Sabtu, 25 Januari 2014

KENALI ALLAH SWT YANG ESA....MAHA AGONG....MAHA BESAR

VIDEO - JENNIFER GROUT UCAP KALIMAH SYAHADAH DAN MEMBACA AL FATIHAH

Written By canang on Sabtu, 25 Januari 2014 | 1/25/2014 10:15:00 PTG

Penyanyi Amerika berusia 23 tahun yang merupakan peserta program Arab Got Talent telah memeluk agama Islam. Video beliau mengucapkan kalimah syahadah dimuat naik di youtube pada ahad lalu.

semasa pertandingan arab got telent
Dalam Video ini  beliau mengisytiharkan syahadah  di hadapan dua orang lelaki di mana dia menyatakan: " . Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad adalah Rasul ALLAH "

Walaupun video yang masih belum dapat disahkan oleh Grout , laman web berita Maghribi, Maghribi World News mengesahkan video itu direkodkan di Fes , di mana grout tinggal semasa belajar bahasa Arab ; . Anak muda di sebelah beliau adalah orang yang dispekulasi untuk menjadi tunangnya.

Sedutan Part Paling Panas - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif - Dengar Sampai Habis, Pasti Insaf InsyaAllah.

Written By canang on Jumaat, 24 Januari 2014 | 1/24/2014 07:10:00 PTG

Terbaikk.SATU..Pencerahan.Ceramah Maulidur Rasul - Ustaz Abdullah Khairi

Written By canang on Jumaat, 24 Januari 2014 | 1/24/2014 10:52:00 PTG

Isteri Pengerusi CIMB sedang hidup dengan mewah di London United Kingdom, antara kereta yang dimilikinya ialah sebuah Maybach dan Bentley . Dia hidup mewah di London kerana suaminya mengaut keuntungan hasil daripada kontrak kerajaan kepada CIMB yang berjumlah berbilion-bilion ringgit. HENTIKANLAH PEMBOROSAN INI AZLINA, JANGAN GUNA DUIT RAKYAT UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN MEWAH KAMU.

MASA CABAR DULU BERGEGAR DUNIA ...TAPI BILA NAK BUAT, TERTUTUP PULA....

KALAU DAH DAYUS SANGAT SAMPAI KENA BUAT DEBAT SECARA TERTUTUP, BAIK TUTUP SAJA DEBAT TU...
 
Bila SPRM nak siasat Taib?kehkehkeh.. Saje nak tanya.. Taib senyum pun SPRM terkencing. Bagi admin SPRM adalah agensi yang paling ramai bawa balik gaji tak halal. Disuruh tangkap perasuah tapi tak buat kerja.Tiap hujung bulan tetap nak ambik gaji. Kerja tak buat + gaji tetap ambik bersamaan dengan GAJI TAK HALAL. Ada bantahan?
siapa yang harus bertanggung jawap
 
Sabtu, 25 Januari 2014

KU NAN SUDAH BANKRAP IDEA..RON 95 UNTUK GOLONGAN MISKIN !

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) berkaitan cadangan menjual bahan api RON 95 hanya untuk golongan miskin.

Menurutnya, kenyataan itu disifatkan satu lagi cakap-cakap pemimpin kerajaan yang sudah bankrap idea untuk melihat mekanisme yang terbaik bagi meringankan beban rakyat selepas mereka sendiri yang mencetus punca kenaikan kos sara hidup rakyat.
Baginya, itulah satu lagi cakap-cakap pemimpin kerajaan yang melalut dan pekak badak. 
“Mereka tak fahamkah masalah dan keluhan rakyat rakyat di bawah yang mana melihat harga minyak RON 95 itu sendiri pada masa ini sudah begitu mahal yang telah naik dari masa ke semasa,” katanya pada sidang media di Markas PAS Derga, dekat sini semalam.
Tambahnya, tidak adil untuk mengklasifikasikan penggunaan kenderaan itu berdasarkan kereta berkuasa kuda kecil atau besar. 
“Orang kaya sendiripun mungkin mempunyai beberapa buah kereta termasuk kereta kecil. Kalau kereta kecil maka mereka pun layak membeli minyak RON 95," jelasnya.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat itu lagi, isu pokok yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan ialah harga bahan api di negara ini khusunya RON 95 sudah cukup membebankan rakyat, bukan sahaja golongan miskin malahan kepada seluruh rakyat.
"Tengku Adnan kena ingat, kalau dia guna kaedah orang kaya guna RON 97 dan  orang miskin guna RON 95, orang kaya ni kebanyakannya adalah golongan pengusaha atau peniaga.
"Bila golongan ini pula terbeban, mereka akan memindahkan beban itu kepada golongan pengguna di peringkat bawah termasuk golongan miskin. Maka bebanan ini akan berterusan dan bertingkat-tingkat," katanya lagi.

KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga suspek kes samun dan ragut ditembak mati sepasukan polis di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Ampang, setelah dikejar sejauh 10 km di lebuh raya itu malam tadi.

Sebelum itu, ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Satria sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan di Wangsa Maju kira-kira 8.30 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata ketiga-tiga suspek diarahkan keluar dariapada kereta untuk diperiksa tetapi sebaliknya terus memecut kenderaan itu yang dipandu seorang suspek lelaki menghala ke arah Cheras sehingga menyebabkan sebuah motosikal polis rosak teruk akibat dilanggar.

"Mereka melarikan diri dan dikejar MPV pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul namun mereka terus memecut laju kenderaan, melihat kepada kewajaran (keadaan) anggota polis telah melepaskan sekurang-kurangnnya empat das tembakan dan mengenai bahagian kepala suspek.

"Kenderaan itu kemudiannya berhenti secara tiba-tiba di tepi Lebuhraya MRR2 berhampiran Ampang dan dua daripada mereka diberkas manakala pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat terkena tembakan dan dihantar ke Hospital Ampang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian dekat sini.
  
Menurut Khairi, suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.40 pagi ini.

Beliau berkata dalam cubaan melarikan diri, kenderaan itu melanggar sekurang-kurangnya lapan buah kereta dan dua motosikal.  

Khairi berkata hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dipandu suspek, polis menemui sebuah beg yang dipercayai disamun, peralatan menghisap dadah dan dua bilah parang.

"Beg itu merupakan beg yang telah disamun petang semalam di sekitar Wangsa Maju," katanya.

Beliau berkata kumpulan yang dianggotai lelaki dan wanita berumur 20 hingga 30 tahun itu dipercayai melakukan jenayah samun dan rompak di jalanan berdasarkan penemuan peralatan samun. - Bernama

JERANTUT: PAS menggesa pihak bertanggungjawab segera membaiki jalan runtuh di laluan jalan utama Jerantut - Maran, dekat Felda Sungai Tekam Getah yang sudah dua bulan dibiarkan akibat kejadian banjir penghujung tahun lalu.

Runtuhan sedalam 10 meter di jalan utama itu menyebabkan gangguan dan kesukaran lebih 3,000 penduduk tanah rancangan berkenaan dan perkampungan sekitar berulang-alik menggunakan jalan berkenaan saban hari, selain mengancam nyawa mereka.

Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut Yohanis Ahmad (Gambar) berkata, jalan tersebut mula terhakis dan runtuh apabila berlaku banjir pada awal Disember lalu, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang kerja-kerja pemulihan.

“Pengguna tidak ada alternatif lain selain daripada menggunakan jalan ini untuk pergi bekerja, ke bandar Jerantut atau Jengka dan memunggah hasil pertanian sawit, getah dan lain-lain dibawa ke kilang Jengka 8 dan Kota Gelanggi.

“Masalahnya jalan ini mengancam nyawa mereka. PAS kesal kerana setakat hari tidak ada apa-apa perkembangan langsung. Lambatnya wakil rakyat dan daripada pihak JKR untuk selesaikan masalah ini, tidak seperti janji pilihan raya,” katanya.

Yohanis berkata, ada penduduk bergotong-royong membuat laluan alternatif sendiri melalui jalan ladang sepanjang tiga kilometer melalui jalan dalam ladang kelapa sawit.

Bagaimanapun laluan alternatif itu menimbulkan masalah di mana ia laluan sempit dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang berselisih serta permukaan jalan yang lembik jika hujan walaupun sudah ditambun dengan batu.

Akhirnya jalan utama yang pada mulanya ditutup, terpaksa digunakan juga walaupun mengundang ancaman nyawa kerana kedua-dua belah jalan sudah terhakis menyebabkan laluan semakin genting.

Menurutnya, selain itu masalah lain yang timbul dan dibimbangkan jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, sakit, kemalangan dan sebagainya.

“Sebab itu kami menggesa pihak kerajaan supaya menyegerakan untuk membaiki jalan utama yang runtuh  ini kerana bimbang keselamatan penduduk terancam.

“Saya fikir dalam keadaan mendesak seperti darurat ini kerajaan mesti luluskan sedikit peruntukan kepada rakyat yang membayar cukai,” tegasnya.

Yohanis berkata, walhal pembinaan jalan baru Benta – Jerantut - Maran telah dilusluskan bajet seperti di sebut dalam Rancangan Malaysia ke-7 dahulu.

Katanya, rentetan daripada gagalnya projek tersebutlah menyebabkan jalan lama ini masih digunakan tetapi sudah berlaku hakisan dan runtuhan yang teruk sepanjang jalan.
PAS gesa baiki segera jalan runtuh

KHAIRIL ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR: Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) semalam menafikan ia menganjurkan lawatan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.
          
"Lawatan itu bukan anjuran YDSM, dan ia tiada kaitan dengan program yayasan," kata Setiausaha Kerja YDSM Mohd Azrul Ismail dalam kenyataan semalam.
          
Beliau berkata yayasan itu hanya menjalankan kerja amal bagi member sumbangan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat, selain melakukan program penyelidikan sejarah, pembangunan seni warisan serta pemuliharaan alam sekitar negeri itu.
          
Pada 15 Jan lepas, akhbar melaporkan satu kenyataan bahawa Ahmad akan mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).
          
Kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Terengganu, menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH). - Bernama
ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta pihak pimpinan kerajaan menghentikan sandiwara bagi mengelirukan rakyat melalui Ops Harga 2.0 yang giat dijalankan sekarang.

Menurutnya, Ops Harga yang dijalankan itu cuba memberikan gambaran seolah-olah pemimpin kerajaan sekarang turun padang untuk menjadi hero rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

"Apa yang dibuat ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap permasalahan rakyat dengan memangsakan atau memindahkan kesalahan kepada golongan peniaga kecil, peniaga di pasar dan termasuk juga kepada pihak pemborong.

"Ini adalah satu lagak yang sedang ditunjukkan oleh pimpinan BN selepas mereka sendiri yang mencetuskan punca kenaikan harga barangan hari ini melalui kenaikan haga minyak dan tarif elektrik. Ini adalah dua punca utama menyebabkan kos sara hidup menjadi semakin meningkat.

"Sekarang ini selepas pilihan raya umum lalu, kenaikan harga barang sudah mencecah 20 persen dan itu belum lagi dikira cadangan menaikkan tol. Mereka cuba mengalihkan kemarahan rakyat kepada kerajaan kepada golongan peniaga," jelasnya  pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Derga di sini petang semalam.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meminta para pemimpin kerajaan untuk memfokuskan kepada persoalan pokok bagi menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup rakyat iaitu dengan menurunkan harga minyak dan tarif elektrik.

"Kita minta juga supaya tol tidak dinaikkan serta menurunkan harga gula yang turut menjadi punca permasalahan ini. Cukuplah, hentikanlah sandiwara ini.

"Kalau mereka nak rasa bagaimana keperitan hidup rakyat, tak perlulah turun pergi periksa di pasar-pasar tapi saya nak minta mereka ambil cuti selama tiga bulan dan pergilah buka warung-warung berniaga, tak kiralah di pasar atau di manapun.

"Kalau nak salahkan para peniaga, ambil cuti dan berniaga, kemudian jual barang dengan harga yang murah. Masa itu barulah mereka akan faham bagaimana susahnya golongan peniaga kecil ini yang turut menjadi mangsa ekoran kenaikan kos asas seperti minyak dan elektrik," ujarnya.

Sidang media ini turut dihadiri Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim dan  Adun Derga, Tan Kok Yew.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan