Isnin, 31 Mac 2014

HANYA ALLAH YANG TAHU....KITA LIHATLAH SAJA APA KESUDAHANNYA NANTI

Monday, November 19, 2012

Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985

Pada tarikh 19 November 2012 hari ini, genaplah 27 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali yang merupakan detik hitam dalam lipatan sejarah negara kita. Bukan di Palestin yaa... Di Memali, Kedah. Di negara kita Malaysia yang aman damai katanya.Walaupun kisah ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak, tidak salah rasanya aku berkongsi buat para pembaca sekalian yang mungkin masih bercawat ketika itu ataupun masih belum lahir lagi tatkala tragedi ini berlaku. Supaya kita dan generasi mendatang akan terus sedar perihal kekejaman dan kezaliman yang berlaku dan tidak lupa  memperingati pemergian 14 orang syuhada Memali yang gugur.



Berikut adalah kronologi peristiwa tersebut:-


18 November 1985

Jam 1935:
Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani, Kedah; seramai 3600 kekuatan pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang, dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan. Kebanyakan mereka bukan beragama Islam.

Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman, Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai Ops Hapus ini dengan bantuan beberapa orang pegawai dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.


Jam 1945:
Dato’ Razali Yeop mengeluarkan arahan iaitu:- Menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan Thailand.


Jam 2005:        
Berlaku kekecohan di antara para pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani. Kekecohan ini disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai di Kem Sg. Petani terhadap arahan tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tidak wujud sebarang kem komunis di daerah Baling. Jika benar kem itu wujud, sudah tentu mereka, PPH akan lebih dahulu mengetahuinya.

Namun menurut mereka, arahan itu adalah palsu kerana tempat sasaran mereka itu adalah kepada Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya, tempat beliau menyampaikan kuliyyah setiap malam. Malah Pegawai PPH Kem Sg. Petani itu turut menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah seorang tokoh ulamak yang disegani. Ramai di kalangan anggota PPH Sg. Petani turut mengikuti pengajian agama bersama beliau.

Akibatnya, sedikit kekecohan telah berlaku di Bukit Aman kerana beberapa kali Penolong Pesuruhjaya Polis Bukit Aman gagal dihubungi. Beberapa panggilan lain dibuat. Akhirnya, pihak di Sg. Petani telah berjaya disambungkan dengan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ketika itu, Dato’ Musa Hitam yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf hidup masyarakat

Namun TPM menegaskan supaya Ops Hapus (beliau sendiri yang menamakannya sedemikian) tetap diteruskan.


Jam 2045:
Satu majlis keraian telah diadakan di dataran terbuka Kem PPH. Minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi. Namun ada sebahagian daripada anggota PPH tidak menyentuh minuman tersebut.


Jam 2147:
Dato’ Razali Yeop selaku Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah menerima mesej daripada wayarless menyatakan 10 perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan laporan keadaan di sana. Semua unit kemudiannya telah bergerak di bawah pimpinan 8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai. Ketika ini PPH Sg. Petani telah mula tidak berminat untuk menyertai Ops Hapus ini.

Ketika itu Ustaz Ibrahim sedang menyampaikan kuliyyah seperti biasa untuk lebih kurang 50 orang yang mengikuti pengajiannya. Kuliyyah itu berlanjutan sehingga pukul 11.45 malam. Ada yang pulang ke rumah dan ada juga yang bermalam di madrasah.


Jam 0000:
Arahan terakhir telah diterima. Namun PPH Sg. Petani mencadangkan agar hanya sekatan sahaja yang dilakukan agar Ustaz Ibrahim Mahmud dan pengikutnya berpeluang menyerah diri. Mereka menganggarkan bahawa kepungan itu akan mengambil masa paling lama 3 bulan.

Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bukit Aman dengan sokongan OCPD Baling. Mereka menganggap strategi itu akan melibatkan pihak polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik dan Baling, sempadan Malaysia – Thailand.

Sekali lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera di situ menyokong gerakan Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan. TPM cuba dihubungi ketika ini namun gagal kerana beliau telah menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Ketika itu juga, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Kemudian, TPM telah menghubungi mereka dengan suara yang marah dan agak terganggu beliau telah berkata, "Teruskan Ops Hapus, walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah!".

Pada waktu yang sama, seorang pemuda telah memberhentikan motosikalnya di hadapan pagar rumah Ustaz Ibrahim. Setelah diizinkan, dia masuk ke rumah Ustaz Ibrahim dan memaklumkan bahawa sewaktu dia tiba di pekan Baling dia telah melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di sana.

Lalu Ustaz Ibrahim dikejutkan dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di madrasah telah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim untuk bersiap sedia mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak, parang, buluh runcing, pisau dan yang lebih berani lagi telah membuat molotov cocktail. Ustaz ibrahim juga menegaskan ketika itu bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ).

Ustaz Ibrahim kemudiannya mengarahkan pengikut-pengikutnya berwudhu’ di sebuah telaga yang berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat, solat hajat dan membaca Yasiin. Setelah itu beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan:

Beliau lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah malah menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme. Sekiranya perintah tahanannya di bawah akta lain, beliau akan keluar menyerah. Tapi mestilah dibicarakan di mahkamah.

Dia berkata lagi kepada pengikutnya, sesiapa yang rasa ragu-ragu boleh keluar dari kawasan itu namun kesemua yang ada pada malam itu langsung tidak beralih dari tempat mereka.

Laungan takbir bergema dan memecah keheningan malam itu. Ketika itu pula di IPD Baling, segala persiapan serangan ke atas Kampung Memali semakin rancak dilakukan terutamanya oleh anggota –anggota polis yang telah mabuk dan hilang fikirannya.


19 November 1985


Jam 0100-3600:
Anggota polis dari pelbagai unit telah tiba di Memali dengan senjata automatik dan diiringi 2 buah kereta perisai mula mengepung Kg. Memali.

Ketika itu, TPM masih lagi di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Segala urusan komunikasi dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Kebanyakan anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis – sebagaimana yang telah diberitahu oleh Dato’ Razali Yeop kepada mereka. Manakala pasukan polis dari Sg Petani kecil bilangannya dan masih lagi samar dengan tugasan mereka.


Jam 0300:
Kampung Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis dan semua jalan keluar masuk telah ditutup. PPh Sg Petani telah diarahkan untuk mengepung bahagian Selatan manakala FRU dan Special Branch (SB) telah mengepung bahagian Utara dan Komando 69 pula telah mengepung sebelah belakang rumah Ustaz Ibrahim yang juga merupakan sekolah agamanya.


Jam 0336:
Dato’ Yahya Yeop telah bercakap melalui megafon dan meminta supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri. Ustaz Ibrahim berbincang dengan murid-muridnya lalu mereka semua bersepakat untuk tidak akan keluar menyerah diri. Kesemuanya telah siap-sedia untuk mati syahid dan mereka bertakbir sekali lagi.


Jam 0400:
Sekumpulan orang kampung termasuk wanita telah muncul dari arah utara. Mereka telah meredah benteng pertahanan anggota polis dan membawa bersama peralatan yang sering mereka gunakan untuk bertani sebagai senjata. Mereka ingin memasuki rumah Ustaz Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.

Ketika itu, komando 69 yang masih mabuk telah melepaskan tembakan secara rambang ke arah mereka. Namun sasarannya tersalah lalu mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH. Manakala orang-orang kampung tadi telah berpatah balik kerana ketakutan.

Satu perundingan tergempar antara pegawai-pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan ketegangan sesama mereka sendiri akibat tembakan tersebut. Arahan mengepung rumah Ustaz Ibrahim itu masih lagi berkuat kuasa namun pegawai dari IPD Alor Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus tersebut dan mahu supaya kepungan dibatalkan. Mereka telah mengambil iktibar dari kemalangan yang menimpa rakan-rakan mereka tadi .

Dato’ Yahya Yeop telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan mengarahkan agar kepungan diteruskan.


Jam 0521:
Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim . Laungan azan itu menjentik hati para anggota polis dari Alor Setar. Mereka semakin tawar hati malah mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini.

Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimami Solat Subuh itu semakin sayu. Tiba-tiba seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu namun arahannya ditentang oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam.


Jam 0559:
Solat Subuh selesai. Sekumpulan orang kampung muncul lagi lalu menyerbu masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir dan menggenggam senjata kampung.

Melihatkan reaksi itu, maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan orang kampung. Mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia. Keadaan semakin cerah dan ini semakin mendedahkan kejijikan perancangnya. Ini dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin-pemimpin Islam sebelum Ops Hapus ini.


Jam 0815:
Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka Dato’ Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan 2 buah kereta perisai mula menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Mereka kemudiannya dihalang oleh pengikut-pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail.

Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik. Pada waktu yang sama, 4 wanita dan 3 kanak-kanak telah berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim. Mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing.

Tembakan daripada pihak polis masih lagi berterusan dan mereka sambutnya dengan laungan takbir.


Jam 1105:
Komando 69 diarahkan untuk menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Pasukan polis mula melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah rumah Ustaz Ibrahim. Mereka menghadapinya dengan kain basah atau membasuh muka malah ada juga yang menutup dengan guni basah. Selain itu ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu ayat.

Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit melainkan beberapa kanak-kanak. Salah seorang kanak-kanak itu telah pengsan dan mulutnya berbuih-buih. Cikgu Syafie Ali, salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu kerana menyangka dia telah mati lalu dengan parang yang terhunus beliau telah pergi untuk menyerang polis.

Namun, beliau telah dihujani dengan peluru dan terus ditembak ketika beliau berusaha untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak. Maka gugurlah beliau sebagai Syuhada’ pertama Memali.

Serangan gas telah reda. Kemudian kedengaran lagi suara dari Dato’ Yahya Yeop dari megafon dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang. Ketika itu, salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato’ Yahya Yeop.

Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri. Memandangkan kepada ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah. Pak Teh tampil berjumpa Dato’ Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim.

Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang syahid ditembak pihak polis. Dato’ Yahya Yeop terdiam seketika namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ. Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ.

Dato’ Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah diri. Setelah berulang-alik antara Ustaz Ibrahim dan Dato’ Yahya akhirnya Pak Teh masuk semula. Namun semasa melewati kumpulan Muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar, beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah .

Ketika itu, beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman dan tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus.

Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu, namun kemudian beliau dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan takbir.

Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16. Setelah Ops Hapus, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari. Kemudiannya, beliau dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA.


Jam 1136:
Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru. Berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah. Polis terus menembak mereka walaupun mereka tidak bersenjata.

Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam, hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat. Hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada. Ramai yang mati dan ada juga yang cedera teruk.

Beberapa anggota komando telah menyerang Ustaz Ibrahim dan beliau melawan sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka terbunuh. Akhirnya beliau syahid apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik.

Ustaz Ibrahim gugur dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan AllahuAkbar!

Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya. Ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim datang. Di saat itu mereka mendengar Ustaz Ibrahim berkata: Alhamdulillah! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati syahid.


Jam 1213:
Serangan telah ditamatkan. Semua yang ditangkap telah ditutup kepala mereka dengan karung guni. Beberapa anggota komando kelihatan menendang tubuh-tubuh yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak. Ada pula yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh: Pergi jahanam dengan Islam!


Jam 1305:
Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah membuat laporan rasmi kepada Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dan kepada TPM di Kuala Lumpur. TPM mengarahkan agar semua penduduk Kg. Memali ditangkap agar rahsia Ops Hapus tidak terdedah.


Jam 1500:
Penangkapan penduduk kampung diteruskan dan dibawa dengan 2 buah helikopter polis. Mangsa yang terkorban di kalangan orang kampung termasuk Ustaz Ibrahim dan anggota polis di bawa ke Hospital Sg. Petani dan Alor Setar.


Jam 1510:
Sekitar 30 anggota tentera lengkap bersenjata dari Regimen Askar Melayu Di-Raja ( RAMD ) tiba di hadapan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud.

Berlaku pertelagahan antara anggota polis dengan ketua pasukan tentera itu yang berpangkat Kapten. Mereka menyuruh agar anggota polis yang ramai itu bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan bertempur dengan pihak tentera.

Menyedari bilangan mereka sedikit maka pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan itu. Lantas Kapten itu berkata :

"Hari ini hari kamu! Kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu. Tapi ingat, akan tiba satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara!".


*****************************


Tidak lama selepas Tragedi Memali ini, soal-siasat secara besar-besaran telah dijalankan ke atas semua anggota tentera dan polis. Kebanyakan yang dipanggil adalah mereka yang cenderung kepada gerakan Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mereka juga mendapat tahu akan kewujudan pembekuan kenaikan pangkat terhadap mereka. Lalu ramai yang meletakkan jawatan.

Untuk pengetahuan anda, Kes Memali tidak pernah dibicarakan walau seminit pun di mahkamah. Akan tetapi, terus menerus tertangguh begitu sahaja.


Kini, Memali terus segar dalam simpanan memori para pejuang Islam. Mereka yang cintakan keadilan pasti tersentap dengan perkhabaran tragis ini. Sudah pasti, cerita ini akan menjadi paluan semangat buat seluruh ahli gerakan, betapa ALLAH akan memuliakan dan meninggikan darjat mereka yang berjuang bermati-matian membela dan membantu agama-Nya.

ALLAH menjadi saksi segalanya. Bahkan, Dialah yang mengatur segala hal ini.

Wallahu'alam....




p/s: Klik juga link di bawah (rujukan):-

1. Siapakah Ustaz Ibrahim Libya?
2. Merungkai Peristiwa Memali
3. Tragedi Berdarah Memali
3. Sejarah Memali 1
4. Sejarah Memali 2
5. Video Memali




SZ: Sebak. Sebuah artikel panjang buat mereka yang ingin mengetahui fakta sebenar yang telah diputarbelit media arus perdana.
 
 
 
Tragedi Memali : Berita Yang Boleh Buat Mahathir Kecing Tak Lawas
Posted on Monday, March 31 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Yang MENDESAK kali ini supaya Dibuka Semula SIASAT berkaitan TRAGEDI MEMALI bukan nya Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) atau pun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang MENYAMPAH dan MELUAT HABIS dengan Pemimpin Umno beb, tapi yang Mendesak nya adalah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Desakkan ini timbul sebaik saja mendengar Berita dari Mulut Tan Sri Musa Hitam bahawa Tun Mahathir MASIH BERADA di Kuala Lumpur SEMASA Kejadian dan Dua Tiga Hari SELEPAS Kejadian. Yang mana dikatakan sebelum ini dari Laporan LIDAH RASMI SYAITAN YANG DIKENALI bahawa Tun Mahathir semasa Kejadian berada di Negara Komunis China.

Apa yang Mahathir buat di Negara Komunis China pun tidak dinyatakan dengan JELAS, cuma yang gua boleh AGAK ialah untuk MEMUJUK Negara Komunis China supaya meninggalkan FAHAMAN KOMUNIS dan berjuang atas FAHAMAN KEBANGSAAN seperti Umno. Selain dari itu gua tak nampak lagi ALASAN KUKUH bagi LAWATAN Mahathir ke Negara Komunis China.

Berbalik semula kepada Desakkan  yang dibuat oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang MENGGESA Kerajaan Membuka Semula Siasatan Kes Pembunuhan Beramai-ramai di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 18 Nov'1985 yang meragut 18 NYAWA termasuk 4 Anggota Polis sebelum ia dijadikan ISU PERKAUMAN.

Mengikut kata beliau "jika Kes Pembunuhan Beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang Melibatkan Kaum Cina dan Kerajaan British boleh DIBUKA SEMULA, kenapa tidak dengan Kes Pembunuhan Beramai-ramai di Kampung Memali yang Semua Mangsanya adalah orang Melayu yang Beragama Islam dengan BUKTI TERBARU yang DIDEDAHKAN oleh Tun Musa Hitam".

"Saya berpendapat jika Kerajaan GAGAL atau Sengaja Enggan Membuka Semula Penyiasatan Tragedi Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis, selepas PENDEDAHAN MENGEJUT yang dibuat oleh Tun Musa beberapa hari lalu, ia mungkin akan dijadikan ISU PERKAUMAN yang boleh MENGGUGAT KETENTERAMAN AWAM lebih-lebih lagi dalam Suasana Politik Negara hari ini".

"Sekiranya kes ini TIDAK DIBUKA SEMULA, Besar Kemungkinan ada Pihak yang akan MENIMBULKAN PERSOALAN mengapa Kerajaan Sedia MENYIASAT SEMULA Batang Kali Massacre dengan SEMUA MANGSA yang TERBUNUH adalah Orang Cina, sebaliknya Kerajaan Enggan Menyiasat Semula Tragedi Memali yang Mangsanya adalah Orang Melayu Beragama Islam".
KES Batang Kali Massaccre Dibuka Semula selepas 45 tahun LAPORAN dibuat, manakala bagi Kes Tragedi Memali pula, ia ditimbulkan semula hanya selepas 29 Tahun kemudian. Soal sama ada Dr Mahathir berada DALAM NEGARA atau berada di Negara Komunis China mahu pun di KERALA INDIA pada Hari Kejadian bukan lah PERKARA POKOK.

Yang PENTING Kes tersebut MESTI Disiasat Semula oleh Kerajaan Malaysia dengan TELUS, jikalau Kes Batang Kali Massaccre boleh Disiasat Semula selepas 45 Tahun ianya Terjadi kenapa Tidak dengan Kes Tragedi Memali yang hanya baru berlalu selama 29 Tahun, lebih-lebih lagi kedua-dua WATAK UTAMA iaitu Mahathir KUTTY dan Musa BLACK masih BERNYAWA. sumber klik sini

hemmmmm..... nasib lu lah umno oiii... tak payah orang lain cari bukti tapi isi perut umno sendiri yang akan tolong dedahkan... kah kah kah... A B U.
 
Bersediakah Kita Menerima Seorang Lagi Anak Bekas PM Jadi PM?
Posted on Monday, March 31 @ 17:43:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Pendapat Sementara usaha pencarian pesawat MH370 masih buntu walaupun setelah memasuki hari ke 24 dengan pelbagai teori dan kemungkinan mengenai nasib 239 penumpangnya boleh didengar di mana-mana, insiden ini juga seperti dilorongkan untuk menjadi rahmat dan keuntungan kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang dalam masa sama memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Dengan kapasitinya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan yang diberi tugas berhadapan dengan media untuk memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat itu sejak lebih tiga minggu lalu, keupayaan dan kemampuannya mengendalikan pelbagai asakan media, terutamanya daripada luar negara, segera membangkitkan keyakinan banyak pihak tentang potensinya sebagai bakal PM selepas ini.

Hanya kerana itu,ramai yang mulai melupakan pelbagai kelemahan dan ketidakmampuannnya dalam mengendalikan pelbagai isu dalam negara ketika menjadi Menteri Dalam Negeri dahulu yang menyebabkannya nyaris-nyaris kecundang sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO 2013 lalu.

Juga, hanya kerana kemampuan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan MH370, ramai yang terlupa bahawa ketika pesawat itu didapati berpatah balik daripada laluannya, ia telah pun mula dikesan oleh radar TUDM tetapi tiada tindakan diambil, sama ada untuk memintas, mengejar dan berusaha lebih sedikit untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.

Jika jawapan Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Rahim Bakri di Parlimen bahawa TUDM tidak berbuat apa-apa terhadap pesawat yang didapati berpatah balik itu kerana menyangka ianya adalah arahan daripada pusat kawalan udara di Subang sebagai "lawak jenaka yang tidak menggelikan hati" dan sekaligus memalukan negara, janganlah lupa bahawa Menteri Pertahanan ialah Hishammuddin juga.

Kegagalan TUDM bertindak lebih awal terhadap pesawat MH370 yang akhirnya menjadikan usaha pencarian berlarutan sehingga kini, di samping mendatangkan kesan sampingan lain kepada imej negara di di mata dunia, beban pertanggungjawaban utama seharusnya dipikul oleh Menteri Pertahanan.

Namun kerana kekerapannya Hishammuddin muncul dalam sidang akhbar dan disertai dengan kemampuan mengendalikan sidang media itu,imejnya lebih tertonjol sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan berbanding Menteri Pertahanan sedangkan pemangkuan jawatan Menteri Pengangkutan itu hanyalah sementara dan Kementerian Pertahanan juga adalah kementerian kanan yang diberikan kepadanya atas hireaki nombor tiganya dalam UMNO.

Tetapi kelebihan Hishammddin sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan lebih diperkatakan berbanding peranannya sebagai Menteri Pertahanan. Peranan Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan dalam kes MH370 ini hanya nampak tertonjol apabila beliau dilaporkan akan melengkapkan sistem pertahanan udara seperti satelit, radar dan lain-lain lagi berikutan kelemahan yang dikesan berikutan insiden ini memperlukan penambahbaikan segera.

Secara berseloroh, beliau berkata, Najib perlu mencari wang untuknya selepas ini bagi memperbaiki kelemahan sistem pertahanan udara yang menjadi perbualan dunia ketika ini.

Selain bakal mendapat dana besar, kelebihan berhadapan dengan media yang mula diperkatakan itu, beliau kini semakin hangat ditonjolkan sebagai bakal PM selepas ini. Hishammuddin bukan saja telah menenggelamkan Muhyiddin yang memegang jawatan TPM tetapi juga semakin meninggalkan pesaingnya yang lain iaitu Zahid Hamidi dan Shafie Apdal.

Namun demikian, dengan pelbagai masalah dan kelemahan yang dilakar dan dipetakan oleh Najib Razak selama ini, bersediakah kita menerima seorang lagi anak bekas PM menjadi PM?

Hishammuddin mungkin ada kelebihan daripada segi mengendalikan media tetapi aspek itu sebenarnya hanyalah satu aspek daripada berpuluh aspek lain yang diperlukan untuk menjadi PM yang baik bagi negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia ini. Aspek ketegasan, keberanian, adil, jujur, amanah, tidak mementingkan keluarga dan kroni, memberi kemakmuran kepada rakyat dan berbagai lagi adalah lebih penting kerana kualiti-kualiti itulah akhirnya yang akan menentukan kestabilan dalam negara.

Setelah hampir lima tahun negara berperdana-menterikan Najib Razak yang merupakan seorang anak bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, di sebalik segala isu, masalah dan kemelut yang muncul di era pentadbirannya, sebahagian besarnya adalah dikaitkan dengan kedudukannya sebagai anak bangsawan yang lahir di dalam dulang emas dan membesar dengan segala kemewahan.

Keadaan itu menjadikan banyak program pembangunan dan aspek yang kononnya untuk kepentingan rakyat lebih merupakan retorik politik dan tidak menyentuh hati nurani rakyat. Sebagai anak bangsawan yang tidak pernah memahami erti kemiskinan, jauh sekali bermain dengan selut dan lumpur, erti kesusahan dan kemiskinan rakyat itu tidak difahami sepenuhnya oleh beliau.

Lebih malang lagi, perbincangan mengenai kemiskinan itu selalunya diadakan di bilik berhawa dingin, ditemani hiasan kristal dan sambil menikmati jamuan yang enak-enak dan menghisap cerut yang mahal. Lalu, di mana nilai kemiskinan dan kesusahan rakyat di hati pemimpin yang sebegini?

Hishammuddin, walaupun penglibatannya dalam politik melalui berbagai pertandingan dan tidak seperti Najib yang hanya diberi "smart tag" percuma, selain bersepupu dengan Najib, beliau juga adalah bekas PM, Tun Hussein Onn. Kedudukannya sebagai anak bangsawan, lahir di dulang emas, hidup serba mewah, tidak pernah bermain selut dan lumpur adalah tidak kurang membentuk pemikirannya sama seperti Najib juga.

Kelebihan Hishammuddin, sama juga seperti Najib adalah kerana mereka berdua anak kepada bekas PM. Jika bukan kerana berbinkan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, nasib mereka dalam UMNO mungkin berbeza seperti yang dinikmati sekarang.

Terlalu awal sebenarnya untuk menilai kemampuan Hishammuddin sebagai bakal PM hanya berdasarkan kemampuannya mengendalikan media mengenai kehilangan pesawat MH370 ini saja. Selain rekod kepimpinannya selama ini perlu diselak untuk dinilai semula seperti dalam isu Lahad Datu, perhimpunan aman dan sebagainya, cerminan yang telah dipantulkan oleh kepimpinan Najib sebagai anak bekas PM haruslah juga menjadi perkiraan utama.

Sebagaimana selalu disebut dalam masyarakat bahawa anak ulama tidak semestinya menjadi ulama seperti bapanya, anak Tun Razak telah terbukti semakin jauh daripada kualiti dan legasi yang menjadi tinggalan bekas PM kedua itu. Dan Hishammuddin, sebagai seorang lagi anak bekas PM, jika berdasarkan rekod kepimpinannya sebelum ini yang banyak kelemahan dan diragui, senario negara mungkin bergerak ke arah yang lebih buruk jika beliau juga diangkat sebagai PM. (SH 31/03/2014)


Posted by Shahbudin Husin at 12:32

Tiada ulasan:

Catat Ulasan