Sabtu, 22 Februari 2014

KAIN SUTERA


Bahasa

Dr Mahathir berbohong tentang Kassim Ahmad, kata bekas ketua Persatuan Ulama

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
February 19, 2014
Ahmad Awang meneliti dokumen tentang Kassim Ahmad sebelum diserahkan kepada The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Februari, 2014.Ahmad Awang meneliti dokumen tentang Kassim Ahmad sebelum diserahkan kepada The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Februari, 2014.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa berbohong apabila berkata para ulama di negara ini gagal melawan Dr Kassim Ahmad dengan hujah, lalu melabelkannya sebagai 'anti-Hadis'.
Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang berkata, ketika kejadian pertama Kassim membawa teorinya pada tahun 1986, beliaulah ketika itu Pengarah Penyelidikan Pusat Islam (kini Jakim) yang berdepan dengan Kassim.
"Atas kapasiti sebagai Yang di-Pertua PUM, kami berdepan dengan Kassim di Masjid Seksyen 16, Petaling Jaya. Beliau meminta kami dengarkan dulu dia bercakap, selepas dia bercakap, masa habis, dan dia pulang ke Pulau Pinang.
"Dia berjanji akan bertemu semula. Namun selepas itu, sampai sekarang dia tidak mahu bertemu kami. Ia berakhir dengan dia sahaja yang bercakap dan kami hanya mampu mendengar dan tidak boleh berhujah balas bagi menjawab dakwaan beliau," cerita Ahmad Awang kepada The Malaysian Insider, mengingati kembali kejadian hampir 30 tahun lalu itu.
Tidak lama selepas pertemuan itu, katanya, Kassim pergi ke akhbar Watan ketika itu (walaupun berjanji tidak ada sebarang laporan media berkaitan majlis itu) dan memaklumkan akhbar tersebut para ulama gagal berhujah dengan beliau.
"Jadi, bukan sahaja Dr Mahathir sahaja yang berbohong dalam hal ini, Kassim Ahmad yang menjadi rakan Mahathir sejak di Universiti Malaya Singapura juga berbohong," kata Ahmad.
Dr Mahathir berkata, Kassim sering dilabel anti-Hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.
"Dia dilabelkan sebagai anti-Hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang dia katakan. Kita lihat di sini, label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain," katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kelmarin.
Katanya, sama seperti Kassim, beliau juga sering dilabel dengan pelbagai gelaran selepas hujahnya tidak diterima pihak tertentu.
"Saya juga dilabel sebagai anti-Cina, dituduh rasis dan macam-macam. Jadi walaupun saya berkata benda yang benar, saya tetap dianggap rasis," katanya.
Kassim adalah junior Dr Mahathir di Universiti Malaya Singapura.
Kassim juga pelopor Kelab Sosialis UM Singapura yang banyak mengeluarkan kenyataan menggunakan tulisan warna merah.
Pada 18 September 1986, Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan fatwa bahawa buku tulisan Kassim bertajuk "Hadith: Satu Penilaian Semula" adalah haram.
Fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa Sabah itu diterima pakai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Antara lain, fatwa itu menyebut, "Pengarang buku itu termasuk dalam golongan orang yang murtad, sekiranya undang-undang murtad dikuatkuasakan di Negara ini, maka pengarang buku itu wajib dibunuh."
Menurut Ahmad Awang, Kassim didakwa anti-Hadis apabila beliau mencadangkan umat Islam hanya merujuk kepada Al Quran semata-mata dan menolak hadis Rasulullah sebagai sumber hukum dalam Islam.
Ia bermula apabila beliau selaku Pengarah Penyelidikan Pusat Islam menerima lima buah buku tulisan Rashad Khalifa dari Tucson Arizona, Amerika yang ditahan oleh Jabatan Kastam daripada diserahkan kepada Kassim yang sepatutnya menerima buku-buku itu.
Buku-buku itu adalah:
1) Miracle of the Quran: Significance of the Mysterous Alphabets
2) The Computer Speaks: God's  Message to the world.
3) Quran: The Final Scripture
4) Quran, Hadith and Islam, dan
5) Authorized English version Translated from the Original.
Selepas dikaji, kata Ahmad, ia bertentangan dengan Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Johor Bahru pada tahun 1986 yang mengharamkan buku-buku itu.
Ahmad yakin, walaupun buku itu berjaya disekat, tetapi Kassim menerima juga buku itu melalui cara lain.
"Hampir kesemua teori Kassim Ahmad tentang Hadis datang dari buku-buku ini," kata Ahmad.
Ketika memberikan ucapan dalam seminar pemikiran Kassim Ahmad di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu, yang dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana, Kassim berkata, umat Islam sepatutnya menjadikan Al Quran sahaja sebagai sumber rujukannya hukumnnya.
Beliau juga berkata, frasa kedua dalam dua kalimah syahadah mendewakan Nabi Muhammad.
Beliau juga berkata, rambut bukan aurat wanita.
"Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk.
"Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Anehnya, wanita yang bertudung menganggap diri mereka lebih suci!" kata Kassim dalam ucapannya itu.
Ekoran itu, pelbagai pihak membantah Kassim, termasuk badan yang selama ini menyokong Umno, seperti Isma. – 19 Februari, 2014. 

Batik sutera: Mufti pun tak tahu halal, haram
Posted on Friday, February 21 @ 08:10:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  hari ini mendedahkan hampir 90 peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera tulen.

Menurut aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaeid yang juga merupakan ahli tekstil yang berkecimpung dalam industri ini selama 30 tahun berkata, oleh itu katanya, adalah haram bagi seseorang lelaki itu untuk memakai pakaian batik yang diperbuat daripada sutera.

"Hari ini kita lihat masih ramai masyarakat Melayu Islam (lelaki) memakai pakaian batik yang berasaskan sutera.

"Mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai hukumnya atau masih samar-samar, tetapi berdasarkan hadis sahih Nabi Muhammad sudah menjelaskan bahawa adalah haram bagi lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen.

"Saya pernah jumpa seorang mufti (tidak boleh dijelaskan namanya, bagi menjaga aib) yang memakai baju batik yang berasaskan sutera ini.

"... bila saya tegur dia, saya kata dia pakai batik sutera... dia kata bukan, sebab dia kata harga batik itu murah, sebenarnya batik sutera bukan dinilai dari segi harga, tetapi dari segi jenis kainnya, iaitu ianya diperbuat daripada ulat malberi, saya tahulah saya ahli dalam bidang ini (tekstil)," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat lelaki Islam di negara ini prihatin akan pakaian yang dipakai terutama ketika majlis rasmi atau hari-hari tertentu yang diwajibkan memakai pakaian dari jenis itu.

"Jadi saya perlu beritahu disini, bahawa batik sutera bukan berasaskan kepada harga.

"Oleh itu, masyarakat perlu berhati-hati, jangan sampai memakai batik yang diperbuat daripada sutera.

SINAR HARIAN

Peringatan ini turut disampaikan beliau.

"Ingat dalam satu hadis juga mendedahkan bahawa diakhir zaman, ramai lelaki yang memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera, oleh itu lelaki jangan pakai pakaian yang berasakan sutera, kelak mengundang bala ALLAH S.W.T," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, PPIM menggesa agar kaum lelaki Islam supaya sedaya upaya menggelak daripada memilih pakaian yang diperbuat daripada sutera kerana sudah jelas hukumnya.

"Pengharaman pemakaian  sutera oleh lelaki sudah jelas, jadi tidak perlu kepada fatwa pengharamannya," katanya.


 Bila Mufti Berfikiran Seperti Orang Awam Ini lah Jadinya (Video didalam)
Posted on Friday, February 21 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Gua ni bukan lah Pandai dan boleh juga lah dikatakan sebagai JAHIL dalam HUKUM HAKAM Agama Islam beb, namun sepanjang Pengetahuan gua Pemakaian Pakaian yang diperbuat daripada KAIN SUTERA ia nya adalah HARAM bagi Kaum LAKI-LAKI. Tak timbul soal berapa Peratus Kandungan Sutera yang ada didalam Pakaian tersebut, itu yang gua belajar semasa dibangku sekolah.


Tapi hari ini ada pulak lah Mufti yang mengatakan BOLEH bagi Kaum LAKI-LAKI untuk memakai Sutera dengan SYARAT kandungan Sutera tersebut tidak melebihi kandungan Bahan lain selain Sutera. Ini apa Cerita Tuan Mufti oiii, atas DASAR apa yang Sutera boleh di Pakai oleh Kaum LAKI-LAKI. Apakah atas dasar DARURAT yang mana Kain Sutera LEBIH MUDAH dan MURAH didapati untuk kegunaan ?.
Tak mungkin Kain Sutera Lebih Mudah dan Murah diperolehi dari Kain Biasa bagi Kegunaan, itu HAKIKAT yang tidak boleh DISANGGAH. Jikalau Kain Sutera adalah Lebih Mudah dan Murah untuk Kegunaan mungkin juga boleh dikatakan sebagai DARURAT beb, seperti SISTEM PERBANKAN ISLAM yang menukar Perkataan RIBA kepada perkataan lain...
Walaupun setelah dibuat Perkiraan ianya adalah sama saja Pembayaran yang perlu di buat oleh SIPEMINJAM. Tapi dalam Pemakaian Sutera apakah ianya boleh dianggap sebagai Darurat, kalau lu nak Pakai ok pakai aje lah Tuan Mufti oiii. Jangan lu nak KONAR BARING kata Peratus itu lah Peratus ini lah, apa ke BOLEH MAMPOS kalau tidak Memakai Sutera Tuan Mufti.
Sekarang ni baru lah gua FAHAM kenapa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh dikataan BERKECELARU, rupa-rupanya Mufti yang ada Saling Tak Tumpah dengan Pemikiran Spicies Umno And The Gang beb. Yang memberi Pandangan mengikut SELERA TEKAK beliau dan SESUKA HATI MAK BAPAK beliau sahaja, gua yang HURU HARA ni pun tak sanggup nak mengatakan yang ianya boleh beb. Video disini

hemmmmm..... cuma gua pelik kenapa ini yang dibangkitan oleh persatuan pengguna islam malaysia (ppim), tak apa gua bersangka baik aje la beb... kah kah kah... A B U
 
 




...............
Catatan:

Menurut Syukbah, Umar mengisyaratkan satu jari, dua atau tiga jari. Maksudnya kaum lelaki boleh memakai sedikit kain sutera seperti tali leher, kolar baju, pergelangan tangan dan seumpamanya yang tidak melebihi 3 jari lebar. Tapi adakah sutera yang kita pakai itu tidak melebihi 3 jari?

Ujian Sutera tulen



Rujuk laman

1. Kemeja Batik atau Batik Sutera?
2. Tie sutera 100% Silk?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Friday, February 21 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 

Hadits Nabi Muhammad saw tentang Haramnya Kain Sutera untuk Laki-Laki

Posted on: 18 Mei 2009

Kain sutera yang halus dan dengan beragam motif yang cantik, tentunya sangat menarik untuk dipakai semua orang, khususnya wanita. Kain sutera biasanya dibuat selendang, kain, serta kebaya ataupun pakaian. Namun, tak sedikit pula kaum pria yang gemar memakai kain sutera ataupun pakaian yang terbuat dari sutera.
Ternyata, ada hukum atau aturan dalam Islam yang tidak membolehkan kaum pria memakai sutera, baik kain untuk sholat maupun pakaian berbahan sutera. Terdengarnya mungkin hal yang sepele, namun hal ini sering terlupakan oleh para pria. Apalagi zaman semakin maju dan berkembang, mode fashion tidak hanya untuk kaum wanita, sekarang ini banyak sekali kaum pria yang sangat memperhatikan style pakaiannya.
Oleh karena itu, para lelaki yang ingin tampil modis boleh-boleh saja memakai pakaian apa saja yang disukainya, selama itu masih sesuai dengan norma dan syariah agama Islam. Dan yang perlu diingatkan lagi, selain kain sutera, agama juga melarang kaum pria untuk memakai perhiasan emas. Dari Ali ra berkata: “Saya melihat Nabi Muhammad saw memegang kain sutera di tangan kanannya, dan memegang emas di tangan kirinya kemudian beliau bersabda, “Sesungguhnya dua benda ini haram bagi umatku yang laki-laki.” (HR. Abu Daud)
Dalil atau hadits lainya tentang masalah ini antara lain:
Dari Umar bin Khattab ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Janganlah kamu sekalian memakai kain sutera, karena sesungguhnya orang yang telah memakainya di dunia maka nanti di akhirat tidak akan memakainya lagi.” (HR. Bukhari Muslim)
Dari Umar bin Khattab ra berkata: “Saya mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, “Sesungguhnya orang yang memakai kain sutera adalah orang yang tidak akan mendapat bahagian nanti (di akhirat).” (HR. Bukhari Muslim)
Dari Anas ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Barangsiapa yang memakai kain sutera di dunia maka ia tidak akan memakainya nanti di akhirat.” (HR. Bukhari Muslim)
Dari Abu Musa Al Asy’ary ra bahwasannya Nabi Muhammad saw bersabda, “Memakai kain sutera dan emas itu haram bagi umatku yang laki-laki; dan halal bagi umatku yang perempuan.” (HR. At Turmudzy)
Dari Hudzaifah ra berkata: “Nabi Muhammad saw telah melarang kami untuk minum dan makan dengan bejana emas dan perak, serta melarang pula untuk memakai kain sutera baik yang tipis maupun yang tebal dan melarang pula untuk duduk di atasnya.” (HR. Bukhari)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan