Jumaat, 11 April 2014

ALLAH DAH OFFER SYURGA TAPI MANUSIA TAK BEREBUT2 UNTUKNYA....AMALAN MEREKA SEOLAH2 EREBUT UNTUK NERAKA ALLAH

Jangan dengki dengan rezeki orang lain
Posted on Friday, April 11 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Satu hari si penoreh getah mengikut si nelayan ke laut untuk menangkap ikan. Si penoreh duduk di belakang kapal manakala nelayan di depan.

Laut yang agak bergelora menyebabkan si penoreh agak terumbang-ambing. Melihat si nelayan asyik berjaya mengail ikan tapi tidak dia, si penoreh meminta untuk menukar posisi memancing dengan si nelayan.

Si nelayan pun menukar posisi, namun situasinya sama, si penoreh masih tidak dapat mengail seekor ikan. Ikan-ikan semua seolah-olah lari mengikut si nelayan.

Mungkin ini adalah masalah joran. Maka si penoreh pun meminta menukar joran dengan si nelayan. Situasi tetap sama – hanya si nelayan mendapat ikan. Laut makin bergelora, si penoreh mengalami mabuk laut dan muntah-muntah.

Sesudah tiba di darat, si penoreh berkata: “Susah nak cari makan di laut. Elok buat kerja aku, lagi mudah.”

Pada satu hari, si nelayan mengikuti si penoreh ke ladangnya dan mencuba menoreh getah.

Ada 1,000 pokok yang perlu ditoreh bermula sebelum subuh. Si nelayan mengeluh susah. Masa menoreh, si nelayan cuai, tangan terkena sabit. Ketika ingin berehat, si nelayan terlanggar bekas menadah getah dan semua tertuang di atas kepalanya.

Si penoreh menoreh pokok getah dengan cukup senang tanpa sebarang gangguan.

“Susah betul kerja toreh getah. Tangkap ikan lagi mudah,” kata si nelayan.

Wahai anakku,
Rezeki kamu sudah ditentukan. Asalkan kamu berusaha, kamu akan mendapatnya. Jangan dengki dengan rezeki orang lain. Bersyukur pada rezeki yang Allah kurniakan pada kamu. Usah iri hati pada rezeki orang lain. Ada orang yang memang rezekinya di darat menoreh getah, dan ada yang di laut menangkap ikan.

Setiap bidang ada cabarannya sendiri, namun asalkan hati kamu sentiasa dekat dengan Allah, kamu akan melihat segalanya dalam bentuk kesyukuran dan medan latihan untuk mempertingkatkan diri sebelum misi seterusnya.

Senyum

TUAN IBRAHIM TUAN MAN


 Dr Mahathir Sahkan Berada Di Malaysia Ketika Peristiwa Memali
Posted on Friday, April 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau berada di dalam negara ketika tercetusnya peristiwa Memali pada 19 November 1985.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menafikan dakwaan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam yang memintanya supaya menangguhkan lawatan ke China yang dijadualkan sehari selepas peristiwa hitam tersebut.

Musa merupakan Timbalan Perdana Menteri disamping menjadi Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Dalam satu kenyataan pada minggu lalu, Musa berkata beliau meminta Dr Mahathir supaya menangguhkan lawatan ke China atas tiga sebab.

Tiga sebab itu adalah peristiwa tersebut berlaku di Kedah (negeri Perdana Menteri sendiri), ia melibatkan orang Melayu beragama Islam dan penangguhan lawatan itu akan memperlihatkan sifat Perdana Menteri mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang berlaku di dalam negeri.
Sehari sebelum lawatan Dr Mahathir ke China, polis menyerbu perkampungan kecil dimana pemimpin PAS, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya mengajar agama dan membunuh 14 orang awam termasuk Ibrahim.
"Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina.

"Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," katanya dalam laman blog miliknya, Chedet.com pada Khamis.

Malah, Dr Mahathir yakin Musa dapat menangani keadaan sehingga beliau dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri pada waktu itu.

"Saya kembali ke tanah air pada 28 November 1985. Semasa berada di luar negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

"Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis," katanya.

 

 Penculik Hua Yuan tuntut RM36.4j
Posted on Friday, April 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




PETALING JAYA 10 April - Kumpulan penculik yang melarikan dua warga asing di Resort Singamata di Semporna, Sabah baru-baru ini menuntut wang tebusan berjumlah 500 juta peso (RM36.4 juta) bagi membebaskan seorang mangsa berasal dari China, Gao Hua Yuan, 29.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan itu dikemukakan menerusi satu nota tetapi tiada tuntutan terhadap seorang lagi mangsa yang merupakan pekerja wanita resort berkenaan berasal dari Filipina, Marcy Dayawan, 40.


"Kita telah menghantar satu pasu­kan terdiri daripada anggota polis dan jururunding untuk berunding dengan orang tengah kumpulan penculik berhubung tuntutan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan program Wanita Hari Ini pada slot ‘Mesej Dari Penjara’ yang disiarkan secara langsung di TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam 2 April lalu, Hua Yan yang juga seorang pelajar wanita dari Shanghai dan Dayawan atau Mimi diculik sekumpulan lelaki lengkap bersenjata dengan menaiki sebuah bot laju.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid menegaskan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak gagal kerana ia melakukan aktiviti berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditentukan tanpa mengabaikan keselamatan di kawasan lain termasuk di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone).
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempengerusikan mesyua­rat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperketatkan aktiviti di kawasan Esszone termasuk memperkemaskan kerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina.
"Kita juga akan bekerjasama dengan pemilik hotel di kawasan Esszone. Terdapat 11 resort dan mereka diminta memasang kamera litar tertutup (CCTV) dengan paparan rakaman definisi tinggi di semua premis bagi memantau sebarang aktiviti," kata beliau.
Mengenai kes 14 anggota polis didapati positif dadah hasil daripada ujian saringan air kencing yang dijalankan ketika mereka menyertai Kursus Pemantapan Integriti di Kem Biro Tata Negara Ulu Kenas dekat Kuala Kangsar, Perak Isnin lalu, beliau berkata, tindakan lanjut akan ditentukan selepas bukti secara perubatan diperoleh dari Jabatan Kesihatan.
Sementara itu, beliau berkata, polis hanya akan mendedahkan hasil siasatan berhubung kes pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu termasuk rakaman sejumlah 180 percakapan apabila mempunyai bukti konklusif.
Mengenai tawaran balas beliau sebanyak RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya, Ahmad Zahid berkata, beliau sedang menunggu Teck Lee melawatnya jika cukup berani berbuat demikian.

 Beli Ganja Tak Sedap, Mengadu Pada Polis
Posted on Friday, April 11 @ 08:00:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Texas: Polis di sini memberkas seorang wanita selepas dia menelefon untuk mengadu mengenai kualiti ganja yang dibelinya daripada pengedar.

Polis Lufkin, Sarjan David Casper berkata, Isnin lalu seorang pegawainya pergi ke rumah Evelyn Hamilton, 37, untuk mendengar aduannya mengenai pengedar yang enggan memulangkan wangnya selepas dia membantah kerana dadah yang dijualnya tidak berkualiti.

Casper berkata, wanita itu mengeluarkan sedikit ganja daripada colinya selepas pegawai polis itu bertanya mengenainya.

Dia ditahan Jumaat lalu atas tuduhan memiliki dadah.

Evelyn berkata, dia membelanjakan AS$40 (RM129) Isnin lalu tetapi tidak berpuas hati dengan kualiti ganja yang diperolehnya. - Agensi 


 Kanak-Kanak Paling Tinggi, Baru 2 tahun, Dah Tinggi 1.34 Meter
Posted on Friday, April 11 @ 07:56:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia.Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter dan berharap anaknya akan mengatasi ketinggiannya.



Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi dan akan meminta makanan apabila melihat orang makan. Dia juga tidak berhenti makan jika tidak di suruh berhenti.Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.





Sumber: Link
 Samsung Galaxy S5 Mula Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini
Posted on Friday, April 11 @ 07:49:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memulakan penjualan telefon pintar terbaru daripada mereka, Galaxy S5 – dan turut mengadakan acara pelancaran khas di lima lokasi terpilih.
Galaxy S5


eperti semua sedia maklum, Celcom, DiGi, dan Maxis akan menawarkan Galaxy S5 di Malaysia, selain daripada para pengedar rasmi Samsung yang lain. Bersempena dengan pelancaran hari ini, pihak Samsung menawarkan beberapa ganjaran tambahan untuk pembelian di lima lokasi sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang, iaitu di;

  1. Celcom Blue Cube, Sunway Pyramid Shopping Mall
  2. DiGi Concept Store, Sunway Pyramid Shopping Mall
  3. Maxis Centre, Suria KLCC
  4. Samsung Experience Store, The Gardens
  5. Samsung Experience Store, Gurney Paragon Mall
Samsung Galaxy S5 menawarkan beberapa ciri-ciri baru, terutamanya memfokuskan kepada kelajuan pemprosesan dan akses internet melaluinya, ciri-ciri tambahan pada kamera, sokongan kalis air, tambahan sensor pengimbas cap jari, dan beberapa perkara yang lain.
Samsung Galaxy S5 dijual pada harga RM2399, dan pengguna turut boleh mendapatkannya pada harga sedikit murah dengan pembelian melalui pakej telekomunikasi. Selain Galaxy S5, Samsung turut menawarkan Gear 2 pada harga RM899 dan Gear Fit pada harga RM599.




Sumber : Link

 



Maut Kerana iphone 5

-->

China – Apple melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang juga bekas pramugari China Southern Airlines, Ma Ailun, meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika menjawab panggilan dengan menggunakan iPhone 5.
Ailun rebah ke lantai sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon.
Ketika itu iPhone 5 tersebut sedang dicaj di rumahnya, Khamis lalu.
Dia yang berusia 23 tahun dan bakal berkahwin pada 8 Ogos ini, dikejarkan ke hospital di Xinjiang, namun doktor gagal menyelamatkannya.

Menurut anggota keluarganya, Ailun membeli iPhone 5 itu daripada kedai Apple pada bulan Disember lalu.
Mereka sekeluarga telah menyerahkan telefon pintar itu dan aksesorinya kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, jurucakap Apple memaklumkan bahawa pihaknya berasa sedih dengan insiden yang menimpa Ailun.
“Kami akan menjalankan siasatan penuh dan dalam masa sama memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa,’’ katanya.
Insiden malang yang menimpa Ailun itu mendapat perhatian banyak pihak di China malah orang ramai menulis dalam media sosial Weibo menggesa supaya pengguna iPhone tidak menjawab panggilan telefon ketika telefon itu sedang dicaj.



Akhbar Rusia dakwa MH370 kini di Kandahar

TEHERAN 10 April - Sebuah akhbar Rusia tampil dengan teori mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, Afghanistan berhampiran sempadan Pakistan.
Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Rusia turut melaporkan bahawa kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan tidak bersalah dalam insiden tersebut.
"Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang bersama anak kapal dirampas. Kedua-dua juruterbang itu tidak bersalah, pesawat itu dirampas oleh beberapa pengganas yang tidak diketahui.
"Kami tahu nama pengganas yang memberi arahan kepada juruterbang adalah 'Hitch'. Pesawat itu berada di Afghanistan, tidak jauh dari Kandahar berhampiran sempadan Pakistan,"lapor akhbar itu yang mempunyai edaran kira-kira 1.1 juta. Menurut laporan akhbar itu, pesawat itu berada di sebuah jalan raya berhampiran kawasan pergunungan dan sayap kapal terbang itu patah.
"Mungkin pesawat itu mendarat dalam keadaan tidak lancar, namun semua penumpang dalam kapal terbang itu selamat, mereka hidup tanpa makanan,"katanya.
Bagaimanapun, sumber atau agensi perisikan dalam laporan itu tidak dinamakan.
Malah, dakwaan akhbar itu juga tidak dilaporkan dalam mana-mana media arus perdana di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.
Akhbar itu turut melaporkan, beberapa pakar dalam pesawat itu telah dibawa ke sebuah tempat persembunyian di Pakistan.
"Seramai 20 pakar Asia ditahan. Malah, terdapat seorang rakyat Jepun dalam kalangan mereka,"katanya yang mungkin merujuk kepada pekerja Freescale Semiconductor.
Pihak berkuasa Malaysia berkata, pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi dan operasi pencarian untuk mengesan serpihan kapal terbang itu sedang dijalankan.
Pada 16 Mac lalu, akhbar The Independent turut melaporkan beberapa khabar angin bahawa pesawat tersebut telah terbang ke 'sebuah kawasan yang dikawal oleh Taliban', kira-kira seminggu selepas MH370 hilang.
"Pesawat MH370 yang hilang itu mungkin diterbangkan secara sengaja melepasi radar ke kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan, isu ini mungkin wujud berikutan pihak berkuasa berkata, mesej terakhir yang diterima dari kokpit selepas sistem transponder pesawat itu dimatikan.
"Namun, dakwaan ini dibuat sebelum pihak berkuasa Malaysia mengumumkan MH370 hilang di suatu tempat di Lautan Hindi,"katanya.
Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Perth yang terletak di barat negara itu. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan