Sabtu, 12 April 2014

BANYAK YANG DAH TUA...DUNIA PUN DAH BERADA AKHIR ZAMAN....KEMBALILAH KEPADA ISLAM....MATI PUN KIAN DEKAT UNTUK MENJEMPUT ....UDAH2LAH CARI DUNIA/HARTA SERTA KUASA KECUALI NAK BERKUASA UNTUK TEGAKKAN ISLAM

Hudud, DAP & PKR: Nik Aziz Yakin, Kekuatan Politik Islam Akan Berjaya...
Posted on Saturday, April 12 @ 16:22:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KOTA BHARU - Walaupun ditentang hebat rakan sekutunya, Pas yakin DAP dan PKR akan akur cadangan Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hukum hudud di negeri ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.


“Tak apa..dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan politik Islam, (politik Islam) syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang nak buat, lama-lama mereka (DAP dan PKR) faham,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, semalam.

Nik Aziz sebelum itu ditanya mengenai penentangan DAP dan PKR terhadap hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri ini.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, keutamaan kini ialah mendoakan agar pembentangan di Parlimen berjaya kerana perkara itu sudah lama ditunggu dan diharapkan oleh kepimpinan Kerajaan Kelantan.

“Tak berlaku lagi (hudud), tapi doakan mudah-mudahan pembentangan itu berjaya. Ini satu kemajuan yang sudah lama kita tunggu, bukan senang untuk Kelantan dan negeri-negeri bawa perkara seperti ini ke Parlimen,” katanya sambil menegaskan wajib bagi wakil rakyat Islam menyokong rang undang-undang ini.

Menurutnya, kesediaan Kerajaan Pusat beri laluan bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila ramai mula memahami kepentingan undang-undang Islam itu.

“Alhamdulillah mereka (Kerajaan Pusat) terbuka hati. Agama dan negara kita Islam, kedatangan hudud sebelum wujudnya Pas, iaitu sejak hampir 2,000 tahun lalu, sedangkan Pas bertapak pada 1951. Hudud bukan undang-undang Pas sebaliknya undang-undang Islam,” katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika menyampaikan kuliah sesi pertama turut mengulas isu sama dan menurutnya penentangan oleh orang bukan Islam merupakan perkara biasa.

“Kita tak hairan jika mereka (bukan Islam) tidak setuju, biasalah kerana mereka bukan Islam, tapi mereka tak boleh halang kerana ini hak orang Islam, dan kita pun beri kebebasan kepada mereka apabila undang-undang ini dilaksanakan, sama ada boleh ikut atau tidak, yang kita kisahkan bila orang Islam tak faham dan tak mahu (undang-undang Islam),” katanya.

Bagaimanapun katanya, sokongan dan jaminan Adun-adun Umno di dalam Dun sehingga sanggup mengorbankan jawatan mereka merupakan perkembangan baik, serta petanda adanya kesedaran bahawa undang-undang sekarang tidak dapat selesaikan masalah jenayah dalam masyarakat.

SINAR HARIAN 


 Jangan Ketawa Lebih-Lebih,Hasan Malek Akui Dimana Umno Kuat situ Melayu Merempat
Posted on Saturday, April 12 @ 16:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Jikalau Kata-Kata serta Ucapan Hasan Malek di Persidangan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) bukan nya BERMAKSUD Dimana Umno Kuat Disitu Melayu Merempat apa ke lagi beb, tak kan Maksud beliau Kalau Harga Ayam Mahal Jangan Makan Ayam atau pun Kalau Minyak Mahal Jangan Guna Minyak tapi Guna Air Kencing... kah kah kah !

Dengan mengatakan bahawa "antara PUNCA Masalah berkenaan ialah Sekolah-Sekolah di LUAR BANDAR atau PENDALAMAN (dalam kata lain di tempat dimana selalu nya Umno/Bn Kuat) yang merupakan RUANG HAYAT Anak-Anak Melayu dan Bumiputera masih TERKEBELAKANG dari segi PASARANA PENDIDIKAN".


"Murid yang DIASUH dalam Bilik Darjah SERBA MUNDUR dan hanya Bergantung Kepada BUKU TEKS tidak Akan Mampu untuk BERTANDING dengan Pelajar yang Belajar dengan Bantuan TEKNOLOGI DIGITAL". Atas sebab itu gua kata nya yang MAKSUD Hasan Malek ialah Dimana Umno Kuat Disitu Melayu Merempat... kah kah kah !.


Hanya di Negara Malaysia yang UJUD nya BANGSA Umno sahaja lu orang dapat Dengar, Lihat dengan MATA KEPALA lu orang Perkara sebegini terjadi, dimana Parti yang Memerintah sejak dari MERDEKA serta Mendakwa sebagai Parti yang Memperjuangkan Bangsa Melayu tetapi Orang Melayu Merempat dari Segala Segi beb... kah kah kah !.


Tapi apa nak buat beb sudah Orang Melayu Sendiri yang SUKA dia orang DITIPU HIDUP-HIDUP sejak dari DULU KINI dan SELAMANYA oleh Pemimpin-Pemimpin Umno, jangan salahkan Bangsa lain jikalau Bangsa Sendiri sejak AZALI nya adalah KAKI PENIPU WA TEMBERANG. Segala benda hendak Ditipu dari Sekecil-kecil Benih Padi sampai lah Sebesar-besar LEMBU NFC... kah kah kah !. Sumber klik sini
hemmmmm..... dikatakan juga lahir nya umno adalah bersama dengan kembar iaitu penipuan dan pengkhianatan... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, April 12 @ 16:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


MH370: Pencarian mungkin ambil masa lama - Abbott
Posted on Saturday, April 12 @ 16:18:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





SYDNEY: Pencarian pesawat MH370 mungkin akan berterusan untuk "tempoh yang lama", kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, sehari selepas menyatakan keyakinan bahawa isyarat dari kotak hitam pesawat sudah dikesan.

Operasi mencari yang diketuai Australia itu kini sedaya upaya cuba mengesan sebanyak mungkin isyarat bagi menentukan kedudukan terakhir pesawat sebelum menghantar kenderaan bawah laut untuk mencarinya.

“Kami memang yakin bahawa isyarat yang dikesan adalah dari pesawat MH370,” kata Abbott pada hari terakhir lawatannya ke China.


"...namun tiada seorang pun yang patut memandang ringan kesukaran tugas yang menanti kami," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung oleh saluran televisyen Sky.

Peringatan itu dibuat sehari selepas Abbott menyatakan beliau "amat yakin" bahawa isyarat yang dikesan adalah dari kotak hitam pesawat itu yang kuasa baterinya kian lemah selepas sebulan pesawat itu hilang.

Empat isyarat yang dikaitkan dengan peranti pemancar pesawat itu dikesan kapal Australia, Ocean Shield dan dua analisis pertama mendapati ia sama dengan kotak hitam pesawat. - AFP
 


 Hudud: Annuar sedia lobi wakil rakyat Umno
Posted on Saturday, April 12 @ 13:51:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KOTA BHARU - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bersedia melobi Ahli Parlimen Umno bagi menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian Kerajaan Kelantan di Parlimen bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini.

Annuar berkata, Umno mempunyai 87 dari 88 ahli Parlimen beragama Islam dan beliau percaya sebahagian besar akan menyokong pembentangan itu dibuat.


“Sebenarnya ia tidak perlu dibawa ke Parlimen memandangkan Dun Kelantan sudah meluluskannya, tetapi sekali lagi saya nyatakan tidak harus ada tanggapan negatif dan kita perlu bersangka baik, jika Pas ingin membawa perkara ini melalui undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan dan saya sedia melobi Ahli Parlimen Umno supaya menyokong.

“Saya sudah bercakap sebahagian besar Ahli Parlimen Umno dan mereka positif untuk menyokong,” katanya selepas merasmikan majlis Mesra Siswa peringkat Parlimen Ketereh di Kampung Chengal di sini semalam.

Annuar yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional Kelantan berkata, walaupun terdapat pendapat mengatakan hudud yang diluluskan Kerajaan Kelantan itu tidak bertepatan dengan  hudud sebenar, namun ia perkara berbeza dan harus diselesaikan pada peringkat ketua agama.

“Tetapi apa yang penting, jika mereka berkeupayaan melaksanakan hukuman itu berdasarkan kelulusan Dun dan sokongan politik, ia sepatutnya dilakukan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Annuar berkata, pada pembentangan undang-undang persendirian itu, Pas perlu menyelesaikan sikap rakan politiknya  DAP dan sesetengah wakil PKR  yang menentang pelaksanaan itu.

“Mereka kena selesaikan masalah dalam rakan mereka, lebih-lebih (pendirian) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Kelantan tetap dengan pendiriannya untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan walaupun ditentang rakan sekutunya.

SINAR HARIAN 




 Terserlah Kebodohan Penchacai Angkat Najis Setiap Kali Salah Pemimpin Didedahkan
Posted on Saturday, April 12 @ 13:29:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Mungkin antara yang gua kena AKUI akan Kata-Kata Tun Mahathir KUTTY Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis Merangkap Bapak kepada Anak Tuan Punya San Maguel ialah, "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno". Terlalu SUKAR untuk gua MENAFIKAN Kata-Kata beliau tersebut terutamanya Setiap Kali SALAH LAKU Pemimpin Umno DIDEDAHKAN... kah kah kah !.


Begitulah SIKAP yang selalu ditunjukan oleh Penchacai Angkat Najis Umno dalam menjadi LOYAR BURUK bagi MENGHALALKAN setiap Salah Laku Pemimpin Umno, seolah-olah KEBODOHAN dan KEBEBALAN MELANTUN MACAM GETAH SKRUB yang TURUN HARGA tersebut Umpama Isi Dengan Kuku serta Bertepatan dengan Kata-Kata Bodoh Macam Umno... kah kah kah !.


Gambar diatas adalah Contoh TERKINI salah seorang Penchacai Angkat Najis Umno yang menunjukkan AKSI Kebobodohan Bertingkat-Tingkat beliau, dengan MENDESAK Ketua Setiausha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengambil Tindakan DRASTIK Mencari DALANG yang MEMBOCORKAN Jadual Lawatan Kerja Palsu Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE)... kah kah kah !.
Kalau sudah Lawatan Kerja yang DIDEDAHKAN dikatakan sebagai PALSU, apa perlu lagi Ketua Setiausha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengambil Tindakan DRASTIK Mencari DALANG yang Membocorkan perkara tersebut. Kerana kalau sudah Palsu bermaksud ianya bukan lah DIDEDAHKAN tetapi bermakna ianya adalah satu FITNAH lah Penchacai Angkat Najis... kah kah kah !.
Dengan Desakan Penchacai Angkat Najis terhadap Ketua Setiausha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa Mengambil Tindakan DRASTIK Mencari DALANG yang Membocor Jadual tersebut, ianya menunjukan apa yang Didedahkan Adalah BENAR Dan TIADA Yang TIDAK BENAR Melainkan Semuanya BENAR BELAKA. Jikalau tidak Tak kan Perkataan Dalang serta Membocorkan akan Timbul beb... kah kah kah !.

Kadang-Kadang gua KESIAN juga dengan Penchacai Angkat Najis Umno ni beb, selepas BERANTAKAN menjadi Loyar Buruk kepada Pemimpin Umno tak lama lepas tu semua nya KENA KENCING dengan Pemimpin Umno tepat kedalam Mulut Longkang dia orang. Seperti Mahathir KUTTY mengatakan BETUL beliau masih berada didalam Negara semasa Tragedi Memali berlaku... kah kah kah !.
Mungkin juga atas Dasar Mulut Longkang Penchacai Angat Najis maka AMAT sesuai sekali ianya Dikencingkan oleh Pemimpin-Pemimpin Umno, dan mungkin juga rasa Air kencing Pemimpin-Pemimpin Umno tersebut bagi Penchacai Angkat Najis ianya seperti rasa Air San Maguel kepunyaan kepada Anak Mahathir KUTTY yang juga Penyokong Kuat kassim Ahmad Anti Hadis.... kah kah kah !. Sumber klik sini
hemmmmm..... mungkin juga akibat tak faham bahasa melayu maka kenyataan penchacai terkeluar seperti itu, contoh lain nya ialah harga barang yang naik tapi dikatakan harga barang turun atau pun subsidi dikurangkan... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, April 12 @ 13:29:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan