Jumaat, 11 April 2014

KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH MESTI DISASARKAN 100% TIADA SATU ZARAH KERAGUAN....RAGU SEDIKIT MAKA TERBANGLAH AKIDAH KITA....TERMASUK KEYAKINAN TENTANG KESEMPURNAAN HUKUM2 ALLAH JANGAN DINAFIKAN

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kemasukan pelancong China ke Malaysia terjejas ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
  
Beliau berkata setakat ini kebanyakan pelancong China telah membatalkan lawatan mereka ke Malaysia, malah tiada 'tempahan penerbangan' direkod bagi penerbangan dari China ke Malaysia.
  
Justeru Nazri berkata, pihaknya akan menangguh segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu berikutan majoriti penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas adalah warga China.
  
"Semuanya baik (kedatangan pelancong China) bagi Januari hingga Februari, tetapi sudah tentu insiden MH370 pasti menjejaskan pelancongan, namun apa yang penting adalah kami bersimpati kepada keluarga penumpang MH370 dan persoalan sama ada kami nak teruskan kempen di negara China tidak berbangkit, ketika ini ditangguhkan, saya fikir kita perlu hormat isu sensitif.
  
"... selagi tidak berpenghujung (insiden) MH370 ini, saya tidak fikir kesesuaian untuk kita meneruskan kempen di negara China," katanya dalam sidang media sebelum membuka Sesi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN di sini, semalam.

Namun beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak mengenai perkara itu dan menasihati orang ramai memahami situasi yang dihadapi rakyat China.
  
"Bagi saya ini reaksi semula jadi... kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana bukan secara semula jadi rakyat negara China anti kita (Malaysia), kerana insiden MH370 adalah satu perkara yang abnormal," kata Nazri.
  
Sementara itu, katanya beliau akan melawat Kedutaan China di sini esok untuk bertemu Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.
  
Katanya ia sebagai tanda penghormatan beliau kepada nasib rakyat China dalam insiden MH370.
  
Pelancong dari China merupakan penyumbang ketiga terbesar selepas Singapura dan Indonesia dengan rekod 1.6 juta orang tahun lepas.
  
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan menyasarkan 28 juta pelancong melawat Malaysia. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pengecualian catuan air hanya diberikan kepada pengguna yang mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sahaja.
  
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan semalam berkata, golongan yang tidak terlibat dengan catuan bekalan air itu telah disenaraikan semula ialah pusat dialisis, hospital kerajaan dan swasta, Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
  
Selain itu, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Stesyen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar turut tersenarai dalam kategori pengguna yang dikecualikan dari catuan air.
  
Kenyataan itu juga berkata pengguna di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang juga tidak terlibat dengan pelan catuan bekalan air peringkat pertama kerana mereka tidak menerima bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang tercemar akibat kandungan ammonia dalam Sungai Langat.
  
"Walaupun mereka tinggal berhampiran dengan pengguna yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji itu namun saluran bekalan air terawat bagi kawasan itu bukanlah dari sumber Sungai Langat," katanya.

Begitu juga bagi sesetengah pengguna kawasan Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang yang tidak menerima bekalan air dari sumber air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates turut tidak terlibat dengan pelan catuan peringkat ketiga dan keempat.
  
Pelan catuan air masih diteruskan atas arahan kerajaan Negeri Selangor dengan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) walaupun hujan telah turun di kebanyakan kawasan.
  
"Pihak Syabas berkeyakinan bahawa keputusan yang dibuat itu tertakluk kepada keadaan takungan di empangan dan juga kadar pencemaran di Sungai Langat di mana paras kandungan ammonia masih tidak menentu," kata kenyataan itu.
  
Untuk maklumat dan keterangan lanjut berkenaan pelan catuan bekalan air, pengguna boleh melayari laman web Syabas www.syabas.com.my. - Bernama

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mendahului 11 parti nasional lain pada Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 semalam, berdasarkan pengiraan segera oleh beberapa institut kaji selidik.
  
Setakat 6 petang semalam, hasil kaji selidik yang diperoleh agensi berita Antara dengan kerjasama Radio Republik Indonesia, mendapati PDI-P yang dipimpin bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri memperoleh undi sebanyak 17.13 peratus undi.
  
Parti Golongan Karya (Golkar) di tempat kedua dengan meraih 15.51 peratus undi manakala parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) menduduki posisi ketiga dengan 10.05 peratus.
  
Parti Demokrat yang dipimpin Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono  di tempat keempat setelah memperoleh 9.62 peratus, diikuti Parti Kebangkitan Nasional (PKB - 9 peratus), Parti Persatuan Pembangunan (PPP - 8.15 peratus).
  
Parti Amanat Nasional (PAN - 7.53 peratus), Parti Nasional Demokrat (Nasdem - 6.93 peratus), Parti Keadilan Sejahtera (PKS - 6.84 peratus) dan Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura - 6.72 peratus).

Dua parti yang meraih undi paling sedikit adalah Parti Bulan Bintang (PBB) yang mendapat 1.36 peratus undi dan Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI - 1.15 peratus).
  
Hasil pengiraan segera seperti dilaporkan akhbar Kompas juga menunjukkan PDI-P mengungguli parti lain apabila memperoleh 18.34 peratus undi diikuti Golkar (17.42) dan Gerindra (12.72).
  
Sementara, hasil kaji selidik oleh Lingkarang Survei Indonesia menunjukkan PDI-P meraih 19.51 peratus undi manakala Golkar dan Gerindra, masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan memperoleh 16.15 dan 12.16 peratus.
  
Sebanyak 185.5 juta pengundi berdaftar di Indonesia hari ini memilih wakil rakyat bagi menduduki 560 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia pada pilihan raya umum kali ini.

Rakyat Indonesia juga secara serentak memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah.

Mengikut sistem demokrasi Indonesia, sesebuah parti politik atau gabungan parti politik yang dapat meraih 25 peratus undi popular atau memperoleh paling minimum 20 peratus kerusi DPR pada Pemilu, layak mengemukakan pasangan calon untuk pemilihan jawatan Presiden dan Wakil Presiden (Naib Presiden).
  
Pemilihan umum Presiden Indonesia akan diadakan pada 9 Julai depan.

Susilo sudah terpilih sebanyak dua kali dengan setiap penggal adalah selama lima tahun dan beliau tidak layak merebut jawatan itu kali ini, walaupun parti yang dipimpinnya, Demokrat memperoleh sejumlah undi popular dan kerusi yang mencukupi di parlimen.
   
Komisi Pemilihan Umum (KPU) dijangka mengumumkan keputusan rasmi Pemilu 2014 dari 7 hingga 9 Mei.
  
Tinjauan Bernama di beberapa pusat pengundian di sekitar Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan mendapati proses yang melibatkan kira-kira 400 pengundi di setiap pusat pengundian itu berjalan lancar tanpa insiden kekecohan.
  
Lebih 500,000 pusat mengundi di seluruh Indonesia dibuka sejak 7 pagi dan ditutup pada 1 tengah hari tadi sempena Pemilu Parlimen 2014.  - Bernama
KUALA LUMPUR: Empangan takungan air di Selangor boleh mencapai sasaran 55 peratus sekiranya langkah mitigasi dijalankan kerajaan negeri diuruskan dengan baik, kata Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Md Khairi Selamat, lapor Selangor Kini.

Beliau berkata, antara langkah mitigasi itu adalah pengurangan kepada 800 juta liter sehari (JLH) kadar pelepasan air dari empangan Sungai Selangor daripada jumlah pelepasan biasa sebanyak 1,800 JLH kepada 1,000 JLH manakala abstraksi air oleh loji pembersihan air (LPA) Bukit Nenas daripada empangan Klang Gates pula dihadkan kepada 100 JLH sehari.

 “Untuk membantu pengurangan kadar pelepasan air empangan ini, pengepaman air kolam berdekatan dengan Sungai Selangor iaitu kolam di Kampung Hang Tuah dilakukan untuk meningkatkan kadar aliran air di sungai berkenaan.

“Mengikut pengiraan jumlah pelepasan air daripada kedua-dua empangan ini, jangka hayat takungan empangan Sungai Selangor dianggar mampu bertahan selama 71 hari manakala Klang Gates 88 hari,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurutnya, selain itu dari 1 hingga 4 April lalu operasi pembenihan awan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dan syarikat swasta dilantik turut dijalankan untuk meningkatkan kadar hujan di kawasan tadahan empangan.

Md Khairi berkata, walaupun sasaran 55 peratus itu agak tinggi tetapi dengan langkah diambil diyakini ia boleh dicapai.

Katanya, biarpun menerima kadar hujan tinggi melebihi 20 milimeter (mm) pada 3 April lalu namun kebanyakan kawasan terbabit adalah kawasan hilir dan bukan kawasan tadahan air yang menyebabkan peningkatan kecil sahaja kepada kapasiti empangan.

Kerajaan negeri mengumumkan catuan air akan dihentikan apabila kapasiti empangan Sungai Selangor mencecah tahap 55 peratus iaitu bersamaan dengan 126.5 juta meter padu (Mm3).

Kadar hujan diperlukan untuk mencapai kapasiti itu berdasarkan takungan sekarang adalah lebih kurang 40.7 Mm3 dan jangka masa diambil adalah bergantung kepada kadar hujan diterima setiap hari.

“Sekiranya kita bergantung pada keadaan sekarang, untuk mendapatkan 55 peratus kita perlu menyamai hujan pada hujung tahun dalam lingkungan 200 hingga 250 mm sebulan. Kadar hujan diterima pada Januari adalah 100 mm, Februari dua mm manakala Mac kurang dari 50 mm,” jelasnya.

Kata beliau lagi, inisiatif operasi pembenihan awan akan diteruskan dengan lebih intensif tertumpu kepada kawasan tadahan empangan Sungai Selangor dan Klang Gates serta empangan lain sehingga 31 Mei depan tertakluk kepada kesesuaian cuaca oleh JMM.

Sehingga semalam, kapasiti empat dari tujuh takungan air di Selangor berada di bawah paras 70 peratus iaitu empangan Klang Gates sebanyak 53.89 peratus, Langat (49.47 peratus), Sungai Selangor (37.31 peratus) dan Sungai Tinggi (61.29 peratus).

Baru-baru ini Kerajaan Negeri mengumumkan projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS), rancangan jangka masa panjang untuk mengatasi kekurangan sumber air dan dijangka siap pada Julai tahun depan.

Projek itu sedang dibangunkan di kawasan kolam bekas lombong seluas 235 hektar di Bestari Jaya dan mampu membekalkan sehingga 600 JLH air selain melaksanakan pembangunan kolam takungan sumber air hiliran yang berkeupayaan untuk membekal sehingga 3,000 JLH air mentah.

Orang ramai dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air selain menggunakannya secara berhemah.
KUALA LUMPUR: Jika kita mahu melihat dan mengetahui bagaimana seriusnya penaklukan pemimpin-pemimpin Umno terhadap negara kita, boleh kita baca dengan teliti ucapan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pelancaran buku Rich Malaysia and poor Malaysians yang ditulis oleh Anas Alam Faizli baru-baru ini.

“Apa yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh dalam ucapan beliau itu hanya secebis dari perlakuan salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan pimpinan Umno sekarang ini,” tulis Aspan Alias di dalam blognya semalam.

Menurutnya, Tengku Razaleigh merupakan pemimpin Umno yang telah diketepikan secara sistematik oleh pimpinan rakus Umno yang takut dengan pengaruh dan kemampuan Umno memimpin negara jika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Sikapnya yang gentleman menjadikan beliau tidak sesuai dengan kehendak dan budaya politik pimpinan rakus negara semasa itu.

“Maka itulah sebabnya beliau tidak terlibat dengan segala perbuatan keji yang dilakukan oleh pimpinan negara kerana beliau sudah tiada dalam kabinet sejurus selepas beliau tewas dalam usaha beliau untuk menyekat apa yang berlaku hari ini dari berlaku,” tulisnya lagi.

Justeru, ujarnya sekarang Tengku Razaleigh boleh bercakap tanpa halangan dan telah memberikan pandangan yang akhirnya bermaksud Umno merupakan parti yang bermusuh dengan orang Melayu sendiri dalam ucapan pelancaran buku tulisan Anas Alam Faizli itu.

Tambahnya, bekas Menteri Kewangan Negara itu merupakan ‘authority’ yang paling kuat untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di negara ini.

Menurut Aspan lagi, Petronas yang beliau tubuhkan dengan risiko keselamatan peribadi beliau sendiri sekarang telah diperguna oleh pimpinan negara untuk kepentingan politik parti dan peribadi pimpinan hari ini.

“TR tentu merasakan kesedihan kerana beliau telah menubuhkan syarikat petroleum nasional ini dengan peluh dan keringat tanpa bayaran. Alih-alih pemimpin yang mengambil kuasa negara mempergunakan untuk politik peribadi mereka dengan sewenang-wenangnya,” ujarnya.

Baginya, kesabaran Ku Li berdiri sendirian di pinggiran politik kotor negara agaknya sudah sampai ke tahap kehilangan kesabaran beliau.

Itu sebabnya, kata Aspan apa yang Ku Li perkatakan itu tidak dapat disambut oleh mana-mana pemimpin Umno sama ada yang sedang berkuasa atau siapa yang sudah bersara.

Pergh...Memang Dasyat Penangannya



Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. 

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. 

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. 

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita." - gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan