Rabu, 9 April 2014

DINERAKA PENUH DENGAN PERSALAH2 DIDUNIA YANG TERLEPAS HUKUMAN DIDUNIA SEBAB DISELAMAT OLEH KRONI2 DAN KAWAN2 YANG BERKUASA.....WALLAHU'ALAM

SHAH ALAM: Ahli Dewan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menggesa Kerajaan Negeri Selangor membentangkan draf perjanjian air di persidangan Dewan Negeri Selangor.

Jelasnya, perbentangan ini bagi memberi peluang kepada seluruh wakil rakyat yang dipilih untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka.

"Untuk kebaikan semua dan seluruh rakyat Selangor saya menggesa agar kerajaan negeri mengambil peluang mendedahkan draf perjanjian air yang akan ditandatangani dengan kerajaan pusat nanti.

"Ini adalah bagi memberi peluang kepada anggota dewan untuk memberi pendapat dan pandangan mereka dalam menjadikan ia lebih baik," ucap beliau ketika bangun membahaskan titah ucapan Sultan Selangor.

Azmin dalam masa yang sama turut meminta Dewan Negeri Selangor membentuk satu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi tujuan memantau kandungan perjanjian dam perjalanan proses rundingan antara kerajaan negeri dan pusat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat mahukan ketelusan dan tidak mahu kerajaan negeri ini dibuli oleh kerajaan pusat.

"Atas alasan itu pembentukan jawatankuasa ini amat penting bagi memantau segala proses rundingan mengenai isu air di Selangor.

"Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa atas kecuaian kita sendiri, kerajaan perlu bertegas dalam hal rundingan ini. Hak rakyat perlu dipertahankan," sambung beliau.

Azmin juga mahu kerajaan negeri berpendirian tegas agar perjanjian air itu nanti tidak terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) supaya peristiwa sebelum ini tidak berulang.

 Untuk Makluman Shahidan Kassim, Tindakan Musa Hitam Bukan Membuka Aib Namanya
Posted on Wednesday, April 09 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dalam usaha mempertahankan Mahathir Mohamad dan mengelakkannya daripada dijadikan bahan kecaman berikutan pendedahan Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri itu sebenarnya berada di dalam negara ketika berlakunya tragedi Memali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengingatkan bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.

Katanya, Islam menggalakkan umatnya supaya menutup aib orang lain dan sesiapa yang melanggarnya dianggap berdosa.

Dari segi moral, tutup aib orang dan Allah akan tutup aibnya di akhirat kelak. Saya ingat kalau hebat macam mana sekali pun, sebagai orang Islam elakkan daripada dedahkan aib orang dan sebagainya. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala kita, demikian katanya di Parlimen.

Beliau memberi jawapan secara umum dan bersandarkan etika Islam itu ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pas Sepang, Mohamad Hanipa Maidin yang meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan oleh Musa Hitam berkaitan peristiwa Memali dan kenyataannya bahawa Mahathir berada di dalam negara dan bukan di China seperti tanggapan ramai sebelum ini, sebagai suatu kebocoran maklumat.

Kemudian dari itu, Shahidan juga menegaskan, jika bekas timbalan perdana menteri atau menteri, mereka tahu risiko melanggar Akta Rahsia Rasmi, ada hukumannya.

Penjelasan Shahidan tentang membuka aib orang lain dan hukumnya disisi agama Islam memang sesuatu yang benar. Rasanya semua orang Islam tahu perkara itu kerana kita memang sering diingatkan mengenainya sejak remaja lagi.

Cumanya, tindakan Musa mendedahkan di mana Mahathir berada ketika peristiwa Memali, meskipun kita sebelum ini diberitahu bahawa ketika itu beliau berada di China, bukanlah suatu perbuatan mendedahkan aib Mahathir. Tindakan Musa lebih merupakan suatu pencerahan dan menceritakan kebenaran kerana bersama dakwaannya itu, beliau juga tampil dengan bukti-buktinya sekali.

Lebih tepatnya, Musa hanya ingin membersihkan namanya kerana selama hampir 30 ini hanya beliau yang seolah-olah dipertanggungjawabkan atas kejadian Memali itu semata-mata kerana kononnya ketika itu Perdana Menteri tiada dalam negara dan berada di China.

Perbuatan mendedahkan aib ialah seperti menceritakan keburukan orang lain sedangkan aib seseorang itu tidak wajar didedahkan. Seperti dalam kes liwat dan video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim misalnya, pendedahan secara besar-besaran isu membabitkan beliau dengan mengusung tilam selama berhari-hari ke mahkamah tetapi kemudian tidak dipakai pun sebagai bahan bukti dan penyebaran videonya, itulah yang dinamakan mendedahkan aib orang lain.

Begitu juga penyebaran video dan rakaman suara mengenai pemimppin Pas, itu juga dikira mendedahkan aib orang lain. Banyak lagi contoh tentang mendedahkan aib ini sebenarnya, ia berlaku di kalangan pemimpin kerajaan dan juga pembangkang. Namun aib yang dimaksudkan dan dilarang oleh agama mendedahkannya sebenarnya lebih bersifat perbuatan peribadi seseorang yang mana ia menjadi perhitungan antara individu terbabit dengan Tuhannya.

Tetapi mendedahkan keborosan pemimpin berbelanja, hobinya suka membeli perhiasan mewah atau seumpamanya tidak boleh dikategorikan sebagai mendedahkan aib orang lain kerana sebagai pemimpin, seseorang itu dan keluarganya mempunyai tanggungjawab kepada rakyat dan dianggap tidak berhati perut jika mengamalkan gaya hidup mewah sedangkan masih ramai rakyatnya yang miskin dan susah.

Pendedahan tentang perilaku yang seperti itu lebih merupakan peringatan.

Pendedahan Musa tidak menjatuhkan aib Mahathir kerana sama ada beliau berada di China atau dalam negara bukanlah sesuatu yang mengaibkan atau bersifat peribadi. Dalam hal ini Shahidan tidak perlu terasa bahawa pendedahan Musa itu sesuatu yang mengaibkan Mahathir.

Ia lebih merupakan kebenaran yang disembunyikan. Jika kerajaan mempunyai bukti sama ada menyokong kenyataan Musa atau memihak kepada tanggapan sebelum ini yang mengatakan Mahathir berada di China, menjadi tanggungjawab kerajaan mendedahkannya kepada umum.

Bahkan, jika kerajaan mempunyai bukti tetapi tidak mahu mendedahkannya semata-mata kerana ingin menjaga hati atau nama seseorang pemimpin itu, ia lebih dianggap tindakan yang tidak bertangungjawab kerana menyembunyikan kebenaran sedangkan paksi kehidupan adalah kebenaran.

Sebelum Shahidan mengingatkan tentang balasan mendedahkan aib orang lain ini, ada baiknya beliau menujukan perkara itu kepada UMNO dan kerajaan sendiri kerana sepanjang rekodnya, mendedahkan aib ini bukan saja dilakukan oleh para pemimpin dan medianya untuk menyerang musuh-musuh daripada parti pembangkang tetapi juga merupakan senjata untuk menjatuhkan pemimpinnya sendiri yang dianggap musuh dan tidak disenangi. (SH 08/04/2014)

SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com




 Guna Peruntukan Kanak-Kanak Buat Jamuan Pejabat
Posted on Wednesday, April 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




BILA pegawai kerajaan belanja peruntukan yang ditujukan kepada kanak-kanak kurang zat makanan untuk jamuan pejabat, apa lagi yang kita  boleh kata?


Apatah lagi perkara bedebah itu dilakukan oleh pegawai-pegawai kesihatan diamanahkan menjaga peruntukan tersebut. Jangan bimbang, Menteri akan beri seribu alasan. Perkara biasa kan?

Kita tahu perkhidmatan awam Malaysia bukan kelas dunia. Tetapi kita tidaklah menjangka yang ianya seteruk itu.


Apa sudah jadi dengan perkhidmatan awam Malaysia? Apa sudah jadi dengan pegawai kerajaan Malaysia?
Tetapi itulah antara pelbagai musibah dan keburukan yang didedahkan oleh Ketua Juruaudit Negara dalam laporan 2013 yang dikeluarkan semalam.
Terima kasih kepada akhbar The Star kerana memukadepankan penemuan itu.
Inilah yang menyebabkan rakyat jelata makin kritikal terhadap pentadbiran negara. Betullah kata orang dulu kala, bapa borek anak rintik.
Itu jugalah sebabnya rakyat jelata semakin keberatan membayar cukai. Sedangkan buat sekian lama rakyat jelata Malaysia adalah antara yang paling setia membayar cukai.
Yang liat bayar cukai adalah tauke-tauke, pengimport dan pengeksport. Macam-macam helah dan kaedah mereka guna untuk elak cukai, termasuk menipu dan merasuah.
Rakyat tidak bantah GST seperti mereka tidak bantah cukai jualan dan perkhidmatan. Yang mereka bantah adalah pembaziran, pemborosan, salah guna wang negara dan ketidakcekapan.
The Star turut memetik laporan Ketua Juruaudit Negara mengenai kelewatan 18 bulan menyiapkan kompleks mahkamah di Kuantan yang menyebabkan kosnya meningkat RM19 juta dan mesin roti RM1.2 juta untuk Jabatan Penjara disimpan di tempat letak kereta.
Ada Skandal Lebih Besar
Itu cerita tahi gigi kalau dibandingkan dengan salah urus pembinaan terminal penerbangan ekonomi KLIA2 yang bukan saja terlewat dua tahun, tetapi juga menelan belanja dua kali ganda - daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion.
Kontrak utamanya diberikan kepada usaha sama UEM-Bina Puri Berhad. UEM adalah GLC milik Khazanah Nasional manakala Bina Puri adalah syarikat pembinaan yang ada kaitan dengan MCA. Pengerusinya, Wong Foon Meng adalah bekas Setiausaha Agung MCA dan Speaker Dewan Negara.
Tidak hairanlah kalau pelanggan utama terminal baru itu, Air Asia Berhad mempertikaikan kesediaan dan keselamatan terminal yang dijadualkan beroperasi pada 2 Mei ini. Media massa, antara lain melaporkan keretakan landasan dan apron serta kesediaan sistem bagasi.
Dalam suasana di mana negara kita dilanda bala (ujian) demi bala – daripada kejadian alam (kemarau, jerebu dan kekurangan air) kepada kehilangan kapal terbang dan penculikan pelancong – kita wajib berhati-hati sebelum membuka KLIA2.
Ada orang kata bukan bala lagi, tapi sudah sampai peringkat pembalasan.
Bayangkan apa akan terjadi kepada imej kita sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini atau masalah teknikal besar di terminal baru itu.
Kita wajib ingat, hari ini genaplah sebulan kehilangan misteri pesawat MH370 dan kalau tidak kerana bantuan negara-negara sahabat, kita masih ternganga dan terpinga.
Wajib Siasat Kelewatan KLIA2
Kembali kepada kontroversi KLIA2, saya masih ingat betapa sukarnya memindahkan operasi dari Lapangan Terbang Subang ke KLIA pada tahun 1998.
Kebetulan saya tiba dengan penerbangan pertama Cathay Pacific dari Hong Kong di KLIA pada hari pertama operasinya.
Kita mengalami kelewatan yang panjang untuk keluar dari pesawat dan mengambil bagasi. Saya menulis mengenai pengalaman saya itu dan disindir pada hari berikutnya sebagai tidak patriotik.
Dalam hal kelewatan dan pergandaan kos KLIA2, kita wajib menuntut agar penyiasatan rapi dan bebas dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad dan kontraktor utama.
Mesti ada pihak yang tidak cekap, tidak teliti dan tidak telus sebaliknya korup sehingga berlaku kelewatan, pergandaan kos dan mutu kerja yang dipertikaikan.
Kita tidak memilih kerajaan, membayar cukai dan mematuhi undang-undang untuk diperkotak-katikkan oleh orang yang kita beri mandat dan kepercayaan. Barang dijauhkan malapetaka dan musibah seterusnya.

A KADIR JASIN
http://kadirjasin.blogspot.com

 4:19PM - 9 Apr 2014

Dipenjara sebulan kerana curi coklat RM71.40


Seorang penganggur dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan mencuri 21 keping coklat, tiga hari lepas.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan supaya Ahmad Amsraf Abdullah, 37, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan pada 6 April.

Dia didakwa mencuri coklat itu yang kesemuanya bernilai RM71.40,  di kedai 7-eleven KL Sentral, Brickfields di Kuala Lumpur, pada pukul 10 pagi, hari yang sama.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian pembantu kedai itu melihat tertuduh  menyimpan barang curi itu di dalam beg silangnya dan melarikan diri selepas itu tetapi berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan di situ.

Ahmad Amsraf didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dia yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kerana tidak mempunyai pekerjaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran.

- Bernama

HAAA.....HAAAA....YANG NI TERLEBIH MORAL.......AKHLAK HANYA ADA DALAM KEHIDUPAN ISLAM....BUKAN DALAM KEHIDUPAN KAFIR BARAT....


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata bahawa parti liar perlu ditentang.
Alhamdulillah.. Bagus sungguh saranan beliau.
Tapi.. Ada sikit pelik. Apakah dengan saranan saja sudah memadai? Bagaimana dengan tindakan sedangkan perilaku kita bengkok dan caca marba.
 Laman rasmi MCA penuh dengan tweet-tweet para pemimpin DAP
Posted on Wednesday, April 09 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Tweet-tweet oleh exco DAP iaitu Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw dan Teo Nie Ching dipromosi kelmarin di laman rasmi MCA — lihat screenshots bawah.
MCAlks


Tajuk berita TMI kelmarin menyebut bahawa pendirian MCA Selangor selaras dengan pendirian pro-Kristian Pakatan seraya bercanggah dengan pendirian BN-Umno Selangor (ruj. ‘Selangor MCA breaks ranks with Barisan, says against Bible confiscation‘)
.
BAWAH: Screenshot halaman penuh
http://www.mca.org.my/en/
.
LKSmca
FireShot Screen Capture #012 - 'Malaysian Chinese Association' - www_mca_org_my_en
(60 patah perkataan)HELEN ANG
http://helenang.wordpress.com


 Masa depan PKR lebih penting dari krisis Azmin dan Khalid, kata Rafizi
Posted on Wednesday, April 09 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





PETALING JAYA
: Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata masa depan parti adalah lebih penting 'pertembungan dua individu' yang sedang berlaku dalam parti itu sekarang.




Beliau mengulas mengenai krisis yang melanda dua individu dalam PKR iaitu di antara timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tidak boleh berkempen pemilihan semata-mata mengenai soal dalaman parti," katanya ketika majlis pengumuman pasukannya yang terdiri daripada beliau sendiri, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Tegas Rafizi, proses kempen bagi pemilihan sekali-kali tidak boleh mengabaikan suara rakyat kerana tujuan berpolitik adalah untuk membebaskan rakyat daripada korupsi.

Selain itu, Rafizi menggesa parti agar lari dari pertembungan dua personaliti dan perlu terus kekal dalam arus rakyat.

Katanya situasi tersebut tidak sihat dan tidak membantu rakyat dalam keadaan di mana rakyat adalah pemenangnya ketika pemilihan sesebuah parti politk.

"Jadi sebab itu kita ambil pendirian kita tawarkan diri. Azam saya supaya kempen ini tertumpu kepada isu rakyat... sebagai parti akan terus berjuang dan perjuangan parti yang membolehkan kita memenangi pilihanraya," tambah Rafizi.

Pada 1 Mac, Abdul Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti Mei ini.

Sebelum ini, hubungan Khalid dan Azmin dilapor 'tidak begitu mesra' apabila Azmin sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu.

Azmin turut pernah mengecam tindakan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun bulanan Menteri Besar serta anggota majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dianggap terlalu tinggi.

ASTRO AWANI


Abdul Khalid tidak tertekan dengan pasukan trio
pada 09-04-2014 03:04 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak berasa tertekan dengan langkah tiga pemimpin PKR membentuk pasukan untuk mengadakan kempen menjelang pemilihan PKR pada Mei ini.
Khalid yang bakal bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden parti yang kini disandang oleh Azmin Ali, menegaskan parti itu pada dasarnya bersifat terbuka kepada sebarang cara berkempen yang berhemah oleh mana-mana calon sekalipun.
"Pemilihan parti PKR adalah secara akar umbi jadi bermakna tiap-tiap ahli boleh memilih bukan melalui perwakilan.
"Oleh sebab itulah kita galakkan perkara ini berlaku. Ohh.. saya tidak ada tekanan, ini satu pembaharuan yang menggalakkan saya untuk menyertai parti reformasi," katanya ketika ditemui wartawan hari ini di lobi Dewan Annex.
Semalam tiga calon pada pemilihan parti, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution yang bertanding Timbalan Presiden dan Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Rafizi Ramli (Naib Presiden) bergabung membentuk sebuah pasukan bagi merebut jawatan yang dipertandingkan.
Selain Saifuddin dan Khalid, Azmin, Tian Chua juga bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden selain mempertahankan jawatan Naib Presiden.
Ditanya tentang strategi debat yang dicadangkan demi menghadapi hari-hari sebelum pemilihan, Khalid menegaskan tindakan sebegitu dilihatnya bukan menjadi satu keperluan ekoran ini adalah pemilihan parti sahaja.
"Debat ini... bukan caranya di mana ahli-ahli kita bukan duduk di Kuala Lumpur sahaja.
"Ini bukan perkara besar ini hanyalah untuk PKR dan ahli-ahlinya," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan