Isnin, 24 Februari 2014

BERJUANG UNTUK ISLAM/ALLAH BUKAN SELAIN DARIPADA ITU

Teuku Zacharyah Iskandar and Radzi Ahmad commented on this.

Calon MCA/BN N25 DUN Kajang
Datin Paduka Chew Mei Fun

Adakah mereka akan turut berkempen bagi Calon MCA/BN..?

1. PERKASA

2. Penyokong Umno yg terlalu rasist dengan Ketuanan Melayu

3. Umno Penang (isu replika Najib makan kangkung), memberi amaran kepada DAP akan timbul kembali Tragedi 13 Mei 1969.

4. NGO yang sembelih ayam tempohari (isu Teresa Kok)

5. Penyokong Umno yang elergik dengan PR kerana undi PR bermakna undi Cina DAP

6. Pelbagai yang lain..

Kita saksikan kesudahan drama lakonan BN dan Kuncu-kuncunya di Pentas Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.

"SELAMAT MENONTON"

Ini Ah Soh pun sudah jadi Mamak Pariah
Teuku Zacharyah Iskandar commented on this.

Kita akan tengok silap mata brahim ali di kajang nanti....
Tahukah kamu siapakah orang muflis itu?


Jgn kamu menjual agama mu semata2 mengejar dunia mu....
Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah

Semoga cerita yang sederhana ini dapat memberi pengajaran
yang berharga dalam perjuangan dan mempertahankan agama Allah

Anwar Ibrahim: Tazkirah Di Surau Raudhatul Mawaddah Kajang

Written By canang on Isnin, 24 Februari 2014 | 2/24/2014 12:24:00 PTG





Guru tidak perlu teruskan pelaksanaan PBS sehingga diberitahu
KUALA LUMPUR: Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan pada Ahad berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.

Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa," katanya.

KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.

Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.

Berita mula diterbitkan pada: Februari 24, 2014 09:36 (MYT)
Tag: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)12:00PM - 24 Feb 2014
BANGI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didakwa telah membazirkan RM1 juta untuk melatih 195 mentor bagi menerangkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru-guru yang terlibat di seluruh negara.

Menurut, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) Mohd Zai Mustafa, program itu gagal kerana mentor yang kononya diberi penerangan tentang PBS sendiri tidak memahami sistem tersebut.

"Mentor seramai 195 orang ini gagal memberi penerangan kepada guru-guru tentang PBS menyebabkan guru-guru sendiri tidak boleh menguasai PBS kerana tidak faham dan tidak jelas," katanya ketika ditemui di Himpunan 222 di Bangi Sabtu lalu.

Malah katanya jumlah sejuta itu terlalu besar hanya untuk melatih 195 orang mentor dalam program  yang dilaksanakan selama 15 hari.

"Ini semua membazir sahaja. Guru-guru yang susah anak murid jadi mangsa," katanya kepada Harakahdaily.

PBS yang mula dilaksanakan pada tahun 2011 mendapat bantahan daripada hampir kesemua guru di seluruh negara.

Ekoran itu, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berani tampil untuk menyatakan bantahan mereka dan meminta kerajaan memansuhkan sistem itu yang dilihat carca marba.

Sehari selepas SGMM mengadakan Himpunan 222 di Bangi, semalam Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sistem PBS ditanggunhkan kajian semula berkaitan sistem itu dibuat.

Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan sistem itu sehingga diberitahu kelak.

DAP: Gantung juga hukuman pada guru anti-PBS


Kerajaan patut membatalkan tindakan tatatertib terhadap aktivis penentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ekoran penggantungan pelaksanaan sistem penilaian itu, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, hukuman terhadap Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari tidak wajar, “jahat dan pengecut untuk menghalang kritikan munasabah dalam perkhidmatan pendidikan.

“Timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberi perhatian peribadi beliau untuk memastikan semua tindakan tatatertib terhadap Nor Izzat dan guru-guru yang mengkritik PBS dibatalkan serta-merta,” kata Lim (kiri).

Nor Izzat, guru Pendidikan Seni Visual di Jerantut yang menganjurkan himpunan menentang PBS kelmarin mendakwa ditukarkan tempat bertugas serta-merta "tanpa sebab munasabah".

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga berkata, PBS menjadikan guru seperti kerani pencatat data dan memaksa mereka bangun pada jam 2 hingga 3 pagi untuk memasukkan markah pelajar, ekoran masalah Internet.

“Masalah ini sepatutnya menjadi pengajaran berharga dalam usaha untuk mengubah sistem pendidikan negara,” katanya.

Lim juga menuntut Muhyiddin memberi laporan penuh kepada Parlimen bulan depan berkenaan masalah pelaksanaan sistem itu.

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan, guru tidak perlu meneruskan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan memaklumkan kajian semula berkaitan PBS setelah Muhyiddin berpuas hati dengan penambahbaikan dicadangkan.


Nauzubillahiminzalikk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan