Isnin, 3 Februari 2014

BODOH OK LAGI....BEBAL ....BODOH ALANG LAGI NAYA

Utusan Malaysia gesa SPR siasat bekas Adun Kajang
Posted on Sunday, February 02 @ 20:19:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh yang dikhuatiri terlibat dalam salah laku rasuah.

Kolumnisnya, Awang Selamat berkata, Lee tidak boleh dibiarkan begitu sahaja bagi memastikan tindakan sama tidak diambil oleh wakil rakyat lain atas nama demokrasi songsang.
“Awang menggesa SPR menyiasat Lee yang mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Lee tidak boleh dilepaskan begitu sahaja tanpa penyiasatan rapi termasuk berkaitan unsur rasuah. Kemungkinan itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana reputasi PKR sudah buruk dan busuk,” katanya dalam akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Pada satu siang media pada Isnin, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Lee setelah surat peletakan jawatan itu diterimanya berkuatkuasa serta-merta.
Lee dalam satu kenyataan pada hari sama berkata, peletakan jawatannya adalah untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Sumber dalaman PKR memberitahu peletakan jawatan Lee bertujuan memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi itu bagi membolehkan dirinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Awang berkata, perbuatan Lee itu sebagai satu usaha ‘meliwat’ demokrasi dalam amalan politik songsang dan gila kuasa.
Katanya, jika hal itu tidak ditangani bermakna perbuatan itu seakan dihalalkan dan membiarkan rakyat menjadi mangsa atas permainan politik parti tertentu.
“Awang bimbang gejala itu umpama membenarkan demokrasi diliwat semahu-mahunya dalam amalan politik songsang disebabkan penyakit nafsu dan gila kuasa.
“Apakah semua mahu diliwat - manusia, sistem dan nilai? Mendiamkan hal ini sahaja seolah-olah bersubahat dan simbol merelakan diri kita juga menjadi mangsa,” katanya dalam satu artikel bertajuk “Liwat Semua”.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata percaturan PKR di kerusi DUN Kajang sebagai satu usaha penstrukturan parti dengan menjadikan Anwar bertindak sebagai agen penstrukturan semula.
Katanya, PKR tidak boleh berdiam diri apabila Umno terus menggunakan isu ketegangan kaum bagi merampas Selangor.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, February 02 @ 20:19:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




7 PERTUDUHAN YG DIKENAKAN KE ATAS SAYA DI MAHKAMAH TENTERA JUMAAT 7 FEB DEPAN 1. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72. Butir2 kesalahan iaitu kamu di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 01 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 5, dengan membuat kenyataan mediauntuk menyatakan rasa tidak puas hati yang sepatutnya perkara tersebut di panjangkan mengikut saluran pihak angkatan tentera (AT). 2. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72. Butir2 kesalahan iaitu kamu di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 01 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 13, dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pertahanan. 3. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72. Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 3, dengan menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan daripada pihak MAT. 4. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72. Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 5, dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara tersebut disiasat melalui saluran pihak AT. 5. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72. Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 13, dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pertahanan. 6. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH-PERINTAH TETAP YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 51 AAT 72. Butir2 kesalahan iaitu kamu semasa bertugas di PU Bworth pada 1 Mei 13 telah melanggar perintah tetap pangkalan , bahagian 2 perintah no 51 yang diketahuinya atau sepatutnya dia ketahui, dengan menghantar SMS berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan “Ayuh mempertahankan ibu pertiwi dri dijajah oleh penipu dan perasuah, jgn jdi bacul dan nnt anak cucu kencing d atas kubur kita” ialah satu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui. 7. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH-PERINTAH TETAP YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 51 AAT 72. Butir2 kesalahan iaitu kamu semasa bertugas di PU Bworth pada 1 Mei 13 telah melanggar perintah tetap pangkalan , bahagian 2 perintah no 51 yang diketahuinya atau sepatutnya dia ketahui, dengan menghantar SMS berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan “Sama2 lah kta berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kpada kita semua serta dilindungi Negara kita yg tercinta ini dari diperintah oleh SIPENZALIM, PEMFITNAH, PERASUAH, PENIPU DAN PENGANJUR PGRM2 MAKSIAT” iaitu satu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui. SEKSYEN BERKENAAN 1. Seksyen 50(2) (Tidak patuh kepada pegawai atasan) Tiap-tiap org yg tertakluk kepada undang2 perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yg sah dari pegawai atasnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yg diperuntukkan oleh Akta ini. Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun. 2. Seksyen 51 (Tidak patuh kepada perintah tetap) Tiap-tiap org yg tertakluk kepada undang2 perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yg baginya dipakai seksyen ini , iaitu peruntukan yg diketahui atau yg munasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yg lebih ringan yg diperuntukkan oleh Akta ini.

 Chandra dakwa Anwar mahu jadi MB dekati istana
Posted on Sunday, February 02 @ 20:32:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Bekas rakan kepada ketua umum PKR, Dr Chandra Muzaffar mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai matlamat lain termasuk "mudah mendekatkan diri dengan sultan dan raja" jika menjadi menteri besar Selangor.

Dalam wawancaranya dengan mingguan BH Ahad hari ini, Dr Chandra mendakwa Anwar mahu menduduki jawatan itu bagi menonjolkan beliau sebagai menteri besar "paling berkesan, berkebolehan dan lebih baik" daripada tokoh sebelum ini.

"Dengan menjadi MB, dia akan 'berlagak' dengan menonjokan imej baik bagi mempengaruhi pengundi dan rakyat. Anwar akan cuba berbaik-baik dengan MB yang lain seterusnya mendapatkan sokongan mereka.


"Apa yang penting, dia mahu menonjolkan diri supaya cara pentadbirannya akan dibandingkan dengan perdana menteri. Ini semua strategi mengaburi pengundi sebagai persediaan pilihan raya umum ke-14.

"Dengan menjadi MB, Anwar akan bergaul dengan ramai orang dan paling penting mudah mendekatkan diri dengan sultan dan raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-raja.

"Nyata MB adalah bantu loncatan untuk menonjolkan kebolehan sebagai rakyat, MB yang responsif dan berjiwa rakyat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Dr Chandra menjawab soalan berhubung mengapa ketua pembangkang Dewan Rakyat itu didakwa mahu menjadi menteri besar.

sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, February 02 @ 20:32:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti. Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN. Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik. Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman. Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih mewarisi politik ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja. Taktik KOTOR 4: Politik Wang. Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap. Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang positif. Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi. Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan. Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat. Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit. Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak berupaya membuka minda masyarakat umum. Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang. Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal. Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas. Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih bermaharajarela sampai hari ini. Taktik KOTOR 10: Alih Fokus dan Tipu Helah. Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua ini adalah tipu helah UMNO/BN.
Najib sesuai jadi pemimpin ketika aman walaupun berdarah bangsawan
FEB 01, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini bukan saja dipertikai dan diragui oleh rakyat biasa, malah sudah banyak kelompok yang sebelum ini memberi sokongan kepadanya sudah menarik brek tangan masing-masing dan mulai terbuka mengkritik serta mempertikaikannya.

Bagi blogger Shahbudin Husin, meskipun Najib mempunyai ramai penyokong dah kelihatan menonjol, tetapi semuanya itu bukan kerana kualiti kepimpinan atau ketegasannya dalam menyelesaikan masalah.

“Penonjolannya lebih terapung kerana keupayaannya mewujudkan rangkaian dan menjaga penyokong serta mereka yang setia dengan sikap kemurahan hati dan sedia menolong mereka yang datang meminta bantuan dengannya,” tulisnya di dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/ semalam.

Menurutnya, dalam banyak isu kritikal yang berlaku dalam negara sejak dulu, ketegasan Najib hampir tidak menonjol.

Beliau berpandangan, dengan darah bangsawan yang mengalir dalam tubuh, Najib sebenarnya lebih sesuai menjadi pemimpin ketika aman dan bukannya dalam suasana krisis.

Sebab itu, katanya daripada kekurangan majoriti 30 kerusi dalam pilihan raya 2008, jumlah itu makin berkurangan kepada 23 kerusi sahaja dalam pilihan raya 2013 lalu.

“Kebarangkalian untuk majoriti terus berkurang atau mungkin kalah terus tidak dapat ditolak lagi jika Najib terus berada di kedudukannya sekarang,” tulisnya lagi.
Like · · · 3 hours ago ·


Siapakah Dato Johari Abdul??dato johari dahulunya bekas anggota jawatankuasa umno sungai petani dan kini beliau telah keluar dari umno dan menjadi seorang ahli perlimen PKR sungai petani....

Dato Johari adalah org yg pertama menyaksikan video seks anwar bersama dato SK dan Rahim tamby chik....

berdasarkan keterangan Dato johari bahawa video seks anwar ibrahim itu adalah bkn anwar yg sebenar..mari saksikan pengakuan serta pengalaman Dato johari dlm penjelasan video fitnah umporno ini ketika beliau dijemput utk menyaksikan video fitnah itu oleh Dato SK...

umno mmg layak mnjadi sebuah parti pereka video lucah...

https://www.youtube.com/watch?v=QRegVnxFTLk&feature=youtube_gdata_player
Like · · · 2 hours ago · 

Ketua Penerangan UMNO dah confirmkan.. So isu seks akan dimainkan sepanjang kempen PRK N25 DUN Kajang. Kah kah kaaaaaaaaaaahh!!! UMNO dan seks bebas x dapat dipisahkan..

Ok.. Buat pengundi2 BN nanti ada spesel utk korang.. Mesti korang teringin nak tengok cerita The Wolf of Wall Street kan? Haaaaaa.. Cerita ni dah ditayangkan seluruh dunia, tapi di Malaysia cerita ni xle masuk.. Sebab nanti PM Najib demam.. Mana taknya, Tok Ketua UMNO ni laungkan PERTAHAN KALIMAH ALLAH siang malam, sekali anak bini duk taja filem lucah kat US sana.. Apa cher?? Tiket2 untuk cerita ni boleh didapati di kaunter2 penjilat media lidah biawak yang akan dibuka sekitar DUN Kajang sepanjang kempen PRK nanti.. Keutamaan akan diberi kepada pejuang pejuang keris kontot yang berbakat buat lawak bodo masuk TV3suku.

*Dengarnya calon MCA yg dpt bertanding.. Nak gak aku tengok juak2 Melayu Takde Otak yg rasis anti cina ni yg dulu duk maki hamun cina kini bakal duk angkat usung calon cina ni kehulu kehilir.. Celah mana nak letak muka woooii!!! Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh!!!

astaghfirullahulazim, zalimnya pemimpin ku ini

jahatla ameno ni
Like · · · 4 hours ago ·

JELUTONG: Bekas penyanyi terkenal tanahair, Wan Aishah Ariffin dan Farah Asyikin sekali lagi menyeru mana-mana pihak yang masih menyimpan gambar lama mereka dalam Youtube agar memadamkannya.

Bagi mereka, tidak cantik gambar dalam keadaan jahiliah disiarkan memandangkan mereka telah berhijab dan tidak lagi terlibat dalam dunia glamour itu.

"Harap semua pihak memahami perasaan kita yang telah lari dari dunia glamour.  Gambar yang ada dalam simpanan individu terutamanya yang masih disiarkan dalam Youtube harap buang. Biarlah ianya berlalu sebagai kenangan, " jelas mereka dalam program santai bersama artis sempena Sambutan 25 tahun PAS Jelutong petang tadi.

Bagi mereka, perkara yang sudah biarkan ia pergi kerana yang penting matlamat masa depan diteruskan dengan penuh kesedaran.

Menyentuh mengenai masa silam sambung Aishah, mula mendapat hidayah apabila kehilangan emak saudara serta rasa terlalu ingin bertudung selepas itu.

"Selepas kematian emak saudara tiba saya rasa lain pada diri. Kehendak bertudung rasa makin menghampiri. Bila bertanya pada diri kenapa tidak boleh bertudung sedangkan semasa menziarahi emak saudara boleh pakai sampai seharian," terangnya.

Manakala Farah Asyikin pula menjelaskan, ia berpunca daripada penceraian yang membawa kepada kemurungan dan sepi.

Beliau sanggup bermain dengan kucing untuk menghilangkan perasaan sunyi.

Katanya, kucing yang dijumpai di tepi jalan itulah sebenarnya teman bercakap untuk menghilangkan 'stress'.

"Kemusnahan rumah tangga pertama membuatkan diri terumbang ambing. Lalu memasuki peraduan nyanyian sebagai suka-suka dan cuba merakamkan album namun ada saja rintangan yang datang," ujarnya.


ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada dalam keadaan sangat tertekan menghadapi pendedahan penyelewengan dan salah urus tadbir Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, tindakan Mukhriz melontarkan amaran terhadap perkara itu telah menimbulkan sangsi dan menzahirkan kelemahan Mukhriz dalam mendepani dakwaan berkaitan.

"Mukhriz tidak perlu bimbang sekiranya pentadbiran beliau bersih dari sebarang penyelewengan dan salah urus tadbir. Bukankah sifat berani itu benar dan takut itu salah?

"Sebagai pihak yang sedang memimpin sebuah kerajaan, beliau sepatutnya mempunyai kekuatan menjelas dan menerangkan hal sebenar.

"Bukan melontarkan amaran dan ugutan kerana sikap itu dilihat tidak matang dan kebudak-budakan," bidas Nasir.

Ujarnya, ugutan itu juga menunjukkan sifat tidak profesional dan telus Mukhriz kerana boleh dianggap melindungi penyelewengan atau salah urus tadbir jika benar dakwaannya itu wujud.

Tegas Nasir, Pemuda PAS Kedah tidak akan berkompromi dan sekali-kali bimbang dengan ugutan itu, sebaliknya akan terus mendedahkan segala bentuk salah urus tadbir dan penyelewengan kerajaan.

"Ini bukanlah serangan politik, tetapi menyatakan hak rakyat yang telah dilakukan secara tidak sepatutnya.

"Tugas parti politik dan NGO adalah sebagai 'check and balance' kerana kerajaan adalah milik rakyat. Kami bertanggung jawab memastikan rakyat mendapat maklumat sebenar mengenai urus tadbir kerajaan.

" Pada ketika ini kami terus menjejak dan menyiasat segala maklumat disalurkan kepada kami," maklum beliau.

Mukhriz dalam reaksinya kelmarin melontarkan amaran akan membuka fail lama di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sebelum ini sekiranya beliau terus diserang dengan dakwaan-dakwaan penyelewengan.


Islam Bangkit added a new photo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan