Jumaat, 21 Mac 2014

STEADY LAH KAK WAN.....IN SYAA ALLAH

KAJANG: Pakatan Rakyat mempunyai jalan penyelesaian bagaimana hendak mengurangkan tarif elektrik sekiranya mereka berjaya mentadbir negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata sesebuah kerajaan itu mampu berfikir sekiranya mereka meletakkan keutamaan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Bercakap di hadapan lebih 500 pengundi Kajang semalam, Husam berkata, kerajaan boleh mendapat sumber arang batu paling dekat iaitu di Sumatera Selatan yang mempunyai rizab 48 peratus dari seluruh Indonesia.

"Tenaga yang kita hendak janakan ini daripada arang batu. Sumatera Selatan hanya sebelah Selat Melaka sahaja.

"Kalau kita bina janakuasa ini di Sumatera Selatan dengan transmition cable di mana dalam ekonomi bawa arang batu lebih mahal daripada bawa elektrik," katanya.

Tambahnya, arang batu yang diperoleh dengan harga murah itu mempunyai kalori yang tinggi iaitu 6,500 kalori.

"Kita boleh jual yang tinggi, kita guna yang lebih rendah kita akan jimat kos," katanya.

Dengan penyelesaian ini, jelasnya harga elektrik akan lebih murah dan kerajaan boleh kekalkan harga itu untuk seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kenapa kerajaan BN tidak buat macam ini kerana mereka ada kepentingan-kepentingan lain.

"Jadi kalau dalam elektrik sahaja kita boleh fikir penyelesaiannya seluruh masalah-masalah lain dan ekonomi dalam negara kita boleh selesaikan," katanya.

Hari ini rakyat Malaysia membayar tarif elektrik yang lebih tinggi ekoran tindakan kerajaan Umno BN menganugerahkan projek janakuasa arang batu kepada 1MDB walaupun ada saingan yang menawarkan harga lebih murah.

1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.

Rakyat akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.

Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.
Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an.

Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an, sehinggalah beberapa kali pesta pora Woodstock ini berlangsung. Irama Rock mula mengambil tempat dalam hati anak-anak muda Eropah akibat bantahan mereka kepada Perang Amerika di Vietnam. Penjajahan kuasa kapitalisme dunia, Amerika Syarikat menimbulkan bantahan awam dan protes bersemarak dalam pelbagai bentuk termasuk genre muzik. Jalur ideologi sosialis dengan pakaian budaya Bohemian sedang melanda anak muda, bahkan yang sedang menggalang gelaran mahasiswa sekalipun. Lagu-lagu rock, juga Raggae yang bertemakan kedamaian, anti perang, anti kerajaan, juga satira politik mula menjadi siulan anak muda.

Kumpulan rock seperti the WHO, Santana, Deep Purple, Eagles, Led Zeppelin, pemain gitar tersohor Jimmy Hendrix mula menjadi menjadi hero barisan hadapan dunia anak muda ranggi menyuarakan aspirasi protes dan juga berekspresi sebagai generasi baru yang mula meninggalkan cara berfikir orang lama. Begitu juga dengan irama Raggae yang menonjolkan Bob Marley dengan lagu -lagu protes yang lebih merakyat.
 
Kehadiran musik genre Rock, raggae dan blues ini bukan sekadar lagu namun mengheret kepada cara hidup Bohemian yang bebas dan akhirnya juga akrab dengan dadah dan kehidupan bebas tak bertunjang agama. Konsert Woodstock, seolah ijtimak antarabangsa menghimpun pencandu muzik adalah gambaran kebejatan jiwa anak muda. Penggunaan dadah, pergaduhan sehingga membawa kematian kepada peserta-peserta konsert, akhirnya menimbul perdebatan kepada masyarakat rasional bahawa budaya konsert ini tidak memberikan manfaat kepada pembinaan generasi anak muda.

Konsert-konsert genre rock terus menggegarkan belahan dunia Eropah di Madison Square, Berlin, Praque, Rock Palace, Lolapalooza dan pelbagai lagi medan anak muda dipanah sihir untuk berhimpun seterusnya mewabakkan penagihan dadah dan seks bebas di Barat. Lebih jauh, dengan munculnya Black Metal dan Thrash Metal, budaya konsert semakin liar, bahkan dengan lirik-lirik lagu yang memuja dunia mistik, dengan ritual yang sesat.

Malangnya, kebejatan budaya konsert ini juga menular ke negara- negara umat Islam seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya sehingga membius anak muda dengan pelbagai penyakit sosial yang lain pula. Di tanah air kita, sekitar pertengahan dekad 1980-an fenomena konsert Rock mula menggila dengan konsert 'Battle Of The Bands', munculnya kumpulan-kumpulan Rock seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tak sedikit pula era itu Pemuda PAS turun membantah dan akhirnya beberapa negeri seperti Terengganu terpaksa akur dengan bantahan tegas daripada Pemuda PAS yang menentang budaya hedonisme yang melunturkan jati diri muslim anak muda. Walaupun tindakan itu tidak popular pada mata pengundi dan masyarakat liberal pragmatis, namun itulah sumbangan untuk menyelamatkan akhlak generasi muda negara ini.

Konsert-konsert artis antarabangsa juga dibantah dengan serius oleh Pemuda PAS, seperti konsert Scorpions dan Metallica, sehingga penganjur antarabangsa mengambil jalan selamat dengan mengadakan konsert rock antarabanga di Pulau Sentosa Singapura. Fenomena konsert liar juga terjadi di negara Indonesia sehingga membawa kepada kematian pengunjung, bahkan kejadian membakar stadium seperti yang berlaku dalam konsert Metallica beberapa tahun lepas di Jakarta.

Kini, bahana konsert bukan sahaja menutaskan budaya pergaulan bebas yang memualkan , malah dengan kemunculan konsert muzik techno yang mesra pil dadah serta seks rambang makin menyebabkan anak muda terpelanting jauh daripada adab dan norma beragama. Tiada untungnya budaya konsert ini jika dihujjahkan oleh pak menteri untuk menumpuk wang pada kantung negara. Akhlak, budaya, juga paling penting agama jauh, lebih berharga untuk kita bandingkan dengan nilai wang.

Kerajaan dan masyarakat sivil negara ini wajib menghalang budaya konsert yang meratah jatidiri anak muda, negara ini sudah terlalu tenat dengan pelbagai penyakit sosial. Peningkatan kes jenayah, penyalahgunaan najis dadah, kelahiran anak luar nikah, mewabak 'sensate culture' dan pelbagai sampah sosial juga adalah manifestasi gagal urus negara oleh regim negara ini. Kita menuai apa yang kita tanam, generasi Rabbani tidak lahir daripada nuansa budaya yang bobrok, maka hentikan segera kegilaan ini.

(Penulis ialah Setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat)
 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah penting bukan sahaja kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah, tetapi kepada Pakatan Rakyat dalam memperkukuh pengaruh mereka ke Putrajaya. Wartawan Harakahdaily Mohd Nazri Abdullah, Muhammad Faizal serta jurufoto Wan Zahari mendapatkan Wan Azizah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan untuk potensi dan harapan beliau di Kajang ini.
Harakahdaily: PRK Kajang masih berbaki beberapa hari lagi, bagaimana kempen Kak Wan setakat ini serta penerimaan orang ramai.
Wan Azizah: Setakat ini Alhamdullilah penerimaan yang baik, memanglah ada penyokong Barisan Nasional (BN) yang tegar. Tapi ini lebih kepada petugas-petugas yang dimasukkan khas untuk meraih undi. Yang lain tu ada tempat-tempat Kak Wan pergi memberikan harapan yang tinggi, Insyaallah.
Setakat ini kalau dikira peratusan jelajah Kak Wan untuk kempen ini sejauh mana sudah dicapai.
Mungkin lebih sedikit daripada sebelum ini, tapi saya tidak mahu menjangkakan selesa kerana itu akan mengganggu kerja. Tapi setakat ini terutamanya kawasan-kawasan Tionghua, lebih memerima Kak Wan. Melayu tu Alhamdullilah lebih daripada pilihanraya yang lalu.
Maksudnya dari sudut kawasan semua tempat Kak Wan sudah pergi.
Iya-iya semua kawasan, kita cuba pergi ke semua tempat. Kajang tak lah besar sangat.
Mungkin ada pendekatan berbeza untuk orang Cina, Melayu di sini, bagaimana pendekatan yang digunakan.
Orang Melayu, mungkin masa mula-mula saudara Anwar telah bermula dekat masjid dan surau seperti tazkirah, itu lebih menyentuh. Kalau ikut komuniti Melayu ini, persekitaran surau dan tazkirah, jadi kita telah bertemu di situ. Di pasar-pasar dengan kaum wanita.
Rumah ke rumah susah sikit kalau siang hari sebab kebanyakkan mereka bekerja, yang tinggal di rumah pun tak ramai tetapi kita dapat bertemu dengan mereka.
Pengundi Cina, Alhamdullilah waktu malam, lepas kerja kita buat ceramah dan ceramah mereka lebih meriah dari Melayu dan respon mereka lebih berbanding dengan pengundi Melayu.
Kita juga pergi rumah ke rumah, kita tidak boleh memandang remeh jentera BN yang sudah lama bertapak dan mempunyai sumber kewangan yang banyak. Namun kalau lihat saingan, kita berikan cukup hebat, dari segi bilboard dari segi poster dan bunting, kita boleh rasa kehadiran PKR itu sekurang-kurangnya menandingi BN.
Dari sudut persefahaman dan bantuan rakan-rakan parti khususnya PAS dalam PRK Dun Kajang, bagaimana Kak Wan melihatnya.
Saya kira terbaik, Dr Hatta, Khalid Samad, Dr Siti Mariah setiap malam berada di sini. Sekarang sesi parlimen, memang mereka datang. Kalau dipandang dari segi tuan rumah Dr Che Rosli, memang saya melihat rata-rata beliau hadir termasuk YB Iskandar, PAS Selangor memang bersama saya.
Muslimat PAS datang berjumpa Kak Wan, bersama-sama meraih undi, membuat culaan termasuk juga masak memasak.
Dari sudut isu yang dibawa, apa yang menjadi agenda bila bertemu dengan pengundi.
Salah satunya dari sudut keadilan sebab kes saudara Anwar, satu lagi adalah kes biasa iaitu kesesakan lalu lintas, kebersihan, rawatan sisa pepejal dan anak muda yang kita akan berikan mereka satu ruang dan peluang untuk mereka menghabiskan masa riadah dan apa-apa peluang pekerjaan, di kawasan sini ramai yang menjadi suri rumah dan mereka mempunyai masa yang boleh dipenuhi.
Selain itu juga isu jenayah, saya bercakap dengan seorang pengundi di sini jangan tanya rumah dimasuki perompak atau pencuri, tetapi tanya berapa kali telah dimasuki. Ini menandakan isu kadar jenayah yang membimbangkan.
Kita juga melihat PRK kali ini menjadi modal untuk parti lawan menghentam Kak Wan, bagaimana Kak Wan berhadapan dengan serangan lawan?
Pada mula memang geram jugak, tetapi saya kira boleh dijawab kerana kalau ada isu membabitkan saya dan telah lalui ini dapat mematahkan isu-isu apa yang dikatakan oleh Khairy Jamaluddin. Sebab mereka juga ada isu yang lebih penting dari isu boneka ini, saya kira itu tak lah isu yang berat. Sebenarnya dalam isu ini telah menimbulkan simpati.
Dalam tempoh berkempen setakat ini, apa kenangan manis Kak Wan bila bertemu masyarakat di sini.
Cara mana mereka menerima Kak Wan, cara mana mereka kata "saya akan sokong, saya akan undi dan berikan sokongan", saya rasa sungguh terharu. Saya bukannya biasa sangat dengan Kajang, kalau Pematang Pauh itu lainlah dan kalau penerimaan sedemikian, pertama kali jumpa, saya cukup terharu dan berterima kasih.
Itupun kerana Kajang mempunyai kadar penembusan internet yang tinggi, jadi mereka membaca alternatif media, penduduk yang berpendidikan, celik mata hati (insyaallah) dan saya kira itulah menyebab mereka menerima Kak Wan.
Ada juga bertanya bagaimana Kak Wan berdepan dengan pelbagai isu khususnya dalam isu hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Kekuatan dari dulu lagi, kekuatan orang Islam kena sabar dan redha, bahagikan masa memang susah sebab kita selalu mengejar mana. Anak-anak Kak Wan semuanya sudah besar, bila pertama kali Kak Wan ceritakan mungkin menjadi calon Kajang, adalah sedih sikit, sebab bila jatuh hukum tu kami sugul la kan, biasalah. Bila Kak Wan kata "mama kemungkinan akan jadi calon", tapi mereka kata "takpa ma kami dah besar, ma boleh buat dan ma memang mampu lakukannya", jadi ini membuat saya kuat.
Datuk Seri Anwar sendiri, selepas dijatuhkan hukuman dan tidak dapat bertanding di Kajang, apa kata-kata Datuk Seri kepada Kak Wan untuk memberi inspirasi bertanding di sini.
Dia kata akan sibuk, perbincangan akan terhad dan sama-sama mengetahui suasana politik di Malaysia mencabar sekali. Beliau suruh saya jaga kesihatan sebab saya ni tak la pergi aerobik atau apa-apa, beliau suruh saya jaga makan minum agar tidak letih sangat. Saya kadang kala tidak terdaya untuk aktif sangat, sebab saya biasa jadi calon dan kalau boleh akan bertemu dengan ke semua pengundi.
Hari sudah masuk hari ke sepuluh kempen, bagaimana Kak Wan melihat sokongan pengundi kepada Kak Wan.
Ok, insyaallah tapi jangan kita terlalu yakin dan rasa selesa sebab saya dah kena pada 2004. Masa itu memang, saya calon pilihan dan ada mereka kata memberi jaminan kemenangan tetapi bila dibuat kiraan dan disiarkan di televisyen saya dah kalah, sedangan SPR kata saya dah menang kiraan pertama tapi diumumkan kalah. Sebab itu kita mesti bekerja kerana kita bertanding di atas sebuah padang yang tidak rata.
Bagaimana Kak Wan melihat PRK Kajang ini, adakah PRK Kajang ini untuk Kajang semata-mata dan habis di sini?
Tidak, tidak, langkah ini memang kita fikirkan untuk membuat satu impak dalam isu negara kita ini, terutamanya isu perbedaan agama. Dalam hidup Kak Wan tidak pernah timbul satu masa akan berlaku sesuatu yang melampau batas seperti simbah darah ayam, campakkan kepala khinzir, ini suatu yang tidak pernah kita terbayang. Bila jadi sedemikian kita bertelagah, termasuk isu kalimah Allah.
Kita kena perluaskannya dan kalau ini langkahnya ia merupakan langkah permulaan. Kajang boleh dijadikan sebagai model, Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan baik, dengan pengurusan yang lebih baik akan diberi barakah oleh Allah, itu yang kita mahukan. Kita mesti lakukan sesuatu, kalau ini merupakan sumbangan yang sedikit dari Kak Wan, insyaallah saya akan lakukan.
Berhubung dengan langkah Kajang yang dikaitkan dengan pertukaran Menteri Besar, bila Anwar tidak dapat menjadi calon dan diganti dengan Kak Wan, bagaimana Kak Wan melihatnya.
Saya fikirkan ini masih berjalan lancar, semalam saya bertemu dengan Menteri Besar, dan bercakap tentang aduan yang diterima tentang sampah dan beliau bercakap dengan YDP, dan ia akan berikan kerjasama untuk memperbaiki keadaan.
Hubungan yang baik Anwar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kak Wan, serta exco-exco saya kira bahawa kerjasama ini berlaku dan kuat, pentadbiran yang baik dapat dibuktikan.
Itu dari sudut pentadbiran, bagaimana pula dari sudut kesatuan PKR sendiri di Selangor.
Perangai Kak Wan sebagai ibu, dalam keluarga itu ada perselisihan faham, ini biasalah. Apatah lagi dalam politik, Kak Wan akan tenteramkan keadaan, bila Kak Wan ada boleh lagi menyeleraikan perbezaan pendapat ini.
PRK Kajang menjadi medan penyatuan antara ahli komponen parti khususnya PKR, dan selepas ini akan ada kongres pemilihan. Adakah ini menjadi medan penyatuan atau saling mereka menonjol untuk berkempen?
Dua-dua boleh berlaku, sebab mereka mengambil peluang untuk sama-sama kempen. Lagipun ini merupakan ciri-ciri multi politik dan mereka datang untuk tolong Kak Wan, dalam masa yang sama mereka berkempen untuk pemilihan parti. Kempen yang sihat.
Pada pandangan Kak Wan, kongres akan datang mungkin Kak Wan melihat apa yang sedang berlaku dalam parti, apa Kak Wan lakukan.

Biasalah bila ada pemilihan akan wujud medan pertandingan serta kempen untuk mendapatkan sokongan kemenangan, itu perkara biasa tetapi jangan sampai kita berpecah. Walau apa berlaku, biar berlaku dengan sihat kerana kita masih ada urusan penting untuk dilakukan.
Tempoh kempen masih ada empat hari lagi, apa sentuhan terakhir Kak Wan?
Wan Azizah: Saya pasti kerajaan BN akan mainkan isu pesawat, saya kira orang Kajang tidak termakan isu tersebut. Insyaallah, Kak Wan akan mengulangi bertemu dengan pengundi dan setengahnya atas pagar itu kita jumpa mereka sekali lagi.
Apa pesanan Kak Wan kepada jentera dan petugas parti?
Pagi ini (kelmarin) Kak Wan sudah ke tempat pengundi awal, kita akan pastikan jentera kita menjaga peti undi tersebut sehingga sampai hari pembilangan undi. Kita tanya juga kenapa tidak mengira terus kertas undi tersebut, tetapi perkara itu tidak dilakukan kerana pengiraan perlu dilakukan serenta. Lagipun bukan ada apa-apa perbezaan pun.
Pendapat Kak Wan tentang penyebaran gambar super impose yang tidak senonoh mengenai calon BN.
Kita kutuk, kita tidak setuju sama sekali, kalau nak bertanding kita bercakap tentang isu. Tidak ada serangan peribadi, ini perlu ditegah. Mereka yang melakukannya perlu ditarbiyah. Kita sudah menyimpang dari budaya yang sepatutnua kita lakukan. Kempen tersebut perlu dihentikan segera sama ada BN mahupun PKR.
 KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa gaji dan elaun terhadap Duta dan Penasihat Khas Perdana Menteri dibayar mengikut kelayakan masing-masing seperti duperuntuk dalam bajet tahunan.
Dalam penjelasan itu, tiada angka spesifik dikemukakan berhubung jumlah bayaran kepada duta dan penasihat tersebut.
Penjelasan bertulis itu dibuat kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang mahu Perdana Menteri menjelaskan senarai penuh duta khas serta penasihat khas serta saraan penuh yang dinikmati termasuk faedah dan kos ke atas bajet.
Dalam jawapannya semalam, Shahidan juga memaklumkan seramai lapan orang duta dan penasihat khas telah dilantik.
Mereka adalah:
1-Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain (Penasihat Agama PM)
2-Datuk Wira Mohd Johari Baharum (Penasihat Khas mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara)
3-Tan Sri Dr Rais Yatim (Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan )
4-Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil (Penasihat Pembangunan Keusahawann dan Ikhtisas Wanita)
5-Tan Sri Ong Ka Ting (Duta Khas ke Republik Rakyat China)
6-Datuk Seri S.Samy Vellu (Duta Khas ke India dan Asia Selatan)
7-Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Duta Khas ke Amerika Syarikat).
8-Datuk Seri Tiong King Sing (Duta Khas ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan)
KOTA BHARU: Sejak diwujudkan pada 2007 sehingga Feb lalu sejumlah RM59 juta telah dibayar kepada keluarga warga emas yang menyertai Skim Takaful Kifaalah.
Jumlah pampasan tersebut dibayar kepada 32,212 peserta yang telah meninggal dunia.
Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd Abdul Shakur Sharrie berkata, sejak Febuari 2007 sehingga sekarang jumlah peserta yang berdaftar sejumlah 149,899 orang.
Katanya, bagi tahun ini fasa pertama penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada wasi (waris) diadakan semalam membabitkan peruntukan berjumlah RM1.6 juta.
“Pada program semalam turut diadakan taklimat dan dialog bersama pengerusi baru Kifaalah Sdn Bhd, Mumtaz Md Nawi.
“Beliau menggantikan Datuk Husam Musa yang mengasaskan penubuhan Takaful Kifaalah pada Feb 2007,” katanya di sini.
Pada program itu juga diadakan penyampaian sijil badal haji kepada keluarga peserta Skim Kifaalah Khaira Ummah seramai 10 orang.
Skim takaful tersebut terbuka kepada rakyat Kelantan berusia bawah 60 tahun dengan caruman sebanyak RM30 setahun.
Abdul Shakur berkata, pencarum skim berkenaan yang meninggal dunia akan mendapat manfaat badal haji dan khairat kematian berjumlah RM3,000.
Selain itu katanya, Kifaalah juga menguruskan skim Kifaalah Takaful Penghulu Kelantan sejak dua tahun lepas.
“Setakat ini 15 penghulu yang meninggal mendapat manfaat perlindungan takaful berjumlah RM10,000 seorang,” ujarnya.
KUANTAN: PAS mengucapkan tahniah kapada polis Kuantan yang mengambil langkah proaktif membatalkan permit Festival Muzik Antarabangsa Kuantan yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 April ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu (gambar) berkata, keputusan itu adalah tepat dan melegakan keresahan rakyat tentang kesan yang bakal dihadapi sekiranya  program hiburan itu diteruskan.
"Belajar dari insiden yang berlaku di Bukit Jalil baru-baru ini apabila enam remaja meninggal dunia adalah satu langkah tepat yang diambil pihak polis supaya perkara sama tidak berulang.
"Kenyataan seorang menteri bahawa pengambilan dadah adalah pilihan individu dan tidak ada kena mengena degan konsert adalah kurang tepat. Seolah-olah pihak penganjur cuba diberi perlindungan daripada sebarang tindakan,” kata Andansura yang juga Yang Dipertua PAS Indera Mahkota.
"Kita perlu melihat perkara ini secara holistik, penganjuran konsert terbuka dan bebas sebegini rupa sebenarnya membuka ruang yang amat luas untuk para belia melakukan perkara-perkara negatif. Persoalannya kenapa kita perlu membuka ruang tersebut,” soalnya.
Tambah Andansura, lebih buruk lagi apabila sesuatu konsert dianjurkan atas nama menggalakkan pelancong datang sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM).
"Ini menunjukkan kita mengutamakan keuntungan ekonomi daripada melindungi nilai-nilai murni yang diajar kepada rakyat negara ini sejak kecil," ujarnya.
Penganjuran konsert liar juga, jelas beliau adalah bercanggah dengan matlamat Visi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melahirkan generasi yang menyeluruh merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Sebelum ini konsert yang bakal diadakan di Kuantan itu menimbulkan perdebatan pro dan kontra di kalangan orang ramai.
Ada pihak mahu meneruskan program berkenaan atas alasan ia mampu menarik kehadiran pelancong manakala ada yang membantah kerana dirasakan kurang sesuai dengan budaya masyarakat negeri ini.

2 Foto: “hanya mampu menangis teresak-esak “

Kuala Lumpur: Berpantang maut sebelum ajal apabila seorang gadis terselamat walaupun terperosok di bahagian bawah lori sejurus terbabit kemalangan di simpang Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, Nurhidayatul Afiqah Muassyis, 24, dikatakan terjatuh selepas dirempuh lori itu dari belakang menyebabkan mangsa tercampak.
NURHIDAYATUL ditenangkan seorang penunggang motosikal.
NURHIDAYATUL ditenangkan seorang penunggang motosikal.
Saksi kejadian, Shamsul Abas, 40-an, berkata, mangsa yang tidak sempat bangkit dari jatuh kemudian hampir digilis lori itu.
Menurutnya, pemandu lori terbabit bagaimanapun masih sempat menekan brek sebelum tayar lori berhenti hanya beberapa sentimeter dari kepala mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan