Rabu, 12 Februari 2014

BILA ISLAM BERSINAR DIMANA2...MAMPU KITA MENYEKAT HIDAYAH ALLAH....MAMPU MANUSIA YANG DICIPTA ALLAH MELAWAN BALIK PENCIPTANYA....KALAU BODOH JANGAN BODOH SAMPAI KE TULANG SUM2

 


Jika ada ganjaran untuk tampar orang kononya dikatakan menghina pemimpin melayu maka jelaslah bahwa melayu itu umpama ugama bagi mereka.
Sedangkan orang yang telah menghina nabi ditegur pun tak berani.

Bekas ketua hakim negara: Brunei tidak wajar dijadikan rujukan hudud
Posted on Tuesday, February 11 @ 21:43:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"

Malaysia tidak wajar menjadikan Brunei sebagai rujukan untuk melaksanakan hudud kerana sistem politik dan kerajaan yang berbeza, kata Tun Abdul Hamid Mohamad.

Bekas ketua hakim negara itu berkata, Brunei adalah sebuah negara yang mengamalkan monarki mutlak, berbeza dengan Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan raja berperlembagaan.
"Sistem politik dan kerajaan Brunei adalah monarki mutlak.
"Bermakna, sultan mempunyai kuasa eksekutif mutlak dan kuasa perundangan," katanya ketika membentangkan kertas kerja di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), hari ini.
Dalam pembentangan kertas kerja bertajuk, "Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia”, Abdul Hamid menegaskan Brunei tidak memiliki Perlembagaan Persekutuan seperti Malaysia dimana ia merupakan asas undang-undang negara.
"Tidak terdapat peruntukan mengatakan Perlembagaan adalah undang-undang agung negara dan sebarang undang-undang yang tidak seiring dengannya adalah tidak sah.
"Tidak juga terdapat peruntukan mengenai kebebasan asas, pilihan raya, kehakiman dan Mahkamah Syariah," kata Abdul Hamid lagi.
Menurutnya lagi, sistem politik Brunei sama sekali berbeza dengan kerajaan Malaysia dimana sistem pentadbirannya berteraskan persekutuan (federation).
"Malaysia adalah persekutuan.
"Perlembagaan adalah undang-undang agung negara dan apa-apa undang-undang yang tidak konsisten adalah tidak sah," terangnya lagi.
Di Malaysia, setiap lima tahun sekali pilihan raya diadakan bagi memilih kerajaan tetapi Brunei sejak tahun 1962 tidak pernah mengadakan pilihan raya.
"Bagaimanapun, sejak tahun 1962 tiada satu pun pilihan raya yang diadakan di Brunei selepas darurat.
"Malah, ahli-ahli dalam Majlis Perundangan Brunei dipilih oleh Sultan sendiri," terangnya lagi.
Situasi tersebut berbeza sama sekali dengan Malaysia dimana Kabinet dan kerajaan Malaysia bertanggungjawab menjawab kepada para pengundi yang memilih mereka, serta juga menjatuhkan kerajaan.
"Kabinet dan kerajaan perlu menjawab kepada pengundi yang mungkin juga boleh menjatuhkan kerajaan.
"Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet," katanya lagi.
Selain itu, Abdul Hamid berkata masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan hukum hudud di Brunei kerana ia masih lagi belum dijalankan sebaliknya baru sahaja selesai digazetkan.
"Kita tidak di dalam kedudukan untuk menilai pelaksanaan undang-undang itu di Brunei kerana ia belum dilaksanakan.
"Mungkin tiga atau lima tahun, kita boleh melihat hasil dan kesan sebenar pelaksanaan undang-undang tersebut," terangnya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Hamid menjelaskan situasi di Brunei mempunyai kelainan kerana pelaksanaan hudud bukan bermotifkan politik.
"Sekurang-kurangnya wujud perbezaan dalam kes Brunei. Di Brunei, pengenalan hukum hudud tidak bermotifkan untuk kepentingan politik atau memenangi pilihan raya.
"Kajian sudah dilakukan sejak 30 tahun lalu dan masih tidak lengkap. Kita ucapkan selamat berjaya kepada mereka," katanya lagi.
Pada Oktober 2013, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pengazetan kta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud.
Susulan pengumuman tersebut, beberapa pihak dan parti politik mendesak supaya kerajaan pemerintah Malaysia untuk mengambil pendekatan sama.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Tuesday, February 11 @ 21:43:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
 

 

 

 

 

 

12 February 2014


EDISI MACAM-MACAM ADA .... KERANA INDONESIA MENAMAKAN KAPAL PERANGNYA KRI USMAN-HARUN, PERDANA MENTERI SINGAPURA LEE HSIEN LOONG UNFRIEND PRESIDEN INDONESIA DI AKAUN LAMAN SOSIAL FACEBOOK NYA.



Ketegangan perhubungan diplomasi antara Singapura dan Indonesia telah meningkat sampai kepuncak maksima.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah unfriended Indonesia Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada Facebok.

Ini diikuti dengan beberapa jam purging, di mana Facebook gambar oleh PM Lee dengan Susilo di sekolah tersebut untagged.

Ini pula acara adalah hasil daripada Indonesia menamakan sebuah kapal tentera lautnya KRI Usman-Harun pengganas selepas terkenal yang dibom MacDonald House di Singapura pada tahun 1965, yang menjadikan Singapura sangat, sangat sedih dan marah.

  "Skala tindakan balas Singapura adalah sepenuhnya daripada bahagian. Tetapi ini adalah satu tanda pasti bahawa kedua-dua pihak maksudkan perniagaan. "

"Ini adalah apa yang berlaku apabila anda menamakan kapal tentera laut selepas pengganas. Anda akan unfriended pada media sosial. "

Angkatan Laut Indonesia baru-baru ini telah menamakan sebuah kapalnya dengan nama KRI Usman-Harun.

Nama itu diambil untuk mengenang Usman Haji Muhammad Ali dan Harun Said, yang dieksekusi di Singapura atas peranan mereka dalam pengeboman gedung MacDonald pada Mac 1965.

Serangan itu merupakan sebahagian dari usaha keras Presiden Soekarno dalam melawan penubuhan negara baru Malaya, Sabah, Sarawak dan juga Singapura dinamakan Malaysia.

INILAH AKIBATNYA APABILA DUA BUAH NEGARA ANGGAP BERBEZA ... INDONESIA ANGGAP KEDUA ANGGOTA PASUKAN BERSENJATANYA SEBAGAI WIRA SEDANGKAN SINGPURA SEBAGAI PENJENAYAH DAN TERORIS.

YANG PASTI .. PEMIMPIN SEBIJAK MANA PUN ADA JUGA SIFAT MANUSIA KEBUDAK-BUDAKKAN.


 

Lahir di Nicosia, Cyprus pada 30 Julai 1980, Diam's atau nama asalnya Mélanie Georgiades merupakan rapper Perancis yang terkenal.

Album pertamanya "Premier Mandat" diterbitkan pada tahun 1999 semasa usianya 19 tahun. Sepuluh tahun kemudian, lima album telah berjaya dihasilkannya.

Sekurang-kurangnya lapan anugerah muzik dimenanginay sejak tahun 2004 hingga 2007. Paling berjaya adalah ketika Diam's meraih MTV Europe Music Awards pada tahun 2006.

Namun, di puncak kerjayanya itu, Diam's mengalami kemurungan. "Di puncak kerjaya, saya mengalami kemurungan yang teruk. Saya telah berjumpa ramai ahli psikologi, tapi tidak ada seorang pun dari mereka yang boleh membantu saya, " kata Diam's.

Diam's mengaku mula mencari jawapan atas segala kekacauan jiwanya ketika melihat seorang rakan Muslimnya menunaikan solat. Sejak saat itu, dia mulai mempelajari Islam dengan membaca terjemahan kitab suci Al-Quran.

"Memeluk Islam adalah hasil renungan peribadi saya setelah mempelajari agama ini dan membaca Al-Quran," kata Diam 's yang memeluk Islam pada 2008.

Setelah masuk Islam Diam's memakai tudung dan lebih fokus pada kegiatan-kegiatan sosial. Diantaranya, membantu anak-anak yatim.

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah /bersamadakwah.com

 

 Nasib Baik Lah Bangsa Umno Tidak Dilahirkan Untuk Jadi Pendakwah Beb
Posted on Tuesday, February 11 @ 21:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"

Kalau tidak HANCUSSSS beb, lu orang tak akan jumpa dalam Dunia sekali pun Pendakwah dan PEJUANG Islam NAK MENAMPAR orang lain. Cuba lu orang bagi tahu gua kat mana ada nya Pendakwah dan Pejuang Islam yang seperti BANGSA UMNO ni, mana lah tahu kot-kot gua tak pernah Mendengar dan Melihat tapi lu orang pernah Mendengar dan Melihat kejadian tersebut beb... kah kah kah !.



Itu lah ISTIMEWA nya Negara Malaysia yang turut DIHUNI oleh Bangsa Umno ni beb, tak cukup dengan SEMBELIH AYAM di Perhimpunan Aman ia nya kemudian disusuli pula TAWARAN sebanyak RM500 kepada sesiapa yang Pertama dapat MENAMPAR Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok. Hebat sungguh Tindakkan dari NGO yang mendakwa sebagai Pejuang Islam JADI-JADIAN ni beb... kah kah kah !.


Mungkin atas Sifat Pejuang Islam Jadi-Jadian ini lah dia orang terpaksa melakukan Perkara-Perkara LUAR BIASA bagi menampakkan sebagai Pejuang Islam SEJATI. Tapi Sayang beb mana mungkin JADI-JADIAN mahu menjadi Sejati dengan hanya DEMONSTRASI tapi selepas Demonstrasi Perangai mengalahkan SYAITAN-SYAITAN YANG DIKENALI, betul-betul SIALLLL lah dia orang tu beb... kah kah kah !.

Sebab itu dia orang TAK KISAH kalau sesama SYAITAN YANG DIKENALI nak mengeluarkan apa saja Pandangan dan Pendapat HATTA Mempertikaikan Hukum Allah SWT sekali pun, JANJI DITEPATI Umno And The Gang ADA UNTUNG. Bab ISLAM TERCEMAR dik Perbuatan dia orang itu semua NOL HAL dan boleh pergi MAMPOS asalkan yang boleh terus HIDUP adalah MELAYU UMNO BANGSAT... kah kah kah !.

Ditambah pulak BANGSA UMNO ni adalah Kebanyakkan nya adalah MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI beb, bila bercakap TAK PANDANG KIRI atau TAK PANDANG KANAN. Mungkin juga atas sebab SUDAH BERPULUH TAHUN YANG CERDIK PANDAI TAK MASUK UMNO maka terhasil lah kebanyakkan nya Bodoh Bin Bahlul serta Bebal Melantun-Lantun... kah kah kah !.

Pada gua memang gua TAK HERANNNN langsung dengan Perangai BURUK Bangsa Umno ni beb, sebagai Contoh mana ada PEJUANG KEMERDEKAAN asal nya adalah PENGAMPU TELOR PENJAJAH. Hanya di Negara yang ada BANGSA UMNO sahaja perkara tesebut boleh berlaku. Lu orang boleh CARI dan SELAK SEJARAH Negara-Negara luar kalau gua ni Menipu beb... kah kah kah


hemmmmm..... kalau manusia yang berumur 60 tahun keatas membuat perkara pelik ianya dikatakan buang tebiat hendak mati beb, itu kalau manusia. tapi kalau syaitan yang dikenali lu orang fikir-fikir lah sendiri beb... kah kah kah... A B U.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Tuesday, February 11 @ 21:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah dan menutup semua pintu dan tingkap jika abu dari letupan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara terbang ke arah Malaysia.
  
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar. 
  
"Kanak-kanak, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengelak atau mengurangkan aktiviti luar dalam tempoh berkenaan.
  
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya minum banyak air, dan selalu membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau juga menasihatkan orang ramai mengelak memandu dalam keadaan berabu oleh kerana ia boleh menyukarkan penglihatan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
  
Gunung Sinabung berada dalam keadaan yang mudah meletup sejak 15 Sept dan letupan terbaru bermula pada 30 Jan mengakibatkan pelepasan abu panas ke udara pada ketinggian 5 km.
  
Walaupun kemungkinan penduduk Malaysia terdedah kepada abu itu rendah, namun wujud kemungkinan berlaku hal sedemikian khususnya di pantai barat Semenanjung dan bahagian selatan negara. 
  
Dr Noor Hisham berkata mereka yang terdedah kepada abu berkenaan akan mengalami simptom gangguan mata, hidung, tekak dan kulit.  
  
Beliau berkata kementerian akan terus memantau keadaan dan menasihatkan mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan abu gunung berapi segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. - Bernama
KUALA LUMPUR: Golongan moderat di negara ini perlu bersatu meminggirkan kelompok ekstremis serta pengkhianat negara yang hendak menimbulkan kekacauan perkauman dan keagamaan dengan cara mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Berucap pada forum “Legacy of Tunku Abdul Rahman” di Kolej New Era, Kajang, malam tadi, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah yakin sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik tidak mahu rusuhan kaum 13 Mei berlaku sekali lagi di negara ini.
Hasrat ini, ujarnya selaras dengan impian Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang mahukan negara ini dilimpahi kasih-sayang, keamanan, keharmonian dan kemakmuran.
"Justeru itu golongan moderat di Malaysia, dalam BN mahu pun Pakatan Rakyat, (perlu) untuk bersatu dan meminggirkan ekstremis serta pengkhianat negara yang hendak menimbulkan kekacauan perkauman dan keagamaan dengan cara mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan serta meningkatkan ketegangan; jika tidak, golongan moderat pasti akan tewas di tangan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda yang pasti akan membawa negara ini ke jurang kemusnahan," tegas beliau.
Forum itu diadakan bersempena ulang tahun ke-111 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Turut berucap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
Menurut Kit Siang, Tunku Abdul Rahman sentiasa mahu dikenang sebagai “Perdana Menteri paling bahagia” bagi Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.
"Namun kalau beliau masih hidup pada hari ini mungkin beliau akan menjadi manusia paling sedih dalam negara," ujarnya.
Menurut beliau, sejak sembilan bulan lalu, negara  dilanda pelbagai krisis nasional pada skala yang tidak pernah dialami oleh negara ini sepanjang lebih separuh abad usianya.
"Krisis pembinaan dan perpaduan negara; krisis ekonomi, seperti yang tercermin pada kenaikan harga barang dan kesulitan hidup kelompok berpendapatan rendah; krisis pendidikan yang menyaksikan kemerosotan mutu pendidikan; krisis keselamatan yang menjejaskan warganegara, pelabur dan pelawat; krisis urus tadbir, khususnya kegagalan membasmi rasuah," jelas Kit Siang.
Menurut beliau, negara kini menyaksikan jurang antara kaum dan agama paling lebar dalam sejarah disebabkan dua faktor iaitu kelemahan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kempen secara sistematik dan berterusan oleh kelompok ekstremis kaum dan agama.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan penubuhan gerakan sivil yang berusaha menghidupkan dan mengembangkan gagasan kasih-sayang, keamanan, dan keharmonian yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman  sekaligus mematahkan rencana jahat pihak yang mahu mencetuskan ketegangan dan kekacauan demi matlamat politik.


KUALA TERENGGANU: Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam tadi bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas.
  
Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.
  
Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas.
  
Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
  
Bagaimanapun kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu.

Ahmad dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu agar tidak berbohong.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Menteri Besar mencabar Irfan tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar.
  
"Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya.
  
Ahmad nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur.
  
Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi. Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan.
  
Beliau telah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang merupakan rakan serumahnya dan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Feb. - Bernama

Anak Derhaka, Khinzirkan Ibu Kerana Ariana Rose

Posted By
on Wednesday, February 12, 2014
Anak Derhaka, Khinzirkan Ibu Kerana Ariana Rose | Zaman sekarang memang ramai yang gemar menjadikan laman sosial sebagai medium untuk mereka melepaskan kemarahan termasuklah terhadap keluarga sendiri.

Anak Derhaka, Khinzirkan Ibu Kerana Ariana Rose

Menurut sebuah portal informasi, seorang remaja perempuan telah memuatnaik status di Twitter yang berbunyi:
Orang tua ni main tutup suis tv pulak! Eeeeeeee b**i laaaa! Off!
Hanya kerana dileteri ibunya kerana belum menunaikan solat Maghrib kerana sibuk menonton drama bersiri popular ‘Ariana Rose’, dia dengan sewenang-wenangnya mencarut terhadap ibunya hingga terkeluar perkataan ‘babi’.

Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak? Kepada adik-adik di luar sana, kalau marah sekali pun, gunalah akal sikit. Jangan lupa, insan yang kita beri gelaran tak elok itulah yang melahirkan kita ke dunia.
Anak Derhaka, Khinzirkan Ibu Kerana Ariana Rose

Tiada ulasan:

Catat Ulasan