Khamis, 20 Februari 2014

DOUBLE STEMCELL

Penipuan Produk Double Stemcell Terbongkar


Semakin ramai orang mempromosikan produk Double Stemcell di Facebook, blog, Twitter dan dimana-mana saja asalkan bisnes berkembang maju dan poket penuh. Tidak salah, tetapi keraguan mula timbul apabila produk Double Stemcell didapati tidak memiliki sijil halal yang sah dari JAKIM hasil pendedahan oleh wartawan TV3, Mazidul.

Terbaru, penyelidik stem cell pula tampil membongkarkan penipuan produk DSC yang didakwa menipu ramai orang. Baca pendedahan beliau di bawah:

Assalam,

Saya sebagai seorang penyelidik human stem cells, ingin bertanya kepada upline & downline double stemcells (DCS) ni.

1. Apakah definisi spesifik stem cells yang terkandung di dalam apple & grape? Sebagai contoh, saya determine human stem cells dalam darah tali pusat (cord blood stem cells) sebagai sel yang mmpunyai surface marker CD34-positive, CD38-negative & CD133-positive expression cell adalah stem cells yang boleh regenerate darah & salur darah. 

Ataupun contoh lain, sel yang mmpunyai protein keratin-19, protein Lgr5 & p63 sebagai epidermis/epithelial stem cell yang boleh regenerate kulit pada manusia. 

Memang tidak dapat dinafikan pada pucuk, akar & buah tumbuh-tumbuhan mengandungi stem cell atas sebab kita nampak berlakunya pertumbuhan & regeneration di situ. 

Tapi, apa bukti spesifik stem cellnya? So, jangan terkejut kalau selepas ini ada orang cakap kat pucuk ubi & akar (ubi kayu) tuh pun ada stem cell. 

Kalau tiada definisi spesifik, macam mana boleh tahu dalam buah apple & grape tuh ada stem cellnya? Berapa peratus kandungan stem cells dalam buah apple & grape tersebut? Berapa peratus kandungan stem cells yang masih hidup & aktif dalam bungkusan serbuk DSC tuh?

2. Stem cell manusia pun, bila nk guna (melalui transplantation) kena check HLA (DNA) kat penerima. Sebabnya, kalau penerima berlainan HLA (melebihi 2/6), maka akan berlaku reject reaction, dan stem cell manusia yang dipindahkan kepada penerima tersebut akan mati akibat reject reaction.

Begitu juga, sekiranya stem cells haiwan dipindahkan kepada manusia. So, apatah lagi plant stem cell. Mana ada rawatan regenerative stem cell dilakukan melalui pemakanan masuk mulut. Stem cell tumbuhan seperti apple & grape hanya berkesan untuk regenerate tissue kat pokok apple & grape sahaja laa. Pokok apple & grape ada high blood pressure, stroke & diabetes ke???

3. Kesan "epigenetic"?? Pulak dah. "plant stem cell mempunyai epigenetic yang menyerupai adult human stemcell"? 

Boleh bagitau tak research article lain yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli tuh explain pasal kesan"epigenetic" stem cell apple & grape nih? 

Mengikut bacaan saya di dalam research article pd journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFWJournal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (MibelleBiochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) takde pulak cerita pasal kesan epigenetic daripada stem cell apple & grape. 

Pada pendapat saya, kalau tak boleh bagi direct evidence & explaination pada statement #1 di atas, memang tak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.

4. Kalau betul plant stem cell daripada apple & grape nih boleh regenerate tissue & organ pada manusia & penemuan ini disertakan bukti saintifik (publish article dalam journal seperti Nature & Cell Stem Cells, journal impact factor >30), Dr Fred Zulli tuh boleh dapat Nobel Prize laa nanti.

"Semoga Dr Fred Zulli berjaya & good luck"

Saya tiada apa-apa kepentingan di sini, sekadar ingin berkongsi ilmu yang dipinjamkanNya. Akhir sekali, tepuk dahi tanya kepala masing-masing.

Wassalam.

- Pengkaji stem cell, Dept of Hematology & Oncology, Research Center for Regenerative Medicine, Research Center for Cancer Stem Cell, Tokai University School of Medicine, Kanagawa, Jepun. - Sumber dari Facebook Ibrahim Abd Aziz

p/s: mengeluarkan pendapat seperti ini bukan berniat untuk menutup sumber pendapatan MLM semua. Cuma, sedarlah jangan menipu atau tertipu disebabkan "taksub" tanpa usul periksa.
Report post | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , , , , ,


Selasa, 28 Januari 2014


 Macai MLM yang terpaksa pertahan penipuan produk

Lebih satu dekad yang lalu, masa aku masih belajar kat universiti, ada sorang member aku memang kaki MLM (bukan Maharaja Lawak Mega tapi Multi Level Marketing). Masa tu yang paling glamor Omega Trend, lepas tu Luxor, lepas tu ntah apa lagi ntah. Aku pernah dipaksa untuk jadi downline dia tapi aku tolak dengan baik. Sekarang MLM tu dah senyap ntah ke mana. Member aku tu pun sekarang ntah masih lagi aktif dengan MLM aku tak tahu. Tapi produk MLM ni bermusim, mula2 panas, beberapa tempoh lepas tu, senyap, tak lama kemudian keluar produk MLM lain, hot balik, lepas tu senyap, begitulah kitarannya. Dan sekarang ni MLM yang paling terhangat adalah Phyto Science Double Stemcell.


Cuma sekarang ni sedang melanda satu kontroversi di mana produk Double Stemcell ni dikatakan menggunakan logo halal Jakim pada produknya tanpa mendapat pengesahan dan kelulusan JAKIM seperti yang ditulis oleh Mazidul Akmal Sidik di blognya:

Malah ia menjadi isu hangat di FB Fanpage SAY NO to MLM. Kebanyakan gambar dan screenshot aku ambil dari fanpage nih, korang semua jangan lupa LIKE untuk dapatkan update mengenai pelbagai isu mengenai penipuan MLM dan skim ponzi. Tapi sebelum tu, baca dulu posting "Kenali scam MLM, pelaburan dan skim cepat kaya" kalau yang belum baca. Ok sekarang, fahamkan dulu situasi di bawah.


Dah faham? Ok ini adalah kenyataan daripada pihak JAKIM mengenai produk Double Stemcell yang bukan merupakan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Ini bermakna, mereka tidak boleh menggunakan logo halal JAKIM di produk mereka. Mudah sahajakan isunya? Isunya bukan produk itu halal atau haram, tapi kerana menipu dengan menggunakan logo halal JAKIM sedangkan mereka tiada pengesahan pun.


Namun ramai stokis dan pengedar produk ini bersungguh2 cuba mempertahankan produk MLM ini, malah orang yang cuba membongkar penipuan ini pula dituduh fitnah.


Oh orang lain pula iri hati dengan kemajuan mereka. Tu belum yang cakap "Itulah orang melayu tak suka tengok orang melayu lain kaya".


Sijil halal JAKIM dah tamat tempoh? Sembang lebat sangat ni.


Tiba2 je diorang ada mesyuarat dengan pihak JAKIM, sekali busted dengan pegawai JAKIM sendiri cakap takde, gila lawak.


Kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan pun dah ada orang mula selidik.


Bukti sijil pengesahan halal dari JAKIM takde pun diorang tunjuk, tapi sebaliknya tunjuk surat pengesahan Halal daripada Mibelle Group Biochemistry. Kalau gitu jangan la guna logo halal JAKIM kat produk, tapi guna la logo halal yang dikeluarkan oleh Mibelle Group Biochemistry tu.


Masih ada lagi yang tak sedar diri tu...


Tak puas hati siap kondem pulak pihak JAKIM suruh buat research sebelum keluarkan statement. Nak research jadahnya, isu dia mudah je, JAKIM tak keluarkan pengesahan sijil halal untuk produk ni tapi diorang guna jugak logo tu. Kat part mana yang susah sangat nak faham?


Oh ada kereta mewah. Patutlah bukan main tak puas hati. Yelah kalau MLM ni lingkup, nak bayar bulan2 macam mana. Tapi kenapa macam Photoshop je gambar kereta tu?


Tipikal MLM, fokus utama semata2 kepada income, bukan produk pun sebab kadang2 produknya tak seberapa pun, tapi sembang marketing je lebih. Jual produk biasa tapi harga up berganda2 sebab nak tampung income upline, downline, founder lagi, segala platinum diamond semua. Yelah kalau jual murah macam mana nak beli kereta mewah untuk ditayang kat prospek.


Produk yang lebih kurang sama, stem cell berasaskan buah2an, jual di pasaraya terbuka cuma RM39.90 sahaja. Tapi bila produk macam ni dijual dengan kaedah piramid MLM, harga jadi berlipat kali ganda.


MLM dengan kereta mewah memang berpisah tiada...



Satu lagi ciri2 MLM merapu ni adalah produknya TOO GOOD TO BE TRUE. Hanya makan atau kemam beberapa kali sahaja, habis semua masalah kesihatan yang dihadapi selama ni terus hilang dan menjadi sangat sihat, sampai masalah kanser pun boleh sembuh. Penat je para doktor, pharmacist dan jurutera perubatan belajar ilmu perubatan dan kedoktoran untuk mengkaji bagaimana nak cari penawar kanser, buat alat rawatan kemoterapi, radioterapi dan lain2 serta hasilkan pelbagai ubat2an untuk merawat penyakit kanser, tiba2 makan benda alah ni boleh sembuh? Hebat...

Sumber
Dengan produk ini, semua orang boleh jadi doktor, tak perlu belajar tinggi pun. Siapa ada masalah kesihatan dan penyakit seperi kencing manis, darah tinggi, stroke, gaut, sakit sendi dan macam2 lagi tak payah pergi klinik atau hospital jumpa doktor dah, jumpa je penjual produk nih. Oh kereta mewah tidak lupa.


Bukan aku tak percaya akan kebesaran Tuhan, tapi ceritanya terlalu hebat sampai jadi sukar untuk dipercayai. Hanya 2 kali mengemam Double Stemcell, penyakit yang dihadapi sejak kecil terus sembuh? Kalau sampai tahap tulah punya mujarab gila produk ni, patut dah lama dah dapat anugerah Nobel.


Ni pulak penerangan marketing plan Phytosciene Double Stemcell oleh salah seorang sifu yang mungkin dah ada kereta mewah. Berapa banyak punya piramid daaa.


Sebenarnya ramai pun tak kisah dan peduli pasal produk ni. Kalau nak kata pasal makanan halal haram, kat restoran macam TGI Friday, Hard Rock Cafe yang tak pernah ada sijil halal JAKIM malah hidang minuman keras tu pun berlambak je aku tengok orang melayu Islam makan. Jangan kata restoran tu, kedai2 mamak, restoran nasi campur melayu, restoran tom yam siam, gerai cendol tepi jalan, banyak je yang tak ada sijil halal JAKIM pun tapi ramai je orang Islam makan kat situ.

So sebenarnya kalau founder syarikat ni tak letak pun logo halal JAKIM kat produknya sebab tak nak apply, mesti takkan jadi isu sebab akan ada je orang melayu Islam yang sanggup beli dan join MLM tu, biasalah orang melayu. Kesilapan mereka hanya kerana mereka menipu pelanggan dengan meletekkan logo halal JAKIM tu walaupun takde sijil pengesahan dari JAKIM. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur.


Dan ya, menipu sijil logo halal JAKIM bukan benda yang remeh, kerana ia menipu umat Islam demi mendapatkan keuntungan. Malah isu MLM dan isu Palestin adalah 2 isu yang berbeza, dan kami semua tak buta hati. Satu lagi cuba jangan guna kata2 keagamaan macam tepuk dada tanya iman dan lain2 semata2 nak pertahankan penipuan korang.


Cuma aku sebenarnya kesian tengok macai2 produk MLM ni. Yelah yang buat taiknya founder dan tokey MLM yang menipu tu, tapi macai2 MLM ni yang terpaksa mempertahankan diorang sedangkan diorang sendiri tak tampal pun logo halal JAKIM tu. Join je MLM tu, logo tu dah memang terpampang kat produk2 tu, so bukan salah diorang pun sebenarnya tapi nak buat macam mana, duit banyak dah habis, loan dah buat beribu, kereta mewah dah keluar, so nak tak nak terpaksa backing jugak MLM diorang.

Kesian kesian...

Isnin, Januari 20, 2014


PHYTOSCIENCE (DOUBLE STEMCELL) BOLEH DIDENDA MAKSIMA RM200,000 JIKA DIDAKWA DAN DISABITKAN KESALAHAN PERTAMA - JAKIM

Berikut respon pantas JAKIM berhubung status isu Sijil Pengesahan Halal JAKIM produk Double Stemcell diemelkan kepada saya.



MENJAWAB ISU PRODUK DOUBLE STEMCELL DARI SYARIKAT PHYTOSCIENCE

Tuan/puan

JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hub Halal, Cik Nadia Zammil  Md Nasir sebelum ini adalah BENAR, klik di sini.
Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

Sekian, terima kasih

Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014

Tanpa mendapat Sijil Pengesahan Halal JAKIM, mengapakah syarikat menggunakan logo halal JAKIM?

Jawaban?




Berhati-hati “sel stem” penipuan

bio-stem-plus1
Ia kini sebuah trend di Malaysia untuk mengambil “Penggalak sel stem lisan” atau bahan-bahan yang mendakwa “rangsangan” sel-sel stem anda.
Berhati-hati kerana ini adalah satu lagi cara untuk membuat bahagian yang tidak curiga dengan wang mereka untuk tidak berguna “tambahan”. Sekurang-kurangnya di Filipina pihak berkuasa telah mengambil beberapa tindakan: FDA memberi amaran vs sel-sel stem diambil secara lisan
Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) pada hari Ahad memberi amaran orang ramai terhadap membeli tidak berdaftar makanan tambahan sel stem yang ganas yang dibentangkan dalam talian.
Dalam nasihat seorang, FDA dinamakan khususnya produk yang dikenali sebagai Bio Batang Plus, dengan menyatakan ia adalah tidak persediaan sel stem yang diluluskan oleh FDA serta makanan yang diluluskan atau produk pemakanan.
Menurut pemangku Pengarah FDA Umum Dr. Kenneth Pergi, agensi itu telah memantau Bio Stem Plus tambahan yang dijual dan diiklankan "dengan kesihatan menipu dan tuntutan terapeutik" melalui sulit.com.ph, dalam talian membeli-dan-jual laman web katering untuk pasaran Filipina.
Pergi berkata produk itu sedang digalakkan kononnya sebagai "nutrisi sel stem semula jadi" yang meningkatkan peredaran sel stem dewasa, pembaikan rosak tisu, mengurangkan kesan-kesan penuaan, membantu dalam "sehingga 70 keadaan manusia yang dikenali "dan penawar darah tinggi, gayat dan sakit belakang.
"Orang ramai adalah dengan ini memberi amaran terhadap membeli dan menggunakan tidak berdaftar Bio Stem Plus ... Tiada kajian saintifik dan klinikal yang akan menyokong atau sandaran kesihatan dan tuntutan terapeutik,"Kata Go.
Bagaimana pula dikatakan “radikal”. Well, ini laman web kira-kira jumlah wang itu sehingga
Tuntutan-tuntutan tersebut 1. yang STEMTech AFA Extract membebaskan sel-sel stem dari sum-sum tulang, dan oleh itu, 2. yang kerana sel-sel stem mempunyai kesan yang baik pada badan, yang STEMTech AFA Extract oleh itu mempunyai kesan yang baik.
Ini adalah karut semata-mata. Pertama, ada benar-benar ada bukti yang cukup bahawa StemEnhance membebaskan sel-sel stem dalam mana-mana tahap yang ketara, atau jika ia, sama ada sel-sel stem membuat perbezaan yang signifikan dalam badan.
Dalam bahasa yang mudah, ada bukti yang cukup untuk mengesahkan bahawa Stemtech AFA Extract mempunyai APA-APA kesan pada badan. Ini adalah fakta dan bukan andaian. Sebarang tuntutan adalah semata-mata yang dibayangkan.
Di atas adalah palsu yang “batang tambahan sel” yang tidak benar-benar sel stem di semua dan dijual (biasanya oleh MLMers) dengan tuntutan menakjubkan tetapi mempunyai apa-apa data klinikal untuk menyokong pendapat mereka, tipikal lain penipuan suplemen kesihatan. Anda akan mempunyai testimoni biasa orang-orang yang “berasa lebih baik”, “kelihatan lebih muda” dan lain-lain. Malangnya peningkatan yang subjektif mungkin kesan plasebo atau khayalan.
Yang seorang lagi “sebenar” terapi sel stem, malangnya ramai di antara mereka masih eksperimen dan perlu dilakukan dalam konteks ujian klinikal tetapi mereka sedang terlalu awal “dipasarkan” sebagai terapi untuk pelbagai gangguan. Kebimbangan ini bukan sahaja keberkesanan rawatan ini tetapi juga komplikasi jangka panjang tidak diketahui terapi sel stem mesenchymal seperti.
Lihat artikel ini Penipu yang menawarkan terapi sel stem palsu untuk 'merawat' penyakit tidak boleh diubati. Mendapatkan nasihat profesional sebelum mendarat diri dalam cengkaman orang-orang yang mendakwa dapat untuk merawat strok, Parkinson, Sindrom Down dan lain-lain. dengan “terapi sel stem”. Tanya jika ini adalah percubaan klinikal dan meminta data mengenai apa yang pengamal melakukan diterbitkan.
Berikut adalah pautan dengan maklumat yang boleh dipercayai tentang apa yang terapi sel stem adalah benar-benar tentang, dan dengan nasihat yang waras serta penerangan agak mudah tentang apa Batang rawatan Bimbit benar-benar melibatkan:
Sepuluh Perkara yang Tahu Mengenai Rawatan Stem Cell



Selasa, Disember 03, 2013

SATU LAGI KES PENIPUAN PENIAGA BANGLADESH DI PLAZA LOW YAT


Kes penipuan sebelumnya, klik di sini.


11 ulasan:

  1. Pada Ahad 24/11/13 (hari pertama) kira-kira pukul 8 malam, saya telah menghantar telefon bimbit saya jenama Sony Xperia V ke kedai (kiosk) telefon bimbit di Plaza Low Yat untuk dibaiki kerana hanya touch screen sahaja yang pecah. Lain-lain fungsi telefon masih dalam keadaan baik. Bayaran yang dikenakan adalah RM270.00 (Bil No. 1917). Namun setelah pulang ke rumah didapati kamera hadapan telah rosak dan grille cover speaker hadapan tidak dipasang semula. Keesokkan harinya (hari ke-2) saya kembali ke kedai tersebut kira-kira pukul 8 malam untuk memaklumkan perkara tersebut. Namun mereka cuba mengatakan bahawa telefon saya memang telah rosak mungkin disebabkan jatuh. Apabila saya memarahi mereka barulah technician mereka (Bangla) mengaku bahawa dia mungkin terusik kamera tersebut semasa memasang screen yang baru. Tentang penutup grille speaker pula mereka mengatakan ia mungkin telah dibuang semasa kerja-kerja mengemas. Technician tersebut telah mengubahsuai grille telefon yang lain dengan menggunting dan menyumbat grille tersebut ke speaker hadapan telefon bimbit saya. Saya tidak berpuas hati kerana telah menyebabkan calar dan merosakkan fungsi kalis air telefon tersebut. Supervisor mereka dipanggil & saya diminta pulang & datang semula keesokkan hari kerana mereka hendak tutup kedai. Keesokkannya (hari ke-3) saya datang semula selepas waktu kerja dengan harapan telefon saya dibaiki namun supervisor mereka meminta saya membayar untuk menggantikan kamera hadapan yang rosak tersebut. Perkara tersebut sememangnya menaikkan kemarahan saya. Akhirnya saya diminta meninggalkan telefon untuk diperbaiki. Hari (ke-4) saya datang semula ke kedai tersebut kali ini berjumpa dengan tuan punya kedai bernama Mr. Pasha Khan ( No. Tel: 016-9192555). Dia menyatakan bahawa alat ganti kamera tiada dipasaran dan meminta saya menunggu sehingga 2 - 3 minggu untuk dibaiki. Saya diminta meninggalkan telefon saya di kedai mereka atau membawa pulang telefon saya. Saya memilih membawa pulang telefon tersebut. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya telah memasukkan kad sim saya ke dalam telefon tersebut namun telefon saya tidak dapat dihubungi ataupun menghubungi sesiapa kerana didapati tiada rangkaian mudah alih (mobile network disable). Perkara ini benar-benar meletihkan dan menaikkan kemarahan saya. Mereka telah cuai dan saya sebagai pengguna yang menanggung akibatnya. Saya merasa teraniaya dan kos membaiki telefon termasuk ulang alik ke kedai tersebut selama 4 hari berturut termasuk minyak dan bayaran tempat letak kereta telah hampir berjumlah RM300. Saya membuat laporan aduan ini kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka dan menuntut diberi pangadilan sewajarnya. Sekian laporan saya.
    Balas

    Balasan


    1. Terima kasih kerana sudi berkongsi fakta untuk kebaikan semua pembacadan pengunjung ke Plaza Low Yat.
  2. Gambar di atas tu ialah Mr. Pasha Khan..bos kedai telefon ni..huhu! sah2 aku kena tipu..tadi tu report saya ke NCCC..pasni nak buat report ke Tribunal pengguna pulak..hp saya ada pada saya..dah rosak dan tak boleh digunakan..saya simpan sebagai bukti nanti..:(
    Balas
  3. Takutnya,kelmarin baru je beli komputer kat sana.orang bangla jugak. Dia cakap selalu orang bg barang second hand tapi dia tak.masa tu xtau lg cerita ni.so,sy buat tak tahu je..sekarang takut pulak.
    Balas
  4. BERHATI2 LEPAS NI..WARGA ASING TELAH MENGUASAI KIOS2..SAYA CADANGKAN PIHAK BERKUASA SENARAI HITAMKAN MAHKLUK ASING SEPERTI NI DARI PADA MENJEJAK KAKI LAGI DI MALAYSIA WALAUPUN ADA PASPORT YANG SAH..ATAU PUN DIKENA KAN BON SEBELUM MASUK KEDALAM NEGARA..
    Balas
  5. Moga dengan pendedahan demi pendedahan yang disiarkan, pihak berkuasa bukan setakat buka mata, buka hati, malah perlu buka langkah untuk mengambil tindakan tegas bagi warga asing yang semakin berlambak di LowYat terutamanya dan di Malaysia amnya.
    Balas
  6. dah sama macam Kompleks Pertama pulak jadinya...
    Balas
  7. Mohon edisi terjah terhadap mereka
    Balas
  8. Saya menasihati anda semua supaya jangan terlalu mengharapkan harga murah. Hantar sahaja kepada pengeluar peranti anda supaya mutu dan kualiti pembaikpulihan terjamin. Mungkin anda terpaksa membayar lebih untuk kerosakan semasa, tetapi anda sendiri boleh melihat penipuan yg berlaku menyebabkan anda makan menanggung kos yang lebih tinggi. Jangan kerana mahu jimat RM10, anda terpaksa menanggung kos RM1000.
    Balas
  9. Untuk lagi puas hati beli saja online. Saya membeli laptop Dell XPS 15 saya menerusi laman www.dell.com semenjak 4-5 tahun dulu dan sehingga kini masih belum menunjukkan sebarang tanda2 kerosakan.
    Jangan percaya lagi kiosk2 macam ni, tak kiralah Bangla ke apa ke. Sekarang semua orang memang nak cepat dapat duit masalahnya.
    Balas
  10. Setuju dgn Fariz, sy pun beli dell XPS pada tahun 2008 secara online. Ada sekali pernah berlaku masalah, dell hantar technician ke rumah terus, x perlu pergi kedai.

    Dan kalau smart phone, mesti beli yang original, bukan AP ka apa, lagi selamat. Saya dah pakai 3 smartphone sejak 2009, ada masalah terus hantar official store, dapat balik dan masalah selesai.
    Balas

2 ulasan:

  1. Tentang double stem cell tu.. kalau sekiranya ia HARAM kenapa jakim sampai sekarang tidak bertindak?

    BalasPadam
  2. ayah saya sangat taksub dengan produk DS nie. saya takut produk nie buat kesihatan ayah saya jadi lagi teruk. kami sekeluarga pernah berbalah tentang nie tapi ayah saya tetap pertahankan produk DS nie ubat segala penyakit. kami sangat sedih dan risau. ayah taknak jumpa doktor, dia dah tak percaya doktor sebab DS nie. saya taktahu nak buat apa. saya risaukan kesihatan ayah saya 😭

    BalasPadam