Rabu, 12 Februari 2014

SAKA DAN QAREEN

Adakah sama Saka dengan Qareen?

Posted  under Agama by admin




Soalan:
Saya banyak mendengar perkataan saka yang dirujuk kepada gangguan makhluk harus atas seseorang yang berpunca daripada keturunan seseorang yang mendampinginya sentiasa meminta berbagai permintaan atau mengenakan berbagai keburukan. Adakah ini sama dengan istilah qareen yang pernah Dato’ sentuh dalam jawapan terdahulu. Samakah antara saka dengan qareen? Bagaimana hendak mengatasi hal ini apabila ianya berlaku?
SAMIHAH MANSOR
Batu Gajah
1 in 3 women face urinary incontinence after giving birth. You can avoid this. Click here to find out more.
Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.
Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.
Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.
Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.
Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.
Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia menjauhi dan berlindung diri daripada syaitan. Malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh dan sebagainya.
Berbalik kepada seseorang yang diganggu oleh makhluk halus, maka jelas ia adalah musuh kerana ia menyakiti manusia, menganggu manusia dan melakukan perkara yang tidak dingini oleh manusia, ianya memberikan kesan negatif.
Kita mesti menjauhi mereka, benda yang dinamakan saka ini tidak menjadi sesuatu yang baik kepada manusia. Dirawatlah dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak bagi mengelakkan saka ini terus menerus menganggu manusia.
Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.
Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”
Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.
Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).
Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”
Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.
Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).
Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,”Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”
Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.
Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.
Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.
Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua’lam.
KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Dalam negeri (KDN) menarik balik permit FZ Daily sebelum ia sempat diterbitkan adalah satu pencabulan kepada hak kebebasan media di negara ini, tegas jurucakap Gerakan Media Marah (GERAMM), Radzi Razak.
Menurut Radzi, berdasarkan kenyataan pemilik FZ Daily, Datuk Tong Kooi Ong, permit akhbar itu ditarik balik beberapa jam selepas mahkamah memberikan kebenaran memulakan prosiding terhadap KDN kerana menangguhkan permit FZ Daily yang dikeluarkan beberapa bulan lalu.
"GERAMM melihat tindakan KDN itu amat keterlaluan. Tambahan lagi, apabila dikatakan tiada sebarang sebab dinyatakan berhubung keputusan itu.
"KDN juga nampaknya tidak prihatin isu-isu kebebasan media di negara ini dan seolah-olah tidak belajar daripada kemarahan rakyat terhadap cengkaman kepada kebebasan media," ujar beliau.
Apa yang lebih dikesalkan, jelasnya tindakan KDN ini dibuat selepas episod penggantungan akhbar The Heat. Bagaimanapun penggantungan permit akhbar tersebut ditarik balik baru-baru ini selepas mendapat bantahan pelbagai pihak.
FZ Daily adalah akhbar harian yang dimiliki syarikat media The Edge Communications Sdn. Bhd.
Permit akhbar portal berita fzdotcom itu ditarik balik sebelum ia sempat memasuki pasaran.
Radzi turut menggesa kerajaan melihat kembali keputusan kes Malaysiakini lwn KDN yang dianggap sebagai duluan (precedence) kepada kes berkaitan permit penerbitan di Malaysia.
"Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober 2013 sebulat suara menolak rayuan KDN terhadap Malaysiakini dalam kes permohonan permit penerbitan yang ditolaknya, sekali gus bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu.
"Keputusan yang dianggap sebagai penanda aras dalam industri media di Malaysia itu juga jelas menyatakan bahawa permit penerbitan sebagai hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan bukannya keistimewaan yang boleh dirunding-runding oleh pihak kerajaan," tegas beliau.
Menurut beliau, kewibawaan The Edge Communications sebagai penerbit tidak harus dipertikaikan memandangkan ia sudah lama bertapak dalam industri akhbar dan berjaya mendapat kepercayaan rakyat.
"Kami ingin tegaskan lagi, pembatalan permit akhbar FZ Daily bukan perkara baru, sebaliknya rentetan siri-siri pencabulan dalam isu permit penerbitan, termasuk yang menimpa Malaysiakini, The Heat (2013), Suara Keadilan (2010) dan Harakah (2009)," tegas beliau.
Sebagai menyatakan sikap membantah tindakan KDN itu, GERAMM menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengamal media menyarung kembali baju merah sebagai tanda bantahan kepada kerajaan dan sokongan kepada FZ Daily.
"Kami cadangkan kempen ini diadakan setiap Rabu, bersempena dengan tarikh pembatalan permit FZ Daily yang dibuat pada Rabu, 5 Februari lepas.
"Kami juga mencadangkan kempen di Facebook dan Twitter dimulakan kembali menggunakan hashtag #FZDaily. Maklumat lanjut kempen GERAMM di Internet akan diumumkan kemudian," ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti perkembangan terkini GERAMM di Twitter: @mediageramm dan Facebook: www.facebook.com/GerakanMediaMarah
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada jurucakap GERAMM iaitu Radzi Razak (010 231 9337) dan Fazallah Pit (019 375 9767).
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah dan menutup semua pintu dan tingkap jika abu dari letupan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara terbang ke arah Malaysia.
  
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar. 
  
"Kanak-kanak, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengelak atau mengurangkan aktiviti luar dalam tempoh berkenaan.
  
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya minum banyak air, dan selalu membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau juga menasihatkan orang ramai mengelak memandu dalam keadaan berabu oleh kerana ia boleh menyukarkan penglihatan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
  
Gunung Sinabung berada dalam keadaan yang mudah meletup sejak 15 Sept dan letupan terbaru bermula pada 30 Jan mengakibatkan pelepasan abu panas ke udara pada ketinggian 5 km.
  
Walaupun kemungkinan penduduk Malaysia terdedah kepada abu itu rendah, namun wujud kemungkinan berlaku hal sedemikian khususnya di pantai barat Semenanjung dan bahagian selatan negara. 
  
Dr Noor Hisham berkata mereka yang terdedah kepada abu berkenaan akan mengalami simptom gangguan mata, hidung, tekak dan kulit.  
  
Beliau berkata kementerian akan terus memantau keadaan dan menasihatkan mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan abu gunung berapi segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. - Bernama
RANTAU PANJANG: Pembangunan Koridor Wilayah Timur (ECER) memanfaatkan keadaan cuaca di Kelantan bagi membangunkan projek tenaga solar berskala besar.
Projek melibatkan kos RM50 juta dijangka menjadikan Kelantan berpontensi besar sebagai pembekal utama kuasa alternatif untuk menjana tenaga elektrik yang menjimatkan dan mesra alam. 
Projek tenaga solar itu mampu menyumbang kuasa elektrik sebanyak 4 megawat kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Penyelia projek tenaga solar ECER, Zamri Mohamad berkata, cuaca panas di Kelantan dijangka mampu menghasil sehingga 10 megawat sebagai sumber tenaga alternatif.
“Ini adalah projek tenaga solar yang pertama dalam skala besar di Kelantan membabitkan kos sebanyak RM50 juta yang dibangunkan dua fasa.
“Fasa pertama telah siap dan mula beroperasi sejak 15 Disembar lalu, manakala fasa kedua masih dalam pembinaan dan dijangka siap Mac ini,” katanya di sini.
Projek tersebut dibangunkan syarikat tempatan iaitu Komitmen Mantap di kawasan seluas 18 ekar berhampiran Bandar Baru Pasir Mas di Lubuk Jong.
Projek itu mula dibina pada Oktober lepas, akan menjadi pembekal kuasa baru kepada TNB bagi kegunaan di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, projek tenaga solar yang terletak di Kampung Baharu, Lubok Jong itu satu-satunya projek sumber tenaga alternatif terbaru di Kelantan.
“Projek tenaga solar yang dilaksanakan tersebut bagi manfaat rakyat Kelantan, lebih-lebih Rantau Panjang dan Pasir Mas kini semakin pesat membangun,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) bersedia untuk bersama-sama guru menyatakan bantahan terhadap isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 22 Febuari ini.

Pengerusinya, Normala Sudirman juga menyeru seluruh warga guru dan pendidik agar tidak gentar untuk turun menyatakan suara bantahan demi masa depan mereka dan pelajar-pelajar.

"Seru agar guru-guru semua berpakat-pakat turun ke himpunan itu nanti sebagai menzahirkan protes mereka dengan sistem yang banyak menyusahkan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Normala, isu beban tugas guru, kelemahan  akses internet untuk masukkan data yang telah disuarakan sebelum ini tidak dipedulikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Pelbagai usaha dan bantahan yang dibuat, namun kerajaan seolah-olah tidak menghiraukan luahan hati guru. Dan inilah masanya untuk mereka meluahkan ketidapuasan hati mereka.

Bahkan katanya, tiada gunanya dasar pendidikan negara dianggap terbaik dan bertaraf dunia sedangkan masyarakat dan warga pendidik ini sendiri tidak mengiktiraf dasar ini.

Akibatnya, kata beliau pelajar pula dijadikan eksperimen untuk program-program dan dasar yang tidak konsisten dan bercelaru ini.

Tegas Normala, apabila sistem pendidikan ini menjadi 'cacamarba' akhirnya  telah memusnahkan nasib dan masa depan anak bangsa sendiri.

"Jangan memperjudikan harapan dan generasi masa hadapan untuk suatu dasar yang merugikan masa depan negara.

"Akhirnya ternyata KPM akan berdepan dengan amarah warga pendidik, masyarakat ,ibu bapa dan pelajar jika isu ini tidak ditangani secepat mungkin," ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Sementara itu, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)  akan mengadakan demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 pada 22 Februari nanti di hadapan pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.
SHAH ALAM: Penurunan mendadak harga getah pada kadar RM1.90 sekilogram bakal membuka ruang krisis sosio-ekonomi baru rakyat Malaysia sekiranya keadaan ini berterusan.
Ekoran tiada langkah proaktif dari Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah ini juga bakal mengakibatkan kadar pendapatan jatuh lebih rendah dari tahap kemiskinan.
Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (gambar) berkata, kengganan Kerajaan Pusat membuat kajian berhubung saranan ANAK supaya stok pengimbal diwujudkan sebagai persediaan berlakunya penurunan harga getah merumitkan lagi keadaan.
"Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), penurunan harga getah telah bermula . Kalau kita perhatikan sejak PRU 2008 dulu, ia berada di puncak kestabilan harga sama ada komoditi sawit dan getah.
"Tapi memang secara perlahan-lahan sejak tahun 2010 harga getah memang mula turun dan hari ini berada di suatu tahap rendah sekitar RM2.70 sekilo," katanya kepada Selangor Kini.
Minggu lalu, beberapa penoreh getah di Baling Kedah meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah sehingga menjejaskan perbelanjaan harian mereka.
Harga getah dikatakan turun mendadak sehingga RM1.90 sekilogram hanya dalam tempoh beberapa minggu tahun ini.
Penurunan itu antara yang paling tinggi sehingga menimbulkan keresahan mereka yang mengusahakan tanaman ini.
Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan penurunan harga getah dari RM2.80 sehingga RM2.50 dan terbaru turun sehingga RM1.90 sekilogram.
Jelasnya, sehingga kini Kerajaan Pusat masih lagi tidak menyatakan tindakan bersepadu yang bakal diambil bagi mengatasi masalah pendapatan penoreh getah termasuk pemberian subsidi.
"Bila harga getah jatuh, satu faktor yang kita perlu faham, ada penoreh getah ini yang mereka tak toreh sendiri. Mereka upah orang dan yang kelazimannya dibahagi dua, sudah tentu pendapatan pekebun-pekebun kecil begitu rendah.
"Untuk pemberian subsidi kita desak perincian segera perlu dibuat. Saya percaya ramai pekebun dan penoreh getah yang memperoleh pendapatan di bawah RM500," katanya lagi. - Selangor Kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan