Isnin, 26 Mei 2014

JANGAN KITA MUKA BERKULIT TEBAL....JANGAN KITA MENEMBOKAN MUKA KITA....SALAH SATU SIFAT RASULLULLAH SAW IALAH PEMALU

"Selfie Dyana", UMNO BN Saja Hadir Untuk Timbulkan Kekecohan
Posted on Monday, May 26 @ 12:37:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Menara Condong 'tegang' di petang Ahad

Dataran Menara Condong Teluk Intan petang semalam panas seketika apabila pertengkaran tercetus di antara penyokong BN yang mendirikan khemah di situ, dengan penyokong Pakatan Rakyat yang menantikan kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk sesi 'selfie' di kawasan yang sama.

Kekecohan bermula sekitar jam 4 petang apabila penceramah BN yang diperkenalkan sebagai pemangku Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim berceramah di bawah khemah BN, dengan bahasa badan dan intonasi pidato seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pada masa sama, ceramah Faizal itu disiarkan melalui sistem pembesar suara dengan salah satu pembesar suara dihalakan ke arah kumpulan yang menanti kehadiran Dyana, yang berada dalam jarak kurang 10 meter dari khemah itu.

Kira-kira sepuluh minit Faizal berceramah, seorang remaja lelaki dari kumpulan yang menanti Dyana berjalan ke arah Faizal dengan wang kertas RM1 dihulurkan kepadanya, isyarat untuk memperolok-olokkan beliau sebagai individu yang boleh 'dibeli'.

Tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan seorang penyokong BN di bawah khemah yang meluru ke arah remaja itu dan menyuruhnya berundur ke belakang.

Penyokong BN itu kemudian disusuli oleh beberapa orang penyokong BN lain yang turut menyerbu remaja lelaki itu.

Pada masa sama, beberapa remaja lelaki dari kumpulan penyokong Pakatan bergegas ke arah penyokong-penyokong BN yang menyerbu remaja lelaki itu.

Tiada 'selfie', cuma bergambar

Tolak-menolak dan jerit-menjerit ke arah satu sama lain tercetus di antara kedua-dua kumpulan tersebut selama kira-kira dua minit dengan penyokong BN (berpakaian putih) yang mula meluru ke arah remaja itu menjerit, "Ini kawasan Teluk Intan! Jangan buat kacau di sini!".

Keadaan kembali terkawal apabila penyokong BN itu ditarik rakan-rakannya untuk kembali ke bawah khemah BN dan remaja lelaki penyokong Pakatan itu ditarik jauh dari kawasan pertengkaran tercetus.

Sekitar jam 4.20 petang, Dyana Sofya tiba di Menara Condong untuk sesi 'selfie' bersama pengunjung menara itu.

Pada masa sama, kelihatan tujuh orang anggota polis dengan vest rasmi ' kelihatan berada berhampiran kawasan menara untuk mengawal keadaan.

Sesi 'selfie' bersama Dyana dihadiri kira-kira 300 orang.

Mereka berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk bergambar dengan Dyana di hadapan replika buku yang memaparkan maklumat tentang menara itu.

Sebelum sesi bergambar bermula, Dyana sempat merakamkan penghargaan kepada inisiatif perpustakaan indie dikenali sebagai “Buku Jalanan Seri Manjung” yang turut berada di tepi menara itu..

"Kenapa saya tak nak ke sana (ke tangga pintu masuk menara) dan saya berdiri di depan ini?

"Kerana di depan ini ada buku," kata Dyana sambil tersenyum dan menunjuk ke arah replika buku dan kumpulan Buku Jalanan yang menghampar tikar di atas dataran untuk pameran buku.

Polis neutralkan keadaan

Keadaan bagaimana pun kembali 'tegang' apabila kira-kira sepuluh orang dengan baju-T BN mula bergerak ke sesi bergambar dan bergerak ke arah Dyana sofya yang kini berdiri di tangga masuk ke menara keran hujan rintik-rintik mula turun.

Polis mengekori kumpulan penyokong BN itu dan keadaan kembali aman apabila kumpulan tersebut beredar perlahan-lahan selepas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, ACP Fadzil Ahmat berdiri berhampiran mereka.

Dyana kemudian meluangkan masa selama kira-kira 40 minit sehingga jam 5 petang untuk bergambar dengan pengunjung yang beratur sepanjang kira-kira 10 meter untuk sesi tersebut.

Beliau kemudian beredar ke satu lagi majlis untuk sesi menonton pertandingan akhir Piala Thomas di antara Malaysia dan Jepun bermula pada jam 5.30 petang.

ACP Fadzil dalam sidang media ringkasnya kemudian menyatakan rasa syukurnya kerana polis berjaya meneutralkan ketegangan yang berlaku apabila tiba segera di tempat kejadian.

"Kita berjaya meneutralkan keadaan. Awak nilai sendiri keadaan, Alhamdulillah," katanya sambil tersenyum puas, selepas sesi taklimat kepada anggota-anggota yang bertugas.

Hujan rintik-rintik yang berterusan dari tadi kemudian bertukar menjadi hujan lebat, seolah-olah mahu menyejukkan ketegangan di Menara Condong Teluk Intan, pada petang Ahad. -mk




















sumber


  Satu-satunya PASTI di DUN Kota, Rembau perlukan bantuan
Posted on Monday, May 26 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Sejarah PAS di Negeri Sembilan bermula di DUN Kota dalam Parlimen Rembau, dahulunya DUN Kota ini terletak di dalam Parlimen Tampin. DUN Kota merupakan DUN yang paling ramai majoriti pengundi Melayu di Negeri Sembilan iaitu lebih 90 peratus pengundi Melayu. Perjuangan PAS di kawasan majoriti Melayu di pantai barat ini adalah merupakan satu cabaran yang amat besar.

Walaubagaimana pun sebuah PASTI berjaya ditubuhkan di sini dengan bangunan sendiri hasil sumbangan ahli setempat dan sumbangan orang ramai sejak beberapa tahun yang lalu.

Kos pengurusan PASTI semakin hari semakin meningkat naik termasuklah kos bil elektrik, air dan perbelanjaan harian.

Sehubungan dengan itu pihak pengurusan PASTI Al Amin di DUN Kota, Rembau ini mengharapkan sumbangan kewangan dari ahli PAS khususnya di Negeri Sembilan ini samada sumbangan sekali gus atau sumbangan berkala bulanan sebanyak RM 10.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Pengurus PASTI Al Amin, Sdr Azman bin Idris di talian 019-6771495 atau boleh masukkan ke akaun CIMB, No Akaun : 05010000005208 .

Pihak pengurusan PASTI Al Amin terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang sudi memberikan sumbangan dan sudi untuk menyebarkan rayuan sumbangan ini."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Monday, May 26 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



PANAS! Punca MCA Takut Bertanding Di PRK Bukit Gelugor...Takut Hilang Deposit Rupanya !!!
Posted on Monday, May 26 @ 12:29:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Ramkarpal Menang Besar, Yang Lain Semua Hilang Deposit



Rasmi: DAP kekal Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.

Ketiga-tiga calon itu hilang deposit mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi iaitu 1/8 daripada 46,099 = 5762 undi. Huan sekadar meraih 3,583 manakala Nabi Bux 798 dan Abu Backer 225 undi

Malaysin Insider melaporkan calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi. Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu. Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo turut bersamanya.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 798
Abu Backer Sidek - 225
Undi Rosak - 539
Majoriti - 37,659

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam.




sumber


JINGGA 13 Desak SPRM Ambil Tindakan Pendedahan Kekayaan Anak Ketua Polis Sabah Oleh MYWATCH
Posted on Monday, May 26 @ 08:59:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





JINGGA 13 Malaysia mengalu-alukan pendedahan demi pendedahan mengenai jenayah dan korupsi yang telah dibuat oleh Badan Pemantau Jenayah, Malaysian Crime Watch Task Force (MYWATCH) menerusi Pengerusinya R. Sri Sanjeevan sewajarnya mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengambil satu siasatan secara serius terhadap pendedahan yang dibuat.


JINGGA 13 Malaysia turut memuji dan menyatakan sokongan terhadap usaha pendedahan oleh Pengerusi MYWATCH , R. Sri Sanjeevan  baru-baru ini berkaitan isu kekayaan luar biasa anak kepada Ketua Polis Sabah , Mohamad Azhan Hamza membeli secara tunai dua buah kereta mewah – Jaguar dan Audi A5 – dengan nilai terkumpul RM1.1 juta tahun lepas walaupun beliau "menganggur" serta beberapa transaksi bernilai bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan lepas.
 

Isu tersebut telah mendapat respon segera oleh Datuk Hamza Taib , selaku Ketua Polis Sabah dan selaku pelaksana dan mendokong undang-undang sewajarnya menyerahkan anak beliau untuk disiasat secara menyeluruh dan bukan bertindak mempertahankan anak beliau dengan pelbagai alasan malah dilihat begitu dangkal , mengelirukan dan kurang jelas sepertimana yang didakwa oleh MYWATCH.
JINGGA 13 Malaysia menyatakan pendirian akan memberikan komitmen bagi membantu menyediakan barisan peguam sekiranya MyWatch dan R. Sri Sanjeevan di saman oleh pihak Ketua Polis Sabah, atau ditahan di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan butiran bank milik anak Ketua Polis tersebut.
JINGGA 13 Malaysia kesal sehingga ini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM selepas pendedahan yang dibuat oleh MYWATCH sedangkan ianya adalah merupakan satu kes yang sangat serius dan kami juga meminta agar Ketua Polis Negara memberikan kerjasama dengan MYWATCH dalam usaha membenteras jenayah dan korupsi.
JINGGA 13 Malaysia akan terus memberikan sokongan serta komitmen kepada mana-mana pihak khususnya orang-orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MYWATCH untuk terus membuatkan pendedahan jenayah dan korupsi tanpa prejudis ke arah negara Malaysia yang tercinta .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
 Hudud tidak perlu kejelasannya
Posted on Monday, May 26 @ 08:49:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Penulis tidak tahu mana dia dalil agar kita menjelaskan “hudud” kepada masyarakat. Mengapa penulis berkata demikian?

Tidak lain dan tidak bukan kerana “hudud” undang undang Allah subha nahuwataala yang mencipta manusia yang tiada sebarang keraguan  oleh mereka yang beriman.

Yang meragukan “hudud” sejak dahulu hingga kini tidak lain dan tidak bukan mereka yang tidak beriman, Apatah lagi mereka yang engkar dan kufur.

Apakah perlu kita perjelaskan hudud ini kepada orang masyarakat berbilang bangsa dan agama dan Melayu Negara ini yang 85 peratus tidak solat itu. 
Jika undang undang ciptaan manausia yang sedia ada dan terpakai hingga kini dilaksanakan tanpa sebarang bantahan, malah diterima sebulat suara oleh masyarakat, hatta umat Islam sendiri, mengapa perlu hudud diperjelaskan.
Mereka yang tidak solat sudah pasti ragu dengan hudud. Bukan setakat ragu malah ada sesetengah itu permain main dan mempersenda senda hukum Allah Subha nahu wataala itu.
Boleh rujuk banyak berita dalam media massa betapa buruknya gambaran yang diberikan jika “hudud” dilaksanakan di Negara ini.
Atas sebab inilah penulis bertegas bahawa hudud tidak perlu penjelasan kepada masyarakat dalam Negara satu Malaysia ini.
Jika orang Melayu yang mengaku beragama Islam menolak bulat bulat hudud dilaksanakan di Negara ini dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal.
Namun jangan harap ia akan menghasilkan suatu yang positif apabila hudud dapat di jelaskan kepada masyarakat, hatta melalui media massa yang pelbagai ini.
Persoalan yang timbul sekarang bukan atas sebab hudud tidak dapat dijelaskan ia tidak boleh dilaksanakan, tetapi para pemimpin Negara dan undang undang persekutuan yang menghalang dan menyekatnya.


"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
anaabdullah
Posted on Monday, May 26 @ 08:49:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
 Kpg Tanjung Bungai Ada Tiang Lektrik Tapi Tidak Memberi Manfaat Kepada Penduduk Kampung
Posted on Monday, May 26 @ 08:48:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Masalah Bekalan Elektrik dan Air Di Pantai Bungai
SIBUTI – Pantai Bungai di Daerah Sibuti lebih kurang kira-kira 48 km dari bandaraya Miri. Kebanyakan penduduknya terdiri dari kaum Kedayan dan terdiri daripada tiga kampung iaitu Kampung Peliau, Kampung Bungai dan Kampung Jambu.

Walaupun pantainya indah dan memang sesuai untuk menarik pelancong tetapi ada beberapa masalah yang dihadapi penduduk di situ yang perlu diatasi oleh pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan.
Antara masalah yang dihadapi oleh beberapa penduduk ditepi pantai Bungai ialah masalah elektrik dan juga bekalan air.
Menurut salah seorang penduduk yang menghadapi masalah bekalan elektrik dikenali sebagai Az yang tinggal di Tanjung Bungai ialah, rumah beliau sudah lama dipasang kabel elektrik tetapi tidak berfungsi.
Beliau sudah beberapa kali mengadu masalah ini kepada SESCO dan juga kepada wakil rakyat di kawasan tersebut tetapi sehingga kini tiada bekalan elektrik masuk ke dalam rumah beliau.
Tiang elektrik hanya beberapa meter saja dari rumah beliau tetapi bekalan elektrik tidak berfungsi disebabkan tiada meter begitu juga dengan beberapa rumah yang berdekatan dengan rumah beliau juga menghadapi masalah yang sama.
Disamping itu mereka juga menghadapi masalah bekalan air, dimana mereka terpaksa berkongsi meter air yang hanya beberapa meter saja dari rumah mereka.
Sepatutnya setiap rumah boleh dipasang meter air untuk memudahkan mereka menerima bekalan air tanpa perlu berkongsi meter air dan menyambung air dari paip utama yang berdekatan.
Rumah pengadu hanya beberapa meter dari sungai yang berdekatan, menurutnya banyak ternakan beliau menjadi mangsa buaya yang terdapat dalam sungai tersebut. Untuk keselamatan penduduk dan pengunjung di pantai Bungai, pihak berkenaan perlu meletakkan papan tanda amaran di kawasan sungai tersebut.
Mereka merayu agar pihak yang berkenaan segera datang ke tempat mereka dan selesaikan masalah yang mereka hadapi secepat mungkin.
Kita mengesa pihak yang berkenaan segera mengatasi masalah penduduk di Tanjung Bungai ini agar mereka dapat menikmati kemudahan asas yang sudah sedia ada tetapi  tidak berfungsi dengan sebaiknya.
Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak
http://pas-miri.blogspot.com/
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan