Ahad, 19 Januari 2014

TAK KAN TAK BOLEH BEZA

Hakikat Permusuhan adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan”.

Written By canang on Ahad, 19 Januari 2014 | 1/19/2014 10:41:00 PG

Hakikat Permusuhan adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan”.

Suatu hari ketika Sayidina Sayidina Ali sedang berada dalam pertempuran, pedang musuhnya patah dan orangnya terjatuh. Sayidina Ali berdiri di atas musuhnya itu, meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu, dia berkata, “Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan lanjutkan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah, maka aku tidak boleh menyerangmu.”

“Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu,” orang itu berteriak balik.

“Baiklah kalau begitu,” jawab Sayidina Ali, dan dia menyerahkan pedangnya ke tangan orang itu.

“Apa yang sedang kamu lakukan”, tanya orang itu kebingungan.

“Bukankah saya ini musuhmu?”

Sayidina Ali memandang tepat di matanya dan berkata, “Kamu bersumpah kalau memiliki sebuah pedang di tanganmu, maka kamu akan membunuhku. Sekarang kamu telah memiliki pedangku, kerana itu majulah dan seranglah aku”.

Tetapi orang itu tidak mampu. “Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata,” jelas Sayidina Ali.

“Di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kamu dan aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kebijakanmu. Iaitu antara kebenaran dan dusta. Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku harus mempertanggungjawabkannya pada hari kiamat. Allah akan mempertanyakan hal ini kepadaku.”

“Inikah cara Islam?” Orang itu bertanya.

“Ya,” jawab Sayidina Ali, “Ini adalah Firman Allah, yang Maha Kuasa, dan Maha Satu.”

Dengan segera, orang itu bersujud di kaki Sayidina Ali dan memohon, “Ajarkan aku syahadat.”
Dan Sayidina Ali pun mengajarkannya, “Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang ada selain Engkau, ya Allah.”

Hal yang sama terjadi pada pertempuran berikutnya. Sayidina Ali menjatuhkan lawannya, meletakkan kakinya di atas dada orang ituJui Meng Chuamenempelkan pedangnya ke leher orang itu. Tetapi dia tidak membunuh orang itu.

“Mengapa kamu tidak membunuh aku?” Orang itu berteriak dengan marah.

“Aku adalah musuhmu. Mengapa kamu hanya berdiri saja?” Dan dia meludahi muka Sayidina Ali.

Mulanya Sayidina Ali menjadi marah, tetapi kemudian dia mengangkat kakinya dari dada orang itu dan menarik pedangnya.

“Aku bukan musuhmu”, Sayidina Ali menjawab.

“Musuh yang sebenarnya adalah sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita. Engkau adalah saudaraku, tetapi engkau meludahi mukaku. Ketika engkau meludahi aku, aku menjadi marah dan keangkuhan datang kepadaku. Jika aku membunuhmu dalam keadaan seperti itu, maka aku akan menjadi seorang yang berdosa, seorang pembunuh. Aku akan menjadi seperti semua orang yang kulawan. Perbuatan buruk itu akan tercatit atas namaku. Itulah sebabnya aku tidak membunuhmu.”

“Kalau begitu tidak ada pertempuran antara kau dan aku?” orang itu bertanya.

“Tidak. Pertempuran adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan”. Sayidina Ali menjelaskan kepadanya. “Meskipun engkau telah meludahiku, dan mendesakku untuk
membunuhmu, aku tak boleh.”

“Dari mana datangnya ketentuan semacam itu?”

“Itulah ketentuan Allah. Itulah Islam.”

Dengan segera orang itu tersungkur di kaki Sayidina Ali dan dia juga diajarkan dua kalimah syahadat sebagai tanda keIslaman dan keimanannya.
 
 



'Permaisuri' Dari Seri Kembangan Tuntut Takhta Kesultanan Melaka
Posted on Sunday, January 19 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



MELAKA: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu.

Seorang 'permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.

Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu.

Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya.

Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi 'permaisuri' berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.

"Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.

"Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu.

Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa 'permaisuri' tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat.

"Mereka datang dan bertemu saya untuk membincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang," kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal.-mStar




Ahli Pas Mesti Menjadi Pendakwah

Idris Hj Ahmad
17/1/14
Islam berkembang dengan dakwah. Tanpa dakwah Islam tidak sampai  ke negara kita. Kita tidak tahu apa  anutan agama kita pada masa ini. Besarnya jasa pendakwah yang telah mengharungi  lautan dan ombak yang bergelora semata-mata untuk menyampaikan risalah dakwah. Bayangkan sewaktu itu tidak mempunyai pengangkutan seperti hari ini. Namun atas arahan agama mereka sanggup sampai ke negara kita dan juga ke negara lain.
Sekarang Nabi dan Rasul tidak lagi diutuskan kepada manusia. Tetapi urusan manusia terus berjalan di atas muka bumi Allah SWT. Urusan manusia ada yang salah dan ada yang betul. Di sinilah perlunya dakwah sesama manusia.
Oleh yang demikian ahli Pas mesti menjadi duat ila Llah kerana ia adalah satu kewajipan yang tidak boleh dielakkan. Sabda Rasulullah SAW " Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walaupun satu ayat".
Ertinya disini tidak perlu untuk menjadi alim baru hendak memulakan dakwah. Jangan tunggu alim baru hendak berdakwah, sebaliknya berdakwahlah sehingga anda menjadi alim. Ertinya bermula dengan sedikit pengetahuan,lama kelamaan ia menjadi alim.
Ahli Pas mesti berdakwah sekadar kemampuan. Mewujudkan dakwah harakiah ialah dakwah yang berhubung kait dengan sekeliling dan masalah harian.
Mulakan lamgkah dengan ahli keluarga kita dahulu. Sebagaimana perintah Allah kepada Nabi kita Muhammad SAW "berikan inzar kepada ahli keluarga kamu yang terdekat"
Nabi SAW mengajak isterinya Siti Khadijah Binti Khuwailid, Saidina Ali yang dipelihara oleh nabi Muhammad SAW. Ertinya merekalah orang yang paling awal baginda seru untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Mulakan dengan keluarga dahulu. Nanti orang ramai akan kata, kuman di seberang laut kamu nampak, gajah di hadapan mata kamu tidak nampak. Soal samaada mereka mahu menerima atau tolak, ini bukan perhitungan. Apa yang penting ialah usaha untuk berdakwah. Baginda tidak jemu- jemu di dalam menyampaikan seruan kepada ahli keluarganya. Baginda mengambil kesempatan ketika orang ramai ada untuk memberi penerangan. Tidak ada lorong di Makkah yang baginda tidak masuk untuk memberi tahu kepada orang ramai, terutama sewaktu orang Arab datang mengerjakan haji pada ketika itu. Baginda membuat kenduri, apabila orang ramai hadir baginda memperkenalkan Islam kepada hadirin.
Berikan kefahaman kepada anak isteri mengenai Islam dan penghayatannya. Galakkan mereka menuntut ilmu tanpa jemu. Suburkan ahli keluarga dengan budaya ilmu. Mempunyai perpustakaan peribadi di dalam rumah, sebagai langkah menggalak budaya membaca. Dakwah berkembang demgan ilmu dan  kefahaman. Tanpa kefahaman ia cepat luntur dan pudar.
Menggalak ahli keluarga hadir ke program ilmu di masjid, surau dan markaz. Di sinilah tumbuh kesedaran untuk berjuang dan bekorban. Kita tidak berjaya di dalam dakwah, jika anak isteri tidak bersama mendokong perjuangan suci ini. Cabaran yang paling besar kepada seorang pendakwah ialah cabaran yang datang daripada ahli keluarga sendiri. Jika ujian ini lulus maka ia boleh maju ke hadapan untuk membawa panji agama Allah. Pendakwah boleh berhadapan dengan musuh di luar kerana ia hanya pada waktu- waktu tertentu. Sedangkan ahli keluarga berlaku sepanjang waktu.
Berdakwah bukan satu perkara yang sukar, jika kita faham apa skop dan tanggungjawab sebagai ahli Pas. Apa yang penting kerja ini boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Banyak orang silap faham menganggap bahawa hendak menjadi pendakwah mesti pandai berpidato dan petah bercakap. Ini satu tanggapan yang silap. Mereka boleh bekerjai di medan yang cukup luas. Mesti meletakkan diri di posisi yang mampu mereka lakukan. Mereka yang berkeahlian  dalam  bidang IT  perlu manfaatkan kemudahan yang sedia ada. Jangan biarkan kemudahan ini tidak diisi oleh aktivis Pas. Sebenarnya ruang ini hanya memerlukan komputer untuk melaksanakan dakwah. Gunakanlah ia sebagai medium untuk menerangkan Islam dan dasar perjuangan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk bersemuka dengan kita tetapi boleh bertemu di alam maya. Amat beruntung siapa yang dapat kuasai teknologi maklumat pada masa kini.
Salah satu cara lagi cara untuk berdakwah yang tidak perlu ungkapan dan kata- kata, cuma perlu tenaga sahaja. Iaitu boleh letak akhbar Harakah yang sudah dibaca di kedai kopi. Atau pun edarkan keratan akhbar kepada orang ramai, jika ada artikel- artikel yang baik.
Mungkin kita tidak pandai bercakap, tetapi kita boleh panggil orang bercakap. Ini juga merupakan satu usaha dakwah. Sabda Rasulullah SAW  bermaksud "Siapa yang menunjuk jalan kebaikan, maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan kebaikan". Jelas kepada kita, dakwah bukan sahaja untuk orang yang petah bercakap, tetapi ia adalah tugas untuk semua. Jika semua ahli Pas berperanan di dalam berbagai medan maka fajar Islam cepat kelihatan.

pemuda UMNO penang yang juga di kenali sebagai bangsa MELAYU [gambar] ini berkata " himpunan pertahan maruah najib di penang semalam adalah semangat bersatunya melayu mempertahankan kerajaan BN dari di perkotak katikan oleh pihak tidak bertanggungjawab"

Fuziah ambil tindakan undang-undang, bakal saman blogger MyMassa

Oleh : AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger MyMassa yang didakwa memfitnahnya melalui penerbitan satu artikel, baru-baru ini.
Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pada 14 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan akan diserahkan kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Fuziah Salleh“Laporan polis yang dibuat sebelum ini akan diserahkan kepada peguam dalam rangka untuk menyaman blogger MyMassa yang sudah memfitnah saya,” katanya melalui laman Facebook.
Fuziah berkata, tindakan itu diambil susulan blog pro-Umno berkenaan yang secara jelas sengaja menghasilkan artikel untuk menjejaskan karier politiknya.
Penulis blog itu mendakwa Fuziah menyalahgunakan duit banjir yang diperuntukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli di Ghuangzhou, China.
Tuduhan itu dinafikan Fuziah kerana tegasnya tidak ada pindahan wang dilakukan ke dalam akaun beliau, sebaliknya bantuan disalurkan dalam bentuk barangan.
-NFN-2:13PM Jan 19, 2014

Sultan: Kalimah Allah hak eksklusif umat Islam

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat pelbagai kaum menghormati hak eksklusif umat Islam agar kestabilan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama, terus
terpelihara.
  
Baginda bertitah pembinaan perpaduan telah melalui proses yang cukup matang dan menjadi kekuatan kepada kestabilan dan keharmonian yang dikecapi rakyat.
  
"Lantaran itu beta menyeru agar isu-isu agama dan sensitiviti kaum yang berupaya menjadi ancaman, wajar dielakkan selain wajib mematuhi asas Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.
  
"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati," titah baginda pada istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena keputeraan baginda ke-86, hari ini.
  
Titah ucapan Sultan Abdul Halim bertema 'Memahat Sejarah, Membina Negeri Yang Gagah' dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di Alor Setar.

Baginda bertitah penggunaan kalimah 'Allah' yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.
  
"Kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi. Inilah resmi dan amalan masyarakat majmuk yang menjadi penyumbang kestabilan dan keharmonian rakyat selama ini," titah baginda.
  
Sultan Abdul Halim turut menasihatkan umat Islam agar menolak fahaman selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah misalnya fahaman Syiah, agar kepentingan mereka terpelihara.
  
Dalam konteks Kedah, baginda bangga kerana kecekapan pentadbiran kerajaan negeri melalui dasar-dasar konkrit yang kondusif membolehkan banyak agenda pembangunan fizikal dan kerohanian dapat digerakkan seiring.
  
Baginda yakin pendekatan perancangan pembangunan menyeluruh yang disertai pelbagai inisiatif berteraskan pembangunan mapan mampu mentransformasikan Kedah menjadi negeri makmur, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Menjadi harapan dan impian beta kecemerlangan bidang pendidikan untuk melahirkan generasi Ulul Albab dan kemakmuran ekonomi selain melihat Kedah menjadi destinasi pelaburan industri teknoloji tinggi.
  
"Tindakan penting kerajaan adalah mengkomersialkan bidang pertanian dalam usaha menjadikan Kedah Jelapang Padi Makanan Negara wajar dipuji.
  
"Usaha berterusan ini, tanpa menumpu pada hasil alam sebagai penyumbang pendapatan dengan memajukan sektor pelancongan berteraskan budaya, warisan dan sejarah tamadun tertua di Nusantara, ekopelancongan berteraskan Islam dan pelancongan-kesihatan," titah baginda.
  
Terdahulu, Tunku Annuar dalam ucapanya menyeru rakyat Kedah supaya mengambil iktibar pergolakan yang berlaku di negara-negara serantau.
  
"Saya ingin berpesan janganlah kita jadi fanatik agama, kaum dan parti politik sehingga hilang segala perhitungan dan kewarasan sehingga membawa bencana yang mungkin tidak dapat dipulihkan," katanya.
  
Pada istiadat itu, sebanyak 114 orang dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran Kedah.
  
Turut hadir Raja Muda Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pembesar-pembesar negeri.
  
-Bernama

DIPECAT OK LAGI.....PECAT DARI ORANG HIDUP CAMNE

Dipecat sebagai MB Selangor: Khalid serah kepada rakyat, ahli
Posted on Saturday, January 18 @ 20:23:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau menyerahkan cadangan pemecatan beliau sebagai menteri besar Selangor yang diusulkan oleh kumpulan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat parti tersebut baru-baru ini kepada rakyat dan ahli parti.

Menteri besar Selangor yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut bagaimanapun hanya menyifatkan isu yang melanda antara beliau dan Azmin itu sebagai isu politik.
"Itu hal politik. Isu tersebut biarlah ditentukan oleh rakyat dan ahli parti sendiri," katanya kepada media selepas menghadiri program dialog bersama penduduk di Kuala Selangor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Khalid hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila Azmin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan penyokongnya mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.
Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.
The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada malam Rabu lalu yang dipengerusikan oleh Anwar.
Abdul Khalid turut mengakui tidak mengetahui tentang cadangan pemecatan beliau dalam mesyuarat tersebut.
Mengulas mengenai percanggahan kenyataan diantara PKNS sehingga menimbulkan konflik Abdul Khalid berkata kerajaan negeri memutuskan akan memanggil Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha PKNS Norita Mohd Sidek Isnin ini agar perbincangan dapat dilakukan.
Anwar dalam satu sidang media beberapa hari lalu menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.
Bagaimanapun, Abdul Khalid menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.
"Ia dibuat oleh pengurus besar PKNS," kata Abdul Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor pada Rabu.
Sementara itu cubaan mendapatkan maklum balas dari Azmin tidak berjaya apabila beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan enggan memberi sebarang komen berhubung pergolakan tersebut.
Pada masa sama Abdul Khalid menolak saranan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyarankan Jabatan Agama Islam Selangor tidak perlu memulangkan kembali bahan rampasan.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya akan memutuskan keputusan mengikut saranan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Kerajaan negeri telah buat keputusan hanya KDN yang boleh memberi nasihat cadangan tentang isu ini," katanya.
Abdul Khalid juga turut menegaskan akan tetap dengan pendirian akan memberi tempoh selama setahun bagi Pusat GiatMara di Selayang perbaiki struktur bangunannya.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, January 18 @ 20:23:56 MYT 



Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

 4:50PM Jan 19, 2014

MB: Isu Azmin 'kekeliruan', 'kesilapan teknikal'


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menolak dakwaan bahawa pengguguran Azmin Ali daripada Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKSN) bertujuan menyingkir atau mengetepikan timbalan presiden PKR itu.

Menyifatkan perkara itu sebagai “kekeliruan” dan “kesilapan teknik”, Khalid berkata, pihak tertentu tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Khalid malah berjanji menyelesaikan perkara itu secepat mungkin dan kemudian menjelaskan kepada masyarakat awam secara menyeluruh.

“Pentadbiran Selangor telus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam sebuah acara di Klang hari ini.

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan