Jumaat, 28 Februari 2014

KAYA DIDUNIA....TAK MESTI KAYA DIAKHIRAT....BERKUASA DAN BERPENGARUH DIDUNIA BUKAN BERERTI BERPENGARUH DIAKHIRAT....JANGAN TERSEKSA DAH....ATAU JADI BAHAN BAKARAN API NERAKA

Hukum hudud kejam,ketinggalan zaman & primitif...

Kata-kata yang mengkafirkan diri seorang muslim...bukan munafik...bukan fasik...tapi KAFIR!!!
Sapa yang kaya..??? bangsawan UMNOputra hasil dari dasar UMNO....Melayu hanya perlu untuk meraih undi saja....9:47PM - 28 Feb 2014

'Butiran MOU air sama seperti taklimat pada PKR'

Kandungan memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara Selangor dan kerajaan persekutuan berhubung pengambilalihan syarikat konsesi air sama dengan "apa yang sudah dibentangkan kepada PKR", satu sumber yang melihat dokumen tersebut.

"Prinsip-prinsipnya adalah sama seperti apa yang telah dijelaskan kepada ADUN dan pemimpin PKR, DAP dan PAS.

"Ia tidak berbeza, tidak ada sebarang perubahan syarat.
Satu-satunya perkara ialah mereka tidak dimaklumkan bila MOU itu akan ditandatangani," kata sumber itu.

Ini berikutan dakwaan pemimpin parti bahawa mereka tidak dirujuk mengenai pemeteraian MOU itu, yang mungkin diumumkan tidak lama lagi.

Menurut sumber itu, RM2 bilion yang akan diberi oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri, tidak menaikkan harga tawaran.

Ini bermakna kerajaan negeri hanya akan membayar RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi, sama seperti apa yang ditawarkan tahun lepas.

Pada masa yang sama, kerajaan persekutuan akan menyerahkanRM2 bilion kepada kerajaan negeri bagi pertukaran aset air negeri atau ekuiti dalam syarikat-syarikat air.

Syarikat-syarikat konsesi air perlu menerima tawaran yang dibuat itu menjelang 10 Mac.

"Jika tidak, ada Seksyen 14 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan kerajaan persekutuan boleh melakukan sesuatu terhadap lesen mereka," kata sumber itu.

Seksyen itu menyatakan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen syarikat konsesi.
UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA

Kisah Si Penggali Kubur Dengan Jenazah Gadis

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PADA suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?" Jawab Umar "Ya Rasulullah, ada seorang di muka pintu ini yang yang telah membakar hatiku." Berkata Rasulullah "Ya Umar, bawalah ia masuk." Lalu Umar membawa pemuda yang sedang menangis itu masuk.

Bertanya Rasulullah S.A.W "Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?" Pemuda itu menjawab "Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada Allah S.W.T yang sangat murka kepadaku." Bertanya Rasulullah S.A.,W "Apakah kamu mempersekutukan Allah?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah." Bertanya Rasulullah lagi "Apakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah."

Sabda Rasulullah S.A.W "Maka Allah S.W.T akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit." Berkata pemuda itu "Wahai Rasul Allah, Aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya."

Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar."

Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar." Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?" Maka jawab, pemuda itu "Maafnya lebih besar?" Lalu Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya tidak dapat mengampun dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar pengampunan-Nya."

Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W "Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?" Jawab pemuda itu "Aku malu hendak memberitahumu, Ya Rasulullah."

Rasulullah bertanya dengan kuat "Beritahu aku apakah dosamu itu?" Jawab pemuda itu "Begini Ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selam tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan ia."

"Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu akupun menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba gadis itu bangun dan berkata, "Celaka betul kamu wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah S.W.T dalam keadaan junub!"

Apabila Rasulullah selesai mendengar keterangan dari pemuda tersebut, maka dengan segera Rasulullah bangun sambil bersabda "Hai orang yang fasik!, memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini." Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam ke 44, ia memandang ke langit sambil berdoa "Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkannu, maka beritahulah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepada aku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari seksa akhirat."

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril A.S menemui Rasulullah. Selepas memberi salam Jibril A.S berkata "Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu." Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Assalam dan daripada-Nya salam dan kepada-Nya segala keselamatan."

Berkata Jibril A.S "Allah S.W.T bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk."

Tanya Jibril A.S lagi "Adakah kamu yang memberikan rezeki kepada makhluk?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain."

Berkata Jibril A.S lagi "Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang menerima taubat dariku dan mereka."

Maka berkata Jibril A.S "Allah berfirman, maafkanlah hamba-Ku itu kerana Aku telah memaafkannya."

Maka segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan memaafkannya.

Beberapa inti ringkas pengisian saya di Semanis Kurma semalam. BOLEH TONTON SEMULA DI SINI https://www.youtube.com/watch?v=jrNEk8wC8CA
• Jauhi khalwat di alam siber,
• mantapkan iman bagi menyedari adanya Malaikat yang mencatatkan setiap catatan & luahan kita.
• Jaga penggunaan emoticons, smiley dalam mesej antara lain jantina kerana ia boleh membawa kemesraan terlajak.
• Janganlah mendedahkan keaiban pasangan di alam siber
• Dilarang pula kita mengadu domba dengan ‘print screen’ melagakan antara manusia.
• Menurut Imam An-Nawawi dan pelbagai ulama lain, tidak dianggap mengumpat yang diharamkan jika kita mengutuk kejahatan seseorang yang diiklannya oleh dirinya sendiri secara public di laman sosial, itu berdasarkan kefahaman dari hadis Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam.

Silakan tambah lagi apa yang kalian dapati dari pengisian semalam di ruangan komen. Moga memberi manfaat kepada pembaca lain.

Menang lagi.. Dulu RM500,000.. Sekarang RM800,000. Mampus Papa Gomo!! Kah kah kaaaaaaaaaaaahh!! Bila time perbicaraan, mangkuk ni akan menikus. Tp dlm fb dialah juara.. Macam sial dia ni..

Alhamdulillah, DS Anwar Ibrahim telah menang dalam samannya terhadap Papagomo Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memfitnah dan menyebarkan fitnah memalui fb dan blog. Pesuruhjaya Mahkamah Tinggi mengarahkan PapaGomo membayar RM800, 000 kepada Anwar dan RM50,000 untuk kos mahkamah. Dalam saman yang difailkan pada 21 Mac tahun lepas, Anwar berkata defendan telah mengeluarkan empat kenyataan fitnah di blog Papa Gomo antara 16 Mac dan 20 Mac.

Papa Gomo dah goyang, telur yg tergantung tu dah bergegaar gegar dalam seluar akibat kekantoian.. Si Wan Muhammad Azri ni pulaak ingat Mahkamah ni bodoh agaknyaa, semuaa dia bleh belit. Konon tidak pernah diterbitkan perkataan, imej video atau membuat sebarang pautan web yang merupakan fitnah mengenai Anwar. Mahkamah telah berpuashati dengaan bukti2 dan akhirnya mendapati bahawa defendan sebenarnya Papa Gomo.

Yg kamu gatal kaki pegi mahkamah tu ape ke hal kalau buke papagomo...dasar munafik...
Like · · · about an hour ago ·
Sebarkan.
Ok..hari tu cuma pengenalan cerita tun daim..ada yang cakap,kenapa HP mesti kacau,biarla,die kan melayu...
Hehe..untuk rekod,HP tak pernah kacau org melayu buat duit,tak pernah usik TS Syed Mokhtar,Taib Mahmud,Azman Yahya,Rashid Hussein dan rakan seangkatan mereka..
Cuma HP hairan apabila nama Tun Daim tak pernah tersenarai dlm list org terkaya..walaupun mungkin beliau adalah orang terkaya di Malaysia dan menurut anggaran,beliau mungkin berada di kedudukan antara 30 orang terkaya di dunia???.Anda terkejut?kopiah terjatuh?serban tercabut?janggut luruh??
Haha..hangpa cuma persoalkan syed mokhtar dan taib mahmud..ni HP bawa kes orang yang mungkin dalam top 30 dunia..
Kenapa nama Tun Daim tak disenaraikan?benarkah apabila beliau didakwa memiliki lebih 60 cawangan bank di seluruh dunia??..giler laaa..aset dia dalam tu je dah berpuluh bilion US Dollar??..betul ke tak betul Tun Daim?
benarkah ada kajian yang mengatakan beliau mendapat komisyen dalam setiap urusniaga babitkan malaysia dan negara luar??..sehingga ramai pemimpin luar membuat aduan kpd PM Tun Dr Mahathir masa tu,termasuk ex PM britain,Margaret tretcher..betul kah kajian tu???
Jeng jeng jeng...
Dan benarkah beliau merupakan "orang kuat" maybank dan cimb?
Banyak lagi dakwaan yang perlu dijelaskan kepada rakyat,walaupun lari topik,iaitu benarkah Tun Daim adalah tangan ghaib disebalik pemecatan DSAI??dan mungkin kerana itu,DSAI pernah buat kenyataan media bahawa beliau sudi memaafkan Tun M,tapi takkan sekali kali memaafkan Tun Daim..
Owh..kompleksnya,patutlah dalam satu wawancara,dia bagitahu " pada hari yang baik,dari atas kerusi,saya boleh buat keuntungan berjuta ringgit "
Itu belum dakwaan yang mengatakan Tun Daim manipulasi pasaran ringgit untuk jual beli saham dan syarikat??

HP minta kawan kawan tolong share dan sebarkan..
Rakyat berhak tau kisah sebenar
·
[KISAH BENAR]

KISAH ISTERI CURANG...
(SUAMI, ISTERI WAJIB BACA.....)

~ Ma'af, kisahnya agak panjang...tapi insyaAllah banyak pengajaran serta manfaat yang dapat kita ambil...bersabarlah membaca hingga ke penghujung cerita

Kita sering terbaca kisah suami berlaku curang dan bermain kayu tiga.

Kali ini kita akan membaca kisah isteri curang pula dan kesannya pada rumahtangga yang dibina bersama suami yang setia....

====================================

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Isteri saya bekerja sebagai juru audit di sebuah syarikat swasta juga.

Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun, wajahnya secantik ibunya dan hidungnya, matanya dan pipinya mirip saya.

Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas Hari Raya Haji.

Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa.

Dah lebih 10 tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya.

Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air.

Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan.

Dalam fikiran saya dah terfikir macam-macam.

Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal.

Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya.

Itu baru soal sosial, belum lagi soal atas katil.

Kalau dalam sebulan tu, dalam 8 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat.

Payah betul dapat, macam nak mintak sedekah.

Rasa nak marah pun ada.

Kalau dapat pun tak ikhlas, itu pun rasa macam buat dengan patung.

Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 10 kali pun dia sanggup bagi walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

Sampailah satu hari, mungkin Allah kabulkan setiap doa saya dalam solat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi macam ini.

Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphone dalam laci di dalam bilik.

Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi mesej diterima.

Terus saya buka laci dan capai handphonenya dan buka peti mesejnya.

Tiada nama yang terpapar, cuma nombor sahaja.

Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera ke dalam organizer.

Kemudian saya baca isi mesejnya.

Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya.

Ianya berbunyi: “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”.

Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru.

Tapi saya tahankan dan saya off handphone tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya.

Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya.

Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tiada apa-apa berlaku.

Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing.

Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bahan bukti.

Anak saya bertanya kenapa saya membawa view cam ketika saya menghantarnya ke sekolah.

Saya terpaksa terangkan kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya untuk merakam aktiviti kerja di ofis.

Pada waktu petang, waktu yang dinantikan telah tiba.

Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan.

Saya tidak boleh gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.

Sebelum itu, saya telefon rumah saya untuk pastikan anak saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya memberitahu anak saya sedang membuat kerja sekolah.

Sejuk hati saya mendengar berita itu.

Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali.

Nampaknya kereta tersebut telah-pun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya.

Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat.

Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya.

Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya?

Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya.

Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat.

Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong di hadapan saya sendiri.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya.

Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal.

Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya.

Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka.

Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua.

Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil.

Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu.

Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya.

Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi.

Saya rakam segala perbuatan mereka.

Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti.

Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka.

Mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu.

Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup dan menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk saya merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu setelah saya meletakkan kereta di tempat yang sesuai.

Suasana di tempat itu amat gelap.

Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya.

Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka.

Saya cuba zoom view cam tetapi tidak nampak apa-apa kerana gelap.

Kemudian saya hidupkan fungsi tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat lihat setiap sesuatu walaupun dalam keadaan yang amat gelap melalui view cam saya.

Saya amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara.

Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya.

Apa yang saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama sambil lelaki tersebut berbaring diatas sambil menindih isteri saya.

Saya terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakamkan adegan seks yang sedang mereka lakukan bersama

Hati saya hancur lulur pada ketika itu.

Saya sedar, syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu disitu juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka.

Saya sedar, tuhan menyebelahi saya.

Kebencian saya meluap-luap.

Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta.

Saya sampai di rumah selepas memulangkan kembali kereta rakan saya dan memandu kereta saya pulang.

Saya lihat kereta isteri saya masih lagi tidak ada di garaj.

Bermakna dia belum balik lagi.

Saya masuk rumah, mandi dan solat.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu.

Kemudian saya pergi ke bilik anak saya.

Saya lihat anak saya sedang lena tidur.

Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu.

Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan Allah kepada saya?

Kedengaran bunyi kereta isteri saya tiba di garaj.

Saya lantas keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam.

Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur.

Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat.

Dalam hati saya bergetus sendirian, perempuan @#$%&*.

Berani kau menipu aku hidup-hidup dan anak aku.

Tetapi saya menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya tidak ada yang tidak kena.

Semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dasar perempuan tak guna, tahu sahaja menyembunyikan noda dan dosa serta kecurangan yang dilakukannya dan maksiat serta zina di tepi jalan tadi.

Dan pada malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian.

Saya tidur menemankan anak saya di dalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi.

Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi.

Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya sendiri.

Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokannya, hari sabtu.

Saya dan isteri tidak bekerja.

Saya ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi–sembunyi.

Saya lakukannya di dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa.

Kemudian, pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik.

Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya seandainya dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang.

Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong.

Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah.

Tetapi dia sengaja mengalihkan cerita.

Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya.

Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.

Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan.

Dia takut saya dapat menghidu perbuatan serta langkah curangnya.

Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat.

Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kahwin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.

Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Bukan main gembira anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui.

Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak saya.

Seorang anak kecil yang tidak berdosa dan mash tidak mengerti erti hidup.


Anak saya seakan mengetahui isi hati saya.

Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa dengan saya.

Kenapa saya nampak sedih.

Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu dan bohong.

Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak.

Seorang anak kecil menjadi terlalu perihatin dengan papanya.

Mengalir air mata saya.

Saya peluk anak saya, saya cium dia.

Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu.

Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk kebiliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual.

Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri.

Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.

Tetapi saya hanya berdiam diri.

Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang.

Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka.

Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara.

Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang.

Saya suruh anak saya masuk ke bilik bermain komputer bersama mak usunya.

Kemudian bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka.

Apakah perkara yang hendak dibincangkan.

Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, tiba-tiba air mata saya menitis laju....apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka?

Mereka terkejut, begitu juga isteri saya.

Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa.

Begitu berat saya hendak meluahkan.

Saya terdiam tidak terkata.

Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata kepala saya sendiri.

Mengucap panjang mertua saya sambil beristighfar...

"Astaghfirullahal adziiimmm..."

Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya.

Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya.

Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain.

Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat mempertahankan kebenaran, terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Nasib baik hati saya kuat untuk dapatkan bukti dan membuat rakaman video.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka.

Rakaman kecurangan anak mereka bermain di hadapan mata mereka.

Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis.

Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Pada ketika itu, saya tidak sedar anak saya dan adik ipar saya keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya.

Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan mereka melihat tayangan kecurangan isteri saya.

Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam TV tu dan kenapa dada mamanya diramas oleh lelaki lain.

Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup suis di dinding.

Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut.

Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu.

Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik.

Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.

Seminggu selepas kejadian itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian.

Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.

Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya.

Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya dan dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia makan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain.

Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Sehinggalah pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya.

Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya.

Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu.

Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini semakin kering.

Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang dicintai dan diberahikan itu.

Tapi hati saya sudah tertutup rapat untuk menerimanya lagi.

Saya lihat suami barunya agak tampan tetapi umurnya masih muda jika nak dibandingkan dengan isteri saya.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua.

Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan.

Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya.

Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat.

Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

Sekian... Agar menjadi Tauladan...

Kepada ISTERI... Bersabarlah dengan Suami...

Walaupun Suami anda kadang-kadang tidak dapat beri nafkah batin dengan sempurna... Kerana kami pun ada masa kami letih...

Ada masa kami tewas...

Kepada Lelaki di luar sana...

Jagalah Isteri baik-baik.

Berikanlah kasih sayang dengan sempurna.

Jaga makan, pakai dan minum.

Janganlah kita pukul dan marah isteri kita.

Nafkah batin pula seboleh-bolehnya lakukanlah ikut kadar kemampuan

Jangan sebulan sekali.

Nafkah Batin berikanlah dengan ikhlas dan sempurna.

Berus gigi, mandi bersih-bersih...

Bersihkan nafas dengan Listerine,

Shampoo rambut biar segar.

Pakai minyak wangi pemikat wanita.

Semoga Hidup Anda Semakin Sempurna Dan Dapat Di Betulkan Dengan Pengalaman Hidup Saya...

Carilah ILMU rumah tangga...

Kisah ini... bermanfaat?

Kenalan anda mungkin senasib dengan saya...

Mungkin dengan KISAH ini,,

Dapat dijadikan teladan...

Sila SHARE @ TAG kenalan anda ...

Last sekali... Saya ada PETUA untuk anda SEMUA !

Orang tanya saya?

Bagaimana saya boleh tak pukul ISTERI saya...

Marah pun tidak...

RAHSIA-nya...

Saya selalu anggap ISTERI saya ini sebagai "BUAH HATI"

Tanda-tanda Rumahtangga Terkena Sihir

Posted on January 12, 2014 under Islam by


rumah tangga disihir
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
ANTARA tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:




  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
  2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
  3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
  4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
  5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
  7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
  8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah. 9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.
ANTARA ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:
  1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.
  2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.
  3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
  4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.
  5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari. Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis. Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. “Mood’ untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahualam.
  6. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.
  7. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.
Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.
Sumber: Abu Zulfiqar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan