Khamis, 16 Januari 2014

TERSANGAT BIUL....TERSANGAT BODEK

Gambar 2 remaja perempuan tersengih kebas duit di ATM dicari

Written By canang on Khamis, 16 Januari 2014 | 1/16/2014 09:32:00 PTG

Dua orang remaja perempuan kini dicari apabila gambar-gambar CCTV mendedahkan wajah mereka sebagai suspek pencuri duit dalam mesin ATM.

Kejadian berlaku apabila pengadu, Puan Sanizabri Nurul 'Ain terlupa mengambil kad banknya semula daripada ATM RHB di Festival City. Beliau menyedari kejadian itu setelah balik ke pejabat. Namun semuanya sudah terlambat apabila beliau menyemak baki akaunnya menunjukkan terdapat transaksi pengeluaran sebanyak RM2000.

Setelah membuat laporan Polis, Puan Sanizabri kembali semula ke bank tersebut untuk mendapatkan salinan rakaman CCTV. Melalui rakaman itu, jelas menunjukkan dua orang remaja perempuan mengambil peluang dengan mengeluarkan duit beliau.

Bertambah kecewa apabila melihat kedua-dua remaja itu tersengih-sengih keluar daripada bank seolah-olah mendapat durian runtuh.

Kronologi: Pengadu daftar nombor telefon di mesin ATM, kemudian resit akan keluar menunjukkan proses daftar berjaya. Namun, kad masih di dalam dan masih boleh membuat transaksi. Pengadu terlupa dan terus belah, dua remaja ambil peluang keemasan.

Beliau mengakui turut bersalah kerana kecuaian diri sendiri. Namun, perbuatan remaja itu yang mengambil kesempatan tidak boleh dibiarkan. Semoga kedua-dua suspek itu berjaya dikesan agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

Sumber

Thursday, 16 January 2014

INILAH WAJAH SEPASANG SUAMI ISTERI YANG DITAHAN OLEH PIHAK BERKUASA SWEDEN ATAS KESALAHAN MENDERA ANAK MEREKA KERANA TIDAK MENUNAIKAN SOLAT!!!!




Heboh baru-baru ini kisah sepasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak. Mereka ditahan sejak pertengahan Disember lalu dan bakal dibicarakan pada 16 Januari ini.

Suami Azizul Raheem Abdullah merupakan seorang pegawai Lembaga Penggalakan Pelancungan Malaysia yang berkhidmat di Stockholm, sementara isterinya Shalwati Nurshal seorang pendidik sekolah menengah pula mengambil cuti tanpa gaji untuk bersama suami di negara itu.

Pihak Wisma Putra memberitahu bahawa pihaknya akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.

Menurut sumber, kesemua anak-anak dilapor berada di bawah penjagaan pihak kebajikan masyarakat Stockholm.

Jumaat lalu, media melaporkan pasangan itu ditahan atas sebab menghukum anak kerana tidak menunaikan solat.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan. 3:21PM Jan 16, 2014

Amalan buruk mengampu dan membodek


      
     Budaya mengampu adalah satu amalan lazim yang wujud di dalam masyarakat kita. Hal ini wujud bukan sahaja di platform tertinggi dalam kerajaan, malah turut wujud secara kecil-kecilan di peringkat organisasi dan masyarakat.Budaya ini turut menjalar begitu luas dikalangan kakitangan kerajaan  sehinggakan seringkali menwujudkan perasaan irihati dan dengki dikalangan pekerja-pekerja.

     Mengampu juga dikenali sebagai membodek. Di kalangan pelajar cukup terkenal dengan istilah 'kipas'. dan bodek dikalangan kakitangan awam ciri-ciri negatif mengampu mempunyai agenda yang tersembunyi dan kerap kali digunakan untuk kepentingan diri pengampu. Kita dapat lihat, seorang pekerja bawahan cuba mengampu ketua atasannya agar kenaikan pangkat dipercepat atau inginkan pengaruh dari orang atasan melalui pelbagai cara. 

      Asasnya ia adalah satu pujian terhadap pencapaian atau usaha seseorang. Namun begitu, masyarakat kita sering menambah-nambah dalam pujian ataupun terlebih memuji menyebabkan pujian tersebut hilang elemen keikhlasannya. Tambahan pula, pujian tersebut mempunyai niat atau agenda yang tersembunyi. Ketika itulah pujian yang diberi berniat untuk mengampu.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis:

 Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w: "Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah)" ( Riwayat Al-Bukhari )

'Memotong belakang' dalam konteks ini merujuk kepada pujian berlebihan yang tidak wujud pada individu tersebut sehingga menghancurkan keikhlasan, merosakkan hati dan membuat diri sentiasa hebat (rujuk http://www.zaharuddin.net).

     Kebiasaannya, mengampu membawa imej yang buruk dikalangan pendengar. Sebut sahaja mengampu, pandangan negatif terpapar di kotak fikiran seseorang. Adakah amalan mengampu boleh membawa kepada kebaikan atau jelas ternyata sebagai perlakuan yang salah di sisi agama dan etika?

       Peri  bahayanya pebuatan mengampu ini bukan sahaja akan dirasai oleh pegampu itu sendiri malah akan member kesan buruk kepada mereka yang diampu dan sahabat serta rakan-rakan pengampu tadi. 

Kesan kepada mereka yang diampu

        Mereka yang kerap diampu terdiri daripada golongan yang berkuasa dalam sesebuah organisasi seperti guru atau pensyarah bagi golongan pelajar , pemimpin bagi golongan menteri atau pemimpin bawahan rakyat dan ketua-ketua jabatan dalam sesebuah organisasi .

Dalam sebuah  hadis Rasulullah  S.A.W. menyebutkan:-

‘Tidak ada seorang pemimpin yang mana Allah berikan kuasa kepadanya melainkan  ada dua jenis penasihat kepadanya  , penasihat yang menggesanya kearah kejahatan dan penasihat yang menggesanya kearah kebaikan”.

      Penasihat yang buruk ini termasuklah mereka yang mengampu , iaitu menggula-gulakan pemimpin atau ketuanya sehingga tertutup  hakikat sebenar. Dalam Islam pemimpin sejati seharusnya mempunyai 2 ciri iaitu  ‘ akkuah ‘ dan amanah . Ciri-ciri akkuah dalam kepimpinan termasuklah berkebolehan , kewibawaan dan karisma  manakala  ciri-ciri amanah ialah pemimpin yang tidak akan membiarkan mereka di kuasai oleh gologan pengampu atau pembodek , malah melakukan tanggungjawab dengan penuh ketaqwaan kepada Allah.

Kesan  kepada pengampu

     Pengampu   akan menggadai nilai-nilai keikhlasan dan menyemai benih riya, dalam  perbuatannya   mengampu atau membodeknya di samping mempunyai  tujuan tersirat  disebalik  setiap perbuatan mengampunya  seperti  untuk menutup kelemahan diri , menunjukan bahawa belau sudah melakukan kerja atau cuba menjadi pendinding atara orang lain dengan ketuanya atau dalam istilah moden dikenali sebagai ‘ kabel”

      Makna riya adalah seorang muslim memperlihatkan amalnya pada manusia dengan harapan mendapat posisi, kedudukan, pujian, dan segala bentuk keduniaan lainnya. Riya merupakan sifat atau ciri khas orang-orang munafik. 

Disebutkan dalam surat An-Nisaa ayat 142, 

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat itu) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”

     Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya,  
“Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”

     Karena itu tak heran jika Ibnul Qoyyim memberi perumpamaan seperti ini, 
“Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.” 

     Dalam kesempatan lain beliau berkata, 

“Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendeta ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik.”

Nota :

      Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" 
(Ma'alim as-Sunan)

'Ejek PM bermakna anda ejek diri sendiri'


Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menganggap mereka yang mengejek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan lawak 'kangkung' sebagai mengejek diri sendiri.

Beliau berkata terdapat batasan antara mengejek dan berjenaka yang boleh menjatuhkan imej negara.

"Jangan fokus perkara kecil, lihat secara penuh (ucapan PM)... orang di sini ambil mengenai kangkung dan siarkan di media sosial.

"Adakah anda sedar anda mengejek pemimpin negara ini? Ia bermakna anda mengejek diri sendiri.12:23PM Jan 16, 2014
 
 
 

FB Najib dilanda komen kangkung


Laman facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini dilanda dengan begitu banyak komen video yang membicarakan topik 'kangkung'.

Dalam status terkini dalam profail Facebook beliau yang berkaitan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang dimuat naik 14 Januari lalu, telah diserang dengan video parodi kangkung.

Sebanyak 1,556 komen dimuat naik sehingga pagi ini, kebanyakannya
video parodi menyindir tindakan beliau yang didakwa begitu 'bangga' dapat menurunkan harga pasaran kangkung sehingga dirasakan dapat meringankan beban rakyat.

Antara komen yang begitu ketara menyindir Najib Razak adalah video 'New lenggang kangkung remix ft Najib' yang mana memaparkan klip video Najib berkaraoke dan menari tarian tradisional dalam sebuah majlis rasmi telah diubah dengan mengarapkan beberapa kesan grafik serta berlatarkan lagu Lenggang-lenggang kangkung.

Selain itu, sebuah lagi video 'Kangkung Remix ft Najib' yang dimuat naik dengan video kangkung digabungkan dengan video ucapan Najib dipercayai ketika membahaskan ucapan penurunan harga kangkung.

Selain video parodi, beberapa keping gambar turut menyatakan sindiran rakyat terhadap Najib begitu juga komen-komen yang membahaskan tentang kangkung.

Bagaimanapun, melalui profail Najib terpapar terlalu banyak komen sebegitu sinis menyindir tindakan beliau, telah dimuat naik dalam dua lagi status sebelum itu.

Bawa kangkung dapat kopi

Dalam perkembangan lain, kegilaan rakyat Malaysia menyindir Najib urut mendorong sebuah kedai kopi menawarkan pelanggannya sistem barter pelik antara kopi dan kangkung.

Seperti makluman di Facebook Artisan Coffee, mereka menawarkan pelanggannya membayar secawan kopi hitam dengan sayuran itu dan bukannya wang bermula esok.1:49PM Jan 15, 2014









 

TURUN: 'Terima kasih' PM kerana malukan negara


Kumpulan penentang kenaikan harga barang hari ini mengucapkan 'terima kasih' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran kenyataannya berhubung penurunan harga kangkung baru-baru ini.

Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) menganggap, ucapan yang “sangat mengaibkan rakyat” itu sama sekali “tidak cerdik”, hasil saranan penasihat yang juga “bukan di kalangan orang yang cerdik”.

“... kami mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memalukan rakyat Malaysia di mata dunia kerana adanya pemimpin negara seperti Datuk Seri (Najib),” kata pengerusinya Muhamad Azan Safar.

Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan harga sayur-sayuran, termasuk kangkung, naik dan turun kerana bergantung kepada keadaan dan cuaca.

Perdana menteri juga mengkritik sikap menyalahkan kerajaan apabila harga barangan naik tetapi tidak pula memuji apabila harganya turun, seperti kangkung.

Ucapan itu mengundang kemarahan besar dan menjadi bahan ejekan di alam maya oleh rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan peningkatan kos sara hidup.

Dalam kenyataannya hari ini, Azan berkata, Najib “tidak pernah merasa perit jerih rakyat yang terpaksa membanting tulang untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan seharian”.

Sementara itu, Azan berpendapat ucapan adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak yang memuji legasi jimat cermat bapa mereka sebenarnya sindiran kepada Najib.

Malah, kata Azan, ia juga tergambar apabila Nazir memetik pepatah Melayu “sesat di hujung pangkalan, kembali ke pangkal jalan".

“(Justeru) perdana menteri Malaysia benar-benar dalam masalah sekarang,” katanya.


"Sejak kangkung menghebohkan dunia baru-baru ini, kita fikir 'sayur' ini berprofil rendah namun layak menerima pengiktirafan," menurut tulisan di laman sosial itu.

Promosi terhad itu dibuat petang di cawangan mereka di Seksyen 13 Petaling Jaya dan Bangsar Village, Kuala Lumpur.
Sultan Brunai....

Like jika Suka..?

Aku mengaguminya. Seorang pembesar yang sangat takut kepada Allah. Sedaya mampu mengangkat hukum-hukum Rabbnya, sungguh dia punya wang berjuta.

Dia, Sultan terkaya di dunia.
Ketua agama Islam dan juga Sultan terkaya di dunia....sanggup basah kuyup berhujan bersama rakyat jelata...memperingati Maulidul Rasul.... BILA KITA NK DAPAT YG SPT INI???
 8:27PM Jan 16, 2014

Soi Lek dakwa Liow mungkir janji


Tidak sampai sebulan selepas melepaskan jawatan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar penggantinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana didakwanya gagal menghormati dua perjanjian antara mereka.

Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Chua (kanan) menunjukkan kepada pemberita dua perjanjian itu di mana Liow didakwa memungkirinya dan menyifatkan Liow sebagai tidak mempunyai "kredibiliti".

Perjanjian pertama ditandatangani pada 4 Mac 2010, di mana Chua dan Liow dikatakan bersetuju untuk membentuk pakatan menjelang pilihan raya presiden dan timbalan presiden MCA pada 28 Mac tahun tersebut.

Chua mendakwa Liow sebaliknya menyokong calon lain - bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting - dalam perebutan jawatan presiden.

Perjanjian didakwa dimeterai pada 28 November 2013 yang menyebut Liow bersetuju untuk melantik orang Chua sebagai setiausaha agung, ketua MCA di tiga negeri, bersama tiga individu dalam jawatankuasa pusat dan melantik Chua sebagai ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sekiranya Liow dipilih sebagai presiden parti itu pada 21 Disember tahun itu.

Bagaimanapun, Chua mendakwa Liow (kiri) tidak memenuhi "99 peratus"
daripada apa yang telah dipersetujui selepas beliau menjadi presiden parti.

"Jadi, jika anda memungkiri dua perjanjian itu, saya akan katakan secara terbuka bahawa dia tidak mempunyai kredibiliti dan merupakan seorang pemimpin yang tidak konsisten," tegasanya.

Menurut Chua lagi, beliau mesti berkongsi perkara itu dengan rakan-rakannya dalam parti kerana mendakwa apabila menjadi presiden parti, pemimpin berkenaan akan pergi ke mana-mana untuk membuat segala macam janji.

Oleh itu, kata Chua, beliau mesti mengingatkan rakan-rakannya bahawa pemimpin tersebut boleh membuat janji tetapi hanya di bibir sahaja.

10 cedera bas terbalik

Oleh Muhammad Apendy Issahak
IPOH: Sebuah bas ekspres yang membawa 23 penumpang terbalik di Kilometer 218 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran hentian Taiping arah Utara, dekat sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Difahamkan bas terbabit hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan sebelah kiri laluan dan terbalik memasuki longkang serta menyebabkan 10 penumpang cedera.

Bas dua tingkat berkenaan yang dalam perjalanan dari Lumut ke Butterworth, Pulau Pinang dan Alor Setar, Kedah itu, dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan.

Kebanyakan mangsa yang cedera adalah penumpang bahagian belakang di tingkat atas bas akibat tertimpa sesama sendiri selepas kenderaan berkenaan terbalik.

Beberapa penumpang turut bertindak memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas menyelamatkan diri.

Kesemua mangsa yang tercedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.

16 January 2014

Jangan selesaikan masalah dengan masalah lain, nanti rakyat berselerak

Dulu saya selalu berkata yang apa yang berlaku semuanya bersebab, dan penyebab itulah yang selalu tidak diambil kira apabila bercakap dan membuat analisa terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Saya secara peribadi dengan beberapa ramai yag lain, hampir tiga puluh tahun dahulu, bercakap dan berucap dengan panas hati dengan apa yang berlaku semasa itu kerana kami telah mengenal pasti apa yang akan berlaku selepas itu.
Hasilnya setelah tiga puluh tahun berlalu, apa yang kami jeritkan semasa itu sudah menjadi kenyataan. Penyakit yang dihadapi oleh UMNO pada hari ini ibarat penyakit ‘cancer’ penyakit yang hanya akan disedari setakat begitu lama tubuh dan kesihatan kita terbiar. AIDS juga bermula selepas lebih dari dua puluh tahun kuman atau apa-apa penyebabnya menghinggapi tubuh kita.
Apa yang berlaku sekarang dalam UMNO pun begitu. Ia bermula dengan kelalaian pimpinan tiga puluh tahun dahulu kerana semasa itu pimpinan merasa kuat dan melakukan apa sahaja yang boleh untuk kepentingan peribadi pucuk pimpinan semasa itu. Apa yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian dan kerakusan pimpinan tiga puluh tahun dahulu. Semasa itu tidak ada siapa yang dikalangan yang berkuasa memikirkan yang kelakuan dan sifat mereka itu akan menjadikan negara seperti yang kita alami sekarang. Semasa itu pemimpin asyik membunuh roh politik negara dengan sibuk berniaga dan menjaga kepentingan perut dan kepentingan keluarga masing-masing.
Semasa itu semua pemimpin bergerak berkumpulan hanya untuk menyokong siapa yang sedang memegang kuasa tanpa memberikan sedikit pemikiran apa yang akan terjadi kepada UMNO jika budaya yang berputik semasa itu tidak dihentikan. Nah, sekarang timbul kembali penyokong kumpulan itu untuk meminta pemimpin yang memulakan masalah kepada UMNO kembali ke Putrajaya untuk membetulkan keadaan.
Saya secara peribadi tidak dapat ‘comprehend’ bagaimana pemimpin yang memulakan dan menjadi penyebab kepada masalah yang kita warisi dari kepimpinnya itu boleh melakukan pembaik-pulihan terhadap masalah yang terhasil dari budaya buruk yang bertunas semasa kepimpinannya?
Cadangan yang dilemparkan oleh seorang bekas Menteri yang meminta pemimpin itu kembali ke Putrajaya sudah pasti tidak akan membawa apa-apa perubahan. Jika ada pun perubahannya ia akan kembali kepada mereka yang bebas berfikir…’kembali ke dalam penjara dan kem-kem tahanan’ dan budaya yang ‘menang ambil semua dan kalah hilang semua’ itu akan kembali berhadapan dengan kita.
Perubahan yang diperlukan hari ini bukan perubahan kepada ‘hardware’ politik kita. Kita sepatutnya tidak lagi bercakap tentang siapa yang boleh mengurangkan tariff letrik atau pengurangan kadar tol lagi. Kita perlukan perubahan kepada ‘software’ politik itu sendiri, maksud saya roh kepada politik itu wajar dikembalikan untuk menjadikan politik, tidak kira poilik kerajaan atau pun pembangkang itu hidup dengan sihat dan bermaya.
Jika ‘software’ kepada politik itu hidup kembali maka isu tol dan harga bahan api itu akan dengan sendirinya terlerai kerana hidupnya roh politik yang sihat itu tadi. Negara tidak memerlukan pembangunan fisikal dengan cepat lagi. Kita mahukan politik yang baik dan terdasar kepada ‘political software’ yang sihat.
Yang sangat-sangat diperlukan sekarang ialah menghidupkan kembali semangat politik itu supaya kita tidak akan berhadapan dengan isu-isu rasuah yang besar dan salahguna kuasa yang begitu jelas dan pancung-memancung kepimpinan dengan zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Kita mahukan moral politik itu kembali kepada moral yang tinggi, beretika dan tidak melanggar tata susila bangsanya dan agamanya. Kita tidak mahu agama dijadikan bahan isu politik pimpinan yang lemah dan terus berusaha untuk kesatuan di antara rakyat berbilang kaum dan agama.
Pimpinan hari ini adalah hulubalang kepada pemimpin yang diminta oleh bekas Menteri kembali ke Putrajaya itu. Abdullah Badawi dulu pun adalah hulubalang kepada pemimpin ini. tetapi pemimpin ini mahukan supaya kroni-kroni yang menjadi pemimpin yang beliau wariskan itu mengikut dan tunduk kepada kehendak beliau sahaja. Kalau tidak tunduk mereka dianggap sama seperti ‘iblis yang enggan tunduk kepada Nabi Adam’ dahulu.
Jika pemimpin yang lama bersara ini tidak lagi masuk campur saya dapat merasakan ada sedikit harapan untuk mendapatkan pembetulannya. Tetapi jika beliau ini kembali kita akan bemasalah berpanjangan kerana masalah lain akan timbul pula yang kita tidak tahu berapa lama selepas itu masalah-masalah itu dapat dihapuskan.
Kita tidak mahu lagi pemimpin yang berdendam terhadap musuh-musuh politik beliau dan kerana ia akan memberikan impak yang amat buruk jika ia berlaku. Biarkan sahaja Ahli-Ahli Legislatif yang ada pada hari ini mencuba pembaharuan itu. Pemilihan pengganti kepada yang ada pada hari ini wajar dipilih dari Ahli-Ahli Legislatif Persekutuan yang terpilih rakyat dan tidak wajar ia digantikan dengan sesiapa yang memulakan masalah yang kita hadapi hari ini.
Walau bagaimana pun ‘sepandir’ mana pun cadangan bekas Menteri Penerangan itu, satu hakikat yang benar dari kata-kata dan cadangan beliau itu ialah barisan kepimpinan hari ini sudah ternyata tidak lagi berguna kepada rakyat negara ini. lagi. Daripada pemimpin menyelesaikan masalah rakyat, rakyat pula yang terbeban untuk menyelesaikan masalah yang terhasil dari kepimpinan yang sudah hilang panduan dan tertutup hijabnya untuk mentadbir negara dengan baik dan benar.
Najib sesungguhnya kesaorangan. Buat masa ini hanya beliau seorang yang bercakap dan tidak ada seorang pun Menteri lantikan beliau membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau apabila Zainudin Maiden memberikan cadangan mengembalikan Mahathir ke Putrajaya. Keadaan ini menjelaskan yang Ahli-Ahli Jemaah Kabinetnya berdiam diri kerana mahukan Najib cepat-cepat berundur dan ini adalah tindakan ‘insubordination’ dari rakan-rakan kabinet beliau sendiri.
Najib sudah sampai ketahap menjadi masalah nombor satu negara. Masalah yang disumbangkan Najib kepada negara sama besarnya dengan semua masalah yang disumbangkan oleh semua pihak dalam negara ini termasuk penagih-penagih dadah.
Najib akan terpaksa berhenti tidak dapat tidak dan kita wajar menerima perubahan ini secara baik. Hanya satu ‘hurdle’ lagi yang wajar dihadapi ramai, iaitu jika cadangan Zainudin Maiden untuk mengembalikan ‘hero’ nya ke Putrajaya sebagai penyelesaiannya mahu dilakukan oleh Barisan Nasional. Jika itu berlaku, pada hakikatnya tidak ada perubahan secara ‘structural’ kepada politik negara berlaku.
Negara akan terbeban lagi dengan masalah besar, malahan lebih besar dari apa yang kita alami sekarang ini. Kalau kita hendak berubah kita perlu ke hadapan bukannya ke belakang.
Pucuk pimpinan hari ini pun merupakan bekas hulubalangnya juga. Najib ibarat anak kepada beliau ini. Kita tidak pula bersetuju untuk melihat anak dimakan oleh ibunya sendiri seperti haruan memakan anak-anaknya.
Jangan kita selesaikan masalah dengan masalah yang lain pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan