Ahad, 26 Januari 2014

KAMBING HITAM....ADA LAGI KOD....MUSANG BERJANGGUT

Punca Kenaikan Harga Barang Dan Kos Hidup

Pasca PRU13 memperlihatkan tekanan yang dihadapi rakyat apabila kenaikan harga barangan keperluan serta kos hidup mereka akibat pelarasan subsidi yang telah dilaksanakan kerajaan. Dengan menggunakan alasan "ke arah negara maju, untuk kebaikan negara" dan lain-lain alasan manis untuk terus "mengangkungkan" minda rakyat bagi menghalalkan segala tindakan mereka.

Umum mengetahui apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu adalah bagi menutup segala ketirisan dan keborosan yang dilakukan oleh mereka sehingga menyebabkan negara kini berhadapan dengan masalah ekonomi dan hutang negara yang sangat tinggi.

Rakyat sendiri dapat melihat dengan mudah sebagai contoh, setiap kali pilihan raya kecil berlangsung, kerajaan akan menabur berbilion ringgit dengan janji pembangunan dan sebagainya bagi memancing undi rakyat. Ini tidak termasuk lagi ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan sepertimana yang dilapor oleh Ketua Audit Negara.

Episod Kambing Hitam-Peniaga, Pengusaha Tersepit

Kini apabila rakyat mula menyatakan kemarahan mereka terhadap kenaikan kos hidup yang menggila ini melalui himpunan aman, media sosial dan lain-lain lagi, kerajaan tersedar bahawa tindakan mereka itu mengundang kemarahan rakyat. Maka untuk kembali menjadi hero kepada rakyat, para peniaga pula dipersalahkan.

Dalam beberapa hari ini kita dapat lihat di media, kerajaan cuba berlagak kembali sebagai pembela rakyat apabila Perdana Menteri mengumumkan akan bertindak tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan. Kelmarin, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri berkata, kerajaan akan membatalkan lesen pengedar, pembekal dan pengimport barang keperluan harian jika mereka terus menaikkan harga barang. Maka dalam keadaan kos pengangkutan, penghasilan, bahan mentah dan lain-lain meningkat adakah wajar peniaga disalahkan untuk menampung keuntungan mereka?

Teori Domino Dalam Kenaikan Harga Barangan Keperluan

Untuk memahami perkara asas ekonomi sesebuah negara, kita tidak perlu kepada ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi. Kerajaan juga tidak perlu menubuhkan jawatankuasa khas kononnya bagi mengkaji punca kenaikan harga barang kerana teori domino ini amat mudah difahami.

Sebagai contoh mudah, sebuah kilang pastinya memerlukan tenaga eletrik bagi menjalankan penghasilan sesuatu barangan keperluan, maka dengan kenaikan tarif eletrik, sudah pasti kos penghasilan barangan tersebut juga meningkat, begitu juga dengan bahan api seperti diesel dan petrol yang turut meningkatkan kos penghantaran dan pengedaran barangan keperluan untuk diniagakan. Ini tidak termasuk lagi kos bahan mentah dan lain lain perkara yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu barangan keperluan.

Maka tidak hairanlah mengapa pengusaha dan peniaga terpaksa menaikkan harga barangan keperluan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Jika kerajaan menuding jari sepenuhnya kepada pihak peniaga semata- mata dalam isu ini, maka jelaslah bahawa kerajaan kita merupakan kerajaan yang hipokrit dan zalim.

Kerajaan Boros, Rakyat Tanggung Beban

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir juga mengakui bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib hari ini boros dalam pentadbirannya dan beliau sendiri menasihati kerajaan hari ini agak tidak boros. Bukti yang jelas kita boleh lihat melalui laporan Ketua Audit Negara yang lepas bagaimana pembaziran yang tidak munasabah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan hingga mencecah angka billion!

Akibat keborosan kerajaan dalam mengurus kewangan negara, langkah terakhir mereka untuk memulihkan ekonomi negara adalah dengan menarik subsidi terhadap rakyat yang akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung kos hidup yang menggila dan mereka kian terbeban di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang mana slogannya ketika pilihan raya umum lalu "BN Menang, Rakyat Senang".
Sebagai salah seorang bapa kepada pelajar di Sekolah Menengah Agama-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terutamanya YB Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom atas komitmen serta inisiatif pihak MAIWP kerana berjaya melahirkan sebuah sekolah menengah yang bukan sahaja menitikberatkan pencapaian akademik, tetapi bertujuan menanam modal insan kepada anak-anak.

Walaupun MAIWP menyerap dan mengambil tenaga pengajar SMA-MAIWP yang rata-ratanya masih muda dan terdiri daripada guru-guru yang tidak mendapat latihan secara formal daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, namun saya mendapati guru-guru SMA-MAIWP amat komited dan cemerlang dalam memberi serta menyeimbangkan pendidikan dunia dan akhirat di SMA-MAIWP.

Buktinya, SMA-MAIWP telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam siri keputusan-keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Menengah Agama (SMA). Hinggakan, kedudukan ranking SMA-MAIWP secara konsisten mencatatkan kedudukan antara tiga sekolah terbaik di Wilayah Persekutuan.

Namun, saya amat terkejut apabila mendapati MAIWP telah menyerahkan SMA-MAIWP kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyebabkan ramai tenaga pengajar baru diambil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya tidak menafikan tenaga pengajar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berpengalaman dan terlatih, namun saya khuatir halatuju SMA-MAIWP sudah bertukar dan tidak selari dengan hasrat asal MAIWP ketika penubuhan sekolah ini.

Ketika awal penubuhan SMA-MAIWP, visi dan misi SMA-MAIWP adalah jelas untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan seimbang antara dunia dan akhirat. Buktinya, SMA-MAIWP turut menitikberatkan pengajaran subjek Sijil Menengah Agama.

Namun, amat malang sekali apabila pihak bertanggungjawab tidak serius dalam memperkenalkan Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) walaupun menerima respon yang positif daripada pelajar-pelajar SMA-MAIWP sendiri. Sehingga kini, pihak bertanggungjawab gagal untuk mengambil pelajar untuk STAM walaupun SMA-MAIWP sudah tiga tahun melahirkan lepasan SPM. Ketidak-seriusan pihak bertanggungjawab mula terserlah sejak sekolah SMA-MAIWP ini diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ketika saya dan para ibu bapa yang lain mendaftarkan anak-anak ke SMA-MAIWP, hasrat kami tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melihat anak-anak kami menjadi insan yang cemerlang dalam akademik mereka. Namun, pada masa yang sama kami ingin melihat anak-anak kami ini menjadi insan yang cemerlang dari sudut akhlak dan ilmu agama. Inilah visi dan misi utama SMA-MAIWP ketika MAIWP melahirkan sekolah ini. Tetapi saya melihat halatuju sekolah ini sudah semakin hanyut dan tidak lagi menitikberatkan penyeimbangan dunia dan akhirat.

Terbaru, pihak yang bertanggungjawab telah menukar keseluruhan pentadbiran teratas SMA-MAIWP daripada Pengetua sehinggalah kepada Guru Penolong Kanan yang kesemuanya diambil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini seperti ini amat merunsingkan saya dan ibu bapa yang lain kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang senang serta tidak selesa kepada kami ibu bapa, anak-anak dan terutamanya guru-guru asal SMA-MAIWP yang dari awal bertungkus-lumus menjadikan SMA-MAIWP menjadi sekolah cemerlang dan menjadi perhatian ramai.

Pertukaran sebegini amat tidak munasabah tatkala SMA-MAIWP mencatatkan keputusan yang cemerlang saban tahun. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak MAIWP adakah mereka tidak lagi menyayangi sekolah ini hinggakan menyerahkan sekolah ini begitu sahaja kepada pihak lain? Apatah lagi, penyerahan tanggungjawab sebegini bukan sahaja menyebabkan ketidakstabilan kepada warga dalaman SMA-MAIWP, malah telah menyebabkan halatuju SMA-MAIWP sudah tidak lagi seperti yang dimahukan.

Lebih menyedihkan, salah seorang daripada Guru Penolong Kanan SMA-MAIWP yang baru diserap daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan perkataan 'berambus' kepada pelajar-pelajar SMA-MAIWP. Hal seperti ini langsung tidak pernah terjadi kepada SMA-MAIWP sebelum ini. Persoalannya, adakah akhlak seperti ini yang ingin MAIWP lahirkan?

Oleh itu, saya merayu agak pihak MAIWP memandang serius dan mengambil peduli tentang sekolah kebanggaan ramai ini. Lebih-lebih lagi, SMA-MAIWP merupakan satu-satunya sekolah menengah di Malaysia yang dilahirkan daripada sumbangan zakat dan boleh menjadi model yang baik kepada seluruh Majlis-majlis Agama di seluruh Negara.

Saya optimis MAIWP mempunyai sumber manusia mahupun kewangan yang lebih daripada mencukupi untuk mentadbir SMA-MAIWP dan seterusnya melahirkan model pelajar yang tersendiri dan boleh menandingi kehebatan produk sekolah menengah seliaan Kementerian PendidikanMalaysia. Seharusnya MAIWP berbangga dengan produk mereka sendiri yang berterusan cemerlang dalam kerangka model tersendiri, lebih-lebih lagi dalam melahirkan produk modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.

Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.

Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:

PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.

KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.

KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.

KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.

KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.

KEENAM:
Dalam tempoh 15 hari, KPM boleh menggubal dasar yang tiada hasil percubaannya. Tiada 'Pilot Project' atau dikenali projek perintis.
*KPM mahu jadikan murid Tingkatan 3 tahun 2014 sebagai percubaan.

KETUJUH:
Murid yang pandai akan diberi soalan susah untuk mendapat BAND 6. Murid yang kurang cerdik akan diberi soalan mudah bagi mencapai BAND 6.

KELAPAN:
Garis panduan Dokumen Standard Prestasi yang berbeza dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau dikenali sebagai SILIBUS.
*DSP kena habiskan, Silibus wajib habiskan? Pertindanan.

KESEMBILAN:
Sistem Online yang lemah dan tidak mampu diatasi TIGA TAHUN berturut-turut. Terlalu banyak eviden yang perlu dimasukkan. Tidak efektif.
Contoh: Dalam sistem peperiksaan contohnya SAPS. Hanya markah akhir sahaja perlu dimasukkan.

KESEPULUH:
SPPBS dibangunkan oleh DUA SYARIKAT berbeza dan kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Pembaziran sangat besar berlaku.

KESIMPULAN:
Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dengan nama PPMR bagi menggantikan PMR sebenarnya adalah SISTEM BIDAN TERJUN.
Isu HRC atau Hard Rock Cafe yang mahu dibuka di Putrajaya, bagi saya mendedahkan sikap hipokrit Umno terhadap Islam. Sebelum ini, Umno dan NGO pro Umno begitu bersemangat mempertahankan kalimah Allah, berdemo mengecam DAP dan membuat laporan polis terhadap gereja yang menggunakan kalimah Allah.

Namun, dalam isu Hard Rock Cafe ini mereka hilang suara. Senyap, sunyi dan sepi.

Umum mengetahui bahawa di Hard Rock Cafe ada menjual arak (terpulang kepada pengunjung sama ada mahu minum atau tidak), berlaku percampuran bebas lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi perkara yang tidak selari dengan syariat.

Jadi, walaupun ada cadangan untuk menjadikan Hard Rock Cafe di Putrajaya “bersifat Islamik”,  tetapi cadangan itu tidapt dapat lari daripada asas kepada kewujudan Hard Rock kafe itu sendiri sebagai pusat hiburan yang melalaikan.

Sebagai contoh, restoran makanan segera McDonalds, KFC, Kenny Roggers, Restoran nasi kandar dan sebagainya – umumnya mengetahui asas perniagaan mereka ialah menjual makanan.  Mereka mematuhi syarat-syarat tertentu dan mendapat status halal. Setiap yang datang ke restoran itu sudah tentu mahu makan makanan yang halal dan bukannya bersantai-santai. Selepas makan mereka akan pergi pulang atau pergi ke destinasi lain. Tidak mungkin ada orang yang datang ke KFC misalnya – lepak-lepak hingga dinihari!

Pergilah ke mana-mana negara pun, restoran makanan yang saya senaraikan di atas memang sifatnya begitu – datang untuk makan. Dan sifat sejagat Hard Rock Cafe pula – datang untuk berhibur, dalam jangka masa yang lama.

Oleh itu, kritikan dan penolakan orang ramai terhadap cadangan membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya memang wajar atas sifatnya sebagai pusat hiburan. Umno dan NGO pro Umno juga patut menentangnya atas dasar dirinya Islam dan sebagai parti Islam terbesar di Malaysia – seperti yang didakwa!
Diperhatikan setiap stesen komuter dari Sungai Gadut hingga ke Tanjung Malim walaupun stesennya hebat dan baru dibina tetapi tandas awamnya masih dalam keadaan daif dan kotor dan kebanyakan tandasnya rosak serta tidak diselenggarakan dengan baik sebagaimana diharapkan.

Begitu juga dikawasan stesen itu sendiri masih nampak berkeadaan tidak terurus dan lantai yang berlumut serta sampah sarap boleh kelihatan di mana-mana. Kaunter jualan tiket pula ditutup lebih awal sebelum 10 malam sedangkan perkhidmatan komuternya tamat perkidmatannya jam 11.30 malam untuk perjalan kedestinasi terakhir mereka dan jadual perjalanannya juga selalu tergendala dan inilah puncanya mengapa penumpang terpaksa berhimpit-himpit macam ikan sardin apabila adanya kelewatan di setiap perjalanan komuter itu.

Walaupun setiap stesen disediakan lif untuk OKU dan warga tua serta mereka yang kurang sihat dan kanak-kanak tetapi lifnya selalu didapati tidak berfungsi dengan alasan masih lagi dalam penyelenggaraan dan ini menyusahkan mereka yang berkenaan untuk pergi ke seberang platform 2 kerana terpaksa menaiki tangga yang agak tinggi itu.

Dalam masa yang sama diharap pihak pengurusan komuter dapat sediakan tempat duduk khas sebagaimana koc khas untuk wanita nikmati bagi warga emas dan OKU yang menggunakan komuter. Juga kerana saya perhatikan ada juga kalangan mereka ini terpaksa berdiri dan berhimpit-himpit di sepanjang perjalanan tanpa sesiapa pun yang sudi untuk memberikan tempa duduk mereka sebagai masyarakat yang perihatin.

 Kes bunuh Altantuya ikut skrip, dirancang – Chegu Bard
Posted on Sunday, January 26 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR 25 JAN: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin percaya wujud perancangan bagi melenyapkan kes pembunuhan Altantuya dengan ‘menghilangkan’ suspek utama kes itu.

“Bagi saya jelas, sejak kes tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia sudah dirancang skrip-skripnya.

“Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul Razak Baginda yang juga terlibat dalam kes ini, kemudian dengan perbicaraan yang jelas mencurigakan, sehingga proses rayuan terhadap hukuman tersebut dijalankan. Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes tersebut,” ujarnya ketika dihubungi.

Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008 selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie. Ia menjadi lebih aneh apabila pendakwaraya memutuskan tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Baru-baru ini, portal The Malaysian Insider melaporkan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang daripada dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita berkenaan, selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Menurut Chegu Bard, beliau sudah menjangkakan kes ini akan ditutup dan dibiarkan begitu sahaja apabila Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke 13.

“Ini dilakukan kerana kes pembunuhan ini berkaitan dengan skandal pembelian kapal selam, dan sebab itu kes ini perlu didiamkan,” tegas beliau.

Menurutnya lagi, alasan bahawa suspek berkenaan yang didakwa hilang adalah dangkal dan tidak masuk akal.

“Kita tahu kemampuan pihak berkuasa mengesan dan menangkap individu yang mereka kehendaki, ini jelas apabila ramai pemimpin dan aktivis rakyat ditangkap di tengah jalan mahupun ketika sedang makan.

“Jadi alasan bahawa suspek telah hilang sememangnya tidak dapat diterima. Dia perlu ditangkap dan didakwa,” tegasnya.-kd

Seorang pendeta besar kaum Brahmana di India mengakui Bahwa Nabi Muhammad adalah Nabi Orang Hindu juga

April 12, 2010 |  Tagged , , , , |
New Delhi, India. Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat mengagetkan kalangan intelektual Hindu.

Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, karena menurutnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah saw adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual.
Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahwa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada delapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri “KALKY AUTAR” sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah Saw.
Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR diantaranya, bahwa dia akan dilahirkan di jazirah, bapaknya bernama SYANUYIHKAT dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta kata SYANUYIHKAT adalah paduan dua kata yaitu SYANU artinya ALLAH sedangkan YAHKAT artinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN.
Dengan demikian kata SYANUYIHKAT artinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahwa nama bapak Rasulullah Saw adalah ABDULLAH dan nama ibunya MINAH.
Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahwa Tuhan akan mengirim utusan-Nya kedalam sebiuah goa untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.
Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahwa kitab Wedha juga menceritakan bahwa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq
Dikutip dari buletin Aktualita Dunia Islam no 58/II Pekan III/februari 1998

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan