Jumaat, 9 Mei 2014

JANGAN BERHATI KAUDU....JANGAN KITA BERNIAT JAHAT....ORANG JAHAT KITA BIAR...MUNGKIN KITA SANJUNG....WAYER ATAU URAT DAH PUTUS KOD

Khamis, 8 Mei 2014


Ulama muda Umno enggan mohon maaf gelar wanita anti GST ‘pelacur’

Meskipun dikritik hebat dan laporan polis dibuat terhadapnya, Setiausaha Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya yang menggelar wanita bertudung labuh menyertai perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.
Radzi berkata, beliau menulis kenyataan itu dengan "kewarasannya” dan menganggapnya sebagai satu perumpamaan yang tidak seharusnya dilihat sebagai satu kesalahan.
"Saya tidak akan minta maaf kerana kenyataan saya tidak salah. Mereka yang tidak faham jadi merekalah yang bodoh bahasa Melayu, bodoh akal budi Melayu.
"Itu adalah perumpaan, saya tidak kata secara hakikat, ia hanyalah analogi,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Sehari selepas perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu, Radzi dalam akaun Facebook Abu Amru Radzi Othman menulis: "Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.
"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap.”
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyelar kenyataan kenyataan setiausaha Ilmu itu dan mengatakannya sebagai tindakan biadap.
"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.
"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasulullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Radzi di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.
Mereka menuntut Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.
Bagaimanapun, Radzi berkata, kenyataannya itu diinspirasikan daripada novel Shit tulisan Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.
"Saya terinspirasi dengan kitab suci PAS, buku Shit tulisan Shahnon Ahmad yang dipertahankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan yang dibanggakan pengikut PAS.
"Novel itu menceritakan pasal tahi, saya baca sejak sekolah menengah, kalau hendak saya minta maaf suruh Shahnon Ahmad minta maaf dulu ataupun Nik Aziz yang dulu pernah kata Tuhan itu samseng, suruhlah dia minta maaf," katanya.
Radzi berkata, tindakannya itu hanyalah mencipta analogi malah dalam Islam, ia turut digunakan oleh Allah, Nabi Muhammad dan para sahabat.
"Peribahasa dan perumpamaan adalah salah satu perbendaharaan Melayu yang wujud sejak dahulu.
"Saya memberi contoh ‘saudara anjing’ dan simpulan bahasa ‘terlepas anjing kurap terpeluk babi gemuk’ yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana itu biadap atau kurang ajar dalam sebuah metafora bergantung kepada kefahaman kita," katanya.
Radzi juga turut mengulas mengenai dalil digunakannya mengatakan muslimah bertudung labuh yang sepatutnya menjaga aurat dan akhlak, bukan terkinja-kinja di perhimpunan tersebut.
"Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad pernah mengatakan perempuan yang memakai minyak wangi bagi tujuan untuk dibau orang ramai itu seperti penzinaan, pelacuran,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Eksekutif Ilmu, Fathul Bari Mat Jahya dalam reaksinya kepada The Malaysian Insider berharap semua pihak memahami kenyataan Radzi itu dibuat atas kapasiti peribadinya.
"Isu membabitkan pandangan peribadi, jadi saya minta jangan kaitkan dengan jawatan kerana beliau tidak membuat kenyataan bagi pihak Ilmu dan Majlis Ulama Muda Umno baru ditubuhkan beberapa minggu lalu, strukturnya belum dirancang lagi," katanya.





MCA agresif tentang hudud hasil didikan Umno

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Umno kerana berjaya mendidik rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN), MCA sehingga berani menentang Islam secara agresif.

Beliau berkata, MCA begitu memahami apa yang diajar oleh guru mereka (Umno) sehingga parti itu dan Gerakan boleh melakukan demonstrasi menentang pelaksanaan hukum hudud.

"Lebih 50 tahun MCA, Gerakan bersama Umno di dalam BN dan hasil terbaik mereka adalah bila rakan Umno itu berani menentang hudud secara lantang dan lebih agresif.

"Kerja keras Umno mendidik dan boleh menjadikan Umno sebagai guru terbaik yang tidak pernah ada pada parti lain," jelasnya kepada Harakahdaily.

Justeru, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik segera wakil MCA dan Gerakan ke dalam kabinet agar mereka lebih lantang mengkritik Islam di peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong di dalam wacana Sinar Harian menegaskan parti itu akan meninggalkan BN jika Umno terus menyokong pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan.

Beliau berkata MCA perlu membincangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional seandainya Umno tetap menyokong pelaksanaan hukum hudud. - HARAKAHDAILY 9/5/2014

Saifuddin maklum ada cadangan beliau tarik diri

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada anggota parti yang telah menjalani musim pemilihan hingga ke minggu terakhir.

Katanya, walaupun ada beberapa kelemahan teknikal dan aduan, beliau berpendapat ia telah ditangani secara telus dan terbuka sehinggakan beberapa cabang diarah untuk mengundi semula.

Menurutnya, semangat ketelusan itu cukup berbeza dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak melayan langsung aduan rakyat dan menolak mentah-mentah penipuan nyata oleh Umno Barisan Nasional.

"Bagi saya, keputusan pemilihan kelak adalah sama penting dengan ketelusan dan budaya sepanjang proses pemilihan agar kita menjunjung semangat reformasi yang diperjuangkan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, beliau dan rakan-rakan akan terus berkempen secara sihat untuk pemilihan di minggu terakhir ini yang melibatkan negeri-negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

Katanya, pasukan sukarelawan yang kebanyakannya terdiri dari anak-anak muda akan ditempatkan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan untuk merayu undi demi meraikan demokrasi.

Saifuddin juga sedia maklum ada pendapat yang mencadangkan agar beliau menarik diri untuk memberi laluan kepada pertembungan di antara Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya percaya setiap calon mempunyai kelebihan dan agenda yang baik yang telah dibentangkan kepada anggota parti, justeru sebaiknya kita menghormati pesta demokrasi di dalam parti ini.

"Selamat maju jaya dan semoga semangat reformasi dan demokrasi terus subur," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 9/5/2014

Nasrudin ziarah bekas wartawan Bernama

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .

TEMERLOH: “Saya doakan Abang Zuki cepat-cepat sembuh dan boleh menulis lagi,” demikian doa dan kata-kata perangsang oleh Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan ketika menziarah bekas wartawan Bernama Zuki Mohd Yunus, 73.

Zuki yang terlantar tidak boleh bergerak bebas akibat komplikasi sakit lutut sejak empat tahun lalu, dikunjungi Ustaz Nasharudin di rumahnya di Kampung Bukit Kelulut, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar ini.

Bagi penduduk Temerloh, mereka mengenali Zuki sebagai seorang tua yang sering berbasikal ke balai polis atau ke mahkamah, pejabat kerajaan, hadir dalam majlis pembesar, bertemu rakyat dan keluar masuk kampung mencari sumber berita.

“Sekarang saya tidak boleh keluar berbasikal lagi mencari berita seperti dulu tapi masih menulis dari rumah... ustaz,” kata Zuki kepada Nasrudin dalam keadaan sebak.

Katanya, beliau mula mengalami kesakitan lutut apabila terseliuh ketika membuat satu liputan program seorang menteri di Bentong beberapa tahun lalu. Kesakitan itu berlarutan hingga beberapa bulan.

Pada mulanya sebelah kaki dan beliau masih boleh menggunakan tongkat, tetapi kini beliau tidak mampu berdiri lagi. Doktor kemudiannya mengesahkan akibat komplikasi kepada penyakit aritritis.

Zuki yang mempunyai tiga orang anak yang semuanya perempuan, mula menulis sejak 1970-an menyertai Bernama pada 1989 dan sebelum itu beliau menjadi pemberita sambilan untuk akhbar Berita Harian dan Watan.

Menurutnya, sejak dulu penulisan beliau banyak ditumpukan kepada cerita-cerita yang membela masyarakat dan human interest sehinggalah beliau dikenali dan menjadi tempat aduan orang ramai.

“Boleh dikatakan perjuangan penulisan masa dulu ialah menuntut kemudahan prasarana dan infrastruktur kampung-kampung yang baru merdeka. Begitu juga dengan pendedahan penderitaan orang kampung Tapi masa itu saya hanya dibayar RM1.30 seperenggan,” ceritanya ketika diminta mengulas perbezaan penulisan dulu dan sekarang.

Sebagai penulis Zuki juga tidak dapat lari “diburu” ahli politik yang mahukan publisiti secara tidak langsung daripada penulisannya.

Apa yang menarik, beliau pernah menaikkan nama-nama besar tokoh politik dari daerah ini seperti Datuk Hamzah Abu Samah, Datuk Sabaruddin Chik dan beberapa orang exco seperti Datuk Awang Ngah dan Datuk Bahari Tan Sri Yahya.

Namun baginya itu semua kerja kebajikan yang patut dilakukan oleh seorang penulis.

“Sekitar 40 tahun saya dalam dunia penulisan, kini sudah empat tahun terdampar dan hanya mampu mengensot dalam rumah,” katanya sambil tergelak tetapi memiliki maksud yang dalam.

Jasa Zuki tidak dilupakan begitu saja. Pada Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-78 beliau telah dianugerahkan gelaran Pingat Jasa Kebaktian (PJK) bagi mengenang jasanya dalam dunia penulisan. - HARAKAHDAILY 9/5/2014

Tuntut naik royalti, Sabah bila lagi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada Dun Sarawak atas keberanian meluluskan usul tuntutan royalti petroleum 20% kepada Kerajaan Persekutuan.

"Lebih membanggakan kami adalah usul ini mendapat sokongan penuh daripada kesemua 68 orang Adun yang hadir secara sebulat suara," kata ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.

Hal ini, katanya secara tidak langsung telah membuktikan kematangan berpolitik di Sarawak terhadap kepentingan bersama dan sekaligus menjadi penanda aras tentang erti berpolitik demi kepentingan rakyat dalam sebuah kerangka demokrasi.

Namun, ujar beliau Pemuda PAS Sabah cukup hairan tatkala terdapat usul daripada pembangkang dalam sidang Dun Sabah baru-baru ini termasuk desakan 3 sayap pemuda BN sendiri iaitu PBS, PBRS dan UPKO jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman ketika ucapan penggulungan amat mengecewakan dengan menyatakan berpuas hati terhadap royalti 5% kerana terdapat peningkatan jumlah royalti diterima dari RM750.9 juta pada 2008 kepada RM975.3 juta pada 2013, atau peningkatan hampir 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, Musa memberi contoh bagaimana pelaburan yang dibuat oleh Petronas di pembangunan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), projek Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), dan tempat projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) memberi manfaat kepada Sabah.

"Pada kami bukan jumlah royalti atau pelaburan yang diterima itu yang patut menjadi kayu ukur tetapi bagaimana meletakkan keperluan sebenar negeri dan rakyat di samping hak sebagai tuan punya perut bumi dimana minyak tersebut dikeluarkan," ujarnya lagi.

Menurutnya, Sabah dan Sarawak dalam keadaan ini mempunyai kedudukan yang lebih istimewa kerana memiliki autonomi tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian Malaysia 1963.

Tambahnya, dalam isu minyak contohnya di bawah Ordinan Tanah kedua-dua negeri ini dan North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954 jelas menunjukkan sempadan perairan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya kedua-dua negeri ini mempunyai hak ke atasnya.

"Inilah yang dilakukan oleh Datuk Adenan Satim setelah ditabalkan menjadi Ketua Menteri Sarawak, meletakkan kedudukan sebenar Sarawak pada tempat yang sewajarnya sebagaimana yang telah dijamin dalam Perjanjian Malaysia," katanya.

Katanya, tuntutan kenaikan 20% di Sidang Dun Sarawak ini adalah dilihat sebahagian daripada usaha tersebut.

Untuk itu, kata beliau Pemuda PAS Sabah menyeru agar semua Adun di negeri itu agar lebih berani untuk mengambil tindakan yang sama bagi mengemukakan tuntutan rasmi kepada Kuala Lumpur bagi faedah seluruh rakyat di negeri itu melalui sidang Dun yang akan datang. - HARAKAHDAILY 9/5/2014

Bila lagi Najib mahu mansuh Akta Hasutan

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan jika benar-benar mahu melakukan transformasi di dalam pentadbirannya.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, transformasi yang berjaya adalah memansuhkan Akta Hasutan yang telah mengikat rakyat negara ini untuk menyatakan keadilan.

"Akta ini sebenarnya disalahgunakan oleh pemerintah demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi dengan membuat dakwaan terpilih," katanya kepada Harakahdaily.

Suhaizan berkata, mana-mana pihak yang pro kepada kerajaan walaupun sering kali melontarkan isu-isu sensitif termasuk perkauman, mereka tidak dikenakan tindakan.

Sebaliknya kata beliau, jika isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat begitu mudah kerajaan mengambil tindakan melalui menteri-menteri yang berkuasa.

"Ekstrim agam yang pro BN dibiarkan begitu sahaja, misalnya kes kepala lembu di Shah Alam disenyapkan begitu sahaja bila mereka jumpa menteri berkenaan," katanya.

Pemuda PAS kesal dengan pendakwaan terpilih kerana mendakwa mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan menyebabkan Akta Hasutan disalahgunakan.

Jelasnya, sudah tiba masanya Najib memansuhkan akta ini yang turut disokong oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa lawatan beliau ke negara baru-baru ini.

Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan selepas mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara.

Najib kemudiaannya mengulangi janji sama pada Julai 2013 semasa temubual dengan media antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) mengatakan akta tersebut akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional. - HARAKAHDAILY 9/5/2014

Tahun lalu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; aktivis PAS, Tamrin Ghafar bersama aktivis sivil, Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang didakwa mengikut akta tersebut.

Terbaru, mendiang Karpal Singh juga tidak terlepas daripada didakwa mengikut akta sama dan didenda RM4,000 serta berdepan dengan hukuman penjara.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, minggu ini menjadi mangsa terbaru didakwa mengikut Akta Hasutan susulan penglibatannya dalam klip video berjudul "Onederful Malaysia" pada Februari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan