Selasa, 18 Mac 2014

WAJIB TAAT PADA SUAMI SELAGI IA TAK BERCANGGAH DENGAN AGAMA/HUKUM ALLAH SWT

Sebarang pertanyaan untuk ruangan Fiqh Wanita ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:
Benarkah suami mesti mengutamakan ibu dan bapanya berbanding ibu dan bapa mertua? Bagaimana pula dengan kedudukan isteri berbanding ibu dan bapanya? adakah begitu juga? Mohon penjelasan Ustazah.

Jawapan:
Hubungan anak lelaki tidak terputus walaupun sudah berkahwin.Sekiranya ibu bapanya miskin dan tidak berharta maka ia wajib membantu dan kewajipan memberi kasih sayang juga tidak terlepas daripadanya. Kerana redha Allah datang daripada redhanya ibu bapa. Walau bagaimanapun tanggungjawab memberi  nafkah kepada keluarga sendiri tidak boleh di abaikan seperti nafkah anak-anak dan isteri seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran anak-anak dan sumber kesihatan (perbelanjaan untuk kesihatan) Dalam al-Quran al-Karim Allah SWT telah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka perbaikilah (perhubungan) antara dua saudara kamu yang bertelagah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu semua mendapat rahmat”. (Surah al-Hujurat: 10).

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap muslim itu merupakan saudara kepada muslim yang lain. Maka kita dituntut untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan perpecahan umat.

Sesungguhnya persaudaraan dalam Islam dibina atas dasar Iman kepada Allah SWT. Sebagai hamba-hamba yang beriman kita perlu sedar bahawa  kita semua adalah bersaudara. Sabda Rasulullah SAW:

“Seseorang muslim  itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Maka janganlah menzaliminya dan juga janganlah membiarkan dia dizalimi. Sesiapa yang menunaikan kehendak saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menunaikan kehendaknya. Sesiapa yang membantu meringankan penderitaan saudaranya maka Allah SWT meringankan penderitaan-penderitaannya. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak.” (Hadith riwayat al-Bukhari).

Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang ganjaran bagi mereka yang memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim. Dengan menjaga hubungan persaudaraan ini Allah SWT memelihara segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat. Contohnya apabila kita membantu saudara kita dengan rasa ikhlas kerana Allah SWT maka Allah akan menunaikan segala hajat yang kita pinta kepada-Nya. Begitulah juga kita disuruh agar membantu saudara kita dengan meringankan kesedihan mahupun penderitaannya kerana Allah akan meringankan segala penderitaan kita ketika bertemu-Nya di akhirat kelak. Daripada hadith ini juga kita diminta untuk menutup keaiban dan apa sahaja kecelaan yang terdapat pada manusia lain kerana apabila kita menutup keaiban mereka maka Allah akan menutup segala keaiban kita.

Persaudaraan dalam Islam perlu melalui tiga proses yang utama. Pertamanya ialah al-Ta’aruf iaitu proses perkenalan. Pada peringkat ini akan berlaku hubungan suai kenai seperti mengetahui nama, asal, tempat tinggal, perkerjaan dan sebagainya lagi yang perkaitan hanya dengan maklumat-maklumat peribadi. Setelah beberapa lama proses al-Ta’aruf itu berlaku maka ian akan sampai kepada proses kedua iaitu al-Tafahum iaitu proses untuk saling memahami antara sesama muslim. Pada waktu inilah kita akan mengenali rakan kita dengan lebih mendalam. Kita akan lebih faham tentang peribadi-peribadinya dengan lebih dekat. Hal ini termasuklah perkara-perkara yang disukai mahupun dibencinya. Setelah melalui proses al-Tafahum ini maka akan terbentuk pula proses yang ketiga iaitu al-Takaful atau al-Takamul iaitu proses lengkap melengkapi antara sesama muslim. Apabila sampai ke peringkat ini maka seseorang muslim itu akan cuba membantu dan melengkapi kehidupan sahabatnya yang lain. Malah kemungkinan akan sampai kepada peringkat al-Ithar iaitu mendahulukan saudara mahupun sahabatnya berbanding dirinya sendiri.

Apabila menyebut tentang persaudaraan sesama muslim maka ia melibatkan hubungan kita bersama ahli keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Persaudaraan paling utama yang perlu dititik beratkan ialah hubungan silatul rahim sesama ahli keluarga iaitu mereka yang ada hubungan kerabat.  Contoh yang paling utama ialah seseorang anak itu perlu menghormati kedua ibu bapanya dengan mengikut segala perintah mereka berdua selagimana ianya tidak bertentangan dengan syara’. Begitulah juga dengan menjaga hubungan silatulrahim sesama ahli keluarga yang lain. Amat menyedihkan apabila ada dikalangan masyarakat kita yang tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga malah ada yang sanggup memutuskan tali silatul rahim yang telah terjalin sejak sekian lama.

Sesungguhnya hubungan silatulrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah SWT. Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesungguhnya hubungan silatulrahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata: Sesiapa yang menyambungkan aku maka Allah akan turut menyambungkan ia.” (Hadith Muttafaq ‘Alaih).

Pemahaman daripada hadith ini ialah sesiapa yang menjaga kukuh ikatan silatul rahim ini maka Allah swt akan menjaganya dan merahmati segala perjalanan hidupnya di dunia ini sehinggalah bertemu-Nya.

Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW turut bersabda:

“Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatul rahim.” (Hadith riwayat al-Bukhari).

Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya dan juga pada masa yang sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.

Di samping itu kita juga diwajibkan menjaga hubungan persaudaraan dengan manusia yang paling hampir dengan  kita iaitu jiran. Malah dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah SAW telah meletakkan kecintaan kepada jiran sebagai salah satu daripada ciri-ciri mereka yang beriman kepada Allah SWT. Dalam hadith yang lain dengan riwayat yang sama Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa memuliakan jiran tetangga terdiri daripada sifat-sifat orang yang beriman.

Namun sesuatu yang amat menyedihkan apabila kemesraan sesama jiran tetangga ini dipandang remeh oleh masyarakat kita pada hari ini terutama di kawasan bandar. Malah ada di kalangan kita yang mungkin tidak selesa dengan kemesraan jiran walaupun hanya untuk bertegur sapa. Ingatlah bahawa jiran adalah insan yang paling hampir dengan kita. Tiada manusia lain yang lebih pantas untuk membantu kita di kala susah melainkan jiran yang berada di sebelah rumah kita. Maka muliakanlah jiran dan jangan sekali-kali menyakita hatinya kerana menyakiti hati jiran termasuk daripada dosa-dosa besar di sisi Allah SWT. Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:
Apakah status zakat, harta yang diperoleh melalui bantuan jin? Contoh, emas yang diperoleh di kawasan tertentu, keluar muncul di tanah dengan bantuan jin. Syarat yang dikenakan kepada pengamalnya ialah mesti menzakatkan harta tersebut.

Jawapan:
Ini adalah di antara perkara khurafat dan syirik yang ada berlaku di nusantara. Zakat yang dibuat sudah tentu tidak mendatangkan pahala kerana cara yang digunakan untuk mendapatkan harta adalah salah dan batil.

Nabi SAW bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu baik, (dan Dia) tidak menerima melainkan yang baik (sahaja).” HR Muslim

Allah hanya menerima amalan yang tulus kepada-Nya dan terhindar daripada perkara syirik dan riak. Firman Allah SWT, maksudnya:

“...maka siapa yang berharap bertemu dengan Tuhannya, maka lakukan amal soleh dan tidak mensyirikkan (Allah) dengan apa-apa sekalipun di dalam ibadat kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi : ayat 110)

Begitu juga dengan usaha kerja kita mencari rezeki yang halal, juga ditekankan oleh baginda Nabi SAW melalui banyak hadis-hadis yang sahih. Ramai yang bertanya berkenaan menjual baucer buku 1Malaysia dengan sama ada harga yang sama atau harga diskaun. Contohnya, baucer yang bernilai RM200 itu ingin dijual kepada orang lain dengan harga RM190 tunai, agar dapat digunakan wang tunai untuk tujuan selain yang ditentukan oleh Kerajaan.

Pendapat ringkas saya seperti berikut:

a.Perbuatan menjual baucer buku untuk mendapat tunai itu adalah tindakan yang salah, tidak beretika dan memecah amanah dan objektif asal pemberian baucer. Matlamat penciptaan baucer itu adalah untuk ditukar dengan buku, agar pelajar dapat membeli buku keperluan mereka dan meningkatkan ilmu. BUKAN HANYA buku teks wajib di universiti tetapi segala jenis buku yang berfaedah yang lain juga.

b.Berdasarkan penerangan Kementerian Pengajian Tinggi, fungsi baucer ini adalah “Baucer ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing”. Justeru, baucer buku itu memegang 'hak untuk memiliki buku, majalah dan alat tulis pada nilai harga yang tercatat di atas baucer’. Oleh sebab itu, baucer ini sepatutnya TIDAK SAH dan TIDAK LAKU untuk pembelian selain daripada item yang disebutkan. Ia tidak boleh digunakan untuk membeli makanan, minuman, kerusi, atau lain-lain barang secara bebas, ia hanya terhad kepada item yang disebutkan. Oleh itu, saya berpandangan baucer itu mengambil sifat barangan yang disebutkan dalam kebenaran sahaja khususnya buku dan ia bukan 'wang kertas' atau 'mata wang' yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai perkara secara bebas.

Ia berbeza dengan baucer tunai (Aeon Gift Voucher) yang dikeluarkan oleh syarikat Aeon Bhd yang boleh berfungsi sangat hampir seperti mata wang yang boleh membeli pelbagai item tanpa halangan. Cuma syaratnya di pasaraya Aeon sahaja. Oleh itu, menjual baucer buku dengan harga yang sama seperti nilai tercatat pada baucer atau secara diskaun adalah seperti menjual buku yang bernilai pasaran RM 50 dengan nilai diskaun RM 45. Maka jika demikian, bagi saya ia bukan riba dan tiada masalah dari sudut kontraknya. Jika ada yang berpendapat bahawa baucer itu seperti wang tunai, maka menjualnya dengan harga lebih rendah adalah riba.

Saya dimaklumkan terdapat pekedai biasa yang menerima baucer itu untuk membeli barangan selain item yang dibenarkan kerajaan. Jika ia ada, saya kira ia masih dalam kes terpencil yang tidak boleh dijadikan hukum am yang mengubah sifat baucer kepada mata wang, sebagaimana kaedah Fiqh menyebut:

“Pengajaran yang diambil kira adalah yang ghalib (majoriti) dan bukan yang terpencil sedikit. (Qawaid Fiqhiyyah li zarqa’)

Kesimpulan, tidak dibenarkan menjual baucer buku kerana itu perbuatan tidak beretika dan pecah amanah. Namun jika dijual juga, ia tidaklah sampai tergolong dalam kategori riba. Malah dicatatkan oleh kemenertian juga kluasa 6f yang menyebut ‘Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai. (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/12097-baucar-buku-1malaysia-bb1m.html) Wallahu’alam.

http://www.zaharuddin.net/ Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:
Apakah status ayam yang tidak diketahui tuannya? Ayam tersebut telah datang ke reban ayam kita dan terus kita pelihara sehingga dewasa kerana ia tidak kembali kepada tuannya. Mungkin sebab sudah tidak bertuan. Boleh atau tidak kita menyembelihnya? Jika tidak apa yang mesti dilakukan?

Jawapan:
Usaha untuk mengenal pasti barang / ayam yang bukan milik kita mestilah dibuat sedaya mampu sebelum dimanfaatkan barang / haiwan tersebut. Kita dibenarkan untuk memanfaatkan satu barang yang tidak tahan lama seperti buah-buahan yang dijumpai di tempat awam.  Namun, jika ada pemilik barang / ayam yang datang untuk menuntut barang / ayamnya yang hilang, maka wajib kita menggantikannya jika sudah dimanfaat / disembelih.

Sabda Rasulullah SAW:

“Umumkan harta Luqatah tersebut selama setahun. Jika tiada sesiapa yang datang menuntut hak, maka gunakanlah ia sebagai amanah kepada kamu. dan jika pemilik asalnya datang menuntut hak, kembalikanlah haknya.” HR Bukhari Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:
Hukum tengok aurat wanita haram. Jadi, apakah hukumnya jika saya menyimpan koleksi filem dalam dan luar negara. Hal ini kerana dalam setiap filem yang ada sekarang ini semuanya mendedahkan aurat wanita. Apakah hukum menonton filem tersebut?

Jawapan:
Hukumnya ialah haram menyimpan dan menonton filem tersebut. Apa yang membimbangkan kita ialah perkara seumpama ini sudah tidak menjadi kerisauan kepada kita. Justeru, marilah kita berdoa bersama-sama agar Allah menjadikan kita kembali risau dengan agama kita. Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:

Dalam Islam terdapat pelbagai mazhab dan di Malaysia hampir semua tok guru, ustaz dan ulama mengikuti mazhab Safi'e. Soalannya, mengapa mereka bermazhab? Sedangkan nabi SAW telah bersabda agar umatnya mengikuti al-Quran dan sunah nabi SAW.

Jawapan:

Jika ditanya kenapa kita mengikut mazhab Syafie, jawapannya ialah Imam Syafie mengikut al-Quran dan Sunnah. Mengapa ada orang ikut Hanbali, Maliki dan Hanafi, jawapannya kerana tiga mazhab lain itu juga mengikut al-Quran dan Sunnah. Jadi apa yang membezakan antara mereka ialah cara mazhab memahami nas syarak ditambah pula uruf dan suasana setempat.

Mazhab juga membantu orang awam untuk memudahkan mereka untuk mengamalkan sesuatu hukum. Maka, tidak salah untuk kita bermazhab, tetapi yang salah ialah fanatik atau taksub bermazhab sehingga tidak menghormati pandangan dalam mazhab lain. Jadilah seperti ulama dahulu yang meskipun mereka berbeza pendapat tetapi mereka sangat menjaga adab antara satu sama lain. Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:

Antara isu yang paling hangat sekarang ialah tentang anti Hadis oleh Kassim Ahmad. Apakah yang terjadi terhadap mana-mana individu yang beragama Islam jika mereka anti hadis dan menghina nabi. Adakah gugur Islam mereka? Minta penjelasan Ustaz.

Jawapan

1.Isu Anti Hadis bermula pada tahun 1986 yang dipelopori oleh Kassim Ahmad yang mendokong idea Dr Rashad Khalifa. Mereka bukan dalam kalangan ahli ilmuwan Islam tetapi sengaja membahaskan Islam dengan berpandukan akal dan kaedah saintifik.

2.Akibat terpengaruh dengan buku-buku Dr Rashad Khalifa, beliau memperkenalkan idea berkenaan kepada umat Islam ini dengan menulis beberapa artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar” akhbar Watan.

3.Peningkatan beliau terlihat dengan penganjuran majlis diskusi mengenai “Teori hadis” di Pejabat ALIRAN, Pulau Pinang dan rumah beliau di No. 8, Jalan Ayah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang dihadiri para kenalan dan ahli Parti Sosial Rakyat Malaysia (PSRM).

4.Pada Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku bertajuk “Hadis satu penilaian semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. yang mana antara kandungannya ialah menolak hadis secara total sebagai sumber hukum Islam.

5.Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali menulis buku “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama iaitu menolak hadis.

6.Usaha golongan ini menolak hadis sebagai sumber hukum dibuat dalam pelbagai bentuk seperti penulisan (Risalah Iqra’), artikel dalam media cetak, diskusi, forum, ceramah dan sebagainya.

CIRI-CIRI KESALAHAN

1.Penyelewengan dari sudut akidah:
a. Menolak hadis secara total sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam.
b. Menolak dua kalimah syahadah.
c. Menolak Qada’ dan Qadar.
d. Memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran.
e. Mempertikaikan kesahihan ayat-ayat al-Quran.
f. Mendakwa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M.
g. Menolak berlakunya seksaan kubur selepas mati.
h. Menafikan kedudukan Nabi Adam sebagai manusia pertama ciptaan Allah SWT.
i. Menolak kemaksuman para Nabi.

2.Percanggahan dari sudut syariah:
a. Menolak pensyariatan solat.
b. Menolak ketetapan Hukum Fiqh Islam Tentang Aurat Wanita.

3.Percanggahan dari sudut akhlak:
a. Menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah.
b. Mencerca dan memfitnah para Ulama.
c. Mencabar dan mempertikaikan kewibawaan pihak berkuasa agama.
d. Tidak mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam.

TINDAKAN

1.Buku ” Hadis Satu Penilaian Semula” karangan Kassim Ahmad diharamkan pada 10 Julai 1986.
2.Buku “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” karangan Kassim Ahmad diharamkan pada 21 April 1994.
3.Buku Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu: Hadis di dalam al-Quran dan Doa-doa Dari Prayer From Al-Quran karangan Hj. Idris Abd. Rahman diharamkan pada 5.11.1992.
4.Penemuan Ilmiah tentang Kandungan al-Quran karangan Dr Rashad Khalifa diharamkan pada 23.9.1993.
5.Buku “The Computer Speaks: God Message To The World” Karangan Dr Rashad Khalifa diharamkan pada 13.1.1994.
6.Buku Bacaan karangan Othman Ali diharamkan pada 22.7.1995.

NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Sel. P.U. 45 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM, 1989 FATWA TENTANG GOLONGAN ANTI-HADITH En. 21/1989PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31 (1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

(1) BAHAWA:

(a) Buku
(i) “Hadis Satu Penilaian Semula” dan;
(ii) “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang ditulis oleh Kassim Ahmad.

(b) Buku
(i) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu dan;
(iii) “Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) Buku “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali.
(d) Buku “The Computer Speaks – God’s Message ToThe World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa; dan
(e) Risalah “Iqra” Malaysia. Adalah mengandungi, antara lain, ajaran dan fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah SAW) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah SAW dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran. Oleh hal yang demikian, buku-buku dan risalah itu adalah mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan ‘aqidah, Syariah dan akhlak Islam.

(2) OLEH YANG DEMIKIAN:

a.Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam peranggan (1) adalah murtad;

b.Percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) termasuk:
i. Apa-apa bentuk, versi atau variasinya.
ii. Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa
iii. Apa-Apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publistiti kepada mana-mana buku atau risalah ituPada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, adalah haram:

c.Pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) adalah haram;

d.Adalah haram bagi orang Islam menjadi anggota atau memimpin atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan mana-mana kumpulan yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1).

Pengarang
Dato’ Haji Ishak Bin Haji Baharom Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:
Yang manakah lebih penting di ikuti atau lebih diberi keutamaan di antara sunnah dan fatwa. Sunnah adalah sesuatu yang nabi buat atau katakan yang sudah semestinya diilhamkan oleh Allah SWT.
Manakala fatwa adalah daripada ijtihad para ulama selepas meneliti al-Quran dan sunnah. mohon pencerahan.

Ahmad Khalil
Jawapan:
Selagi mana fatwa itu dibuat berdasarkan hadis dan al-Quran maka eloklah ia diberi keutamaan kerana sudah tentu mufti sudah berhempas pulas untuk memberi kefahaman kepada orang awam. Fatwa juga dikeluarkan berdasarkan uruf dan suasana setempat.

Apabila seseorang imam atau mufti mengeluarkan fatwa, sekalipun tersilap maka orang awam tidak dikira berdosa. Malah ia sudah tentu mempunyai jawapan serta alasan tersendiri oleh mereka yang mengeluarkan fatwa.
Soalan:
Apakah hukumnya membeli emas dalam bentuk bar (jongkong atau wafer) di bank, adakah ia dikira simpanan atau pelaburan? Adakah emas itu masih wajib dizakatkan? Jika ya, bilakah bermulanya haul ke atas emas berkenaan? Adakah jika saya mengeluarkan sebahagian daripadanya, misalnya saya cairkan dalam bentuk tunai (dijual kepada bank kembali), maka akan mempengaruhi haul zakat emas berkenaan? Jika emas yang saya beli, kemudiannya jatuh harganya, maka apakah nilai zakat saya juga akan ikut jatuh? Jika saya wajib membayarnya, bolehkah saya membayar zakat berkenaan secara ansuran? Harap penjelasan pihak ustaz.

Jawapan:
Alhamdulillah, rasanya keadaan sekarang adalah masa yang terbaik bagi kita untuk membeli emas, ini kerana harganya sedang rendah berbanding tahun-tahun dahulu. Bahkan menyimpan atau melabur dalam bentuk emas, sama ada emas jongkong, wafer ataupun perhiasan memang dianjurkan, kerana nilainya lebih kukuh (tidak fluctuate) berbanding simpanan atau pelaburan dalam bentuk wang kertas. Maka, soalan mengenai zakat ke atasnya memang amat tepat diajukan.

Saya juga berdoa, semoga Allah SWT memberikan kekuatan ilmu dan kefahaman buat saya untuk menuntasi persoalan-persoalan yang telah saudara bangkitkan di atas. Saya yakin, masih ramai umat Islam di luar sana yang mempunyai kemusykilan yang sama mengenainya. Moga jawapan ini mampu merungkai pelbagai persoalan berkenaan demi manfaat bersama, amin.

Pertama, mengenai emas yang dibeli di bank, tidak kiralah apa pun bentuknya (emas jongkong atau perhiasan atau syiling), hukumnya samalah dengan kita membeli emas di kedai emas. Selagi mana ia mematuhi syarat sah jual beli, misalnya ada emas yang boleh kita ambil manfaatnya, maka sah dilakukan jual beli berkenaan.

Kedua, adakah ia simpanan atau pelaburan? Maka, jika kita membelinya untuk tujuan simpanan, ia menjadi emas disimpan. Jika dipakai, misalnya emas wafer seberat 10 gram dijadikan buah rantai, maka ia jadi emas perhiasan. Jika emas itu dilaburkan oleh pihak pengurus terbabit, maka ia jadi emas pelaburan.

Emas yang disimpan, maka kaedah menaksirnya dikira apabila beratnya mencapai 85 gram dan ke atas. Emas perhiasan, jika ia mencapai atau melebihi uruf (di Selangor uruf emas perhiasan 800 gram dan negeri lain mengikut ketetapan masing-masing). Emas yang dilaburkan, pastilah dihitung sebagai emas pelaburan dengan dilihat pada pokok dan pengembangannya pelaburan pada hujung haulnya.

Suka dinyatakan, sila campurkan emas berkenaan, jika emas disimpan sila campurkan dengan semua emas simpanan sedia ada dan jika emas perhiasan, dicampurkan dengan emas perhiasan sedia pada puan sewaktu menaksirkan zakatnya.

Ketiga, bilakah bermulanya haul ke atas semua emas itu? Bagi emas yang disimpan atau dipakai, haulnya sudah bermula saat ia mula-mula mencecah berat 85 gram (nisab zakat). Katakan puan sudah mempunyai emas simpanan di rumah seberat 70 gram, kemudian pada 1 Mac 2013 puan membeli emas dari sebuah bank seberat 20 gram, maka jumlah beratnya sudah menjadi 90 gram, maka kala itu bermulalah haulnya. Apabila sampai 1 Mac 2014, maka wajib dizakatkan 2.5 peratus.

Mungkin timbul persoalan, jika 1 Mac 2014 sampai haul, maka jumlah yang benar-benar cukup haulnya adalah 90 gram sahaja, sedangkan pada 1 Mac 2014, mungkin keseluruhan berat emas yang berada di tangan puan sudah mencecah 950 gram. Pastinya lebihan berat berkenaan (950 gram – 90 gram = 860 gram) itu belum cukup haulnya? Bukankah hal ini memeningkan?

Baiklah, memang benar sedemikian. Namun, seperti kenyataan di atas, sukar bagi seseorang untuk mengingatkan haul bagi setiap emas yang dimilikinya, malah menyulitkan baginya untuk menunaikan zakat emas berkenaan pada tarikh-tarikh bagi emas yang mencapai haulnya yang berbeza.

Maka, disarankan puan memanfaatkan apa yang telah diizinkan syarak untuk membayarkan zakat emas pada satu tarikh, misalnya pada setiap Ramadan, dengan cara menyekalikan haul emas yang masih belum sampai. Kaedah ini diizinkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila pamannya, Abbas bin Abdul Mutallib RA meminta izin untuk menunaikan zakatnya lebih awal daripada haulnya (rujuk hadis Abu Daud).

Manakala, bagi emas pelaburan pula, pastilah ia disandarkan kepada zakat perniagaan kerana emas yang dibeli itu, dijadikan modal dalam pelaburan yang diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Maka, apabila sampai haulnya hendaklah dizakatkan semuanya, yakni jumlah emas yang sudah dibeli oleh puan dan juga jumlah pengembangannya (modal + untung) sebanyak 2.5 peratus.

Bagi emas pelaburan, haulnya telah bermula saat puan mulai membeli emas untuk pelaburan dan ia terus berjalan sehingga setahun. Ini kerana dalam perniagaan, haulnya dikira mulai hari pertama seseorang itu memulakan perniagaannya. Walaupun awalnya ia masih di bawah paras nisab, namun ia perlu dilihat pada penghujung haul, yakni jika masa itu ia sudah mencapai atau melebihi nisab, maka wajiblah zakatnya.

Keempat, haul zakat emas simpanan puan memang boleh terputus di tengah-tengahnya jika ditakdirkan puan mencairkannya dalam bentuk tunai sehingga terkurang nisabnya, dan kembali membentuk haul baharu setelah itu jika ia mencapai paras nisab 85 gram semula.

Cuma, harus diingat, haram hukumnya jika seseorang itu sengaja memutuskan nisabnya pada penghujung haul (misalnya lagi sebulan mencapai haul), kecuali atas keperluan yang diizinkan syarak. Dalam kes ini, pemerintah Islam masih berhak mengambil zakatnya jika dia sengaja memutuskan haulnya tanpa alasan yang munasabah.

Kecuali bagi emas yang dilaburkan, haulnya masih berjalan terus kerana modal boleh sahaja bertambah atau berkurang, dan jumlah keseluruhannya akan dilihat pada penghujung haul pelaburannya.

Kelima, jika nilai atau harga emas jatuh di pasaran, maka sudah pastilah ia akan turut mempengaruhi kepada jumlah zakat puan. Semakin jatuh harga, semakin kurang zakat dan semakin naik harga emas, semakin besar zakat di sisi nilai ringgit semasa yang bakal ditunaikan.

Keenam, bolehkah ia djelaskan secara beransur-ansur? Maka, hukum menetapkan bahawa zakat hendaklah dijelaskan secara tunai (sekali gus), tidak boleh ditunaikan secara beransur-ansur atau berhutang, melainkan bagi kes tertentu. Misalnya, seseorang yang baharu tersedar dia ada qada zakat, dan setelah dikira jumlah qadanya cukup besar, katakanlah RM15,000. Maka, dia hanya mampu menjelaskan RM3,000 dan selebihnya, dia menunaikannya berdikit-dikit sehingga habis.

Dalam kes di atas, dia diberikan keringanan kerana dia tidak mampu menjelaskannya secara sekaligus, namun dia masih tetap perlu (wajib) membuat surat wasiat kepada warisnya agar menjelaskan hutang zakatnya dari harta peninggalannya, jika ditakdirkan dia meninggal dunia. Dia juga wajib bertaubat atas segala kelalaiannya dahulu dalam mengabaikan kewajipan zakatnya. Ia tidak sama dengan puan yang ada emas dalam simpanan, kerana emas itu boleh dicairkan kepada RM dan dijelaskan zakatnya tanpa perlu bertangguh lagi.

Demikianlah, serba sedikit penjelasan mengenai zakat emas dan saya berharap puan mendapat pencerahan mengenainya demi memastikan kita dapat menunaikan kewajipan yang sudah dibebankan ke bahu kita sebagai seorang mukmin, dengan penuh kefahaman dan ketelitian.

Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab daripada) apa yang kamu simpan itu.” (Surah at-Taubah: 34-35).

Ustaz Hamizul Abdul Hamid ialah Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

http://www.hamizul.com/
Mengadu domba (An-Naminah)

Naminah adalah menyampaikan perkataan suatu kaum kepada kaum yang lain untuk menimbulkan kerosakan antara mereka. Sesungguhnya Allah telah mencela orang yang memiliki sifat ini, dan melarang mendengarkan perkataan, Allah berfirman:

“Dan jangan engkau ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina. Yang banyak mencela, yang suka menyebar fitnah. Yang sangat enggan berbuat baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa.” (Al-Qalam : 10-12)

Firman-Nya (yang suka menyebar fitnah) maksudnya dia mengadu domba antara manusia, menghasut dan memfitnah antara mereka, sebagaimana di sebutkan di dalam tafsir  Ibnu katsir

Namimah termasuk dosa besar, dalam Ash-shahihain dari ibnu Abbas disebutkan:

“Rasulullah SAW lalu di berhampiran dua kubur dan kedua penghuninya sedang diseksa. Dan keduanya tidaklah diseksa kerana perkaran yang besar – sesungguhnya itu adalah azab yang benar - Adapun salah satunya berjalan di antara manusia dengan mengadu domba. Adapun yang lain, tidak menjaga dirinya dari air kencing

Sabda beliau: “Keduanya tidaklah di seksa kerana perkara yang besar maksudnya namimah dan tidak membersihkan diri dari najis kencing adalah pebuatan yang kecil, ringan atau mudah menjauhi keduanya akan tetapi azabnya sangat keras.

Iman Bukhari berkata (10/6056):

Abu Nu’aim telah berkata kepada kami: Sufyan telah berkata kepada kami dari manshur, dari Ibrahim, dari Hamam, dia berkata: kami bersama Hudzaifah, maka dikatakan kepadanya bahawa sesungguhnya seseorang menyandarkan hadis itu sampai ke Usman maka  Hudzaifah berkata: saya mendengar nabi Bersabda:

“Qattat tidak akan masuk surga”

Sabda beliau “Qattat” ditafsirkan oleh hadits riwayat muslim

“seseorang mengadu domba tidak akan masuk syurga “

Di sebutkan bahwa Qattat adalah orang yang mendengar sesuatu secara sembunyi-sembunyi  (mencuri dengar) kemudian menyampaikan apa yang di dengarnya.

Para pengadu domba dikhabarkan tidak masuk syurga demikian pula dalil-dalil tentang ancaman seperti ini menjadi syubhat (keracunan) bagi orang-orang khawarij yang mengkafirkan pelaku maksiat walaupun dia seorang yang mengesakan allah,

Syubhat ini dijawab dengan firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan-Nya dan Allah mengampuni dosa selain syirik itu bagi siapa yang Allah kehendaki.”(An-Nisa : 116)

Allah menjadikan doa-dosa itu di bawah kehendak-Nya. Jika Allah menghendaki maka Allah mengampuninya dan jika Allah menghendaki maka Allah menyeksa sesuai kadar dosanya, kemudian tempat kembalinya adalah syurga, kecuali syirik. Kerana pelaku syirik akan kekal di neraka.

Iman Bukhari berkata (1/64)  : Abdul Yaman telah mengkhabarkan kepada kami dia berkata: syu’aib telah mengkhabarkan kepada kami dari Az-zuhri, dia berkata: Abu idris ’A’idzullah bin Abdullah telah mengkhabarkan kepada saya bahawa ‘Ubadah bin Ash-shamit dia mengikuti perang badr dan merupakan salah seorang naqib (pemimpin kaum) pada malam ‘Aqabah – bahawa  Rasullah berkata di sekitar beliau ada sekelompok sahabat.

Berbai’atlah kepadaku bahwa janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatupun, janganlah mencuri, jangan berzina, janganlah membunuh anak-anak kamu, janganlah membuat dusta yang kamu ada-adakan antara tangan-tangan dan kaki-kaki kamu dan janganlah kamu derhaka dalam hal kebaikan. Barang siapa antara kamu yang memenuhi bai’atnya maka pahalanya di sisi Allah dan barang siapa yang melakukan salah satu hal itu lalu dia di seksa di dunia maka hal itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya dan barang siapa yang melakukan sesuatu yang terlarang itu kemudian Allah menutupinya maka perkaranya dikembalikan kepada Allah. Jika Allah menghendaki maka Allah memaafkan dan jika Allah menghendaki maka Allah menyeksa maka kami berbai’at kepadaku di atas demikian itu,”

Nabi mengkhabarkan bahawa dosa-dosa itu berada di bawah kehendak Allah, jika dia berkehendak maka dia menyeksanya, dan jika dia berkehendak maka dia mengampuninya.  

Dalil-dalil tentang ancaman yang tidak masuk surga seorang yang bertauhid jika dia melakukan dosa besar, berkemungkinan bahwa di dalamnya ada kalimat yang dihilangkan, dan kalimat lengkapnya : jika Alah membalasnya; atau bahawa ia tidak langsung masuk syurga, dia diseksa dahulu sesuai kadar dosanya kecuali jika Allah mengampuninya, kemudian tempat kembalinya adalah surga, atau bahawasanya jika dia menganggap halal perbuatan itu, bererti dia telah mendustakan dalil, sama ada dia melakukan atau tidak.

Disebutkan daripada sebahagian ulama salaf bahwa dalil tentang ancaman ditetapkan sebagaimana adanya dan tidak dipertentangkan maknanya. Kerana hal itu akan lebih mengena dalam memberi peringatan, (hukum suatu perkara dalam) agama tidak hanya diambil dari suatu dalil, namun diambil dari semua sisi dalilnya, Allah berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamuke dalam islam secara keseluruhannya,” (al-Baqarah : 208)

Tatkala orang-orang khawarij hanya memegang dalil yang memberikan ancaman dan meninggalkan dalil yang mengandungi harapan, mereka sesat dan menyesatkan, dan mereka disepakati oleh mu’tazilah dalam menghukumi bahwa pelaku dosa besar di akhirat nanti akan kekal di neraka namun mereka berselisih dengan orang-orang khawarij yang berkata: “kami menamakan kafir” sedangkan orang-orang Mu’tazilah berkata: “kami menamakan fasik”.

Bantahan terhadap orang-orang Mu’tazilah: Allah berfirman;

“Dia-lah yang menciptakan kamu, maka di antara kamuada yang kafir dan ada pula yang beriman.” (At-taghabun : 2)

Allah membagi manusia menjadi  dua : kafir atau mukmin. Allah tidaklah membahagi mereka menjadi tiga bahagian kita berlindung kepada Allah daripada kehinaan.

Akan tetapi ahlus sunnah adalah orang-orang yang di sucikan oleh Allah dengan berfirman;

“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kalian (umat Islam) sebagai umat yang adil dan pilihan, agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar  Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kalian.” (Al-Baqarah:143)

Al-wasath maknanya yang terpilih, mereka bimbang bahawa orang yang berbuat jahat akan diseksa, dan mereka mengharapkan, balasan syurga bagi pelaku kebaikan.

Untuk mendapatkan tambahan penjelasan dalam masalah ini, silakan merujuk syarah al-‘Aqidah ath thahawiyyah (hal, 316 dan yang setelahnya).

Masalah namimah adalah masalah yang sangat berbahaya. Namimah dapat merosak hubungan antara dua kawan dan hubungan persaudaraan yang sangat kuat.

Janganlah engkau memperluas namimah di antara dua kawan, yang kerananya dua sahabat akan saling membenci

Namimah mendatangkan kerosakan dan pemusuhan, padahal sugguh Allah telah melarang melakukan kerusakan, Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.” (al-A’raf : 74)

Orang yang membuat kerosakan tidak dicintai oleh Allah. Allah berfirman:

“Dan janganlah engkau berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan,” (al-Qashash : 77)

Bahkan allah telah memerintahkan melakukan pembaikan. Allah berfirman :

“Maka bertaqwalah kapada Allah dan perbaikilah hubungan antara kalian.” (Al-anfal : 1)

Dan allah berfirman:

“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya.“ (al-Hujurat : 9)

dan Allah berfirman:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia, dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak kami memberinya pahala yang besar.” (an-Nisa : 114)

Allah telah memberi anugerah kepada hamba-hamba-Nya iaitu dua menyatukan hati mereka. Allah berfirman;

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya.” (Ali-Imran : 103)


http://salafy.or.id/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan