Jumaat, 21 Februari 2014

ROSAK....MEMANG ROSAK

Sila sebarkan mesej ini kepada sanak-saudara dan kawan-kawan, secepat mungkin!

Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? Apa impaknya kepada kita?
Sedikit 'latar belakang' pembelian tersebut:

1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini 'baik' tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. 'Penjahat'nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.

2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba 'mencuri' nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp 'telah pun' memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara 'paksa' iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.

Apa yang mereka mahu?
Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.

Apa yang perlu saya buat sekarang?
1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.
2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!
3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.
4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.

Apa saya nak gunakan selepas ini?
Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi 'Telegram' dari Playstore Google.

Kenapa Telegram dan bukan yang lain?
Banyak sebabnya, antaranya:

1. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara penggunaan semula (no learning curve)

2. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti (multiple devices)

3. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia 'Secret Chat' yang tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh sistem perbankan dalam pelayar (browser)

4. Pengguna boleh 'logout' jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalam talian (online) anda dari orang tertentu.

5. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah (contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau dalam mode internet percuma)

6. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB)
Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb.

Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga ingatan telefon (memory, RAM)

Untuk peranti berkuasa rendah (atau murah/sederhana) biasanya masalah utama ialah kapasiti simpanan dalaman (internal storage). Ia adalah antara sebab kenapa masih ramai yang menggunakan WhatsApp dan bukan yang lain. Kini sudah ada alternatif yang lebih baik!

7. Telegram adalah percuma, dan tiada iklan. Walaupun kebanyakan kita masih menggunakan WhatsApp secara percuma, tetapi sebenarnya ianya adalah atas 'ihsan' (courtesy) kerana ia sebenarnya dicas RM kepada sesiapa yang mempunyai kad kredit di akaun Google mereka. 'Ihsan' diberikan setakat ini adalah kerana memandangkan kebanyakan pengguna di sesetengah negara menghadapi kesulitan untuk memiliki kad kredit (dan mereka tidak mahu kehilangan pengguna).

8. Pembuat Telegram memang menyasarkan (target) pengguna tegar WhatsApp. Sebab itu mereka menawarkan hampir semua fungsi dan faktor serta antaramuka yang sama dengan WhatsApp, bahkan lebih baik, terutamanya dari segi keselamatan (security) yang mana pengguna WhatsApp adalah amat terdedah kepada penggodam (hackers) terutamanya bila menggunakan WiFi awam seperti di restoran dan cafe.

JANGAN LUPA:
- Lakukan langkah ini seberapa segera yang boleh!
- Padamkan data-data anda dengan segera jika anda menghargai privasi peribadi anda (dan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan)
- Jangan nyahpasang (uninstall) dulu, padam akaun anda dulu!
- Jangan pula lupa untuk memberitahu kenalan anda untuk sama-sama ber'hijrah', agar perhubungan tidak terputus.

Pautan (link) untuk Telegram:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messenger

Untuk daftar Telegram, sama saja seperti WhatsApp.
Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.

p/s:
Saya nasihatkan kenalan-kenalan supaya bertindak segera dalam sehari dua ini juga. Jangan gadaikan biodata anda kepada intipan. Kalau anda tak kisah sekalipun, ingatlah keluarga dan kawan-kawan tersayang, mungkin anda boleh menyebabkan mereka yang menjadi mangsa.
Ayuh segera tinggalkan WhatsApp!

p/s:
Kalau anda masih ragu-ragu:
WhatsApp = baik tapi bahaya
Facebook = buruk/jahat
WhatsApp bin Facebook = ???



Penggembala bakal terima hadiah 200,000 Riyal


RIYADH - Yusuf Zain Ahmed (gambar atas), penggembala dari Sudan yang bekerja di Arab Saudi bakal menerima hadiah sebanyak 200,000 Riyal atas sifat amanah menjaga kambing tuannya yang tersebar dalam video Youtube.
Hadiah sumbangan masyarakat Sudan tersebut diisytiharkan oleh Duta Sudan ke Arab Saudi, Abdul Hafez Ibrahim Mohamed (gambar kanan, satu dari kiri) di bangunan kedutaan Sudan di Riyadh, yang turut dihadiri oleh sebilangan rakyat Sudan di sini.
Menurutnya, perbuatan penggembala itu tidaklah menghairankan sebagai akhlak bagi setiap Muslim, dan beliau berbangga dengannya dan sikap ini bersemadi di kalangan rakyat Sudan.
“Meskipun berhadapan dengan keperluannya, tetapi keimanan dan takutnya kepada Allah menjadi penghalang supaya tidak mengkhianati amanah, dan inilah yang mesti dipegang oleh setiap Muslim, dan setiap manusia itu akan ditanya tentang dari mana ia mendapat kekayaan dan ke mana dibelanjakannya dalam kehidupan,” katanya.
Gembira dengan hadiah tersebut, Yusuf ditanya apa yang beliau lakukan dengan hadiah tersebut.
Beliau menjawab: “Saya akan bawa ibu bapa dan keluarga saya untuk haji dan saya akan bina rumah untuk keluarga.”
Video sikap amanah beliau tersiar di Youtube sejak 10 Februari lalu dan turut tersebar luas di Facebook, di mana beliau menolak untuk menjual kambing tuannya meskipun dibayar dengan 200,000 Riyal seekor, semata-mata kerana takut kepada Allah.
Sumber: Twasul
Video: Youtube


PBS: Kenyataan bercanggah boleh 'makan diri'

Semakin hampir dengan penganjuran perhimpunan aman Himpunan222:MansuhPBS, pelbagai kenyataan berbelit-belit dikeluarkan oleh empat menteri dan timbalan menterinya seolah-olah cuba mengalihkan perhatian semua pihak.
Kenyataan yang dilihat bercanggah antara satu sama lain ini, membuatkan banyak pihak keliru dan membuktikan pengurusan tertinggi kementerian sendiri tidak memahami apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, pihak mereka sendiri 'pening' dengan kenyataan berbeza ditambah pula arahan melalui aplikasi watsapp yang dibuat oleh pengurusan tertinggi kementerian.
"Terbaru, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu penambahbaikan dan kajian aplikasi dalam talian sistem PBS dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini sebelum dapat dilaksanakan semula.
"Sebelum ini, beliau juga telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan sistem tersebut akan memakan masa untuk ditambah baik. Tetapi, hari ini kenyataan sebaliknya dikeluarkan.
"Kenyataan beliau, seolah-olah berbeza dengan arahan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mahukan PBS keseluruhannya ditangguhkan untuk kajian semula," katanya ketika menghubungi MalaysiaGazette.
Ia juga, katanya, dilihat bertujuan menunjukkan kepada orang ramai bahawa masalah PBS hanyalah pada aplikasi dalam talian sahaja, iaitu berbeza dengan pendapat Muhyiddin yang melihat masalah PBS adalah pada keseluruhan modelnya.
"Kenyataan berbeza-beza ini, menunjukkan keempat-empat menteri dan timbalan menteri seperti tidak pernah duduk semeja dan berbincang mengenai PBS secara keseluruhannya.
"SGMM meminta, mereka berhenti membuat kenyataan yang akhirnya akan 'memakan diri' mereka sendiri yang sekaligus memburukkan lagi imej kementerian sendiri," ujarnya.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan pula dipetik sebagai berkata, kementerian telah menubuhkan 'war room' untuk melaporkan sebarang masalah berkaitan PBS oleh guru-guru.
Beliau berkata, PBS adalah satu sistem yang baik tetapi pelaksanaan memerlukan masa dan penambahbaikan.
Mohd. Izzat berkata, secara teori PBS yang mengikut model digunakan di luar negara adalah baik tetapi apabila dilaksanakan di Malaysia dengan campur tangan pihak-pihak tertentu telah memporak-perandakan sistem itu.
"Hakikatnya, PBS di Malaysia tidak dapat dibaiki lagi, oleh itu tidak guna untuk kementerian mengadakan 'war room' atau makmal kajian kerana akhirnya perkara itu tidak memberi sebarang makna.
"Hanya satu penyelesaian yang kita lihat adalah untuk menghapuskan atau memansuhkan terus PBS ini, demi memastikan dasar pendidikan terbaik untuk anak-anak generasi akan datang," ujarnya.
Kementerian dinasihatkan supaya mendengar suara guru-guru dan mencari penyelesaian terbaik untuk sistem atau dasar pendidikan negara, bukan hanya memikirkan indeks prestasi utama (KPI) masing-masing sahaja.
Category: 
BERITA PANAS!!! KAJIAN MACAI UMNO MELESET BEB!

Kah...kah...kah

Sebelum ini para pencacai umno berdemo kononnya penduduk kajang menolak kehadiran ketua pembangkang parlimen Malaysia, dato seri anwar ibrahim untuk bertanding di dun kajang.

Tetapi kajian dilakukan umcedel, 59% pengundi kajang setuju jika dato seri anwar ibrahim menjadi MB. Maka dengan ini kajian para prof kangkung cap keris terlanjang umno jatuh meleset yang mendakwa penduduk kajang menolak anwar ibrahim menjadi adun.

Mampos umno kali ini.. umno akan terus jadi bangkai hidup di selangor.. oklah tu air free, apa lagi macai umno mahu? di johor negeri lahirnya umno pun tak bagi air free tau! hidup melayu! Kah...kah..kah

-apages-

pada sahabat2 fb...sila ambil perhatian....jumpa mangkuk ayun nie...tolong maklumkan kepada bahagian penguatkuasa agama islam !!!...ok....hmmm kalau ada tali kekeluargaan...tolonglah nasihatkan dia baik2 dan kembali ke islam....status dia nie dah molek di cantas .....penghina allah swt...kowang nak share ker?
 
 
Dalang di sebalik page Murtad Pantai Timur sudah dikenal pasti.. so like n syer k
"id": "1452759477",
"name": "Juli Jalaludin",
"first_name": "Juli",
"last_name": "Jalaludin",
"link": "http://www.facebook.com/juli.jalaludin ",
"gender": "female",
"locale": "en_US",
"username": "juli.jalaludin"
Juli Jalaludin
-(Via Tyco Timur)

..........................................................................................................
Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.

Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, laman memperjuangkan murtad di negeri Darul Naim, Darul Iman dan Darul Makmur sebagai motonya, baru dimulakan pada 12 Februari lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

Malah dalam satu pos, pemilik akaun terbabit turut menyatakan ‘Majulah Murtad untuk Pantai Timur’ dan mendakwa penganut agama Islam adalah bodoh.

Hampir keseluruhan pos pemilik FB biadab itu adalah provokasi kepada umat Islam dan menggunakan loghat Pantai Timur dalam tulisannya.

Pemerhatian juga mendapati, pemilik FB berkenaan mendakwa dia adalah anak jati Kelantan dan sudah murtad serta memperkenalkan diri sebagai Che Awe Donde atau Pok Nik.

Katanya, memandangkan usia sudah meningkat dan tua selain mempunyai ilmu tinggi, dia sedar Islam yang dianuti selama ini sebenarnya adalah agama palsu.

Pemilik FB berkenaan turut mendakwa semakin tinggi belajar mengenai agama, baru diketahui Islam adalah agama bodoh dan dia kini berjuang untuk murtad.

Menurutnya, dia akan berjuang menyedarkan masyarakat Islam bahawa agama rekaan Nabi Muhammad (dipanggilnya Muhammad babi) akan dihapuskan dari muka bumi Kelantan.

-Copied-
Apakah hari ini DOA ALMARHUM USTAZ HAJI FADZIL BIN NOOR Mantan PRESIDEN PAS telah dimakbulkan oleh ALLAH SWT agar TUN MAHATHIR BIN MOHAMAD dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang dilakukannya sendiri.

Nak tunggu jgak puak perkasa tawarkan sapa berani tampar kassim ahmad...
inilah pemilik page murtad pantai timur...
sebarkan

good job Kelantan Hacking Crew

-adibtrw-
MAHADHIR MUNAFIK.....MAH
Sudahkah TUN bertaubat...?????
Ulama muda khidmat dgn umno tulang belakang kerajaan yg menolak hudud. Bacaan dari sini pun udah tidak betul makanya lagi pula Dr M yg membela sdra Kassim Ahmad. Mufti Perak meminta sdra Kassim Ahmad bertaubat. Jelasnya Terang lg Bersuloh. Wallahu'alam..

TAHUKAH ANDA? BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

Written By canang on Jumaat, 21 Februari 2014 | 2/21/2014 12:30:00 PTG

TAHUKAH ANDA?

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan