Khamis, 29 Mei 2014

TAKZIAH...YANG PERGI TETAP PERGI...YANG TINGGAL BAGAIMANA....DAH SEDIA KE PERIUK NASI AKHIRAT...JANGAN SIBUK CARI PERIUK NASI DUNIA....PERIUK NASI AKHIRAT KITA CURAH DENGAN PASIR

Jum.sama2 kita jauhi
Like · ·
Bunga Syuhada added a new photo.
1 min ·
Like · ·
Ayuh Kita Segera Tumbangkan UBN !
Tips untuk wanita ;
Apa colour yg sedikit dibaju anda,itu warna tudung yang anda pakai.
Like

Thursday, 29 May 2014

( 9 FOTO ) PERSEDIAAN PEMAKAMAN SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH, DI KUALA KANGSAR SELEPAS SOLAT ASAR HARI INI.

Persediaan pemakaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini berjalan lancar.
Gambar-gambar persediaan liang lahat dan tempat pembaringan Sultan Perak: 
 
Kerosakan pada huruf "K" pada perkataan KUANTAN di kawasan paya bakau Sungai Kuantan berhadapan dengan Taman Esplanade dibaiki dengan kos RM20,000.00 mengikut jurucakap Majlis Perbandaran Kuantan.

Thursday, 29 May 2014

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT ... UMNO/BN DIRAMALKAN TUMBANG TERGOLEK "DOG" DI TOLAK PENGUNDI-PENGUNDI MUDA PADA PRU 14 AKAN DATANG KATA BEKAS SETIAUSAHA AGUNG UMNO.



Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik membayangkan Datuk Seri Najib Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda.

Sabaruddin berkata, generasi muda tidak lagi bodoh dan keputusan lebih buruk akan menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tiada perubahan dalam pentadbiran Najib.

"Pilihan raya umum seterusnya, saya takut kalau kita tidak buat sesuatu, kita akan terima lebih banyak azab.


Menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU13) lalu sebagai paling teruk, Sabaruddin tidak menolak dalam pilihan raya akan datang BN akan hilang setengah kerusi di Parlimen yang mereka miliki ketika ini.

"Kalau tidak ada perubahan yang serius, kita akan hilang setengah, sekarang dua pertiga," katanya yang pernah memegang jawatan setiausaha agung Umno pada 1996.

Sabaruddin berkata, isu rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran antara faktor utama penolakan generasi muda.

"Rasuah, ketirisan dan ketelusan perlu ditekankan," katanya.

Pentadbiran Najib tercalar dengan beberapa isu ketirisan, beberapa laporan Ketua Audit Negara beberapa tahun kebelakangan ini mencerminkan ketempangan dalam pentadbiran beliau.

Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2013 baru-baru ini juga tidak mencerminkan imej transformasi, apabila beberapa kontroversi ketirisan didedahkan dalam laporan tersebut.


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga terpaksa memanggil lima kementerian untuk memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Bagi Siri Pertama.

Usaha Najib untuk memulihkan imej bersih pentadbirannya menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada 2009 juga tidak berjaya.

Namun, laporan yang dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) bagi 2013 menunjukkan Malaysia hanya memperbaiki kedudukan satu anak tangga, naik daripada kedudukan 54 ke 53 berbanding 2012.

Kedudukan tersebut tidak berjalan seiring dengan transformasi yang dilaungkan oleh perdana menteri.

Mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri walaupun prestasinya lebih buruk jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabbaruddin berkata Najib bernasib baik.

"Najib bernasib baik kerana ambil alih daripada Pak Lah, jika beliau ambil alih daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pasti dia pun kena letak jawatan.

"Najib bernasib baik, tapi beliau tidak boleh bergantung dengan nasib," katanya.
Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya pada 2009 susulan tekanan daripada perdana menteri paling lama berkhidmat itu dan pemimpin Umno lain akibat keputusan buruk pilihan raya umum pada 2008.


Walaupun prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah, beliau masih terselamat kerana tiada desakan untuk menurunkannya daripada tampuk kuasa walaupun pada awalnya desas-desus mengatakan ada usaha sedemikian.

Sabbaruddin berkata, tindakan mendesak Abdullah meletak jawatan tersebut sebagai tidak wajar dilakukan.
"Sepatutnya, Pak Lah dahulu tidak disuruh pun letak jawatan.

"Pak Lah tidak bernasib baik sebab ambil alih daripada Dr Mahathir kerana ketika itu beliau masih sangat kuat," katanya.

Sabbaruddin berkata, ketiadaan tokoh dan penganti yang berkemampuan dalam Umno juga punca tiada sesiapa yang berani mendesak Najib daripada meletak jawatan.

"Najib kurang tapi tiada sesiapa yang suruh beliau undur.

"Bukan selesa atau tiada yang mahu Najib diganti, tapi orang Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa hendak ganti beliau," katanya.

Genap setahun PRU13 pada 5 Mei lalu, pentadbiran Najib dilihat lemah dan tidak berfungsi dengan sepenuhnya, pengkritik dan pemerhati politik negara berkata ia berpunca daripada keputusan pilihan raya tersebut.

Najib mendapat mandat pertamanya secara rasmi selepas memenangi 133 kerusi Parlimen daripada 222 jumlah kerusi keseluruhan, namun keputusan itu masih buruk kerana BN hilang undi popular buat kali pertama.

Najib juga ketika ini bergelut dengan tekanan dan bahang kemelut melibatkan isu kaum dan agama yang masih tiada penghujung.


Kewujudan kumpulan ekstremis seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menurut pengkritik berpunca daripada kelemahan yang datang daripada pentadbiran Najib sendiri.
Gadis 15 Tahun Dirogol 38 Lelaki Di Kelantan: 12 Individu Ditahan
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
Klik link ini untuk baca artikel penuh:...
See More
Gadis 15 Tahun Dirogol 38 Lelaki Di Kelantan: 12 Individu Ditahan Polis sudah...
terbakor.com
Like · ·

Gadis 15 Tahun Dirogol 38 Lelaki Di Kelantan: 12 Individu Ditahan


 Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.
Gadis 15 Tahun Dirogol 38 Lelaki Di Kelantan: 12 Individu Ditahan
Gadis 15 Tahun Dirogol 38 Lelaki Di Kelantan: 12 Individu Ditahan
Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula hari ini, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini hari ini. 
“Polis pada hari ini telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh,” katanya.    
Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu esok.
Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya. 
Menurut Azham polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. – Bernama
Sumber : Sinar
Like · · · 7,81044638

Rabu, 28 Mei 2014

Anwar Ibrahim: Jangan Hina Orang, Jangan Hina Kaum, Jangan Hina Agama, Fahamkah UMNO? 

 


Sultan Perak mangkat, Pakatan tangguh aktiviti kempen

HAZAYANI ZAKARIA | .
TELUK INTAN: Pakatan Rakyat menangguhkan semua aktiviti kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada malam ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 
Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub sebaliknya berkata, jentera PAS digalakkan mengadakan majlis tahlil di surau dan masjid.
"PAS mengucapkan takziah dan berasa dukacita atas kemangkatan Sultan Perak dan sehubungan dengan itu, segala aktiviti malam ini ditangguhkan dan disambung semula esok.
"Ahli PAS digalakkan menggantikan segala aktiviti dengan majlis tahlil," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Pengarah Kempen DAP PRK Teluk Intan, Wong Kah Who turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan.
“Patik sekalian juga ingin mengumumkan segala aktiviti kempen DAP PRK Teluk Intan malam ini akan ditangguhkan sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan baginda,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, calon DAP yang mewakil Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan, Dyana Mohd Daud dalam satu kenyataan juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan.
"Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada hari Rabu 28 Mei 2014.

"Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Paduka Seri. Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan takwa.


"Patik sekalian ingin menyatakan rasa dukacita dan sedih di atas pemergian Paduka Seri yang menjadi lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat Perak Darul Ridzuan," ujarnya.
Sultan Azlan yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi akan dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. - HARAKAHDAILY 28/5/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan