Ahad, 26 Januari 2014

HIDUPLAH DALAM MUHIBAH DAN MURNI...TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT...SEMUA MAKHLUK ALLAH DAN AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH JUA

KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga suspek kes samun dan ragut ditembak mati sepasukan polis di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Ampang, setelah dikejar sejauh 10 km di lebuh raya itu malam tadi.

Sebelum itu, ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Satria sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan di Wangsa Maju kira-kira 8.30 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata ketiga-tiga suspek diarahkan keluar dariapada kereta untuk diperiksa tetapi sebaliknya terus memecut kenderaan itu yang dipandu seorang suspek lelaki menghala ke arah Cheras sehingga menyebabkan sebuah motosikal polis rosak teruk akibat dilanggar.

"Mereka melarikan diri dan dikejar MPV pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul namun mereka terus memecut laju kenderaan, melihat kepada kewajaran (keadaan) anggota polis telah melepaskan sekurang-kurangnnya empat das tembakan dan mengenai bahagian kepala suspek.

"Kenderaan itu kemudiannya berhenti secara tiba-tiba di tepi Lebuhraya MRR2 berhampiran Ampang dan dua daripada mereka diberkas manakala pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat terkena tembakan dan dihantar ke Hospital Ampang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian dekat sini.
  
Menurut Khairi, suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.40 pagi ini.

Beliau berkata dalam cubaan melarikan diri, kenderaan itu melanggar sekurang-kurangnya lapan buah kereta dan dua motosikal.  

Khairi berkata hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dipandu suspek, polis menemui sebuah beg yang dipercayai disamun, peralatan menghisap dadah dan dua bilah parang.

"Beg itu merupakan beg yang telah disamun petang semalam di sekitar Wangsa Maju," katanya.

Beliau berkata kumpulan yang dianggotai lelaki dan wanita berumur 20 hingga 30 tahun itu dipercayai melakukan jenayah samun dan rompak di jalanan berdasarkan penemuan peralatan samun. - Bernama
KUALA LUMPUR: Parti KeADILan Rakyat (PKR) merakamkan ucapan takziah buat keluarga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ustaz Harun Taib yang telah meninggal dunia awal hari ini.

Setiausaha Agungnya, Dato' Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media mengharapkan keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah,” kenyataan ringkas beliau dipetik.

Ustaz Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu dengan diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alor Lerang.

Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan para pemimpin PAS semua peringkat.
SEBERANG JAYA: Himpunan Aman Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau TURUN 2.0 yang dijadualkan esok dari jam 2.00 hingga 4.00 petang tetap akan dilangsungkan di Business Centre dekat sini.

Koordinator TURUN 2.0 Khairul Ishak menyarankan semua peserta memakai baju hitam sebagai lambang bantahan serta datang lebih awal untuk mengelak kesesakan jalan raya memandangkan himpunan itu akan turut disertai para peserta dari negeri-negeri utara Semenanjung.
"Semua peserta yang datang hedaklah memakai baju berwarna hitam sebagai lambang bantahan.  Jangan lupa datang lebih awal untuk parkir kenderaan di Tapak Pesta Seberang Jaya," ujarnya.

Beberapa lokasi perarakan telah ditetapkan dengan dipimpin para pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).
Tempat perkumpulan di Bandar Sunway akan dipimpin Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, aktivis Jingga 13, Fariz Musa dan Wanita PKR.
Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Che’gu Bard akan memimpin kumpulan dari Stesyen Minyak Caltex dan Petronas bersebelahan Lebuhraya Sungai Nyiur.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa pula akan memimpin perhimpunan dari Masjid Taman Sembilang.

Para peserta juga digalakkan membawa bahan-bahan kempen untuk dipamerkan sepanjang bantahan dan mengawal tingkah laku bagi mengelak provokasi.
"Skuad Keadilan tidak teragak-agak untuk menarik mereka yang terbabit keluar daripada kawasan perarakan sekiranya ada yang bersikap tidak murni," jelas beliau.

Khairul turut memohon kerjasama pihak polis bagi menjaga ketenteraman awam sepanjang perhimpunan berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan