Jumaat, 14 Februari 2014

ADAKAH SIFAT SUKA MELAWAN ARUS@MENENTANG...ADAKAH ORANG TU JAHAT SAMPAI MATI....ATAU ADAKAH ORANG TU BAIK SAMPAI MATI....SILA LIHAT HADIS KEEMPAT

Isteri meminang 'madu'


KEKAL romantis ke usia senja, pasangan ini hanya mahukan kebahagiaan berkekalan.
Sesampainya di Istana Budaya, lokasi yang sudah dijanjikan untuk bersua muka, hanya kelibat Datuk Zulkifli Zain sahaja yang kelihatan.
Ditanya di mana isterinya, Zulkifli Zain memberitahu isterinya ada di ruang dalam. Tidak mahu isterinya berpanas di luar, melihat kelibat saya barulah dipimpinnya si isteri untuk ditemu bual.
Benar, saat usia perkahwinan sudah menginjak ke usia 39 tahun, masih terlihat betapa romantis hubungan cinta mereka.
Hampir satu jam menemu bual pasangan ini, Normala sempat berkongsi sebuah cerita yang bukan sahaja mengejutkan, malah rasanya tidak sanggup dilakukan oleh wanita lain yang bergelar isteri.
Masakan tidak, Normala pernah meminang seorang gadis untuk dijadikan isteri buat suaminya atas rasa cinta kepada rumah tangga yang dibina.
Zulkifli yang ketika itu diam mula berkongsi cerita ketika bagaimana isterinya mula mengetahui bahawa dia sedang mengenali seorang gadis.
“Saya tidak nafikan, isteri memang memberi kebebasan kepada saya sehingga kini. Saya boleh keluar berjumpa rakan-rakan, bila-bila masa sahaja.
“Memang dia ada telefon sekiranya saya keluar terlalu lama, tetapi dia bertanya apa yang saya buat bermakna dia mengambil berat tentang saya," jelasnya.
Tetapi lelaki juga ada nakalnya dan Zulkifli sendiri menceritakan bagaimana dia menyalah gunakan kepercayaan yang diberikan isterinya.
“Ketika dia tahu saya menaruh hati pada seorang gadis, dia cakap mahu berjumpa dengan gadis itu dan mahu meminang untuk pihak saya.
“Masa itu, dia sendiri yang pergi meminang, mungkin dia tidak mahu saya terjebak dengan dosa atau sebagainya.
“Malah, ketika itu, isteri menyuruh saya untuk duduk di belakang bersama dengan gadis itu sementara dia memandu kereta," kongsinya.
Tambah Zulkifli, mungkin sudah ditakdirkan tiada jodoh, perkahwinan itu tidak menjadi dan bila difikirkan semula, itu menunjukkan pengorbanan isteri kepadanya.
Bagi Normala, tipulah jika dia tidak mempunyai secubit perasaan cemburu. Tetapi baginya, apa guna untuk memaksa seseorang itu untuk kekal mencintai dirinya seorang.
“Masa itu memang tidak boleh terima suami bercinta dengan gadis lain. Apatah lagi mengenangkan perkahwinan kami sebelum ini mendapat tentangan keluarga.
“Tapi saya fikir kembali, kalau saya tak beri kahwin, dia akan buat juga di belakang dan saya tidak mahu ia menjadi sesuatu yang lebih buruk.
“Cuma saya dah pesan awal-awal, sekiranya dia berat sebelah, maka saya akan minta dia untuk berpisah dengan saya," katanya.
Tetapi jodoh pasangan ini lebih kuat. Biarlah badai memukul bahtera, jodoh mereka tetap kuat dan romantisnya hingga kini.
Kerana sepasang kebaya
Dari mata turun ke hati.Itu kesimpulan yang boleh dibuat bila mendengar kisah bagaimana hati Zulkifli buat pertama kali tertaut dengan isterinya.
Menceritakan detik yang masih diingati jelas itu, cerita Zulkifli, ketika itu dia dan Normala berada dalam satu kumpulan tarian telah dijemput untuk menghadiri majlis keraian di rumah salah seorang Menteri Kebudayaan ketika itu.
“Pada malam itu, saya seperti terpukau melihat Normala. Dia tampak istimewa dan dengan sekali pandang, saya terus terpaut hati.
“Ketika itu saya memang suka dengan wanita berkebaya dan Normala pada malam itu tampil dengan kebaya dan bercucuk sanggul," katanya tersenyum mengingat kisah manis itu.
Ketika majlis tari menari, Zulkifli tampil memaut tangan Normala mengajaknya untuk menari.
“Ketika itu, joget lambak ini memang biasa. Masa itu, saya terus terang dengan dia. Saya cakap, you nak kahwin dengan I tak?"
Normala yang mendengar kisah ini menyelit.
“Bukan macam itu dia cakap. Masa tari menari itu, dia terus cakap, jom kahwin. Saya pula masa itu terus balas, 'jom," kata Normala menahan tawa.
Menyambung bicara, Zulkifli memberitahu, selepas dia menyatakan hasratnya itu, baharulah mereka mula berbincang untuk berkahwin dan bermulalah episod cinta mereka.
“Ketika hendak berkahwin, ibu bapa Normala tidak beri kebenaran apatah lagi beza umur kami 11 tahun. Dia ketika itu baharu berusia 17 tahun.
“Masa itu, ibu bapa Normala menyuruh dia untuk berhenti kerja sebagai penari supaya kami tidak dapat berjumpa lagi, " ujarnya.
Tambah Zulkifli, mungkin sudah jodoh, mereka berkahwin dan ketika itu, dia sedar, ibu bapa mertuanya tidak suka dengan dirinya.
“Hendak buat bagaimana, kami saling mencintai. Tetapi saya pun ada cuba mengambil hati kedua ibu bapa mentua selepas berkahwin.
“Alhamdulillah, selepas kami menimang cahaya mata (Norzizi) baharulah mentua mula menerima saya sebagai menantu," katanya yang sedikit pun tidak berkecil hati.
Suami banyak membantu
Dari luaran, nampak Normala ceria sahaja. Hakikatnya keadaan hidupnya agak terjejas ekoran masalah matanya yang kini buta sebelah kiri akibat penyakit kencing manis semenjak lebih dua tahun lalu.
“Suatu hari, ketika bangun pagi, saya langsung tidak nampak apa-apa. Masa itu memang rasa tertekan dan menangis sebab semuanya dah gelap. Ketika itu, bermacam-macam perasaan negatif mula bermain di minda. Malah, ada ketika saya merasakan suami saya akan meninggalkan saya," katanya.
Di sebalik pemikiran negatif itu, Normala sangat bersyukur kerana dikurnia seorang suami yang begitu mengambil berat tentang dirinya.
"Sekarang saya sudah mampu menerima hakikat. Anak-anak dan cucu-cucunya banyak memberi semangat. Ini dugaan tuhan dan saya terima dengan hati yang reda dan kita memohon yang terbaik untuk diri," jelasnya, pasrah.
Bagi Zulkifli, mana mungkin dia akan meninggalkan isterinya saat wanita itu memerlukan dia sebagai kekuatan dalam hidupnya.
“Saya akan bantu dia. Malah, makan pun saya yang suapkan. Bukan sebab tak nampak, tetapi saya buat sebab itu menjadi pengikat kasih kami. Memasak pun saya yang buat sekarang ini. Saya akan tanya apa yang dia hendak makan, dan saya akan masakkan untuk dia," jelas Zulkifli.

MASIH BEBAL DAN PRIMITIF...

Mingguan The Heat yang digantung permit penerbitannya pertengahan Disember 2013 kembali di pasaran minggu lalu, edisi 8 Februari 2014. Saya tercari-cari juga akhbar sensasi itu; mahu melihat kemungkinan penampilannya berbewda. 


Agak sukar mendapatkannya. Di kedai biasa saya melanggan akhbar, ia laris. Ya, KDN dan rakan-rakan pejuang kebebasan akhbar, khususnya GERAMM telah berjaya mempopularkan The Heat. Demonstrasi di tengah bandaraya semasa hujan lebat, kempen melalui laman sosial, majlis forum serta bantahan tokoh media dalam dan luar negara, juga ahli politik kerajaan mahupun oposisi, tentu saja membuatkan pentadbiran Najib Razak sedikit terusik.

The Heat kini menjadi lebih dikenali dan ditunggu "kepulangannya". Saya terpaksa meminta bantuan seorang teman mendapatkan naskhah isu ke-16 tabloid tersebut. Berdasarkan tatapan sepintas lalu, saya kira, persembahan dan kandungannya tidak banyak berubah. Masih menyimpan bahang! Sekalung tahniah buat rakan-rakan di sana.
Fokus muka depannya juga menarik. Mengimbau gelombang baru "student power', juga tema kegemaran saya sejak menulis pada awal 1980-an. Sosok ikon mahasiswa, Adam Adli, yang masih digantung pengajian oleh UPSI, disorot.
Sudah pasti ada cerita tentang kebebasan media, penghargaan buat mereka yang membantah penggantungan The Heat, selain episod Anwar Ibrahim dan pilihan raya kecil Kajang, peningkatan kos sara hidup, impak GST terhadap kos perubatan, langkah penjimatan kerajaan, PTPTN serta eksklusif bersama Ani Arope, bekas Pengerusi Eksekutif TNB, yang tidak dapat daripada kontroversi IPP (independent power producer).
Ani menyifatkan rundingan mengenai IPP sangat berat sebelah dan kerajaan meluluskan penjana kuasa bebas itu tanpa memikirkan keperluannya, dengan terma-terma yang merugikan wang rakyat apabila TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga lebih tinggi.
Berdasarkan reaksi masyarakat, terutama pengamal media, terhadap penggantungan The Hebat, isu kebebasan akhbar bagaikan sudah diterima sebagai agenda penting nasional dan penerbit-wartawan yang digantung atau diharamkan penerbitan mereka tidak lagi merintih sendiri. 
Amarah itu dikongsi bersama. Berbeda sama sekali ketika KDN mengamuk sejurus keputusan Pilihan Raya Umum 1999 yang mengejutkan Umno itu. Tiga permit penerbitan berbahasa Melayu yang dilihat cenderung kepada gerakan reformasi yang dipimpin Anwar, mingguan Eksklusif, majalah-majalah Detik dan Wasilah, dibatalkan. Akhbar dua kali seminggu Harakah dipancung kekerapannya menjadi dua kali sebulan. Reaksi rakyat sekadar suam-suam kuku dan mudah  sejuk.
Namun begitu, malang masih berulang, kembalinya The Heat ke pasaran rupa-rupanya tidak bermakna pentadbiran Najib benar-benar menghormati hak kebebasan bersuara. Elit pemerintah masih kekal angkuh, sombong dan sentiasa mahu menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya yang berkuasa dan boleh menentukan apa saja. Lebih penting, jangan sama sekali cuba mencabar ego penguasa.
Akhbar harian umum FZ Daily, terbitan syarikat yang menerbitkan mingguan perniagaan The Edge, yang baru mendapat permit dan isu pertamanya belum pun muncul di pasaran menjadi mangsa terbaru kerakusan KDN. 
(Ingat apa komen menterinya, Zahid Hamidi, terhadap tindakan menyembelih dua ekor ayam, menyimbah darahnya ke atas kain rentang sebagai ugutan kepada Teresa Kok, selain  tawaran upah RM1,200 menampar Ahli Parlimen DAP itu).
Permit FZ Daily diterima The Edge Communications Sdn Bhh melalui surat KDN bertarikh 20 Ogos 2013. Sebenarnya permohonan awal telah dibuat pada Oktober 2012 lagi. Pembayaran permit sebanyak RM2,000 dilunaskan dua hari selepas diluluskan. Bagaimanapun seminggu kemudian KDN mengeluarkan surat menangguhkan permit berkenaan.
Dan pada 5 Februari lalu, apabila syarikat The Edge mendapat kebenaran awal untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas tindakan KDN, di sebelah paginya, tiba-tiba pada sebelah petang hari yang sama, muncul surat baru KDN yang memaklumkan: "... Kementerian ini telah mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan ... dan permohonan permit penerbotan FZ Daily adalah TIDAK DILULUSKAN. Sehubungan itu, kelulusan .... bertarikh 20 Ogos 2013 adalah DIBATALKAN".
Ya, cukup menjolok mata sekali. Keputusan U-turn yang langsung tidak bermaruah, tidak diasaskan kepada rasional dan logika, menjelaskan lagi budaya rimba yang menganggap boleh berbuat apa saja. Mungkin klausa Seksyen 6(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan diperalatkan, iaitu: "Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu permit selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak."
Justeru, sesiapa pun tidak akan terkejut apabila pemantau antarabangsa, Wartawan Tanpa Sempadan, yang berpusat di Perancis, menyenaraikan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2014 pada tangga ke-147 daripada 180 negara, merosot dua angka berbanding tahun lalu. Ini adalah rekod terburuk pernah dicapai Malaysia.
Kebebasan berkarya juga tercemar apabila RTM turut menggantung penyiaran sitkom 88 Kopitiam hanya disebabkan salah pelakonnya muncul dalam klip video Tahun Baru Cina, 'Onederful Malaysia', yang membabitkan Teresa.
Pelakon wanita itu, Lim Chin Miau  berlakon sebagai "Mrs Jit", seorang pakar feng shui, digambarkan sebagai wanita gemuk berambut tebal yang menyukai barang kemas dan beng tangan.
Seperti artikel The Heat yang menyinggung perbelanjaan mewah Perdana Menteri dan isteri, sehingga ia digantung permitnya, klip video satira politik itu juga dilihat merujuk gaya hidup Rosmah Mansor, terutama apabila mengaitkannya dengan cincin berlian, beg tangan berjenama, hartanah di New York.
Pada 11 Februari lalu, pihak polis bertindak "pantas dan cekap". Lim disoal siasat hampir dua jam. Ditanya hampir 30 soalan berkaitan kandungan video jenaka berkenaan.Dua hari sebelumnya, RTM telah menggantung sitkom popular Cina, Kopitiam 88 atas alasan program itu menampilkan pelakon 'Onederful Malaysia'.
Baguslah jika aksi PDRM sememangnya tangkas dan sensitif dengan persoalan ketenteraman awam. Teresa juga wajar disiasat menurut saluran undang-undang jika diperlukan, tetapi pelik sekali apabila tawaran untuk menamparnya langsung tidak diambil peduli polis.
Malah Zahid menganggap ugutan tampar Teresa bukan satu ancaman dan oleh itu tidak perlu disiasat. Tepat kali bidasan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar: "Saya minta Zahid bercakap sebagai Menteri Dalam Negeri, jangan bercakap sebagai penaung Perkasa."
Saya dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa pihak tidak bertanggungjawab cuba menganggu Teresa dan keluarganya, dengan pelbagai ancaman, apatah lagi apabila media menggambarkan beliau menghina orang Melayu, agama Islam dan juga merendah-rendahkan pasukan keselamatan.
"Harakah perlu bantu Teresa. Masih banyak suara rasional yang tidak terpengaruh dengan propaganda lapuk itu. Majoriti orang Melayu langsung tidak merasakan klip video itu menghina Melayu, apatah lagi Islam, tetapi ia mungkin menyebabkan pemimpin yang suka membazir dan bermewah-mewah ketika  rakyat susah akan terasa," ujar Mohamad.
Terbukti, KDN dan elit politik Malaysia bukan masih bebal dan tertutup mindanya tetapi juga sering beraksi tempang dan saling bercanggah. Kembalinya The Heat tidak bermakna situasi kebebasan bersuara lebih jernih dan terbuka. Tidak juga bermaksud KDN, Najib dan Zahid bersedia mendengar suara berbeda.
Cabaran ini mengingatkan bahawa perjuangan membebaskan kongkongan media tidak pernah selesai. Sekurang-kurangnya pengisian Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang dirayakan setiap 3 Mei perlu mendapat kesegaran baru. tapi, bagaimana ya?
12:19PM - 14 Feb 2014

'Ampun Tuanku, jangan lantik Taib Mahmud'


Pemuda PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dibersihkan daripada dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terlebih dahulu sebelum dilantik Tuan Yang Terutama (TYT).

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat yang mengetuai rombongan sayap parti itu menyerahkan memorandum itu kepada Penolong Ketua Pentadbiran Istana Negara Zainul Din Mohd Nor di Istana Negara pagi ini.

Sembilan daripada 12 muka surat memorandum itu menyebut berhubung dakwaan tersebut melibatkan Taib, yang dilaporkan oleh media dan pelbagai NGO secara meluas.

"Berdasarkan lampiran, saya berharap Yang di-Pertuan Agong mempertimbang supaya tidak melantik Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri sehingga beliau dibersihkan daripada tuduhan penyelewengan dan salah guna kuasa," memorandum yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pemuda PAS Anak Sarawak Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, dipetik. 
RM1.6 juta kos PRK Kajang terlalu mahal
Posted on Friday, February 14 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin tidak menolak kemungkinan SPR menggunakan PRK ini untuk menguntungkan pihak ketiga.
PETALING JAYA: Peruntukan kos RM1.6 juta bagi mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dilihat terlalu mahal.

Penyelaras NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, kos yang dianggarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu agak tinggi berbanding kos perbelanjaan PRK DUN Kuala Besut yang tidak mencecah RM1 juta.

Selain keadaan logistik pengangkutan di Kajang jauh lebih baik berbanding Kuala Besut, beliau menuntut SPR menyenarai dengan lebih terperinci jenis perbelanjaan PRK Kajang sepertimana yang diumumkan.

“Tidak ada perbelanjaan baru buat SPR, tiada kenderaan baru yang dibeli, tiada perkakasan baru yang dibeli melainkan kertas undian, jadi di manakah kos pilihan raya yang tinggi ini disalur,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan SPR menggunakan PRK ini untuk menguntungkan pihak ketiga seterusnya menyebabkan kos perbelanjaan melambung tinggi.

“SPR seharusnya lebih efisyen dan memanfaatkan sepenuhnya sumber
tenaga pekerja SPR yang diberi gaji bulanan,” katanya.

Minggu lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff menganggarkan kos perbelanjaan PRK DUN Kajang adalah RM1.6 juta, jauh lebih tinggi berbanding RM750,000 semasa PRK DUN Kuala Besut, Terengganu pada Julai tahun lalu.

Seramai  39,278 pengundi

PRK Kajang melibatkan 39,278 pemilih berdaftar, 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

Seramai 673 petugas pilihan raya dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya dan diketuai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman sebagai pengurus pilihan raya.

Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian, iaitu tiga pusat mengundi bagi undi awal, dan 15 pusat mengundi bagi pengundian biasa.

Manakala Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi dipilih
sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan rasmi undi.

PRK DUN Kajang ditetapkan pada 23 Mac manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Kerusi itu kosong berikutan perletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Sekaligus memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai calon demi ‘menyelamatkan Selangor’.

Lee menang kerusi DUN Kajang pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.-fmt

Friday, February 14, 2014


Janji tak ditepati.. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang


Apabila kita menulis, bercakap, berdiskusi dan menyelidik mengenai perjuangan orang Melayu, maka kita akan mendapati beratus-ratus pemuda Melayu yang telah bekerja sebagai Polis Khas – special constable (SC) -, menjaga segenap tempat dari serangan pengganas komunis.

Di antaranya, ladang getah dan lombong bijih. Mereka itu dibawah pimpinan pegawai-pegawai bangsa Yahudi yang bergelar Tuan Palestin.

Ramai anggota polis khas yang telah terkorban, mereka yang telah berhenti dari perkhidmatan, tidak mendapat apa-apa habuan atau hadiah kerana pengorbanan mereka.

Tetapi sebaik-baik sahaja perdamaian antara Kerajaan Siam, Kerajaan Malaysia dengan parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Thailand (PKT) selesai diadakan di Thailand, maka Kerajaan Malaysia dengan ihsan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid telah membiayai tiga bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bersama isteri masing-masing menunai fardu haji di Mekah.

Mereka itu, ialah Rashid Maidin, Abdullah C D dan Abu Samah Kassim. Mereka telah berangkat ke Tanah Suci Makah melalui lapangan terbang antarabangsa Bangkok, Thailand.. baca di SINI

Di bawah pimpinan Abdullah CD, Chin Peng dan Rashid Mydin, dari Parti Komunis Malaya serta suku sakat mereka berjumlah ribuan orang tinggal dengan selesa di empat buah perkampungan baru secara kelompok di Chulaborn, Sukhirin , Daerah Weng, Selatan Thailand yang hanya bersebelahan tenggara Grik Perak.

Pada tahun 1989, semasa perjanjian perletakan senjata, perjuangan mereka telah mendapat penghargaan oleh Kerajaan Thailand dengan memberikan kerakyatan Thai melalui perjanjian Damai Hatyai dan dianugerahkan pemilikan tanah secara kelompok.

Bekas Komunis ini ditatang bagai minyak yang penuh dan menjalani kehidupan yang jauh lebih baik dari ribuan bekas tentera yang memerangi mereka dahulu.

‘’Kera di hutan di susukan; Anak di rumah mati kelaparan’’, yang membawa maksud yang sama apabila Komunis mendapat pembelaan; tentera kita merempat dibiarkan bergelandangan? .. baca di SINI

Dimana letaknya harga diri pejuang Negara disisi kerajaan dan rakyat negara ini?

Mengapakah pejuang agama, bangsa dan tanah air di pinggirkan dan dibiar merana di negara sendiri?

Baca ni..

Beratus keluarga bekas pengakap bakal diusir

Beratus keluarga bekas anggota pengakap sempadan yang ditubuhkan untuk mempertahankan gagasan Malaysia menentang konfrontasi Indonesia pada 1962 kini berhadapan dengan ancaman diusir dari petempatan mereka kerana kawasan hendak diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wakil mereka Saidi Jaimin berkata, pesara pengakap sempadan dan keluarga kini makin risau penempatan mereka sekarang di atas tanah Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) Keningau dikatakan sedang diambil alih oleh pihak PDRM.

Saidi, 64, selaku Presiden Penaja Persatuan Bekas Anggota Polis Pengakap Sempadan Sabah (PPPSS) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman supaya mengiktiraf sumbangan pengakap sempadan yang telah turut bermandi darah berjuang untuk negara.

“Kami berterima kasih kepada apa jua bantuan kerajaan kepada anggota kami sebelum ini, namun tapak tanah untuk keluarga pesara-pesara pengakap sempadan dan balu-balu serta anak mereka amatlah penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga kami,” katanya ketika dihubungi selepas FMT melihat keluhan-keluhan anggota pengakap sempadan termasuk di satu blog pro-mereka.

Saidi menyertai pasukan pengakap sempadan pada tahun 1966 sehingga 1976 dan kemudian menyertai PDRM.

Beliau pernah terlibat dalam pertempuran dengan pihak musuh di Kalabakan sepanjang konfrontasi (1962-1966) dan pernah dipanggil bertugas di Kuala Lumpur ketika berlaku kekacauan Peristiwa 13 Mei 1969.

Saidi yang juga pengerusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Ranau, kini berada di ibu negara bersama beberapa rakannya dalam PPPSS dalam usaha mereka mendapat sokongan mendapatkan tapak tanah kerajaan seluar 46 ekar terletak kira-kira empat kilometer dari bandar Keningau.

Menurut Saidi pada satu masa terdapat lebih 650 anggota pengakap sempadan tetapi kini hanya kira-kira 300 yang masih hidup, sementara yang lain tinggal balu dan anak-anak mereka.

Katanya yang masih tinggal di bekas kuarters polis hutan yang sudah terlalu usang dengan tandas rosak sekarang ada lebih 300 orang dari 102 keluarga.

Dianggarkan ada sekitar 10,000 orang berasal dari keluarga pengakap sempadan berada di sekitar pedalaman iaitu Keningau, Tenom dan Pensiangan.

Kebanyakan mereka terbiar dan yang masih tinggal di penempatan kini bimbang kerana papan tanda dan notis larangan telah dipasangkan, malahan sudah ada pihak-pihak yang cuba menghalau dan menakut-nakutkan mereka.

Kebanyakan anggota Pengakap Sempadan ini dulu tidak mempunyai rumah atau tanah, dan sebahagian besarnya kembali ke rumah orang tua masing-masing apabila mereka bersara dari khidmat.

Janji tidak ditepati?


Kini ramai mereka sudah tua dan uzur memerlukan bantuan serta jarak dekat dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, bagaimanapun mereka tidak mampu membeli rumah, kata Saidi.

Dipercayai kawasan yang mereka diami sekarang dirancang diambil semula oleh kerajaan untuk pembinaan penempatan tambahan kepada anggota polis.

“Mereka ingin mengambil tempat ini sedangkan dahulu kami memang dijanjikan untuk diberikan kawasan khas untuk pengakap sempadan. Kawasan baru yang telah dibina untuk kediaman polis sehingga sekarang pun belum penuh diisi, kini mereka mahu ambil pula kawasan kami. Apakah niat mereka sebenar ini,?” kata seorang anak bekas anggota pengakap sempadan itu.

FMT juga telah melihat satu surat yang ditanda tangani Setiauaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Mohammad Ammir Haron pada 6 Mac 2013 untuk Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar, supaya menimbang perkara permohonan anggota-anggota pengakap sempadan terhadap kawasan 46 ekar yang mereka sedang duduki sekarang.

Ismail kini Duta Besar Malaysia ke Perancis, dan para pejuang pengakap sempadan masih bergelut untuk mendapatkan pembelaan terhadap nasib mereka.

Atas kesedaran itu, baru-baru ini lebih 50 orang pesara pengakap sempadan Sabah telah berkumpul di bekas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di sini untuk menubuhkan PPPSS.

Saidi yang turut hadir dalam pertemuan itu, berkata mereka sedang mengurus pendaftaran PPPSS di Pejabat Pendaftar Perrtubuhan (ROS) Kuala Lumpur bagi memperjuangkan keluarga pejuang negeri.

Pengakap sempadan Sabah asalnya ditubuhkan khas sebagai satu unit tentera British Borneo dan anggota-anggotanya diambil dari penduduk kawasan sepanjang sempadan Sabah (ketika itu Borneo Utara) dengan Indonesia.

Sebahagian besar anggotanya adalah dari kaum Murut, Lundayeh dan juga Dusun serta Iban di kawasan Kalabakan.

Mereka ini berjuang bersama unit tentera Gurkha British dan mendapat latihan termasuk oleh pegawai tentera orang Asli Semenanjung yang dikenali sebagai Senoi Praq ~ Free Malaysia Today


Berita

Cara Waythamoorthy tangani masalah masyarakat India salah sejak daripada mula – M Kulasegaran

Kula1
KUALA LUMPUR, 11 FEBRUARI: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran berkata, beliau tidak hairan dengan pengunduran Presiden Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), P Waythamoorthy daripada Kabinet, kerana sudah maklum PHM sejak daripada mula menggunakan pendekatan salah untuk menyelesaikan masalah kemiskinan masyarakat India.
Beliau mengulas keputusan Waythamoorthy yang meletakkan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, kerana kegagalan kerajaan menangani masalah itu, seperti memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan PHM sebelum PRU-13.
Katanya, PHM hanya melihat kemiskinan masyarakat India secara terpisah daripada keseluruhan masyarakat terpinggir tanpa mengira kaum di Malaysia.
Katanya lagi, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat yang melihat masalah itu sebahagian daripada isu kemiskinan seluruh rakyat Malaysia dan tidak menggunakan pendekatan berasaskan kaum.
“Cara Pakatan Rakyat ada peluang lebih besar untuk berjaya kerana ia dapat sokongan semua kaum. Ia juga ada kelebihan apabila melihat kemiskinan sebagai masalah negara, tidak terhad kepada mana-mana kaum,” katanya memetik laman Malaysiakini, 9 Februari lalu.
MoU yang ditandatangani itu menggariskan janji BN antaranya memulihkan keadaan pekerja estet, menyelesaikan masalah kewarganegaraan dan peluang pekerjaan serta pendidikan.
PHM pula menjanjikan undi masyarakat India bagi membantu BN mendapat majoriti dua per tiga pada PRU-13.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata, beliau tidak terkejut dengan Waythamoorthy yang mendapati UMNO/BN tiada iltizam untuk menyelesaikan masalah kemiskinan masyarakat India.
“Apa yang mengejutkan saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lain adalah bagaimana PHM boleh percaya BN serius untuk menangani masalah itu secara bersepadu. BN hanya tandatangani MoU itu untuk dapat undi masyarakat India,” katanya.
Kegagalan mendapatkan undi itu, katanya lagi, memberi lebih alasan kepada Perdana Menteri untuk terus mengabaikan MoU itu selepas PRU-13. -Roketkini.com

 Kes saman fitnah Wan Ahmad ditangguh 27 Feb
Posted on Friday, February 14 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan kepada 27 Feb ini keputusan kes saman fitnah yang difailkan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan empat yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah.

Peguam Wan Ahmad, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu para pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menangguhkan keputusan kes itu yang sepatutnya disampaikan pada hari ini di dalam kamarnya yang turut dihadiri peguam kesemua defendan, Azhana Mohd Khairuddin.
   
Beliau berkata mahkamah masih belum membuat keputusan sepenuhnya kerana perlu meneliti beberapa penjelasan antaranya berkenaan isu penerbitan dalam akhbar Harakah dan dokumentasi melibatkan defendan ketiga dan keempat.
   
Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau Mat Sabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Jan tahun lepas.
   
Selain Mohamad, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.
   
Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah. -Bernama/hd

Gempar, Misteri air sungai berubah merah darah

sungai tanjung laut selatan tiba-tiba berubah warna merah3SAMARINDA - Penduduk tempatan heboh dan kecoh apabila sebatang anak sungai di Bontang Selatan, Kalimantan Timur yang berubah menjadi warna merah.
Menurut berita yang dilaporkan oleh KOMPAS.com, misteri air sungai yang tiba-tiba berubah menjadi merah seperti darah itu berlaku pada Selasa, lalu.
Pihak polis dan penduduk setempat pada awalnya mengesyaki kejadian perubahan warna air sungai tersebut berpunca daripada pembuangan sisa cat atau perwarna ke dalam anak sungai terbabit.

Hasil siasatan polis ke atas tiga orang suspek yang disoal siasat mendapati kejadian terbabit berpunca daripada pembuangan sisa pembersihan tong yang mengandungi pewarna organik.

sungai darah merah2(m)Menurut Polis Bontang, AKBP Heri Sasangka, lima tong yang berukuran 200 liter sudah dirampas dan ketiga-tiga suspek telah dibebaskan setelah selesai disoal siasat.
Pihak Polis Bontang juga telah mengambil dan menghantar sampel air sungai untuk ujian.
“Jika hasil ujian air itu mengandungi sisa-sisa yang berbahaya dan memudaratkan, kes ini akan disiasat dengan lebih terperinci lagi,” ujar Heri, lapor Awani.
Tambahnya, hasil ujian akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga hari.
Keadaan air sungai kini dilaporkan telah kembali normal namun, penduduk setempat masih lagi terkejut dengan kejadian itu.

Kerajaan Terengganu sedia kemudahan Wifi percuma

Kerajaan Terengganu sedia kemudahan Wifi percuma

 Bagi memudahkan orang ramai dan pelancong mengakses internet, kerajaan negeri menyediakan kemudahan Wi-fi secara percuma di 600 lokasi strategik melibatkan peruntukan RM30 juta.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kemudahan itu sedang dan akan dipasang di tempat-tempat tumpuan orang ramai terutama di semua Pejabat Daerah dan Tanah, stesen bas, pasar, kawasan bandar, perpustakaan dan Planetarium negeri termasuk pusat-pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kerajaan Terengganu sedia kemudahan Wifi percuma
Kerajaan Terengganu sedia kemudahan Wifi percuma
“Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini telah dipasang dengan kemudahan itu dan ia sudah boleh digunakan mulai hari ini.
“Untuk tahun ini kita pasang dulu sebanyak 600 Wi-fi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai, kalau tidak mencukupi kita akan tambah mengikut keperluan sesuatu tempat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival ICT Terengganu anjuran bersama Unit Pengurusan Maklumat Negeri  dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat Negeri A. Latif Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif PSKT Ahmad Farhan Abdul Wahab.
Ahmad berkata, tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong turut diberi keutamaan seperti di Kuala Besut dan kemudahan itu akan dipasang di jeti bot berkenaan kerana ramai pelancong yang akan ke Pulau Perhentian.
“Hasrat kita ialah untuk menyediakan kemudahan itu di semua tempat di negeri ini untuk orang ramai terutama pelancong dan orang muda mengakses maklumat yang sebelum ini mereka terpaksa ke hotel, siber kafe atau restoran yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan kemudahan itu,” katanya.
Sementara itu Ahmad berkata, beliau telah menamatkan akaun Facebooknya tahun lepas kerana bosan dengan kerenah dan gangguan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. – Bernama
Sumber : Sinar

Hadits 4: Nasib Manusia Telah Ditetapkan


HADITS KEEMPAT

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ   ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ      أَوْ سَعِيْدٌ.    فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ  الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا                              
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah Hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan : Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada Ilah selain-Nya, sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli surga hingga jarak antara dirinya dan surga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli surga  maka masuklah dia ke dalam surga.
(Riwayat Bukhori dan Muslim).
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1.     Allah ta’ala mengetahui tentang keadaan makhluknya sebelum mereka diciptakan dan apa yang akan mereka alami, termasuk masalah kebahagiaan dan kecelakaan.
2.     Tidak mungkin bagi manusia di dunia ini untuk memutuskan bahwa dirinya masuk surga atau neraka, akan tetapi amal perbutan merupakan sebab untuk memasuki keduanya.
3.     Amal perbuatan dinilai di akhirnya. Maka hendaklah manusia tidak terpedaya dengan kondisinya saat ini, justru harus selalu mohon kepada Allah agar diberi keteguhan dan akhir yang baik (husnul khotimah).
4.     Disunnahkan bersumpah untuk mendatangkan kemantapan sebuah perkara dalam jiwa.
5.     Tenang dalam masalah rizki dan qanaah (menerima) dengan mengambil sebab-sebab serta tidak terlalu mengejar-ngejarnya dan mencurahkan hatinya karenanya.
6.     Kehidupan ada di tangan Allah. Seseorang tidak akan mati kecuali dia telah menyempurnakan umurnya.
7.     Sebagian ulama dan orang bijak berkata  bahwa dijadikannya pertumbuhan janin manusia dalam kandungan secara berangsur-angsur adalah sebagai rasa belas kasih terhadap ibu. Karena sesungguhnya Allah mampu menciptakannya sekaligus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan