Rabu, 9 April 2014

DIAKHIRAT ANGGOTA BADAN JADI SAKSI....PENIPU2....PENJAHAT2....AHLI2 MAKSIAT DAN SEANGKATAN DENGANNYA TAK BOLEH LARI....PADAN MUKA DIA/MEREKA/KITA.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memaklumkan bahawa tiada keperluan bagi Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan pandangan hukum berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Setakat ini tidak ada sebarang fatwa mengenai GST kerana tidak ada keperluan pandangan hukum mengenainya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu jawapan bertulis.

Ianya sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dewan Rakyat.

Ustaz Hadi dalam soalannya mahu perdana menteri menyatakan apakah ada apa-apa ketetapan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap pelaksanaan GST oleh kerajaan pada tahun 2015.

GST menjadi pertikaian kerana perlaksanaan cukai itu nanti turut dikenakan kepada rakyat miskin yang bercanggah dengan perinsip percukaian dalam Islam.

Percukaian dalam Islam meletakkan bahawa cukai hanya boleh dikutip daripada orang kaya untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Februari lalu, PAS Wilayah Persekutuan melalui Seminar Audit Negara, Ekonomi dan Pecukaian Menurut Sisi Pandang Islam, membuat reaolusi agar kerajaan mengeluarkan pandangan berhubung status GST menurut pandangan syarak.

Mereka berpandangan bahawa, isu cukai khususnya GST dan isu ekonomi yang lain ketika ini wajar diberi pencerahan dari sudut syarak.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pungundian itu menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

Keputusan itu disambut bantahan ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan berdiri sambil mempamerkan plakad bantah dan tolak GST.

Cukai GST ini dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan.


KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.
Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama.
Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.
Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

Maktab Mahmud
Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.
Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan  buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.
Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.
Semua masih ingat, sebaik sahaja BN mengambil alih Kedah pada Mei 2013, kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hampir dilelong. Pusat pentadbiran dan beberapa buah fakulti penting sudah diarah pindah ke tapak asal di Alor Setar. Bahkan program perubatan sudah diserahkan kepada pihak lain. Mujur rektor yang baru dilantik ialah orang berjiwa akademik bukan orang politik, maka masa depan KUIN menjadi lebih baik.
Dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU13, mereka mencanangkan mahu menjadikan Kedah sebagai hab pendidikan terulung di rantau ini. Sebaliknya selepas mendapat mandat, bidang pendidikan terpinggir.

Kisah AIU
Berita terbaru yang mengejutkan adalah sebuah universiti terkemuka di Bandaraya Alor Setar iaitu Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), akan ditutup pada pertengahan tahun ini.
AIU mempunyai 600 pelajar dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan, mempunyai lebih 100 kakitangan termasuk pensyarah. Bagaimana nasib pelajar dan kakitangan? Tiada siapa dari kalangan pemimpin kerajaan Pusat atau negeri dapat menjelaskannya. Mukhriz jauh sekali mahu mengulas, seolah-olah tidak berminat bercakap mengenai isu pendidikan. Ini yang membezakan beliau dengan Almarhum Ustaz Azizan.
AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia. Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.
AIU menawarkan tiga program termasuk diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.
Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak juga dilaporkan telah mengosongkan jawatan tersebut. Isu sebahagian pensyarah KUIN yang didera dengan tidak dibayar gaji beberapa bulan masih belum dilupakan, apakah selepas ini akan muncul pula golongan pensyarah yang menderita kerana hilang pekerjaan?

Malang rakyat Kedah
Hendak dikatakan punca penutupan adalah disebabkan masalah kewangan, tidak munasabah. Syed Mokhtar yang banyak berinfaq kepada universiti tersebut sangatlah kaya.  Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion).
Selama ini pun beliau tidak pernah menjadikan AIU sebagai projek pelaburan atau perniagaan. Beliau menyumbang dengan murah hati dan pihak yang sepatutnya berfikir mengenai maju mundur universiti tersebut adalah pihak kerajaan. Maka penutupan AIU jika berlaku adalah terjemahan kepada kegagalan kerajaan BN dalam menangani isu pendidikan.
Bukan mudah untuk melihat tertegaknya sebuah institusi pengajian peringkat antarabangsa di negeri Kedah, namun setelah dibangunkan terpaksa ditutup pula. Kerajaan BN pula tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya. Malang sungguh rakyat Kedah mendapat sebuah kerajaan yang tidak prihatin mengenai isu pendidikan.
Macam kata Mukhriz setiap projek yang nak dibuat kerajaan negeri mesti ada untung. “Kita tak mahu curah air ke daun keladi,” katanya. Maksudnya jangan buang duit buat pelaburan yang tidak untung dari segi wang ringgit.
Tidak berkudis pun rasa hati pemimpin BN di Kedah apabila institusi pendidikan di negeri ini menjadi mangsa satu demi satu. Itulah BN.
PERTH: Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
  
Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
  
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
  
"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.
   
Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.
Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.
    
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.
Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.
  
"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.
  
Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.
  
Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.
  
Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.
  
Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).
  
Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kadar peningkatan bilangan muflis di negara ini iaitu sebanyak 235,635 orang seperti yang dicatatkan berakhir Disember 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata daripada jumlah tersebut, kadar peningkatan itu dapat dilihat dengan statistik setiap tahun sebagaimana yang disenaraikan Jabatan Insolvensi.

Menurut Nancy, jumlah keseluruhan mereka yang muflis dari 2007 hingga 2013 ialah sebanyak 122,169 orang.

"Kebanyakan daripada mereka berdepan dengan masalah muflis ini kerana pijaman perumahan, pinjaman kenderaan, seterusnya pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan," kata beliau ketika sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Nancy, kerajaan melalui agensi berkaitan akan mengadakan penerangan bagi meningkatkan tahap kesedaran kepada rakyat Malaysia dalam usaha membantu menguruskan kewangan masing-masing.

Beliau turut meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi dirinya sendiri bagi mengurangkan kadar bilangan muflis untuk tahun berikutnya, atau membantu golongan tersebut agar tidak terus terbeban dengan status berkenaan.

"Saya sendiri meletakkannya sebagai KPI saya sendiri untuk memastikan jumlah ini tidak bertambah, sebaliknya berkurang atau dapat dibantu," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan mendapati tahap kesedaran di kalangan rakyat telah meningkat berkaitan masalah muflis ini berdasarkan meningkatnya persoalan daripada orang ramai.

Beliau turut menafikan tanggapan bahawa punca muflis disebabkan ekonomi yang menekan, sebaliknya kajian mendapati ia berpunca dari pinjaman-pinjaman di atas.

Dalam soalan asal yang dikemukakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, meminta kerajaan menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang berstatus muflis dan usaha kerajaan untuk mengawal keadaan ini dari berterusan.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan PAS agar kertas putih peristiwa Memali 1986 ditarik balik dan ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat semula insiden itu.

Speaker membuat penolakan itu dalam kamar atas alasan usul yang yang dikemukakan oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) hanya merujuk kepada forum dan keratan akhbar.

Dalam pada itu usul yang dikemukakan  Mahfuz di bawah peraturan mesyuarat 18(1) dan 18(2), merujuk kepada pendedahan dan pengakuan terbaru yang dibuat bekas Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam dalam satu forum di Kota Bharu pada 4 April lalu.

Mahfuz ketika membacakan usul itu di Dewan Rakyat hari ini berkata , Musa dalam forum bertajuk "Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang" seperti dilapor media mendedahkan bahawa pada hari kejadian 19 November 1985, Perdana Menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada dalam negeri dan bukan berada di China seperti yang dihebahkan kepada umum.

Selain itu Mahfuz berhujah, Musa yang ketika itu juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bukanlah pemangku Perdana Menteri pada hari kejadian itu berlaku.

Musa juga berkata, beliau selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas peristiwa itu dan bersedia untuk mendedahkan fakta sebenar peristiwa Memali itu.

Selepas dari forum itu, Musa sekali lagi secara konsisten mengeluarkan kenyataan serupa melalui satu kenyataan kepada media.

"Maknanya kertas putih yang ditandatangan oleh Tun Musa Hitam yang lalu bukan fakta sebenar.

"Seolah-olah menggambarkan kertas putih ini dirangka dan dipaksa untuk dibentangkan oleh Musa. Kena tarik balik," kata Mahfuz pada sidang media selepas itu.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, paling tidak pun, Musa harus dipanggil semula menjelaskan fakta sebenar kepada anggota Dewan Rakyat.

Jika berpuas hati dengan penjelas Musa itu kata beliau, barulah satu usul dibuat bagi menarik balik kertas putih yang lalu itu.

"Perdana Menteri Datuk Najib jangan takut untuk membetulkan pembohongan oleh Tun Mahathir.

"Kita minta bercakap benar sahaja," katanya.


Anggota badan jadi saksi di akhirat.
Dari Asy Sya’bi dari Anas bin Malik Radhiyallaahu’anhu , ia berkata:
Suatu ketika kami pernah bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam, beliau tersenyum dan bertanya : Tahukah kalian apa yang membuatku tersenyum? Ia berkata: Kami menjawab: Allah dan RasulNya lebih tahu.
Beliau bersabda: Aku menertawakan percakapan seorang hamba dengan Rabbnya. Ia berkata: ‘Wahai Rabb, bukankah Engkau telah menghindarkanku dari kelaliman? Dia menjawab: Ya.
Ia berkata: Sesungguhnya aku tidak mengizinkan jiwaku kecuali untuk menjadi saksi atas diriku sendiri. Beliau meneruskan: Diapun berkata: Kalau begitu pada hari ini cukuplah jiwamu yang menjadi saksi atas dirimu (QS: Al Israa`: 16)
dan juga para malaikat yang mulia yang mencacat amalanmu menjadi para saksi. Beliau meneruskan: Lalu dibungkamlah mulutnya dan dikatakan kepada anggota badannya: Bicaralah.
Maka anggota badannya pun mengungkap semua amal perbuatan yang dilakukannya. Beliau meneruskan : Kemudian dilepaskanlah antara ia dan ucapannya hingga ia berkata (kepada anggota badannya sendiri): Celakalah kalian, bukankah aku dulu membelamu?
(Shahih Muslim 2969-17)
Dari hadits diatas menunjukkan bahwa semua anggota tubuh kita nantilah yang akan menjadi saksi kita diakhirat. oleh karena itu tidaklah bisa dibohongi pengadilan di sana,,,
Marilah senantiasa kita ingat akan Allah yang maha melihat, maha mendengar, dan maha mengetahui.
semoga kita diberi rasa malu dan takut, sehingga kita terhindar dari perbuatan yang dilarang oleh Allah subhanahu wata'ala...


Tujuh saksi…



Lagi heboh tentang video Koboy Palmerah, seorang oknum TNI AD yang tertangkap kamera bertindak arogan dengan pentungan besi dan senjata api (dibantah katanya hanya air soft gun) menghardik dan melawan seorang pengendara motor sipil di jalan Palmerah, pada hari Senen lalu (tanggal 30 April 2012).
Sebelumnya juga heboh tentang video panas dua anggota DPR dari Fraksi PDI Perjuangan di sebuah apartemen di Jakarta. Kasusnya bergulir, entah, apakah nanti akan sama berakhir dibui seperti kasus sebelumnya yaitu video Ariel Peterpan dengan Luna Maya dan Cut Tari.
Di persidangan juga begitu. Angelina Sondakh memberikan saksi bagi tersangka Nazaruddin. Nantinya, dalam waktu dekat, bukan tak mungkin Nazaruddin akan memberikan saksi bagi tersangka Angelina Sondakh. Ada saksi dan ada tersangka, keduanya saling memberikan saksi. Ada saksi meringankan, ada saksi yang memberatkan.
Bagi kasus Ariel Peterpan, jelas video itu menjadi barang bukti, ‘saksi’ bagi kelakuan tidak senonohnya. Jika tidak ada saksi ‘video’ itu, Ariel Peterpan tidak akan mendekam di bui, karena tidak terbukti.
Saksi bagi Nazaruddin adalah manusia, sedangkan ‘saksi’ bagi Ariel Peterpan adalah video, benda yang oleh kita disebut benda mati, karenanya kemudian dinamakan barang bukti.
Itulah didunia, peradilan manusia. Dan Allah sebagai sang Maha Pencipta, telah menyiapkan saksi-saksi yang lebih canggih yang akan membuat setiap perbuatan baik ataupun buruk walaupun sebesar zarrah (atom) akan terbalaskan.
Kelak, di akhirat nanti, di hari pertanggungjawaban dan di hari pembalasan, akan ada tujuh saksi yang ‘berbicara’ mengenai kelakuan kita di dunia ini. Ke tujuh saksi tersebut adalah:
  • 1. Hati Nurani. Pada saat kita berbuat dosa, sebenarnya yang terdekat yang memberikan ‘perlawanan’ adalah hati nurani. Dia menjadi juru dakwah pertama bagi kita. Dia memperingatkan kita jika kita berbuat dosa, tetapi dia kita abaikan. Karenanya, tidak akan tercatat sebagai dosa, jika kita ‘akan’ berbuat dosa, tetapi kemudian kita tidak melaksanakannya, karena tunduk pada nasehat hati nurani.
  • 2. Anggota tubuh kita. Pada saat kita didunia, mata, pendengaran, mulut, tangan dan kaki kita dapat kita arahkan sekehendak hati kita. Kita perintahkan kaki melangkah ke mushalla, dia akan ikut, kita perintahkan kaki kita ke lokalisasi dia juga akan ikut. Mata dapat mengikuti apa yang kita mau, melihat yang baik ataupun sebaliknya. Semua anggota tubuh kita selama didunia mengikuti apa yang kita mau. Tetapi kelak di akhirat, semua anggota tubuh kita akan bersaksi terhadap perbuatan kita. Kita sudah tidak mempunyai kendali atas mata, pendengaran, tangan, kaki dan mulut kita sendiri, semuanya akan ‘berbicara’ memberikan saksi atas perbuatan kita.
Pada hari, (ketika) lidah, tangan, dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
-Qs An Nur (24):24-
Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamubahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.
-Qs Fushshilat (41):22-

  • 3. Malaikat. Menjadi bahan pengajaran agama sejak kita di bangku SD, bahwa ada dua malaikat yang bertugas menjadi pencatat perbuatan baik dan buruk kita. Dua malaikat tersebut adalah Malaikat Raqib dan malaikat Atid.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
(yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
-Qs Qaaf (50):16-18-
  • 4. Jin. Jin termasuk makhluk gaib, mempunyai dimensi yang berbeda dengan manusia. Sebagian besar manusia tidak dapat melihat jin, sedangkan jin dapat melihat manusia. Disekeliling kita terdapat banyak jin, dan iblis termasuk dari bangsa jin.
Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadamu bahwasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan,
-Qs Al Jin (71):1-

  • 5. Benda-benda disekitar kita. Kita menyangka bahwa benda-benda disekitar kita adalah benda mati, padahal mereka adalah makhluk Allah yang juga ‘hidup’, mereka semua bertasbih memuji Allah. Ketika kita berbicara diruangan benda-benda yang disekitar kita menjadi saksi. Ketika kita berjalan ke masjid untuk shalat Subuh, benda-benda yang kita lalui dalam perjalananpun akan menjadi saksi keberangkatan kita. Semua benda akan menjadi saksi, bumi yang kita injak, kursi yang kita duduki, bolpoin yang kita pergunakan untuk menulis, baju yang kita pakai, semua menjadi saksi!
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
-Qs Al Isra (17): 44-
  • 6. Manusia. Seperti hal-nya peradilan di dunia, manusia juga akan menjadi saksi bagi kita di hari pembalasan kelak. Fakir miskin yang kita santuni, orang-orang yang berhubungan dagang dengan kita, tetangga kita yang tiap hari berjumpa dengan kita, saudara-saudara kita, orang tua kita dan juga orang-orang yang pernah kita perlakukan tidak adil dan kita dzalimi, semua akan menjadi saksi di akhirat kelak.
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.
-Qs Al Baqarah (2):143-
  • 7. Allah SWT. Puncak dari segala saksi adalah Allah SWT, kita tidak dapat berpaling dari-Nya, yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Adil.
Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”
-Qs Al Israa (17):96-
Tidakkah kita melihat bahwa kita tidak bisa lari dari saksi-saksi tersebut ketika kita melakukan suatu perbuatan! Masihkah kita akan berbuat maksiat ketika tahu bahwa kita tidak bisa lari dari Hari Pembalasan!
Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus! Sehingga kami dapat melakukan perbuatan yang Engkau ridhai!

Status Hadis Penyaksian Anggota Badan di Akhirat dan Tentang Menyintai Seseorang



 Maaflah lari daripada tajuk sebenar.

Ayat di atas agak keliru pada saya, apa yang saya fahamkan di sini adakah bermaksud orang yang lemas dalam keadaan mabuk akan dikira mati syahid dan pada yang mati lemas dek kerana belayar di tengah lautan dikira tidak mati syahid?

Adakah ini kerana yang belayar itu sengaja menempah maut walaupun dia sedar bahawa angin besar sedang melanda di tengah lautan dan oleh kerana itu dia tidak dikategorikan sebagai mati syahid?

Betulkah pada jangkaan saya?

Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.



  • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
Jawab #21 17 February, 2012, 08:19:51 AM




  • Publish Di FB
  • Dalam kitab tu memang tulis macam tu.

    Renunglah lebih dalam....orang yang menjalankan perahunya ketika angin besar, seakan-akan sengaja menempah maut. Dah tahu bahaya ditempuh juga. Bila ribut di lautan, orang yang pakar berenang pun boleh lemas. Pakai pelampung pun belum tentu selamat.

    Orang yang mati lemas memang ada hadisnya. Maksudnya orang yang memang tak tahu berenang dan bukan sengaja untuk mati dalam air. Orang yang minum arak, dosanya kerana minum arak, cuma mati lemasnya saja dikategorikan sebagai syahid akhirat. Jika ada yang berkata - tak apa aku minum arak nanti aku ke laut mati lemas dan syahid, ertinya dia tertipu dan terpedaya kerana dah pasang niat untuk mati lemas (seolah-olah dia nak bunuh diri)..urusan 'habit'nya minum arak adalah dosanya dengan Allah. Tanggunjawab pemerintah melaksanakan hukuman hudud, tanggungjawab orang di sekeliling menasihati dan mencari jalan mengubatinya..
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.


    Jawab #22 07 June, 2012, 02:41:23 PM




  • Publish Di FB
  • Bismillah,

    Ðaripada Anas bin Malik, pada suatu hari apabila Rasulullah SAW bersama-sama para sahabatnya, Baginda tiba-tiba tertawa sehingga kelihatan gigi-gigi Baginda. Baginda lalu bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu semua mengapa aku tertawa?”


    Para sahabat seperti biasa menjawab dengan penuh rendah diri, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

    Baginda bersabda, “(Aku tertawa) kerana perdebatan seorang hamba dengan Tuhannya pada hari pembalasan. Ia berkata: ‘ Wahai Tuhan, tidakkah Engkau melindungiku daripada kezaliman?’ Allah menjawab: ‘Ya.’ Ia berkata: ‘Kalau begitu, aku tidak akan menerima penyaksian kecuali yang berasal daripada diriku sendiri.’ Allah berfirman (yang bermaksud): ‘Cukuplah pada hari ini tubuhmu sendiri yang akan menjadi saksi, juga para malaikat pencatat amalan.’”

    Mulut orang itu lalu ditutup rapat dan dikatakan kepada anggota tubuhnya: “Berbicaralah.” Maka satu persatu anggota tubuhnya mula bercerita tentang semua perbuatan yang pernah dilakukannya ketika di dunia. Apabila mulutnya kembali dibuka untuk berbicara, dia mencela semua anggota tubuhnya. Ðia berkata: “Celaka kamu. Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk membelamu!” (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasa’i)

    Mahkamah Akhirat

    Mahkamah akhirat mirip mahkamah dunia. Setiap kali sesuatu tuduhan ditimpakan kepada manusia, bukti-bukti dan saksi-saksi segera dihadirkan terutamanya apabila pihak tertuduh mengingkari tuduhan tersebut. Semua ini dilakukan agar hak setiap manusia terjaga daripada kezaliman di mahkamah Allah Yang Maha Adil.

    Pelbagai hadis menyebut bahawa saksi-saksi dan bukti-bukti itu cukup banyak. Ia terdiri daripada para malaikat, jin, manusia, bahkan termasuk juga benda-benda yang kita anggap tidak bernyawa seperti tanah, batu dan sebagainya. Semua ini akan dihadirkan pada hari kiamat kelak sebagai saksi, sama ada untuk membela ataupun sebaliknya, mengecam kita.


    Ðalam hadis at-Tirmidzi daripada Abu Hurairah, pada suatu hari Rasulullah SAW membaca ayat (surah al-Zalzalah ayat 4) yang bermaksud, “Pada hari itu, (bumi) akan mendedahkan khabar-khabarnya.”

    Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu apakah khabar-khabar itu?”

    Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”


    Baginda bersabda, mafhumnya, “Bumi akan bersaksi tentang amalan yang dilakukan setiap hamba Allah; lelaki dan perempuan. Ia berkata: ‘Si Polan melakukan perkara ini pada hari ini dan seterusnya (pelbagai lagi kesaksian).’”

    Saksi-saksi dihadirkan bukan hanya sebagai bukti. Mereka juga menjadi sebab kebanggaan bagi orang yang berbuat kebaikan, sekali gus menjadi sebab kehinaan bagi orang yang melakukan kesalahan. Oleh sebab pengadilan di mahkamah akhirat ini berlaku di hadapan semua makhluk, maka setiap dosa dan pahala akan didedahkan secara terbuka. Tiada rahsia lagi.


    Anggota tubuh

    Antara semua saksi, anggota tubuh kita ialah saksi penentu. Mereka sangat dekat dengan kita dan turut terlibat dalam setiap dosa yang kita lakukan. Ði akhirat nanti, Allah akan meminta penyaksian mereka atas semua perbuatan kita di dunia.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, maka bersaksilah pendengaran, penglihatan dan kulit mereka tentang apa yang telah dikerjakan oleh mereka. Ðan mereka berkata kepada kulit: ‘Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?’ Kulit mereka menjawab: ‘Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berbicara, lalu telah menjadikan kami pandai berbicara (juga).’” (Surah Fussilat 41:20-21)


    Ðalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud, “Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan berbicara kepada Kami serta kaki-kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang mereka lakukan dahulu (semasa di dunia).” (Surah Yasin 36:65)

    Sebuah penghinaan


    Al-Tahir bin ‘Ashur berkata, “Penyaksian anggota tubuh ialah penyaksian untuk menafikan dan mendedahkan aib mereka sendiri. Ini kerana apabila para pendosa ini melihat neraka, mereka berusaha menyelamatkan diri sendiri dengan menafikan sebahagian dosa itu. Padahal Allah mengetahui semua amal perbuatan mereka, malah para malaikat pun telah merekodkan secara rapi setiap amalan itu. Semestinya mereka tidak dibawa ke neraka, melainkan kerana dosa-dosa itu. Maka, penyaksian anggota tubuh hanyalah untuk menambahkan kehinaan dan penyesalan di hati mereka.”

    Ðemikian jelas beliau dalam kitab tafsirnya al--no comment- wa al-Tanwir.

    Selain itu, penyaksian tubuh ini juga mengajarkan kita suatu pengajaran berharga. Ia mengingatkan bahawa kita tidak pernah bersendirian. Ði mana-mana juga kita berada, walau di tempat yang paling sunyi sekalipun, saksi-saksi Allah sentiasa mengawasi kita.

    Al-Zamakhshari berkata, “Ayat ini mengingatkan seorang Mukmin agar dia selalu menyedari pengawasan Allah SWT. Hingga pada waktu-waktu bersendirian pun, orang Mukmin mesti menjaga dirinya lebih daripada sewaktu bersama-sama orang ramai.” Ðemikian nukilan beliau dalam tafsir al-Kashshaf.

    Paha kiri

    Ðaripada ‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tulang manusia yang pertama bersaksi sekali sewaktu mulut ditutup ialah paha kirinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani). Namun dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang mubham (tidak diketahui identitinya).

    Ðalam riwayat Ibn Jarir daripada Abu Musa, beliau berkata, “Menurutku, anggota tubuh pertama yang akan berbicara ialah paha kanannya.”

    Sama ada paha kanan atau paha kiri, kita dapat menyimpulkan bahawa dosa zina dan yang seumpama dengannya seperti liwat atau melancap, adalah antara perkara pertama yang akan dibicarakan. Tentu sahaja, kedua-dua paha manusia akan diminta bersaksi sebab mereka ialah anggota yang paling dekat dengan kemaluan. Pelaku maksiat yang boleh selamat di mahkamah dunia, semestinya tidak akan selamat di mahkamah akhirat.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang menjamin bagiku apa-apa yang berada di antara kedua-dua kakinya (yakni kemaluan) dan apa-apa berada di antara kedua-dua  rahangnya (yakni lidah), maka aku akan menjamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


    Setelah itu, satu persatu anggota tubuh manusia yang lain akan memberi kesaksian. Mata akan bersaksi tentang apa yang dilihatnya. Telinga akan bersaksi tentang apa yang didengarinya. Begitu juga dengan kulit yang membalut seluruh tubuh akan bersaksi tentang apa yang ia rasa dan sentuh. Semuanya akan didedahkan sebagai tanda ketundukkan mereka kepada Allah SWT.


    Hamba Allah
    Tidak terbayang betapa malunya kita apabila anggota tubuh kita sendiri menjadi saksi atas semua perbuatan dosa yang pernah kita lakukan. Pada waktu itu baru kita tersedar, anggota tubuh ini sebenarnya bukan milik kita. Mereka juga hamba Allah SWT.

    Hakikatnya, anggota tubuh ini tidak sesekali bersetuju dengan kita apabila kita melakukan maksiat. Jika mereka  mampu pasti mereka ingin menolak, namun mereka terpaksa tunduk kepada iradat kita kerana itu sunnatullah di muka bumi. Jadi, anggota tubuh kita terlibat melakukan maksiat sambil merasakan ketakutan atas azab Allah SWT. Kerana takut kepada Allah, setiap hari anggota tubuh kita saling mengingatkan satu sama lain agar tidak bermaksiat kepada-Nya.

    Ðalam Sunan at-Tirmidzi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap pagi, semua anggota tubuh manusia mengingatkan lidah. Mereka berkata: ‘Takutlah kepada Allah untuk kami. Kami ini hanya mengikut kamu. Jika engkau lurus, maka kami pun lurus. Ðan jika engkau bengkok, maka kami pun bengkok.’”

    Jika sebegitu takut mereka kepada Allah, bayangkan kebencian mereka apabila terpaksa melakukan maksiat. Ði akhirat nanti, mereka akan mendedahkan semua ini dengan penuh kemarahan. Mereka akan bersaksi dengan jujur walaupun terpaksa membahayakan diri sendiri
    .


    Walau ketika bersendirian

    Sungguh lalai hati yang tidak menyedari hakikat ini. Sungguh tidak bersyukur seseorang yang diberikan anggota tubuh yang indah dan sempurna, namun merosakkannya dengan maksiat.

    Sesiapa yang menjaga hak Allah walaupun ketika bersendirian, pada hakikatnya dia sedang menjalin persahabatan antara dirinya dengan seluruh anggota tubuhnya. Jika di dunia anggota tubuh dilindungi daripada maksiat, di akhirat nanti mereka tidak akan bersaksi untuk membahayakan kita.

    Seorang ulama tabiin di Basrah bernama Qatadah (w.118H) berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya saksi-saksi Allah terdapat di dalam tubuhmu. Maka jagalah mereka dan bertakwalah kepada Allah walaupun ketika bersendirian.”

    Wallahu ‘alam.

    Sumber : Umar M.Noor di Solusi ISU#42 (hlm 111-112) 

    Tubuh Sebagai Perekam Perbuatan Kita
    Ditulis oleh Ustadz Arif Hidayat, Lc   
    Salah satu hal yang sangat berperan dalam upaya kita meningkatkan takwa pada Allah SWT adalah mengingat mati dan kehidupan di akhirat. Bahwa semua makhluk tanpa kecuali akan meninggalkan dunia yang sementara ini. Entah nanti, atau besok, seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, kita semua pasti akan mati.  كل نفس ذائقة الموت  (Setiap makhluk hidup pasti akan mati). Dan kita, sebagai umat Islam memang diperintahkan untuk sering-sering ingat mati agar hidup kita menjadi baik. Nabi bersabda: أكثروا ذكر هاذم اللذات (Perbanyaklah mengingat pemutus keenakan duniawi).
    Selanjutnya, berkaitan dengan kehidupan di akhirat, ada dua hal utama yang harus selalu menjadi peringatan bagi kita. Pertama, bahwa hidup di dunia ini teramat sangat sementara, dan hidup di akhirat itu tiada batasnya. Andaikan saja kita dikaruniai umur panjang sampai 100 tahun, maka sebenarnya itu hanyalah sepersepuluh hari akhirat. Sebab 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia. Ini didasarkan pada ayat ke-7 surat As-Sajdah yang berarti:
    Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNYA dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu.
    Jadi, secara matematis masa 100 tahun di dunia = 2 jam 24 menit (menurut perhitungan akhirat). Lebih detil lagi, 1 jam akhirat = 41,66 tahun, 1 menit = sekitar 255 hari, dan 1 detik = 4,25 hari.
    Kedua, bahwa semua perbuatan yang kita lakukan di dunia terekam oleh tubuh kita. Kita harus tahu bahwa agama kita tidak mengajarkan apa yang sering diungkapkan orang “surgo nunut neroko katut (ke surga numpang, ke neraka ikut). Karena yang benar adalah, orang masuk surga karena amal baiknya, dan yang masuk neraka karena kesalahannya sendiri. Sehingga ada sebuah ilustrasi (penggambaran) di dalam al-Quran surat al-Anam ayat 94. Seolah-olah ketika nanti di hari Kiamat dan kita berbondong-bondong menuju pengadilan Allah, terpampang sebuah sepanduk besar yang artinya:
    Dan sungguh kalian telah datang kepada kami sendiri-sendiri sebagaimana Kami ciptakan kalian pada mulanya. Dan kalian tinggalkan di dunia apa yang telah Kami karuniakan pada kalian. dan Kami tiada melihat bersama kalian pemberi syafa'at yang kalian anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu. Sungguh telah terputus hubungan-hubungan di antara kalian dan lenyaplah apa yang dahulu (di dunia) kalian anggap (sebagai sekutu Allah).
    Kita lahir di dunia dari dua garba ibu sebagai pribadi-pribadi. Tetapi kemudian kita dituntut untuk hidup yang baik. Dan kebaikan kita di dunia ini selalu diukur secara sosial. Perbuatan baik adalah perbuatan baik dalam konteks sosial. Itulah makanya manusia disebut makhluk sosial. Makhluk yang harus selalu memikirkan sesamanya. Seperti dilambangkan dalam ucapan terakhir setiap kali kita salat, yaitu assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh (semoga keselamatan dan keberkahan dari Allah senantiasa tercurah untuk kalian) sambil menengok ke kanan dan kiri. Seakan ini adalah peringatan dari Allah SWT, “Kalau kamu sudah melaksanakan salat untuk mengingatku, maka sekarang buktikan bahwa kamu mempunyai tekad baik untuk memperhatikan sesama makhluk di sekitarmu. Tengoklah kanan-kirimu karena masih banyak yang membutuhkan bantuan.”
    Jadi kita menjadi makhluk sosial di dunia ini. Tapi ketika kita mati nanti, dan memasuki alam kubur, kita menjadi makhluk pribadi kembali. Seluruh perbuata kita di dunia, baik dan buruk, hanya kita sendiri yang menanggung. Allah telah memperingatkan dalam surat Luqman ayat 33 yang artinya:
    Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia menipu kalian, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kalian.
    Pengadilan Allah sama sekali tidak menerima tebusan. Tebusan (عدل) dalam sistem hukum negara kita tidak dikenal. Makanya orang yang sedang menjalani hukuman di penjara, kalau dia mau keluar untuk sementara dia harus menyuap petugas. Istilahnya menyuap tidak menebus. Tapi di negara Inggris, sistem hukumnya mengakui adanya tebusan, atau dikenal dengan istilah bail. Di akhirat kelak, sama sekali tidak ada tebusan apalagi suap. Semuanya harus berhadapan dengan Allah sendiri-sendiri. Praktek pengadilan Ilahi di hari akhirat kelak telah dijelaskan dengan gamblang dalam surat Yasin ayat 65 yang artinya:
    Pada hari itu Kami bungkam mulut-mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka, sedankan kaki-kaki mereka memberikan kesaksian atas apa yang telah mereka kerjakan di dunia.
    Jadi, badan kita ini akan menjadi saksi. Jika mulut mencoba mengingkari suatu tuduhan dalam pengadilan Allah nanti, maka yang akan membantah adalah tangan kita sendiri, dan kaki kita akan menjadi saksi. Ini adalah peringatan yang sangat kuat yang harus selalu kita renungkan.
    Secara ilmiah kita bisa mengatakan bahwa badan kita ini memang bisa menjadi saksi dari seluruh perbuatan kita. Sebuah teori mengatakan bahwa sebenarnya segala kejadian di alam raya ini tidak ada yang hilang tanpa terekam. Kejadian-kejadian itu terekam di angkasa juga di dalam diri kita sendiri. Sebagai contoh dari proses perekaman ini adalah fungsi DNA (deoxyribonucleic acid) dan gen. DNA dan gen berfungsi sebagai perekam semua bentuk dan karakter/watak kita. DNA terdapat di dalam gen, gen ada di dalam kromosom, dan kromosom terdapat di dalam sel. Dan perlu kita tahu bahwa semua makhluk hidup memiliki sel. Baik DNA, gen, kromosom, dan sel, semuanya adalah benda-benda mikroskopis (yang hanya bisa dilihat dengan mikroskop). Tetapi justru di dalam DNA itulah terekam seluruh informasi mengenai diri kita. Apakah rambut kita ikal atau lurus, hidung kita pesek atau mancung, watak kita penggembira atau gampang sedih, watak kita supel atau tertutup, semuanya ada di dalam benda-benda yang tak terlihat oleh mata telanjang kita.
    Oleh karenanya, jika al-Quran mengatakan bahwa badan kita menjadi perekam dari seluruh perbuatan kita, adalah suatu hal yang benar adanya. Karena di dalam tubuh kita ini terdapat milyaran DNA dan gen. Dan semuanya itu kelak akan berbicara pada Allah SWT melalui tangan dan kaki kita seperti dilukiskan di dalam surat Yasin ayat 65 tsb.
    Maka dari itu, semua ini harus menjadi peringatan bagi kita. Hidup di dunia hanya satu kali. Setiap kejadian yang kita alami hanya terjadi sekali. Bahkan setiap detik, menit, dan jam, tidak mungkin terulang lagi. Maka hendaknya kita terus berupaya meningkatkan kulaitas hidup kita secara serius. Demikian semoga bermanfaat.
    SHAH ALAM: Satu jawatankuasa yang terdiri daripada pasukan pakar ditubuhkan bagi mengkaji usaha persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor.
    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan terbabit juga akan memberikan nasihat kepada unit ekonomi sebagai sekretariat bagi menentukan perkara yang perlu dalam pilihan raya akan datang seterusnya menyelaras kehendak demokrasi negara.
    Katanya, cadangan mengikut piawaian antarabangsa satu rakyat satu undi satu nilai juga diperbincangkan namun sebarang keputusan muktamad masih belum dibuat oleh kerajaan negeri.
    “Adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan persempadanan ini mahupun Parlimen.
    “Tiap-tiap 10 tahun proses ini dijalankan, namun kerajaan negeri pada September 2013 memutuskan supaya memahami dan mengkaji isu ini dilakukan.
    “Ia dilakukan ekoran kerana jumlah penduduk meningkat tinggi oleh itu ada usaha untuk menyelaras perkara ini,” katanya.
    Abdul Khalid berkata demikian semasa menjawab soalan persiapan atau cadangan Selangor dalam proses persempadanan semula kawasan Dun sekiranya SPR mengemukakan cadangan persempadanan oleh dari Haniza Talha (PKR-Taman Medan).
    Abdul Khalid berkata jawatankuasa terbabit terdiri dari badan bebas dari kongkongan kerajaan supaya dapat melihat dari semua perspektif.
    “Perkara ini bukan dibincangkan oleh negeri sahaja tetapi dibincangkan untuk seluruh negara, jawatankuasa akan terus lakukan kerja mereka.
    “Sekiranya ahli dewan undangan negeri bercadang untuk melibatkan diri dalam perbincangan saya tiada halangan,” katanya.

    Russia Dakwa MH370 Di Rampas Oleh Tentera



    Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

    Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

    Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

    Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

    Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

    Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

    Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)
    Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

    Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

    Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

    Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

    Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

    Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

    Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan