Rabu, 22 Januari 2014

KITA TAU KERETA AWAK MAHAL....CUMA MASIH HUTANG LAGI KOD....AGAK2LAH BILA BUNYI HORN

Panik langgar 5 pesakit

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Kuala Lumpur: Seorang warga emas yang terkejut selepas kenderaan di belakangnya membunyikan hon tertekan pedal minyak sebelum merempuh lima individu yang juga pesakit dalam kejadian di pekarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, warga emas terbabit dikatakan menurunkan isterinya sebelum dikejutkan bunyi hon kenderaan Honda Accord di belakangnya.

Sumber berkata, warga emas terbabit membawa isterinya berusia lewat 70-an untuk mengambil ubat dan melakukan pemeriksaan rutin di hospital berkenaan.

“Warga emas itu kemudian memberhentikan kereta PERODUA Myvi miliknya di hadapan Klinik Ortopedik dan Kecemasan sementara menunggu isterinya mendapatkan rawatan.
FotoKEADAAN kereta warga emas yang remuk selepas merempuh dinding HKL, semalam.

“Tindakan warga emas itu menyebabkan laluan di kawasan itu terhalang sebelum kenderaan Honda Accord di belakangnya yang dipandu lelaki membunyikan hon,” katanya.

 

Terbongkar, Isteri curang ketika suami keluar bekerja

curaMELAKA – Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.


Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.
Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.
“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam, menurut sumber Maklumat.my.

 

Ahli Geng 08 dibunuh di jirat Cina



ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui mati di Tanah Perkuburan Cina Kerayong, Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08 ditemui mati dengan kesan kelaran di leher manakala kedua-dua belah tangan pula diikat di sebuah pondok di Tanah Perkuburan Cina Kerayong di Sungai Besi dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mayat mangsa yang berumur sekitar 20-an itu ditemui pada pukul 11 pagi oleh penjaga kubur yang melakukan rondaan harian di kawasan tersebut.
Menurut beliau, ketika ditemui, mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu berada dalam keadaan terlentang berlumuran darah dengan kedua-dua belah tangannya diikat menggunakan pita pelekat.

Budak 2 tahun dibunuh dalam rumah kosong



INILAH rumah kosong di tempat mayat budak berusia dua tahun ditemui di Taman Permint Fasa Dua, Seberang Paka, Dungun, Terengganu semalam.



DUNGUN - Mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka di sini semalam.
Mangsa yang dianggarkan berusia dua tahun ditemui di dalam bilik air oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 3.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pengawal keselamatan terbabit yang curiga melihat pintu utama rumah berkenaan terbuka membuat pemeriksaan sebelum terhidu bau busuk.

Janda, anak perempuan melecur dibakar teman lelaki

KUALA LUMPUR - Seorang janda dan anak perempuannya melecur teruk dipercayai dibakar teman lelaki wanita itu menggunakan petrol di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak Jaya di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Saliza Saidin, 29 dan anaknya, Nor Airis Khalisha Mohd. Shahrill berusia setahun enam bulan sedang tidur bersama seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang dijaganya.
Ibu mangsa, Som Dolah, 62, berkata, dia yang tidur di ruang tamu bersama dua lagi anak Saliza berusia tiga dan lima tahun terjaga apabila mendengar orang membuka pintu rumahnya dengan kasar.
"Saya kemudian lihat teman lelaki Saliza masuk dan terus menuju ke bilik anak saya.

Perbicaraan kes khalwat Shah Jaszle 8 April depan

PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini semalam menetapkan perbicaraan kes khalwat pelakon Shah Jaszle pada 8 April depan selepas representasi untuk menggugurkan kesnya ditolak bahagian pendakwaan.
Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan pegawai pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafidzi Ahmad.
Pada 12 November tahun lalu, Shah Jaszle atau nama sebenar Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, didakwa berkhalwat dengan bekas pekerja bank, Farah Nurizzati Salleh, 22.

Mayat lelaki berjubah putih dalam parit



SEORANG pegawai forensik memeriksa mayat lelaki berjubah putih yang ditemui di dalam parit di Jalan Sungai Batu Pahat, Kangar semalam.



KANGAR - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang lengkap berpakaian jubah warna putih ditemui pekerja penyelenggaraan jalan di dalam parit usang di Jalan Sungai Batu Pahat di sini semalam.
Pekerja penyelenggaraan jalan yang tidak mahu dikenali berkata, dia menemui mayat itu pada pukul 2 petang dan pada mulanya menyangka mayat lelaki itu hanya sekadar bungkusan kain yang dibuang di situ

Penjaga stor maut tersepit pintu lif

KUCHING - Seorang penjaga stor sebuah kedai perkakasan ditemui maut dengan lehernya hampir putus akibat tersepit pintu lif di tempat kerjanya di Pusat Komersial Stutong Baru, Tabuan Jaya, di sini semalam.
Kejadian pada pukul 4.28 petang itu mengakibatkan mangsa, Benedict Juan Christopher, 18 dari Kampung Stampin mati di tempat kejadian.
Difahamkan mangsa yang baru sembilan hari bekerja di situ naik ke tingkat dua kedai berkenaan untuk mengambil barang-barang.
Bagaimanapun, dia tidak kembali semula ke bawah premis selepas 10 minit kemudian.

Dua beradik kempunan RM19,000






SALAH seorang suspek (tengah) yang diberkas polis selepas menyorok di dalam longkang bersama beg berisi wang tunai RM19,000 di Lorong Melor, Jalan Mok Hee Tiang, Mentakab semalam.



MENTAKAB – Hasrat dua beradik untuk berjoli wang tunai RM19,000 yang disamun daripada seorang penolong pengurus sebuah restoran makanan segera tidak kesampaian apabila kedua-duanya dicekup tidak sampai sembilan jam selepas melakukan perbuatan itu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, penolong pengurus yang merupakan seorang wanita berusia 48 tahun diragut suspek yang berusia masing-masing berusia 17 dan 20 tahun di Lorong Melor, Jalan Mok Hee Tiang di sini.
Katanya, salah seorang suspek pernah bekerja di restoran terbabit selama tiga bulan sebelum berhenti dua minggu lalu.

Janda dibakar hidup-hidup

Oleh Fardy Bungga dan Kalidevi Mogan Kumarappa
Kuala Lumpur: “Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan menyalakan api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat dibakar bekas teman lelakinya, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di rumah dihuni Som dan Saliza bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini.
Akibat kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85 peratus tubuhnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.


FotoPEGAWAI penyiasat bomba memeriksa rumah yang terbakar

FotoSALIZA bersama anak bongsunya, Qalisha.

Som yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan percaya lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat cinta ditolak.

Komposer Kassim Masdor meninggal

Oleh Adam Salleh
KUALA LUMPUR: Komposer veteran, Kassim Masdor meninggal dunia akibat pneumonia, di Hospital Besar, Singapura, kira-kira 10 malam tadi.

Berita kematiannya disampaikan seniwati Datuk Rosnani Jamil, yang mendapat perkhabaran itu daripada anak saudaranya juga pelakon, Herdawati di Singapura.

Harian Metro yang menghubungi Herdawati juga rakan baik kepada seorang anak Allahyarham, dimaklumkan jenazah Kassim masih lagi di hospital itu dan dijangka dibawa pulang ke kediaman seorang anaknya di Blok 512 Choa Chu Kang di Singapura.
FotoP. RAMLEE bersama tiga orang penggubah lagu yang terkenal (dari kiri) Osman Ahmad, Yusuh B dan Kassim Masdor.

“Saya diberitahu kematian `uncle' Kassim oleh seorang daripada anak saudaranya. Saya cuba menghubungi anaknya juga rakan baik saya tetapi tidak berjaya.

Lalu saya telefon Hashimah Yon untuk kepastian dan seniwati itu mengesahkan Kassim Masdor sudah meninggal dunia,” katanya.

Serba ringkas, Allahyarham mula berkhidmat dengan Malay Film Productions (MFP) sebagai kerani pada 1952.

Beliau bertekad mengasah bakat dalam bidang muzik dan azam ini semakin menebal apabila bertemu dengan Tan Sri P Ramlee seterusnya menganggotai Pancha Sitara.

Allahyarham yang begitu berbakat ini pandai bermain gitar, piano dan zilofon. Sebaik Shaw Brothers membuat keputusan menutup Studio Jalan Ampas pada 1968,
Kassim dipanggil EMI Singapura untuk menjadi penerbit, komposer dan penyusun muzik di situ.

Sepanjang lima tahun bersama EMI, Kassim menerbitkan lebih 60 buah album. Pada 1977 Kassim Masdor berundur dari EMI apabila menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Senada Record.

Antara penyanyi yang popular menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau, di antaranya Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Ahmad Daud dan juga Allahyarham Datuk Sudirman.

Kehidupan peribadi Allahyarham agak misteri kerana selepas berpisah dengan isteri, tidak diketahui apakah Allahyarham berkahwin lagi atau tidak.

Cuma hubungan mesra Allahyarham dengan Sanisah Huri, hingga pihak media dan artis menyangkakan mereka berdua pasangan suami isteri.

Hentaman bola polo

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
Kuala Terengganu: Akibat bola polo sesat, seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Chendering, di sini, kini terlantar di hospital sejak dua hari lalu dan mungkin kehilangan deria penglihatan mata kiri disebabkan tragedi di pusat Rekreasi dan Sukan di Kuala Ibai, Ahad lalu.
Bapa mangsa, Adnan Ismail, 48, berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, anaknya, Azliyahana Adnan, 21, bersama 25 penuntut lain turun dari bas dan berjalan kaki menuju ke pusat sukan boling berhampiran.
Menurutnya, ketika itu sekumpulan lelaki bermain polo di padang yang terletak lebih 50 meter dari kawasan anak dan penuntut lain berjalan kaki.

Katanya, tiba-tiba bola polo dipukul seorang lelaki melantun ke luar dan mengenai tepat mata kiri anaknya yang ketika itu sedang berjalan.
FotoARLINA melihat keadaan anaknya, Azliyahana yang terlantar di hospital.

“Azliyahana terus rebah dan menggelupur kesakitan sambil memegang mata yang berlumuran darah. Rakan lain yang melihat kejadian itu terus mengambil tisu untuk menghentikan pendarahan pada mata kirinya.

“Rakan dan kakitangan di pusat rekreasi itu kemudiannya bergegas ke sebuah klinik swasta untuk rawatan sebelum dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini semalam.

Kakitangan bank yang tinggal di Sungai Buloh, Selangor, itu berkata selain menerima lebih lima jahitan, doktor memberitahu saraf dan retina pada mata kiri cedera parah dan tulang kerangka mata kiri Azliyahana juga mengalami keretakan dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat bagi mengelak sebarang komplikasi buruk berlaku.

Menurutnya, dia kecewa dengan sikap mereka bertanggungjawab menganjurkan sukan berkenaan dan pemain atau pengurusan pasukan terbabit pada hari itu yang sehingga kini tidak bertemu muka untuk berbincang masalah berkenaan.

Katanya, dia dan isteri, Arlina Omar, 45, ada berjumpa dengan kakitangan pusat sukan rekreasi berkenaan untuk berbincang mengenai insiden yang menimpa anaknya itu semalam, namun malangnya pihak berkenaan seperti mengelak untuk bertanggungjawab.

“Saya amat kecewa dengan pihak berkenaan dan demi keadilan saya dan isteri kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk mengetengahkan masalah itu,” katanya.

 HUDUD - KESALAHAN & HUKUMAN -

1. ZINA - 100x sebatan bg yg belum kahwin. Yang dah kahwin adalah di REJAM SAMPAI MATI.

2. QAZAF (fitnah) - 80x sebatan

3. MINUM ARAK - 40x sebatan

4. MENCURI - Potong Tangan

5. MEMBUNUH - Akan Di Bunuh

6. MENGGANGU KETENTERAM AWAM - Akan di Penjara

7. RIDDAH@MURTAD - Bunuh (selepas di beri tempoh bertaubat slma 3 hari atau 3x )

Itu adalah hukum2 yg sudah di tentukan,oleh itu jgn kamu mencabul nya dan siapa yg mencabuli hukum2 Allah maka mereka itu adalah orang2 yang zalim. - Surah Al-Baqarah,229-

Betulkan kalau salah, Wallahuallam
♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ Cermin Mata Digital - IEU




Sepatutnya diberi pendidikan n kerjaan, bukannya dipenjarakan.. yg songlap ratusan juta tiada tindakan.. memang zalim la undang2 mesia ni..
 

 

Anda jahat ke?
Kalau tidak kenapa takut.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan