Selasa, 20 Mei 2014

HUDUD DAN KISAS....BIASALAH YANG TAK SUKA ORANG YANG BERZINA.....MENCURI....ORANG TAK SOLAT....ORANG NAK MURTAD DAN SEWAKTU DENGANNYA....SEBAB MEREKA MELAKUKAN


Hudud bukan agenda Umno

MOHAMED HANIPA MAIDIN | .
TULISAN ini bercadang untuk menjawab isu yang dibangkitkan dalam dua forum yang saya dijemput sebagai panelis iaitu forum di RTM dan forum anjuran MCA. Memandangkan kesuntukan masa dalam kedua-dua forum ada isu yang tidak sempat dijawab cuba dijawab di sini. Insya-Allah untuk kali ini saya jawab dulu hujah wakil Umno dalam forum di RTM .

Dalam forum di RTM, wakil Umno iaitu Adun Kok Lanas, YB Datuk Che Alwi menyatakan PAS tidak wajar meminta Umno membawa rang undang undang Kerajaan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hudud kerana hudud adalah agenda PAS dan bukannya agenda Umno. Mungkin kita berhak bertanya hudud ini agenda Islam atau agenda PAS atau Umno ?

Jika ia agenda Islam , mengapa Umno melabelkan ia adalah agenda PAS sebagaimana Umno pernah juga tuduh hudud di Kelantan adalah hudud PAS? Dan mengapa Umno tidak mahu menggunakan kuasanya di Parlimen membawa rang undang undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 ? Bukankah akta ini Umno yang gubal dan luluskan di parlimen dan bukankah akta ini menghalang hukuman hudud dan qisas dilaksanakan? Jadi mengapa Umno yang ada kuasa majoriti di parlimen enggan meminda akta ini bagi membolehkan bukan sahaja Kelantan, tapi semua mahkamah syariah di negara ini mempunyai kuasa untuk melaksanakan hudud dan qisas.

Keduanya, jika hudud bukan agenda Umno maka bagaimanakah PAS dan umat Islam boleh percaya parti yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka akan menyokong parti yang mempunyai agenda hudud? Dan apakah jaminan parti yang tidak ada agenda hudud akan menyokong hasrat PAS jika sekiranya rang undang undang persendirian dibawa oleh PAS? Bagaimanakah kita boleh pastikan parti yang tidak ada agenda hudud ini tidak mempunyai agenda lain atau agenda tersembunyi dalam isu hudud ini?

Dengan rekod sejarah Umno yang tidak peduli rang undang undang persendirian yang PAS bawa di Parlimen bagi mewujudkan kesalahan irtidad dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 sehingga menyebabkan sehingga kini murtad bukan dikira satu kesalahan di Wilayah Persekutuan, adakah boleh kita percaya parti yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka akan bersedia menyokong PAS jika rang undang undang persendirian di bawa oleh PAS?

Che Alwi juga menyatakan rakyat perlu membezakan antara menolak hudud dan tidak melaksanakan hudud pada masa ini. Kata beliau, Umno tidak tolak hudud cuma Umno rasa buat masa ini ia tidak sesuai. Katanya juga Umno gunakan pendekatan penerapan nilai nilai Islam dan beransur-ansur sebab itu Umno buat bank islam, universiti Islam dan lain lain terlebih dahulu.

Kita agak pelik, jika Umno tidak tolak hudud mengapa Umno pula tidak terima hudud? Jika Umno kata tidak tolak hudud, Umno kena terlebih dahulu minta maaf kepada rakyat khususnya umat Islam secara terbuka kerana terlalu banyak kenyataan pemimpin Umno sebelum ini yang menghina hukum hudud. Malahan para pemimpin itu masih ada di negara ini. Jika perdana menteri sebelum ini dan yang terbaru ahli parlimen Umno dari Pulai menyatakanUmno tidak akan melaksanakan hudud di negeri yang Umno perintah bukankah ini juga menolak hudud meskipun tidak menyebut perkataan menolak? Jika tidak tolak mengapa tidak mahu laksana walaupun dah berkuasa 59 tahun?

Keduanya, sampai bila Umno benar-benar bersedia laksanakan hudud, sedangkan Umno sudah berkuasa 59 tahun iaitu sejak tahun 1955? Jika masa Umno ada dua pertiga kerusi di Parlimen pun Umno tidak bersedia bagaimana dalam keadaan Umno kini tidak ada kuasa dua pertiga di Parlimen? Jika Umno yang menguasai segala-galanya dan kuasa yang banyak masih tidak bersedia bagaimanakah PAS yang hanya ada sedikit kuasa boleh bersedia?

Ketiganya, mengapa tidak ada satu pun negeri yang Umno perintah, Umno gubal undang undang hudud? Keempatnya,  Umno kini berkuasa di Terengganu. Kenapa Umno tidak mahu laksanakan hudud di sana dalam keadaan PAS sudah tolong gubalkan Enakmen Hudud dan Qisas di negeri tersebut? Kelima, mengapa Umno tidak guna RTM atau Radio atau akhbar harian yang Umno kuasai menerangkan kebaikan hudud kepada rakyat selama ini? Adakah ini semuanya yang dimaksudkan bahawa hudud bukan agenda Umno?

Ya, Umno buat Bank Islam tapi yang peliknya Kelantan di bawah PAS yang simpan wang kerajaan dalam bank Islam. Negeri yang Umno perintah pun tidak semua wang kerajaan disimpan dalam bank Islam meskipun Umno berbangga dia buat bank Islam. Keduanya, Umno buat bank Islam bagi memastikan urusan muamalat di negara ini menepati syariah (syariah compaliant). Tetapi mengapa dalam urusan jinayat Umno tidak mahu pastikan ia juga syariah compliant? Kenapa Umno tidak mahu pastikan mahkamah syariah laksanakan undang undang yang bersifat syariah compliant?

Jika Umno tubuh bank Islam, mengapa Umno juga benarkan perniagaan dan pusat judi dan ambil cukai daripada wang judi?

Ya, Umno tubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan PAS akui perkara tersebut dan saya antara orang PAS yang belajar di situ. Di UIA saya diajar antara lain hukum syariah termasuk hudud wajib dilaksanakan oleh pemerintah. Mengapa apabila saya keluar dari UIA saya lihat apa yang UIA ajar ingin dilaksanakan oleh PAS dan tidak mahu dilaksanakan oleh Umno? UIA ajar hudud sebahagian dari  agenda Islam mengapa di luar UIA, parti yang berbangga tubuhkan UIA menyatakan hudud bukan agenda kami (baca Umno)?

 

Khairy pun tiada pengalaman jadi menteri

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP mempertikaikan gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar pengundi Teluk Intan menolak calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, hanya kerana beliau masih muda dan kononnya tidak berpengalaman.

Bagi Ahli Parlimen DAP Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran, Khairy sendiri tidak memiliki sebarang pengalaman sebagai menteri ketika dilantik menyertai kabinet tahun lalu.

“Hakikatnya, kita semua adalah orang baru yang tidak berpengalaman, sehinggalah diberi peluang. Sebelum Khairy menjadi menteri pada tahun 2013, beliau juga tiada pengalaman.

"Adakah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantiknya itu satu keputusan yang salah?” kata mereka dalam satu kenyataan bersama dipetik Roketkini.

Mereka percaya lebih penting untuk Khairy menilai prestasinya sendiri sebagai menteri sejak setahun ini, memandangkan itu adalah kali pertama beliau menjawat jawatan itu.

“Bagaimanakah Khairy menilai prestasinya? Jika gagal, bila beliau akan meletak jawatan?

"Jika beliau rasa prestasinya bagus, apa yang membuatkannya fikir Dyana tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik jika diberi mandat?” soal mereka lagi.

Dyana sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selama setahun.

Dalam sidang media semalam, Khairy juga berkata, jika menang pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana selaku Ahli Parlimen DAP tidak akan memiliki akses kepada agensi-agensi persekutuan.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai satu ugutan, mereka mengingatkan Khairy bahawa tugas kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan hanya kepada pengundi mereka di kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.

“Ia adalah satu ugutan terbuka yang angkuh. Jelas, Khairy juga terperangkap dalam politik ‘I help you, you help me.’

“Walaupun popular dan dianggap bintang dalam Umno, beliau gagal memupuk politik baru yang mengutamakan tadbir urus yang baik, keadilan dan kesamaan.

“Berbeza dengan Dyana yang berikrar terhadap politik baru, seperti memecahkan tembok perkauman dan agama. Walau pun masih baru, beliau sememangnya harus diberi peluang,” kata mereka lagi.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Parlimen Teluk Intan mempunyai komposisi pengundi yang hampir seimbang iaitu 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Dyana dicabar Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam PRK kali ini.

Mah, 53, ialah penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan selama dua penggal iaitu pada PRU 1999 dan 2004.- HARAKAHDAILY 20/5/2014







Thailand isytihar undang-undang tentera

BERNAMA | .
BANGKOK: Tentera Thailand mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh negara itu berkuat kuasa serta-merta, awal pagi ini.
  
Perintah itu diumumkan stesen televisyen tentera, TV5 Channel, pada 3 pagi bertujuan memulihkan keamanan dan ketenteraman di negara itu.
  
Anggota tentera dikerah mengawal stesen televisyen di Bangkok.
  
Undang-undang tentera itu diumumkan di tengah-tengah persediaan penyokong prokerajaan kumpulan Baju Merah dan antikerajaan untuk mengadakan perhimpunan terbesar minggu ini.
  
Penyokong Baju Merah berhimpun di Jalan Aksa di pinggir Bangkok, manakala penyokong antikerajaan berada di beberapa lokasi di Bangkok.  
  
Kumpulan antikerajaan Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) membatalkan perhimpunan jalanan hari ini berikutan pengisytiharan undang-undang tentera itu.
  
Di bawah undang-undang tentera, penunjuk perasaan hanya dibenar mengadakan perhimpunan di 'kubu' masing-masing, dan tidak boleh bergerak.
  
Tentera mengisytiharkan undang-undang tentera selepas kedua-dua pihak yang bertelagah dalam politik Thailand gagal bersetuju untuk menyelesaikan kemelut politik di negara itu.
  
Masalah utama kepada penyelesaian konflik itu apabila kumpulan antikerajaan berkeras mahu kerajaan sementara sekarang yang dikuasai parti pemerintah Pheu Thai meletak jawatan dan Perdana Menteri baharu yang berkecuali dengan kuasa penuh, dilantik.
  
Bagaimanapun, kabinet sementara sekarang diketuai pemangku Perdana Menteri sementara Niwattumrong Boobnsongpaisan enggan meletak jawatan.
  
Konflik itu dicetuskan dengan protes berhubung rang undang-undang pengampunan tahun lepas yang akhirnya dibatalkan selepas tekanan daripada kumpulan pembangkang yang dilihat sebagai langkah bagi membolehkan kepulangan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada buangan yang akhirnya membawa pembaharuan dalam sistem politik di negara itu. - Bernama

Pensyarah asing dominasi IPT perubatan swasta

AZRUL | .
PENINGKATAN pensyarah asing yang mendominasi sebagai pensyarah malah dalam Pengurusan atasan di hampir semua Fakulti perubatan Swasta di Malaysia sangat membimbangkan.

Walaupun saya bukan dari Fakulti perubatan, ini berlaku di fakulti perubatan swasta dan hampir 99 peratus dari keseluruhan Pensyarah/pekerjanya adalah warga asing dari India dan Myanmar dan dari pelbagai negara lainnya.

Kebanyakkan mereka tidak mempunyai kelayakan menjadi Pensyarah serta pengamal sebagai Doktor di Malaysia namun hanya untuk mendapatkan keuntungan berganda, pihak Pengurusan IPTS tersebut mencari jalan mudah dengan mengambil pekerja asing. Sehinggakan kini pekerja asing lebih mendominasi daripada warga Malaysia itu sendiri. Pihak IPTS lebih memberi keutamaan kepada buruh asing sehingga Rakyat Malaysia sendiri dibelakangkan, malah pihak IPTS memberi lebih peluang kepada warga asing ini untuk menjawat jawatan Pengurusan tertinggi IPTS daripada warga negara Malaysia.

Apakah warga Malaysia tidak layak atau tidak sebijak warga asing ini? Apakah ini disebabkan warga asing adalah buruh murah? Pengaliran kewangan kita keluar ke negara asing oleh warga asing ini bukan masalah buat kerajaan kita? Masalah moral dan lain-lain ditimbulkan oleh warga asing ini bukan masalah buat kerajaan kita? Penyakit yang dibawa mereka tidak masalah buat Kerajaan kita?

Jangan memberi alasan kosong bahawa negara kita tidak mempunyai tenaga Pakar sendiri yang mencukupi dalam semua bidang Perubatan. Memalukan!

Mohon mengambil tindakkan segera sebelum pekara ini menjadi masalah serius tidak lama lagi.

Dr Mujahid ziarah biarawati mangsa ragut

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan lawatan ke Gereja Visitation Seremban tempat di mana dua biarawati menjadi mangsa ragut.
Salah seorang dari mangsa masih koma akibat hentakan di kepala.
Dalam kenyataan akhbarnya di gereja tersebut beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar melahirkan rasa kesal dan marah di atas insiden yang berlaku.
"Penjenayah tidak berhati perut melakukan ragut di pekarangan rumah ibadat dan ke atas biarawati warga emas.
"Ini amat menyedihkan kerana ia juga boleh berlaku di masjid dan tempat ibadat yang lain," ujarnya.
Dalan lawatan itu Dr Mujahid sempat menziarahi biarawati yang masih koma di Hospital Seremban dan bertemu dengan keluarga mangsa sambil menyampaikan simpati bagi mewakili PAS kepada keluarga mangsa. - HARAKAHDAILY, 20/5/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan