Sabtu, 31 Mei 2014

BILA MAKANAN ROHANI DIABAIKAN.....BERMAKNA TAK JAGA PERIUK NASI AKHIRAT

Iklan makanan tuk jasmani sanggup bayar janji sedap....bagaimanana makanan rohani/dengan hadir ke majlis2 ilmu d surau/masjid free je....ssah mai.....alasan keje n sibuk...dalam dunia ni dia aje yg keje n sibuk....ada anak2 n cucu2 & cicit2.....orang lain xde
41 secs ·
Nauzubillah

PENGALAMAN DR. HARON DIN DIJEMPUT MASUK DALAM KAABAH


on Friday, May 30, 2014


Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.



Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri 

Sultan Nazrin ikon masa depan institusi Raja-Raja

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: PAS merakamkan  tahniah kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang telah dimasyhurkan sebagai Seri Paduka Sultan Perak yang ke-35 atas kemangkatan Almarhum Raja Azlan Shah kelmarin.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, PAS melahirkan rasa gembira kerana rakyat Perak dapat terus dipimpin oleh seorang Raja yang adil dan bijaksana dalam memandu rakyat ke arah satu kejayaan yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang.

"PAS yakin dan percaya melalui pengalaman, pendidikan dan daya intelektual baginda sangat penting untuk dikongsikan bersama.

"Saya rasa bahawa Nazrin bukan sekadar dapat menyumbang pemikiran beliau kepada rakyat Perak hatta kepada masyarakat Malaysia serta antarabangsa diatas wibawa beliau yang sangat kita banggakan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, dekat sini hari ini.

Beliau menyatakan, Sultan Nazrin melambangkan seorang Raja yang mampu untuk membawa imej institusi Di-Raja ke arah lebih cemerlang yang dapat memastikan ianya sentiasa dimartabatkan.

Ujar Salahuddin, dengan kekuatan wibawa, peribadi dan pengetahuan beliau akan menjadi ikon kepada anak-anak muda Malaysia seperti mana beliau berkemampuan mencetuskan idea-idea serta gagasan pemikiran yang bersifat futuristik semasa beliau menjadi Raja Muda dahulu.

"Saya juga mengamati ucapan-ucapan beliau sewaktu menjadi Raja Muda. Ucapannya yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan bukan sahaja dibanggakan rakyat Malaysia tetapi ianya menjadi satu rujukan dunia apabila berucap di persada antarabangsa.

"Ianya menampakkan kemampuan beliau sebagai seorang pemimpin di masa hadapan khususnya dalam mengangkat darjat dan wibawa institusi Raja-Raja Melayu di negara kita," jelasnya lagi.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia merafakkan takziah di atas kemangkatan Almarhum Sultan Muhibbuddin Azlan Shah.

Naib Ketuanya,  Ir. Khairil Nizam Khirudin (gambar) berkata, Almarhum Sultan Azlan banyak meninggalkan legasi di persada negara terutamanya dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sukan.

"Kehalusan pekerti, ketokohan, kebijaksanaan dan sikap mesra antara ramuan keperibadiannya yang terukir di benak rakyat," ujar beliau.

Khairil menambah Almarhum Sultan Azlan mempamerkan penanda aras seorang sultan yang versatil dan berwibawa dengan memiliki merit yang tinggi dalam bidang perundangan dan penghakiman.

"Dilantik sebagai Presiden Mahkamah Persekutuan Malaysia (kini Ketua Hakim Negara) yang termuda dalam sejarah. Malah, pelbagai rekod keputusan penghakiman baginda tercatat sebagai masdar penting samada di dalam mahupun di luar negara," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Menurut Khairil, Almarhum Sultan Azlan menumpahkan pelbagai usaha dan inisiatif sehingga mendorong Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya merintis jalan menganjurkan The Sultan Azlan Shah Law Lecture Series (Syarahan Perdana Undang-Undang Sultan Azlan Shah) yang bertaraf dunia.

"Dedikasi dan semangatnya melambangkan kecintaan kepada ilmu dan budaya intelektual," ujar beliau.

Khairil turut mengimbau jasa-jasa dicurahkan Almarhum Sultan Azlan pada sukan hoki sehingga digelar Bapa Hoki Malaysia.

Beliau bagi mewakili Dewan Pemuda PAS turut merafak jutaan tahniah di atas pertabalan Dr. Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke 35.

"Perwatakan baginda juga mirip dengan Almarhum Sultan Azlan. Kami berharap pemerintahan baginda disinari dengan cahaya keadilan dan kebenaran. Sesungguhnya ia mengundang keberkatan dan rahmat dari Allah SWT," ujarnya.

Beliau turut menitipkan mutiara titah Almarhum Sultan Azlan, “Mahkota akan hanya mendapat tempat di muzium kalau institusi raja terkandas dalam menjalankan tugasnya yang sebenar.” - HARAKAHDAILY, 30/5/2014

Kelebihan dan keistimewaan bulan Syaaban

May 30th, 2014 | 2:21 am | Ibadah |
Rai Bulan Rasulullah
BULAN Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat seperti mana di bulan Ramadan, Rejab, Muharam dan lain-lain bulan. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan-Nya.
Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda akan lebih banyak melakukan ibadat puasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga sebagai latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Keistemewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.



Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak melakukan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Allah, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.
Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingatinya serta dengan hati yang ikhlas dan mengagungkan Allah. Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa.”
(Hadis riwayat Imam an-Nasaie).
Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban).
Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi’e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Adilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat, berdoa, berzikir dan membaca Al-Qur’an. Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci, natijahnya insya-Allah akan mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sumber: Pelita Brunei
9 hrs ·
Jom kongsi ilmu
Fikir seketika bgi orng2 islam d Telok Intan...
Like · ·
Muhamad Hanif Bin Nordin wrote:
Mula2 HALAL lepas tu HARAM lepas tu HALAL balik semula...bila dah CONFIUS...maka hukumnya dah jadi SYUBHAH...
Mengambil yg SYUBHAH boleh menjejaskan TAQWA...kalau nak jadi org berTAQWA jgn ambil yg SYUBHAH...
Lebih baik jgn makan terus samada utk kita atau anak2...
‪#‎boikotsampaimati‬...
Like · ·






Binatang!

Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai daripada badan di tepi Sungai Klang, dekat Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.
Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun itu ditemui orang awam dan dipercayai dikelar menggunakan jubin oleh seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri, pada kejadian 9 malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek terbabit daripada pusat beli-belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek berkenaan yang melarikan diri sebaik menyedari perbuatannya dilihat orang awam. Usaha mengesan lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an itu sedang giat dijalankan.
FotoFOTO Shahrul Redzuan Zulkifli

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman. Bagaimanapun, belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Zainuddin berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.











Dyana tidak tolak hudud

DAP serius memecahkan tembok perkauman dan agama lantas mahu membuktikan bahawa parti itu bukan bersifat perkauman sebaliknya bersifat nasional dengan meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan. Bagi mendapatkan pandangan PAS mengenai situasi ini, Wartawan , HAZAYANI ZAKARIA menemu bual Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu . Ikuti wawancara bersama beliau.

WARTAWAN: Bagaimana PAS melihat pencalonan Dyana Sofya mewakili DAP menentang Presiden Gerakan, bagaimana saudara melihat, satu calon muda, satu lagi berpengalaman dan bekas Ahli Parlimen Teluk Intan?
MOHAMAD SABU: Apabila DAP meletakkan calon Melayu ini akan menambahkan kuasa Melayu dalam Parlimen. Propaganda selama ini yang mengatakan kalau Pakatan Rakyat menang kuasa Melayu terhakis adalah tidak betul. Sebaliknya kuasa Melayu semakin kuat di bawah Pakatan Rakyat.
Calon berbangsa Melayu lawan calon Cina, dalam masa yang sama isu hudud dimainkan, bagaimana saudara melihatnya?
Dyana tidak menolak hudud, laporan media tidak betul tu. Dyana tidak menolak hudud cuma dia kata pelaksanaannya mestilah melalui usaha-usaha pembaikan ‘good governance’ terlebih dahulu dan kesesuaian masa untuk melaksanakannya.
Sebagai orang Islam Dyana tidak menolak sebarang syariah Islam cuma dia berbincang dari sudut kesesuaian masa, perlembagaan, dan sebagainya.
Dalam PRU13 lalu undi DAP di Teluk Intan tidak besar majoritinya, bagaimana kali ini?
Kita masih berusaha kuat untuk undi orang Melayu dan Orang India terutamanya orang Melayu memang termakan propaganda perkauman. Walaupun Dyana Melayu tetapi Umno mengaitkannya sebagai alat cina, alat DAP. Itu propaganda perkauman, orang kampung, orang Melayu akan termakan sebab itu kita kena kerja kuat untuk menafikan fitnah atau propaganda Umno itu.
Pengundi Melayu akan undi siapa dalam hal ini apabila wakil DAP Melayu, Gerakan Cina yang juga sama- sama menolak hudud?
Melayu yang terperangkap dengan dakyah perkauman akan mengundi BN tetapi pengundi Melayu yang berfikir secara waras akan mengundi Dyana dan juga DAP. Rakyat yang terperangkap dengan isu perkauman, memperalatkan Melayu apa semua tu dakyah BN akan mengundi BN. Walau bagaimanapun, secara umumnya anak muda dan generasi terpelajar akan mengundi Pakatan Rakyat dan DAP.
Apa pandangan saudara apabila Dyana dan jentera Pakatan Rakyat dihalau secara kasar oleh penyokong BN sewaktu berkempen di salah satu kampung Melayu baru-baru ini?
Orang kampung kata itu kampung Melayu, Cina tak boleh masuk sedangkan Dyana itu Melayu sepatutnya mereka halau calon Gerakan tetapi inilah kenyataan minda yang terperangkap dengan propaganda Umno.
Sepatutnya mereka kena mempersilakan Dyana masuk ke kampung itu kerana Dyana itu Melayu. Tapi sebaliknya yang berlaku menunjukkan perangkap Umno sejak sekian lama.
Orang Melayu sesetengahnya belum keluar dari perangkap Umno-BN ini.
Di Bukit Gelugor, calon DAP, Ramkarpal puji sumbangan Muslimat PAS, apa pandangan saudara?
Ya, memang beliau akui muslimat PAS bekerja kuat, edar risalah, pergi rumah ke rumah sebar risalah dan saya yakin orang y a n g menggunakan nama Mohd Nabi Bux itu dia tidak dapat sambutan dan  hilang wang pertaruhan./Harakah
http://www.wartautara.com/
Memilih pemimpin yg amanah adalah tanggungjawab setiap muslim..
Untuk Penyokong Dacing Dan Keris Karat Meh Baca Ni Sat..... !!!

Skandal RM32 juta: Hasan Malek tak nafi, sedia disiasat

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang dikaitkan dengan kelulusan pinjaman mudah RM32 juta Bank Rakyat, tidak menafikan campur tangan beliau, malah sedia disiasat.

Hasan berkata, beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan campur tangan dalam urusan pinjaman kepada seorang individu yang juga peniaga permaidani, yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri.

"Kita bertindak atas dasar, undang-undang dan mengikut peraturan yang sedia ada," katanya tanpa enggan mengulas lanjut.

Beliau dilaporkan berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDNKK di Putrajaya semalam.

Isu mengaitkan Hasan ini timbul selepas Tan Sri Sabbaruddin Chik mendakwa khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat tidak disambung gara-gara permohonan pinjaman oleh usahawan terbabit.

Sabaruddin mendedahkan bahawa khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat ahli perniagaan terbabit.

Menurut Sabaruddin Chik individu tersebut menggunakan jaringan politiknya termasuk meminta campur tangan Hasan Malek untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

PAS melalui ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar semalam mempersoal campur tangan menteri berkenaan dalam pinjaman itu yang disifatkan sebagai bertentangan dengan tadbir urus korporat.

Beliau berkata seorang menteri tidak sepatutnya terlibat dalam pemberian pinjaman apabila ia membabitkan sebuah bank yang mempunyai syer individu yang begitu ramai.

"Peminjam sepatutnya berunding dengan pegawai bank bukannya dengan menteri.

"Ini sudah melangkaui bidang kuasanya, suatu perbuatan jenayah dan salah guna kuasa," kata Mahfuz. - HARAKAHDAILY 30/5/2014

Pegawai SPRM suspek utama kematian Beng Hock

HARAKAHDAILY | .
SHAH ALAM: Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah suspek utama kes kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock dan keterangan mereka perlu dilayani dengan berhati-hati.

Peguam Gobind Singh yang mewakili keluarga Beng Hock, berhujah keterangan saksi bebas ketika inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam mendedahkan pegawai SPRM tidak bercakap benar.

Beliau mendakwa terdapat keterangan bahawa pegawai berkenaan menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati, pada 16 Julai 2009.

Hujahnya, Mahkamah Koroner tidak harus mengggunakan standard bukti lebih tinggi untuk mencapai keputusan terbuka dalam kes Beng Hock.

“Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman,” katanya di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Dua lagi anggota panel adalah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Memetik Bernama, Gobind Singh berhujah Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan keputusan terbuka inkues itu, gagal mengambil kira bahawa inkues itu lebih kepada usaha mencari fakta dalam memastikan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian Beng Hock.

Sementara itu, pihak pendakwa raya yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Tajudin dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas, berhujah keterangan empat pakar termasuk pakar forensik British, Prof Dr Peter Vanezis ketika inkues itu mendapati kecederaan dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan akibat jatuh.

Nadia Hanim berkata, hanya pakar dipanggil perayu (abang Beng Hock, Teoh Meng Kee), pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak bersetuju dengan pandangan itu dengan merumuskan 80 peratus adalah homisid (pembunuhan) dan 20 peratus bunuh diri dengan kecederaan pada leher Beng Hock mungkin akibat jerutan.

Katanya, Dr Pornthip lebih banyak bergantung kepada gambar diambil sebelum bedah siasat pertama dan pakar patologi itu tidak pernah hadir ketika autopsi dilakukan.

“Beliau membuat spekulasi dan tidak konsisten ketika memberikan pandangannya terutama berkenaan kecederaan di leher Beng Hock. Dr Pornthip juga tidak pernah pergi ke tempat kejadian,” katanya.

Hakim Mohamad Ariff memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dalam dua minggu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk menyampaikan penghakiman.

Meng Kee memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner, pada 5 Januari 2010 yang memberi keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri atau dibunuh dan juga tiada pihak ketiga terbabit dalam kematian itu.

Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai 2009.

Selepas Mahkamah Koroner memberikan keputusan terbuka itu, Meng Kee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan itu disemak semula, namun Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan itu, pada 1 Disember 2011.

Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan, pada 2 Februari 2013 untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. - Selangor Kini

Empat cedera rempuhan berhampiran Kaabah

HARAKAHDAILY | .
MAKKAH: Sekurang-kurangnya empat jemaah cedera ekoran insiden rempuhan yang berlaku di Masjidil Haram ketika operasi membersihkan Kaabah sedah dijalankan.

Jurucakap polis Makkah Lt Kol Atiyah Al-Qurashi berkata, kejadian berlaku sebaik sahaja pintu Kaabah itu dibuka untuk dibersihkan apabila jemaah berebut-rebut menghampiri pintu Kaabah untuk melihat bahagian dalamnya.

Beliau turut menafikan laporan di laman media sosial, yang mendakwa bahawa tiga orang cuba membunuh diri semasa membersih Kaabah, dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Empat yang cedera itu masing-masing seorang lelaki dan tiga wanita.

Al-Qurashi berkata, tiga wanita yang cedera itu telah diberi bantuan perubatan di tempat kejadian manakala lelaki tersebut cedera teruk di kepala dan dibawa ke hospital.

Bagaimanapun beliau dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.

Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah. - HARAKAHDAILY 30/5/2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan