Selasa, 6 Mei 2014

BILA ADA BEGITU ADA BEGINI TENTU ADA YANG TAK KENA

Hudud, Kenapa Hishamuddin Rais takut sangat?
Posted on Tuesday, May 06 @ 21:54:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia lebih berhati-hati dalam menyebut tetapi kenyataan sinikal dan sangat biadap kepada mereka yang berusaha untuk melaksakan peraturan agama membuatkan saya rasa dia tidak suka dengan hudud.

Melebel dan membuat tohmohan kepada sebahagian kepimpinan PAS yang berusaha untuk melaksankan hudud sebagai golongan yang ghairah untuk bekerjasama dan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO suatu yang sangat dangkal. Sepatutnya seorang yang aktivis dan penganalisis politik Hishamuddin sepatutnya tidak emosi dalam membuat telahan politik.

Saya melihat sentimen dan emosi mempengaruhi Hishamuddin dalam membuat kenyataan. Kita memang boleh berbeza pendapat tetapi kalau perbezaan itu diasaskan atas sentimen diri sendiri sepatutnya Hishamuddin berdiam diri sebab ini adalah hukum Allah.

Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Jenayah syariah Islam perlu difahami dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.

Seperti yang saya tulis sebelum ini hudud mengandungi 7 elemen iaitu Syurb, Qazaf, Zina, Sariqah, Hirabah, Riddah dan Bughah.

Orang Islam sepetutnya tidak perlu risau sebab bila hukuman Allah dijalankan kita tidak lagi diazab oleh Allah diakhirat nanti atas kesalahan yang telah dihukum didunia.

Orang bersalah sahaja merasa risau dan takut. Apakah Hishamuddin Rais rasa ada membuat salah sehingga boleh dikenakan hukuman hudud, qisas dan takzir?

Satu perkara yang diingatkan kepada Hishamuddin jika kesalahan itu tak terdedah dan tidak ada yang tahu, bertaubat dengan Allah adalah sebaiknya. Sebab itu hakim-hakim Islam diajar untuk mengelak seboleh-boleh jangan menghukum dengan mencari keraguan yang ada.

Adakah Hishamuddin rasa kalau ditangkap terus dipotong tangan tanpa bicara?

Berilah peluang kepimpinan PAS yang berusaha untuk kearah ini buat kerja mereka., tunggu dan lihat. Kalau nak komplen atau melabel tunggulah sehingga perkara ini selesai.

Jangan kita pula menjadi penghalang.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)
 
 Rejab: Fakta-Fakta Releven
Posted on Tuesday, May 06 @ 20:48:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



" Dalam syok melayan isu-isu semasa dan kes-kes ‘hangat’ politik,  marilah kita perhatikan fakta-fakta relevan berkaitan bulan Rejab[1]. Kedatangan bulan Rejab ini sepatutnya menyedarkan kita untuk mulai merangka-rangka pelan dan perancangan ke arah menjadikan Ramadan 2014 sebagai Ramadan terbaik setakat tahun 2014. Mungkin juga sudah ramai diantara kita yang telah aktif membaca doa “Ya, Allah berkatilah pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan lah kami kepada Ramadan.”

Penjelasan Status Hadith Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”[2]
Status: Hadith Munkar, bahkan sanadnya dha‘if jiddan. Hadith ini didha‘ifkan oleh ramai ahli hadith seperti Al-Tabarani, Al-Baihaqi, Ibn Rajab, Al-Nawawi dan lain-lain. Bahkan kata Imam Al-Baihaqi sebelum menyebutkan hadith ini dalam kitabnya Fadha’il Al-Awqat “Diriwayatkan berkenaan doa masuknya bulan Rejab, hadith yang tidak kuat (lemah)”.
Hadith ini walaupun ia Munkar dan isnadnya dhai`f jiddan, namun ia hanyalah doa, dan tidak bersangkut hal hukum-hakam dan lafaz doa itu tidak bercanggah dengan mana-mana asas umum dalam syariat Islam, maka beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan) dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW. 
Walaubagaimanapun, sekiranya dalam sesuatu perkara itu telah mempunyai hadith doa yang sahih, maka beramal dengan hadith doa yang sahih itu sudah tentu lebih utama daripada beramal dengan hadith doa yang dha`if atau palsu.
Penilaian Semula Amalan-amalan Di Bulan Rejab[3]

Bulan Rejab adalah antara salah satu bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan yang suci. Dinamakan dengan Rejab bersempena dengan penghormatan terhadapnya di zaman jahiliyyah dengan tidak melakukan sebarang peperangan di dalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Bierut: Muassah al-Risalah, 2001), m/s 215).

Bagaimanapun, antara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab ini yang tidak menepati sunnah Rasulullah saw ialah:

1 - Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra’ wa al-Mi’raj. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj merupakan salah satu daripada peristiwa besar dan penting di dalam sejarah Islam. Ianya bukti kepada kebesaran Allah swt dan kebenaran Nabi Muhamad saw serta risalah yang dibawa oleh Baginda. Tersebar luas di kalangan umat Islam bahawa peristiwa agung ini berlaku di malam dua puluh tujuh di bulan Rejab. Maka sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus dengan mengharapkan fadhilat-fadhilat tertentu. Tetapi pendapat ini adalah tidak tepat sepertimana yang disebut oleh Syiekh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: Dan malam ini yang dikatakan berlaku padanya peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak thabit daripada Rasulullah saw di sisi ulamak hadith, dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah disebalik kerahsiaan ini kepada manusia, dan walau sekiranya terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan yang khusus. Sekiranya menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi saw akan menunjukan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda saw, semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para sahabat ra kepada kita. (Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni. Islam Madinah, m/s 7).

2 - Solat Raghaib. Solat ini dilakukan berdasarkan kepada satu hadith maudhu’ yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku, dan Ramadhan bulan umatku… dan tidak ada seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab kemudian melakukan solat diantara waktu Maghrib dan ‘Atamah (waktu sepertiga awal malam), iaitu dilakukan pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat, dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga kali, dan surah al-Ikhlas sebanyak dua belas kali, dan diselangi setiap dua rakaat dengan salam, dan apabila telah selesai, ia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali, kemudian membaca: (Allahumma salli ‘ala Muhammadin Nabiy al-Ummiy wa ‘ala alihi), kemudian sujud dan membaca: (Subbhuhun Quddusun Rabbu al-Malaikatu wa al-Ruh) sebanyak 70 kali, kemudian ia angkat kepalanya dan kemudian membaca: (Rabbi ighfir warham watajawaj ‘amma ta’lamu innaka anta al-‘azizu al-a’dzam) sebanyak 70 kali, kemudian ia sujud kali kedua dan membaca seperti bacaan di sujud pertama, kemudian ia mohon kepada Allah segala hajatnya, nescaya akan ditunaikan. Bersabda Rasulullah saw lagi: Dan demi diriku yang di tangan-Nya, tidak ada seorang hamba pun, lelaki mahupun perempuan yang mengerjakan solat ini melainkan akan diampunkan Allah sekelian dosanya, walau pun seperti buih di lautan dan sebanyak dedaun di pohonan, dan ia akan dapat memberi syafaat pada hari Qiamat untuk 700 orang di kalangan kaum keluarganya…)) (Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi, di dalam kitabnya al-Maudhu ‘at, jilid 2, m/s 124-125).

Seterusnya Ibn al-Jauzi menyebut: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas Rasulullah saw, di dalam nya terdapat seorang rawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta, dan aku mendengar guruku; Abd al-Wahab berkata: Para rawinya majhul (tidak dikenali) dan telah disemak tentang peribadi mereka ini di dalam semua kitab tetapi tidak ku temui tentang mereka).

Al-Imam al-Syaukaniy rh juga menyebut di dalam kitabnya: al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para ulamak bahawa ia adalah maudhu’)).

Setelah kita mengetahui tentang kedudukan hadith yang menyebut tentang solat Raghaib ini, marilah kita melihat apakah pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat tersebut.

Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: Sesungguhnya ia adalah bid ‘ah yang ditegah di antara bid ‘ah-bid ‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan mereka-reka solat ini, dan para imam telah menulis pelbagai penulisan yang bernilai dan bermutu yang menyebut tentang keburukannya, kesesatan orang yang mengerjakan sembahyang ini, dan yang melakukan bid ‘ah ini, serta dalil tentang kejelekan, kebatilan serta kesesatan orang yang mengamalkannya adalah terlalu banyak dan tidak terhitung. (Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Bierut: Dar al-Ma’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262.

Al-Imam Ibn Taimiyah (w 728 H) juga menyanggah pendapat tentang kewujudan solat ini dengan berkata: Solat ini (Raghaib) ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan tidak pula oleh seorang pun dikalangan para sahabat Baginda, tabi‘in dan para imam kaum Muslimin, dan Nabi saw tidak menggalakkannya serta tidak terdapat seorang pun dikalangan ulamak salaf dan imam-imam yang menggalakannya dan mereka tidak pernah menyebut akan adanya keutamaan-keutamaan yang khusus bagi malam ini. Hadith-hadith yang menyebut mengenainya adalah dusta dan maudhu’ dengan sepakat ahli ilmu, maka oleh kerana itu ahli-ahli tahqiq mengatakan bahawa solat tersebut adalah makruh, bukan sunat)). (Ibn Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 1/149)

Menurut al-Hafiz Ibn Rejab pula: Solat ini adalah bid‘ah di sisi jumhur (kebanyakan) ulamak, dan di antara mereka yang menyebut tentang perkara ini adalah di kalangan ulamak yang terkemudian seperti Abu Ismail al-Haruwi, Abu Bakar ibn al-Sam‘aniy, Abu al-Fadhl ibn Nasir, Abu al-Farj ibn al-Jawzi dan yang lain lagi, dan perkara ini tidak disebut oleh ulamak yang awal disebabkan ianya hanya muncul selepas daripada zaman mereka, dan yang terawal timbulnya perkara ini ialah selepas 400 tahun, maka sebab itulah golongan ulamak yang awal dan terdahulu tidak mengetahuinya dan tidak membincangkannya. (Ibn Rejab, Lataif al-Ma ‘arif, m/s 228)

Terdapat ramai lagi dikalangan ulamak yang membincangkan tentang hukum solat Raghaib ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pendapat-pendapat mereka semuanya menafikan kewujudan solat ini dan menganggap ia sebagai salah satu bid ‘ah (ibadat yang direka-reka) yang amat ditegah dan tidak boleh mengamalkannya kerana ianya tidak thabit daripada Rasulullah saw mahupun para sahabat ra serta al-tabi’in..

3 - Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas.  Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagainya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadith-hadith ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan. Antara hadith-hadith maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah:

1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…." Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’.

2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…" Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith.

3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun". Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.

Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar dikalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama.

Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus. (Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23).

Sayyidina Omar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di bulan Rejab. (al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Bierut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63).

Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: Apa yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber. Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)). (Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah, m/s 440).

Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi.

Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab.

Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw.

Marilah kita bersama-sama untuk membenteraskan kegiatan penyebaran hadith-hadith palsu di kalangan umat Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunnah Rasulullah saw dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt.
-----------------------
Sesiapa yang ada pandangan lain atau pandangan balas. Silakan. Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com


[1] Jika ada kesilapan sumber atau fakta/dalil tidak sahih, harap maklumkan. Bagi rujukan sumber, sila ziarahi blog mereka bagi perincian dan ketepatan fakta- kerana berlaku suntingan untuk ringkasan
[2]Abu Ismaeel Muhammad Fathi Ali al-Malizy al-Sakandary - http://ansarul-hadis.blogspot.com/
[3] Ustaz Nawawi Bin Subandi - fiqh-sunnah.blogspot.com/
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Posted on Tuesday, May 06 @ 20:48:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
Pengerusi MyWatch dedahkan sindiket dadah libatkan pegawai tinggi polis di N.Sembilan
Posted on Tuesday, May 06 @ 20:45:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"6 Mei 2014 - Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan hari ini menyelar pihak polis kerana bertindak lambat dalam penyiasatan berhubung kes jenayah ke atas dirinya.



Beliau turut mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap kes tembakan yang berlaku kepada dirinya Julai tahun lalu yang sehingga kini masih tiada tangkapan.
Sanjeevan turut mendedahkan beliau telah menerima tiga butir peluru 9 hidup di dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Bahau dua hari lalu.
Sanjeevan juga mendakwa polis bertindak “berat sebelah” kerana beliau sebagai rakyat Malaysia tidak menerima perlindungan keselamatan sama seperti sesetengah orang lain.
Pada 27 Julai tahun lalu, Sanjeevan ditembak oleh seorang pembonceng motosikal semasa beliau berada dalam sebuah kereta dalam kejadian di Jempol, Negeri Sembilan.
Sanjeevan mendakwa kejadian tersebut berlaku kerana beliau telah mendedahkan sidiket pengedaran dadah melibatkan pegawai tinggi polis di Negeri Sembilan.
Beliau juga sebelum ini menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan dua anggota polis di Johor yang didakwa memiliki wang berjumlah RM1.5 juta dalam akaun masing-masing.
- Malaysiakini
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Tuesday, May 06 @ 20:45:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
 
 
 Apa Sudah Jadi... Satu lagi Kejadian Penculikan Di Sabah
Posted on Tuesday, May 06 @ 20:43:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Satu lagi Kes Penculikan Bersenjata Dilaporkan berlaku di PERAIRAN Sabah yang membabitkan Sekumpulan 5 Orang Lelaki seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, didalam Kejadian Penculikan tersebut  Seorang Lelaki dipercayai WARGA China.

Kejadian berkenaan berlaku di Perairan Silam, Lahad Datu pada kira-kira jam 2.55 pagi, ini merupakan Kejadian kali kedua yang berlaku pada Tahun ini di Sabah didalam masa tempoh sebulan selepas kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna.
Dimana dalam kejadian di Singamata Reef Resort Semporna ketika, kumpulan berkenaan berjaya MENCULIK 2 Orang Wanita, salah seorangnya Berusia berusia 40 tahun Warga Filipina yang bekerja di Pusat Peranginan tersebut.
Seorang lagi Mangsa adalah Pelancong Warga China yang Berusia dalam Lingkungan 20-an, manakala pada November Tahun lepas Seorang pelancong Taiwan ditemui Mati Ditembak dan Isterinya diculik oleh Sekumpulan lelaki di Pulau Pom Pom juga di Semporna Sabah.
Apa sudah jadi ni beb... belum pun SELESAI Kes yang Pertama Timbul pulak Kes yang Kedua, apa yang Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin SEPUPU SEPAPAT SEPEPET kepada Ulul Amri Umno tu buat... Tak kan nak Makan GAJI BUTA aje.
Jika Tak Mampu jalankan Tugas sebagai Menteri Pertahanan Letak Jawatan aje lah dan Tumpukan Pertahatian kepada Tugas sebagai Menteri Pengangkutan, suruh Sepupu Sepapat Sepepet beliau Lantik beliau terus sebagai Menteri Pengangkutan dan bukan sebagai Pemangku lagi.
Yang Sepupu beliau Datuk Seri Haji Najib tu pun satu hal gak, sudah tahu yang Sepupu awak tu LEMBIK macam SOTONG lagi mahu lantik Ketuai Dua Kementerian. Apa punya AKAL lah beb, semasa jadi Menteri Dalam Negeri (KDN) pun Lembik Semacam aje.
Sepatutnya Hishammuddin ni dilantik menjadi Menteri Kebudayaan Dan Pelancungan ambil tempat Datuk Seri Nazri Aziz... manakala Nazri pulak dibagi Ketuai satu Kementeri Baru iaitu Kementerian SAMSENG dan LUCAH baru lah PADAN beb... kah kah kah !.
Ini tidak yang Lembik dilantik jadi Menteri Pertahanan, kemudian dilantik lagi jadi Pemangku Menteri Pengangkutan macam mana lah Sempadan Negara tidak Senang untuk DICEROBOHI. Ini lah jadinya jika bila seorang Perdana Menteri terlebih Wassatiyah beb... kah kah kah... sumber klik sini

hemmmmm..... kalau tidak pun suruh aje hishammuddin tu jadi wartawan berita tv3/4 habis cerita... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Tuesday, May 06 @ 20:43:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
 HUDUD & GST: Semua Kita Berperanan..
Posted on Tuesday, May 06 @ 20:42:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Paluan Gong Hudud yang dimulakan Ustaz Nik Amar rasanya kena pada masa tempat dan suasana.Feedback adalah biasa ada pro ada yang kontra.Namun saya tertarik dengan beberapa pemimpin politik seperti YB Tan Seng Giaw ,YB Manikumar yang menjawab dengan penuh bijak bila diminta mengulas mengenai hudud.Walau Bagaimanapun saya kesian bila membaca sahabatku pemimpim muslim yang percakapan mereka menunjukkan kedangkalan iman dan kurangnya yakin pada kuasa Allah.

Realitinya PRU masih jauh dan kekuasaan politik hari ini adalah 50%-50% .Kejayaan misi mengangkatkan syariah Islam secara zahirnya banyak bergantung kepada kebijaksaan pemimpin Islam.
Bila sebut GST...Saya yakin majoriti rakyat Malaysia menolak cadangan yang menjana kelebaran jurang ekonomi dalam negara.Rakyat perlukan parti pembangkang untuk tolak GST.Namun semua rakyat lebih memerlukan Mardhatillah untuk memastikan kezaliman penguasa tidak menimpa sesebuah Negara.
Jadi bagi orang yang boleh berfikir pasti sudah nampak jalan-jalan untuk untuk membawa diri dan masyarakat selamat.
Perjuangan bukanlah sesuatu yang straight foward .Namun perlu kepada kebijaksanaan mengatur strategi.Sebagai muslim yakinlah sehebat manapun kita ..keperluan memohon bantuan Allah adalah kemestian.
Hari ini ruang-ruang untuk mempromosikan syariah islam terbuka luas dikalangan seluruh umat Islam Malaysia.Gunalah kebijaksaan kita untuk menjadi penyumbang dalam jalan-jalan dakhwah .Namun sayangnya ramai umat islam Malaysia khususnya masih kurang yakin pada Rububiyah Allah.Risau kita pada makhluk melebihi kerisauan kita pada kemurkaan Allah.
Ingatlah menegakkan hudud suatu kewajipan setiap muslim.Manakala GST yang terjadi akibat kesan TPPA adalah permulaan bala Allah kepada umat  yang lalai dengan mebiarkan penguasa zalim menguasai tanahair kita.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
bukitkeplu
Posted on Tuesday, May 06 @ 20:42:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan