Rabu, 19 Mac 2014

SEPATUTNYA SEGALA ACARA BERTENTANG DENGAN SYARAK DIBATALKAN....IKUT BENAR2 SYARIAT ALLAH....DUNIA NI HAMPIR KIAMAT....SEKURANG2NYA SEMUA KITA DEKAT DENGAN KEMATIAN

Wednesday, 19 March 2014

KONSERT LIFE IN COLOR AKHIRNYA DI BATALKAN!!!!!


Pihak pengajur atas desakan rakyat akhirnya akur untuk membatalkan Konsert maksiat Life In Color yang dijadualkan akan berlangsung pada 19hb April 2014 di Litar F1 Sepang... Dibatalkan atas inisiatif penganjur sendiri bukannya atas arahan dan desakan kerajaan BN dengan mengambil kira kematian 6 remaja dan 14 kritikal sempenan Konsert Future Musiz Festival Asia 2014.

"Life in Color wishes to announce that due to the unfortunate events that took place this past weekend, we have decided to cancel the upcoming Life in Color Malaysia event on April 19th, 2014. With respect for the country and people of Malaysia, we are canceling the show.

Life in Color, Future Sound Asia and Zouk KL would like to extend our sincerest apologies to our wonderful fans. All ticket holders will receive a full refund for the event and more details regarding the refund process will be made available in the next few days.

We appreciate the love and support of our Malaysian fans, and our thoughts and prayers go out to the families of those affected".

Bismillahirrahmanirrahim

Kami, barisan Imam Muda 1, 2, 3 dengan ini menyatakan prinsip dan pendirian kami tentang penganjuran Party Life In Colour yang akan diadakan 19 April ini di Sepang International Circuit. Rujukan : (https://www.lifeincolor.com/event/kuala-lumpur-2014-04-19-173000)

1. Kami mendesak dengan pendirian yang sangat tegas agar dibatalkan dan dihentikan sebarang konsert, parti, yang menyalahi hukum agama, adat dan budaya. Ingatlah amaran Allah dalam surah Ghafir, ayat 75, 76
“Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di atas muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat). Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam”.

2. Kami menentang dengan sekeras-kerasnya penganjuran, dan sangat berharap agar pihak kerajaan yang bertanggungjawab menghentikan segala perkara yang memungkinkan segala macam perkara yang buruk dan sudah tentu tidak diredhai Allah daripada berlaku. Konsep wasatiyyah yang diperkenalkan haruslah diambil dan dihayati dan diberikan pengaplikasian yang menyeluruh. Ketahuilah! Hadis dari Abdullah Bin Umar, nabi berpesan bahawasanya kita adalah pemimpin. dan kelak kita akan dipersoalkan terhadap apa yang kita pimpin. Bertakwalah kalian kepada Allah!

3. Kami juga menegaskan bahawasanya masyarakat harus sedar penglibatan kita di dalam perkara sebegini, walaupun sekadar menyokong adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Kita punya tuhan. Kita punya peraturan. Dan tidaklah ianya ditetapkan oleh Allah melainkan untuk kebaikan diri kita.

4. Sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, kami menekankan kepada semua pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pelancongan dan institusi agama akan memastikan segala perancangan dan program yang disusun bersesuaian dengan syariat Allah. Dengan menyedari dan menginsafi yang bahawasanya negara Malaysia ini sebuah negara Islam, pemimpinnya juga seorang Islam, maka sangat diharapkan kita kembali kepada ajaran Islam yang tidak hanya terhad kepada slogan dan simbol. Allah sudah memberikan petanda yang sangat jelas iaitu di dalam surah Al-Baqarah ayat 208: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata

5. Kami melahirkan harapan yang sangat tinggi agar rakyat yang beragama Islam mahupun belum beragama Islam dididik dengan perkara yang mampu menutup masfadah (Kerosakan). Islam adalah agama yang universal dan holistik. Setiap apa yang dihidangkan kepada rakyat mampu menjadi 'cerminan' terhadap kita di atas dunia, dan di akhirat sana. Allah menerangkan dalam SUrah Al Ahzab ayat 67: "Dan mereka berkata;:"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta'ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)". 68 : Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar"

6.Pemimpin dan rakyat Malaysia khususnya haruslah menginsafi terhadap segala ujian yang sudah dan sedang Allah turunkan kepada kita semua. Berinteraksilah kita dengan segala ujian yang Allah turunkan kepada kita. Takutlah kita dengan ingatan Allah dan surah Al Anfal ayat 25 yang bermaksud: "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya"

Secara kesimpulannya, kami menegaskan sekali lagi, bahawasanya semua pihak terutamanya yang mempunyai authoritY dan punya kemampuan terhadap penganjuran, penyusunan, segala apa yang menyumbang ke arah kerosakan agar menghentikan perkara tersebut. Takutlah kita dengan ayat ayat Allah. Insaflah kita dengan pesanan Nabi. Jangan kita merasa bongkak di atas dunia sedangkan sebenarnya kita masih lagi seorang hamba kepada Allah. Ingatlah ayat Allah dari surah Al Anaam ayat 93: Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya"

Ya Allah. Saksikanlah. Sesungguhnya kami telah menyampaikan.
Sebaik negara selesai landaan banjir, negara berdepan pula dengan bencana panas sepanas-panasnya. Banjir bencana, kemarau kering pun bencana.
 
Air rahmat. Apabila air berlebihan menjadi banjir ia jadi bencana. Panas yangbukan-bukan juga bencana. Bencana banjir kerana berlebihan air. Bencana panas pula hingga sumber air kering kontang tidak berair. Berlebihan air susah, tidak berair pun susah.
  
Di sinilah nikmatnya wasatiyyah – keserdanaan. Air sekadar secukupnya dan sepanas-panas pun tetap berair yang tidak memerlukan sedikit catuan pun.
  
Demikianlah bencana bertimpa-timpa. Selapas banjir, datanglah panas yang tidak menitiskan setitis air pun. Ia menyebabkan sumber air kering kontang hingga bekalan air putus dan catuan terpaksa dikenakan. Tumbuhan kering di sana sini hingga pantang terkena percikan bungi api, lalu terbakar di sana sini.
   
Tengah-tengah panas membakar itu datang pula jerebu yang sepekat-pekatnya hingga membahayakan kesihatan untuk semua.
   
Jangan kata kenaikan kos sara hidup yang menjolok mata yang dirasa oleh semua terutama yang berpendapatan rendah bukan bencana. Tengah-tengah ujian dan bala yanag berganda-ganda itu meletup pula kisah ghaib pesawat penumpang MH370 dengan penumpang dan awak-awaknya.
   
Maka menyeru semua kepada semua masing-masing mendirikan solat hajat berdoa minta hujan, rendah suhu panas, cerahkan jerebu dan selamatkan pesawat dan sekalian penumpang-penumpangnya hilang serta kru sekalian.
   
Semua bencana itu adalah ujian Allah untuk semua, ia adalah balasan dan bala Allah untuk semua atas segala macam kesalahan manusia – maksiat dan kezaliman masing-masing, mendustakan perintah dan hukum Allah oleh setengahnya, menghina Nabi  SAW dengan mencampakkan hadisnya ke bakul sampah.
   
Menyedari ia bala dari-Nya maka sekalian bertaubat minta diampun segala dosa, menganjurkan solat hajat di  merata-rata dan sewajarnya manusia berjanji tidak terlanjur maksiat lagi jika mahu semua bencana itu ditarik Allah semula. Kita mesti bersetuju bahawa semua bencana itu tidak sekadar terjadi begitu saja tetapi adalah ujian dan balasan Allah atas dosa terkumpul masing-masing.
   
Bencana itu adalah gara-gara manusia, maka cara mengelakkannya dari bertambah bala adalah jangan meneruskan segala maksiat yang menundang bala Allah itu.
   
Ketika penduduk Malaysia merasa parahnya bala dan ujian Allah itu dan memohon ia ditarik balik, ada pula manusia yang tidak merasa serik atas bala lalu menganjurkan pesta maksiat besar-besaran yang dinamai Future Music Festival Asia, menggabung 70 pancaragam terhebat dari 30 negara  Asia dan dunia, diberi permit oleh kerajaan wasatiyah Malaysia dia adakan di Stadium Bukit Jalil.
  
FMFA 2014 itu adalah sambungan pesta Woodstock awal tahun 1970-an  dulu yang dikecam oleh semua pihak. Pesta maksiat yang dikutuk pada zaman Perdana Menteri Tun Razak dulu itu tiba-tiba  diadakan pula pada zaman anak Tun Razak menjadi Perdana Menteri.
    
Ia diadakan mula Khamis empat hari selepas tragedi MH370 hilang, beberapa minggu selepas wanaca anti-hadis dianjurkan, setelah lebih sebulan panas melanda, hampir sebulan bermula putus air dan dalam minggu diserbu jerebu, polis memberi permit, penguasa Stadium Bukit Jalil memberi izin dan kerajaan Malaysia merestuinya.
    
Ketika semua penduduk menjerit ketiadaan air, peritnya panas, kering dan teerbakarnya tumbuh-tumbuhan, kerajaan membenarkan kegiatan yang mengundang bala diadakan. Mana penasihat agama Perdana Menteri, mana ulama dalam Majlis tertinggi Umno, membiarkan maksiat raksaksa itu diadakan.
   
Setelah enam peserta mati kerana mengambil dadah berlebihan barulah hari ketiganya dibatalkan. Benar-benar kerajaan dan pemimpinnya yang Islam tidak belajar daripada bala Allah itu.


KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Indonesia dan tiga lelaki warga Sudan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengambil dadah semasa konsert Future Music Festival Asia (FMFA), di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas.
  
Arifiyanto, 27, dan Angga Diandry Andy dari Indonesia mengaku memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badan sendiri manakala Awap Abdualhafez Alrwfaea Abualhassan, 23, Mohamed Elzain Dafaalla Babiker Khalid, 22, dan Mohamed Abdalla Sayed Mohamed, 23, dari Sudah mengaku memasukkan dadah jenis Kanabis.
  
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Bergerak dan di perkarangan Stadium Bukit Jalil, di sini antara 11.50 malam, 13 Mac dan 12.30 tengah malam, 15 Mac lalu.
  
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan diwajibkan pengawasan sehingga tiga tahun.
  
Media sebelum ini melaporkan enam maut termasuk tiga gadis manakala tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal disyaki mengambil dadah ketika menghadiri konsert itu.

Sembilan lagi warga asing turut didakwa iaitu Adam Paul, 19, dari Australia; Pavin Akshay, 20, dari Mauritius; Muhammad Ahsan, 23, dari Pakistan; Fazal Mohamed, 24; Hassan Ibrahim Hayyan, 20, dan Ahmed Hayyan Majeed, 19, dari Maldives; Ng Teck Ming, 27, dan  Mohamed Redzwan Sali, 26, dari Singapura; dan Tinashe Shimbo, 27, dari Zimbabwe.
  
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dan memiliki dadah jenis pil dan serbuk Ecstacy, Amphetamine dan Kanabis pada waktu dan tempat yang sama.
  
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2)(a) akta sama, yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau boleh dipenjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
  
Ahmed Hayyan, Fazal, Muhammad Ahsan dan Shimbo diwakili peguam Mohd Shamril Afzan Mohamed, peguam Tania Scivetty Sandu mewakili Paul manakala tertuduh lain tidak diwakili peguam
  
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 20 Mac dan 23 April untuk sebutan semula bagi kesemua kes berkenaan sementara menunggu laporan kimia.
  
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa. - Bernama
KOTA BHARU: Dibina sejak 2010, namun projek pembinaan benteng bagi meninggikan paras sungai berhampiran rumah pam Kemubu belum siap. Ekoran itu tender baharu bernilai RM2 juta diangkat semula.

Pengerusi Kada, Datuk Md Alwi Che Ahmad memberitahu benteng yang dibina sebelum ini melibatkan kos RM13 juta belum siap antaranya disebabkan banjir.

Benteng tersebut dibina dengan besi dipasang merentangi sungai Kelantan lebih 100 meter bagi meninggikan paras air. Ia bagi membolehkan air disedut rumah pam Kemubu. Projek tersebut dikenali empangan rendah.

Ini bermakna RM15 juta diperuntuk bagi menyiapkan projek tersebut sehingga kini melewati empat tahun.

Walhasilnya ramai petani sebelum ini menghadapi masalah untuk menanam padi disebabkan kekurangan bekalan air disalurkan Kada.

Masalah yang berlarutan lama itu turut mendapat perhatian kerajaan negeri dan semalam Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi meninjau projek tersebut bagi kali kedua.

Lawatan tersebut disertai Md Alwi dan Pengurus Besar Kada, Ibrahim Mat. Hadir sama Timbalan Exco, Abdul Azziz Kadir, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan anggota Lembaga Pengarah Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud.

Md Alwi yang juga Adun Kok Lanas berkata, projek empangan rendah itu di peringkat akhir dan dijangka siap pada April ini.

“Empangan rendah dijangka dapat membekalkan air kepada 29,400 hektar sawah melibatkan 12,000 keluarga petani,” katanya kepada pemberita selepas lawatan tersebut.

Sementara itu Che Abdullah berkata, kerajaan negeri sedia mengkaji kerja-kerja penyedupan pasir di kawasan berhampiran projek empangan rendah bagi mengelakkan gangguan bekalan air kepada pesawah.

Bagaimanapun katanya, Kada perlu menyediakan laporan teknikal bagi melihat kesan-kesan aktiviti penyedupan pasir yang terdapat di sekitar projek empangan tersebut.

Katanya, aktiviti pengambilan pasir di kawasan berhampiran sudah lama dan ia memerlukan kajian teknikal bagi melihat kesannya terhadap paras di rumah pam Kada.

Md Alwi turut merakam penghargaan kepada kerajaan negeri yang turut mengambil perhatian serius masalah dihadapi rumah pam Kemubu.
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak didakwa menyembunyikan maklumat penting berhubung pelaburan RM7.6 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kepulauan Cayman, melalui jawapan di Parlimen, 13 Mac lalu.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa 1MDB telah melantik syarikat pengurus dana berlesen antarabangsa yang berdaftar di Kepulauan Cayman untuk tujuan pelaburan tersebut.

 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ketika mengulas jawapan kementerian itu mempersoalkan tindakan kerajaan merahsiakan nama syarikat pengurus dana itu.
"Dengan hanya menyatakan ‘syarikat berlesen di Kepulauan Cayman’ ia tidak melegakan rakyat yang membayar cukai. Apa sebenarnya yang terlalu rahsia tentang pengurus dana itu, sehingga namanya kekal rahsia sulit dan tidak boleh didedahkan.
"Kedegilan berterusan Najib untuk menamakan dana, pengurus dan pemiliknya membuatkan pelaburan itu sangat meragukan," kata Tony Pua.
Beliau sebelum ini meminta Najib memberi penjelasan di Dewan Rakyat, berhubung status dan prestasi pelaburan misteri itu.
Dalam jawapan bertulis itu, Kementerian Kewangan menjelaskan dana RM7.6 bilion itu adalah pulangan daripada pelaburan usaha sama 1MDB dan PetroSaudi International Limited.
"Seperti dinyatakan, ia daripada pelaburan ‘Nota Murabahah’ dengan PetroSaudi. Ia beri jaminan pulangan tahunan 8.67 peratus sehingga 2021.
"Menteri Kewangan tidak menjelaskan kenapa 1MDB keluar daripada pelaburan yang menjamin pulangan 8.67 peratus dan beralih kepada dana yang tidak dinamakan yang hanya menjamin pulangan 5.67 peratus,” katanya dipetik Roketkini.
Lebih teruk, katanya lagi, Najib juga tidak menyatakan bahawa 1MDB sebenarnya membuat pinjaman untuk pelaburan terbabit.
"Sebahagian besar dana diraih melalui pinjaman ‘sukuk’, dengan kadar faedah 5.75 peratus.
"Beliau juga tidak menyatakan bahawa sukuk itu dibuat dengan diskaun 12 peratus, bermakna 1MDB hanya terima RM87.92 bagi setiap RM100. Namun 1MDB tetap kena bayar penuh. Maka kadar faedah yang perlu dibayar adalah 6.71 peratus.
"Ini bermakna 1MDB membuat pinjaman dengan kadar faedah 6.71 peratus untuk pelaburan yang membawa pulangan hanya 5.76 peratus,” katanya lagi.
Katanya lagi, pelaburan itu menyebabkan 1MDB menanggung kerugian tahunan 0.95 peratus iaitu RM70 juta.
Bagi mengelak kerugian teruk yang berterusan, beliau mendesak 1MDB mengeluarkan dananya daripada Kepulauan Cayman, dan menjelaskan hutang sukuk yang dibuat dengan jaminan kerajaan Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan