Khamis, 27 Mac 2014

ALLAH BERKUASA MUTLAK....TAK BOLEH DIGANGGU GUGAT....MAHA AGONG DAN TERSANGAT2 BERKUASA TIADA SAPE MAMPU MENENTANGNYA WALAUPUN SATU ZARAH...MELAKUKAN KEZALIMAN...MELAKUKAN KETIDAK ADILAN INI BERERTI MENGUNDANG BALA DARI ALLAH SWT

Bagi umat Islam, peristiwa Rasulullah SAW dikepung sejurus sebelum baginda keluar dari kota Mekah cukup dihafal dan dikenang. Kaum Quraisy Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal telah merancang satu konspirasi yang cukup jahat bagi membunuh Rasulullah SAW bagi memastikan sinar Islam terpadam di bumi Mekah.

Perancangan jahat itu diatur dengan mengambilkira semua faktor. Selain memastikan baginda Rasulullah SAW tidak terlepas, aspek perundangan semasa juga diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Setelah kesepakatan dimuktamadkan, gerak kerja yang cukup sofistikated pada waktu itu dengan memenuhi segala aspek perundangan dilaksanakan. Rumah baginda dikepung pada malam tanpa mereka sedari bahawa Allah SWT juga mengatur untuk menggagalkan perancangan jahat tersebut.

Perancangan Quraisy Mekah tersebut telah digagalkan oleh perencanaan Allah SWT yang sesempurnanya. Perencanaan Quraisy gagal dengan ketaqwaan baginda Rasulullah SAW yang bulat dan jitu, yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Rabul Alamin demi memikul tanggungjawab jihad.

Jelasnya tiadalah upaya manusia ini melainkan segalanya dengan izin Allah SWT. Ini bukan teori atau siri-siri hipotisis. Ia adalah satu keyakinan dan hakikat sebenar kejadian insan di muka bumi ini.

Merenung hakikat makhluk inilah, apakah kita cukup sedar dengan apa yang ditimpakan kepada kita dewasa ini? Bukan kita mempertikaikan maklumat dan data-data yang diberi. Sekadar memanfaatkan akal yang dikurniai Ilahi, tidak salah untuk kita memerah keringat menganalisa fakta-fakta yang ada.

Musibah yang telah menimpa pesawat MH370 tidak seharusnya diberi penilaian duniawi semata-mata. Selaku umat Islam, musibah ini sewajipnya menjadikan kita insaf betapa hanya Allah tempat kita bergantung dan menyerah diri. Hanya dengan perhambaan yang mutlak kepada-Nya sahajalah yang mampu memelihara kita dari segala kejahatan dunia yang berbagai rupa.

Pada hari isnin 24 Mac, sehari selepas Pilihan Raya Kecil Kajang berlangsung, kita menerima maklumat berkaitan pesawat malang dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang datangnya dari pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom. Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.

Rumusan kehilangan pesawat di Selatan Lautan Hindi tersebut adalah dari analisa data-data satelit. Bahkan lebih awal dari itu, kita juga telah menerima pelbagai data-data satelit yang pelbagai. Ada yang diiakan dan ada yang dinafikan kemudian diperakui.

Sebagai contoh, pada sekitar 13 Mac, Wall Street Journal telah melaporkan data yang dihantar secara automatik daripada enjin pesawat MH370 menunjukkan kapal terbang itu terus terbang selama empat jam selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan pada 1.30 pagi. Fakta ini kemudiaannya dinafikan apabila mereka yang bertanggungjawab menegaskan pihak Boeing dan pembuat enjin iaitu Rolls-Royce telah menafikan pernah mendedahkan maklumat bahawa pesawat MH370 terus terbang selepas hilang.

Ketika Wall Street Journal mendedahkan fakta yang dinafikan pada awalnya kemudiaan diakui, kita sedang bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat di Laut China Selatan. Hanya beberapa hari kemudiaan baru diumumkan tamatnya operasi di China Selatan dan berpindah di sekitar Lautan Hindi.

Segala data dan maklumat yang dinyatakan di atas datangnya dari pelbagai sumber dan hampir kesemuanya di bawah kawalan pihak luar dan kita tiada akses mutlak terhadapnya. Dalam memerhatikan fakta yang ada, saya tidak dapat menafikan apa yang bermain di fikiran. Untuk menilai musibah MH370 dengan mengenepikan nilaian politik, ia hanya suatu hipokrasi.

Sejak tahun-tahun mutakhir ini, Malaysia telah menerima pelbagai konotasi negatif natijah dari kelemahan kepimpinan negara yang dipertikaikan oleh banyak pihak. Tanpa menyatakan satu demi satu, ia terus dibuktikan apabila kerajaan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum PRU13 adalah kerajaan yang ditolak oleh 52% rakyat.

Tidak kurang penting yang perlu kita sedari, kedudukan Malaysia di tengah-tengah jalan perdagangan Barat dan Timur, ia cukup strategik dan menjadi perhatian ramai penganalisa. Dalam menilai keseluruhan fakta, sejauh manakah kita telah bersedia mendepani cabaran globalisasi yang kadangkala tidak terjangkau oleh kotak fikir yang biasa-biasa saja?

Justeru, kita sebenarnya tidak punya banyak pilihan. Selain mempertingkatkan capaian ilmu moden dalam kalangan rakyat, wibawa kepimpinan Negara mesti dipulihkan agar pelbagai macam konotasi buruk dapat dihapuskan. Apatah lagi selaku kepimpinan yang mengaku Islam, kembali kepada Tuhan yang esa tidak boleh lagi didikompromi. Allah SWT selaku Tuhan sekalian alam bukan hanya Tuhan ketika musibah menimpa, bahkan Ia ialah Tuhan sepanjang masa yang maha perkasa. 

Surat Dari Penjara : Kemenangan Kian Hampir - Prof Badi'e
Posted on Thursday, March 27 @ 08:59:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




 
Surat dari Dr Muhammad Badie' dari dalam tahanan yang telah disebarkan melalui page rasmi beliau :

"Tuhanmu telah berkehendak untuk mengumpulkan orang-orang yang benar dalam satu kelompok, dan orang-orang yang batil dalam satu kelompok lain, sebagaimana tuhan telah mengumpulkan Musa a.s dan kebenaran bersama pengikut-pengikutnya, seperti Firaun dan kebatilan bersama-sama pengikutnya sehingga apabila tidak tinggal apa-apa pilihan atau cara dan jalan dihadapan para pengikut kebenaran melainkan hamparan laut yang luas dan para tentera dibelakang mereka, maka kemenangan dari Allah akan turun menyelamatkan kebenaran dan para pengikutnya sekaligus menghancurbinasakan kebatilan dan pengikut-pengikutnya.

Yakinlah bahawa kemenangan itu telah hampir dan pengikut-pengikut kebatilan masih menjunjung kebatilan mereka, sedang pengikut-pengikut kebenaran menjunjung syariat mereka untuk membezakan kedua kelompok tadi, maka Allah akan memberi kemenangan kepada kebenaran dan pengikut-pengikutnya, dan menenggelamkan kebatilan berserta pengikut-pengikutnya"

Dr Muhammad Badie'
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin

Sumber link


  Abim Kecam Hukuman Mati Ke Atas 529 Penyokong Morsi
Posted on Thursday, March 27 @ 08:57:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir hari ini ke atas 529 orang penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi demokrasi,Dr.Mohamad Morsi. 

Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya.


Hukuman ini jelas merupakan rentetan daripada langkah kuku besi yang didalangi oleh regim pemerintah Mesir untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka. Cengkaman itu meliputi memberikan kuasa yang lebih besar ke atas Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) yang bertindak menafikan samasekali kebebasan serta hak rakyat Mesir untuk bersuara!


ABIM menilai hukuman mati yang dikenakan itu merupakan campur tangan regim pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat Mesir menjelang pilihanraya Presiden Mesir tidak lama lagi. Esok, Selasa 25 Mac 2013, seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1200 para penyokong Morsi pula yang akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara serta mengancam ketenteraman awam.

Usaha untuk memusnahkan gerakan Ikhwan Muslimin yang bergerak serta berdiri di atas dukungan akar umbi rakyat Mesir semakin berleluasa dengan 'pembunuhan kehakiman' terhadap 529 mangsa terbaru ini. Tanggapan bahawa hukuman ini hanya bersifat "domestik" serta tidak mencakupi kepentingan masyarakat awam di peringkat antarabangsa seharusnya dikikis. Pastinya kezaliman terbaru ini bakal merancakkan lagi gerakan diktator negara-negara Arab yang kini bergerak aktif memburu simpatisan Ikhwan Muslimin khususnya di Bahrainn, UAE dan Arab Saudi.

ABIM menegaskan bahawa kemelut politik Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik dunia. Kebangkitan rakyat Mesir merupakan simbol kebangkitan demokrasi berinspirasikan rakyat yang tertindas. sejak sekian lama. Sikap membisu serta menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan terhadap demokrasi itu sendiri!

Oleh itu, ABIM menggesa rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa untuk menyuarakan secara lantang tentangan mereka terhadap kezaliman ini. Demi ke arah memartabatkan Demokrasi, Kebebasan, Serta Karamah Insaniah rakyat Mesir dan umat secara keseluruhannya. We Are All Ikhwan (Kita Semua Adalah Bersaudara). 

Amidi Abd Manan, 
Presiden, 
Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
 Analisa PRK Kajang Dari Bekas Timbalan Pengerusi SPR
Posted on Wednesday, March 26 @ 20:15:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"


Dasar Penchacai Angkat Najis Pemimpin Umno, tak dapat nak ANGKAT dapat CIUM BAU pun jadi lah beb JANJI ada PERANAN bagi MENGAMPU TELOR Pemimpin Umno. Konon mengeluarkan BELANJA SEJUTA DUA JUTA, beli DAKWAT KEKAL tapi TAK KEKAL Berjuta-juta tak ada pulak lu perasan ya MANGKUK AYUN.


Apa lu ingat beli Dakwat Kekal tu dengan DUIT dari Harta Pusaka Mak Bapak Pemimpin Umno ke, jadi sebab itu lu tak rasa yang ianya seperti MEMBAZIR, berlainan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang lu nampak ianya mengeluarkan Belanja Sejuta Dua Juta kerana ianya dari Duit Rakyat tak begitu ke Penchacai Angkat Najis.

Kalau sudah BERSARA tu BERSARA aje le, sudah lah lu Bersara dengan meninggalkan Nama yang BUSUK, ada jugak Hati lu nak mengeluarkan Pandangan dari MULUT LONGKANG lu tu ya. Apa lu tak ada RASA MALU ke, atau Penyakit Muka Tak Malu Tampal Kulit Babi 14 Inci sudah di GUNA PAKAI seperti Kebanyakkan Pemimpin Umno.
Ini Mangkuk Ayun betul-betul BARUA UMNO SEJATI dari DULU KINI dan mungkin SELAMA nya, apa jenis Manusia lah lu ni, masa jadi Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) lu MENIPU. Selepas lu Bersara pun lu masih nak menipu dengan Kenyataan Ibarat SAMPAH dari Mulut Longkang lu, betul-betul Haramjadah. Hakkkkk Tuihhhhhh !!!. sumber klik sini
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, March 26 @ 20:15:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 Pesawat Malindo Air mendarat cemas, enjin terbakar
Posted on Wednesday, March 26 @ 14:06:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Pesawat Malindo Air menghadapi masalah teknikal sehingga menyebabkan sistem pengesan diaktifkan ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Subang ke Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam kenyataannya hari ini, jurucakap Malindo Air berkata, kejadian berlaku sewaktu pesawat berada pada paras ketinggian 7,000 kaki dan sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan.
“Anak kapal terus melakukan pemeriksaan kecemasan sebagaimana standard operasi prosedur berkait kejadian itu.

“Juruterbang mengambil keputusan untuk kembali ke Subang dan pesawat mendarat dengan selamat tanpa ada yang mengalami kecederaan,” kata kenyataan itu.
Malindo Air berkata, semua penumpang kemudiannya dipindahkan menaiki pesawat lain untuk ke Kuala Terengganu.
Katanya, punca kejadian masih disiasat dan insiden itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa, pengeluar enjin dan pesawat.

TMI & ASTRO AWANI 



Kenapa 'Orang Tua' ini nak sekat Internet jika dia jadi PM semula??

Khamis, 27 Mac 2014

Semalam Tun Mahathir (saya bahasakan "orang tua" bahasa manja digunakan di kampung saya untuk menghormati orang yang tua tapi masih banyak bercakap.. mengomel) telah mengeluarkan kenyataan akan menyekat internet jika dia menjadi PM semula.

"Kalau saya diangkat semula menjadi Perdana Menteri, saya akan pastikan semua televisyen, Internet dan majalah ditapis sepenuhnya kerana itulah punca peningkatan kes jenayah di Malaysia yang kini semakin banyak dilaporkan."

Saya rasa buka pasal jenayah tapi lebih daripada itu. Belum sempat saya nak menulis panjang saya terbaca artikel analisis daripada Malaysian Insider pasal 6 sebab kenapa Tun Mahathir nak sekat internet.

Saya juga berpendapat untuk menyekat jenayah adalah lebih baik sekat tempat maksiat, haramkan arak dan judi.. benteras pelacuran. Kuatkuasakan lebih jelas terhadap rasuah..

Tapi  'orang tua' lebih kepada internet... kenapa? Rasaya itu sudah cukup jelas. Tak payah saya ulang tulis baca apa yang ditulis oleh TMI.

Jika Dr Mahathir memerintah Malaysia pada zaman internet, beliau akan bertahan tidak lebih daripada satu penggal. Bercakap besar, kata-kata kosong, rasuah berleluasa, pelaksanaan songsang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan menelan beliau.

Mereka yang zalim, diktator dan sebagai, semua mahu kembali ke zaman pra-internet. Dan mereka menyembunyikan niat sebenar mereka dengan mengatakan internet merosakkan anak muda, blah blah blah.

Tetapi mengapa Dr Mahathir, yang menggalakkan pertumbuhan internet dan akses awam di Malaysia, dan juga berjanji untuk memastikan ia bebas, kini berubah fikiran?

Berikut adalah sebab sebenar mengapa beliau mahu menapis internet:

1) Supaya kerajaan dapat terus berkuasa dengan memperdaya rakyat Malaysia dengan cerita separuh benar dan pembohongan yang dicetak dan diterbitkan oleh abettors-in-chief: media arus perdana.
Banyak akhbar dan stesen televisyen yang dimiliki parti politik Barisan Nasional dan mereka memberi gambaran negara ini yang mempunyai sedikit persamaan dengan realiti.

Liputan kehilangan pesawat MH370 adalah contoh yang jelas. Di saat media seluruh dunia mendedahkan Malaysia dan asas utama yang buruk, media arus perdana memaparkan sebaliknya.

2) Supaya kerajaan dapat terus bersikap pilih kasih kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dan keluarga ahli politik.

Bolehkah kemelut Pusat Fidlot Nasional menjadi pengetahuan umum jika kita berada di zaman pra internet Malaysia? Pastinya tidak.

Editor akhbar akan memberitahu Putrajaya untuk menutup cerita itu. Dalam hal ini, The Star dan lain-lain tidak mempunyai pilihan tetapi memberi liputan kerana liputan yang dibuat oleh banyak portal dan blog.

Menapis internet akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membuat kembali tawaran penswastaan berat sebelah seperti konsesi tol.


3) Supaya kerajaan dapat mengawal wacana penting isu-isu seperti pengharaman akhbar Katolik, Herald kerana menggunakan perkataan Allah.

Jika tidak kerana internet, rakyat Malaysia akan terus disuap dengan pembohongan Utusan Malaysia tentang terdapatnya konspirasi besar oleh orang Kristian untuk mengambil alih Malaysia; bagaimana Katolik mahu menggunakan kalimah Allah untuk memurtadkan umat Islam.

Rakyat Malaysia tidak akan mempunyai sisi cerita yang lain: penganut Katolik dan Kristian di Malaysia Timur menggunakan perkataan Allah lebih  100 tahun; terdapat beberapa penukaran berharga dan para ulama antarabangsa mengenai Islam tidak mempercayai  larangan kerajaan mengenai penggunaan Allah.

4) Supaya kelemahan dan ketidakcekapan menteri kabinet dan para pemimpin kerajaan lain boleh disembunyikan daripada orang awam.

Fikirkan orang-orang seperti Hasan Malek, Idris Jala, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahmad Zahid Hamidi.


5) Supaya ahli keluarga ahli politik boleh membeli barangan mewah seperti cincin berlian gergasi dan beg berjenama, membeli hartanah mahal di luar negara dan tiba-tiba menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan paling kaya di Malaysia tanpa sebarang penelitian.

Adakah kita terfikir di mana golongan kaya ini mendapat wang mereka? Atau kereta sport dan hartanah mereka di seluruh dunia?

6) Supaya pembangkang tidak mempunyai tempat mengetengahkan propaganda dan berita mereka kepada rakyat. Internet menyamakan kedudukan dari segi akses media pembangkang dan mereka yang yang dahagakan berita tersebut.

Tanpa internet, pembangkang hanya mempunyai ceramah, artikel dan kenyataan difaks yang hanya beberapa pihak sahaja mempunyai akses kepadanya. Namun, dengan internet, ditambah dengan telefon mudah alih, menyebarkan maklumat adalah hak semua.- TMI
Kalau anda masih ingat pada siri TV Santan Berlada pd thn 80an dan awal 90an,anda tentu ingat kpd Ali Mamak.

Bersama2 Os dan beberapa lg pelakun mereka mempopularkan rancangan itu.

Dato Ali Mamak telah kembali ke rahmatullah semalam.

Mari kita sama2 sedekahkan al-fatihah kpd arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman.

AL-FATIHAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan