Ahad, 4 Mei 2014

MANA BESARNYA......ALLAHUAKBAR....KALAU KITA MENOLAK HUDUD....ITU MENUNJUKKAN SEOLAH2 ISLAMNYA...ISLAM BERTARAF ISLAM AUTA/TIPU AJE....ATAU MEMANG JENIS AJE ISLAM TAPI TAK PERNAH MENGAJI TENTANG ISLAM...BELAJAR SOLAT AJE...ITU PUN PAKAI BUKU KEMUDIAN TIRU2 JE....BAB2 LAIN TAK BELAJAR....MAAF CAKAP ADA SAMPAI MATI TAK PERNAH DATANG MAJLIS PENGAJIAN....TAK MUSTAHIL MEREKA TOLAK HUDUD

Sunday, 4 May 2014


TUDUH DASAR PEMBERIAN PERCUMA AIR DI SELANGOR OLEH KERAJAAN PR PUNYA CATUAN AIR, NAJIB RAZAK KENA BELASAH KAW-KAW OLEH WARGA LAMAN SOSIAL!!!!



SHAH ALAM 4 MEI : Dakwaan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pemberian air percuma di Selangor menyebabkan catuan air baru-baru ini ternyata tidak disenangi dan dikecam warga laman sosial.

Semalam, Najib dilaporkan berkata langkah populis Kerajaan Negeri untuk memberikan air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air adalah punca kekurangan air di negeri ini.

Tinjauan secara rambang di laman media sosial Facebook mendapati rata-rata pembaca mengecam kenyataan selain ada yang menjadikan kenyataan Najib sebagai bahan lawak jenaka dan sindiran.

“Dekat Johor dan Negeri Sembilan tiada air percuma malah mahal pun kena catu, sudah pergilah ‘selfie’ di sana,” tulis Sariph Sariphuddin.

“Air dengan air percuma adalah perkara berbeza. Air percuma kerana ia adalah tanggungjawab pemerintah kepada rakyatnya bukan menekan rakyat dengan pelbagai cukai. Semua orang tahu catuan disebabkan kemarau dan air empangan berkurangan. Jangan buat kenyataan yang kurang cerdik,” luah seorang lagi pemilik akaun Facebook, Roshan Rashid.

Sementara itu, ramai juga yang membandingkan catuan baru-baru ini dengan catuan sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1998.

“Teringat pula tahun 1998, empat bulan juga kena catu sebab keadaan cuaca, jadi fikir-fikirkanlah ya masa tu siapa yang pegang,” kata Rossi Hail.

“Tahun 1998 Selangor catu air selama 150 hari kerana cuaca, 1998 bukan PR,” ulas Joe Faris pula.

Selepas kontroversi kangkung, ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat, Obama , kenyataan terbaru Najib kali ini turut mengundang sindiran warga laman sosial.

“Aku hairan juga, banyak betul yang komen kutuk Najib, maknanya banyaklah rakyat tak suka tapi dia tak sedar ke rakyat tak suka dia atau dia buat tak tahu saja,” sindir Mohd Firdaus Abdullah di Facebook.

“Beri air percuma menyebabkan musim kemarau, jadi kerajaan berhasrat naikkan tarif air supaya tak kemarau lagi- Jibby,” sindir seorang lagi, Anwar Haldir Aswad.

Sejak penghujung Februari lalu, Kerajaan Negeri mengambil langkah melakukan penjadualan atau catuan air ekoran musim kering luar biasa yang menyebabkan paras empangan semakin merosot.

Bagaimanapun, minggu lepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan catuan ditamatkan ekoran paras empangan semakin meningkat selain taburan hujan di hilir yang banyak membantu pengurangan pelepasan air di Empangan Sungai Selangor.

Petisyen Menyokong Hudud

Petisyen Menyokong Hudud
Signatures

1,646
0%
1,000,000


Opened on May 03, 2014

MEMORANDUM MENGGESA SETIAP AHLI PARLIMEN MUSLIM MENYOKONG SEPENUHNYA USUL HUDUD YANG AKAN DIBAWA OLEH PIHAK PAS UNTUK DILAKSANAKAN DI NEGERI KELANTAN DARUL NA’IM.



Polemik hudud sudah berlarut-larutan sejak dulu sehingga mencetuskan ketegangan dan kegoncangan, konflik dan krisis serta kekeliruan dan keserabutan di kalangan masyarakat Melayu-Islam lalu menempias ke luar sambil mewujudkan semacam budaya Islamophobia di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Malahan ia menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan yang memberikan imej buruk dan merosakkan terhadap kredibiliti dan integriti Islam sebagai agama Allah yang menjamin kesejahteraan manusia dan rahmat kepada seluruh alam.



Pemain utama yang terjebak di dalam kancah ‘politik hudud’ adalah PAS dan UMNO. Masing-masing telah membentangkan hujah di antara pelaksanaan hudud tanpa soal, di suatu pihak, sementara di pihak yang lain pula, penangguhan pelaksanaannya sehingga segala prasyarat kondusif terhadap penguatkuasaannya tersedia dan memangkini langkah pengaplikasiannya secara tuntas, konkrit dan praktikal. Akibat dari senario tersebut, timbul ‘perang saudara’ yang semakin membahang panas, menggelegak dan menggejolak di antara para pendokong parti-parti politik utama umat Melayu-Islam. Keadaan ini pula melahirkan gejala the blame game; permainan menuding jari yang berpanjangan dan tanpa berkesudahan. Bahkan yang lebih buruk dan tragik lagi ialah tersebar dan meratanya fitnah dan adu domba di kalangan umat Melayu-Islam.



Di celah-celah kegawatan itu dan di atas perkiraan politik juga, kaum-kaum lain yang tidak beragama Islam mengambil kesempatan mengatur langkah dengan cuba memperlihatkan bahawa undang-undang Islam adalah sangat zalim, ketinggalan zaman, represif, amat bersifat ‘Melayu’ dan mundur. Penolakan mereka bukan sangat berdasarkan kajian yang lengkap dan menyeluruh tentang segala aspek perundangan itu, tetapi lebih kepada prasangka, perasaan dendam yang membuak-buak, kebencian mereka kepada apa saja yang dimiliki atau diidentifikasikan dengan Melayu serta semangat untuk menghapuskan ketuanan Melayu sekaligus Islam dalam segala ciri dan perwatakannya.


Menginsafi bahawa ‘polemik dan politik hudud’ akan meletakkan umat Melayu-Islam dalam putaran ganas pertikaian yang tidak ada hujungnya serta mengundang bala Allah di atas perpecahan dan rungkainya ikatan ukhuwwah Islamiyyah hanya kerana masing-masing mendokong wadah yang berlainan dan bukannya aqidah.



Menyedari bahawa sikap PAS yang konsisten tentang pelaksanaan hudud manakala UMNO pula tidak pernah menolak hudud mencerminkan pada dasarnya hudud bukanlah isu yang harus mengakibatkan umat Melayu-Islam sentiasa berada dalam keadaan berkonfrontasi, melebarkan jurang dan terus bersengketa.



Memahami bahawa realiti politik Malaysia adalah sangat rencam, kompleks dan penuh permasalahan setelah mengambil kira pola dan kecenderungan orang-orang bukan Islam dalam usaha mereka untuk menjadi dominan, komposisi kaum yang agak menguntungkan mereka dari segi ‘undi untuk kuasa’ serta asersi semula konsep kesamarataan dan pluralisme agama yang semakin hebat dicanangkan oleh mereka.



Melihat dan memperakui bahawa pemain-pemain utama politik Melayu-Islam mempunyai caragaya, landasan, kaedah dan perspektif tersendiri (setelah membentang dan membahas secara artikulatif isu hudud dengan merujuk kepada kitab-kitab autentik serta pandangan ulama’ yang muktabar) dalam menangani isu hudud, dan kedua-dua pihak seharusnya mengambil pendekatan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ serta berlapang dada ketika meladeni perbezaan-perbezaan uslub dan dalam perkara-perkara yang berada dalam wilayah ijtihadi.



Memahami dan menyedari juga bahawa false alarm (ancaman palsu) dan ketakutan yang bukan-bukan dan dibuat-buat oleh protagonis daripada kalangan orang bukan Islam terhadap isu hudud sebenarnya adalah manifestasi dari pembacaan dan congak politik mereka untuk terus menaburkan benih-benih kebencian, permusuhan dan akhirnya penolakan terhadap segala perkara yang berbau Melayu dan Islam, di samping melihat bahawa isu hudud ini juga dapat dijadikan senjata mereka untuk memusnahkan perpaduan umat Melayu-Islam sendiri.



Meyakini dan menginsafi bahawa ‘polemik dan politik hudud’ di antara kedua-dua pemain utama politik Melayu-Islam tidak akan membawa keuntungan kepada Islam dan umatnya, malah akan menggasir, menghakis dan memperkecilkan wibawa dan maruah umat Islam seluruhnya.



Maka, kami yang mewakili NGO-NGO berbasis Islam dan Melayu serta rakyat Malaysia, menggesa, meminta dan mendesak setiap Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu-Islam tanpa mengira kecenderungan, kepentingan dan keberpihakan agar mengambil langkah berani, tegas dan tanpa berbelah bahagi untuk menyokongan sepenuhnya Deraf Pelaksanaan Hudud Kerajaan Negeri Kelantan yang akan dibentangkan di Parlimen oleh wakil daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS).



Kami juga meminta supaya Kerajaan Negeri Kelantan dijadikan sebagai perga sandaran atau role model terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan hukum-hukum Hudud di negara ini dan mengesa supaya hudud dijadikan undang-undang dasar negara Malaysia.



Maka atas izin Allah untuk mencari keredhoanNya, saya dengan suci hati, secara waras dan boleh membezakan buruk dan baik, menandatangani petisyen ini.



Segala yang baik dan yang buruk datangnya dari Allah;- Yang baik datang sebagai nikmat Ilmu dan yang buruk datang sebagai nikmat sempadan dan tauladan. Kepada Allah Kita Berserah – Kita berusaha, Allah mengizinkan, Rahmat Allah menentukan segalanya, InsyaAllah.


Aqulu qauli haza wa astaghfirullahal adzhima li wa alakum. Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

Amy Zailan Zainal Abidin's photo.
Like · · Promote ·

JAHILNYA KITA DENGAN KALIMAH AZAN
Astaghfirullah...
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita...Aamiin..
ALLAHUAKBAR....
Apa yang kita besarkan daripada-Nya seperti yang kita mengaku bahawa Allah itu Maha Besar?
Kita mengaku Allah itu Maha Besar!
Akan tetapi semasa azan berkumandang kita tergolong dalam golongan manusia yang rugi kerna mengagungkan harta benda selain Allah??
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH...
Akan tetapi kita sengaja melakukan apa yang ALLAH larang dan melupakan apa yang Allah perintahkan.
Malah kita sering melaksanakan apa yang syaitan perintahkan....Astaghfirullah!
Sejauh mana kita bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah?
AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU ADALAH RASUL ALLAH...
Kita memuja manusia yang langsung tidak menjamin kita untuk bahagia di akhirat nanti.Adakah kita menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan atau idola.
Apatah lagi tidak sedikit pun kita menghiraukan pesanan Nabi Muhammad kepada kita.
Apakah kita lupa tiada seorang manusia pun yang akan menolong kita di padang Mahsyar kelak kecuali Nabi Muhammad S.A W?
MARILAH MENUNAIKAN SOLAT....
Setelah berkumandang"Marilah menunaikan solat"
Apakah kita mengutamakan solat? perkara apakah yang kita laksanakan setelah ianya berkumandang?
Apakah perkara yang kita utamakan untuk dapat membantu kita di suatu hari nanti
MARILAH MENUJU KEJAYAAN...
Kita leka dan sibuk mencari kejayaan untuk kesejahteraan di dunia saja...bangga dengan apa yang telah di capai.
Semakin leka mengira keuntungan yang diperolehi sehingga lupa untuk mencari dan menghitung kejayaan di akhirat
ALLAH MAHA BESAR
Sampai bilakah kita benar-benar akan menyedari bahawa Allah itu Maha Besar?
Adakah setelah kita semua sudah terlambat dan akan mengakui bahawa tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah?
Ya Allah...Ya Tuhanku...
Bantulah hamba-Mu ini dalam mencapai keredhaan-Mu...
Bukakanlah hati hamba-Mu ini untuk menyempurnakan agama-Mu.
Jauhkanlah hamba-Mu ini dari sifat yang buruk yang Engkau murkai.
Berkatilah hidup ini....Aamiin Ya Rabbal Alamiin...


shared Hassan Salleh's photo.
" Jalan singkat untuk orang Islam murtad adalah apabila memisahkan agama dan politik ( sekularisme ) "

- Syeikhul Mustafa Sabri Efendi -
( 1869 - 1954 )

ALLAHUAKBAR — with Iwa Chenta Indie II and 47 others.




Hassan Salleh's photo.
" Jalan singkat untuk orang Islam murtad adalah apabila me "

- Syeikhul Mustafa Sabri Efendi -
( 1869 - 1954 )

ALLAHUAKBAR — with Iwa Chenta Indie II and 47 others.
Like · · Promote ·


Ya Allah. Semata-mata berbeza fahaman politik. Orang solat pun kau nak hina. Agama apa ko ni?
Like · · · 51
 Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Ketiadaan Anwar Atau Ibrahim Ali?
Posted on Saturday, May 03 @ 21:28:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Dalam usaha membodek dan mahu menunjukkan dirinya penting kepada perjuangan UMNO serta Najib Razak, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meneruskan lagi serangannya terhadap Anwar Ibrahim. Mungkin barangkali kerana ampu dan bodek yang banyak dilakukannya sebelum ini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Najib Razak serta Rosmah Mansor, maka kali ini bodekannya boleh dianggap paling "gila" dan mungkin hanya dua tiga orang saja dalam dunia ini yang sanggup melakukannya.

Apa tidaknya, kali ini beliau mendoakan agar Anwar, rakan lamanya yang sama-sama pernah merengkok di penjara Kamunting selama dua tahun, segera dimasukkan ke dalam penjara berkaitan kesalahan liwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan dan hanya menunggu rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Tambah Ibrahim lagi, dengan Anwar merengkok di penjara ia adalah baik untuk negara ini kerana selama ini bekas Timbalan Perdana Menteri itu banyak menyusahkan pihak keselamatan negara.

"Saya bersyukur dan gembira jika Anwar dipenjarakan, lagi cepat di masuk lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara, juga baik untuk pihak keselamatan yang pening dengan karenah Anwar selama ini," katanya.

Selain itu, Ibrahim juga berkata, beliau turut akan mengadakan kenduri kesyukuran jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara keatas Anwar iaitu lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Dengan mendoakan Anwar segera ke penjara serta akan mengadakan kenduri kesyukuran mengenainya, tidak syak lagi tahap bodek dan ampunya kali ini boleh dianggap paling "gila" kerana orang yang didoakannya itu pernah menjadi kawan baiknya sebelum ini. Lebih-lebih lagi, Anwar pula bukanlah bermusuh secara langsung dengan beliau.

Musuh Anwar yang sebenar ialah Najib Razak dan Mahathir Mohamad. Jika Mahathir pernah memenjarakan Anwar adalah mungkin kerana faktor perebutan kuasa, Najib juga jika melakukannya adalah kerana hal yang sama. Ia tentulah boleh difahami tetapi apa hal pula Ibrahim sampai tergamak mendoakan Anwar segera ke penjara serta akan mengadakan kenduri kesyukuran pula kalau bukan untuk membodek dan mengampu Najib?

Apa untungnya kepada beliau jika Anwar dipenjarakan? Adakah beliau pasti jika Anwar ke penjara, doanya itu akan dihargai oleh Najib?

Benarkah jika Anwar ke penjara dan Malaysia tanpa Anwar Ibrahim, keadaan negara menjadi lebih baik? Atau mungkinkah tanpa pembangkang yang kuat yang diasaskan oleh Anwar selama ini, Najib dan barisan kepimpinan negara lebih bermaharajalela lagi merompak dan melanun kekayaan negara ini?

Dalam konteks yang lain pula, yang mana satu lebih baik untuk negara ini, tanpa Anwar atau tanpa Ibrahim Ali?

Apabila Ibrahim bersuara lagi untuk kali entah ke berapa menyerang Anwar sejak Najib menjadi Perdana Menteri, terutama mendoakan Anwar segera ke penjara, sebenarnya begitu banyak tanda soal bermain-main di kepala rakyat Malaysia, terutama yang mengenali bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Apa lagi yang dimahukannya daripada Najib dan apa lagi yang masih tidak cukup dalan hidupnya ketika usia emas sekarang ini?

Kepada yang tidak mengenali dan sekadar mengikuti pelbagai kenyataannya di media sebelum ini, ramai juga yang geleng kepala dengan perlakuannya itu serta tidak menganggapnya tidak wajar dilakukan oleh seseorang dalam berpolitik.

Sejak 1998, Anwar telah mengasaskan kebangkitan dan kesedaran kepada rakyat mengenai politik dan peri pentingnya sama-sama menyayangi negara ini. Melalui parti yang ditubuhkannya iaitu PKR serta berjaya menubuhkan gabungan yanf kuat bersama Pas dan DAP, keduduhan pembangkang menjadi paling kuat dalam sejarah negara.

Melalui kewujudan pembangkang yang kuat, amalan "check anda balance" terhadap kerajaan menjadi lebih berkesan. Banyak salah laku, penyelewengan, amalan rasuah dan seumpamanya telah didedahkan kepada umum dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada keadaan yang lebih baik dari segi pengurusan dan perbelanjaan wang negara.

Beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu pula telah mengalami pertukaran kerajaan negeri sejak Anwar mengasaskan reformasi rakyat dan ini juga memberi pengalaman kepada rakyat untuk menilai kerajaan manakah yang lebih baik dan akhirnya mana-mana kerajaan yang dipilih akan berusaha sebaik mungkin untuk mengutamakan kepentingan rakyat.

Sama ada karenah politik Anwar memening atau menyusahkan kerajaan, ia sebenarnya adalah ujian kepada ketegasan serta kebijaksanaan pemimpin yang sedang memegang kuasa. Bukankah negara kita cukup dengan segala undang-undang, akta dan peraturannya?

Jika beliau didapati bersalah dan melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau akta, gunakanlah peruntukan yang sudah tersedia itu. Tetapi jika pemimpin yang berkuasa takut untuk menggunakan kuasa terhadap Anwar, tidaklah wajar Ketua Pembangkang itu dipersalahkan dan dianggap banyak menyusahkan kerajaan. Ia adalah kelemahan pemimpin yang diberikan kuasa itu dan pemimpin seperti ini sudah sewajarnya ditumbangkan.

Ibrahim Ali pula, sejak mengenal perjuangan politik yang bermula melalui gerakan pelajar, telah terlibat dalam banyak wadah perjuangan. Bermula dengan Berjasa, kemudian menyertai UMNO, keluar UMNO masuk Semangat 46, kemudian masuk UMNO semula, meminjam tiket Pas pada pilihanraya 2008 dan kemudian mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas tapi mesra BN.

Sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas, beliau menubuhkan NGO Perkasa yang meletakkan agenda perjuangan Melayu sebagai landasannya bersuara. Namun dalam banyak hal, perjuangan Perkasa lebih banyak membela Perdana Menteri serta mempertahankan kekuasaan UMNO. Dalam pilihanraya 2013 lalu, beliau bertanding sebagai calon Bebas di Pasir Mas tetapi disokong oleh UMNO dan BN tetapi tewas.

Selain menjadi pemimpin yang paling banyak melompat dan mudah tidak puas dengan satu-satu wadah perjuangan, Ibrahim Ali juga kerap mengeluarkan kenyataan sensasi untuk menonjolkan dirinya. Daripada mahu mencium punggung Mahathir, membakar kitab Injil berbahasa Melayu, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, melakukan pelbagai serangan keterlaluan kepada Anwar dan lain-lain pemimpin pembangkang dan macam-macam lagi, beliau juga bolehlah dianggap pemimpin yang paling banyak bersuara dan mengeluarkan kenyataan.

Hampir setiap hari ada ada kenyataan, komen atau reaksinya yang boleh dibaca oleh rakyat negara ini.

Akhbar Utusan misalnya, umpama hilang seri jika diterbitkan tanpa ada berita mengenai Ibrahim Ali atau Perkasa.

Tetapi melalui banyak kenyataan yang dikeluarkannya atau parti yang disertainya, apakah jasa dan sumbangan Ibrahim Ali kepada negara ini? Bolehkah ada sesiapa yang boleh menyebut satu sumbangan besar Ibrahim Ali kepada negara? Antara Anwar dan Ibrahim Ali pula, siapakah yang paling berguna dan siapakah pula yang jika ketiadaannya lebik baik untuk negara ini?

Barangkali elok juga jika Merdeka Center atau Umcedel dapat membuat kaji selidik mengenainya dan mudah-mudahnya hasil dapatannya nanti akan membuatkan ada yang segera sedar diri. (SH 02/05/2014)

sumber



 
 
Luar Negara | Bukan retorik atau polemik.... Inilah yang sebenarnya berlaku di Brunei...




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan