Selasa, 18 Februari 2014

SAPE TAK FAHAM SEJARAH NI....SAPE MENENTANG BRITISH....MENENTANG BRITISH DIANGGAP PENDERHAKA...YANG IKUT BERMAKNA TAAT KEPADA BRITISH


Bahayanya Jika Tidak Asingkan Tempat Tidur Anak. Kisah Benar Ini Sangat Memeranjatkan. Terutamanya Kisah Kedua



sleeping

Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!
Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks.Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.
Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil
Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga ‘aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.
Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu
I. Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II. Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III. Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat
Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud
“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.
Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.
Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.
Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.
“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.
“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.
“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.
“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.
“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak… Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”
Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”
“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.
“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi
“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.
“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.” Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.
Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati.
Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”
Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu beristighfar panjang.
“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi
“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.
Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.
Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.
Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?
Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.
Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia.
Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.
Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya
Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.
Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat.
Wallahua’lam

Restoran daging manusia diserbu

Written By canang on Selasa, 18 Februari 2014 | 2/18/2014 11:16:00 PG

ABUJA: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia.
Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra.
Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit.
Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui.
“Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan.
Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis.
“Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya

SHOCK ; "Saya Berpurdah, Saya Lesbian.."

Written By Azmy Klanajaya on 18/02/2014 | 10:53 am



Semua kerana nafsu.. Bila nafsu menguasai tahap menggila. Semua benda dia sapu. Sebab tu adanya agama untuk mengawal nafsu manusia...Patut dijadikan contoh untuk ibubapa kat luar sana.. Kena selalu bagi nasihat kat anak pompuan or laki... 

Tambah lagi dgn dunia canggih harini. Ko google jer, semua keluar. Thats why anak2 hari ni lebih cekap, lebih bijak dari yang sepatutnya. Muka nampak nerd jer..

Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis.

Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti menjijikkan itu.

Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional.

“Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam. myMetro

-bicaraperjuangan

Tuesday, 18 February 2014

BUNUH DIRI KERANA HUTANG ALONG RM300,000.



Angkara tertekan kerana berhutang dengan along sebanyak RM300,000, seorang lelaki nekad membunuh diri dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Pinggiran Batu Caves, di sini, semalam.Mangsa Lim Wei Keong, 39, ditemui mati oleh ahli keluarganya jam 6 pagi di dalam kereta PROTON Saga miliknya selepas bapanya yang ingin keluar terkejut mendapati anaknya itu tidak bergerak.

Ibu mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lim, 60-an berkata, sebelum kejadian, anaknya pulang ke rumah seperti biasa jam 11 malam dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Menurutnya, anaknya itu sempat meminta dia menyediakan secawan kopi sebelum masuk tidur menyebabkan dia tidak mengesyaki apa-apa.

“Bagaimanapun pagi ini (semalam) ketika suami saya ingin keluar untuk menjual sayur, dia mendapati kereta anak saya menghalang lorinya.
“Sebaik diperiksa, suami mendapati anak saya dalam kereta itu dengan keadaan tidak sedarkan diri ,” katanya.

Lim berkata, mereka turut menemui paip yang disumbat di dalam ekzos kereta dengan enjin masih dihidupkan.

“Kami kemudian menghubungi ambulans dan polis. Saya percaya anak saya membunuh diri kerana tertekan selepas berhutang dengan along sebanyak RM300,000.

“Dua hari lalu anak saya turut dibelasah along terbabit di kawasan perumahan kami selepas gagal membayar wang itu. Kami sendiri baru mengetahui anak berhutang selepas kejadian tempoh hari,” katanya.

Menurutnya, mereka percaya anaknya berhutang dengan along kerana ketagih berjudi kerana perniagaan menjual telefon bimbit milik anaknya itu tidak mengalami masalah kewangan.

“Kami juga tidak menemui sebarang nota bunuh diri ditinggalkannya dan masih terkejut dengan kejadian ini.

“Anak saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, malah cucunya itu masih belum mengetahui bapanya sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Mengapa harga kereta Proton murah di luar negara? : Penjelasan Pakar Automotif

Mengapa harga kereta Proton murah di luar negara? : Penjelasan Pakar Automotif 


SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.
Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.
Mengapa harga kereta Proton murah di luar negara? : Penjelasan Pakar Automotif
Mengapa harga kereta Proton murah di luar negara? : Penjelasan Pakar Automotif
Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).
Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.
Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?
Harga Proton murah kerana perlu bersaing
Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.
Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.
“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.
“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli,” katanya yang enggan dikenali.
Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.
Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung
Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.
“Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.
“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya,” katanya.
Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.
“Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.
“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta,” katanya.
Sumber : Sinar 

Bandar Purba Dalam Tasik Di China
Posted on Tuesday, February 18 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Tasik Qiandao di Zhejiang, China mempunyai rahsia tersembunyi yaitu sebuah bandar purba bawah air yang terletak di dalamnya

Ditemui pada tahun 2001, ahli arkeologi menemui runtuhan kota dengan bentuk seperti kuil. Bandar ini kira-kira berukuran kira-kira 62 padang sepak bola dengan seni bina purba. Digelar "Bandar Singa", atau "Shicheng" dalam bahasa Mandarin, bandar ini dibina pada dinasti Han pada tahun 208 Masehi.

Bandar ini mendapatkan namanya dari "Lima Singa Gunung" ("Five Lion Mountains") yang didakwa temui berada di bandar purba tersbut. Bangunan megah itu terletak 26-40 meter di bawah permukaan air, dan sekarang menjadi tapak menyelam bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat.

















dairishare
 

Rahim Noor: Mat Sabu Tidak Faham Erti Perjuangan Malaya
Posted on Tuesday, February 18 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



GEORGETOWN 17 FEB- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini diberitahu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak faham erti perjuangan Malaya atau Tanah Melayu ketika berceramah mengenai serangan komunis di Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, berkata Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu tidak tahu mengenai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong ketika berceramah di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

"Beliau adalah seorang ahli politik yang bercakap besar tentang satu isu besar, tetapi tidak tahu apa-apa. Itulah jadinya," katanya di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Zakaria Sam.

Abdul Rahim yang juga saksi kelima berkata demikian ketika disoal peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Melayu (M) Bhd, pada perbicaraan kes saman fitnah Mat Sabu terhadap akhbar itu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.

Utusan turut diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Mat Sabu diwakili peguam Mohamad Hanipa Maidin dan Amiruddin Zulkifli.

Abdul Rahim berkata, semasa serangan komunis pada 23 Februari 1950 itu, pada dasarnya anggota polis hanya melakukan tugas mereka untuk melindungi Balai Polis Bukit Kepong.

"Tidak ada perbezaan dalam ikrar yang dilakukan polis sekarang dan sebelum ini, iaitu untuk menegakkan keamanan dan ketenteraman awam.
"Satu-satunya perbezaan pada 1950, kerajaan kolonial British yang mentadbir seluruh Malaya dan Singapura.

"Oleh itu, (polis bertindak terhadap) sesiapa yang mengambil senjata atau melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atas nama merevolusikan negara ini," katanya dalam perbicaraan yang berlangsung lebih dua jam itu.

Apabila ditanya jika Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan di balai polis itu, adalah seorang pejuang kebebasan atau komunis, Abdul Rahim berkata, beliau mempunyai dua sumber iaitu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan bekas pengerusi PKM Abdullah CD, yang mengatakan Mat Indera adalah bekas komunis.

Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA

pahangdaily.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan