik untuk mendapat gambaran yang jelas dan betul bagi menghadapi salah informasi mengeni isu Palestin yang dilancar oleh media Barat yang dikuasai oleh Zionis.

Sebab itu juga dituntut pemikir Muslim dan pihak berkuasa agama mengenengahkan fatwa yang berkait isu Palestin terutama isu boikot dan mengalihkan pelaburan terhadap produk dan pelbagai perkhidmatan Israel.
 
Semua peserta bersepakat untuk menggelarkan Jumaat terakhir bulan Rejab diisytiharkan sebagai Hari al-Aqsa dan aktiviti yang berkaitan pembebasan Masjid al-Aqsa perlu dilaksanakan. Juga diusulkan supaya satu Jumaat dikhususkan setiap bulan supaya seluruh umat Islam membaca Qunut Nazilah untuk membebaskan Masjid al-Aqsa, al-Quds dan Palestin.

Persidangan OIC bersama anggotanya dan NGO digesa supaya mengadakan sidang khas setiap dua tahun untuk menyemak kemajuan gerak kerja pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin .

Khalid Abu Samra, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Bantuan Palestin mengatakan dengan tegas bahawa menjadi mimpi kaum Muslimin di seluruh dunia, siang dan malam untuk melihat dan merasakan kemerdekaan Palestin dan bebasnya al-Aqsa.

Menurutnya, musuh-musuh Islam mengobarkan permusuhan antara kaum muslimin, mereka mengobarkan peperangan antara kaum muslimin melalui isu politik, perbezaan kaum dan lain-lainnya yang akan menghalangi persatuan umat Islam dan mengantarkan mereka pada cita-citanya, menghancurkan kaum muslimin.

Beliau meneruskan lagi, “Musuh-musuh Islam ingin melihat darah umat Islam mengalir daripada sesama tangan kaum muslimin. Mereka ingin membakar kaum muslimin dengan sesama kaum muslimin sendiri. Mereka telah berhasil mengalihkan pandangan kaum muslimin dari usaha pembebasan al-Aqsa.”

“Ketika Masjidil Aqsa dibakar pada tahun 1968, adalah hari yang paling suram bagi umat Islam. Saya berharap peristiwa ini menyatukan kaum muslimin, dan saya merasa hari itu adalah hari yang cerah, meski Baitul al-Aqsa terbakar tapi saya merasa ini akan menjadi alasan umat Islam akan bersatu. Tapi hari berikutnya menjadi hari yang paling sedih buat saya, kerana ternyata tidak ada pergerakan daripada umat Islam untuk membebaskan al-Aqsa dan Palestin. Persatuan semakin jauh, dan perpecahan semakin dalam.”

Dengan sangat sedih beliau menegaskan, “Organisasi Zionis telah berhasil menyibukkan kita daripada pandangan dan pekerjaan yang seharusnya menjadi perhatian dan usaha yang paling keras yang sepatutnya dilakukan kaum Muslimin.”

Satu persatu peristiwa pedih terus menerus dialami oleh kaum Muslimin di Palestin. Tapi masyarakat dan rakyat Palestin, tidak berhenti dan terus-menerus berusaha untuk kembali ke bumi Palestin. Umat Islam Palestin yang teraniaya dan terusir ke Lubnan,  Syria, dan berbagai wilayah terus menerus berjuang untuk kembali ke tanah dan negeri mereka.

Para ibu senantiasa mendendangkan lagu buaian kepada anak-anak dan bayi mereka untuk kembali ke negeri mereka Palestina. Para ayah mendidik anak-anak mereka dengan cita-cita besar untuk pulang kembali ke tanah air mereka. Kakak dan nenek juga terus menerus mendongengkan bahawa Palestin dan al-Aqsa harus dikembalikan, direbut kembali oleh kaum muslimin.

Dalam sesi yang pertama, tampil juga sebagai pembicara Agus Sudarmadji dari Aqsa Working Groups Indonesia yang membentangkan kertas kerja tentang peranan yang sepatutnya diambil oleh seluruh komponen umat Islam demi membebaskan Palestina dan al-Aqsa. Saat ini, kondisi kaum Muslimin dari tingkat yang paling rendah sehingga yang  paling tinggi sedang mendapatkan musibah perpecahan yang sangat besar dan kehilangan cita-cita serta tidak memiliki orientasi yang betul dalam berfikir secara terfokus kepada matlamat yang utama iaitu membebaskan Masjid al-Aqsa.

Kondisi masyarakat muslim saat ini menurut Agus Sudarmadji, pada tingkat umat mengalami perpecahan yang sangat hebat, dikepung kemiskinan, lemah secara intelektual, lemah secara ekonomi, lemah secara ukhuwah dan akhirnya sangat rendah kepeduliannya. “Pada tingkat pemimpin, kepimpinan mereka tidak bersifat melayani, memiliki jurang dan jarak yang sangat lebar dengan umat dan yang dipimpin, cara berpikir dan cara memimpinnya sangat mengikuti Barat, dan akhirnya rendah pula kepeduliannya pada urusan umat Islam.”

Aqsa Working Group telah melakukan beberapa langkah jitu seperti melakukan pendidikan keluarga, dengan orientasi memperkenalkan dan mewariskan perjuangan kaum Muslimin di seluruh dunia. “Pada peringkat pendidikan, kami juga telah membangun sekolah dan ma’ahad yang secara konsisten mendidik para pelajar untuk memahami masalah Palestina dan al-Aqsa.”

Pembicara yang lain, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia mencermati tentang sisi sejarah yang akan terus menjadi sengketa Palestin di antara agama-agama dunia. Dalam pembentangannya, Kamaruzaman Yusoff menitipkan pesan, bahawa urusan dan masalah Palestin tidak boleh kita titipkan kepada orang lain, apalagi agama lain. “Hal ini kerana dari waktu ke waktu kita melihat dan mendengar, bahwa orang seluruh dunia berjanji untuk menyelesaikan masalah Palestin tapi semuanya mengkhianati janjinya.”

Amerika dengan presidennya silih berganti, Bush, Obama, juga Menteri Luarnya, semua janji yang diucapkannya tidak ada yang terlaksana. “Bahkan kaum muslimin mendapatkan tantangan baru dari Barat dengan mendeskriditkan Jihad sebagai terorisme!”

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Ketua Lujnah Antarabangsa PAS memberikan pembentangan tentang usaha-usaha memobilisasi masyarakat internasional untuk membebaskan Baitul Maqdis. “Kegagalan kaum muslimin dalam mempertahankan Palestina dan al-Aqsa, salah satunya memang kerana kita gagal bersatu. Hamas dan Fatah sampai hari ini belum menemukan titik temu di antara mereka.”

Selain itu, ketidakseimbangan antara Israel dan Palestin juga menjadi perhatian Syed Azman. Kekuatan militer Israel sangat luar biasa, sementara kekuatan Palestina adalah sifar. “Namun, kekuatan perjuangan rakyat Palestin tidak pernah lentur. Walaupun ketidakseimbangan kapasiti militeri antara Israel dan pejuang Palestin adalah luar biasa sehingga secara gambaran umum mustahil pejuang Palestin boleh bertahan."

Presiden MAPIM, Cikgu Azmi Abdul Hamid membentangkan keperluan Persidangan memberi perhatian kepada nasib umat Islam minoriti yang tertindas. Pelanggaran hak asasi manusia, pembunuhan, pengusiran, penafian hak ekonomi, politik dan sosial, diskriminasi berlaku dipelbagai benua. Beliau mengungkapkan perlunya suatu lembaga yang mengusahakan pembelaan ke atas jutaan nasib umat Islam di India, China, Eropah, US, Russia, Myanmar, Thailand, Filipina dan Sri Langka. Gagasan sebuah Pusat Antarabangsa Ehwal Muslim Minoriti diketengahkan.

Cikgu Azmi juga menyarankan supaya persidangan bersepakat melancarkan kempen BDS yang merupakan senjata ampuh semua individu boleh terlibat bagi menuntut keadilan dan menekankan Israel supaya mematuhi desakan antarabangsa mengembalikan hak Masjid al-Aqsa ke tangan umat Islam dan tanah Palestin di bebaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan