Isnin, 19 Mei 2014

RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN2...TAPI ELOKLAH HATI YANG SUCI BERSIH...IKHLAS SERTA SENTIASA MENGINGATI ALLAH....BUKAN JENIS BERULAT SERTA DENGKI KHIANAT SERTA SUKA BUAT FITNAH DAN MELAYAN BISIKAN IBLIS/SYAIYAN....JAHATNYA BUKAN SAJA TERHADAP MANUSIA TAPI LEBIH DAHSYAT JAHAT KEPADA ALLAH SWT

SUPP bantah keras permohonan Teras sertai BN
Posted on Monday, May 19 @ 12:09:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUCHING - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) membantah sekeras-kerasnya permohonan oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) untuk menyertai BN sebagai parti komponen atau sebarang kerjasama yang dibentuk menggunakan formula BN-Plus.

Presidennya, Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP, yang bermesyuarat hari ini, memutuskan bahawa parti itu akan membantah permohonan Teras.
 
Bagaimanapun, Chin yakin Teras tidak akan berpeluang untuk berbuat demikian kerana permohonannya perlu disokong sebulat suara oleh semua parti komponen BN.
 
"Menurut perlembagaan parti, permohonan itu perlu dipersetujui sebulat suara oleh setiap pemimpin parti komponen BN, jika tidak anda tidak akan dibenar berbuat demikian dan saya amat yakin perkara itu tidak akan berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CWC di ibu pejabat SUPP di sini hari ini.
 
Beliau juga mendakwa ramai pemimpin parti komponen beranggapan tindakan membawa Teras ke pangkuan BN adalah sesuatu yang tidak bijak.

Sehubungan itu, beliau berkata SUPP akan meminta sokongan daripada parti komponen lain untuk membantah permohonan Teras.
 
Chin juga memaklumkan pemberita bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak pernah menyatakan bahawa beliau akan menyokong penyertaan Teras ke dalam BN.
 
"Ketua Menteri memaklumkan saya beliau hanya mengakui bahawa kumpulan orang Teras ini ingin melakukan kunjungan hormat ke atasnya bagi melahirkan sokongan mereka kepadanya serta BN, dan perkara itu tidak salah.   
 
"Namun beliau tidak pernah menyatakan bahawa Teras akan menyertai BN, kan?" soal beliau kepada pemberita.
 
Chin berkata pada mesyuarat hari ini, mereka juga memutuskan untuk memecat Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh berkuat kuasa serta-merta kerana mengumumkan dalam sidang akhbar bertarikh 15 Mei bahawa beliau akan menyertai Teras.

Beliau berkata tindakan Wong dianggap boleh menjejas kepentingan SUPP.
 
"CWC parti juga mendesak Datuk Seri Wong meletak jawatan serta-merta sebagai Adun Bawang Assan dan menteri kabinet negeri atas alasan beliau telah mengkhianati SUPP yang mencalonkannya dan lebih penting, pengundi yang mengundi beliau dalam pilihan raya negeri 2011," katanya.
 
Chin berkata pihaknya juga akan menulis kepada Adun Bengoh Datuk Dr Jerip Susil, Ranum Mina (Adun Opar) dan Johnical Rayong Ngipa (Adun Engkilili) bagi memohon penjelasan sama ada mereka menyertai Teras.
 
"Mesyuarat hari ini turut menegaskan hak parti terhadap 19 kerusi negeri dan tujuh kerusi parlimen yang diperuntuk kepada SUPP dalam pilihan raya lepas dan perkara ini tidak boleh dirunding," katanya.
 
Turut hadir Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot namun dua Adun yang menyokong Chin iaitu Datuk Lee Khim Shin (Senadin) dan Datuk Francis Hardin (Simanggang) tidak hadir. -bernama/sh


 "Muka Gajah" dikekal kerana punca rezeki
Posted on Sunday, May 18 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Seorang lelaki di India menolak tawaran untuk melakukan pembedahan plastik bagi merawat mukanya kerana mahu terus mengemis demi mengumpul belanja untuk perkahwinan anak perempuannya.

Mannan Mondal, 50, yang mendapat jolokan ‘lelaki gajah’ menolak tawaran itu kerana menganggap wajahnya yang unik sebagai ‘rezeki.’ Manna yang menghidap neurofibromatosis - sejenis penyakit yang berisiko menyebabkan ketumbuhan - berkata, buat masa ini persiapan untuk perkahwinan anak perempuannya, Rasheeda, 20, lebih utama.

“Saya perlu membeli pelbagai barangan seperti katil, kabinet, cincin, jam dan sebagainya.

Duit yang saya dapat hasil mengemis tidak cukup untuk menyara keluarga, tetapi saya tiada cara lain untuk membantu anak saya.

Saya tiada pilihan lain dan perlu mengutamakan nafkah untuk keluarga saya,” katanya.
Akibat penyakitnya itu, dia kehilangan sebelah mata, sebelah telinga dan kebanyakan giginya.

Bulan lalu, pengarah Pembedahan Plastik Pusat Penyelidikan Fortis Memorial di Gurgaon Dr Ajay Kashyap membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas Mannan.

“Ketumbuhan dialami tidak berbahaya dan bukan kanser, tetapi tulang sebelah bahagian mukanya tidak membesar dengan betul menyebabkan ketumbuhan itu jatuh.

“Untuk ‘membaiki’ mukanya kami perlu membuang sebanyak mungkin ketumbuhan itu dan membina semula bahagian mukanya yang hilang.

Namun, ia tidak membuatkan dia normal 100 peratus, sekadar memberikan rupa normal,” katanya.

Mannan dilahirkan dalam keluarga yang daif di Kolkata dan peluang yang dimilikinya amat terhad.

Dia disisihkan kerana penampilannya dan diharamkan daripada bersekolah menyebabkan dia tiada pilihan selain mengemis.

.x0x..

  Kreativiti untuk bersedekah di Arab Saudi
Posted on Sunday, May 18 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





JEDDAH 17 Mei - Seorang lelaki di Arab Saudi memperkenalkan cara baharu untuk orang ramai bersedekah apabila menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.

Malah, gambar peti sejuk tersebut yang diletakkan di bahu jalan itu tersebar dengan pantas di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook selain turut dilaporkan media antarabangsa termasuk stesen televisyen BBC.

Lelaki itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, peti ais itu berfungsi apabila penduduk di sana meletakkan makanan berlebihan di dalam peti ais itu yang boleh diambil oleh golongan kurang bernasib baik.

Seorang pengguna Twitter, Sheikh Mohammad Al-Araifi menerusi akaunnya melahirkan penghormatannya terhadap lelaki dari Hail itu kerana secara tidak langsung melakukan kerja amal.

“Lelaki ini telah mengajar kita pengajaran berguna supaya tidak membazirkan makanan. Ia merupakan cara mudah yang boleh dimulakan mana-mana pihak daripada membuang makanan itu ke dalam tong sampah," kata Abdulaziz Ahmed, sebagaimana lapor Arab News.

Sementara itu, beberapa penduduk Arab Saudi sejak berita itu disiarkan berikrar mengambil langkah sama dengan meletakkan peti sejuk mereka di lorong-lorong dan di hadapan masjid tempatan.

“Pembuangan makanan berlebihan sering berlaku di sini terutamanya ketika Ramadan," kata seorang peniaga, Saleh Shamawi.

Penduduk Arab Saudi sebelum ini pada Ramadan akan menyumbangkan makanan ke masjid dalam usaha mengurangkan fenomena meminta sedekah.

Malah menurut media antarabangsa, idea itu telah mendapat populariti di kalangan penduduk di negara-negara asing.

..x0x..

 Suara Akar Umbi Desak Dato' Sharkar Shamsudin Dilantik MB Baru Pahang?
Posted on Sunday, May 18 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Sebaik sahaja MB Terengganu berjaya ditukar kini suara akar umbi sudah mula mendesak agar Dato' Sharkar Shamsudin pula dilantik MB baru Pahang ganti Adnan Yaakob?

Setelah negeri Terengganu mendapat Menteri Besar baru dengan menukar ganti Dato' Seri Ahmad Said kepada Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, sudah ada gerak kerja di peringkat akar UMNO Pahang,terutamanya UMNO Bahagian Temerloh maukan agar Dato Seri Adnan Yaakob ditukar dengan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Pahang  merangkap ADUN Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh Dato' Hj Mohd  Sharkar Shamsudin

Sharkar Shamsudin jua adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang danAhli Majlis Tertinggi UMNO Lantikan.

Desakan pertukaran MB Pahang ini bukan perkara baru tetapi ianya menjadi semakin kuat dan keras sejak Najib Razak berjaya menukarkan Ahmad Said kepada Ahmad Razif Rahman baru-baru ini walaupun menimbulkan krisis yang hampir membawa UMNO/BN tumbang tergolek dog di Terengganu tetapi berjaya dipulihkan dengan semua ketiga ADUN termasuk Ahmad Said membuat pusingan U 360 darjah atas alasan terkejut dan merajuk sekejap.

Pada pandangan akar umbi seperti mana yang diberitahu tetapi sukar mau disahkan ... masanya sudah tiba Pahang mendapat Menteri Besar yang baru .. pertukaran jika berlaku tidak sedikit pun akan menghadapi masalah yang serupa seperti jirannya Terengganu malahan akan disambut dengan penuh riang ria oleh keseluruhan ADUN Pahang khasnya dan rakyat Pahang amnya. Ini sudah menjadi rahsia terbuka dan tidak perlu bermuka-muka.

Kehadiran Adnan Yaakob dalam kerajaan Pahang sudah melampaui had jangka waktu yang sepatutnya... Ditukar atau kerajaan UMNO/BN Pahang pada PRU 14 akan bertukar .. Itulah suara-suara rakyat bawahan.

Suara-suara itu kini ditonjolkan secara terbuka dengan beberapa kain rentang sudah tidak segan silu menyeru sambil mendesak agar Adnan Yaakob ditukar kepada Dato' Hj Mohd Sharkar Shamsudin.

Bagi Pakatan Rakyat siapa pun menjadi MB Pahang dari kerajaan UMNO/BN tidak menghalang UMNO/BN untuk tumbang pada PRU 14 nanti ... Hanya peringkat akar umbi penyokong UMNO merasakan jika dengan melakukan pertukaran MB Pahang mereka mengharapkan tiada berlaku pertukaran parti pemerintah.

sumber
Ini rupanya HERO TNB!
Posted on Sunday, May 18 @ 21:26:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Siapa tak kena Najib Razak, kaki bohong 1Malaysia. Cakap-cakapnya kalau tak bohong mesti "pelawok" (bahasa Trg..) Dulu kata petrol tak naik.. selepas aje PRU-13 terus naik.

Baru-baru ini kata tak ada pertukaran MB. Kita lihat Ahmad Said yang 'nelang' menangis tak berlagu akan mengakhir politiknya.




Kemarin Najib cakap kerajaan terpaksa menaikan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdepan kerugian sekaligus menjejaskan masa depan pekerjanya yang berjumlah 34,900 orang.

Apa lagi pekerja yang berfikiran 'separa lembu' akan menjadikan Najib sebagai hero mereka. Najib disanjung dan di CIUM!!


Kenapa jadi macam ini. Tak baca akhbar pembangkang ke?

Kalau ada otak tak payah akhbar pembangkang akhbar pro kerajaan pun kita tahu maklumatnya mana yang benar mana yang palsu.


Bulan Oktober 2013 kata TNB untung RM4.61 billion.. Tiba-tiba 2014 mengalami kerugian dan akan membuang pekerja!! Tapi yang macam ini orang UMNO masih bodoh untuk berfikir. Kadangkala pengawai kerajaan, ada pendidikan tapi malas bodoh menggunakan otak!

Untuk nak bagi subsidi kepada rakyat Najib tak mahu, tapi pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011 tak mengapa! Kenapa boleh jadi macam ini?

Sebab utama Najib rasa rakyat boleh dicucuk hidung dengan BR1M!! Rakyat dah rasa dia sudah dijaga dan di dodoi oleh BN.

Tengku Razaleigh berkata kerajaan menggunakan wang petronas seweneng-wenangnya menyelamat projek mewah dan membelakangkan rakyat terutama rakyat miskin sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.


Kita sentiasa ditipu oleh Najib dan kuco-kunconya...

TEMPAYAN RETAK

http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)


Budak 4 Tahun Boleh Menulis 13 Bahasa Dengan 2 Tangan Sekaligus
Posted on Sunday, May 18 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Gadis kecil dari India ini bernama Shalini berusia empat tahun tapi walaupun kecil dia tidak seperti anak kecil pada umumnya, dia memiliki kemampuan yang luar biasa dia boleh menulis dengan kedua tangannya sekaligus, kemampuan semacam ini dinamakan mirror writting.

Dan yang lebih hebat lagi adalah dia boleh menulis huruf dalam 13 bahasa iaitu: Kannada, Inggeris, Hindi, Tamil, Malayalam, Telugu, Gujarati, Assamese, Punjabi,Oriya, Tulu, Urdu dan huruf bengali.

Shalini adalah anak dari pasangan Latha dan Manjunath, menurut Manjunath sendiri anaknya tersebut sangat suka menulis sejak dua tahun yang lalu. “Shalini boleh menulis huruf urdu hanya dengan mempelajarinya selama 7 jam .”

Pasangan ini memang biasa melatih dia dalam multi bahasa. Sekitar 3 bulan yang lalu dia boleh menulis setidaknya dalam 4 bahasa, dan dengan waktu yang lebih pendek dia boleh menguasai 9 bahasa, pasangan tersebut biasanya memberi bahan pelajaran tersebut dengan meniru dari internet.

Kini Shalini boleh menulis dengan kedua tangannya secara bersamaan. sebagai contoh Shalini juga boleh menulis nama seseorang sekaigus tempat orang tersebut tinggal secara bersamaan. untuk itu Shalini tercatat dalam rekod dunia.
..x0x..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan