Ahad, 30 Mac 2014

MH370 OH MH370 23

MH370: Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik

MH370: Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik
Gambar peta yang digunakan ketika sesi penerangan kepada ahli keluarga penumpang warga China - Sumber theepochtimes.com 
KUALA LUMPUR: Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

http://www.astroawani.com/news/show/mh370-petunjuk-baru-bercanggah-dengan-maklumat-terdahulu-kapten-nik-32820


Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.


“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.


Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 30, 2014 15:28 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
Tag: MAS, MH370, Boeing 777, Boeing, Kapten, Nik Ahmad Huzlan Nik, Agenda AWANI


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370, lapor Keadilandaily.

Pertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.

“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.

Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara,” ujarnya.

Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.

“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.

“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah,” kata Saifuddin.
TERKINI: beberapa objek yg dikesan oleh satelit dah dijumpai dan dianalisis di Australia..hasilnya bukan serpihan pesawat MAS MH370..sbaliknya perkakas nelayan.


Like · · · 52 minutes ago ·


 FBI tidak jumpa petunjuk mencurigakan dalam simulator Kapten Zaharie
Posted on Sunday, March 30 @ 15:05:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dalam simulator penerbangan yang dirampas dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan ia melegakan keluarga dan rakannya.
Menurut laporan, pegawai Amerika yang rapat dengan penyiasatan dan FBI berkata siasatan tidak  menemui sebarang petunjuk daripada peralatan komputer dan simulator Zaharie.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, juga berkata tiada petunjuk yang mencurigakan ditemui dalam simulator penerbangan milik juruterbang itu.



Sebelum ini, pelbagai dakwaan dihalakan kepada Zaharie termasuk beliau mempunyai motif membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akhbar British melaporkan, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah ketika hukuman itu dijatuhkan dan merupakan penyokong fanatik pembangkang.
Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal.
Sementara itu, CNN menyiarkan tulisan seorang juruterbang Boeing 777 yang berpengalaman selama 29 tahun dalam bidang penerbangan, Les Abend yang berpendapat, kedua-dua juruterbang dan pembantu pesawat MH370 tidak terlibat dalam menjatuhkan pesawat itu.
Beliau berkata, jika kedua-duanya terlibat sekalipun ia  bertujuan untuk menyelamatkan pesawat bukannya untuk menghempaskannya.
Beliau tidak yakin dengan teori yang mengatakan perampas atau juruterbangnya yang membawa kapal terbang itu sehingga jatuh.
Katanya, jika ia membabitkan perbuatan manusia, ia lebih kelihatan untuk cuba menyelamatkan pesawat itu, bukan menghempaskan,” katanya. –

TMI
30 Mac, 2014.

Pasangan Philip Wood Yakin #mh370 Tak Terhempas: Kerajaan Kelirukan Kami!


Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.
Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.
“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.
Pasangan Philip Wood Yakin #mh370 Tak Terhempas: Kerajaan Kelirukan Kami!
Pasangan Philip Wood Yakin #mh370 Tak Terhempas: Kerajaan Kelirukan Kami!
“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.
Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.
Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.
“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.
“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya.
Sumber : Sinar

Sunday, 30 March 2014


RTM TV2 SEMALAM SAHKAN PESAWAT MH370 DIRAMPAS?????



Semalam kecoh satu dunia apabila RTM tetiba paparkan isu MH370 di paparan skrin dan mengatakan pesawat MH370 yang hilang disahkan telah dirampas.

Ketika itu RTM saluran TV2 sedang menyiarkan rancangan telemovie. Tetiba berita flash terpapar di skrin tv memberitahu bahawa pesawat MH370 disahkan telah dirampas.

Kejadian yang menggemparkan seluruh negara ini menyebabkan tindakan segera RTM melakukan siasatan dalaman siapakah dalang kepada kejadian tersebut.

Kalau difikir secara akal logik .. betul kah ini angkara sabotaj atau sememangnya benar-benar wujud dan berlaku.

Ini bukan kali pertama RTM melakukan stunt sebegini rupa. ..

Kalau sudah terlalu kerap maka wajar Menterinya letak jawatan jika ada maruah dan harga diri demi negara terus dimalukan dan mendapat malu.



Naib buat lawak hari ini.. lancar pelan tarik pelancong ke Langkawi!
Posted on Sunday, March 30 @ 15:01:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay di Teluk Burau di sini dan melahirkan harapan untuk melihat tiga juta pelancong akan mengunjungi Langkawi setiap tahun dan menyumbang RM3.8 bilion kepada ekonomi.

Beliau berkata pelancongan adalah elemen utama Program Transformasi Ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“Saya mahu melihat ketibaan 3 juta pelancong ke pulau ini setiap tahun, membawa RM3.8 bilion kepada ekonomi dan melahirkan sekurang-kurangnya 4,200 pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa pelancaran itu.

DS Najib sedar tak??

1. Tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diboikot agensi pelancongan atas talian China kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan insiden MH370.

2. Agensi popular China seperti eLong, LY.com dan Qunar didapati tidak lagi menjual tiket MAS, menurut laporan laman berita agensi South China Morning Post.

3. Perniagaan hotel dan pusat peranginan terjejas dalam jangka masa pendek walaupun bukan untuk jangka panjang menurut Pengarah Eksekutif Berjaya Hotels and Resorts Leong Wy Joon.

4. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bercakap di Dewan Parlimen 24 Mac berkata, insiden pesawat hilang tersebut menyebabkan jumlah pelancongan luar terutama dari China, berkurangan secara mendadak. Beliau tidak dapat dinafikan insiden MH370 memberikan kesan besar kepada sektor berkenaan. Ekoran itu, Nazri berkata, kementeriannya telah membuat keputusan untuk menangguhkan promosi ‘Tahun Melawat Malaysia’ bagi menghormati perasaan ahli keluarga penumpang serta anak kapal MH370.

5. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) turut sama-sama merasai kesan tragedi MH370. Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali mengakui penjualan tiket F1 tahun ini tidak begitu memberangsangkan.

Semua yang saya tulis di atas menjadi lebih parah apabila DS najib membuat rumusan "MH370 berakhir di lautan Hindi"


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


  Satelit Thailand kesan 300 objek, UK cerap 122 objek.. 1 habuk pun tak jumpa!
Posted on Sunday, March 30 @ 15:00:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





3 hari lalu satelit Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi berkemungkinan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kira-kira 200 kilometer daripada barat daya tempat operasi misi mencari dan menyelamat, lapor The Nation.

Sebelum itu ada penemuan 122 objek di Lautan Hindi menjadi petunjuk baru kepada pasukan mencari pesawat MH370 yang disahkan penerbangannya berakhir di kawasan laut berkenaan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata objek itu dicerap melalui satelit Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus dari United Kingdom (UK). Katanya lagi objek-objek yang bertebaran di kawasan seluas 400 kilometer persegi itu terletak 2,357 kilometer dari Pearth, Australia. Objek-objek itu ada yang berwarna putih dan yang terpanjang adalah 23 meter.

Hampir semua aset pencarian ditumpu di lautan Hindi sehingga lautan Hindi yang sunyi sepi menjadi seperti medan perang dengan kehadiran kapal perang pelbagai negara.





Malangnya kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja.


Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Soalannya bagaimana sampah boleh berada di lautan Hindi yang bukan laluan kapal?

Kita tertipu lagi dengan rumusan Datuk Seri Najib Razak.. "MH370 berakhir di lautan Hindi"

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
 

Israel Punya Pesawat Serupa MH370..konspirasi MH370 seakan-akan sudah terjawab selepas penemuan mengejutkan ini..

Written By canang on Ahad, 30 Mac 2014 | 3/30/2014 04:48:00 PTG

Israel Punya Pesawat Serupa MH370 | Satu lagi konspirasi yang sedang hangat diperkatakan sebagai dalang sebenar di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi laktnatullah.
Penumpang Pesawat MH370 Philip Wood Minta Tolong Dari Diego Garcia
Seorang wartawan kelahiran Amerika Syarikat, Christopher Bollyn telah menulis sebuah buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World.
Penulis buku ini yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah diserang dan dipenjara.
Walaupun, penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.
Selain Kedutaan Israel didakwa cuti tanpa sebab kukuh pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.
Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Pesawat kembar MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.
Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.
Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.
Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?
Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang pakar keselamatan negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.
“What happened to this aircraft, nobody knows.

My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it,” kata Issac Yeffet kepada Times Of Israel.
Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:
Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014
777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014
World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014
777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014.sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan