Selasa, 25 Mac 2014

MH370 OH MH370 4

Najib Berbohong Pasal MH370 Mengakhiri Penerbangannya di Lautan Hindi??
Posted on Tuesday, March 25 @ 23:09:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya tidak ada bukti bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya ke Lautan Hindi sebagaimana yang disebut oleh DS Najib dalam sidang media bagi mengakhir pencarian MH370.

Malaysia mengambil kesimpulan daripada laporan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.

 Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.

Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.

Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap.

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini bersetuju.

Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Tetapi itu bukan hujah yang kuat kerana banyak persoalan-persoalan dan teka teki tidak boleh dijawab secara tepat dan saitifik. Kenapa DS Najib membuat rumusan itu kita tak tak tahu, mungkin hendak mengakhir drama pencarian ini.

Kerana itu pihak China minta Malaysia memberika laporan yang terperinci dan hari ini pihak China ingin data satelit British berkenaan.

Seperti yang saya kata banyak teka-teki dalam hal ini.

1. Sukar untuk difahami mengapa MH370 melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam dimana lecongan ini betul-betul garis persempadan yang boleh dilakuakan hanya orang yang benar-benar profesional dalam pernebangan?

2. Sukar untuk difahami juga mengapa MH370 diterbangkan di bawah radar. Penerbangan di bawah radar adalah untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak? Malah seorang prof. daripada China menyebut MH370 bergerak pada titik buta radar. Ini bermaksud MH370 bergerak dengan kendalian yang cukup arif tentang kelemahan radar.

3. Mengapa Tidak ada panggilan kecemasan dibuat jika MH370 mengalami kerosakkan?

4. Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat. Maksud sengaja dimatikan dan cuba mengelak radar seperti saya sebut pada persoalan 2 di atas.

5. 4 perkara yang saya sebut diatas adalah fenomena rampasan, tetapi kenapa pula tidak ada tuntutan??

6. Akhbar Britian Daily Telegraph mengatakan Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri. Kalaulah nak bunuh diri, kenapa perlu lari daripada radar dan bergerak sehingga 7 jam ke lautan Hindi... tak logik kan?? Kenapa pula tak pilih Lautan Pasifik tak perlu melalu Malaysia atau Indonasia dan mengelak radar?

7. Chris Goodfellow yang ada pengalaman 20 tahun sebagai juruterbang memberi pendapat iaitu mungkin berlaku kebakaran di kokpit. Betul ke berlaku kebakaran selama 7 jam? Iaitu antara pukul 1 hingga 8.10 pagi iaitu ping terakhir dikesan?

Lagi pun satelit dan radar milik Amerika Syarikat tidak mengesan sebarang letupan pada 8 Mac. Makna tidak ada letupan... 7 jam terbakar tak meletup dan terhempas dengan kadar yang "slow" seperti kata kapten Nik Huzlan? Pasal itu tak banyak serpihan.

Boleh percaya ke, lautan Hindi yang bergelora macam itu tak ada serpihan?

Banyak sangat penyataan-penyataan yang tidak boleh dijawab secara logik dan saitifik. Penemuan kotak hitam pun tidak mungkin memberikan jawapan yang benar untuk menjawab semua teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.

Apakah kata-kata DS Najib sekadar untuk menamatkan drama MH370 walaupun tidak ada bukti kukuh MH370 mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi....!

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


 MH370 : Masih misteri hingga jumpa........
Posted on Tuesday, March 25 @ 21:52:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



 "

Siapa kata MH370 terhempas? Hatta PMNajib sendiri tidak mengatakan demikian.Perkataan "terhempas" tidak digunakan Najib semasa memberi kenyataan terkini.

Beliau sekadar mengatakan,"mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi....". Tafsirannya juga boleh kata MH370 mendarat di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Selagi bangkai pesawat tidak ditemui,misteri ini belum berakhir.

Biasanya,jika kapalterbang terhempas di lautan,beberapa perkara diambil kira.Antaranya :

1) Radar dan satelit akan mengesannya.Tetapi Satelit dan radar milik Amerika Syarikat tidak mengesan sebarang letupan pada 8hb Mac. Sedang AS miliki mempunyai teknologi tercanggih.
Peliknya,setelah 17 hari barulah Satelit Britain mengesannya.

2) Jika pesawat terbenam,akan timbul di permukaan air beg-beg penumpang,barangan yang ringan bahkan serpihan kepak,sayap pesawat akan bertaburan.

Peliknya,ini tiada. Sekadar satu dua "bukti"dikesan satelit,kemudian "hilang" apabila kapal atau pesawat datang mencari.

Harus disedari bahawa pesawat MH370 itu saiznya bukannya sekecil kapalterbang mainan yang dijual di Mydin!

Kini,semua penduduk bumi menunggu kotak hitam dan  bangkai pesawat.Ini kerana keduanya tidak boleh dimakan ikan jerung!

Apa yang pasti.Pakatan Amerika,Britain dan Australia sedang "bermain" dengan China! Dan Malaysia  jadi "kambing hitam" dalam permainan ini.

Harapan terhadap MH370 masih belum pudar.

MH370 : Masih misteri hingga jumpa........"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Tuesday, March 25 @ 21:52:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Keluarga penumpang MH370 bertempur dengan polis Beijing
Posted on Tuesday, March 25 @ 16:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Pasukan paramedik cuba memberi bantuan perubatan kepada seorang wanita dipercayai keluarga penumpang MH370 yang menyertai demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Beijing kerana menuntut penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu. Gambar Reuters, 25 Mac, 2014.
Pasukan paramedik cuba memberi bantuan perubatan kepada seorang wanita dipercayai keluarga penumpang MH370 yang menyertai demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Beijing kerana menuntut penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu. Gambar Reuters, 25 Mac, 2014.
Sebahagian besar ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 bertempur dengan polis di luar Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini selepas mereka menuntut syarikat penerbangan tersebut dan kerajaan Malaysia memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku, lapor AFP.

Menurut agensi berita antarabangsa itu, ahli keluarga yang marah membaling botol air kepada polis dan membentuk rantai manusia di pagar kedutaan.
Kebanyakan peserta demonstrasi ditolak polis, menurut seorang saksi kepada AFP.

Seorang wanita pengsan di tempat kejadian.

TMI
- 25 Mac, 2014.

 MH370: INMARSAT jejak MH370 guna pendekatan unik
Posted on Tuesday, March 25 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Pendedahan bahawa pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT.

Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.



INMARSAT berkata pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain.

Firma itu menambah bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa.

Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin berkata firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya.

"Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.

"Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping”  sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan.

Sementara itu, dalam satu temubual di Sky News, MacLaughlin berkata pesawat yang terbang ke arah selatan itu kehabisan minyak.

Semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu, disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Pesawat itu membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia.

Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam.

Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.- ASRTO AWANI


 MH370: Australia kecualikan bayaran visa
Posted on Tuesday, March 25 @ 15:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



MELBOURNE: Australia akan mengecualikan bayaran visa bagi anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 sekiranya mereka ingin datang ke negara itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahu Parlimen Persekutuan bahawa bayaran itu akan dikecualikan bagi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi di Western Australia.



Beliau sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada sanak saudara dan keluarga penumpang serta anak kapal terbabit dan berkata usul rasmi berkaitan ucapan takziah itu akan dikemukakan pada Rabu.

"Berkemungkinan besar dalam beberapa hari dan minggu yang mendatang, banyak saudara mara penumpang pesawat MH370 akan berhasrat untuk datang ke Australia," kata Abbott kepada parlimen pada Selasa.

Malam tadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370, yang hilang semasa merentasi Laut China Selatan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Pesawat Boeing 777-200ER, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Malaysia) pada hari sama.- ASTRO AWANI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan