Selasa, 20 Mei 2014

JANGAN TERASA PEDASNYA....DONT BE KHUATIR JIKA TAK BUAT....JANGAN JAGA PERIUK NASI DUNIA AJE....TAK JAGA PERIUK NASI AKHIRAT....ALLAH TAK TANYA KERETA BESAR ATAU RUMAH BESAR TAPI ALLAH TANYA.... ENGKAU BERJUANG ATAU TAK...ADA YANG ALLAH MASUKAN KEDALAM NERAKA BUKANNYA SYURGA....NI KERANA BERJUANG BUKAN KERANA ALLAH TAPI INGIN DIGELAR PERJUANG...BUKAN DERMA KERANA ALLAH TAPI INGIN DIGELAR DERMAWAN....MAKA KIAS2 YANG LAIN2


Dr Agus: “Mengapa tak boleh beza pandangan politik dengan kerajaan?”
Posted on Monday, May 19 @ 17:02:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SHAH ALAM, 19 MEI: Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan atas tiket DAP, tidak timbul soal ‘gigit tangan’ kerana tindakan kerajaan membina universiti bertujuan untuk melahirkan masyarakat berguna kepada negara.

Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat penyertaan bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM),berkata merupakan pilihannya sendiri dan tidak menjadi satu masalah besar sekiranya mempunyai perbezaan pendapat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah disifatkan tidak masuk akal.

“Kenyataan pemimpin itu tidak masuk akal saya. Apakah apabila kita masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?

“Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang mereka terima membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif dalam politik,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Shamsul Anuar dilaporkan berkata “Dyana Sofya mendapat didikan di UiTM sebuah institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar dan sebagainya sebelum ini”

Jelas Mohammad Agus kerajaan sepatutnya mengubah pendekatan untuk memahami aspirasi mahasiswa supaya kembali menyokong mereka dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang ‘pelik-pelik’.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam satu kenyataan lain berkata, Dyana Sofea bakal menjadi ketakutan baru kepada Umno sekiranya beliau menang dan diangkat menjadi Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah negara.

“Beliau dilabel sebagai pengkhianat dan teruk diserang. Kelak dia akan teguh bersama pendiriannya dan akan bangkit melawan serta ‘mengaum’ seperti harimau,” kata beliau lagi.

Dalam PRK Teluk Intan, yang akan berlangsung pada 31 Mei ini, Dyana akan menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Pada PRU13, Siew Keong tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan wakil rakyatnya Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.

sumber


 Mengenali Kumpulan Boko Haram
Posted on Monday, May 19 @ 23:44:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Boko Haram, sebuah kelompok digelar pengganas oleh kerajaan Nigeria dan US. Baru-baru ini kumpulan ini telah menculik lebih dari 200 pelajar perempuan di Nigeria. Mereka juga melakukan serangan kepada kumpulan gereja pada hari Natal.

Boko Haram, sebuah dilabelkan kelompok radikal Islam di Nigeria, didirikan pada 2002 di Maiduguri, ibukota negera bagian Borno, yang diproklamirkan oleh seorang ustaz Mohammed Yusuf, dalam usia 30-an yang memiliki kekayaan pribadi yang memadai untuk pembiayaan gerakan ini.

Penduduk tempatan rata-ratanya tidak memberikan maklumat yang 'detail' mengenai aktiviti kumpulan ini kerana bimbang kepada tekanan yang akan dialami.

Boko Haram tidak memiliki strategi dan kelengkapan yang baik untuk merekrut para anggotanya, yang terdiri dari bekas pengajar di universiti serta mahasiswanya yang telah keluar untuk mengikuti kumpulan ini. Walaupun begitu ada juga penduduk yang tidak mendapat pendidikan menanggotainya. Ada sebahagian juga ahli daripada negera jiran seperti Chad.

Para anggotanya solat di masjid yang terpisah dan tidak bercampur dengan masyarakat tempatan. Mereka memelihara janggut panjang dan memakai kopiah hitam atau merah.

Kumpulan ini menuntut penerapan hukum syariah di 36 negara bagian di negara Nigeria.

Pada 2004, mereka pindah ke to Kanamma di negeri bagian Yobe, dekat dengan perbatasan Niger, dimana mereka mendirikan sebuah tapak untuk menyerang balai polis yang terdekat.

Kerusuhan kecil terjadi di Bauchi yang dikaitkan dengan kelompok ini pada 2004, tetapi tidak terdengar lagi setelah peristiwa tersebut.

Kumpulan ini menjadi perbualan hangat sekitar tahun 2009 setelah serangan yang dilakukan kepada balai polis dan bangunan pejabat pemerintah yang menyebabkan ratusan orang mati dan dedera.

Anti Barat

Boko Haram berarti "pendidikan barat berdosa" dalam bahasa Hausa yang digunakan di bagian utara Nigeria.  Banyak orang percaya bahwa anggota kelompok ini telah di'brainwash'  dengan melihat pendidikan Barat merupakan sesuatu perkara yang jahat.

Mereka hanya berbicara dalam bahasa Arab karena percaya bahasa Inggris menyebabkan Barat menyebarkan perilaku tidak bermoral dan korapsi di seluruh dunia.

Kelompok ini juga sangat menentang peniruan segala sesuatu yang mengikuti Barat yang dikatakan unsur kritianisasi, mulai dari cara berpakaian sehingga dalam berhubungan dalam masyarakat.

Walaupun agent keamanan barat telah melakukan penyiasatan pada aktitiviti kumpulan ini, tetapi tidak mendapat  maklumat yang tepat mengenai bagaimana sumber dana mereka.

Catatan polis juga tidak menunjukkan para pemimpin kumpulan ini tersenarai dalam golongan mereka yang dikehendaki sebelum ini.

Ada yang berpendapat bahawa kumpulan Boko Haram walaupun bergerak atas nama agama tetapi sebenarnya kumpulan ini adalah kumpulan politik yang berkehendakakn kuasa.

Sumber:  (onislam.net/mukafi niam)



Hamas, Fatah capai sepakat
Posted on Monday, May 19 @ 23:06:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol






RAMALLAH - PALESTIN . Hamas dan Fatah bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dalam perjanjian pembentukan Kabinet baharu, kelmarin.

Pemimpin kanan Hamas Musa Abu Marzouk berkata, Hamas dan Fatah mencapai persetujuan mengenai nama-nama menteri yang akan berkhidmat di dalam kerajaan perpaduan itu nanti.

“Perjanjian itu telah dicapai beberapa hari lalu semasa perbincangan antara Hamas dan pegawai Fatah di Genting Gaza. Kami akan umumkan nama senarai baharu itu sebelum akhir bulan ini,” katanya.

Menurutnya, di bawah perjanjian itu, Hamas dan Fatah diberi tempoh lima minggu untuk membentuk kerajaan dan mengadakan pilihan raya enam bulan kemudian.

Keputusan pembentukan kerajaan perpaduan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan Israel dan mengancam untuk melanjutkan tempoh sekatan ekonomi dan kebebasan terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Fox News bahawa rundingan dengan Palestin akan terus gagal jika Hamas dan  Fatah membentuk Kabinet perpaduan.

Bulan lalu, perancangan untuk melakukan kerajaan perpaduan diperkuatkan dengan peningkatan penindasan dan pencabulan hak terhadap rakyat Palestin dan beberapa siri serangan rejim Zionis, dipetik dari laporan Al Ahram.






Al Sisi terdesak guna taktik kotor
Posted on Monday, May 19 @ 23:01:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol






KAHERAH - MESIR . Mesir sekali lagi menggunakan taktik paling kotor dalam sejarah pilihan raya apabila melanjutkan tempoh pengundian ekspatriat negara itu sehingga petang hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) Abdel Aziz Salman sebelum ini mengumumkan, penduduk di luar Mesir mula membuang undi pada Khamis dan mesti berakhir jam 9 malam tadi.

Namun semalam, beliau mengubah kenyataan apabila mengumumkan, tambahan sehari diberikan kepada mereka dengan alasan peratus keluar undi sangat tinggi.

“Lebih daripada 210,000 ekspatriat mengundi di pejabat kedutaan di seluruh dunia. Jumlah ini adalah dua kali ganda daripada mereka yang mengundi pada referendum Perlembagaan Januari lalu,” katanya.

Media tempatan melaporkan, tindakan itu sudah dijangka apabila PEC yang sebelum ini dikatakan sekutu kuat Abdel-Fattah Al-Sisi sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan lawannya, Hamdeen Sabahi tewas.

Sementara itu, episod drama pilihan raya Mesir bertambah rancak apabila Kesatuan Eropah (EU) secara tiba-tiba membatalkan hasrat menjadi pemerhati.

Jurucakap Ketua Dasar Luar EU Catherine Ashton berkata, pembatalan itu disebabkan Mesir gagal memenuhi piawaian peraturan pemerhatian.

“Mesir gagal memberi akses telekomunikasi, perubatan dan pengawal keselamatan,” katanya, dipetik dari laporan Agensi.




Video penyokong BN mengganas semasa Penamaan Calon Teluk Intan tersebar!! Saksikan!
Posted on Monday, May 19 @ 22:43:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Jadi benarlah bagai dikata.. Pilihanraya Kecil baik di kawasan mana sekalipun diadakan jika UMNO/BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding pasti aman pilihanraya itu..

Contoh yang terbaru ialah semasa penamaan calon bagi Bukit Gelugor baru-baru ini, UMNO/BN tidak meletakkan calon mereka, jadi suasana penamaan calon itu aman saja..

Berbeza dengan apa yang berlaku di penamaan calon Teluk Intan ini.. Polis pun depa nak lawan.. samseng sungguh!

TELUK INTAN 19 Mei - Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal.


Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan.


Insiden dilihat semakin di luar kawalan apabila penyokong BN menyerang pihak polis sehingga berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak.


Bagaimanapun, pergaduhan berjaya dileraikan sejurus pihak polis menerangkan situasi sebenar yang berlaku lapor RakyatNews
Ini video berkenaan...





Kalau RakyatNews dah removed, video versi Facebook sila lihat di SINI

sumber
  
 Buku pertama mengenai MH370 dakwa pesawat ditembak jatuh
Posted on Monday, May 19 @ 20:44:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Buku pertama mengenai MH370 dakwa pesawat ditembak jatuh


KUALA LUMPUR: Sebuah buku yang baru diterbit mendakwa penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, ditembak jatuh secara silap semasa satu operasi ketenteraan.

Buku yang berjudul “Flight MH370: The Mystery” mula berada di pasaran hari ini dan merupakan buku pertama yang mengisahkan tentang kehilangan pesawat berkenaan.


Lapor laman berita news.com.au, buku berkenaan ditulis oleh Nigel Cawthorne yang sebelum ini pernah menulis 150 buku.

Menurut buku berkenaan, pesawat MH370 ditembak secara tidak sengaja ketika satu operasi ketenteraan diantara Amerika Syarikat dan Thailand.

Cawthorne berkata, kesilapan mungkin telah ditutup kerana pihak berkuasa tidak mahu wujud satu serangan balas. Data yang menghantar carian ke arah yang lain - pertama ke Selat Melaka dan kemudian ke Selatan Lautan  Hindi - hanyalah satu muslihat dakwanya.

Seorang lagi penulis, Christine Negroni yang sebelum ini menghasilkan buku ‘Deadly Departure’ juga akan menulis tentang penerbangan Malaysia MH370 berjudul ‘Crashed’.

Sementara itu, dua filem yang diilhamkan tentang kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS)  MH370 sedang berusaha mendapatkan pembeli di Festival Filem Cannes, dua bulan selepas penerbangan itu hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Bakal pembeli mendapat peluang untuk menonton “A Dark Reflection” oleh Fact Not Fiction Films pada satu “tayangan” pada hari Isnin, menurut iklan satu muka surat yang diterbitkan di dalam jurnal hiburan The Hollywood Reporter.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.

Kurang sejam selepas ia berlepas, pesawat malang itu dilaporkan hilang dan pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Susulan itu juga satu laporan awal tragedi MH370, yang antara lain mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, senarai kargo dan senarai penumpang pesawat itu, telah dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada awal bulan ini.




Sumber: link

Dr M suspects someone is hiding the truth about MH370

Harakahdaily - TS, 19 May 2014
Someone may have taken control of missing Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 remotely and hid the plane away by repainting the airline markings.

According to former prime minister Dr Mahathir Mohamad, the scenario was possible, citing how aircraft manufacturer Boeing and agencies were capable of taking over "uninterrupted control" of commercial airliners using a anti-terrorism auto-land system technology developed in 2006 based on a report by Flightglobal.com.

“The Flightglobal.com article by John Croft, datelined Washington DC (1st December, 2006) further mentioned “The ‘uninterruptible’ autopilot would be activated – either by the pilot, by on board sensors, or even remotely by radio or satellite links by government agencies like the Central Intelligence Agency, if terrorists attempt to gain control of the flight deck”.

"Clearly Boeing and certain agencies have the capacity to take over “uninterruptible control” of commercial airliners of which MH370 B777 is one,” wrote Mahathir in his latest blog posting.

Believing that all that go up must come down, Mahathir insisted that it was “a waste of time and money to look for debris or oil slick or to listen for “pings” from the black box.”

“This is most likely not an ordinary crash after fuel was exhausted. The plane is somewhere, maybe without MAS markings. Boeing should explain about this so-called anti-terrorism auto-land system. I cannot imagine the pilots made a soft-landing in rough seas and then quietly drown with the aircraft,” he further argued.

Not mincing his words, Mahahir said he believed that someone had not revealed everything truthfully on MH370.

As such, it was not fair for MAS and Malaysia to take the blame, he added.

“Airplanes can go up and stay up for long periods of time. But even they must come down eventually. They can land safely or they may crash. But airplanes don’t just disappear. Certainly not these days with all the powerful communication systems, radio and satellite tracking and filmless cameras which operate almost indefinitely and possess huge storage capacities,” he stressed.
Seolah-olah Guru-guru Hulu Terengganu Lapar Kek
Posted on Monday, May 19 @ 19:47:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Guru banyak berjasa kepada kita. Kita muliakan guru2 kita.

Ramai Guru2 berkorban wang poket sendiri fotostat bahan2 pelajaran sbb peruntukan tak cukup. Ada yg tolong bayarkan yuran peperiksaan anak murid yg tak mampu.

Berkorban masa tok sah cakap lah.


Kadang2 terpaksa tebalkan telinga bila sesetengah ibubapa cuma tahu cari kesalahan guru sahaja. Sikit2 menang kan anak.

Mereka tak harap balasan yg pelik2. Cuma sedikit penghargaan dan pengertian.

Tetapi bila tengok surat seperti ini yg seolah2 guru2 'lapar' sangat kepada kek sumbangan org politik sehingga disuruh ambil sendiri, saya yg bukan guru pun rasa malu dan terhina.

Klik untuk besar
 Itu antara petikan dalam facebok Ahmad Amzad Hashim yang tak puas hati dengan cara UMNO Hulu Terengganu melayan guru-guru. Mereka buat guru-guru macam penerima BR1M yang akan "sembah sujud" kepada UMNO untuk dapatkan sedikit habuan.

Cara dan tindakan kurang ajer UMNO Hulu Terengganu sepatutnya dijara supaya mereka kenal siapa sebenarnya golongan guru.


...
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
 



BERANI KERANA BENAR
Seorang pemuda yang berkebetulan melalui perhimpunan yang dianjurkan oleh para penyokong Jeneral Abdul Fatah As-Sisi untuk kempen pilihanraya yang diadakan di Jalan Mesir-Sudan, Kubri Qubbah telah mengangkat tangan isyarat Raba'ah ke arah mereka.
Situasi tegang apabila terdapat penyokong As-Sisi menghampiri pemuda itu dan cuba memukulnya.
Dengan berani pemuda itu menjerit kepada penyokong Sisi, "Sepupu aku dibunuh di Raba'ah, kamu semua siapa?!"
Untuk rekod, lebih 5,000 rakyat Mesir dari kalangan penyokong Presiden Morsi dibunuh oleh militan polis dan tentera Mesir pada serangan Raba'ah tanggal 14 Ogos 2013.
Sumber: Rassd.com


 Pisang Rebus
Posted on Monday, May 19 @ 19:10:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



PISANG REBUS (Boiled banana) merupakan sejenis makanan berasaskan pisang masakuntuk dihidangkan sebagai makanan yang enak dikawasan kampong. Pisang (Musa spp) mempunyai banyak spesis daripada yang dimakan segar, dibuat kuih mueh atau yang khusus untuk digoreng atau di buat kerepek pisang.

Kini tidak ramai maysrakat bandar dan anak-anak generasi 2Y mengenali resepi makanan pisang rebus. Pisang yang sesuai untuk dimakan sebagai 'pisang rebus' adalah daripada varieti seperti Pisang Abu, Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Lang, Pisang Benggala yang lazimnya mempunyai kulit yang tebal dan isi yang manis. Pilih pisang yang hampir masak dan leraikan daripada sisirnya. Sediakan air rebusan dengan mengisi air dan sedikit garam. Saya bagaimana pun lebih suka kalau kita kukus (steam) pisang dalam alat pengukus.

Kaedah mengukus pisang ini dapat mengekalkan rasa asal pisang yang direbus. Jangka masa untuk merebus atau mengukus pisang tidak perlu lama sekitar 15 - 20 mini sahaja. Jika direbus terlalu lama akan menyebabkan kulit dan isi pisang menjadi kecut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pisang rebus yang kini boleh dikatakan sebagai makanan unik zaman dulu dan exotic masa kini. Teringat makan pisang rebus setelah dua minggu melancong di Republic Czec, London, Paris, Belgium dan Natherlands.

Apabila pisang yang direbus atau dikukus ini telah masak, angkat dan toskan airnya. Apabila gak sejuk kita boleh ambil dan kupas kulitnya untuk dimakan (Lihat foto sebelah). Apabila kulit dibuang kita boleh potong isi pisang rebus yang berwarna kekuningan terus untuk dimakan atau dimakan bersama kelapa parut bagi menambahkan perisa sedapnya (Sila lihat foto dibawah sekali). Ada juga yang suka makan pisang rebun dengan mencecah kepada gula pasir atau juga susu pekat manis.

Bagaimana pun pisang rebus yang dibawa sebagai bekalan untuk kekebun, ke sawah atau ke laut sesuai dimakan begitu sahaja kerana tetap sedap dimakan apabila perut sudah lapar kerana penat bekerja. Pada saya pisang lang yang direbus dan pisang nipah memang paling disukai. Ini kerana pisang lang mempunyai rasa manis dan aroma yang cukup menyelerakan. Sementara itu pisang rebus atau pisang kukus ini tahan beberapa hari jika disimpan dengan baik dan tidak basi. Selain ia mengenyangkan, makan pisang rebus amat memberikan tenaga banyak untuk terus bekerja. Bagaimana pun makan pisang rebus ini bukan dilakukan setiap hari kerana jemu juga.

Selain pisang rebus dan pisang kukus, ada juga penduduk kampong yang menyajikan 'Pisang Bakar'. Walau pun ia kurang popular, semasa saya melawat Penang Tropical Fruit di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang ianya ada dihidangkan kepada pelancong. Menurut pengusaha dan petugas di taman tersebut, hidangan pisang rebus dan pisang bakar amat disukai oleh pelancong daripada luar negara kerana keunikannya. Rasa pisang yang manis dan bau enak akan memyebabkan ia menjadi pilihan daripada beberapa jenis hidangan disediakan selepas melawat taman buah-buahan. Makanan pisang rebus, pisang kukus dan pisang bakar mungkin antara jenis hidangan dalam kategori 'makanan sihat' kerana tidak mengandungi bahan lain seperti minyak. Semuga makanan ini tidak akan terus dilupakan dimasa akan datang. Artikel ini dipostkan daripada Hotel Westcord, Amsterdam subuh Ahad 11 Mei 2014. Wasallam!

Pisang rebus dengan kelapa parut.


PISANG REBUS ... ENAK RASANYA...
PILIH PISANG... DIREBUS SAHAJA...
KALAU DIKUKUS... SESUAI JUGA...
KELAPA PARUT... TAMBAH RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Penang Tropical Fruit Farm,
Jalan Teluk Bahang,
Pulau Pinang,
Malaysia.
(6 JamadilAkhir 1435H)

Sumber: Anim Agro Technology
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan