Rabu, 19 Februari 2014

SEMUA DALAM KEKUASAANNYA....TUHAN SEGALA ADA BUMI DAN DILANGIT...SEMESTA ALLAH....IAITU ALLAH....YANG WAJIB DISEMBAH SERTA TAAT KEPADANYA....HANYA ORANG JAHIL YANG DITIPU IBLIS TAK MENYEMBAHNYA

7:53PM - 18 Feb 2014

Siapakah tuhan Ultraman?


Lebih dari sekali aku memberitahunya, betul, satu masa dahulu aku pernah beranggapan bahawa kalimah Allah adalah milik eksklusif umat Islam. Masa beredar, aku pun sedar. Apabila aku semakin menelaah aku mendapati alasan untuk mempunyakan kalimah tersebut untuk satu umat atau penganut agama tertentu kurang ada asasnya.
Ahad lalu, aku baru selesai mendengar ucapan Kassim Ahmad di Putrajaya dan menghantar Alex pulang ke UKM.

Panggilan masuk daripada Sharifah Sonia. Suaranya mendesak, “Ada ole-ole dari Kuching. Kalau mahu cepat, jom jumpa sekarang.”
Kami bertemu di Seri Kembangan, dan Sharifah Sonia, sengaja menjolok petang hangat dengan soalan berbara:

“Sejak bergelumang dalam hak asasi manusia, yang tidak berhak pun enta tolongkan ya? Ana paksa nak jumpa enta kerana ana hendak melakukan nahi mungkar. Ana nak enta menjadi Muslim sejati.”

Keningku bertemu. Kopi Somali pahit masih berasap aku letakkan kembali di atas meja.

“Apakah alasan bahawa Allah hanya berhak dipunyai umat Islam?”

Hak beragama
Temanku itu dengan lancar (mungkin lancang) menjawab, kerana terdapatnya ayat 171 dari surah An-Nisaa' berbunyi (terjemahannya):

“Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar sesungguhnya Al-Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah, dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripada-Nya.

“Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan janganlah kamu mengatakan '(Tuhan itu) tiga'. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhluk-Nya).”

Aku menerima ayat itu seratus peratus. Aku beriman dengan al-Quran. Namun aku juga sedang mengitar memusar logikanya. Begini, logika temanku itu adalah, oleh kerana Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan maka dengan sendirinya permintaan, tuntutan, dan hasrat umat Kristian untuk menggunakan kalimah Allah bagi merujuk ‘Tuhan’ ketika dalam khutbah, kitab suci dan juga pengajian mereka secara automatis tertolak.

Justeru menurutnya hak beragama masyarakat Kristian tergugur. Aku tidak berniat membahas konsep triniti di dalam Kristian kerana aku memikirkan itu tidak akan membuatkan Sharifah Sonia berfikir. Petang yang panas itu aku hanya mahu dia membuka pintu akalnya, bekerja untuk menggerakkan jentera otaknya.

Dalam benakku memikirkan, jika ayat itu digunakan untuk menolak penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, ayat apa pula akan digunakan oleh Sonia untuk menolak penggunaan kalimah Allah oleh umat Sikh?

Aku pernah menulis tentang kalimah Allah dalam sebuah esei yang agak panjang di Projek Dialog, judulnya “Alien di Musytari Memohon Mengguna Kalimah Allah”.

Aku tidak bercadang menulis mengenai ini lagi. Namun demikian logika yang dimiliki oleh temanku itu wajarku sanggah. Logika seperti ini berbahaya untuk kemanusiaan. Logika seperti inilah yang mendorong manusia membunuh manusia lainnya atas dasar agama di belahan dunia lain.

Aku mengambil kesempatan menjelaskan; “Bukankah sebahagian besar umat Islam dari kelompok Asya`irah beranggapan Allah akan dapat dilihat suatu masa nanti (di akhirat), dan Allah turun dari langit ke bumi pada bulan atau tempoh tertentu, bahawa Allah bersemayam di Arasy? Kita pernah belajar mengenainya. Kita adalah lulusan syariah di peringkat ijazah sarjana muda. Enti masih beriman dengan itu semua?’

'Kau Muktazilah, aku Sunnah'
Dia masih tidak berkelip matanya. Terlihat ‘asap’ mengasak keluar dari pundak kepala. Aku menyambung:

“Jika ternyata Allah tidak boleh dilihat sampai bila pun, tidak menempati ruang apa pun, jadi Allah tidak turun ke bumi dan tidak naik ke langit, dan tidak memerlukan apa pun untuk menampung-Nya maka bolehkah dinyatakan bahawa dengan sendirinya penggunaan kalimah Allah oleh sebahagian besar umat Islam dari kelompok Asya`irah bagi merujuk ‘Tuhan’ ketika dalam khutbah, teks agama dan juga pengajian mereka automatis ikut tertolak?

"Mengapa logika ini terpakai untuk Kristian dan tidak terpakai untuk enti?"

Sebahagian besar umat Islam (di negara ini) menyatakan ketagihan untuk mengguna kalimah Allah oleh kelompok Kristian adalah salah kerana Allah di dalam al-Quran tidak seperti Allah yang difaham oleh umat Kristian.

Bolehkah dikatakan bahawa obsesi umat Islam kelompok Asya`irah untuk mengeksklusifkan kalimah Allah adalah salah kerana Allah di dalam al-Quran tidak seperti Allah yang berhak difaham dan ditafsir jika dirujuk kepada al-Quran dan akal sihat itu sendiri?

“Kau Muktazilah, sementara aku Ahlus Sunnah!” Sharifah Sonia hampir menempik.

Hilang sudah ana dan enta. Tangannya menggeletar, bibirnya bergetar; ternyata dia menahan amarah. ‘Asap’ berkepul-kepul. Spontan ada angka sembilan sembilan sembilan dalam kepala ini.
Aku membalas pantas, juga menelan kata rujuk ana-enti.

Sudahlah Son. Kita berdua pernah membaca al-Syahrastani sewaktu di tahun pertama universiti dahulu. Kau dan aku pun tahu istilah ahlus sunnah itu hanya terapung setelah al-Asy`ari berkecimpung dalam gerakan golongan al-Sifatiyyah dalam menetapkan sifat-sifat azali bagi Allah. Dia turun padang mendokong pendapat mereka dengan hujah-hujah ilmu kalam. Sejak itulah nama al-Sifatiyyah bertukar kepada al-Asy`ariyyah.

“Bila al-Baghdad melekatkan kata ‘jamaah’ maka itulah kau pun mendapat kata tersebut. Itu hanyalah satu wacana. Satu tafsiran. Satu fahaman. Satu aliran. Ia tidak bermakna wacana lain salah dan wacana itu sahaja betul. Janganlah kau ikut sama seperti orang lain mengata-ngata aku, sedangkan kau Son seorang ustazah dan terpelajar.”

Tak dapat dilihat
Bukanlah Muktazilah yang menetapkan Allah tidak dapat dilihat, ayat 143 surah Al-A'raaf menyatakan (terjemahannya):

“Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: 'Wahai Tuhanku! Perhatikanlah kepadaku (Dzat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu'.”

Allah berfirman:

"Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau itu tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku.

“Setelah Tuhannya 'tajalla' (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) 'tajalli-Nya' menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: 'Maha Suci Engkau (wahai Tuhan-Ku) aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).'”

Dalam terjemahan Abdullah Yusuf Ali ke bahasa Inggeris, ayat ini berbunyi:

When Moses came to the place appointed by Us, and his Lord addressed him, He said: 'O my Lord! show (Thyself) to me, that I may look upon thee." Allah said: "By no means canst thou see Me (direct) But look upon the mount if it abide in its place, then shalt thou see Me.'

"When his Lord manifested His glory on the Mount, He made it as dust. And Moses fell down in a swoon. When he recovered his senses he said: "Glory be to Thee! to Thee I turn in repentance, and I am the first to believe."

Aku ingin menyedarkan Sharifah Sonia bahawa ayat 103, dari surah Al-An'aam juga menegaskan Allah tidak akan dapat dilihat, (terjemahannya):

“Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.’

“Jika kau berpegang kepada ayat Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan untuk menafikan hak penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian, maka bayangkan jika ada aliran yang lebih besar, yang tiba-tiba menafikan hak penggunaan kalimah Allah oleh pengikut Asya`irah atas alasan yang kusebutkan tadi.”

Bertengkar
Petang yang panas berbahang itu aku memberitahu Sharifah Sonia bahawa Imam Jaafar as- Sadiq, oneng Rasulullah SAW mengatakan:

“Barang siapa menganggap Allah duduk di atas arasy bererti dia menganggap Allah berada di atas sesuatu. Ini bererti bahawa sesuatu yang menjadi tempat keberadaan Allah pastilah lebih kuat daripada Allah.

"Dan barang siapa menganggap Allah ada di suatu tempat, atau ada di atas sesuatu, atau ada suatu tempat yang tak ada Allah-nya, atau Dia menempati suatu ruang, bererti dia memandang Allah memiliki sifat-sifat khas yang ada sangkut-pautnya dengan makhluk-makhluk ciptaan-Nya, padahal Allah-lah Yang Menciptakan segala sesuatu.

"Allah tidak mungkin diukur atau dibandingkan dengan apa pun.

“Allah tak mungkin menyerupai manusia. Allah tidak absen dari mana pun. Allah juga tidak menempati suatu ruang khusus.”

Jika kenyataan logika ini dijadikan sandaran, maka umat Islam kelompok Asya`irah, seperti mana umat Kristian dan Sikh juga hilang kelayakan menggunakan kalimah Allah.

“Habis siapa yang berhak ke atas Allah?”

Aku ingin meredakan marah Sharifah Sonia, aku membujuk:

“Sudahlah Son, Allah adalah Tuhan yang Maha Mencipta. Manusia, dengan segenap limitasi, keterhadan dan keterbatasan akan memikirkan dengan penuh bingung tentang Allah. Manusia; Asya`irah, Syiah, Muktazilah termasuk juga manusia; Kristian, Sikh, Yahudi, Hindu akan mencipta konsep-konsep dan pemahaman sendiri-sendiri mengenai Tuhan.

"Benar salahnya konsep itu akan sering dipertengkarkan sampai kiamat. Ia tidak mendatangkan hasil yang banyak melainkan untuk orang yang menggunakan akal.

“Di akhirnya, yang jelas adalah Allah adalah Tuhan untuk semua kerana Allah adalah Tuhan, Yang Maha Menciptakan. Bagaimana ia disembah dan bagaimana dirujuk adalah perihal lain pula. Tentu setiap umat dan penganut agama akan mempunyai tanggapan dan pemahaman bahawa konsep mereka terbaik dan paling benar, bahawa kaedah penyembahan mereka adalah yang lurus. Itu sudah melampaui bab yang lain.

"Bertengkar mengenainya sangat meletihkan sekali. Tetapi hakikat bahawa Allah Menciptakan kita semua tidak tersangkal dan terpungkir lagi. Tidak ada yang dapat memadam hakikat ini. Kita berpegang pada fakta itu memadailah.”

Kawah berapi Sharifah Sonia
Petang itu aku merasai ledakan kawah berapi Sharifah Sonia. Ole-ole yang ingin diberi terlupakan (mungkin dia membatalkan hasrat pemberian di saat akhir). Bagai gunung berapi melemparkan lahar, teman lama itu meneriak-neriak sehingga pengunjung lain di kafe kopi yang sedang menikmati ahad yang berdebu tercangak-cangak memandang kami.

Malam itu juga aku mendapati Sharifah Sonia sudah mengeluarkan aku dari senarai temannya di Facebook. Tentu dia sudah mendaftar masuk dalam kumpulan anti Faisal Tehrani.

Manusia, memang aneh. Memang suka melakukan kerosakan dan menumpah darah. Setiap manusia, secara individu mempunyai satu atau lebih kumpulan yang berhubungan dengan dirinya. Kumpulan itu adalah berdasar ras, agama, kelas dan bermacam-macam lagi.

Individu atau insan dilayani oleh Allah dengan rahman dan rahim. Allah juga menuntut supaya formula atau pendekatan tersebut digunakan sesama kita.

Akan tetapi, apabila manusia melebihkan identiti kumpulan mengatasi nilainya sebagai seorang individu di situlah iblis yang berikrar menyesatkan dapat menyucuk jarum. Ia masuk, iblis melontarkan bermacam-macam sarana sehingga manusia saling berbalahan. Berlakulah penindasan, penganiayaan, penafian hak dan seribu satu diskriminasi.

Manusia secara berkumpulan lantas menjadi panas dan kumpulan manusia panas yang paling dominan akan menindas kumpulan manusia yang lebih kecil. Ia berlaku berulang kali bermacam zaman, di bermacam rantau dan tempat. Demikian ‘psycho-politics’ mengambil ruang dan membakar manusia secara kumpulan.

Anak kecilku pernah bertanya, siapakah tuhan Ultraman?

“Jika Ultraman itu makhluk yang hidup dan benar-benar wujud, ya, Ultraman pun adalah ciptaan Allah dan Allah adalah Tuhannya. Jika bangsa Ultraman itu kemudian mencipta-cipta satu konsep, wacana dan tafsiran tertentu mengenai Ultraman maka akan ada sebuah agama, atau mazhab ultramaniyyah.

"Betapa sesat pun mazhab atau agama ultramaniyyah tersebut menurut sudut pandang bangsa figura aksi yang lain, katakanlah Spiderman; bahawa Allah adalah Tuhan untuk Ultraman (dan Spiderman) tidak dapat dinafikan.”

Anak kecilku hanya memandang kosong pada peneranganku. Mata comelnya tidak berkelip.

Aku menyambung:

“Mujurlah Ultraman dan Spiderman bukan makhluk hidup. Jika mereka benar wujud dan hidup, bertambah sesaklah dunia dengan keberagaman agama. Dan bertambah banyaklah masalah yang perlu ditangani.

"Bayangkan bangsa Ultraman dan Spiderman bergasak untuk membuktikan salah satunya lebih benar. Bayangkan, fuh... tidakkah itu meletihkan?"
Teuku Zacharyah Iskandar was tagged in Jeneral Yakuza Ogawa's photo.
SAMPAI BILA UMAT ISLAM MAHU TERUS BERDIAM DIATAS SIKAP BIADAP TUN DR MAHATHIR BARUA YAHUDI INI?!!!

Manusia ini lantang menempak mana mana individu yang dilihat berideology islam.

Manusia ini lantang menentang hukum hudud sehingga mengatakan hukum tersebut adalah ciptaan ahli feqah.

Manusia ini lantang mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman rejam didalam hudud adalah primitif.

Manusia lantang menghina dan memperlekehkan kerajaan pas kelantan yang dianggap mundur kerana mengamalkan system islam.

manusia ini lantang mengkritik setiap kenyataan yang dilihat tidak menepati idea nya (sekular) sehingga hukum hakam didalam islam pun di bidasnya jika tidak menepati kemahuan nafsu setan nya.

Terkini : kenyataan kontroversi kassim ahmad, antara perkara yang menimbulkan kemarahan mereka berhubung kenyataan Kassim menyamakan sistem ulama dengan 'kasta paderi' serta kritikannya bahawa umat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad melalui syahadah kedua. beliau (mahathir) pertahankan hujah kassim ahmad dan melabelkan sesetengah individu yang buat laporan polis diatas kenyataan kontroversi itu sebagai tidak faham & tidak ada idea untuk berhujah.

Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.Beliau berkata Kassim bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.'

Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah."Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini."Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.

Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadukepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikiran Kassim Sabtu dan Ahad lepas.

Jika anwar ibrahim yang berkata begini, pasti akan dilabelkan proksi yahudi. Jika tokguru nik aziz berkata begini, pasti dilabel sesat dan syiah. Jika DAP yang berkata begini, pasti dilebelkan anti-islam .

Bila musyidul am umno pertahan hujah kassim ahmad, maka ulama ulama cap keris bogel akan senyap sunyi.. tidak berani membidas. Sebab bagi mereka (pencacai umno) mahathir adalah insan paling mulia ditanah melayu. Tak ada mahathir, habis dah malaysia jadi negara komunis,kristian, yahudi dan lain2.

Jangan lupa, mustapha kamal artaturk moden adalah sheikh mahathir. Syaitan dikenali lebih baik daripada malaikat yang anda tidak kenali kata orang tua nyanyuk ini.

Lagi berita politik,funny,videos,edisi macai, etc. Like pages >>> https://www.facebook.com/pages/Jeneral-Yakuza-Ogawa

-AP-

Jangan tanya saya lagi – Erra Fazira

erra fazira 3SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meminta agar tidak lagi ditanya apakah punca keretakan rumah tangganya dengan Engku Emran sehingga membawa kepada perceraian mereka pada Selasa.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, berkata, segala spekulasi mengenai rumah tangganya yang tersebar sejak dua tahun lalu telah terjawab dengan penceraian tersebut.
“Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya,” kata Erra ketika ditemui sejurus selesai kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Selasa.
Erra dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, sah bercerai dengan talak satu kira-kira pukul 12.50 tengah hari Selasa yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.
Pelakon itu kelihatan tenang manakala Engku Emran sebak ketika melakukan lafaz tersebut.


Dalam pada itu, Erra menegaskan penceraian berlaku secara baik atas persetujuan kedua-dua belah pihak selain mengambil kira kepentingan anak mereka, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun.
Jelas Erra, mereka telah berbincang dengan mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
“Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah,” katanya.

Bagaimanapun, Erra enggan mengulas mengenai keputusan memberi hak penjagaan anak kepada bekas suaminya.
Pasangan itu berkahwin pada 25 Oktober 2007.
Keretakan hubungan pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung selain lelaki itu dikatakan sudah berkahwin dengan wanita lain tetapi dinafikannya.
Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata, lapor mStar.

Wednesday, 19 February 2014

DASAR KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG PIMPINAN LIM GUAN ENG SUDAH SEMAKIN MELAMPAU????

Ini apa punya dasar dan polisi yang diamalkan oleh kerajaan DAP/PR pimpinan YAB Lim Guan Eng yang dilabelkan oleh juak-juak UMNO terutamanya dari macai-macai Perkasa, Pekida, PPIM, Jati, GPMS dan yang sewaktu dan seangkatan dengannya sebagai anti Islam dan menindas kaum Melayu.

Apa hal nak halang dan haramkan kasino dibuka di Pulau Pinang semata-mata mau menjaga sesitiviti semua orang yang berbilang kaum dan agama.

Ini sudah lebih ... nanti ada yang hantar kek berbentuk najis, seluar dalam dan coli ke pejabat baru padan muka.

Ini sudah kira membangkitkan kemarahan juak-juak UMNO yang semakin hari semakin tiada modal untuk dijaja memfitnah kerajaan DAP/PR Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang menolak sebarang permohonan pembinaan pusat perjudian kasino di negeri tersebut kerana ianya akan mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Menurut beliau walaupun pembinaan kasino akan memberi sumbangan ekonomi namun kos permasalahan sosial dan kerohanian akan mendatangkan kerugian yang lebih banyak.

Guan Eng rejects casinos, calling them objects of danger
16 Feb 2014

Chief Minister Lim Guan Eng said the state government would not approve casinos which he described as objects of danger.

“Even though the economic benefits from casinos are manifold, the social and spiritual cost is too heavy and high for our multi-cultural and diverse society to bear,” he said in a statement yesterday.

Tak sanggup bermadu', punca erra fazira & engku emran bercerai?


Erra ketika hadir di mahkamah syariah semalam
'Tak sanggup bermadu', punca erra fazira & engku emran bercerai? | Demikian kata Erra Fazira ketika ditanya oleh media mengenai punca penceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, semalam.

"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya," ujar Erra seolah mahu mengelak.

Malah Erra juga meminta agar tidak lagi ditanya apakah punca keretakan rumah tangganya dengan Engku Emran. Dalam hal ini dia hanya berkata, segala spekulasi mengenai rumah tangganya yang tersebar sejak dua tahun lalu telah terjawab.

Sebagai imbasan, Erra dan Engku Emran Engku sah bercerai dengan talak satu kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.

Meskipun Engku Emran kelihatan sebak ketika melakukan lafaz, namun tidak diketahui mengapa beliau merasa sedih begitu. Mungkinkah masih sayangkan Erra, atau ada sesuatu yang membuatnya tersentuh.

Terdahulu, Erra menegaskan penceraian berlaku secara baik atas persetujuan kedua-dua belah pihak selain mengambil kira kepentingan anak mereka, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun.

Jelas Erra, mereka telah berbincang dengan mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

"Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah," katanya.

Bagaimanapun, Erra enggan mengulas mengenai keputusan memberi hak penjagaan anak kepada bekas suaminya.

Permohonan tersebut telah diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju dan mahkamah meluluskan permohonan Erra untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah.

Erra yang diwakili oleh peguamnya Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013.

Keretakan hubungan pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran didakwa tidak lagi tinggal sebumbung selepas berkahwin pada 25 Oktober 2007. Fitnah liar turut tersebar apabila Engku Emran didakwa kononnya sudah berkahwin dengan wanita lain. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikannya oleh Engku Emran.

Dengan penceraian itu, sudah dua kali mahligai yang dibina oleh Erra hancur berkecai. Ini kerana, pada 15 Jun 2003 dia pernah berkahwin selama tiga tahun dengan penyanyi Yusry Abdul Halim, tetapi tidak mempunyai anak. Sumber MyArtis

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan pemikiran Kassim Ahmad tidak boleh dilihat sebagai halangan untuk mengambil tindakan terhadap tokoh pemikir aliran anti hadis itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa agama sewajarnya perlu bertindak segera kerana umum mengetahui pemikiran Kassim itu telah dikategorikan sebagai sesat.

"Hanya kerana beliau mendapat ruang disokong oleh Tun Mahathir sebagai bekas PM tidak bermakna pihak berkuasa agama tidak boleh menyanggah Kassim dan Mahathir dan mengambil tindakan jika mereka terus berdegil .

"Mereka berdua yang sudah lanjut usia serta golongan yang berpemikiran yang sama mungkin tidak mahu bertaubat dari pegangan yang sesat ini , tetapi untuk membiarkan pemikiran ini menyebar dalam bentuk penerbitan dan wacana terbuka akan menimbulkan kekeliruan yang lebih parah dikalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Kenyataan Dr. Mahathir  mempertahankan Kassim Ahmad sebagai bukan berpemikiran anti hadith adalah berkonotasi bahawa tidak mengapa berpegang kepada pendapat yang salah mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. selagi tidak ada pihak yang boleh menjawab balas hujah Kassim.

Pemikiran yang cuba dibawa oleh Kassim itu telah dikategori sebagai sesat oleh ulama dan pemikir Islam.Namun Mahathir pula berpendapat Kassim yang mempersoalkan perkara pokok dalam Islam  iaitu syahadah terhadap Rasulullah s.a.w sebagai tidak termasuk dalam syahadah terhadap Allah SWT itu tidak salah . Pegangan ini bagi beliau adalah pendapat Kassim yang seharusnya diterima selagi tidak dihujah sebaliknya.

Kami merumuskan Mahathir berpendirian  selagi tidak ada hujah yang boleh menjawab pegangan Kassim , maka beliau menganggap Kassim benar dan tidak mengapa jika pemikirannya itu disebar luas.

Kami berpendirian sudah sampai masanya pihak berkuasa agama Islam dibawah JPM , Majlis Fatwa Kebangsaan , Jabatan Mufti Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri mengeluarkan pendirian muktamad terhadap pemikiran Kassim Ahmad .

Dengan membisu JAKIM dibawah Menteri Hal Ehwal Islam JPM yang dipertangungjawabkan mengenai agama Islam akan dilihat menyetujui aliran pemikiran Kassim yang dipertahan oleh Mahathir.

Hanya kerana beliau mendapat ruang disokong oleh Tun Mahadhir sebagai bekas PM tidak bermakna pihak berkuasa agama tidak boleh menyanggah Kassim dan Mahathir dan mengambil tindakan jika mereka terus berdegil .

Mereka berdua yang sudah lanjut usia serta golongan yang berpemikiran yang sama mungkin tidak mahu bertaubat dari pegangan yang sesat ini , tetapi untuk membiarkan pemikiran ini menyebar dalam bentuk penerbitan dan wacana terbuka akan menimbulkan kekeliruan yang lebih parah dikalangan masyarakat.

Kami tidak bersetuju diadakan debat terbuka dengan Kassim kerana masyarakat Islam sudah cukup terdedah dengan pelbagai pemikiran yang salah yang terpaksa dihujahbalas. Pihak Abim sendiri pernah mengadakan muzakarah dengan Kassim mengenai hal yang sama , namun jelas , beliau terus angkuh dan tidak  menerima kesalahan pemikirannya.

Adalah lebih baik pihak berkuasa agama memanggil Kassim untuk berdepan secara tertutup dan mendengar hujahnya bagi merumuskan secara jelas pendirian beliau. Jika teguran terhadapnya maseh tidak diterima oleh beliau maka penjelasan yang berterus terang perlu disebarkan kepada masyarakat awam agak kekeliruan tidak lagi timbul,

Kami ingin menyatakan kekesalan kami kepada Mahathir yang nampak bersungguh mahu mempertahankan pendirian Kassim. Padahal implikasi dari pegangan Kassim mengenai Islam di negara ini sangat berat dari segi autoriti dan perundangan Islam.

Sistem "kasta paderi " yang didakwa Kassim supaya ditolak , bermakna beliau  menolak autoriti Majlis Fatwa yang terdiri dikalangan mufti yang berkelayakan dan seluruh agensi agama yang ada di negara ini yang dinaungi oleh Raja-raja Melayu.

Mahathir sendiri tidak sepi dari kontroversi mengenai pegangannya terhadap autoriti agama bila beliau pernah mempersoalkan wibawa ulama yang mengeluarkan hukum haram wanita Islam terlibat dengan pertandingan Ratu Cantik ( pada ketika itu acara Miss Malaysia Petite 1977 )  sehingga bertembung dengan Mufti Selangor , Dato' Ishak Baharom , dan berakhir dengan Mufti tersebut dipecat pada Julai 1997 atas kehendak Mahathir sendiri.

Lebih jauh dari itu Kassim mendakwa bahawa orang Islam tidak perlu mendewa-dewakan Rasulullah s.a.w kerana menganggap Baginda hanya manusia biasa yang boleh dipertikaikan segala percakapannya.

Dengan mempertikai seluruh disiplin perawi hadith oleh ulama , bererti seluruh institusi hukum dalam Islam boleh ditolak dengan mentah-mentah oleh Kassim , termasuk wibawa institusi agama yang ada di negara ini.

Apakah Mahathir cenderung untuk bersetuju dengan pendapat ini dan mempertahankan Kassim bahawa beliau tidak bersalah mencabar semua pendapat ulama walaupun Kassim bukan ahli dalam hal ilmu agama Islam.

Kami ingin memngingatkan kepada pihak berkuasa agama agar jangan sampai muncul secara absah aliran pemikiran Faham Ingkar Sunah yang berkembang di Indonesia sejak awal 1980an . Ia timbul dari ketidak tahuannya tentang status Sunah dalam beragama dan tentang fungsi Sunah  terhadap al-Qur’an.

Semangat belajar mereka hanya pada  al-Qur’an. Tetapi  sayangnya mereka sangat minimal penguasaan ilmu-ilmu dasar untuk memahami al-Qur’an seperti bahasa Arab,  tata bahasa dan  sastranya, ilmu-ilmu Tafsir dan lain-lain.

Yang jelas kebanyakkan ide-ide penolakan  Sunah dipindah dari orientalis yang sengaja menghembuskan polimik  di dunia Islam untuk menyesatkan umat. Inti  pandangan mereka  bahwa dalam beragama  hanyalah al-Qur’an karena kesempurnaannya sedangkan Sunah atau hadis dipandang sebagai dongeng yang diciptakan oleh sebagian umat Islam belakangan.

Mereka mendakwa mengikuti Hadith akan menjadi penyebab perpecahan umat yang   melemah dan menghancurkan umat.

Kami mengesa pihak berkuasa agama tidak membiarkan masyarakat Islam terheret  kedalam polimik yang berterusan apabila media mengambil kesempatan mensensasikan isu ini. Tindakan segera perlu diambil agar pegangan umat Islam tidak tergugat dengan pemikiran dan faham yang menyimpang dari asas Islam yang sahih dan benar.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim 

PERKASA Patut Hentam Penaungnya Juga, Tun Mahathir Kerana Pertahan Kassim Ahmad
Posted on Wednesday, February 19 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Perkasa mahu Jakim siasat ucapan Kassim Ahmad

PETALING JAYA: Perkasa mendesak pihak Jakim segera menyiasat terhadap dakwaan Kassim Ahmad yang mempersoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Naib Muhammad, rabut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Kassim Ahmad bukannya cendekiawan yang mendalami ilmu Islam.

“Perkasa mendesak Jakim menyiasat segera dengan mengambil bukti dan keterangan daripada mereka yang hadiri seminar Pemikiran Kassim Ahmad Di Yayasan Perdana, Putrajaya semalam,” katanya kepada FMT.

Beliau percaya pasti ada rakaman yang dibuat sepanjang seminar berlangsung.

“Jika benar beliau berktata demikian, ia satu kecelupran yang dasyhat dan wajar beliau diambil tindakan kerana menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja Raja serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam,” katanya.

Serentak dengan itu Ibrahim juga mahu Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dakwaan ini dan bertindak segera. -FMT

Mahathir pertahan Kassim Ahmad

Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Beliau berkata Kassim bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.

'Orang cubit pun repot polis'

Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah.

"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.

Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadu kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikiran Kassim Sabtu dan Ahad lepas.
-mk

ULASAN GB

PERKASA sepatutnya hentam Penaungnya juga iaitu Tun Dr Mahathir. Ini kerana TDM turut menghadiri dan merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad itu.

Dimanakah JAKIM yang sebelum ini hebat mengenai isu syiah, kalimah ALLAH dan kristianisasi? Mengapa membisu apabila terdapat kumpulan anti-hadith yang terang-terangan menghina Rasulullah?

Asyik-asyik repot polis kata TDM. kena cubit pun repot polis. Abis tuh yang beratus-ratus repot polis mengenai video "Onderfull" Teresa Kok tu apa hal? Lepas ni buat undang-undang anti-video sindiran youtube? Apasal tak hentam juga polis yang membuat laporan polis terhadap Anwar yang mengdadakan sesi penerangan di Kajang?-greenboc



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy (gambar)  menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.
  
Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya. 
  
Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.
  
"Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," kata Khairy.
  
Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.
  
Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan. 
  
Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India.

Sementara itu, Presiden Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Datuk M. Sambanthan meminta Waythamoorthy supaya tidak mengulangi kenyataan yang memburukkan kerajaan demi kepentingan sendiri.
  
Tindakan Waythamoorhty mendesak Najib meletak jawatan memperlihatkan beliau cuba menutup kegagalannya sendiri semasa memegang jawatan timbalan menteri.
  
"Saya juga membidas sebagai tidak betul tuduhan Waythamoorthy yang mengatakan kerajaan tidak membantu masyarakat India.
  
"Selama ini jelas banyak bantuan yang telah diberikan dan terbaru Najib mengumumkan peruntukan RM100 juta setahun untuk disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil," kata Sambanthan kepada Bernama di sini.
  
Beliau mengulas dakwaan Waythamoorthy kononnya kerajaan di bawah Najib gagal menunaikan janji membantu masyarakat India di negara ini.

"Sepatutnya dia sebagai Timbalan Menteri mewakili kaum India dalam kerajaan, harus panggil semua pemimpin kaum India untuk berbincang mengenai program yang boleh dilaksanakan.
  
"Tetapi selama sembilan bulan Waythamoorthy jadi timbalan menteri, dia tidak panggil pun pemimpin kaum India, malah tidak bercampur dengan sesiapa," katanya.
  
Sambanthan berharap rakyat terutama masyarakat India tidak terpengaruh dengan dakwaan Waythaamoorthy yang dilihat cuba memburukkan kerajaan demi kepentingan sendiri.

Sementara itu,  Pemuda MIC hari ini menyifatkan P Waythamoorthy sebagai pemimpin yang lemah dengan meletakkan kesalahan ke atas Najib atas kegagalan beliau (Waythamoorthy) bagi memenuhi janji kepada masyarakat India.
  
Ketuanya C. Sivarraajh berkata tindakan Waythamoorthy meminta Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan adalah tidak masuk akal kerana Najib telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membantu masyarakat India.
  
"Apa yang Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional lakukan adalah untuk jangka panjang dan penyelesaian yang berkekalan untuk kaum India. Tetapi Waytha mahu menyelesaikanya secara 'ad hoc' hanya untuk menonjolkan kejayaannya sepanjang tempoh beliau menjadi senator dan timbalan menteri.
  
"Saya katakan, Waytha tidak menunjukkan watak pemimpin yang berkualiti, beliau sepatutnya kekal dalam sistem dan meneruskan usaha untuk menyelesai dan membawa perubahan kepada masyarakat...tidak membasuh tangan begitu sahaja dan menyalahkan PM untuk menutup kegagalannya.
  
"Saya percaya beliau diberi tekanan oleh Hindraf untuk meletakkan jawatan kerana prestsinya yang lemah selepas dilantik sebagai timbalan menteri," katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan