Jumaat, 9 Mei 2014

BUDAYA IT....CANDU IT....SEMUA SIBUK DENGAN TELEFON PINTAR...GUNAKAN IT UNTUK SAMPAIKAN ISLAM....UNTUK KEMBANGKAN ISLAM BUKAN MENAMBAH DOSA ATAU ISLAM TERTINGGAL...SOLAT TERTINGGAL...TUTUP AURAT PUN TERTINGGAL

Jangan Bisukan Mahasiswa
Posted on Thursday, May 08 @ 17:03:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Oleh Muhammad Fikri Abdullah



Mahasiswa gagahnya mereka terletak pada semangat yang membara dan idealisme yang tinggi. Justeru, intelektual mahasiswa tidak boleh semata-mata diukur dengan pencapaian di bilik kuliah sahaja. Kemampuan mereka juga mesti diukur melalui kemampuan memberi kritikan konstruktif serta meluahkan idea penambahbaikan. Sama ada untuk universiti atau negara.

Pada masa sama, dalam melontarkan idea dan kritikan, mahasiswa sudah tentu tidak dapat lari daripada melihat atau merujuk kepada suasana semasa aspek pelaksanaan polisi, penguatkuasaan undang-undang serta situasi politik sama ada di kampus mahupun peringkat nasional. Pergerakan mereka menyantuni nilai demokrasi yang diamalkan dan seiring konsep sejagat manusiawi.

Melihat situasi yang berlaku dalam dunia kampus hari ini, para pelajar bukan tidak menyuarakan pandangan atau pendapat mereka, tetapi suara dan lontaran mereka disekat dan idea-idea mereka dibakulsampahkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP). Hal ini dilihat sebagai satu kezaliman dan penafian hak oleh pihak pentadbiran terhadap para mahasiswa. Apakah sesebuah institusi akan berjaya jika pihak pentadbiran universiti hari ini tidak ubah seperti penguasa kuku besi?

Siri demi siri usaha pihak HEP bagi membisukan mahasiswa daripada terus memperjuangkan keadilan mereka. Usaha ini dianggap cubaan memperbodohkan mahasiswa di samping pelbagai alasan diberikan untuk menghalang suara mahasiswa. Mahasiswa bersuara, dikatakan biadap. Mahasiswa tuntut hak, dikatakan tidak bersyukur. Mahasiswa bangkit melawan, diugut tindakan disiplin.

Bukan saja hak mahasiswa tidak ditunaikan, apabila disuarakan kepada pihak yang sepatutnya, disuruh diam dan membisu. Bagi mereka, mahasiswa hanya perlu belajar, tidak perlu sibuk dengan hal pentadbiran. Mesti difahami mahasiswa tuntut keadilan bukan campur tangan hal pentadbiran. Pihak HEP tolong buka telinga!

Baru-baru ini, presiden UIAM mengeluarkan satu kenyataan media untuk memanggil mana-mana pelajar UIAM yang terlibat dalam Himpunan 1 Mei. Walaupun himpunan tersebut dianjurkan oleh  pembangkang dan bertujuan menuntut keadilan, maka tidak menjadi satu kesalahan bagi para mahasiwa dan cerdik pandai untuk turut serta berhimpun tanda protes. Sekali lagi ruang demokrasi dicabul pentadbiran kampus yang buta soal kebebasan bersuara.

Tindakan pihak pentadbiran universiti menyekat dan menghalang suara mahasiswa ini tidak wajar bahkan zalim kerana ia boleh membantutkan intelektualisme mahasiswa. Bak kata Pak Natsir, "pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah semata-mata, tapi lahir di tengah kancah masyarakat."

Lagi disekat, lagi mereka mara. Mereka bangun menuntut sebuah kebebasan dan keadilan. Menyekat bukan mendidik. Semangat keilmuan takkan lahir tanpa didikan. Jangan bunuh potensi anak muda, membunuhnya umpama masa depan suram buat negara. – 8 Mei, 2014.

* Penulis ialah penyokong pembangkang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

sumber



Jangan Bisukan Mahasiswa
Posted on Thursday, May 08 @ 17:03:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Oleh Muhammad Fikri Abdullah



Mahasiswa gagahnya mereka terletak pada semangat yang membara dan idealisme yang tinggi. Justeru, intelektual mahasiswa tidak boleh semata-mata diukur dengan pencapaian di bilik kuliah sahaja. Kemampuan mereka juga mesti diukur melalui kemampuan memberi kritikan konstruktif serta meluahkan idea penambahbaikan. Sama ada untuk universiti atau negara.

Pada masa sama, dalam melontarkan idea dan kritikan, mahasiswa sudah tentu tidak dapat lari daripada melihat atau merujuk kepada suasana semasa aspek pelaksanaan polisi, penguatkuasaan undang-undang serta situasi politik sama ada di kampus mahupun peringkat nasional. Pergerakan mereka menyantuni nilai demokrasi yang diamalkan dan seiring konsep sejagat manusiawi.

Melihat situasi yang berlaku dalam dunia kampus hari ini, para pelajar bukan tidak menyuarakan pandangan atau pendapat mereka, tetapi suara dan lontaran mereka disekat dan idea-idea mereka dibakulsampahkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP). Hal ini dilihat sebagai satu kezaliman dan penafian hak oleh pihak pentadbiran terhadap para mahasiswa. Apakah sesebuah institusi akan berjaya jika pihak pentadbiran universiti hari ini tidak ubah seperti penguasa kuku besi?

Siri demi siri usaha pihak HEP bagi membisukan mahasiswa daripada terus memperjuangkan keadilan mereka. Usaha ini dianggap cubaan memperbodohkan mahasiswa di samping pelbagai alasan diberikan untuk menghalang suara mahasiswa. Mahasiswa bersuara, dikatakan biadap. Mahasiswa tuntut hak, dikatakan tidak bersyukur. Mahasiswa bangkit melawan, diugut tindakan disiplin.

Bukan saja hak mahasiswa tidak ditunaikan, apabila disuarakan kepada pihak yang sepatutnya, disuruh diam dan membisu. Bagi mereka, mahasiswa hanya perlu belajar, tidak perlu sibuk dengan hal pentadbiran. Mesti difahami mahasiswa tuntut keadilan bukan campur tangan hal pentadbiran. Pihak HEP tolong buka telinga!

Baru-baru ini, presiden UIAM mengeluarkan satu kenyataan media untuk memanggil mana-mana pelajar UIAM yang terlibat dalam Himpunan 1 Mei. Walaupun himpunan tersebut dianjurkan oleh  pembangkang dan bertujuan menuntut keadilan, maka tidak menjadi satu kesalahan bagi para mahasiwa dan cerdik pandai untuk turut serta berhimpun tanda protes. Sekali lagi ruang demokrasi dicabul pentadbiran kampus yang buta soal kebebasan bersuara.

Tindakan pihak pentadbiran universiti menyekat dan menghalang suara mahasiswa ini tidak wajar bahkan zalim kerana ia boleh membantutkan intelektualisme mahasiswa. Bak kata Pak Natsir, "pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah semata-mata, tapi lahir di tengah kancah masyarakat."

Lagi disekat, lagi mereka mara. Mereka bangun menuntut sebuah kebebasan dan keadilan. Menyekat bukan mendidik. Semangat keilmuan takkan lahir tanpa didikan. Jangan bunuh potensi anak muda, membunuhnya umpama masa depan suram buat negara. – 8 Mei, 2014.

* Penulis ialah penyokong pembangkang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

sumber 


Setahun Berlalu, BN Gagal Tadbir Kedah
Posted on Thursday, May 08 @ 17:23:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SELEPAS genap setahun BN mengambilalih pentadbiran dari tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, harapan rakyat Kedah menggunung untuk melihat anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diberi mandat sebagai menteri besar, melakukan perubahan besar di negeri itu.

Malang sekali harapan rakyat menjadi sia-sia, kerajaan BN Kedah ternyata gagal dalam banyak perkara.

Jika ada sedikit perubahan ataupun program besar yang berlaku di Kedah maka ia adalah projek Kerajaan Persekutuan bukannya milik kerajaan negeri.

Setahun adalah tempoh masa yang agak pendek namun senarai kegagalan BN sudah panjang. Berikut adalah senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:

  1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.

  2. GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2013.

  3. GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.

  4. GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.

  5. GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan ‘Menteri Besar Kedah’.

  6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

  7. GAGAL mengawal pembalakan yang berleluasa. Kegiatan pembalakan berjalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah-olah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.

  8. GAGAL mengawal budaya hedonism. Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang di adakan di Sungai Petani.

  9. GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati ‘bersedekah’ kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar untuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.

  10. GAGAL menghormati pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba melantik Setiausaha Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat tentangan, individu tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru yang diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luarbiasa. Walhal mengikut tradisi pentadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.

  11. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.

  12. GAGAL mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin ‘bijak’ kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?

  13. GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.

  14. GAGAL merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.

  15. GAGAL meneruskan program pembinaan insan seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Saksiah dan Kem Belia Sejahtera yang diadakan semasa Pakatan Rakyat. Sekarang setiap cuti sekolah berlalu tanpa ada pengisian oleh kerajaan negeri.

  16. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salahlaku. Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.

  17. GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.

  18. GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.

  19. GAGAL menangani penderitaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Kedah seolah-olah tidak tahu cara untuk menanganinya.

  20. GAGAL memperkasa sukan bolasepak yang menjadi kebanggaan negeri ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak Kedah jatuh merudum kira-kira 70 peratus dari sebelumnya.
sumber
  


 Selain Berjaya Menakutkan UMNO, Ganjaran Lebih Besar Sedang Menunggu MCA
Posted on Thursday, May 08 @ 16:55:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Ibarat seorang suami yang berhajat mahu berkahwin lain tetapi takut dengan isterinya yang garang, begitulah umpamanya hubungan antara UMNO, MCA dan hudud. Walaupun UMNO seolah-olah mahu bekerjasama dengan Pas bagi melaksanakan hukum Islam itu di Kelantan itu tetapi amaran yang diberikan MCA pastinya akan membuatkan UMNO kecut perut.

Meskipun ramai ahli dan pemimpin UMNO peringikat bawahan terlihat marah dengan ugutan MCA mahu mengkaji semula hubungannya dalam BN jika UMNO menyokong hudud, Najib yang menerajui UMNO pastilah mempunyai pertimbangan lebih melihat parti berasaskan kaum Cina itu penting dalam kelangsungan kuasanya berbanding menyokong hudud.

Dalam sebuah program bual bicara mengenai hudud semalam, Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong memberi amaran akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam komponen BN jika UMNO mengambil sikap menyokong usaha melaksanakan hudud di Kelantan.

Kalau berlaku perkara itu, kita akan kaji semula kedudukan kita bersama UMNO. Ini kerana MCA tidak menyokong hudud, tegas pemimpin MCA itu lagi.

Dengan amaran tersebut, MCA bukan saja akan menjadi seperti seorang isteri yang sentiasa ditakuti, bahkan dalam keadaan tertentu berjaya pula menakutkan suaminya (UMNO) untuk mendapat lebih perhatian dan ganjaran.

Meskipun sebagai suami, UMNO mungkin boleh berkata, dia tidak pernah takut kepada MCA serta boleh menjalinkan hubungan lain, hakikatnya dengan sokongan pengundi Cina yang amat diharap-harapkan oleh BN, parti berasaskan kaum Cina itu sentiasa mempunyai kelebihan untuk menakut-nakutkan Najib dan juga UMNO.

Dengan ini, walaupun UMNO melalui Menteri di Jabatn Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama Pas dan kerajaan negeri Kelantan kononnya ke arah melancarkan lagi perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, ia dipercayai tidak akan ke mana-mana.

Najib tidak mungkin mempunyai keberanian menyokong usul persendirian hudud yang mahu dibawa oleh Pas, bahkan jawatankuaa teknikal itu akan lebih dijadikan alasan untuk gagalnya mencapai persefahaman mengenai hudud bersama dengan Pas.

Najib sebenarnya lebih mementingkan sokongan MCA berbanding hudud. Apatah lagi, beberapa hari lalu Najib juga mengulangi pelawaannya agar MCA kembali menyertai kabinet dan bersama-sama membina negara ini. Pelawaan itu adalah susulan MCA sendiri telah membatalkan usul tidak mahu menyertai kabinet yang dibuat selepas pilihanraya umum 2008 lalu.

Dalam pembentukan kabinet 2013 lalu, Najib dilaporkan sengaja mengosongkan jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh sepupunya, Hishammuddin Hussein bagi diisi oleh wakil MCA walaupun sebelum ini MCA diperuntukkan empat jawatan menteri penuh.

Dengan perkembangan terbaru Wee Ka Siong menakut-nakutkan UMNO untuk berpisah jika menyokong hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas, ganjaran lebih besar sedang menanti MCA. Dalam rombakan kabinet yang akan dilakukan Najib dalam waktu terdekat ini, bukan saja Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang akan dilantik sebagai menteri, tetapi ia juga bakal melibatkan Wee juga sebagai Timbalan Presidennya.

Jika sebelum ini, Najib hanya memperuntukkan satu kekosongsn kerusi menteri penuh saja untuk MCA, sesuai dengan sokongan pengundi Cina yang kian merosot terhadap parti itu, kelantangan Wee Ka Siong melontarkan ugutan sehingga Najib dan UMNO ketakutan sudah pasti dibalas dengan ganjaran setimpal sebagai menteri penuh juga.

Ia adalah ganjaran untuk memujuk dan melembutkan hati. Sebenarnya itulah gaya politik Najib sejak dulu lagi. (sH 08/05/2014)

sumber



PRK Teluk Intan 31 Mei, penamaan calon 19 Mei
Posted on Thursday, May 08 @ 16:48:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



PUTRAJAYA, 8 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei ini, manakala hari penamaan calon pada 19 Mei.

Ia diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dalam sidang media selepas mesyuarat khas pagi tadi.

PRK itu diadakan berikutan bekas Ahli Parlimen DAP Seah Leong Peng 1 Mei lalu meninggal dunia akibat penyakit barah hempedu.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, mendiang menewaskan Mah Siew Kong (Gerakan) dan K Moralingam (Bebas) dengan majoriti 7,313 undi. – Roketkini.com

sumber

Selamat pagi Jumaat ..
~> Amy Alza N Amy Sempurna <~~

Sempat Lagi Membaca Walaupun Kemalangan
Posted on Thursday, May 08 @ 10:42:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





BEIJING 7 Mei - Seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik, sambil menunggu kehadiran ambulans.

Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar.

Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.

"Setibanya di tempat kejadian, kami agak terkejut kerana walaupun cedera dia tetap tekun belajar. Dafan memberitahu saya, dia tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas," ujar seorang jurucakap polis.

Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu.

"Mempelajari perkataan Inggeris begitu membantu saya untuk melupakan kesakitan yang dialami. Kemalangan itu turut mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu singkat dan pelajaran amat penting dalam mengubah hidup seseorang," kata Dafan.

Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge. - - AGENSI


.x0x..


EDITOR
http://penjualcendol.blospot.com/
Subhanallah...!!!
Like · ·
Penyamun wassatiyah 1malaysia..
FAHAMI HUDUD
Wajib menuntut ilmu.
Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :
a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir
Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
Hudud pula melibatkan 6 kes :
a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)
Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :
a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.
Sila share
Mesej berguna dari brunei... Mereka sedang hantar mesej keseluruh brunei utk tujuan mendidik dulu
Like · ·


 

GEMPAR!!! Sultan Titahkan Najib Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Malaysia


SULTAN TITAHKAN NAJIB LETAK JAWATAN PERDANA MENTERI

Adakah anda masih ingat? Puak puak yang mengaku bahawa mereka dari keturunan raja kerajaan empayar langkasuka nusantara, entah dari mana keturunan Sangkakala pun tak tau yang pernah menggemparkan negara apabila mereka bertindak melakukan demo dan cuba memecah masuk ke Istana Negara pada tahun lepas?

Sultan  ini la yang telah menitahkan secara terbuka kononnya agar Perdana Menteri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Anda boleh baca sendiri kandungan surat ini, terdapat beberapa perkara dan sebab mengapa Kerajaan Empayar Langkasuka menitahkan Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Surat ini bertarikh 7 Mei 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan