Khamis, 24 April 2014

KALAU DAH TAK BERGUNA DAN BERMASALAH TUKAR SEBELUM PARAH TAPI JIKA BAGUS KEKALKAN....HITAM MANIS YANG MENGODA YANG TAQWA BUKAN AQIDAH BERCELARU DAN KAKI MAKSIAT


KOTA BHARU: “Pada masa itu seramai 13 pengurus dan pegawai bank datang menemui saya setelah kerajaan negeri membuat keputusan memindahkan wang ke Bank Islam.

“Biar pun mereka merayu, namun saya tetap juga memindahkan wang kerajaan negeri ke akaun yang selaras dengan syariat.

“Seingat saya selepas itu perbankan Islam mulai berkembang di Malaysia. Ada bank pada peringkat awal hanya membuka kaunter perbankan Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis penyerahan van jenazah kepada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI,) kelmarin.

Van tersebut disumbang Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi kegunaan masyarakat yang tinggal di sekitar Kota Bharu.

Ia diserah oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid kepada Yang Dipertua MPKB-BRI, Adnan Hussin.

Turut hadir pada program yang diadakan di perkarangan Masjid Tok Guru di Pulau Melaka, anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, ahli-ahli Majlis dan pegawai MPKB-BRI serta pegawai Bank Muamalat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, selepas usaha dirintis kerajaan Kelantan pada awal 1990-an, perbankan Islam berkembang pesat di negara ini.

“Kerajaan negeri mengambil langkah itu sebagai titik tolak kepada perubahan ke arah Islamik dalam pentadbiran kerajaan.

“Bermula dari situ orang ramai beransur-ansur menerima amalan Islam di dalam setiap aspek kehidupan mereka,” tambahnya.
KOTA BHARU: Dalam tempoh hampir setahun kerajaan negeri berjaya membina kira-kira 1,000 unit rumah mampu milik berharga RM100,000 ke bawah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, bagi tempoh 2013 hingga 2018 kerajaan negeri mensasarkan 5,000 unit rumah jenis berkenaan bagi membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“Rumah mampu itu dibina syarikat milik kerajaan negeri dan swasta. Harga rumah berkenaan sekitar RM100,000 dan RM90,000,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah Fasa 7 Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.

Pada majlis itu seramai 50 pemilik rumah teres dua tingkat menerima kunci daripada Mohd Amar.

Rumah teres terbabit melibatkan jualan bernilai RM14.32 juta disiapkan tujuh bulan awal berbanding jadual asal. Ia sepatutnya siap akhir tahun ini dibina Profil Impian Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Binaraya Sdn Bhd.

Hadir sama di majlis berkenaan, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Dr Ramli Mamat, wakil-wakil rakyat dan Ketua Eksekutif  PKINK, Mohd Sabri Abdullah.

Turut hadir Pengerusi Binaraya Sdn Bhd, Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Pada majlis itu juga warga emas, armalah, anak yatim dan golongan miskin menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri mencari tapak yang sesuai bagi membolehkan lebih banyak lagi rumah mampu milik dibina.


Bagaimana berintraksi dgn kematian bukan islam-cara zahir dan ....

Posted on Wednesday, April 23 @ 19:47:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Sebagai seorang Muslim, kita adalah terikat untuk memastikan bahawa tindak-tanduk kita adalah selari dengan panduan al-Qur’an dan al-Sunnah di dalam hal ini. Janganlah mentakwil yang tidak sepatutnya, semata-mata untuk menggambarkan kita ini bersifat terbuka, dengan harapan orang yang bukan Islam akan lebih berlembut dengan kita. Sekali lagi saya tegaskan, batas iman dan kufur perlu jelas.

Keterbukaan dan moderasi (moderation) mestilah berpandukan kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Sesungguhnya al-Qur’an dan al-Sunnahlah yang menjadi rujukan kita dalam setiap keadaan.

Semakin ramai sahabat-sahabat yang berkongsi penulisan seorang sahabat berkenaan dengan bolehkah seorang Non-Muslim selamat dari neraka?. Lebih mengejutkan saya lagi, apabila salah seorang daripada rakan menghantar PM dan menyatakan bahawa dapat difahami daripada penulisan tersebut adalah tidak mengapa untuk mendoakan atau mengucapkan RIP, bahkan untuk mengucapkan al-fatihah kepada seorang Non Muslim yang telah mati kafir kerana:


i-Mungkin juga beliau sempat mengucap sebelum beliau mati, atau;

ii-Kita tidak tahu mungkin beliau termasuk di dalam golongan yang sebenarnya tidak sampai (atau tidak sempurna sampainya) dakwah Islam kepada beliau sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim di dalam Tariq al-Hijratayn. Apatah lagi jika sekiranya beliau seorang yang baik semasa di dunia.

Beliau lalu bertanya, adakah betul cara pemahaman beliau tersebut?

Yang lebih menakutkan saya ialah, mungkin ada di kalangan masyarakat (muslim atau non Muslim) akan merasakan: “Tidak mengapa untuk seorang non Muslim untuk tidak bersegera masuk Islam kerana berkemungkinan belum sampai hujjah Allah yang “sebenarnya” atau “secukupnya” ke atas mereka, walaupun mereka sudah berada di Malaysia. Apatah lagi, jika mereka merupakan seorang yang baik, berprinsip, dan berakhlak mulia. Sudah tentulah Allah akan menilai semua itu, dan kemungkinan masih ada bahawa Allah SWT akan memasukkan mereka semua ke syurga. Bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dan tidak akan menzalimi HambaNya. Mungkin yang berdosa adalah umat Islam itu sendiri, manakala non-Muslim mungkin akan diampunkan oleh Allah kerana tidak mendapat hujah dakwah Islam yang sebenar.”

Maka terungkaikan rungkaian akidah Islam yang paling asas, iaitulah “Sesungguhnya Agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah hanya Islam (Ali Imran: 19) dan “Dan sesiapa yang mencari Agama selain Agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi (Ali Imran: 85).

(Nota: Jangan pula sesiapa yang berhujah bahawa saya cuba untuk menafikan bahawa dakwah Islam yang sebenar mestilah diusahakan sebaiknya dan kita wajib untuk berusaha menyampaikannya dengan sebaik mungkin. Ini sudah perkara yang musallam (diterima tanpa sebarang pertikaian), dan ma’lum min al-din bi al-darurah. Namun dalam usaha kita untuk menyampaikan dakwah yang sebenarnya kepada non Muslim secara berhikmah (sila faham maksud sebenar berhikmah, secara al-targhib dan al-tarhib, alkhawf dan al-raja’ dsb), akidah umat Islam yang ada mestilah terus dijaga dan diperkasa,dan sebarang penyelewengan pemahaman mestilah dibenteras. Inilah maqasid syarak yang pertama ‘hifz al-din’)

Melihatkan kepada keperluan untuk merespon perkara ini dan besarnya implikasinya kepada aqidah umat Islam, saya merasakan amat perlu untuk saya menjawab secara ringkas tentang perkara ini Saya memohon maaf kerana tidak dapat menulis dengan lebih panjang lantaran kesuntukan masa. Untuk menunggu sehingga mempunyai masa, saya takut masyarakat Islam akan lebih terkeliru dan saya merasakan memberikan penjelasan pada saat ini, walaupun ringkas adalah wajib disegerakan. Perlu dijelaskan bahawa penulisan ringkas ini bukanlah bermaksud menjawab penulisan yang telah beliau rujuk tersebut, sebaliknya menjelaskan aspek tertentu yang mungkin akan disalahfahamkan oleh mereka yang membaca (seperti rakan saya tadi).

Di dalam syarak, terdapat dua perkara yang perlu kita fahami dengan jelas berkenaan dengan kematian seorang Non Muslim.

1) Hukum secara zahir, yang melibatkan hukum di dunia

2) Hukum di akhirat, iaitulah di sisi Allah SWT.

Kedua-dua ini perlu diberikan haknya yang sepatutnya. Janganlah kita membicarakan perkara kedua sehingga melupakan perkara yang pertama, sedangkan pada hakikatnya perkara yang pertama itulah lebih “real” dan perlu kita hadapi secara hakiki, manakala perkara yang kedua hanyalah agakan dan segala kemungkinan boleh berlaku di sisi Allah SWT. Hanya Dia yang mengetahui yang ghaib.

Berkenaan dengan perkara yang pertama, seorang yang meninggal dunia dengan keadaan tidak beriman, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk berhadapan dengan jenazah beliau sebagai seorang kafir. Jenazah tersebut akan diuruskan sebagai seorang yang meninggal kafir, tidak boleh disembahyangkan dsb. Begitu juga adalah tidak dibenarkan untuk kita memohon keampunan kepadanya, termasuklah juga mengucapkan RIP (Sila lihat artikel ringkas saya sebelum ini, berkenaan dengan apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan). Ianya disebutkan secara jelas di dalam al-Qur’an (Taubah: 113):

)ما كان للنبي والذين آمنوا أن يستغفروا للمشركين ولو كانوا أولي قربى من بعد ما تبين لهم أنهم أصحاب الجحيم(

(Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka).

Imam Tabari secara jelas di dalam tafsirnya menyatakan (Jami’ al-Bayan fi Tafsir Ay al-Qur’an, Muassasah al-Risalah, Cetakan Pertama, 1420H -2000M, j. 14, hlm. 509):

(من بعد ما تبين لهم أنهم أصحاب الجحيم ( يقول : من بعد ما ماتوا على شركهم بالله وعبادة الأوثان تبين لهم أنهم من أهل النار, لأن الله قد قضى أن لا يغفر لمشرك فلا ينبغي لهم أن يسألوا ربهم أن يفعل ما قد علموا أنه لا يفعله(.

(Sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka): maksudnya “Iaitulah apabila mereka mati di atas kemusyrikan mereka kepada Allah dan menyembah berhala, maka jelaslah bahawa mereka termasuk di kalangan ahli neraka kerana Allah telah menetapkan bahawa Allah tidak akan mengampunkan kepada seorang musyrik. Maka tidak selayaknya mereka meminta daripada Allah SWT untuk melakukan sesuatu yang mereka sudah tahu bahawa Allah SWT tidak akan melakukannya (mengampunkan orang yang syirik).

Jelas di sini bahawa larangan untuk tidak untuk beristighfar di sini timbul kerana suatu sebab, iaitulah meninggalnya mereka dengan keadaan tidak beriman, dan ‘nyatanya” keyakinan bahawa beliau telah mati secara kafir timbul kerana secara zahirnya, kematiannya tersebut dalam keadaan tidak beriman, tanpa kita perlu membuat andaian bahawa beliau mungkin sempat mengucap sebelum beliau meninggal dunia ataupun tidak. Inilah yang cuba dinyatakan oleh al-Tabari daripada maksud (من بعد ما ماتوا على شركهم بالله وعبادة الأوثان تبين لهم أنهم من أهل النار), kerana secara zahirnya beliau meninggal dengan keadaan agamanya sebelum meninggal.

Di samping itu, suatu kaedah fekah yang masyhur juga memberikan makna yang sama:

الأصل بقاء ما كان علي ما كان

“Secara asalnya, sesuatu itu kekal pada hukum asalnya (melainkan jika terdapat bukti sebaliknya.”

Inilah yang dinamakan oleh para ulama sebagai “istishab al-asl”. Dalam hal ini, oleh kerana beliau hidup sebagai seorang kafir, maka kematian beliau hendaklah mengambil hukum seorang mati kafir, melainkan jika ada bukti sebaliknya.

Perkara yang sama juga dinyatakan di dalam fatwa Islamweb.net (fatwa no. 168803): (lihat:http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=168803):

“وأما المعين ممن لم يسبق له الإسلام فالأصل الحكم بكفره ونتعامل معه في الدنيا على أنه كافر كما هو الحال في مجتمعه، ولكنه إن كان لم يعلم عن الاسلام وإنما قلد مجتمعه الكافر في الكفر ولم يجد من يدعوه الى الله ويقيم عليه الحجة بالابلاغ فنعامله في الدنيا على أنه كافر، وأما في الآخرة فالله أعلم بحاله وبمستوى بلوغ رسالة الله له………”

Adapun (hukum) ke atas seseorang individu secara spesifik, yang sebelumnya (semasa hayatnya) tidak beragama Islam, maka secara hukum asalnya, beliau adalah seorang kafir dan kita akan memperlakukannya di dunia sebagai seorang yang kafir, sepertimana keadaannya di dalam masyarakatnya. Namun jika sekiranya beliau tidak mengetahui Islam dan hanya sekadar mengikut masyarakatnya yang kafir (di dalam kekufuran mereka), dan beliau tidak berjumpa dengan sesiapapun yang mendakwahkan beliau kepada Allah SWT dan mendirikan hujah dakwah ke atasnya, maka kita tetap akan memperlakukannya sebagai seorang kafir di dunia. Adapun di akhirat, maka Allah swt lebih mengetahui tentang hal beliau, dan berkenaan dengan kadar sampainya dakwah Islam kepada beliau……”

Jelas daripada fatwa ini bahawa mereka yang hidup sebagai seorang kafir, maka apabila beliau meninggal dunia, maka kita mestilah memperlakukannya sebagai seorang yang kafir. Ini termasuk juga berkenaan dengan kematiannya. Soal berkemungkinan beliau tidak mendapat hujah dakwah yang sepatutnya di dunia, lalu mungkin mendapat keuzuran di sisi Allah SWT, itu adalah soal di akhirat, yang luar daripada kemampuan kita untuk mengagaknya, apatah lagi untuk menentukannya.

Begitu juga, perlu ditegas, soal sama ada beliau seorang baik di dunia, lalu mungkin akan mendapat rahmat Allah SWT, ini juga tidak termasuk di dalam perhitungan zahir tersebut. Menurut neraca syarak, setiap seorang yang meninggal sebagai seorang kafir, maka interaksi yang sepatutnya ialah mengikut cara seorang yang meninggal sebagai kafir. Soal bagaimana keadaan beliau di sana, itu adalah urusan beliau dengan Allah SWT. Apa yang jelas, apabila seorang itu meninggal dunia dengan keadaan tidak beriman dan telah sampai segala hujah dakwah yang sepatutnya kepada beliau, maka untuk mereka yang seumpama begitu, maka tempatnya adalah neraka, walaupun mereka melakukan banyak kebaikan di dunia , hatta menjadi orang yang amat disayangi Rasulullah SAW sekalipun, seperti Abu Talib. Namun untuk menyatakan secara pasti bahawa fulan bin fulan (secara spesifik) akan masuk neraka, ini bukanlah pandangan ahli sunnah yang sebenar. Namun, di dalam urusan keduniaan, maka kita akan berhukum dengan yag zahir. Sesiapa yang meninggal dunia seabagi seorang kafir, maka beliau mestilah diselenggarakan sebagai seorang kafir. Begitu juga segala perhubungan kita dengan beliau, seperti doa, istighfar dan sebagainya mestilah berpandukan kepada laras syarak. Janganlah pula kita melakukan perkara-perkara yang luar daripada batas-batas syarak, semata-mata kerana mengikut rasa hati kita.

Perkara ini semakin jelas jika kita merujukkan kepada penulisan Ibn al-Qayyim dalam hal ini. Beliau menyatakan di dalam Tariq al-Hijratayn (kitab asasinya yang menadi rujukan artikel tersebut), selepas beliau berbicara tentang darjat ke 17 daripada darjat-darjat mukallaf di akhirat nanti, iaitulah darjat para muqallid dan orang kafir yang jahil dan para pengikut yang mengikut mereka.

Ibn al-Qayyim berkata (Tariq al-Hijratayn wa Bab al-Sa’adatayn, Dar Ibn al-Qayyim, al-Dammam, cetakan ke-2, 1414h- 1994m, j. 1, hlm. 610)

“والله يقضي بين عباده يوم القيامة بحكمه وعدله ولا يعذب إلا من قامت عليه حجته بالرسل فهبذا مقطوع به في جملة الخلق وأما كون زيد بعينه وعمرو قامت عليه الحجة أم لا فذلك ما لا يمكن الدخول بين الله وبين عباده فيه بل الواجب على العبد أن يعتقد أن كل من دان بدين غير دين الإسلام فهو كافر وأن الله سبحانه وتعالى لا يعذب أحدا إلا بعد قيام الحجة عليه بالرسول هذا في الجملة والتعيين موكول إلى علم الله وحكمه هذا في أحكام الثواب والعقاب وأما في أحكام الدنيا فهي جارية على ظاهر الأمر….”

“Allah swt akan menentukan antara hambaNya pada hari kiamat nanti dengan hukumNya dan keadilanNya. Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan mereka yang telah mendapat hujah dakwah, dengan pengutusan Rasul-rasul. Ini adalah suatu yang pasti ke atas semua makhluk. Adapun sama ada Zaid atau Amru (sekadar cth daripada Ibn al-Qayyim), secara spesifiknya telah mendapat hujah yang sepatutnya atau tidak, maka itu adalah perkara yang berlaku antara Allah SWT dan hamba-hambaNya. Tidak ada sesiapa yang akan tahu. Maka yang menjadi kewajipan iman kepada setiap manusia adalah untuk berakidah bahawa bahawa sesiapa sahaja yang tidak beragama Islam, maka beliau adalah seorang kafir. Dan bahawasanya Allah SWT tidak akan mengazab seseorang melainkan setelah berlaku hujjah dakwah ke atas beliau dengan pengutusan rasul. Ini adalah secara umum. Manakala penentuan seseorang individu secara spesifik, maka itu adalah terserah kepada ilmu Allah SWT dan hukumNya. Ini adalah dalam soal pahala dan azab (di akhirat). Adapun di dalam hukum-hakam dunia maka ianya adalah bergantung kepada apa yang zahir (kepada kita)….”

Jelas daripada penerangan Ibn al-Qayyim ini bahawa, seseorang yang telah meninggal dunia sebagai seorang kafir (secara zahirnya), maka hendaklah kita memperlakukannya sebagai seorang yang telah meninggal kafir. Tiada sebarang takwilan, melainkan apabila kita ada bukti yang menunjukkan bahawa beliau telah sempat beriman sebelum meninggal dunia. Perkara ini bukanlah suatu yang boleh diagak-agak. Atau dibuat andaian. Soal adakah beliau telah mendapat dakwah yang sempurna atau tidak semasa di dunia, itu adalah urusan antara beliau dengan Allah di akhirat, bukannya untuk kita menentukannya di dunia. Jangan ada sesiapa yang bertindak melebihi had sehingga membuat andaian bahawa beliau mungkin tidak cukup hujah dakwah lalu mengambil sikap mendoakan beliau atau beristighfar untuk beliau. Ini adalah bertentangan dengan firman Allah di dalam surah Taubah, ayat 113-114.

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka. Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.”

Saya berharap agar penulisan ringkas ini memberikan kefahaman yang sebenar berkenaan dengan bagaimana berhadapan dengan kematian seorang Non Muslim.

Kesimpulannya, kita hendaklah berhukum dengan apa yang zahir dan jelas. Jika tiada sebarang bukti bahawa beliau telah mengucap dua kalimah syahadah, maka beliau telah meninggal sebagai seorang kafir di sisi Allah. Segala hukum seorang yang meninggal kafir hendaklah dikenakan kepada beliau. Adapun bagaimana keadaan beliau kelak, maka itu adalah antara beliau dengan Allah SWT. Semua ilmunya di sisi Allah SWT. Sebagai seorang Muslim, kita adalah terikat untuk memastikan bahawa tindak-tanduk kita adalah selari dengan panduan al-Qur’an dan al-Sunnah di dalam hal ini. Janganlah mentakwil yang tidak sepatutnya, semata-mata untuk menggambarkan kita ini bersifat terbuka, dengan harapan orang yang bukan Islam akan lebih berlembut dengan kita. Sekali lagi saya tegaskan, batas iman dan kufur perlu jelas. Keterbukaan dan moderasi (moderation) mestilah berpandukan kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Sesungguhnya al-Qur’an dan al-Sunnahlah yang menjadi rujukan kita dalam setiap keadaan.

Doakan untuk saya, agar saya mempunyai masa untuk menjawab perkara yang kedua nanti, iaitulah “berpandukan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, menurut perbincangan ulama, sejauh manakah non-Muslim berkemungkinan mendapat keuzuran untuk tidak beriman di dunia dan layak untuk mendapat perhitungan daripada Allah di akhirat kelak. Adakah mereka akan terus selamat daripada api neraka, atau adakah di sana perhitungan-perhitungan tertentu daripada Allah SWT tentang kedudukan mereka, demi menetapkan dimanakah akhiran mereka, sama ada ke Syurga atau Neraka”. Doakan

SemogaAllah SWT merahmati kita semua. Amin.

Wallahu A’lam
dr aznan_2
 Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
irama
Posted on Wednesday, April 23 @ 19:47:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Harga Getah terus jatuh, peneroka tekad demo di kubu kuat Umno
Posted on Thursday, April 24 @ 10:24:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SHAH ALAM 23 APRIL : Sekumpulan peneroka tekad membuat demonstrasi di kubu kuat Umno menggesa Kerajaan Pusat memainkan peranan dalam mengawal kejatuhan harga getah yang sehingga kini menjadi RM1.80 sekilogram (kg).

Beberapa laman blog dan laman sosial Facebook memaparkan sekumpulan warga peneroka Felda Kampung New Zealand, Maran, di Pahang membuat demonstrasi berhubung kejatuhan harga getah itu, baru-baru ini.

Peneroka terbabit dilihat berani membuat demonstrasi walaupun kawasan terbabit yang merupakan kawasan kubu kuat Umno dan penduduknya bergantung pendapatan utama dengan hasil getah.

Bantahan itu turut dilakukan oleh penoreh getah di Baling, Kedah, Februari lalu yang meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah sehingga menjejaskan perbelanjaan harian mereka.



Ketika itu, harga getah dikatakan turun sehingga RM1.90 kg hanya dalam tempoh beberapa minggu tahun ini.

Penurunan itu antara yang paling tinggi sehingga menimbulkan keresahan mereka yang mengusahakan tanaman terbabit.



Harga getah mengalami penurunan dengan mendadak pada kadar RM1.90 kg daripada sekitar RM2.70 dan RM2.40 kg.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebelum ini berkata penurunan mendadak harga getah itu bakal membuka ruang krisis sosio-ekonomi baru rakyat Malaysia sekiranya keadaan ini berterusan.

Katanya, ia akan berlaku ekoran tiada langkah proaktif dari Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah ini juga bakal mengakibatkan kadar pendapatan jatuh lebih rendah dari tahap kemiskinan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), penurunan harga getah sudah bermula . Kalau kita perhatikan sejak PRU 2008 dulu, ia berada di puncak kestabilan harga sama ada komoditi sawit dan getah.

“Tapi memang secara perlahan-lahan sejak tahun 2010 harga getah memang mula turun dan hari ini berada di suatu tahap rendah sekitar RM2.70 sekilo,” katanya kepada Selangor Kini.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul juga mengaitkan penurunan harga getah itu dengan demontrasi Baling 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, tindakan itu berjaya menunjukkan kuasa rakyat miskin yang seolah dicabar oleh Kerajaan Pusat dan ia berkemungkinan boleh berlaku jika keadaan itu berulang.

Namun, katanya, keadaan petani masih tidak berubah dan kerajaan masih gagal mengatasi masalah kejatuhan harga getah.

Dalam demonstrasi Baling itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan bahawa penduduk di Baling mati kerana kelaparan akibat kemiskinan.

Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan.

Tahun lalu, Ketua Umum itu mencadangkan satu perancangan khusus dan praktikal bagi tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk menyelesaikan masalah itu.

PKR menggariskan prinsip program penstabilan harga antaranya satu Tabung Kebajikan Komoditi Negara wajar ditubuhkan dengan sumbangan asas sebanyak RM100 juta oleh Kerajaan Pusat.

sumber


  Berita Panassssss... TS Khalid Dikatakan MB Tak Guna Oleh Ahli Parlimen PR
Posted on Thursday, April 24 @ 09:49:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Malas gua nak Mengulas Panjang-Panjang berkenaan Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ni beb, nanti ada pulak Penyokong beliau yang TERASA HATI.

Cuma kalau sudah ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) sampai mengatakan yang beliau sebagai MB TAK GUNA setidak-tidak nya mesti ada ALASAN yang menyebabkan Ahli Parlimen PR (DAP) dari P.50 Jelutung tersebut mengeluarkan Kenyataan tersebut berkaitan ISU Catuan Air. sumber

Mungkin jika yang mengatakan bahawa TS Khalid sebagai MB Tak Guna adalah SPESIS Umno terutama nya Pengerusi Umno Negeri Selangor, iaitu Pengusha Kolam Udang Berjaya Datuk Seri Noh Omar SENANG dan MUDAH untuk dijawap. Tetapi bila yang mengatakan dan menyebut nya adalah Ahli Parlimen dari PR rasa nya ada sesuatu yang TAK KENA serta menjadi Tanda Tanya terhadap TS Khalid, apa yang Tak Kena itu lu orang kena Fikir-Fikirkan.

Ada yang berkata Apakah dengan mengantikan TS Khalid sebagai MB Selangor Masalah Air akan SELESAI, memang betul belum tentu orang yang menggantikan TS Khalid sebagai MB dapat MENYELESAIKAN Masalah AIR dalam masa terdekat. Namun apa yang dilihat sebagai KELEMAHAN yang ada pada TS Khalid ialah seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor telah Mengambil Alih Tugas SYABAS dalam MENYALURKAN AIR kepada Pengguna.

Lihat sahaja lah bagaimana SENANG LENANG nya pihak SYABAS, dalam masa Catuan Air tetapi masih boleh lagi membuat Keuntungan dengan Menjual Air kepada LORI TANGKI pada Harga yang Didakwa Tinggi. Disini KEPANDAIAN Politik tidak DIMILIKI oleh TS Khalid yang mungkin lebih CEKAP dan PANDAI didalam hal-hal Pengurusan Koperat, namun LEMAH di dalam ILMU Politik terutama nya bila BERHADAPAN dengan Spesisi Umno.

Harus di ingat yang SYABAS masih lagi Dipunyai oleh KRONI Umno, kalau sudah nama nya Kroni Umno Tak Banyak Sikit Perangai dan Tingkah Laku nya mesti lah MIRIP dan CONDONG kepada Umno, oleh itu tidak salah bila MENGSYAKI ada sesuatu yang tidak kena dalam Pengurusan Catuan Air. Dimana dikatakan Catuan Air bukan nya Satu Hari Ada Air manakala Dua Hari Catuan Air tetapi yang terjadi ialah Satu Hari Ada manakala Empat Hari Catuan Air.

Disini bermula nya RUNGUTAN serta KELUHAN dari Pengguna, mungkin dengan menghadapi Jadual Catuan yang telah dibuat rasanya ianya masih boleh Diterima oleh Pengguna. Tetapi bila Catuan Air sudah tidak mengikut Jadual yang Betul maka timbul lah rasa Tidak Senang Hati terhadap Kerajaan Selangor Pimpinan TS Khalid yang seolah-olah telah Mengambil Alih Peranan Pihak SYABAS dalam Menyalurkan Air kepada Pengguna.

Kelemahan yang ditunjukkan oleh TS Khalid berkaitan Isu Air ini bermula sejak dari beliau Menandatangani Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat, sedangkan Isu Air mula Dimainkan oleh Pembangkang Selangor yang ketuai oleh Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Yang menjadi Tanda Soal Kenapa MoU tersebut di Tandatangani oleh MB diwaktu itu?... seolah-olah Selangor sudah Terdesak Air tahap Kritikal ketika itu.

Sedangkan bukan sahaja Negeri Selangor yang Terdesak Air tetapi banyak lagi Negeri-Negeri yang Terdesak dengan Air akibat dari KEMARAU PANJANG, namun dengan Menandatangi MoU ianya seperti MENGHULURKAN KEPALA untuk DIPANCUNG oleh Pihak Musuh. Mujur saja Rakyat yang Keluar Menggundi pada PRK Kajang yang lepas adalah kebanyakkan nya CERDIK AKAL dan Tahu menggunakan Kepala Otak bukan nya Kepala Lutut.

hemmmmm..... kemelut pkr negeri selangor hanya akan reda bila dua calon timbalan presiden pkr iaitu khalid ibrahim dan azmin ali kalah dalam pertanding timbalan presiden pkr, jika salah seorang dari mereka menang maka kemelut juga akan turut berpanjangan... jangan marah beb... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Thursday, April 24 @ 09:49:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



si hitam manis yang menggoda
Posted on Wednesday, April 23 @ 19:44:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

I, ke si hitam manis itu?

Abu Dubeis sentiasa ingin bertawaf sehampir kaabah. Pusingan lebih cepat habis. Bermakna ibadah tawaf boleh dilakukan banyak kali. Abu Dubeis pernah bertawaf ditingkat atas, terasa berbeza jauhnya jarak untuk menghabiskan 1 pusingan. Jarak satu pusingan lengkap di atas mungkin memerlukan lebih dari 3 kali pusingan lengkap di bawah. Kalau 7 pusingan?


 Tentulah, bertawaf di bawah lebih menguntungkan dari sudut hasil bilangan. Namun ingat, adanya sudut kiraan berbeza. Bahawa pahala mengikut juga kadar susah payah dalam melakukannya. 
Begitulah, keadilan buat nenek tua yang berkerusi roda melakukan tawaf melalui pusingan yang besar.
Maha adilnya Allah Yang Maha adil.    
Bagi tawaf dikawasan kaabah, setiap kali pusingan tawaf dilakukan, tidak dapat tidak kita akan melihat kepada bucu atau sudut Rukun Hajar Aswad. Disitulah terdapatnya ‘Hajar Aswad’, iaitu yang disebut dalam bahasa inggeris ‘The Black Stone’  bermaksud ‘Si Batu Hitam’. Si batu hitam yang sentiasa kelihatan manis. Memadailah disebut ‘si hitam manis’. Si hitam manis yang menggamit perasaan. Sentiasa menyebab jiwa manusia disekelingnya bergelora. 
Selama musim haji, dan sepanjang bertawaf entah berapa banyak kali, Abu Dubeis telah mengalami dan menyaksikan beberapa perkara pelik. Mungkin tak pelik sangat, tapi perlu juga diceritakan. Hai! ini semua gara-gara si hitam manis yang menggoda.. 
Kisah Cinta 1
Semasa bertawaf melepasi Rukun Yamani, sambil merenung ke arah Hajar Aswad, Abu Dubeis pernah di tawarkan perkhidmatan untuk membantu Abu Dubeis mencium Hajar Aswad. Tawaran ini bukan sekali bahkan tiga kali.  Ketiga-tiga tawaran ditolak oleh Abu Dubeis secara terus, tanpa membuka peluang untuk mereka mengusulkan terma-terma rundingan. 
Masih diingati salah seorang di antara mereka, yang susuk tubuhnya sedikit gempal dan tidak tinggi. Orang Indonesia. “Mau cium pak”. Dia dapat mengesan Abu Dubeis orang Malaysia, serumpun dengannya. “Walaupun aku berjubah arab, tak pakai beg atau lencana tabung haji, namun muka melayu aku ni tak boleh nak sorok,” bisik Abu Dubeis bergurau dengan diri sendiri. 
Sebenarnya mungkin kita hairan, bagaimana susuk tubuh yang tidak besar itu mampu membantu kita. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil 2-3 orang dalam membantu pelanggan mencapai hasrat untuk mencium Hajar Aswad. Bayangkanlah sampai ke peringkat ini, ada ‘business deal’
Tidak tahulah berapa banyak kali tawaran ini telah dibuat? Tidak tahulah juga berapa banyak kali tawaran ini telah disambut, diterima. Tidak diketahui juga jumlah sebenar ‘nilai dagangan’ transaksi perniagaan ini dalam setahun. Pastinya bernilai jutaan, jika dalam rupiah.
Siapa yang tidak jatuh hati kepadanya. Siapa yang tidak menaruh hasrat untuk menciumnya. Biarpun hitam, tarikannya menggamit perasaan. Siapa yang lalu, pasti tidak dapat tidak, akan tertoleh, biar sekilas pandang. Namun bukan semua berani menghampiri untuk meluahkan rasa di hati. Cabarannya sukar sekali. Ia idaman setiap lelaki. 
Mulanya terasa hairan, kenapa sampai 3 kali dia ditawarkan. Perkhidmatan untuk ciuman. Barulah Abu Dubeis sedar dan perasan. Semasa bertawaf, setiap kali tiba dipenjuru itu,  pandangan pasti terarah ke situ, lidah menjadi kelu, mata merenung sayu. Hati dilanda rindu. Rindu yang bukan sebarangan. Rindu bayangan.
Mungkin ketika itulah geng indon ini perasaan. Melihat Abu Dubies seperti kepinginan. Rasanya inilah yang mereka fikirkan; “Wah! ini bapak dari Malaysia bisa jadi pelanggan. Ongkosnya pasti lumayan. Tengok muka, begitu kasihan, kesayuan. Begitu dahagakan ciuman. Tapi enggak ada keberanian. Sekadar menaruh hati dari kejauhan. Bagai pungguk rindukan bulan”.
Bagi Abu Dubeis. Dia cinta tapi dia tak tergamak membayar. Dia yakin itu salah. Itu cinta yang ternoda. Jika dapat mencium pun, apalah ertinya. Dia akan berusaha sendiri, tak kisahlah kalau perlu berkali-kali. Sekadar terdaya, dengan ingatan untuk tidak menyakiti sesiapa. Dia  memohon Allah agar dia tidak menyakiti, juga tidak disakiti. Dia akan berdoa dan merintih selalu dan sentiasa. Dia yakin, jika Allah mengkehendaki, ia pasti berlaku. Dia memohon agar ia berlaku. Jika dapat sekali. Dia mahu meminta lagi. Lagi dan lagi. 
Untuk kisah cinta 2 dan kisah cinta 3, boleh didapati dalam buku Haji 2013, bertajuk Baitullah Aku Datang, (Terbiran Karangkraf-Karya Bestari boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa 2014 (bermula 24 April).
ziarahi:- hisham-ahmad.blogspot.com "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Posted on Wednesday, April 23 @ 19:44:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan