Khamis, 17 April 2014

JANGAN BEGITU....ATAS KATIL PUN BOLEH MATI....MATI TELAH ALLAH TETAP BAGAIMANA.....SEMUA KITA AKAN MATI TUNGGU GILIRAN AJE

Harimau Jelutong sudah tiada
Posted on Thursday, April 17 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





IPOH, 17 APR: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi.

Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera.

Karpal, 74 tahun dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia kehilangan seorang negarawan ulung. Terima kasih Saudara Karpal. Berehatlah dengan tenang. – Roketkini.com


Pemimpin cium tangan rakyat
Posted on Thursday, April 17 @ 08:31:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"MASYAALLAH, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mencium tangan seorang buruh kasar di Gaza. Ismail berkata tangan tersebut dikasihi ALLAH dan RasulNya. Rakyat Palestin amat tersentuh dan menyayangi Perdana Menteri mereka yang amat merendah diri semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH dan mendoakan agar Perdana Menteri mereka dinaikkan darjat.

Sumber dari https://www.facebook.com/muslimcaremalaysia

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Thursday, April 17 @ 08:31:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Orang Ramai Diminta Bantu Kesan Anak Perempuan Hilang
Posted on Thursday, April 17 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu




Nur Al-Fatinah Mohd.

KUALA TERENGGANU:
Sepasang warga emas di sini meminta orang ramai mengesan anak perempuan mereka yang hilang sejak seminggu lalu.

Nur Al-Fatinah Mohd, 32, yang mengalami masalah lembam disedari hilang dari rumah di Kampung Baru Tetambah, Manir, pada 8 April.

Ibu berkenaan Midah Awang, 53, berkata ia menyedari ketiadaan anaknya di rumah selepas selesai solat maghrib.

Katanya panik dengan keadaan itu dia lantas memberitahu suaminya Mohamad Musa, 57, untuk mencari anak mereka di sekitar kampung namun gagal menemuinya.

Ibu itu membuat laporan pada keesokannya di Balai Polis Manir.

Kali terakhir Al-Fatinah dilihat mengenakan baju kurung putih bercorak bunga warna merah dan biru, katanya.

Menurutnya tiga tahun lalu anaknya itu pernah hilang selama tiga hari bagaimanapun Fatinah balik semula ke rumah.

Kepada sesiapa yang terserempak dengan Fatinah atau ada melihatnya diminta menghubungi Mohamad di talian 017-9449885 atau Ismail 013-9839224; atau Razali 014-2901187.

sumber 

Pelatih Polis Wanita Terberanak Dalam Tandas HKL

Seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) terkejut apabila terserempak seorang pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur baru melahirkan bayi perempuan di dalam tandas di hospital berkenaan.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi kelmarin, pelatih berusia awal 20-an itu dipercayai cuba merahsiakan kehamilan dialami sebelum melahirkan bayi itu di dalam tandas berhampiran Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur.
beranak-dalam-tandasSumber polis berkata, pelatih terbabit kemudian diberikan bantuan kecemasan sebelum diselamatkan bersama bayinya oleh kakitangan hospital.
Menurutnya, pelatih wanita itu dan bayinya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di zon merah Jabatan Kecemasan HKL. – TerengganuToday
KOTA BHARU: Umat Islam di seluruh dunia hendaklah bangkit mempertahankan Masjidil Aqsa ekoran tindakan biadap tentera Israel mencemari kesuciannya.

Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Syarafi Wan Mustaffa berkata, semalam

berlaku pertempuran sehingga membunuh 30 pemuda murabithin yang menjaga Masjidil Aqsa.

Katanya, pemuda terbabit sanggup mengadaikan nyawa dan jiwa bagi mempertahankan kiblat pertama umat Islam.

“Tentera Israel bukan sekadar menyerang pemuda terbabit, malah semakin biadap dengan membedil menara Masjidil Aqsa.

“Suatu masa dahulu kita digemparkan dengan peristiwa pembakaran mimbar Masjid Al Aqsa, namun umat Islam diam membisu.

“Kini tidak mustahil tragedi yang lebih dashyat berlaku, sedangkan kita pula semakin lumpuh akal dan jiwa,” katanya di sini.

Masjidil Aqsa milik Palestin kini dikawal rejim Zionis. Yahudi juga menggali terowong di bawah pagar Masjid al-Aqsa yang diruntuhkan.

Penjajah Yahudi dikatakan berkerja siang dan malam menggali terowong yang tersembunyi dari pandangan umum.

Wan Mohd Syarafi berkata, umat Islam di seluruh dunia hendaklah bangkit tanpa mengharapkan sekumpulan anak muda Palestin sahaja mempertahankan Al Aqsa.

“Sedangkan kita di sini hanya mengeluh dan berpeluk tubuh. Memang benar apa yang dikatakan Prof Dr Yusof Qardhawi bahawa Al-Aqsa bakal berdepan dengan bahaya besar.

“Lihat sahajalah pemimpin negara Arab dan negara Islam hanya melihat sahaja tanpa tindakan yang proaktif.

“Persidangan demi persidangan diadakan, namun tiada hasil, hanya berani mengeluarkan resolusi dayus mengutuk kekejaman Israel dari jauh,” ujarnya.

Sementara itu Hamas dalam satu kenyataannya menyeru umat Islam membantu Masjidil Aqsa yang sedang dalam bahaya sekarang.

Jurucakapnya berkata, kiblat dan tempat suci umat Islam sedang dipijak-pijak musuh Allah.

Thursday, 17 April 2014


AHLI PARLIMEN LANGKAWI MERANGKAP PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB, DATO' NAWAWI AHMAD SUDAH TERAMAT MELAMPAU ... KINI SASARAN HINANYA SUDAH TERMASUK PESAWAT MH370 !!!!

"Dalam keadaan naik kereta maut, naik motor eksiden, naik kapalterbang hilang, LEBIH BAIK NAIK KERETAPI, kempen bersama keretapi ktmb"

Dato' Ir Hj Nawawi Ahmad, Pengerusi, Lembaga Pengarah KTMB yang juga Ahli Parlimen Langkawi kebiadapan dan keceluparannya sudah melampaui batas.

Bukan sahaja mendiang YB Karpal Singh menjadi sasaran penghinaannya kerana berlainan anutan politiuk tetapi kini sudah menguris hati para waris penumpang dan kru pesawat MH370 yang hilang.

Ketika seluruh dunia menzahirkan rasa sedih dan pilu, Ahli Parlimen UMNO/BN Langkawi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB perlekehkan dan jadikan kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan ejekan dan gurau senda dalam kempen menggalakan rakyat naik keretapi.

Inilah dia perangai kotor, jijik dan hina sungguh yang amat paling ada pada tubuh badan seorang pemimpin UMNO .. belum pernah ada pemimpin UMNO menghina rakyat sebegini rupa.

Dato' Seri Najib Razak wajar ambil tindakan pecat sahaja mamat melaon hampas ini dari KTMB dalam kadar segera!!!!

Rosmah Mansor sampai terketar kepala lutut bila diberitahu tentang kehilangan MH370, mamat melaon ini boleh senang lenang tanpa ada rasa duka dan dosa permainkan kehilangan MH370.
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia menyifatkan bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat malah sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk membela rakyat.
"Mendiang seorang yang berpegang kepada prinsip. Mendiang bersuara lantang di Parlimen dan berani menegur kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana ahli Parlimen dan juga Speaker," kata Ketua Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sehubungan itu, Siti Zailah (gambar) mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga mendiang Karpal Singh dan berharap keluarga mendiang tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan tersebut.
Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 12.45 pagi tadi. 
Siti Zailah menyifatkan berita kematian Karpal itu sebagai amat mengejutkan dan negara telah kehilangan seorang pejuang serta penegak keadilan.
Menurut polis, kenderaan pelbagai guna itu remuk teruk selepas hilang kawalan apabila berlanggar dengan sebuah lori di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) menyifatkan kematian Karpal sebagai satu kehilangan yang melangkaui hal parti dan kerajaan.
Karpal, ujarnya ialah negarawan yang menjadi ikon keadilan dan keberanian untuk perjuangan menuntut kebenaran.
Ketokohan Karpal, tambah Azmin terserlah dalam perjuangan membela rakyat yang tertindas dan yang kurang bernasib baik.
"Tidak dapat saya gambarkan apabila benar-benar terkejut apabila menerima berita tragis kematian YB Karpal dalam kemalangan yang dahsyat awal pagi ini.
"Secara peribadi, saya amat sedih kerana bukan sahaja kehilangan seorang sahabat, bahkan seorang mentor yang punya keistimewaan dan saya hormati untuk menerima nasihat dan bimbingan," ujarnya.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang mereka lalui masa ini. Buat sahabat, Saudara Gobind, saya yakin saudara kuat dan seorang pejuang sama seperti bapa saudara, YB Karpal," ujarnya.



Suami Tangisi Kematian Pelakon Sinetron Terkenal Indonesia, Shasya Yunisha



Pelakon sinetron Indonesia, Shasya Yunisha disahkan telah meninggal dunia 7.30 pagi semalam.
Pelakon Sinetron, Shasya Yunisha Meninggal Dunia
Khabar ini dimaklumkan kepada umum oleh syarikat pengurusannya menerusi Twitter berbunyi:
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Telah meninggal dunia sahabat kami Shasya Yunisha. Mohon doanya.”
shasya-yunisha-meninggalDemam denggi berdarah dipercayai punca kematian pelakon yang pernah membintangi sinetron Rama & Ramona, Kesetiaan Cinta dan Kasih & Amara ini.
Shasya meninggalkan suami yang juga pelakon sinetron, Ferdi Ali atau Ferdinal Arnaz dan bayi perempuannya yang masih kecil bernama Fesya.
Pemergian Syasha yang tidak disangka-sangka mengejutkan rakan-rakan dan peminat hingga akaun Twitter dibanjiri ucapan takziah yang antaranya berbunyi:
Fatharani Uyuun J @Uyundie: Rip sasha yunisya (gak tau sih orang’a yg mana?) Gue tau’a laki’a doang si Ferdi Ali (sering liat dia…
Triadesap @adeciput: Innalilahi wa innailahirojiun” @pacipucino: Innalillahi wa innailahirojiun. RIP Yunisha Shasa istri dari tetangga saya Ferdi Ali @FerdiShasya
Dida A. Sutrisno @didot_ipey: ya ampun istri nya ferdi ali meninggal
Santika @santika_89_: Innalillahiwainnailaihiroji’un “ @Swara_Andhika: Telah berpulang ke Rahmatullah teman, rekan, sahabat kita Shasya Yunisha, istri dr Ferdi Ali
Bagaimanapun, insan paling terkesan sudah tentulah suami allahyarham, Ferdi yang kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika menatap jenazah isterinya buat kali terakhir.
Al-Fatihah. – MYNEWSHUB
Oleh: REM RAMZI
Sumber: Kaskus
 

Bahasa

Mayat mendiang Karpal dibawa ke Pulau Pinang

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
April 17, 2014
Ahli keluarga mendiang Karpal Singh mengangkat keranda ke luar rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 April, 2014. Ahli keluarga mendiang Karpal Singh mengangkat keranda ke luar rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 April, 2014.
Mayat mendiang Karpal Singh dibawa ke kediamannya di Pulau Pinang hari ini untuk disemadikan pada Ahad selepas selesai bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh.
Karpal, 73, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaikinya berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter seberat lima tan di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung.
Mendiang dibawa keluar dari hospital tersebut tepat jam 1.30 petang selepas selesai bedah siasat.
Perkarangan rumah mayat hospital turut sesak dengan ahli keluarga yang kelihatan sebak, wartawan yang hadir membuat liputan, serta orang awam yang ingin memberikan penghormatan terakhir.
Mayat mendiang turut diiringi kenderaan polis keluar dari perkarangan rumah mayat hospital dengan penyokongnya turut mengekori kenderaan mayat.
Karpal, bersama pembantunya, Michael Cornelius dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian. – 17 April, 2014.

Wanita 27 Tahun Menangis Dihukum Gantung Kerana Bunuh Ibu Tiri


Seorang wanita dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam, selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah menekup muka ibu mereka menggunakan bantal sehingga mati, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Zahidah Ahmad, 27, dan adik tirinya, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. 
Wanita 27 Tahun Menangis Dihukum Gantung Kerana Bunuh Ibu Tiri
Wanita 27 Tahun Menangis Dihukum Gantung Kerana Bunuh Ibu Tiri
Bagaimanapun, hukuman terhadap adik tirinya itu hanya akan diketahui pada 28 April ini selepas mahkamah menerima laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana ketika kejadian remaja itu masih di bawah umur. 
“Saya lebih mempercayai keterangan saksi pendakwaan dan saya dapati mereka (saksi pendakwaan) beri keterangan yang benar berbanding keterangan kedua-dua tertuduh yang didapati bersifat penafian semata-mata.
“Justeru, saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh melampaui keraguan munasabah dan mereka didapati bersalah dan disabitkan pertuduhan, ” katanya.
Mengalir air mata 
Sebaik hukuman dijatuhkan, kedua-dua tertuduh menundukkan kepala dan hanya ketika dibawa keluar oleh anggota polis, kedua-duanya mengalirkan air mata. Zahidah dan adik tirinya didakwa bersama-sama membunuh Tanziah Zainuddin, 72, di alamat Nombor 2, Lorong Kiyai Sujak 20B, Taman Sri Wangi, Kapar, Klang, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie manakala dua beradik itu diwakili peguam Tan Teck Yaw dan Liow Boon Lee.
Sumber : Bharian


“Saya tak tahu itu Karpal,” – Abu Mansor Pemandu Lori


IPOH – “Saya tak tahu itu Karpal,” demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.
Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.
Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.
KARPAL“Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah,” katanya.
Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.
Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, namun tidak cedera, pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital.
Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.
Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini – Sinar Harian

Lorry driver in Karpal crash tests positive for drugs

BY LEE SHI-IAN

April 17, 2014
Latest Update: April 17, 2014 04:55 pm
Police inspect the Toyota Alphard owned by the late Karpal Singh at the Gopeng police station today. The Bukit Gelugor MP and veteran DAP leader was killed when his car collided with a five–tonne lorry near Gua Tempurung, Perak, on the North-South Expressway early this morning. – The Malaysian Insider by Afif Abd Halim, April 17, 2014.Police inspect the Toyota Alphard owned by the late Karpal Singh at the Gopeng police station today. The Bukit Gelugor MP and veteran DAP leader was killed when his car collided with a five–tonne lorry near Gua Tempurung, Perak, on the North-South Expressway early this morning. – The Malaysian Insider by Afif Abd Halim, April 17, 2014.Traces of cannabis have been found in the urine sample of the lorry driver whose vehicle was involved in a collision with the Toyota Alphard which the late Karpal Singh was travelling in.
Perak police chief Datuk Acryl Sani Abdullah Sani told The Malaysian Insider that the initial urine screening of the 45-year-old driver revealed traces of cannabis.
"We have sent the urine sample to the Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh for confirmation," Acryl said.
This is the second incident that the police have announced, that the driver of a heavy-duty vehicle had tested positive for drugs.
On Tuesday, police said the driver of a double-decker express bus, which crashed on Saturday resulting in three deaths, tested positive for drugs and will be charged.
Bentong OCPD Superintendant Mansor Mohd Nor said the bus driver, Wan Khairul Affendi Wan Mustafa, 35, would be charged under Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952, at a Magistrate's Court.
The offence carries a jail term of up to two years or a fine of up to RM5,000, upon conviction.
During the 12.30am incident at KM11 Jalan Bentong-Raub, the bus crashed into a pole, killing an African man, his pregnant Malaysian wife and another passenger.
Ten other passengers including Wan Khairul were injured in the tragedy.
The bus, carrying 69 passengers, was heading to Kota Baru from Kuala Lumpur.
The Malaysian Insider also learnt that initial checks revealed that Karpal's driver is believed to have 15 outstanding traffic summonses for speeding.
Checks on the Toyota Alphard revealed that a total of 29 traffic summonses had been issued, of which 15 had not been settled.
Acryl said this was the result of initial checks and investigations which were conducted under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987.
The accident is believed to have occurred about 1.10am when the multipurpose vehicle (MPV) bearing Karpal collided with a five-ton Mitsubishi Canter lorry.
The collision took place at KM306.1 of the North-South Expressway. There were five people in the MPV and three in the lorry.
The five in the MPV were Karpal, his son Ramkarpal, his personal assistant Michael Cornelius, an Indonesian maid and driver C. Selvam.
In the lorry, apart from the driver, there was a woman, Nur Azlina Ahmad, 23, and a four-year-old girl Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah.
Both Karpal and Michael are believed to have died at the scene following the collision while the maid suffered severe injuries. – April 17, 2014.

Bahasa

Hina kematian Karpal: MCA dakwa otak Zulkifli Noordin ‘penuh sampah’

OLEH MD IZWAN
April 17, 2014
Keranda Karpal Singh tiba di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang dari Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014Keranda Karpal Singh tiba di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang dari Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014MCA mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini.
Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat seolah-olah  “lega” dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.
"Nampaknya Zulkifli Noordin sudah hilang rasional dengan cuba mendapatkan perhatian politik apabila mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan," kata Ketua Biro Publisiti, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari ini.
Chai menyifatkan bekas naib presiden Perkasa itu sebagai terlupa sifat asas setiap manusia.
"Zulkifli kelihatan terlupa dengan sifat asas yang diperlukan oleh setiap manusia," katanya.
Zulkifli berkata kematian Karpal akan memudahkan lagi kerajaan Kelantan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang selama ini ditentang hebat oleh DAP.
“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!” kata Zulkifli.
Chai menegaskan isu politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menyakiti orang lain, mendesak Zulkifli yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu supaya bersara daripada politik.
"Amalan dalam politik tidak sepatutnya disalahguna dan menyinggung perasaan orang lain, tambah-tambah jika ia melibatkan kebajikan orang ramai.
"Jika Zulkifli tidak memahami kebenaran ini, atau tidak tahu tentang konsep hormat, beliau boleh bersara daripada politik," kata Chai lagi.
Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.
Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. – 17 April, 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan