Sabtu, 3 Mei 2014

AKHIRAT KORANG JAWABLAH....KORANG NAK LARI MANA....MORALNYA JANGAN LANTIK DUN ATAU MP KAKI KAPUR....BUTA2 DAPAT SAHAM SONGLAP

GST: Pandangan Mufti Pahang mengelirukan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Mufti Kerajaan Pahang mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sangat mengelirukan dan tersasar daripada kaedah pengeluaran hukum.

“Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi,” ujar Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada pandangan Mufti Kerajaan Pahang sebagaimana dilaporkan Berita Harian Sabtu hari ini di halaman 10 berhubung isu GST dan hukum demonstrasi menurut Islam.

Kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus sebagaimana di bawah.
Pandangan Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Pahang sebagaimana dilaporkan oleh Berita Harian Sabtu 3 Mei di halaman 10 berhubung isu GST dan hukum demonstrasi menurut Islam sangat mengelirukan.

KAEDAH KUTIPAN CUKAI GST SELARAS DENGAN ISLAM?

Sahibus Samahah dipetik berkata bahawa "apa sahaja bentuk kutipan cukai, tidak menyalahi hukum selagi hasil diperolehi disalurkan kepada golongan yang layak untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan dan pembangunan ekonomi."

ULASAN:

1. Kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Sahibus Samahah Mufti ini sangat mengelirukan dan tersasar daripada kaedah pengeluaran hukum. Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi.

2. Kaedah umum yang ditetapkan oleh Islam ialah hasil dan cara perbelanjaan akan dipersoal di hari Qiamat. Dalilnya ialah Sabda Nabi SAW:
لا تزال قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع عن ماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه
Maksudnya: Tidak berganjak dua kaki anak Adam pada hari Qiamat sehinggalah dia disoal tentang 4 perkara....(antaranya) tentang hartanya DARI MANAKAH DIPEROLEHI dan PADA APAKAH DIBELANJAKAN."

3. Jelas daripada hadis di atas bagaimana sesuatu hasil pendapatan termasuk pendapatan negara diperolehi mesti dipersoalkan adakah menepati Syarak atau pun tidak. Sekiranya ia menyalahi Syarak maka ianya adalah haram meskipun dibelanjakan untuk maslahat umat.

4. Isunya ialah adakah kaedah kutipan cukai GST bertepatan dengan Islam?

5. Saya berhujah bahawa kaedah kutipan cukai GST adalah bercanggah dengan Islam dari dua sudut iaitu;

Pertama:

A. Kaedah cukai yang dibenarkan dalam Islam ialah dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai lebihan pendapatan untuk akhirnya digunakan untuk maslahah golongan tidak berkemampuan.
خذ من أغنيائهم وتعطى فقراءهم

B. Cukai GST tidak dikenakan berasaskan pendapatan rakyat tetapi dikenakan berasaskan perbelanjaan rakyat.
Ini bercanggah dengan konsep percukaian Islam. Cukai yang dibenarkan oleh Islam mestilah diambil berasaskan pendapatan dan bukan perbelanjaan.

C. Ini kerana cukai yang diambil berasaskan perbelanjaaan tidak akan membezakan tahap kemampuan kewangan pembayar cukai. Ini menjadikan golongan yang tidak berkemampuan juga dikenakan cukai atas perbelanjaan mereka.

D. Sementelah lagi Islam meletakkan antara syarat-syarat bagi membolehkan cukai dikenakan kepada rakyat yang berkemampuan ialah tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan wang negara yang membawa kerajaan kepada krisis kewangan.

HIMPUNAN BANTAH GST HARAM?

Sahibus Samahah Dato' Mufti dilaporkan berkata: "kalau lihat dari segi syarak, tindakan membantah kerajaan adalah seperti berpaling tadah dan haram. Saya tengok lebih daripada 100 hadis menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi"

ULASAN

1. Kenyatan Sahibus Samahah ini sangat mengelirukan. Saya teruja untuk melihat 100 hadis yang dikatakan menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi sekiranya ada.

2. Saya bimbang Sahibus Samahah terkeliru memahami hadis-hadis yang tidak membenarkan rakyat menentang pemerintah menggunakan senjata atau disebut dalam kitab Fiqh sebagai "bughah" tetapi sebaliknya menegaskan kewajipan rakyat mengengkari dengan hati dan lidah.

3. Antaranya Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih Muslim:

ستكونُ أمراءُ . فتعرفونَِ وتُنْكرونَ . فمن عَرِف بَرِئ . ومن نَكِرَ سَلِمَ . ولكن من رَضِي وتابعَ قالوا : أفلا نقاتلهُم ؟ قال : لا . ما صلوا
Maksudnya: "nanti akan ada pemerintah-pemerintah. Kamu suruh mereka melakukan makruf dan kamu bantah kemungkaran mereka. Maka sesiapa yang membenci (dengan hati) dia terlepas (dari dosa). Sesiapa yang membantah (dengan lidah) dia selamat (dari dosa). Tetapi sesiapa yang redha dan menurut (dia tidak terlepas dan selamat)."

Para Sahabat pun bertanya: "apakah tidak boleh kami memerangi mereka?

Tegas baginda: "Tidak boleh selagimana mereka solat."

4. Hadis di atas sangat jelas menunjukkan 2 hukum:

A. Pemerintah yang melakukan kemungkaran perlu ditegur dan dibantah. Mereka yang membantah dengan hatinya terlepas dari dosa. Mereka yang membantah dengan lidahnya terselamat dari dosa.

B. Memerangi pemerintah yang melakukan kemungkaran dengan senjata tidak dibolehkan selagi mana mereka solat dan menegakkan ibadah solat dalam masyarakat Islam sebagaimana sabit dalam satu riwayat hadis yang lain

5. Maka hadis di atas menjadi dalil keharusan dan tanggungjawab membantah pemerintah menggunakan lidah apabila berlaku kemungkaran. Sekiranya tidak mampu dengan lidah perlu dibantah sekurang-kurangnya dengan hati. Himpunan Bantah GST adalah himpunan bantahan dengan lidah bukannya dengan senjata. Maka hukumnya adalah diharuskan bahkan disunatkan. Namun, membantah dengan hati tetap menjadi kewajipan.

6. Salah seorang Tabi'i besar iaitu Abu Muslim al-Khaulani rahimahullah pernah membantah secara berdepan di khalayak ramai tindakan Khalifah Mu'awiyah radiayallahu anhu (r.a) sahabat Nabi yang menjadi pemerintah negara Islam, membekukan agihan wang negara yang sepatutnya kepada rakyat. Tindakannya tidak dianggap sebagai penderhakaan terhadap Mu'awiyah r.a. selaku pemerintah negara umat Islam malah Mu'awiyah r.a. memperakui teguran terbuka Abu Muslim  lalu menarik kembali polisi pembekuan agihan itu.

7. Sementelah pula Himpunan GST adalah himpunan yang berlangsung secara aman yang dibenarkan menurut lunas undang-undang negara sebagai satu mekanisma rakyat menyampaikan pandangan dan bantahan terhadap dasar-dasar kerajaan.

8. Saya secara peribadi dengan rendah dirinya bersedia jika berpeluang untuk berbincang secara akademik dan ukhuwwah bersama Sahibus Samahah Dato' Mufti yang saya hormati keilmuannya dan jasanya kepada umat Islam di Pahang bagi merungkaikan dua isu ini bagi kebaikan umat Islam.


Zaman BN satu masjid RM10 juta, PR bina dua buah

http://omakkau.blogspot.com | .




KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR SUDAH MELAMPAU!!! .. DULU ZAMAN UMNO/BN JADI PEMERINTAH NEGERI SELANGOR RM10 JUTA UNTUK SATU MASJID TETAPI SEKARANG BOLEH BINA DUA!!!!!


KUALA SELANGOR 3 MEI: Amalan tender terbuka dalam setiap projek pembangunan membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada harga lebih menjimatkan bagi projek mempunyai spesifikasi projek sama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk kos projek membina masjid dengan Kerajaan Negeri ketika ini mampu membina dua buah masjid pada kos RM10 juta berbanding sebelum ini hanya sebuah masjid.

Projek ini diadakan tender terbuka dan dimenangi oleh syarikat yang memberikan harga terendah. Kita tidak memilih orang yang kita kenal tetapi kita memilih orang yang boleh memberikan harga yang rendah dengan kos sebanyak RM5,399,729.57 bagi projek Masjid Darul Ibadah ini.

“Jadi, sebab itu saya jaga setiap sen duit rakyat, tetapi ada orang marah pula,” kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam.

Ketika menyentuh pembinaan Masjid Darul Ibadah, Abdul Khalid berkata masjid yang mampu menampung 1,500 jemaah pada satu masa itu berjaya disiapkan dengan mengikut jadual bagi menggantikan masjid lama yang agak uzur.

Projek itu diluluskan Kerajaan Negeri pada 2012 dan dibina oleh syarikat pembinaan Santun Tegas Sdn Bhd dengan pengawasan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Abdul Khalid turut berharap agar penduduk Kampung Harmoni dan kampung berhampiran dapat mengimarahkan Masjid Darul Ibadah itu.

Berhubung dengan bangunan Masjid yang didirikan, Nabi Muhammad S.A.W lantas memberikan pencerahan terhadap firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah, ayat 107 dan 108 itu supaya umat Islam mendirikan solat di Masjid yang dibina kerana takwa kepada Allah bukan kerana masjid dibina itu untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.

“Sabda Nabi Muhammad S.A.W , riwayat Muslim; sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga,” kata Abdul Khalid lagi.







 

GST: Rakyat bantah, pemimpin 'pekak badak'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Himpunan Bantah 501 yang berlangsung di Dataran Merdeka sempena Hari Pekerja, 1 Mei lalu sekali lagi mencatat sejarah negara apabila puluhan ribu rakyat dari seluruh negara bersatu tekad dan suara membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan BN yang dijadualkan pada tahun hadapan.
Kehadiran pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama itu memperlihatkan penolakan majoriti rakyat terhadap cukai yang menindas itu apatah lagi tatkala kehidupan rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Seperti diungkapkan Deklarasi 1 Mei 2014 yang ditandatangani 92 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, hanya 15% sahaja rakyat negara ini yang membayar cukai pendapatan dengan 38% masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan RM860 sebulan, serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 yang masih menjadi dilema.
Malah,  menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hongkong 58%. Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan?
Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga.
Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyediaan, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST.  Ini secara tidak langsung akhirnya akan menaikkan harga barangan pengguna.
Rakyat Malaysia khususnya kaum pekerja akan tetap merana akibat GST walaupun kerajaan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai ini.
Kajian badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendapati sejumlah 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan GST. Kaji selidik yang dijalankan sekitar 12 hingga 21 April itu melibatkan 1,009 responden dengan 60% (Melayu), 31% (Cina) dan 9% (India).
Sejumlah 40% responden juga memberi jawapan negatif bila ditanya sama ada GST adalah sistem cukai yang adil. Lebih buruk, seramai 46% responden tidak yakin BN mampu menangani ekonomi negara sehingga 2020.
Menteri Besar Selangor yang juga seorang tokoh korporat dan ekonomi, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat, GST tidak sesuai dilaksanakan sehingga jurang pendapatan rakyat berpendapatan rendah dan menengah berjaya dirapatkan.
Ini kerana golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana masih membentuk kelompok besar rakyat.
Pelaksanaan GST, jelas beliau menyebabkan rakyat berpendapatan rendah terpaksa membayar jumlah cukai yang sama rata dengan golongan berpendapatan menengah dan tinggi bagi memperoleh barangan atau perkhidmatan yang sama.
Bagaimanapun bantahan rakyat itu tidak dipedulikan kerajaan yang memerintah.
Respon awal datang daripada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, yang bertegas bahawa kerajaan BN akan tetap melaksanakan GST pada April 2015 meskipun mendapat bantahan rakyat.
Sambil menyifatkan perhimpunan membantah CBP sebagai tidak wajar, Ahmad berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.
"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan," katanya  kepada pemberita pada hari himpunan Bantah 501 diadakan.
Lain pula halnya dengan  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang menghamburkan ugutan bahawa penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah GST akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja.
Menurutnya, penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.
Ali mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu sebagai 'pengkhianat' dan tidak layak bergelar penjawat awam.
Kenyataan bernada ugutan juga datang daripada Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Menurut Rais, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap penuntut universiti yang mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah pelaksanaan GST di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
"Pelajar juga perlu sedar tugas mereka adalah menuntut ilmu dan memenuhi harapan ibu bapa, bukan untuk berpolitik kerana ada tempatnya jika mahu berpolitik," katanya kepada pemberita.
Rais yang juga Presiden UIAM berkata universiti itu sedang menunggu maklum balas daripada polis sekiranya terdapat pelajar yang terlibat dalam perhimpunan itu untuk tindakan lanjut.
Sikap angkuh pemimpin BN ini dalam menilai bantahan rakyat disambut pula Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di BESUT apabila menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai satu provokasi kepada kerajaan.
Ketua Pemuda Umno itu mendakwa kononnya perhimpunan itu memberi banyak kesusahan kepada orang ramai yang mahu bercuti sempena Hari Pekerja. Sebagai menteri pengiring dalam lawatan tiga hari Presiden Obama ke negara ini, Khairy tidak pula prihatin dengan kesusahan warga kota yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas ekoran kehadiran Presiden Amerika Syarikat itu.
Sama kisahnya dengan media konvensional pro-BN apabila memberikan gambaran buruk terhadap perhimpunan besar rakyat itu. Insiden terpencil membabitkan pertelingkahan kecil peserta perhimpunan dan insiden mengasari jurugambar oleh beberapa individu tidak dikenali diangkat sebagai isu besar sehingga menenggelamkan rasional perhimpunan itu diadakan.
Apa yang gagal dipaparkan media massa pro-BN adalah pujian yang diberikan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga polis terhadap penganjur kerana berjaya memastikan perhimpunan itu berjalan secara aman dan tenteram.
Sentimen penentangan terhadap GST turut dikongsi oleh para peserta perhimpunan.
Mahmuda Aliman, 44, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan berkereta ke Kuala Lumpur bersama rakan sekampung untuk menyertai Himpunan Bantah 501.
"Saya menoreh getah. Sudahlah harga getah turun, kerajaan nak 'bantai' dengan GST pulak," katanya kesal.
Beliau menyifatkan himpunan itu sebagai berjaya kerana dihadiri golongan muda dan pekerja.
Sampai di Dataran Merdeka sejak jam 11 pagi, Mahmuda yang menyifatkan dirinya sebagai wakil penoreh getah menggesa kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap (getah buku) kepada RM4/kg.
"Barulah munasabah nak kenakan GST. Kalau tak jawapannya kita kena balik ke tahun 60-an, tanam ubi.
"Itupun... kalau tanam ubi kena berebut dengan babi hutan. Ini serius. Kampung saya, Kampung Getam, Kuala Pilah memang banyak babi hutan," katanya disambut ketawa dua rakannya yang lain.
Ahmad Abdullah, 52,  dari Wangsa Maju datang ke perhimpunan Bantah 501 kerana tidak puas hati dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST.
"Tindakan kerajaan melaksanakan GST ini akan membebankan rakyat," katanya.
Beliau menyifatkan sambutan hebat orang ramai terhadap perhimpunan itu membuktikan majoriti rakyat tidak berpuashati dengan tindakan kerajaan melaksanakan GST.
"Perhimpunan hari ini nampaknya berjalan aman tanpa gangguan mana-mana pihak. Dari Wangsa Maju saya anggarkan kehadiran antara 200 hingga 300 orang," katanya.
Mustafa Abdul Rahman, 54, datang ke Kuala Lumpur dari Muar dengan bas sewa khas.
Suasana perhimpunan, ujarnya menggambarkan bantahan majoriti rakyat terhadap rancangan kerajaan untuk melaksanakan GST.
"Kerajaan perlu prihatin dengan suara hati rakyat ini memandangkan GST tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang," tegasnya.
Beliau bersyukur kerana perhimpunan berjalan dengan baik dan para peserta memahami kenapa perlu menolak GST.
"Mood orang ramai untuk menolak GST sangat kuat. Saya harap kerajaan akan prihatin terhadap ketidakpuasan hati rakyat terhadap GST," ujarnya.
Suara akar umbi rakyat membuktikan GST bukanlah regim cukai yang patut dipertahan dan dilaksanakan kerajaan.
Kerajaan yang prihatin pastinya mendengar suara hati rakyat dan tidak berlagak 'pekak badak' untuk mendengar dan melayani rintihan rakyat. - HARAKAHDAILY, 3/5/2014

Menteri anggap himpunan bantah GST satu provokasi

BERNAMA | .

BESUT: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melihat Perhimpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) kelmarin hanya satu provokasi kepada kerajaan.
  
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pihak penganjur bukan sahaja gagal untuk mencapai matlamat perhimpunan malah turut memberi banyak kesusahan kepada orang ramai yang mahu bercuti sempena Hari Pekerja.
  
"Apa yang berlaku disebaliknya apabila peserta perhimpunan pula yang bergaduh sesama sendiri dan sanggup memukul wartawan yang pada satu ketika dahulu mereka memperjuangkan hak kebebasan media," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jambori Orang Muda (JOM) peringkat daerah Besut di Stadium Mini Kampung Raja di sini semalam.
  
Katanya kali ini kerajaan sengaja tidak menggunakan tenaga polis untuk menyuraikan perhimpunan malah mereka hanya bertindak untuk mengawal lalu lintas dan memastikan tidak berlaku kerosakkan peralatan awam.
  
Beliau berkata mereka yang menyertai perhimpunan jelas tidak dapat mengawal emosi dan telah bertindak di luar batasan.

Khairy turut meminta supaya kerajaan bertindak tegas dengan mengenakan tindakan mengikut undang-undang kepada penganjur perhimpunan itu yang jelas telah menyebabkan pelbagai pihak menghadapi masalah.
  
Mengenai sambutan Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 22 Mei ini Khairy berkata ia akan dimeriahkan dengan Program Selawat Belia dengan mengundang ramai tokoh-tokoh agama dari dalam dan luar negara.
  
Katanya program yang akan dilangsung pada sebelah malam itu membuktikan bahawa sambutan hari belia tidak hanya akan dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan hiburan tetapi telah diseimbangkan dengan program ilmu, kerohanian dan modal insan.
  
"Idea mengadakan Program Selawat Belia itu adalah ekoran daripada sambutan menggalakkan yang ditunjukkan oleh para belia semasa Program Selawat Perdana di adakan di Putrajaya baru-baru ini," katanya.
  
Menurutnya diharap para belia akan datang beramai-ramai pada majlis itu yang juga akan menampil beberapa tokoh agama daripada negara Timur Tengah. - Bernama


 Provokasi Himpunan GST tidak bermoral
Posted on Saturday, May 03 @ 15:31:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SHAH ALAM - Tindakan provokasi yang berlaku pada Himpunan Bantahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semalam hanya bersifat sementara dan dilakukan oleh pihak yang tidak bermoral dan cetek pemikirannya.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani mendakwa, perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan (politik) tanpa memikirkan tahap keselamatan dan keamanan negara.

"Perbuatan itu bakal menggembirakan dan menjadikan dia (pencetus provokasi) dinobatkan sebagai 'cai terhormat'.

"Setiap kali perhimpunan aman, ada saja provokasi dibuat dan saya tidak terkejut perkara sebegitu menjadi mainan biasa bagi orang yang hendak menjahanamkan negara sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut penyebaran gambar di internet semalam didakwa seorang peserta Himpunan Bantah GST ditikam ketika sedang mengikuti perhimpunan aman itu.

Malah perkara itu juga disahkan palsu oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad pada hari sama.

Mengulas lanjut, Abdullah menambah, perbuatan menimbulkan provokasi tersebut perlulah ditangani dengan profesional dan matang.

"Saya yakin dan percaya provokasi seperti ini sebenarnya tidak boleh berkembang kerana perkara yang benar itu akan terjelma apabila maklumat, bukti berfakta itu diketengahkan," katanya lagi.

sumber



Polis yang bersembunyi demi menangkap pesalahlaku, tidak bermaruah
Posted on Saturday, May 03 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Oleh Vincent Lim
PENDAPAT: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Koh Tsu Koon mungkin merupakan pemimpin paling lantang menyatakan pendapatnya tentang anggota polis yang bersembunyi di belakang pohon demi menangkap pesalahlaku lalulintas. Kenyataan Koh dibuat beberapa tahun lalu.

Namun pendapat Koh tidak diendah, sedang pihak polis memperbaiki strategi ini dengan menyorok di bawah jambatan pejalan kaki pula. Kini taktik sedemikian semakin berleluasa.

Bagi penguasa berpakaian seragam kita, maruah perkara paling utama. Aksi bersembunyi di celah pepohon begini seakan mencalar kredibiliti sendiri. Ia seumpama tindakan membaling batu, sambil tangan disembunyi.

Teknologi kini digunakan bagi mengecewakan pihak polis kita. Malaysia dilaporkan memiliki 1.5 juta pengguna Waze, suatu program navigasi menggunakan Sistem Posisi Global (GPS) yang boleh dimuat turun ke telepon pintar. Selain memberi arah yang tepat ke sesuatu lokasi, ia turut memberi amaran tentang kehadiran polis di beberapa kawasan. Ia juga memberitahu samada polis terpacak jelas atau bersembunyi.

Ia mampu dilakukan kerana aplikasi interaktif ini membenarkan pengguna berkongsi maklumat tentang kesesakan dan halangan di jalan raya.

Ketika menggunakan aplikasi ini, pengguna sering melaporkan apa yang dilihat di sepanjang perjalanan, serta memberi peringatan kepada pengguna-pengguna jalan raya lain. Maklumat berkenaan sekatan, kesesakan, penutupan dan kemalangan dikongsi bersama.

Sebaik melihat aplikasi ini, ia bakal memberitahu kita kehadiran pengguna-pengguna lain, serta laporan tentang kehadiran polisi, kemalangan dan kesesakan lalulintas.

Apa gunanya peranti ini? Apakah mesej yang diberi pengguna tentang kehadiran pihak berkuasa?

Sebelum wujudnya Waze, mesej ini telah jelas terpampang. Kenderaan dari arah bertentangan sering memberi amaran lampu hadapan bagi memberitahu tentang sekatan jalanraya atau perangkap halaju pihak berkuasa.

Ia melambangkan kuasa pengguna. Kita bersatu bagi satu tujuan, dan seakan diperkasakan. Jika pihak polis faham maksudnya, mereka wajar sedar bahawa mencampuri komuniti lebih bermakna bagi mencapai kejayaan. Pihak berkuasa perlu mendengar rintihan pengguna atau mereka mungkin terpaksa bertindak melulu serta mengharamkan aplikasi itu.

Perlaksanaan kamera AES dengan papan tanda jelas mengenainya merupakan langkah awal ke arah ketelusan. Pengguna jalan raya wajar membayar saman yang dikenakan kerana telah diberi amaran mengenai kehadirannya.

Polis sudah tentu membuat dakwaan bahawa elemen kejutan masih amat diperlukan. Tetapi tidak perlulah mereka bersembunyi di bawah jambatan pejalan kaki hanya kerana mahu menghukum pengguna jalanraya. Tambahan pula, pengguna tidak lagi terkejut sebenarnya.

Elemen kejutan ini masih boleh digunakan bagi melakukan serbuan terhadap penjehayah tegar yang mengancam keselamatan negara.

Pihak berkuasa sewajarnya tidak lupa mengapa operasi lalulintas perlu dijalankan. Ianya bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Pengguna perlu disedarkan tentang pemanduan selamat. Sekiranya objektif asasnya ialah bagi mengutip hasil dari saman, lainlah pula. Mereka wajar menunggu di lampu isyarat lalulintas bagi tujuan itu. Masih ramai pengguna yang gemar melanggar lampu isyarat merah atau enggan memakai topi keledar keselamatan. Sikap ini telah lama tersemai di kalangan pengguna jalanraya. Mungkin juga penguatkuasaan baginya tidak memadai. Tambah menakutkan kita – mungkin juga komuniti memberi mesej jelas bahawa mereka tidak lagi menghormati pihak berkuasa. Maka, sudah tiba masanya bagi pihak polis mengubah strategi dan mencapai kegemilangan yang dahulu mereka kecapi. Perasaan hormat perlu difahami perbezaan dengan perasaan takut di kalangan pengguna.

Gunakan kembali walkie-talkie sebagai alat komunikasi. Telepon pintar hanya menyebabkan anggota polis kita leka dengan perisian yang dimuat turun mereka. Bagi memulihkan kredibilti, polis perlu menjauhi pepohon yang dijadikan tempat bagi mereka bersembunyi.

Vincent Lim memulakan kerjaya awalnya di bidang kewartawanan, pemasaran dan perhubungan awam. Ahli seumur hidup Harvard Business School Alumni Club of Malaysia ini bersara dari jawatan Ketua Pegawai Operasi dan pengarah eksekutif bagi syarikat pembinaan hartahan butik baru-baru ini.

Artikel di atas diterbitkan The Heat pada 8 Mac 2014.


sumber



 Rakyat Malaysia dan warga dunia bukan dungu! Hanya 500 hadir ke Perhimpunan Bantah GST!
Posted on Saturday, May 03 @ 11:51:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





SEKILAS PANDANG: Jika rakyat Malaysia berharap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno bakal berubah haluan dan melaksanakan reformasi selepas PRU13, lupakan saja.

BN seumpama seekor keldai degil. Perhatikan sahaja sikapnya dan sedarlah ia bersikap degil seperti sang keldai.

Liputan akhbar arus perdana tentang perhimpuan bantah GST yang dianjurkan pada 1 Mei telah disuntik elemen propaganda.

Media kerajaan bukan hanya mati pucuk, ia menghina kebijaksanaan pembaca di serata dunia.

Media milik pemerintah ini diterajui pengarang yang tiada tulang belakang dan mereka tidak hiraukan integriti ataupun kemampuan untuk bertahan lama. Mereka hanya menjaga kedudukan sendiri.

Tiada langsung sebiji zarah professionalisme kewartawanan yang diterapkan organisasi media kerajaan tanpa maruah di Malaysia hari ini.

Perhatikan laporan menyedihkan yang terpampang di dada akhbar mereka. Hanya 500 peserta perhimpunan didakwa berkumpul bagi membantah GST.

Buta sangatkah mata rakyat Malaysia? Atau mungkin pihak kerajaan akan mendakwa foto-foto yang berlegar di laman media sosial telah dipalsukan bagi memberi gambaran satu perhimpunan raksasa?

Perkataan ‘memalukan’ tidak lagi sesuai bagi mencerminkan media kerajaan ini. Mereka ini berkasta terlalu rendah.

Tidak menghairankan apabila edaran dan jumlah pembacanya semakin merudum teruk.

Perhimpunan raksasa itu disertai pelbagai golongan dengan majoriti terdiri peserta Melayu. Ini jelas menunjukkan BN bakal diketepikan.

Jalanan di ibukota dimeriahkan tiupan vuvuzela dan horn kereta. Anggaran kasar menunjukkan lebih dari 20,000 manusia membanjiri tapak perhimpunan.

Peserta membawa sepanduk dan poster yang tertera slogan “Bantah GST” dan “Sokong Hudud”.

Golongan tua dan muda, kanak-kanak dan dewasa mula berhimpun seawal jam 11 pagi.

BN tumpas majoriti dua pertiganya di Parlimen pada PRU12 dalam tahun 2008.

Gabungan pemerintah itu berterusan mengenepikan amaran rakyat yang jelas tidak gembira dengan caranya mentadbir negara.

Popularitinya kian kelam selepas PRU13 apabila ia tumpas dari segi undi popular. Tetapi masih juga BN bertakhta di Putrajaya akibat undi majoriti dan berkat persempadanan kawasan mengundi.

Kita ingat BN bakal sedar dari lamunannya, bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan kekal relevan di bumi ini.

Tetapi ternyata ia menjalankan “urusan seperti biasa” dan kekal menakut-nakutkan rakyat jelata.

Apa bakal terjadi di PRU14 nanti?

sumber


 29 tahun Memali Berlalu Kini Ada Orang PAS Otak Umno ???
Posted on Friday, May 02 @ 22:22:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Bila Kerajaan Kelantan melalui wakilnya hendak membentangkan rang undang2 Di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan kita  agak pelik reaksi sebahagian ahli bahkan ada sekerat dua pimpinan PAS yang seolah otaknya seperti Otak pemimpin Umno pada tahun 1985.

Kita sebagai pendokong gerakan Islam sepatutnya akur kepada kepimpinan terutama Syura Ulamak.Politik ada batasnya namun keputusan syura Ulamak adalah garispaduan perjuangan.

Amat memalukan apabila kita mengaku berjemaah tapi jahil tentang adab berjemaah.Mungkin juga ada kalangan kita masuk PAS kerana marah Kat BN  atau pelbagai maslahat dunia yang natijahnya bukan kerana Allah. 

Saya yang ketika peristiwa memali masih di bangku sekolah tapi masih ingat Kuliah-kuliah   Almarhum Tuanguru Ibrahim Libya yang mengatakan kita menentang Umno bukan kerana namanya Umno tapi undang-undang yang Umno jalankan melawan kehendak Allah Taala ketika berhukum. Almarhum sanggup mengorbankan dirinya untuk Menegakkan hukum Allah .Tapi kini amat malang ada ahli/pemimpin PAS yang mengatakan belum sesuai dilaksanakan ( Nadanya sama seperti diucap pemimpin UMNO ).Tidak keterlaluan kalau saya katakan ada Orang PAS takut Hilang Undi dari takut pada Allah.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
bukitkeplu
Posted on Friday, May 02 @ 22:22:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Jom amalkan kitar semula kerana Allah
Posted on Friday, May 02 @ 22:20:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Kalau ada bekas sabun basuh baju yang lama jangan buang. Potong seperti bentuk dalam gambar ini dan pakukan pada kayu yang juga hendak dibuang. Amat sesuai digunakan untuk membersih longkang. Lebih mudah dan ringan dari alat pembersih longkang yang ada dipasaran yang berat dan pendek.

Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Salam penghulu segala hari. Mari kita banyakkan berselawat pada hari ini.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Friday, May 02 @ 22:20:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Hudud: Lidah Syaitan Melalui Tulisan Fitnah dan keraguan

Sabtu, 3 Mei 2014

Kita sudah muak dan rimas dengan kenyataan Karpal Singh menentang hudud dengan mencabar langkah mayatnya kerana itu selalu diulang-ulang oleh UMNO kepada kita. Kita sedar dan tahu Karpal itu bukan Islam.. yang mana Allah telah terangkan dalam Al Quran tentang sifat bukan Islam dengan detail.

Kita juga tahu Tun Mahathir sampai tua nak mati pun tak nak hudud. Dia ada pendapat dan dia rasa pendapat dia yang betul.

Yang kita tak berapa tahu dalam PAS pun ada yang tak berapa nak hudud dan mereka lebih sependapat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat lain seperti PKR dan DAP. Termasuk juga dalam kumpulan ini yang memperjuangkan kebebsan Malaysia.. Mungkin Malaysia yang sempurna tanpa 'hudud'.

Saya pernah menulis bagaimana susah nak buat hudud di Terengganu semasa PAS memerintah dulu pasal ada yang tak serius pun nak buat (baca di sini). Saya sebut hanya Wan Mutalib sahaja nak beriya-iya. Tapi saya rasa ada yang tak faham tulisan itu.Kalau nak faham bacalah di sini.

Kalau tak setuju kita tak kisah, kita mungkin berbeza pendapat. Ada yang kata hudud perlu sekarang atas tanggungjawab dan ada yang kata perlu bangkit dan bina masyarakat yang fahama dulu sebab hudud bukan keutamaan.

Begitu juga dengan riba. Ada yang cuba sedaya upaya untuk menghalang riba dalam kehidupannya sehingga dia berhati-hati dalam urus niaganya. Tapi ada yang bercakap tentang Islam berkata dunia sekarang tidak boleh lari daripada riba dan kita tempias daripadanya.

Alah sikit-sikit tak apa.

Apa keadaan dunia sekalipun tidak akan merubah hukum riba hanya pendekatan kita kita mahu atau tak mahu menghindarinya.

Malangnya orang yang tak setuju dengan hudud melemparkan pelbagai sangkaan tak baik ke atas cubaan untuk pelaksanan hudud kerana UMNO nampak macam bersama dalam hal ini. Kita pun tahu UMNO ini bukan boleh dipercayai sangat tapi kita ambil kesempatan.

Tapi malangnya usaha hudud ini cuba untuk menunjukkan ada pimpinan PAS akan masuk UMNO. Dulu pun kita dengar pimpinan PAS yang bertemu dalam gelap nak masuk UMNO.. Entah dah masuk UMNO atau tidak kita tak tahu.

Fitnah mudah diucap dan disebar. Sebab kita tak rasa gerum dengan acaman Allah.

Saya tak panjang tapi rasa tulisan di bawah ini adalah dirujuk untuk ulasan saya kali ini.

Dua jawatan bertaraf menteri kepada ahli parlimen Pas?



EKSKLUSIF                                                                                       

Mungkin pihak-pihak tertentu termasuk Pas sendiri boleh menyiasat atau menafikan maklumat ini bahawa dua orang ahli parlimen Pas dijanjikan jawatan setaraf menteri kabinet sekiranya projek hukum hudud yang kini dibantu oleh Umno berjaya dengan selamatnya.

Maklumat ini sesuatu yang agak ganjil bunyinya kerana kalau ini benar, bermakna kesediaan Umno untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud Pas di Kelantan itu dibuat bukan saja atas tanggungjawab bersama dari kontes Islam tetapi ia merupakan adalah kerjasama politik.

Ia juga dibuat bukan atas tanggungjawab agama tetapi kerana kepentingan diri dan mahukan kedudukan. Ia juga boleh dianggap sebagai hukum hudud digadai untuk mencapai kedudukan. Hal ini tidak mustahil kerana gagasan Unity Government (UG) yang diusahakan satu masa dahulu ia juga bertolak atas kepentingan diri dimana ia dilaksanakan kerana dijanjikan jawatan menteri.

Menerusi UG dahulu Pas diberi dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri. Individu yang disebut sebagai bakal diberikan jawatan menteri ketika itu ialah "Presideng" Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa. Adun Kok Lanas, Alwi Che Amat yang menjadi Setiausaha Politik perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengesahkan kerana beliau adalah mediator yang menghadiri perjumpaan dan makan tengahari wakil Pas dengan Abdullah di kediamannya di Jalan Balamy dan juga di hotel terkenal di Petaling Jaya.

Jadi maklumat terbaru diterima itu tidak mustahil kalau hal sama berlaku sekali lagi kerana individu yang disebut itu masih ada hubung kait dengan agen-agen UG sebelum ini.

Dari sumber yang boleh dipercayai, berlaku pertemuan beberapa individu dengan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas. Pertemuan itu juga pernah sekali melibatkan pucuk pimpinan tertinggi Pas. "Pertemuan itu bukan kebetulan, tetapi ia diatur demikian rupa," kata sumber dari sebuah kementerian.

Dua tahun lepas satu pertemuan berlaku di sebuah pulau di Langkawi yang turut sama melibatkan Dr Mahathir Mohamad, seorang bekas menteri dan seorang bekas Ketua Pengarang Kumpulan sebuah syarikat penerbitan. Muhyiddin yang sepatutnya hadir bagaimana diwakili oleh wakilnya.

Pas perlu menyiasat perkara ini bagi memastikan isu hudud yang mengghairahkan dunia ini tidak dijadikan cagaraan atau gadaian dengan kedudukan atau pun sebagai umpan untuk kepentingan individu tertentu sahaja.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub yang merupakan arkitek pelaksanaan hudud di Kelantan dipercayai tidak mengetahui mengenai perundingan ini dan beliau hendaklah lebih waspada agar tidak tergigit lidah ketika memamah pinang kosi. [wm.kl.1:07 pm 03/05/14]

Mohd Sayuti Omar

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)



KERANA BAGI AIR PERCUMA,AIR DI EMPANGAN SELANGOR BERKURANGAN..

Written By canang on Sabtu, 3 Mei 2014 | 5/03/2014 09:37:00 PTG

KERANA BAGI AIR PERCUMA,AIR DI EMPANGAN SELANGOR BERKURANGAN..
Perdana Menteri Najib Abdul Razak hari ini mempersalahkan langkah populis kerajaan Pakatan
Selangor untuk memberi air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air, sebagai punca kekurangan air di negeri itu.
Beliau berkata memberikan air percuma telah mengakibatkan negeri itu kehabisan bekalan dan berkata Pakatan tidak bersikap realistik.
DS NAJIB RAZAK YG BIJAKSANA...BAGAIMANA PULAK DGN...
Negeri-negeri lain termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Johor, juga melakukan catuan air.
Kedah, Melaka dan Pulau Pinang juga sedang menimbang langkah yg sama...
NEGERI2 NI ADA BAGI AIR PERCUMA GAK KE???sumber



Tiada ulasan:

Catat Ulasan